“Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh...

6
BAHAGIAN A “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed. PENDAHULUAN Pendidikan khas secara yang secara formal telah bermula sejak tahun 1920-an lagi di Malaysia terus berkembang maju hingga hari ini. Pada peringkat awal, murid pendidikan khas lebih tertumpu pada murid buta dan pekak sahaja. Namun, hasil dari perkembangan pembangunan pendidikan di seluruh dunia, Murid yang dikategorikan sebagai “bermasalah pembelajaran” turut dikatakan sebagai murid pendidikan khas bermula tahun 1988. Murid yang bercirikan Sindrom Down, autisme ringan, gangguan hiperaktif perhatian atau attention deficit hyoeractive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik telah dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran. (Jabatan Pendidikan Khas, 2004:1) Kajian “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” yang telah dijalankan oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed hanya melibatkan murid yang bermasalah pembelajaran sahaja. TUJUAN KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti prevalen, tanda dan simpton umum dan spesifik kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran.

description

Satu kupasan tentang tujuan, kaedah dan strategi yang diketengahkan dalam kajian “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed.

Transcript of “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh...

Page 1: “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed.

BAHAGIAN A

“Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed.

PENDAHULUAN

Pendidikan khas secara yang secara formal telah bermula sejak tahun 1920-an lagi di

Malaysia terus berkembang maju hingga hari ini. Pada peringkat awal, murid pendidikan khas

lebih tertumpu pada murid buta dan pekak sahaja. Namun, hasil dari perkembangan

pembangunan pendidikan di seluruh dunia, Murid yang dikategorikan sebagai “bermasalah

pembelajaran” turut dikatakan sebagai murid pendidikan khas bermula tahun 1988.

Murid yang bercirikan Sindrom Down, autisme ringan, gangguan hiperaktif perhatian atau

attention deficit hyoeractive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah

pembelajaran spesifik telah dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran. (Jabatan

Pendidikan Khas, 2004:1)

Kajian “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid

Pendidikan Khas.” yang telah dijalankan oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed

hanya melibatkan murid yang bermasalah pembelajaran sahaja.

TUJUAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti prevalen, tanda dan simpton

umum dan spesifik kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid pendidikan khas

kategori masalah pembelajaran.

Dalam mengenal pasti prevalen dikalangan murid pendidikan khas yang bermasalah

pembelajaran, kajian ini cuba mendapatkan apakah kelaziman yang terdapat pada murid

pendidikan khas. Prevalen ataupun Kelaziman dikaji adalah yang bermasalah Komunikasi

Lisan berbanding dengan masalah pembelajaran yang lain.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tanda umum dan spesifik yang terdapat pada

murid yang bermasalah komunikasi lisan. Terdapat sembilan kategori tanda dan simpton

umum Masalah Komunikasi Lisan yang telah dikaji.

Kajian ini juga diantara lain bertujuan untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada

guru tentang kepentingan untuk memahami tanda dan simpton murid bermasalah komunikasi

Page 2: “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed.

lisan agar guru dapat merancang dan menyediakan satu sesi pengajaran yang bersesuaian

dengan masalah murid mereka.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan adalah berbentuk tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey).

kaedah ini biasanya digunakan apabila penyelidik tidak mampu meninjau seluruh populasi.

Menerusi kaedah ini, pembantu penyelidik yang terdiri daripada guru pelatih Institut

Pendidikan Guru Kota Bharu yang telah dilantik menjadi guru sandaran tidak terlatih di 56

buah sekolah yang terdapat program integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran di

Kelantan. Kajian melibatkan 1125 orang murid dalam program pendidikan khas. Kaedah

Pensampelan penyesuaian (convenient sampling) digunakan sebagai kaedah pemilihan

sampel kajian.

Kajian ini turut menggunakan dua jenis instrumen iaitu senarai semak dan rekod murid.

Kaedah pemerhatian secara langsung dan tidak langsung berdasarkan senarai semak

digunakan untuk mendapatkan data kajian. Selain itu, temu bual dengan ibu bapa sampel

turut dilakukan untuk memperoleh data yang tidak diperoleh melalui pemerhatian.

STRATEGI BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN KOMUNIKASI LISAN MURID

BERMASALAH KOMUNIKASI LISAN.

Hasil dapatan kajian telah dicadangkan beberapa strategi untuk menangani permasalahan

yang melibatkan murid bermasalah komunikasi lisan berkenaan.

a) Guru pendidikan khas perlu mendapat pendedahan tanda dan simptom murid

bermasalah komunikasi lisan.

Melalui pendedahan berkaitan tanda dan simptom murid bermasalah komunikasi lisan kepada

guru pendidikan khas, langkah-langkah pencegahan awal dapat dirancang dan dilaksanakan

terhadap seseorang murid yang terlibat agar masalah berkenaan tidak berlaku ataupun aktiviti

terancang dapat direncanakan agar situasi yang dialami murid berkenaan tidak bertambah

buruk. Ini selaras dengan apa yang telah ditampilkan oleh Harding et al. (2011) melalui

kajian beliau mengenai kepentingan penggunaan komunikasi alternatif dan augmentatif

dalam membantu perkembangan komunikasi murid mengalami masalah pembelajaran.

Page 3: “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed.

Kajian tersebut mendapati tahap komunikasi murid bermasalah pembelajaran telah

berkembang dengan bantuan penggunaan komunikasi alternatif dan augmentatif.

Penggunaan pendekatan komunikasi alternatif dan augmentatif dapat membantu

menyelesaikan murid yang mempunyai masalah dalm aspek pelahiran bahasa, masalah

fonetik iaitu kesukaran mengeluarkan bunyi yang tepat dan juga aspek morfologi iaitu sukar

untuk memilih perkataan yang sesuai untuk dijadikan rujukan apabila bercakap. Antara yang

dicadangkan termasuklah renungan mata, ekspresi wajah, isyarat dan penggunaan gambar

apabila berkomunikasi dengan murid berkenaan.

Ia juga menunjukkan betapa pentingnya untuk difahami oleh guru tentang perlaksanaan

program intervensi.

b) Khidmat kepakaran dalam bidang komunikasi perlu diberikan kepada mereka yang

terlibat dalam pendidikan khas.

Noor Aini Ahmad et al. (2011) yang telah menjalankan kajian tentang pengajaran kemahiran

komunikasi terhadap murid bermasalah pembelajaran mendapati perlunya pengajaran

menggunakan gerak badan (body language) berbantukan gambar. Ianya memudahkan murid

melibatkan diri dalam pembelajaran. Kajian beliau turut mendapati guru perlu mengetahui

cara melaksanakan terapi pertuturan kepada murid mereka. Kajian oleh Noor Aini Ahmad et

al. (2011) jelas menunjukkan kepentingan memiliki kepakaran dalam bidang khusus untuk

menangani masalah pembelajaran. Setidak-tidaknya, khidmat kepakaran dalam bidang

komunikasi perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pendidikan khas. Ini kerana

guru perlu mengetahui kaedah dan cara untuk melaksanakan terapi pertuturan yang betul dan

berkesan kepada murid mereka.

c) Kolaborasi antara agensi berkaitan dengan perkembangan murid perlu dilibatkan

dalam membangunkan program pendidikan khas.

Dalam menangani permasalahan komunikasi lisan dikalangan murid pendidikan khas, selain

dari guru pendidikan khas itu sendiri, penglibatan para profesional yang mempunyai

kepakaran turut disarankan untuk turut sama diperlukan untuk menyelesaikan masalah

berkenaan. Antara pihak yang diperlukan ialah seperti ahli terapi pertuturan, ahli psikologi

pendidikan dan juga ahli perubatan. Sebagai contohnya, ahli pertuturan mampu membantu

Page 4: “Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simpton Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed.

guru dengan mengajar guru pendidikan khas teknik-teknik , pendekatan-pendekatan yang

sesuai mengikut kategori masalah lisan murid pendidikan khas berkenaan. Guru pendidikan

khas hanya didedahkan secara asas semasa belajar di institusi pendidikan guru. Dalam

mengesan tanda umum dan spesifik murid bermasalah komunikasi lisan, ahli terapi

pertuturan dapat melatih guru-guru bagaimana untuk mengesan masalah berkenaan dengan

lebih awal dan efektif.

Dalam menyediakan peralatan-peralatan yang sesuai untuk digunakan guru pendidikan khas

dalam menyelesaikan masalah murid bermasalah komunikasi lisan seperti papan komunikasi,

carta dan alatan mekanikal atau elektrik, pihak swasta atau badan-badan sukarela sepatutnya

turut membantu pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan berkenaan agar dapat

digunakan oleh guru. Pihak Kementerian Pendidikan tidak seharusnya dijadikan satu-satunya

pihak yang harus menyediakan kemudahan-kemudahan berkenaan. Sekiranya semua pihak

turut menghulurkan bantuan, pastinya program intervensi yang dirancang oleh guru

pendidikan khas dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi.