Masalah Tingkah Laku Murid Prasekolah

8
MASALAH TINGKAH LAKU MURID PRASEKOLAH Oleh Hj Zulkiply bin Hj Yaakob IPG Kampus THO En Muhammad bin Sulaiman IPG Kampus RM TINGKAH LAKU NEGATIF: a) Tingkah laku hiperaktif – keadaan murid yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal. b) Tingkah laku bimbang – murid yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan kepercayaan bahaawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku c) Tingkah laku bergantung – murid yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu / bapa, guru, rakan sebaya daan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri. d) Tingkah laku pengunduran diri – keadaan murid yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau aktiviti kerana rasa rendah diri ,rasa tidak selamat ,rasa terancam, kurang kemahiran, atau malu. e) Tingkah laku permusuhan nyata – murid yang menampilkan pelakuan fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai hati seseorang. f) Tingkah laku murung – keadaan murid yang amat sedih , diam tak mahu bercakap dan pasif sebab masalah keluarga atau kurang penerimaan atau gagal memperoleh sesuatu g) Tingkah laku pengasingan diri – keadaan murid yang rasa rendah diri , tidak mahu bergaul, 1

Transcript of Masalah Tingkah Laku Murid Prasekolah

Page 1: Masalah Tingkah Laku Murid Prasekolah

MASALAH TINGKAH LAKU MURID PRASEKOLAHOleh Hj Zulkiply bin Hj Yaakob IPG Kampus THO En Muhammad bin Sulaiman IPG Kampus RM

TINGKAH LAKU NEGATIF:a) Tingkah laku hiperaktif – keadaan murid yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.

b) Tingkah laku bimbang – murid yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan kepercayaan bahaawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku

c) Tingkah laku bergantung – murid yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu / bapa, guru, rakan sebaya daan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri.

d) Tingkah laku pengunduran diri – keadaan murid yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau aktiviti kerana rasa rendah diri ,rasa tidak selamat ,rasa terancam, kurang kemahiran, atau malu.

e) Tingkah laku permusuhan nyata – murid yang menampilkan pelakuan fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai hati seseorang.

f) Tingkah laku murung – keadaan murid yang amat sedih , diam tak mahu bercakap dan pasif sebab masalah keluarga atau kurang penerimaan atau gagal memperoleh sesuatu

g) Tingkah laku pengasingan diri – keadaan murid yang rasa rendah diri , tidak mahu bergaul, suka menyendiri kerana kurang mahir berkomunikasi/interpersonal

h) Tingkah laku merosakkan – keadaan murid yang menunjukkan tingkah laku agresif untuk melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita ataau merasa seronok orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda , mematahkan, menconteng dan lain-lain.

i ) Tingkah laku mengganggu – pelakuan yang melampau yang mengganggu ketenteraman orang lain atau pengajaran seperti membuat bising, pergerakan yang tak perlu, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.

MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Model disiplin asertif ( Assertive Discipline Model)b) Model Glaserc) Model Ginottd) Model Driekurs

1

Page 2: Masalah Tingkah Laku Murid Prasekolah

a) Model disiplin tegas ( Assertive Discipline Model)

- diperkenalkan oleh Lee Canter (1976) - sistem yang peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan dalam bilik

darjah.- Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah juga nyatakan- Jika murid melanggar peraturan namanya akan dicatat sama ada di papan kapur, di klip

board atau buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan di hantar ke bilik Guru Besar atau atau ibu/bapanya dipanggil berjumpa guru.

- Canter percaya sistem disiplin tegas membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan.

- Canter mendasari sistem disiplin tegasnya dengan tanggapan bahawa murid hendak mengganggu guru dan mengelak belajar atau supaya guru tidak mengajar.

- Guru yang percaya murid mempunyai keinginan berbeza untuk belajar menyatakan tanggapan itu tidak wajar. Satu masalah lagi dengan disiplin tegas ialah menganggap murid boleh melakukan sesuatu mengikut disiplin.

- Guru yang berpengalaman menganggap murid boleh belajar bahawa sesetengah tingkah laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiannya tidak.

- Guru yang percaya bahawa murid mempunyai keinginan kuat untuk belajar beranggapan bahawa tanggapan ini tidak wajar. Mereka tahu bahawa belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan, dan ulangan pengalaman.

- Sistem disiplin tegas beranggapan apabila murid diberi tahu peraturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan pelakuan yang tidak diingini. Pendekatan ini akan mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa sesuatu pelakuan itu tidak diterima ataupun adakah mereka belajar untuk menyesuaikan diri pada situasi yang lain.

- Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak akan membantu murid belajar bertanggungjawab.

- Walau bagaimanapun sistem ini mengajar murid untuk mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas. Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan dan menuntut kepatuhan semerta. Misalnya, untuk mengelakkan kecederaan atau semasa kecemasan seperti kebakaran. Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami rasionalnya mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian.

- Walau bagaimanapun , mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut kepatuhan semerta tidak semestinya sebagai cara pengurusan tingkah laku.

- Pada pandangan Gartrell (1987a) menegaskan disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Malahan ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

- Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambilkira kurikulum, susun atur bilik darjah atau jadual waktu. Sistem disiplin perlu mengambil kira semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran.

- Jones dan Jones(1990) melaporkan sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin tegas selama ini telah tidak lagi mengamalkannya sebab:- ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurang berkait dengan prosedur itu- murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib atau bimbang- guru yang sering melaungkan “duduk!”, “diam!” “keluar!” semasa di bilik darjah adalah gagal memenuhi keperluan asas dan akademik murid

2

Page 3: Masalah Tingkah Laku Murid Prasekolah

- guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas untuk mengelakkan tingkah laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya

b) Model Glasser

- berdasarkan penyediaan banyak pilihan yang baik untuk murid dan menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik.

- Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku tidak baik.

- Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya . Jika Sekolah mempunyai disiplin yang baik ia akan menjadi tempat di mana kurang terdapat murid atau guru yang kecewa dalam nenenuhi keperluan masing-masing.

- Antara keperluan yang dikenal pasti ialah keperluan dimiliki, keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau gembira.

- Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki ( sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihan merupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin.

- Glasser mencadangkan guru menstruktur pengalaman pembalejaran murid supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yangpandai memenuhi keperluan memimpin/kuasa dan yang lemah untuk menyumbang kepada kumpulannya.

- Dalam model glasser, mesyuarat kelas antara murid akan membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah.

- Walau bagaimanapun, model Glasser sering digunakan untuk murid menengah, tetapi model ini berfokus kepada penyelesaian masalah, pilihan yang disediakan guru dan cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang bersesuaian.

-c) Model Ginott

- berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk disiplin yang baik melalui komunikasi berkesan antara guru dan murid.

- Beliau percaya , disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa.- Prinsip model ini ialah sebagai mesej membaiki kepada murid dalam menangani

masalah.- Ginott menggunakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) untuk menerangkan tindak

balas yang harmoni dengan perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka.- Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya.- Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi

berdasarkan kerelaan mereka untuk membantu murid menyelesaikan masalah.- Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan Ginott merasa perlu

pengurusan yang berstruktur dalam situasi pengajaran.- Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan dengan murid amat perlu

kepada guru prasekolah.- Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku

guru sebagai contoh/model.

d) Model Driekurs

3

Page 4: Masalah Tingkah Laku Murid Prasekolah

- Dreikurs mendifinisikan disiplin sebagai mengajar murid peraturan yang membataskan mereka.

- Beliau percaya semua murid ingin rasa dimiliki , dan tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk dimiliki, Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang tidak jelas atau silap ,seperti untuk mendapat perhatian atau kuasa, dendam dan mendedahkan kelemahan orang lain.

- Dreikurs mencadangkan kaedah mendisiplin yang baik ialah menggalakkan tingkah laku positif.

- Untuk mengatasi masalah tingkah laku, Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada murid secara logik tindakan mereka ambil terhadap mereka.

- Penjelasan secara logic tehadap dendaan adalah berbeza dengan hukuman. Hukuman (punishment) ialah aksi yang diambil oleh guru kepada masalah tingkah laku dan untuk menunjukkan siapa berkuasa. Hukuman menyebabkan ingin melawan . Penjelasan ini mengajar mrid memahami bahawa setiap tingkah laku ada implikasinya. Tingkah laku yang baik mendapat ganjaran yang baik dan menggembirakan, begitulah sebaliknya.

- Charles dan Barr (1989) berpendapat kaedah Dreikurs memberi peluang kepada murid membina tingkah laku secara asli kerana murid mengamalkan tingkah laku yang baik kerana murid beranggapan mereka wajar berbuat demikian.

CIRI-CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAHa) Menyedari kepelbagaian murid : murid berbeza JERIS dan budaya. Cara menangani dan

melayani murid akan berbeza.b) Penghayatan kurikulum: guru perlu mahir dalam subjek dari segi ilmu dan cara

menyampaikannya supaya pengajaran lebih berkesan.c) Kemahiran pedagogi: menggunakan pelbagai strategi , teknik pemudahcaraan dan BBM

untuk pembelajaran muridd) Amalan budaya penyayang : Budaya guru penyayang dipraktikkan semasa mengajar dan

melayani murid di dalam dan di luar kelas.e) Kemahiran isi kandungan: Guru mahir merancang isi dan komponen pembelajaran serta

dapat menyampaikannya dengan berkesan f) Kemahiran menilai : memahami dan mengamalkan teknik-teknik penilaian yang sesuai

untuk mengesan perkembangan dan kemajuan murid.g) Membantu pembelajaran: Guru membantu pembelajaran murid dengan melibatkan

pelbagai deria , menggalakkan berfikir, membuat penerokaan dan membuat perkaitan. Mempelajari pelbagai konsep secara bersepadu dan menyeronokkan.

h) Mengamalkan sisat-sifat guru yang wajib mengikut Islam: seperti zuhud, bersih, ikhlas, halim, berilmu dan lain-lain.

i) Mengamalkan sifat-sifat yang disukai oleh murid: emosi stabil dan sabar, ceria, suara dan tingkah laku beradab, bersimpati dan berempati, tegas dan lain-lain lagi.

j) Guru yang reflektif: sentiasa muhasabah diri untuk menilai kekurangan dan membuat pembolehbaikan atau memperbaikinya.

4