Math anxiety 3

15
1 TAHAP KEBIMBANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL MATEMATIK: SATU KAJIAN RINTIS DI POLITEKNIK MALAYSIA GK Marriappen ([email protected]) Kanammah a/p Manukaram ([email protected]) Rajiv Raj a/l Pusparaju ([email protected]) Rajesvari a/p Ramasamy ([email protected]) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebimbangan pelajar politeknik terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kebimbangan pelajar berdasarkan faktor demografi jantina, etnik dan jurusan. Dalam kajian ini seramai 100 orang pelajar politeknik dari dua buah politeknik di Utara Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai sampel. Prakajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden dari Politeknik Seberang Perai untuk melihat nilai kebolehpercayaan item-item soal selidik. Hasil kebolehpercayaannya adalah 0.894. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS. Analisis deskripif, ujian-t tak bersandar dan Ujian ANOVA Sehala digunakan untuk meninjau tahap kebimbangan mengikut jantina, etnik dan jurusan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jurusan dan etnik iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu,hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jantina. Kata kunci: Kebimbangan, Matematik jantina, etnik, jurusan Pendahuluan Matematik merupakan satu cabang ilmu yang telah lama wujud dan banyak menyumbang ke arah kemunculan dan perkembangan peradaban manusia. Noor Azlan Ahmad Zanzali (1995) berpendapat bahawa kurikulum matematik di sekolah mengalami beberapa perubahan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sumbangan ahli matematik memberikan kesan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan satu pemikiran baru mengenai matematik dan ciri-ciri keunikannya. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, Kurikulum Matematik diolah dan disusun semula supaya pelajar yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan (Sukatan Pelajaran KBSM Matematik, 2003). Dalam konteks pendidikan teknik , kurikulum pengajaran matematik di politeknik juga sedang mengalami perubahan seiring dengan syor-syor yang telah dibentangkan melalui blueprint ‘ Hala Tuju Transformasi Politeknik’.Pengajaran subjek –subjek Sains, Matematik dan Teknikal (PPSMTI) menggunakan Bahasa Inggeris telah diperkenalkan dan dilaksanakan di semua politeknik Malaysia mulai pertengahan tahun 2008. Walaubagaimanapun terdapat kebimbangan dalam kalangan pelajar mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ini mungkin menghalang pelancaran misi transformasi pendidikan teknikal dan perkembangan negara yang inovatif dan saintifik.

description

education

Transcript of Math anxiety 3

1

TAHAP KEBIMBANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN

BAHASA INGGERIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MODUL MATEMATIK: SATU KAJIAN RINTIS DI

POLITEKNIK MALAYSIA

GK Marriappen ([email protected])

Kanammah a/p Manukaram ([email protected])

Rajiv Raj a/l Pusparaju ([email protected])

Rajesvari a/p Ramasamy ([email protected])

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebimbangan pelajar politeknik terhadap

penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini

juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kebimbangan pelajar berdasarkan faktor demografi

jantina, etnik dan jurusan. Dalam kajian ini seramai 100 orang pelajar politeknik dari dua buah

politeknik di Utara Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai sampel. Prakajian rintis telah

dijalankan terhadap 30 orang responden dari Politeknik Seberang Perai untuk melihat nilai

kebolehpercayaan item-item soal selidik. Hasil kebolehpercayaannya adalah 0.894. Data dianalisis

dengan menggunakan pakej SPSS. Analisis deskripif, ujian-t tak bersandar dan Ujian ANOVA Sehala

digunakan untuk meninjau tahap kebimbangan mengikut jantina, etnik dan jurusan. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan

jurusan dan etnik iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu,hasil kajian juga menunjukkan tidak

terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jantina.

Kata kunci: Kebimbangan, Matematik jantina, etnik, jurusan

Pendahuluan

Matematik merupakan satu cabang ilmu yang telah lama wujud dan banyak menyumbang ke

arah kemunculan dan perkembangan peradaban manusia. Noor Azlan Ahmad Zanzali (1995)

berpendapat bahawa kurikulum matematik di sekolah mengalami beberapa perubahan dalam

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM). Sumbangan ahli matematik memberikan kesan dalam pengajaran dan pembelajaran

untuk mewujudkan satu pemikiran baru mengenai matematik dan ciri-ciri keunikannya.

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, Kurikulum

Matematik diolah dan disusun semula supaya pelajar yang mempunyai latar belakang dan

keupayaan yang pelbagai berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi

dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan (Sukatan

Pelajaran KBSM Matematik, 2003). Dalam konteks pendidikan teknik , kurikulum pengajaran

matematik di politeknik juga sedang mengalami perubahan seiring dengan syor-syor yang telah

dibentangkan melalui blueprint ‘ Hala Tuju Transformasi Politeknik’.Pengajaran subjek –subjek

Sains, Matematik dan Teknikal (PPSMTI) menggunakan Bahasa Inggeris telah diperkenalkan

dan dilaksanakan di semua politeknik Malaysia mulai pertengahan tahun 2008.

Walaubagaimanapun terdapat kebimbangan dalam kalangan pelajar mengenai penggunaan

Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ini mungkin

menghalang pelancaran misi transformasi pendidikan teknikal dan perkembangan negara yang

inovatif dan saintifik.

2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar

terhadap mata pelajaran matematik kejuruteraan yang diajar dengan menggunakan bahasa

Inggeris. Menyedari hakikat ini, kerajaan mengambil langkah positif untuk menghadapi cabaran

dan perubahan dalam alaf baru yang berfokuskan sains dan teknologi maklumat serta

komunikasi. Jadi, bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar bagi mempelajari Matematik dan

Sains. Lantaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dijadikan

suatu dasar dan diperkenalkan dalam sistem pendidikan pada tahun 2003 manakala Program

Pengajaran Subjek Sains, Matematik dan Teknikal (PPSMTI) dalam Bahasa Inggeris juga

diperluaskan di seluruh politeknik Malaysia. Dasar ini, ialah hasil cetusan idea Mantan Perdana

Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad. Menurut, Mahathir Mohamad rakyat Malaysia hanya

dapat muncul sebagai sebuah masyarakat yang maju dan mampu bersaing pada peringkat

antarabangsa sekiranya bersedia untuk menguasai ilmu pengetahuan secara langsung atau secara

tidak langsung. Manfaat yang diperoleh daripada PPSMI dan PPSMTI ialah negara tidak

ketinggalan dalam bidang keintelektualan dan kemahiran yang perlu dalam era globalisasi (Lim

Giok Peng, 2001).

Pada 19 Julai (Utusan Malaysia, 2002) Jemaah Menteri memutuskan bahawa pengajaran

matematik dalam Bahasa Inggeris (BI) secara 100% dimulakan bagi pelajar-pelajar tahun satu,

tingkatan 1, tingkatan 6 rendah dan matrikulasi. Penggunaan BI secara separa bagi guru yang

berkemampuan mengendalikan pengajaran matematik dijalankan bagi tahun di sekolah rendah

serta matrikulasi dan politeknik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Pihak Jabatan

Pengajian Politeknik pula telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Program Pengajaran

Dan Pembelajaran Sains, Matematik Dan Teknikal Dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI) . Ia adalah

sejajar dengan dasar kerajaan yang mahu pelajar menguasai Bahasa Inggeris memandangkan

ianya merupakan bahasa antarabangsa.

Hasrat sistem pendidikan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani akan tercapai jika tindakan drastik ini dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat yang bermula pada tahun satu kerana mengambil masa yang agak lama

untuk menampakkan hasil. Rombakan kurikulum mata pelajaran matematik kejuruteraan adalah

sesuai dengan matlamat kerajaan yang berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang saintifik dan

progresif seperti terkandung dalam Wawasan 2020. Pengubahsuaian yang dilakukan adalah

seperti berikut;

i) Mengalih bahasa kurikulum sains dan matematik ke dalam bahasa Inggeris sesuai dengan

pendekatan mata pelajaran melalui bahasa kedua.

ii) Mengurangkan kandungan pengetahuan dalam kurikulum.

iii) Menggunakan bahasa Inggeris yang mudah difahami.

iv) Menumpukan kepada peningkatan profesiensi bahasa Inggeris melalui pembelajaran

sains dan matematik di peringkat awal sekolah rendah. (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2003).

Pembelajaran mata pelajaran matematik kejuruteraan dengan menggunakan bahasa Inggeris

ini, mempunyai satu ciri psikologi dapat dihubung kaitkan untuk menentukan keberkesanan

program ini yakni kebimbangan pelajar. Menurut Chastian (1976), sesuatu subjek yang diajar

3

dalam bahasa kedua memberi kesan kepada pelajar mahupun guru dari beberapa aspek faktor

yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah sikap, perasaan, penyesuaian sosial,

kebolehan kognitif dan isi kandungan pelajaran. Oleh itu, perasaan pelajar perlu dikenal pasti.

Kebimbangan pelajar perlu ditinjau kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi pencapaian

malah membawa kesan-kesan psikologi ke atas pelajar.

Pernyataan Masalah

Pelaksanaan PPSMI dan PPSMTI telah mendapat pelbagai cabaran pada masa kini. Menurut

Chung (2005), ramai yang meluahkan perasaan tidak puas hati dan bimbang pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran matematik dan sains akan merosot terutamanya ibu bapa di luar bandar.

Ibu bapa berasa bimbang kerana tidak berupaya membantu anak-anak mereka belajar dalam

bahasa Inggeris. Perasaan ini juga wujud dalam kalangan waris pelajar politeknik kerana

PPSMTI juga memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan

Bahasa Inggeris.

Namun, pihak kerajaan meneruskan juga pelaksanaan dasar ini terutamanya, di peringkat

sekolah , kolej dan politeknik untuk menangani masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam

kalangan pelajar serta menyediakan mereka ke arah globalisasi yang berlaku dengan begitu pesat

sekali . Dalam pada itu, kebimbangan dalam kalangan pelajar-pelajar juga memberikan kesan

negatif, yakni menghalang mereka untuk berkomunikasi dan mengakses maklumat terkini dalam

bahasa tersebut. Tinjauan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati pelajar di kawasan

luar bandar kurang menguasai bahasa Inggeris kerana penggunaannya adalah terhad. Hal ini

disokong oleh Abdul Rahman Daud (Arkib Berita, 3 Mei 2006) Presiden Kesatuan Guru-guru

Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) yang menyatakan kebanyakan pelajar lemah bahasa

Inggeris disebabkan sikap serta persekitaran yang tidak menggalakkan pelajar menggunakan

bahasa Inggeris.

Pelaksanaan dasar PPSMI dan PPSMTI secara serentak di peringkat sekolah rendah ,

menengah dan politeknik memberikan kesan terhadap pelajar dari segi perkembangan kognitif,

psikologi dan emosi mereka. Pelajar harus menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek perubahan

yang berlaku dalam bidang pendidikan. Penyesuaian terhadap sesuatu perubahan yang mendadak

jika tidak berlaku dengan lancar mungkin menyebabkan individu terpaksa menghadapi tekanan,

kekecewaan dan kebimbangan tentang bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu masalah

(Vogel, 1986). Kajian yang dijalankan oleh Sohba (2005) terhadap pelajar tingkatan satu tentang

kerisauan pelajar terhadap mata pelajaran matematik menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara kerisauan pelajar dengan pencapaian tetapi hubungannya tidak begitu kuat.

Selain itu, masalah pemahaman konsep matematik yang diajar dengan menggunakan bahasa

Inggeris dan faktor seperti sosioekonomi dan lokasi turut memberi kesan ke atas pencapaian

matematik murid (Syarifah Maimunah Syed Zin, 2004). Menurut Galasi dan Akos (2004),

pelajar lebih cenderung mengalami masalah psikologi seperti kemerosotan penghargaan kendiri

dan motivasi pembelajaran semasa mengalami tempoh transisi perubahan bahasa matematik. Hal

ini terbukti apabila pelajar Melayu di Sekolah Menengah Sains Muar, menghadapi masalah

kebimbangan untuk mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik sehingga menyebabkan

pelajar cenderung memilih jurusan sastera (Arkib Berita, 13 Mei 2002).

4

Di Malaysia, kesan pembolehubah ini ke atas pencapaian matematik perlu dikaji

memandangkan subjek ini telah mengalami suatu inovasi yang drastik iaitu, perubahan bahasa

pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Jadi, punca masalah yang dihadapi oleh

pelajar politeknik harus dikenal pasti dan ditangani untuk memastikan keberkesanan PPSMTI

dari penggunaan bahasa Inggeris, peperiksaan matematik dan psikologi.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang dikenal pasti oleh pengkaji adalah seperti berikut;

a) mengkaji tahap kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik kejuruteraan yang

diajar dalam bahasa Inggeris.

b) mengkaji perbezaan kebimbangan pelajar berdasarkan faktor-faktor demografi pelajar seperti

jantina, etnik dan jurusan.

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan, beberapa persoalan telah dikemukakan dalam

kajian ini.

i) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jantina.

ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan kaum.

iii)Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jurusan.

SOROTAN KAJIAN

Kajian Berkaitan Kebimbangan Pelajar Terhadap Subjek Matematik

Hadfield et al. (1992), yang menjalankan kajian tentang kebimbangan terhadap

matematik dalam kalangan pelajar di New Mexico, mendapati pelajar yang mempunyai

keyakinan yang tinggi mengalami tahap kebimbangan yang rendah. Keadaan afektif yang

sedemikian pula mendorong pencapaian yang tinggi dalam matematik dalam kalangan pelajar

lelaki. Kajian ini merumuskan bahawa faktor afektif menjadi penentu utama kepada tahap

kebimbangan jika dibandingkan dengan faktor kognitif, yakni kecerdasan. Kajian juga pernah

dilakukan untuk melihat sejauh manakah pengetahuan matematik dapat mewujudkan

kebimbangan terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.

Battista (1986), Lussier (1996), Lupkowskri dan Schumaker (1991), melaporkan

pengetahuan tentang matematik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam

subjek ini. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan yang cukup tentang matematik akan

mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik kejuruteraan dan

sebaliknya meningkatkan keyakinan diri yang tinggi menunjukkan prestasi yang lebih baik. Jadi,

5

Battista (1986) mengharapkan pelajar dikehendaki melengkapkan diri dengan pengetahuan

matematik yang secukupnya untuk mengurangkan kebimbangan pelajar.

Dapatan Battisa (1986) selari dengan Lussier (1996) yakni pelajar yang berlatar belakang

matematik kukuh mempunyai kebimbangan yang rendah berbanding dengan pelajar yang lemah

dalam matematik. Lupkowskri dan Schumaker (1991) bersetuju dengan pandangan Lussier

(1996) iaitu kumpulan pelajar berbakat mempunyai kebimbangan matematik yang rendah

berbanding dengan pelajar kolej yang tidak terpilih. Jadi, pengetahuan matematik yang cukup

dapat meningkatkan keyakinan di samping kemahiran kognitif yang tinggi mengurangkan

kebimbangan pelajar.

Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik jelas menunjukkan

murid akan menghadapi masalah. Hal ini, terbukti dalam dapatan kajian Nur’ Ashiqin

Najmuddin dan Rusilah Jais (2004) yang mengkaji tentang “Tahap kerisauan pelajar terhadap

pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris mengkaji masalah yang

dialami oleh pelajar”. Dimensi kebimbangan yang dikaji ialah kebimbangan pengajaran, istilah,

komunikasi, peperiksaan, latihan dan pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian. Hasil

korelasi menunjukkan dimensi-dimensi kebimbangan mempunyai hubungan dengan pencapaian.

Bagi pembolehubah jantina, pelajar perempuan didapati lebih risau daripada pelajar lelaki bagi

dimensi kebimbangan terhadap peperiksaan.

Menurut Norwood (1994), kebimbangan matematik berpunca daripada pelbagai faktor

seperti ketidakupayaan menghadapi kekecewaan, ketidakhadiran ke sekolah yang kerap, konsep

diri yang rendah, sikap ibu bapa dan guru terhadap matematik dan penekanan pembelajaran

matematik yang mengutamakan latih tubi tanpa kefahaman. Namun, Norwood (1981) mendapati

kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru merupakan faktor utama yang menyebabkan

kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik kejuruteraan . Norwood (1981) yakin

dengan hipotesisnya apabila kajiannya yang meninjau kebimbangan pelajar dengan pencapaian

menunjukkan hubungan yang positif. Hasil kajian Norwood (1981) menunjukkan pelajar yang

diajar dengan menggunakan kaedah penghafalan mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dan

memperoleh pencapaian yang rendah. Manakala pelajar yang didedahkan dengan kaedah relatif

iaitu kaedah yang berfokuskan kepada pemahaman mempunyai tahap kebimbangan yang rendah

dan pencapaian yang lebih baik.

Masalah kebimbangan pelajar tidak selalunya memberi kesan negatif terhadap

pencapaian. Peterson (1997) menyatakan bahawa pelajar yang menghadapi kerisauan yang tinggi

masih boleh mencapai pencapaian yang baik sekiranya pengajaran guru adalah berpusatkan

pelajar. Hasil kajian Peterson (1997) tentang kesan interaktif antara kerisauan, orientasi

pencapaian dan tingkah laku guru didapati kesan kerisauan ke atas pencapaian bergantung

kepada sejauh manakah pelajar dapat memenuhi keperluan untuk memproses informasi dalam

sesuatu situasi. Kajiannya juga menunjukkan pelajar yang mempunyai tahap kerisauan yang

tinggi dan kurang kebolehan juga dapat dicapai dengan baik jika mereka menerima bantuan

daripada guru. Sebaliknya, pelajar yang berkebolehan tetapi mempunyai tahap kebimbangan

yang tinggi tidak dapat menghasilkan pencapaian yang baik kerana menghadapi tekanan

daripada guru yang meletakkan harapan yang tinggi ke atas mereka. Jadi, kajian ini meninjau

kebolehan pelajar untuk memproses maklumat untuk mengatasi masalah kebimbangan. Dapatan

6

Peterson (1997) tidak selari dengan hasil kajian Ng (1997), Toh (1998) dan Fong (2000) yang

merumuskan bahawa pelajar bertahap kebimbangan sederhana memperoleh pencapaian yang

tinggi berbanding dengan pelajar yang bertahap kebimbangan tinggi. Pelajar yang mempunyai

daya usaha yang tinggi dijangka akan memperoleh pencapaian tinggi walaupun menghadapi

kebimbangan yang tinggi.

Menurut Shurouk dan Mohd Daud Hamzah (2004), tahap kebimbangan pelajar

mempengaruhi kaedah pembelajaran pelajar. Suatu kajian yang dijalankan di Jordon

memperlihatkan pelajar menghadapi kebimbangan yang tinggi dianggap berada pada kemuncak

bangkitan emosi dan kesannya, pelajar menghadapi kecelaruan dalam memilih pendekatan

pembelajaran yang sesuai. Sebaliknya, tahap kebimbangan yang rendah memperkukuhkan

pemilihan pendekatan mengikut pilihan yang normal. Jika ditinjau, kebimbangan pelajar

mempunyai hubungan yang positif dengan pendekatan pembelajaran mereka kerana tahap

kebimbangan menentukan pencapaian.

Di Malaysia, pelbagai kajian telah dijalankan tentang pengajaran dan pembelajaran

Matematik. Sungguhpun begitu, kajian-kajian tersebut berfokus kepada permasalahan seperti

sikap, minat, keyakinan pelajar, pencapaian, pemahaman konsep dan istilah, kemahiran asas

matematik (Mohd Uzi Dollah, 2003). Aspek kebimbangan terhadap mata pelajaran matematik

kejuruteraan tidak banyak dikaji, lebih-lebih lagi kebimbangan pelajar terhadap penggunaan

bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik.

Dalam konteks negara kita, kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar akibat pelaksanaan

PPSMI dan PPSMTI mungkin disebabkan oleh perubahan bahasa pengantar subjek Matematik.

Fenomena ini bukan lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang baru kerana di luar negara,

contohnya di Afrika Selatan, masalah ini telah lama wujud. de Villiers (1999) berpendapat

pelajar-pelajar di Afrika diselubungi perasaan takut dan tidak berminat mempelajari matematik

kerana dipelajari dengan menggunakan bahasa Inggeris. Di samping itu, kajian tahap

kebimbangan matematik terhadap murid jurusan sains tingkatan 4 pernah dijalankan oleh

Rahmah Murshid (2001) untuk mengenal pasti tahap kebimbangan pelajar jurusan sains. Dapatan

kajian menunjukkan murid jurusan sains tingkatan 4 mempunyai tahap kebimbangan yang

rendah dan sederhana terhadap matematik. Selain itu, hasil kajian didapati tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap kebimbangan matematik. Dapatan kajian ini

mempunyai persamaan dengan hasil kajian Abdul Jalil Abdul Ghani (1995) yang cuba melihat

kebimbangan pelajar ketika menghadapi ujian objektif dan ujian esei bagi mata pelajaran sejarah.

Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat kesan kebimbangan yang signifikan walaupun

bentuk ujian adalah berbeza. Hal ini berbeza dengan pendapat umum yang mengatakan ujian esei

dan ujian objektif dikenakan penalti lebih merisaukan pelajar.

Menurut Loo (dalam Lim, 2001), ciri-ciri seperti ras dan bahasa pengantar

mempengaruhi pencapaian matematik para pelajar terutamanya di sekolah rendah. Hasil kajian

membuktikan bahawa terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan dan konsisten antara

pelajar Cina dengan pelajar Melayu dan India. Selain kaedah, strategi dan jenis latihan yang

digunakan, Lim (2001) menegaskan bahawa pencapaian turut ditentukan oleh sikap dan

kepercayaan pelajar terhadap mata pelajaran ini. Dapatan kajian sikap Siti Rahayah Ariffin

(1988) pula menunjukkan bahawa pelajar Cina dan India mempunyai pencapaian yang tinggi

7

kerana mempunyai kerana mereka lebih berusaha untuk menentukan pencapaian yang baik

dalam sesuatu mata pelajaran. Hal ini disokong oleh Zamri Mahamood (1993) yang berpendapat

bahawa dari segi jantina, pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih positif berbanding

dengan pelajar lelaki ketika mempelajari bahasa. Oleh itu, kebimbangan yang dialami untuk

mempelajari bahasa kedua kurang memberikan kesan kerana ada usaha dan konsep kendiri.

Ringkasnya, dapatan kajian lalu adalah tidak konsisten. Hal ini kerana sesetengah kajian

menujukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina tetapi kebanyakan kajian lain pula

menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini lebih

tertumpu di luar negara berbanding di Malaysia. Hal ini kerana pelaksanaan bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar matematik masih lagi di peringkat awal. Jadi, lebih banyak kajian perlu

dijalankan terutamanya kajian longitudinal untuk mendapatkan maklum balas dan mengenal

pasti masalah yang dihadapi akibat perubahan ini. Seterusnya, langkah-langkah wajar dapat

diambil untuk menangani masalah yang merangkumi aspek kognitif, psikologi dan emosi.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan bertujuan menjawab persoalan kajian yang telah

dikemukakan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan antara pembolehubah bebas yang

terdiri daripada dimensi kebimbangan pelajar dengan pembolehubah bersandar iaitu, pencapaian

mata pelajaran matematik kejuruteraan yang diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Pengkaji sendiri menghubungi responden untuk mendapatkan semua data yang dikehendaki. Di

samping itu, pengkaji juga mengesan perbezaan kebimbangan antara pelajar yang dipengaruhi

oleh faktor demografi seperti jantina, kaum dan jurusan.

Sampel kajian terdiri daripada pelajar politeknik dari jurusan kejuruteraan dan

perdagangan dari dua buah politeknik di utara Semenanjung Malaysia. Seramai 100 orang murid

dipilih secara rawak. Teknik rawak mudah digunakan dalam kajian ini. Teknik rawak mudah

merupakan kaedah mudah memilih daripada populasi dari senarai yang banyak. Setiap orang

mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd Najib Abdul Ghafar, 1999).

Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini berbentuk ujian soal selidik. Soal selidik yang

mengukur kebimbangan pelajar mengandungi 36 item untuk mengkaji tiga dimensi kebimbangan

yakni, kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris, kebimbangan terhadap peperiksaan

matematik dan kebimbangan terhadap psikologi.Skala pengukuran yang diginakan il Pengkaji

membuat pengubahsuaian isi soal selidik berdasarkan tajuk kajian dan menterjemahkan soal

selidik kebimbangan MAQ yang dihasilkan oleh Reynolds (1991) dan State –Trait Anxiety

Inventory for Children (STAIC) yang direka bentuk oleh Spielberger (1973) dengan merujuk

kepada pakar bahasa bagi memastikan kesahan isi dan bahasa Terdapat dua inventri dalam soal

selidik kajian ini. Bahagian A mempunyai maklumat pelajar yang merangkumi jantina,etnik dan

jurusan. Bahagian B mempunyai 36 item yang berkaitan dengan dimensi penggunaan bahasa

Inggeris (17 item), peperiksaan matematik (6 item) dan psikologi (13 item).

8

Kajian Rintis

Penyelidik melaksanakan kajian rintis terhadap 30 orang yang terdiri daripada pelajar

lelaki dan perempuan dari politeknik yang dipilih secara rawak. Sampel kajian bagi kajian rintis

ini tidak terlibat dalam kajian sebenar yang dijalankan. Kajian rintis ini juga dijalankan untuk

menguji dan membaiki soal selidik dari segi bahasa, pemahaman responden dan struktur

pernyataan yang digunakan. Pernyataan yang sukar difahami telah dibaiki dan diubahsuai supaya

pelajar dapat memahami soal selidik dengan baik. Hal ini penting untuk memastikan alat ukur

adalah sesuai digunakan. Hasil kebolehpercayaan soal selidik yang mengukur tahap

kebimbangan pelajar berdasarkan dimensi kebimbangan penggunaan bahasa Inggeris,

peperiksaan matematik dan psikologi. Keputusan kajian rintis ini mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang tinggi (nilai Cronbach Alpha keseluruhan ialah 0.894, untuk sampel

seramai 30 orang). Oleh itu, alat ukur yang digunakan dalam kajian ini boleh diterima dan

dipercayai.

Analisis Data

Penganalisisan data yang dikumpul dilakukan dengan menggunakan perisian program

komputer Statistical Programme for Social Science (SPSS) versi 14.5 Setiap jawapan yang

diberikan oleh subjek dikodkan untuk memudahkan kerja memproses dan menganalisis data

Kaedah deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berkaitan dengan min dan peratus

bagi pembolehubah yang terdiri daripada jantina, kaum dan jurusan. Bagi tujuan menguji

hipotesis kajian, kaedah inferensi yang digunakan ialah ujian-t tak bersandar, ANOVA

Sehala. Kajian tinjauan yang menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi ini adalah

untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan min skor pembolehubah bersandar iaitu,

pencapaian mata pelajaran matematik kejuruteraan yang diajar dengan menggunakan bahasa

Inggeris. Analisis yang dilakukan akan memberikan maklumat tentang kesan dan faktor

penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik.

Keputusan kajian dan perbincangan

Seramai 100 orang pelajar dipilih dalam kalangan pelajar politeknik berdasarkan

demografi jantina, etnik dan jurusan. Kebimbangan pelajar secara keseluruhannya berada pada

tahap yang sederhana dengan catatan min (2.23). Pelajar yang memperoleh skor terkumpul

antara 79.20 hingga 100.79 dengan julat skor min (2.20-2.79) dikategorikan sebagai kumpulan

yang mempunyai tahap kebimbangan yang sederhana.

Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar

berdasarkan jantina?

Hasil keputusan menunjukkan bahawa skor min kebimbangan pelajar lelaki adalah lebih

tinggi (2.24) daripada min pelajar perempuan (2.21). Tetapi perbezaan skor min (0.03) adalah

tidak signifikan dengan nilai (t = 0.482, p = 0.630). Perbezaan skor min kebimbangan antara

pelajar lelaki dengan perempuan adalah tidak bererti kerana disebabkan oleh peluang atau ralat

9

persampelan. Pengujian ini menunjukkan perbezaan min bukan benar-benar disebabkan oleh

pengaruh jantina. Dapatan ini membawa implikasi bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi

kebimbangan pelajar. Dapatan pengkaji selari dengan dapatan kajian Laden (dalam Vanayan, et

al. 1997), Zamri Mahamood (1993), Rahmah Murshid (2001) dan Judith Mulholland et al.

(2004) yang melihat pengaruh faktor pelajar terdiri daripada dimensi jantina terhadap mata

pelajaran matematik . Hasil kajian Judith Mulholland et al. (2004) menunjukkan tiada perbezaan

min yang signifikan dalam pencapaian mata pelajaran matematik berdasarkan jantina. Kajian

Rahmah Murshid (2001), mendapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara jantina

terhadap kebimbangan matematik.

Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar

berdasarkan kaum Melayu, Cina dan India?

Hasil keputusan menunjukkan analisis perbezaan skor min untuk mengenal pasti sama

ada terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan kaum

Melayu, Cina dan India. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min kebimbangan pelajar

Melayu adalah lebih tinggi (2.44) diikuti pelajar India (2.23) dan pelajar Cina (2.04). Hal ini

bermakna pelajar Melayu mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi berbanding dengan

dengan pelajar India dan Cina. Hasil kajian ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan

min yang signifikan antara kebimbangan pelajar dengan kaum (F (2,187) = 16.889, p = 0.000).

Hasil analisis perbandingan Post-Hoc Tukey HSD kaum dengan kebimbangan pelajar

menunjukkan terdapat perbezaan skor min dapatan kebimbangan pelajar berdasarkan kaum

adalah signifikan bagi kaum Melayu, Cina dan India. Min kebimbangan pelajar Melayu

melebihi pelajar Cina dan India. Sementara min kebimbangan pelajar Cina adalah lebih rendah

berbanding dengan min kebimbangan pelajar India. Jadi, disimpulkan bahawa pelajar Melayu

mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi berbanding dengan pelajar India dan Cina. Hasil

kajian ini selari dengan kajian Loo (dalam Lim, 2001) yang merumuskan bahawa terdapat

perbezaan pencapaian yang signifikan dan konsisten antara pelajar Cina, Melayu dan India.

Pelajar Melayu lebih bimbang mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris dan penggunaan

bahasa Inggeris yang lemah, kurang mengikuti kelas tambahan, kurang membaca serta

memahami konsep dan istilah matematik.

Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar

berdasarkan jurusan?

Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min kebimbangan pelajar berdasarkan jurusan

perdagangan (2.11) dan jurusan kejuruteraan (2.32) berada pada tahap sederhana. Didapati

pelajar jurusan kejuruteraan mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi (2.32) berbanding

dengan pelajar jurusan perdagangan (2.11). Perbezaan skor min (0.21) adalah signifikan dengan

nilai ( t = -3.516, p = 0.001). Perbezaan min kebimbangan antara pelajar jurusan perdagangan

dan kejuruteraan bukan disebabkan oleh peluang atau ralat persampelan tetapi merupakan

perbezaan ketara dan bererti perbezaan yang benar-benar disebabkan oleh pengaruh jurusan.

Dapatan ini menunjukkan bahawa jurusan memang mempengaruhi kebimbangan pelajar. Pelajar

jurusan perdagangan yang kebanyakkan respondennya adalah wanita mempunyai tahap

penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan memuaskan. Keadaan ini membantu mengurangkan

10

tahap kebimbangan terhadap subjek Matematik Kejuruteraan yang di ajar menggunakan Bahasa

Inggeris. Tambahan pula , keadaan ini dikukuhkan lagi dengan penggunaan Bahasa Inggeris

dalam subjek-subjek lain di jurusan Perdagangan. Justeru perbezaan tahap kebimbangan antara

kedua jurusan ini agak jelas dan signifikan.

Analisis inferensi ujian-t dijalankan untuk mengesan perbezaan kebimbangan pelajar

berdasarkan jantina dan jurusan . Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min

yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan min

yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan jurusan. Ujian ANOVA Sehala

digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan dalam

kebimbangan pelajar berdasarkan kaum Melayu, Cina dan India. Keputusan kajian didapati

terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kebimbangan pelajar berdasarkan kaum.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Implikasi Kajian

Hasil dapatan kajian ini mempunyai beberapa implikasi penting kepada pelajar, golongan

pendidik, pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) yang menjalankan dasar PPSMTI, ibu bapa

dan juga masyarakat. Berikut digariskan beberapa implikasi yang dikenal pasti dalam kajian ini.

Pensyarah politeknik atau kolej yang mengajar matematik bertanggungjawab memilih

sesuatu pendekatan yang menyatupadukan kandungan, proses dan kemahiran bagi mencapai

tujuan tersebut. Contohnya, Cognitively Guided Instruction merupakan suatu kaedah yang

memerlukan memberi fokus kepada perkembangan pemikiran pelajar dalam menyelesaikan

masalah matematik (Carpenter et al. 1990). Kajian Norlia Sha’ari et al. (2003) membuktikan

kursus English for Teaching Mathematic and Science Programme (ETeMS) yang dijalankan

oleh Kementerian Pelajaran dapat mengembangkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan

guru matematik.

Kajian ini juga memberikan maklumat kepada pihak JPP bahawa pelaksanaan PPSMTI

memberi kesan ke atas perkembangan psikologi pelajar. Langkah-langkah yang sesuai perlu

diambil untuk menangani masalah kebimbangan dalam kalangan pelajar supaya tidak

menjejaskan perkembangan jasmani, mental, emosi, moral dan estetik diri pelajar di samping

memenuhi aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang progresif (Ee Ah Meng, 1988).

Oleh itu, guru perlu mengadakan iklim pembelajaran yang lebih menyeronokkan di samping

membantu pelajar membina konsep kendiri yang positif dan mempunyai kemahiran

menyelesaikan masalah (Rohaty Mohd. Majzub, 1992).

Cadangan untuk Kajian Lanjutan

Kajian tentang hubungan pendidikan ibu bapa, latar belakang keluarga, taraf

sosioekonomi, pendapatan ibu bapa, rakan sebaya dan sekolah satu jantina dengan pencapaian

dan kebimbangan pelajar hendaklah dikaji untuk mengetahui faktor sebenar yang mempengaruhi

kebimbangan pelajar.

Pengkaji juga mencadangkan supaya membuat perbandingan dalam tahap kebimbangan

antara pelajar yang mempelajari matematik dalam ibunda dengan pelajar yang mengikuti

11

PPSMTI. Perbandingan dalam tahap kebimbangan juga boleh dilakukan antara sekolah rendah

dan sekolah menengah.

Kesimpulan

Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

antara pencapaian matematik yang diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris. Hasil kajian

membuktikan bahawa kebimbangan matematik memberikan impak ke atas pencapaian pelajar.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran

matematik kejuruteraan menggunakan bahasa Inggeris mengalami kebimbangan dan hal ini

perlu diberi perhatian serius oleh golongan pendidik supaya peratus kebimbangan menjadi

kurang. Pendidikan hendaklah berteraskan Model Insan yang lebih mengutamakan potensi

pelajar yang berwibawa, kreatif, kritis, berketrampilan, menyelesaikan masalah dan

menyerlahkan potensi insan. Matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai

jika semua pihak memainkan peranan untuk mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap mata

pelajaran matematik kejuruteraan .

Rujukan

Abdul Jalil Abdul Ghani. (1995). Kerisauan pelajar menghadapi ujian objektif dan ujian esei

bagi mata pelajaran sejarah. Tesis M.Ed.(tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Khamis. (1985). Pertalian sikap pelajar terhadap mata pelajaran dan kaitannya dengan

pencapaian akademik. Jurnal Pendidikan, 10, 17-30.

Battista, M.T. (1986). The relationship of mathematics anxiety and mathematical knowledge of

learning of mathematical pedagogy by preservice elementary of teachers. School Science and

Mathematics, 86(1), 10-19.

Bessant, K.C. (1995). Factors associated with types of mathematics anxiety in college students.

Journal of Research in Mathematics Education, 26(4), 327-345.

Carpenter, T.P., Fennema, Peterson, P.L., Chiang, C.P. & Loef, M. (1990). Using knowledge of

children’s mathematical thinking in classroom teaching. An experimental study: American

Educational Journal, 26(4), 499-531.

Chastian, K. (1976). Developing second language skills: Theory to practice, (2nd

ed). Chicago:

Rand Mcnally College Publishing Company.

Chung, F. (2005). Sains, matematik, bahasa Inggeris: Anak murid terkorban. [Web Document]

Diakses pada 5/4/2006 http://foochung.blosport.com/2005/02/sains-matematik-bahasa

Inggeris.anak.html

Clute, P.S. (1984). Mathematic anxiety, instructional method and achievement in survey in

course in college mathematics. Journal for Research in Education, 15(1), 50-58.

12

Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for behavioral science. Hillsdale, New Jersey:

Erlbaum. pg.120.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000) Kamus dewan. (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

de Villiers. (1999). Evaluation of an educational maths website to determine the effectiveness of

learning.

Ee Ah Meng. (1988). Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Fischer, W. (1970). Theories of anxiety. New York: Harper & Row.

Fremont, (1969). How to teach mathematics in secondary schools. New York: W.B. Sounder

Company.

Galassi & Akos. (2004). Psychosocial adjustment to middle and high school. The Journal of

Educational Research, 98(2), 140-152.

Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and

Application (7th ed). New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Hadfield, O.D., Martin, J.V. & Wooden. (1992). Mathematics anxiety and learning style of the

Navajo middle school student. School Science and Mathematics, 92, 171-175.

Hammouri, H.A. (2004). Attitudinal and motivational variables related to mathematics

achievement in Jordan: Findings from the third international mathematics and science study.

Educational Research, 46(3). Jordan: Routledge.

Hembree, R. (1990). The nature, effects and relief of mathematics anxiety. Journal of Research

in Mathematics Education, 21(2), 33-46.

Hergenhahn, B.R. (1990). Theories of personality (3rd

ed). New Jersey: Prentice Hall.

Judith Mulholland, Paul Hansen & Eugene Kaminski. (2004). Do single gender classroom in

coeducational setting address boys' underachivement? An Australian Study. Educational Studies,

30, 19-30.

Kor, L.K. (1997). Pembinaan dan pengesahan skala kebimbangan matematik bagi remaja untuk

pelajar-pelajar dalam transisi dari tingkatan 3 hingga tingkatan 4.Tesis M.Ed. (tidak

diterbitkan). Universiti Sains Malysia.

Lim Giok Peng. (2001). Latihan perbandingan sosial dan penetapan objektif untuk memupuk

matematik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Lupkowski, A.E. & Schumacker, R.E. (1991). Mathematics anxiety among talented student.

Journal of Youth and Adolescence, 20(6), 260-270.

Mager, R. (1968). Developing attitude toward learning. California: Fearon.

13

Manja Mohd Ludin. (1990). Psikologi sosiologi dan falsafah dalam pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzita Puteh. (2002). Factors associated with mathematics anxiety. Perak: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Ali Hassan. (2005). Kesatuan guru sokong bahasa Inggeris untuk sains, matematik. [Web

Document] Diakses pada 5/4/2006. http:/www.cikgu.net.my.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka

Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Kaedah penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Uzi Dollah. (2005). Meneroka nilai pengajaran matematik guru sekolah menengah.

Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Morris, J. (1981). Math’s anxiety: Teaching to avoid it. mathematics teacher. Jurnal Pendidik,

74(6), 413-417.

Nor Hayati Abdul Manan. (2002). Kesan maklum balas dalam pengajaran berbantukan

komputer terhadap pencapaian pelajaran yang berbeza tahap kebimbangan matematik. Tesis

Sarjana.(tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.

Norlia Sha’ari. (2003). English for Teaching Mathematics and Science (ETeMS) phase I.

Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Noor Azlan Ahmad Zanzali. (1995). Isu-isu berterusan dalam pendidikan matematik. Jurnal

Pendidik, Jilid 14, 19-39. USM: Pulau Pinang.

Peterson. (1997). Interactive effects of student anxiety, achievement orientation and teacher

behavior on student achievement and attitude. Journal of Educational Psychology, 69, 779-792.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Taklimat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Matematik (KBSM). Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Rajendran, Ee Ah Meng. (1994). Pendidkan moral (Dinamika guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Richardson, F.C. & Suinn, R.M. (1972). The MARS. The Journal of Counseling Psychology,

19(6), 551-554.

14

Richardson, F.C. & Suinn, R.M. (1972). The mathematics anxiety rating scale: Psychometric

data. Journal of Counseling Psychology, 19, 551-554.

Sells (1976), Fox (1977), Anderman & Young. (1994). Fizik- subjek untuk pelajar lelaki? [Web

Document] Diakses pada 6/7/2006. file://C:/a/mySchoolNet.htm.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub (2003). Psikologi pembelajaran dan personaliti.

Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Siti Rahayah Ariffin. (1988). Kajian mengenai sikap dan pencapaian dalam mata pelajaran

Sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sohba. (2005). Kerisauan pelajar, efikasi guru dan pencapaian matematik yang diajar dalam

Bahasa Inggeris: Satu tinjauan. Tesis M. Ed.(tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.

Sovchik, R., Meconi, L.J., Steiner, E. (1992). Mathematics anxiety of preserve elementary

mathematics methods students. School Science and Mathematics, 18, 1-5,7-8.

Spielberger, C.D. (1966). Anxiety and behavior. London: Academic Press.

Stewart, W. (2001). Controlling anxiety: Self-help strategies to conquer fear and phobias and

live with confidence. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Syarifah Maimunah Syed Zin. (2004). Hala tuju pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris. Digest Pendidik. Jil.2. Bil.1. USM. Pulau Pinang.

Teh. (1996). Relationship between mathematics anxiety and problem solving skills on Malaysian

students. Unpublished master's thesis. University of Houston.

Teo, T.C. (1997). Mathematics anxiety among preserve mathematic teacher: Implications for

effective counseling. Unpublished master’s thesis. University of Western Australia.

Toh, S.C. (1998). Cognitive and motivational effects of two multimedia simulation presentation

modes on science learning. Tesis Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.

Vanayan, M. White, N., Yuen, P. & Teper, M. (1997). Beliefs and attitudes towards Mathematics

among third and fifth-grade students: A descriptive study. School Science and Mathematics, 97,

345 351.

Vogel, J.L. (1986). Thinking about psychology. Chicago: Nelson-Hal Inc.

William, M., Burden, R., Poulet, G., & Maun, I. (2004). Learners perception of their successes

and failures in foreign language learning. Language Learning Journal, 30, 19-29.

15

Yushau, B. & Bokhari, M.A. (2004). Language and mathematics: A mediation approach to

bilingual Arabs.

Zahran Harun. (2002). The introduction of english language to young learner: A perspective

from rural national primary school. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Zamri Mahamood. (1993). Sikap pelajar cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai

bahasa kedua. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.