memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus...

31

Transcript of memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus...

Page 1: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...
Page 2: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : ........................................

Nama Penyelia : AHMAD PUHAD BIN ALIM

Tarikh : 17 APRIL 2009

Page 3: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

i

AUDIT PENGURUSAN MASJID:

KAJIAN DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN

SITI RODDIAH BINTI ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...
Page 5: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Ayah dan Ibu tercinta,

Abdullah Bin Awang dan Kiah Binti Hassan Setulus pengorbanan dan kasih sayang

Memberi kekuatan untuk ku berjuang

Doa dan dorongan menjadi perangsang

Buat pedoman dalam berjuang.

Abang, kakak ipar dan adik-adik tersayang,

Zamzuri & Zah, Khairul & Zuraidah, Fadzaluddin & Atiqah, Mohd Amri dan Ahmad Sapudin

Berjuanglah hingga ke akhir hayat Agar kebahagiaan di akhir noktahnya

Semoga keakraban kita kekal selamanya.

Buat para pendidik yang dihormati,

Ilmu dicurah tidak terperi

Walau kering air lautan tak mampu ku balasi

Hanya sekalung budi tersemat di hati

Semoga Allah memberkati.

Buat insan teristimewa,

Mohd.Aswaz Bin Mohamad Pengorbanan, kesabaran dan kesetiaanmu

Tidak akan ku lupakan, Semoga ikatan kekal ke akhirnya.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Hadir kalian penghibur hati

Suka duka bersama kita hadapi

Kerana cita-cita perpisahan terjadi

Semoga ukhuwah yang terbina kekal abadi.

Page 6: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat

dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan semua kaum

muslimin yang mendapat petunjuk hingga ke hari akhirat. KepadaMu kupanjatkan

kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan inayah Projek Sarjana

Muda (PSM) ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Berbekalkan semangat dan

bantuan daripada pihak yang terlibat, baik secara langsung atau tidak langsung maka

Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Puhad Bin Alim selaku penyelia

projek di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan

dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Terima kasih juga diucapkan kepada

para pentadbir dan ahli jawatankuasa masjid Daerah Pasir Puteh di atas kerjasama

yang diberikan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan, kesudian anda dalam

membantu serta berkongsi idea amat dihargai. Akhirnya, ribuan terima kasih

diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan,

semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa. Amin….

Penulis

Siti Roddiah Binti Abdullah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam )

Page 7: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

v

ABSTRAK

Masjid merupakan sebuah institusi yang sangat penting dalam Islam.

Kejayaan sesebuah masjid bergantung kepada aspek pengurusannya. Justeru, kajian

ini memberi tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran masjid yang dilaksanakan

di daerah Pasir Puteh Kelantan Penyelidikan ini melibatkan 142 orang pentadbir dan

ahli jawatankuasa di 19 buah masjid di daerah tersebut. Kajian ini dilakukan secara

kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik. Soal selidik bagi kajian ini adalah

menggunakan skala Likert yang mengandungi 34 item soalan. Data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science

(SPSS for windows) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min.

Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.896. Secara

keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi maklum balas yang

positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan

beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah

yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa

akan datang.

Page 8: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

vi

ABSTRACT

Mosque plays the most vital role in the Islamic institution. The successful of

a mosque is depending on the bureaucracy. Hence, the aim of this study is to observe

the management and administration of the mosque which is conducted in Pasir Puteh

Kelantan. A total respondents consisting of administrators and the committee

members in 19 mosques around Pasir Puteh participated in this research. This study

is conducted through quantitative counts which used a set of questionnaire. A set of

questionnaire comprises 34 Likert-scale items are used in this study. The data are

analyzed by using Statistical Packages for the Social Science (SPSS for windows)

version 14.0 in order to obtain the mode, percentage as well as mean. Based on the

pilot study conducted, the value of Cronbach’s Alpha shows 0.896. The overall result

of the study indicates that the respondents give positive responses towards this

research. At the and at the study, several recommendations are drawn and future

research is suggested to the respective parties.

Page 9: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS xiv

SENARAI SINGKATAN xiiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 10: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

viii

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Dan Skop Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Audit 11

1.8.2 Pengurusan 12

1.8.3 Masjid 12

1.8.4 Daerah 13

1.9 Kesimpulan 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah Masjid Dalam Islam 15

2.3 Fungsi Masjid 17

2.3.1 Masjid Sebagai Pusat Ibadat 18

2.3.2 Masjid Sebagai Pusat Pembangunan

Masyarakat 18

2.3.3 Masjid Sebagai Pusat Pentadbiran 19

2.3.4 Masjid Sebagai Pusat Ekonomi 20

2.3.5 Masjid Sebagai Pusat Pendidikan 20

2.3.6 Masjid Sebagai Pusat Kehakiman 21

2.4 Pengurusan 22

2.5 Pengurusan Moden 24

2.5.1 Toeri Pengurusan Semasa 26

2.5.1.1 Teori Pengurusan Ilmiah 26

2.5.1.2 Teori Faham Hubungan

Kemanusiaan 27

2.5.1.3 Teori Birokrasi 28

2.5.1.4 Teori Semasa 29

2.5.1.5 Teori Pengurusan Bersama 29

2.6 Pengurusan Islam 30

2.7 Pengurusan Masjid 34

Page 11: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

ix

2.7.1 Perancangan dan Pengurusan Masjid 36

2.7.2 Pengurusan Aktiviti 37

2.7.3 Pengurusan Profesional 39

2.7.4 Pengurusan Kewangan 40

2.7.5 Masalah dan Cabaran Pengurusan Masjid 42

2.8 Kajian Lepas 45

2.9 Kesimpulan 47

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Tempat Kajian 49

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50

3.5 Instrumen Kajian 51

3.5.1 Data Primer 51

3.5.1.1 Soal Selidik 51

3.5.2 Data Sekunder 54

3.6 Prosedur Kajian 54

3.7 Kajian Rintis 55

3.8 Kajian Sebenar 56

3.9 Analisis Data 56

3.10 Jangka Masa Kajian 58

3.11 Kesimpulan 58

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 60

4.2.1 Latar Belakang Responden

Mengikut Umur 61

Page 12: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

x

4.2.2 Latar Belakang Responden

Mengikut Status Perkahwinan 61

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Tahap Pendidikan 62

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan 62

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Jawatan Di Masjid 63

4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut

Pengalaman Mentadbir 64

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 64

4.3.1 Analisis Data Mengenai Tahap

Pengetahuan Pentadbir dan Ahli 65

Jawatan Kuasa Terhadap Pengurusan

Masjid Dalam Islam

4.3.2 Analisis Data Mengenai Bentuk

Pengurusan Yang Dijalankan Di 71

Masjid-masjid Daerah Pasir Puteh

4.3.3 Analisis Data Mengenai Masalah-

masalah Yang Dihadapi Oleh Pihak 76

Pengurusan Masjid

4.4 Analisis Keseluruhan 81

4.4.1 Rumusan Dapatan Kajian Tahap

Pengetahuan Pentadbir dan Ahli 81

Jawatankuasa Terhadap Pengurusan

Masjid Dalam Islam.

4.4.2 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai

Bentuk Pengurusan Yang Dijalankan 83

Di Masjid-masjid Daerah Pasir Puteh.

4.4.3 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap

Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh 84

Pihak Pengurusan Masjid

4.5 Kesimpulan 86

Page 13: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan 87

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 88

5.2.2 Tahap Pengetahuan Pentadbir dan Ahli

Jawatan Kuasa Terhadap Pengurusan 90

Masjid Dalam Islam

5.2.3 Bentuk Pengurusan Yang Dijalankan 93

Di Masjid Daerah Pasir Puteh

5.2.4 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh 95

Pihak Pengurusan Masjid

5.3 Rumusan 99

5.4 Cadangan 99

5.4.1 Individu 100

5.4.2 Masyarakat 100

5.4.3 Pihak Pengurusan Masjid 101

5.4.4 Majlis Agama Negeri Kelantan (MAIK) 102

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 103

5.6 Kesimpulan 104

RUJUKAN 105

LAMPIRAN

Page 14: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert 53

3.2 Klasifikasi Item Mengikut Objektif Kajian 53

3.3 Perubahan 5 Skala Likert Kepada 2 Peringkat 57

3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 57

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 61

4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 61

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 62

4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 62

4.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan di Masjid 63

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mentadbir 64

4.7 Taburan Skor Bagi Item Satu 65

4.8 Taburan Skor Bagi Item Dua 65

4.9 Taburan Skor Bagi Item Tiga 66

4.10 Taburan Skor Bagi Item Empat 66

4.11 Taburan Skor Bagi Item Lima 67

4.12 Taburan Skor Bagi Item Enam 67

4.13 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 68

4.14 Taburan Skor Bagi Item Lapan 68

4.15 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 68

4.16 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 69

4.17 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 69

4.18 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas 70

4.19 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 70

Page 15: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

4.20 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 71

4.21 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 71

4.22 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 72

4.23 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 72

4.24 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 73

4.25 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 73

4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh 74

4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 74

4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 75

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 75

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 76

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 76

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 77

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 77

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 78

4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 78

4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh 79

4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu 79

4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua 80

4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga 80

4.40 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat 81

4.41 Rumusan Dapatan Kajian Tahap Pengetahuan

Pentadbir Dan Ahli Jawatankuasa Terhadap 81

Pengurusan Masjid Dalam Islam

4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Bentuk

Pengurusan Yang Dijalankan Di Masjid-masjid 83

Daerah Pasir Puteh

4.43 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Masalah-masalah

Yang Dihadapi Oleh Pihak Pengurusan Masjid 84

Page 16: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH AYAT HALAMAN

Al-Baqarah 144 3

Al-Jin 18 3

Al-Taubah 18 6

Al-Baqarah 149 15

Ali-Imran 96 16

Yunus 3 31

An-Nisa’ 58 31

An-Nahl 89 33

Al-Syura 38 38

SENARAI HADIS

HADIS HALAMAN

Hadis Riwayat Muslim 1

Hadis Riwayat Bukhari 4

Page 17: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

xiiv

SENARAI SINGKATAN

KS - Kurang Setuju

MAIK - Majlis Agama Negeri Kelantan

S - Setuju

S.A.W - Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

SPSS Statistical Package of Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T - Subhanahu Wa Taala

TS - Tidak Setuju

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang Soal Selidik

B Laporan U7.4A : Senarai Ringkas Mukim-Mukim

Ikut JAJAHAN Dan NAMA MUKIM

C Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan

Menjalankan Kajian

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

(Perpustakaan Sultanah Zanariah)

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

(Perpustakaan Sultanah Zanariah)

Page 19: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Perkataan masjid merupakan suatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan

umat Islam sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang. Ini kerana masjid

merupakan satu institusi yang berperanan sebagai tempat bagi umat Islam melakukan

ibadah solat dan tempat melakukan aktiviti-aktiviti sosial serta kemasyarakatan.

Selain itu, masjid juga adalah tempat yang paling disukai oleh Allah s.w.t dan

merupakan asas yang terpenting dalam pembinaan sesebuah masyarakat Islam. Itulah

tempat melahirkan hamba-hamba yang suci jiwanya, beriman, bertaqwa dan

mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

ااهللا مساجده إىل إن أحب البالد

“tempat yang paling disukai Allah ialah masjid-masjidnya.”

(HR: Muslim)

Page 20: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

2

Menurut Shaikh Ali Mohamad Mokhtar (2003: 3), perkataan masjid

bermaksud tempat sujud iaitu tempat melaksanankan ibadah serta menyatakan

pengabdian yang tulus ikhlas kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan yang satu-satunya

yang layak disembah. Menurut Muhd. Fadli Ismail (2003: 1), masjid disebut

sebanyak 28 kali di dalam al-Quran dengan mengulangi perkataan masjidun

sebanyak 20 kali, masaajida sebanyak 6 kali dan masjidan 2 kali. Masjid dari segi

bahasa bermaksud tempat sujud iaitu diambil dari perkataan perbuatan dalam Bahasa

Arab sajada-yasjudu yang bererti sujud. Sujud adalah kemuncak kepatuhan dan

penghinaan diri. Apabila seseorang itu patuh dan taat kepada Allah dia pasti akan

sujud.

Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam melaksanakan ibadah

solat harian dan sembahyang Jumaat. Menurut Lokman dan Musa Ahmad (1996: 1),

masjid ialah binaan yang digunakan untuk sembahyang berjemaah, sembahyang

Jumaat, beriktikaf dan ibadah-ibadah tertentu serta mempunyai kehormatan-

kehormatannya yang tertentu.

Institusi masjid telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan telah

diinstitusikan secara formal di Madinah iaitu ketika sampainya Baginda ke kota itu

dalam peristiwa hijrah. Menurut S.M. Darsh et al. (1996: 11), perkara pertama yang

dilakukan oleh Baginda adalah membina masjid Quba. Bermula dari detik itulah

proses membina dan membentuk masyarakat terlaksana. Rasulullah s.a.w

menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan dan perbincangan dengan sahabat

dan menjadikan masjid sebagai medium untuk baginda menerangkan tentang Islam

sebagai ad-din yang syumul serta sebagai tempat untuk baginda menjelaskan wahyu

yang diturunkan kepadanya.

Page 21: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

3

Perkara berkenaan dengan kewujudan masjid ini dapat dilihat dengan jelas

berdasarkan firman Allah s.w.t:

ô‰s% 3“ttΡ |== s) s? y7 Îγ ô_uρ ’Îû Ï!$ yϑ ¡¡9$# ( y7 ¨ΨuŠ Ïj9uθãΨn=sù \' s# ö7 Ï% $ yγ9 |Êös? 4 ÉeΑuθsù

y7yγ ô_ uρ t ôÜ x© ωÉfó¡ yϑ ø9$# ÏΘ#tysø9$# 4 ß] øŠ ymuρ $tΒ óΟ çFΖ ä. (#θ—9uθsù öΝ ä3 yδθ ã_ãρ

… çν t ôÜx© 3 ¨β Î) uρ t Ï% ©! $# (#θè?ρé& |=≈tGÅ3 ø9$# tβθ ßϑ n= ÷èu‹ s9 çµ ¯Ρ r& ‘, ysø9$# ÏΒ öΝ Îγ În/§‘ 3 $ tΒuρ

ª! $# @≅ Ï≈tóÎ/ $£ϑ tã tβθ è= yϑ ÷ètƒ ∩⊇⊆⊆∪

Terjemahannya: Sesungguhnya kami (sering) melihat wajahmu menghadap ke langit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang engkau sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada palingkanlah muka mu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa, berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya, dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

(al-Baqarah: 144)

Firman Allah:

¨β r&uρ y‰Éf≈|¡ yϑ ø9$# ¬! Ÿξsù (#θããô‰s? yì tΒ «! $# # Y‰tn r& ∩⊇∇∪

Terjemahannya: “sesungguhnya masjid untuk Allah dan janganlah kamu menyeru bersama Allah sesuatu pun.”

(al-Jin: 18)

Page 22: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

4

Pembinaan masjid dalam Islam seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas

adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Selain itu, Rasulullah juga ada

menyatakan mengenai pembinaan masjid sebagaimana sabda Baginda:

يف اجلنة مثلهمن بىن مسجدا يذكر فيه اسم اهللا، بىن اهللا له

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, memohon limpah kurniaNya, Allah akan membina baginya sepertinya di syurga.”

(HR: al-Bukhari)

Masjid menjadi lambang kepada syiar Islam dan menjadi pusat

pengembangan ajaran Islam serta pusat perhimpunan untuk menyatupadukan umat

Islam. Ini kerana di masjid umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan

tenang, dapat mengerjakan solat berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan, nasihat

menasihati dengan kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

1.2. Latar Belakang Masalah

Masjid merupakan sebuah institusi yang terpenting dalam Islam.

Pembinaannya bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat beribadah kepada Allah

s.w.t dan sebagai tempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan umat Islam.

Pembinaan masjid di Malaysia kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan

teknologi terkini. Namun demikian, jika dilihat dari segi pengunjungnya amat

menyedihkan.

Page 23: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

5

Jika membicarakan mengenai masjid, ramai orang yang beranggapan bahawa

masjid merupakan tempat melakukan ibadah-ibadah khusus sahaja. Kita harus

mengetahui bahawa masjid sebenarnya bukan sebagai tempat ibadah semata-mata

bahkan sebagai tempat untuk melakukan segala aktiviti kehidupan.

Institusi masjid yang menjadi asas dalam masyarakat Islam seolah-olah

dilupakan dari arus perkembangan dunia hari ini. Menurut Hashim Fauzi dan Ahmad

Puhad (1997: 56), institusi ini dianggap sebagai tempat beribadah secara khusus

semata-mata oleh masyarakat. Di samping itu, pihak pentadbir masjid tidak begitu

peka dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Dalam menuju masyarakat

siber, masjid seolah-olah terpinggir dan tidak termasuk dalam program pembangunan

teknologi moden (Tamadun, Ogos 1997). Maka, di sini menunjukkan perlunya suatu

bentuk pengurusan yang mantap supaya institusi masjid benar-benar memiliki

kredibiliti yang mampu dibanggakan bukan sahaja oleh umat Islam bahkan di

kalangan bukan Islam.

Terdapat masjid di Malaysia yang menganjurkan pelbagai aktiviti sosial

kepada masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

tidak dapat menarik minat ahli kariah. Hanya segolongan masyarakat yang terdiri

dari golongan tua sahaja sering mengimarahkan dan memberi tindak balas terhadap

apa yang dilaksanakan oleh pihak masjid. Generasi pelapis yang terdiri dari golongan

muda-mudi dan belia hanya dapat dilihat pada hari perayaan sahaja seperti hari

Jumaat dan dua hari raya. Masjid sebagai rumah Allah bukan hanya terhad kepada

golongan tertentu sahaja tetapi kepada seluruh umat Islam. Allah s.w.t telah

berfirman:

Page 24: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

6

$ yϑ ¯ΡÎ) ãßϑ ÷ètƒ y‰Éf≈|¡ tΒ «! $# ôtΒ š∅ tΒ# u «! $$ Î/ ÏΘöθu‹ ø9$# uρ ÌÅz Fψ$# tΠ$s% r& uρ nο 4θn= ¢Á9$#

’tA# u uρ nο 4θŸ2 ¨“9$# óΟ s9uρ |· øƒ s† ωÎ) ©! $# ( #†|¤ yèsù y7Í× ¯≈s9'ρ é& β r& (#θçΡθ ä3tƒ z ÏΒ

š ωtF ôγ ßϑ ø9$# ∩⊇∇∪

Terjemahannya: Hanya sanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.

(al-Taubah: 18)

Fenomena tersebut dapat dilihat di kebanyakan masjid di Malaysia dan ini

merupakan masalah yang mesti ditangani kerana pembinaannya melibatkan kos yang

tinggi dan sepatutnya ia digunakan serta dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti. Hal

tersebut tidak berlaku pada zaman awal Islam kerana mereka memahami fungsi

masjid dengan lebih luas dan tidak menghadkannya sebagai tempat untuk melakukan

ibadah sahaja bahkan menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran dan sebagainya.

Sebagai tempat yang suci bagi umat Islam, masjid sewajarnya mempunyai

perancangan dan program-program serta aktiviti yang berguna bagi ahli kariah.

Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah tidak memanfaat dan

mengimarahkan masjid sepenuhnya. Mohd Ismail Mustari (2007: 164) menyatakan

bahawa kepelbagaian program yang dianjurkan oleh pihak masjid tidak mendapat

sambutan yang menggalakkan dari para jemaah.

Menurut Ahmad Tajdid (2007), pengurusan masjid di negara kita dikatakan

agak ketinggalan jika dibanding dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Jika

dilihat dari aspek kebersihan masjid di negara kita amat mengecewakan. Walau

bagaimanapun, masalah yang lebih kritikal adalah aspek kemakmuran. Masjid-

masjid kita tidak semakmur Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kebanyakan

Page 25: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

7

masjid, khususnya di sesetengah kampung hanya dibuka pada waktu Maghrib dan

Isyak. Selain itu, para pengunjung perlu melakukan solat secara sendiri-sendiri di

beranda masjid (Berita Harian, 19 Julai 2007).

Sikap sesetengah ahli jawatankuasa masjid yang mementingkan elaun juga

merupakan suatu krisis yang berlaku dalam sistem pengurusan masjid di negara kita.

Sebagai contohnya, masih ada imam yang berangan-angan agar elaun RM480

dinaikkan lagi. Dalam hal ini, CEO Yayasan Islam Hadhari, Abd Aziz Abdullah

(2007) memberikan pandangan yang lebih ekstrim iaitu “tidak mustahil gaji dan

elaun imam pada masa depan mencecah sehingga RM8000 sebulan.” Jika faktor

material ini menjadi kenyataan, pasti manusia yang tidak layak pun akan berlumba-

lumba untuk menjadi imam. Hal ini akan menjejaskan lagi struktur pengurusan dan

pentadbiran masjid di negara ini (Berita Harian, 19 Julai 2007).

Pada umumnya, banyak masjid mengalami pengurusan yang tidak sistematik.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2008), hal ini dapat

dilihat dari sudut ahli jawatankuasa yang telah dilantik atau dipilih. Kebanyakan

masjid di negara kita kelihatan seolah-olah hanya diterajui seseorang atau dua orang

yang benar-benar ingin berkhidmat sedangkan ahli jawatankuasa yang telah dipilih

atau dilantik tidak berfungsi dengan sewajarnya. Oleh yang demikian, kita sebagai

individu Islam yang cintakan institusi masjid, perlu melihat secara objektif beberapa

masalah yang sering ditimbulkan sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki

kelemahan dan menyelamatkan institusi masjid (Sinar Harian, 2 Mei 2008).

Masjid dalam tradisi Islam berperanan mengatur kehidupan kerohanian,

politik dan sosial penganutnya. Masjid juga menjadi paksi kepada proses

pembangunan dan pembinaan tamadun Islam. Justeru, masjid perlu diberi imej baru

untuk memungkinkan kewujudannya dalam masyarakat kini. Kegagalan masjid

memberikan petunjuk dan bimbingan di dalam persoalan kehidupan umat Islam akan

mengakibatkan ia terpinggir dan kehidupan umat Islam akan terlepas dari kawalan

pemimpin agama Islam.

Page 26: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

8

Dalam kerangka mengembalikan fungsi masjid, aspek yang perlu dilihat

adalah aspek pengurusannya. Umumnya, masjid di Malaysia bertambah cantik, besar

dan bertambah bilangannya tetapi masih terdengar masalah-masalah yang berkaitan

dengan pentadbiran masjid disebabkan oleh kelemahan dari aspek pengurusannya

(Sinar Harian, 2 Mei 2008).

1.3 Pernyataan Masalah

Masjid merupakan lambang utama dalam menjana kegemilangan umat Islam

di sepanjang zaman. Sejarah telah membutikan bahawa masjid telah memainkan

peranan yang amat besar dalam konteks membina dan memacu pembangunan umat

Islam dalam pelbagai aspek. Namun begitu, perubahan masa dan zaman serta

petambahan bilangan masjid dewasa ini menyebabkan peranan dan sistem

pengurusan masjid juga menjadi semakin mencabar. Oleh sebab itu, isu pengurusan

adalah sesuatu yang amat relevan dengan keperluan dan tuntutan semasa. Realiti

itulah yang perlu digarap oleh semua pihak terutamanya pihak pengurusan institusi

masjid yang sememangnya diamanahkan dengan tugas ke arah memakmurkan masjid

melalui perancangan dan pengurusan yang berkualiti dan sistematik.

Berdasarkan penyataan masalah di atas, penyelidik berhasrat untuk

melakukan satu kajian bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan pentadbir dan

ahli jawatankuasa terhadap pengurusan masjid dalam Islam, bentuk pengurusan dan

masalah yang dihadapi dalam pengurusan yang dijalankan.

Page 27: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

9

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap

pengurusan masjid dalam Islam.

1.4.2 Mengenalpasti bentuk pengurusan yang dijalankan di masjid-masjid Daerah

Pasir Puteh.

1.4.3 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan

masjid.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap

pengurusan masjid dalam Islam?

1.5.2 Apakah bentuk pengurusan yang dijalankan di Masjid-masjid Daerah Pasir

Puteh?

1.5.3 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan masjid?

Page 28: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

10

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu terutamanya

kepada masyarakat Islam termasuklah penyelidik sendiri. Melalui kajian ini

gambaran dan penjelasan dapat diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab

berkenaan tahap pengetahuan pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap pengurusan

masjid dalam Islam dan bentuk pengurusan yang telah dijalankan. Perkara ini

penting kerana reaksi mereka diperlukan untuk menambahbaikkan terhadap segala

kekurangan dalam pengurusan masjid.

Selain itu, kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak pengurusan masjid

bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan masjid. Kajian ini juga

memberi garis panduan kepada pihak masjid supaya dapat menyusun strategi yang

lebih baik dalam menganjurkan dan menjalankan sesuatu aktiviti. Di samping itu,

kajian ini juga dapat memberi idea-idea baru kepada pihak pengurusan dan pihak

yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam bagi mempertingkatkan lagi

pengurusan masjid.

Seterusnya, kajian ini dapat digunakan sebagai sebahagian daripada input-

input penting kepada pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembangunan

masjid. Dengan sentiasa mengemaskinikan perancangan pengurusan masjid secara

berkala dan menyeluruh, usaha untuk memartabatkan masjid dalam masyarakat

menjadi lebih efisyen.

Page 29: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

11

1.7 Batasan dan Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Terdapat 63 buah

masjid di daerah tersebut dan hanya 19 buah masjid dipilih oleh penyelidik

berdasarkan kepada senarai masjid yang diperolehi dari Majlis Agama Islam

Kelantan (MAIK). Perkara-perkara seperti masalah kewangan, kekangan masa dan

bilangan populasi yang terlalu besar menyebabkan penyelidik hanya memilih 19

buah masjid daripada 63 buah masjid yang terdapat di daerah Pasir Puteh. Kajian ini

hanya terbatas kepada pentadbir dan ahli jawatankuasa masjid yang menjadi

responden dalam kajian ini.

Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan

pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap pengurusan masjid dalam Islam, bentuk

pengurusan yang dijalankan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak

pengurusan masjid.

1.8 Definisi Istilah

Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini yang

memerlukan definisi terperinci kerana pengertian umum dengan pengertian dalam

kajian ini mungkin berbeza.

1.8.1 Audit

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 90), audit

bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira. Mengikut Kamus Bahasa

Melayu Nusantara (2003: 162) pula, audit ialah pemeriksaan pembukuan

tentang kewangan (perusahaan, bank, dsb).

Page 30: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

12

Dalam kajian ini, audit bermaksud semakan tehadap pengurusan dan

pentadbiran masjid yang dilaksanakan di Daerah Pasir Puteh, Kelantan.

Pengurusan dan pentadbiran merupakan elemen yang terpenting dalam

seluruh aspek kehidupan. Ia perlu dilihat dan dibina menurut kerangka, nilai

dan prinsip Islam.

1.8.2 Pengurusan

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1780), pengurusan

bermaksud mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan

dll). Manakala dalam Kamus Za’ba (2000: 1231), pengurusan bermaksud

kerja-kerja berkaitan dengan pengendalian sesuatu syarikat atau perniagaan.

Dalam konteks kajian ini, pengurusan yang dimaksudkan adalah

proses dan cara mengurus, pengelolaan serta penyelenggaraan masjid di

Daerah Pasir Puteh, Kelantan yang melibatkan pentadbir dan ahli

jawatankuasa masjid. Pengurusan masjid tidak terlepas daripada skop

pengurusan Islam secara umum.

1.8.3 Masjid

Maksud masjid ialah bangunan khas tempat umat Islam melakukan

solat Jumaat dan ibadat-ibadat lain (Kamus Dewan, 2007: 1002). Manakala

merujuk kepada Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary maksud

masjid ialah a building in which muslims workship (A S Hornby, 2000: 762).

Masjid yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah masjid di Daerah Pasir

Puteh, Kelantan.

Page 31: memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan … · 2009-04-27 · Setulus pengorbanan dan kasih sayang ... kakak ipar dan adik-adik tersayang, Zamzuri & Zah, ...

13

1.8.4 Daerah

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 300), daerah

bermaksud lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara).

Selain itu, daerah juga bermaksud bahagian sesebuah negeri (sekeliling

sesebuah negeri) yang mempunyai sempadannya untuk kemudahan

pentadbiran.

Manakala mengikut Kamus Za’ba (2000: 250), daerah ialah kawasan

yang mempunyai iklim (penduduk, hasil, dll) yang sama. Dalam kajian ini,

daerah yang menjadi tempat kajian ialah Daerah Pasir Puteh, Kelantan.

1.9 Kesimpulan

Institusi masjid memainkan peranan yang amat penting dalam membina

masyarakat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, pengurusan

yang sistematik adalah suatu perkara yang amat relevan dengan keperluan

perkembangan semasa. Dengan melaksanakan pengurusan yang sistematik di

institusi masjid, ia akan memberi input yang amat positif kepada hasrat untuk melihat

mesej dakwah masjid dapat disampaikan kepada semua golongan sasaran. Realitinya,

usaha ke arah menjana dan memperkasakan pengurusan masjid merupakan usaha

yang bersifat kesinambungan antara pelbagai pihak sama ada pihak berkuasa, pihak

pengurusan masjid dan masyarakat seluruhnya.