Memberi Salam Tazkirah

7
Adab-adab Memberi Salam Mengikut Sunah Rasulullah SAW February 24, 2012 at 10:47am Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh مْ يِ ح ر ل اِ ن مْ ح ر ل اِ له الِ مْ سSegala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Perlu kita sedari bersama bahawa mengucapkan salam ‘Assalamu’alaikum’ dalam Islam bukan hanya sekedar sapaan sahaja, tetapi lebih mulia dari itu. Ia merupakan sebahagian dari ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaa, yang jelas mempunyai nilai dan pahala yang besar di sisi-Nya. Ucapan salam itu adalah doa. Sedangkan doa itu sendiri merupakan inti ibadah dan diberikan pahala bagi siapa yang mengucapkannya. Allah Subhanahu Wa Ta’aalaa berfirman: ونُ ر ك ذ تْ مُ ك ل ع لْ مُ ك لٌ رْ ي % خْ مُ كِ ل ا % ا ذ هِ لْ ه , ى ا ل ع واُ مِ ل سُ ت ا و وُ سِ% تْ , ا تْ س ت ى ت حْ مُ كِ ت وُ يُ ; ب رْ ي % غ اً وتُ يُ ; ب واُ لُ % خْ ذ ت لا واُ % ي م ا ء ن يِ % ذ ال ا هُ ي , ا ا تMaksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (Surah an-Nur ayat 27) Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya : “Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.” (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 2162) Rasulullah SAW. yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh muslim. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Kamu tidak dapat memasuki syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih- sayang diantara kamu sekalian? Tebarkanlah ucapan salam satu sama lain,

Transcript of Memberi Salam Tazkirah

Page 1: Memberi Salam Tazkirah

Adab-adab Memberi Salam Mengikut Sunah Rasulullah SAWFebruary 24, 2012 at 10:47am

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

�م ي ح� ح�من� الر� � الله� الر� م س� 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi

Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda

hingga ke hari kiamat.

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Perlu kita sedari bersama bahawa mengucapkan salam ‘Assalamu’alaikum’ dalam Islam bukan

hanya sekedar sapaan sahaja, tetapi lebih mulia dari itu. Ia merupakan sebahagian dari ibadah

kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaa, yang jelas mempunyai nilai dan pahala yang besar di sisi-

Nya. Ucapan salam itu adalah doa. Sedangkan doa itu sendiri merupakan inti ibadah dan

diberikan pahala bagi siapa yang mengucapkannya.

 

Allah Subhanahu Wa Ta’aalaa berfirman:

 

�م� �ك �ع�ل �م� ل �ك �ر� ل ي �م� خ� �ك �ه�ا ذ�ال ه�ل� �م�وا ع�ل�ى أ ل �س� وا و�ت �س� �ن �أ ت �س� �م� ح�تى� ت �ك �وت �ي �ر� ب 'ا غ�ي �وت �ي �وا ب ل �د�خ� � ت �وا ال �ذ�ين� ء�ام�ن /ه�ا ال ي

� �اأ ي

ون� �ر� �ذ�ك ت 

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan

rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu

lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (Surah an-Nur ayat 27)

 

Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya : “Hak seorang muslim atas

muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan

salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya.

(3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji

Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit

hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan

jenazahnya.” (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 2162)

 

 Rasulullah SAW. yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Kamu

tidak dapat memasuki syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga

kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika

kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu

sekalian? Tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun

yang belum kamu kenal.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Dalam Islam apabila seseorang memberi salam maka perlulah dijawab dengan salam yang

serupa atau yang lebih baik.

Page 2: Memberi Salam Tazkirah

 

Allah Subhanahu Wa Ta’aalaa berfirman:

 

'ا يب �ئ3 ح�س� ي �ل� ش� �ان� ع�ل�ى ك �ن� الله� ك د/وه�ا إ و� ر�� �ه�ا أ �ح�س�ن� م�ن �أ /وا ب ي �ة3 ف�ح� ي �ح� �ت �م� ب �يت ي �ذ�ا ح� و�إ

 

Maksudnya : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah

penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah

memperhitungkan segala sesuatu”. (Surah an-Nisa ayat 86)

 

Salam juga merupakan amalan dan tradisi (sunnah) para Rasul-rasul Allah dan para malaikat-

Nya. Sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman tentang kisah para malaikat yang

datang bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:

 

ون� �ر� �ك م� ق�و�م� م�ن ال� م'ا ق�ال� س� ال� �وا س� �ه� ف�ق�ال �ي �وا ع�ل ل �ذ� د�خ� م�ين� )( إ �ر� �م�ك اه�يم� ال �ر� �ب �ف� إ �اك� ح�د�يث� ض�ي �ت ه�ل� أ 

Maksudnya : “Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim Yang

dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam Dengan berkata:

“Salam sejahtera kepadamu!” ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! “(Sambil berkata

Dalam hati) : mereka ini orang-orang Yang tidak dikenal.”  (Surah Adz-Dzariyat ayat 24-25)

 

Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Nabi Sallallahu ’Alaihi Wasallam

telah bersabda,

 �ك� �ت ي �ح� �ه�ا ت �ن �ك� ف�إ /ون ي �ح� �م�ع� م�ا ي ت �ة� ج�ل�وس� ف�اس� �ك ئ �م�ال� �ف�ر� م�ن� ال �ك� الن �ئ �ول �م� ع�ل�ى أ ل : اذ�ه�ب� ف�س� �ه� آد�م� ق�ال� ل�ق� الل �م�ا خ� ل

�ه� )متفق عليه( ح�م�ة� الل اد�وه� و�ر� �ه� ف�ز� ح�م�ة� الل �ك� و�ر� �ي م� ع�ل ال� �وا الس� �م� ف�ق�ال �ك �ي م� ع�ل ال� : الس� . ف�ق�ال� �ك� �ت ي ��ة� ذ�ر ي �ح� و�ت 

Maksudnya : “Tatkala Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Dia berfirman, “Pergilah dan

ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang

mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam

(penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam ‘alaihissalam berkata,

“Assalamu’alaikum”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”.

Mereka menambahkan: “Warahmatullah”.  (Hadis Riwayat Bukhari 6227 dan Muslim 2841).

 

Salam juga merupakan ajaran dan amalan Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam dan para

shahabat ridwanullahu’alaihim.

 

ي/� �م� أ ل �ه� و�س� �ي �ه� ع�ل �ه� ص�ل�ى الل س�ول� الل �ل� ر� أ ج�ال' س� �ن� ر� �ه�م�ا أ �ه� ع�ن ض�ي� الل �ن� الع�اص� ر� �ن� ع�م�رو ب �ه� ب �د� الل ع�ن� ع�ب

�ع�ر�ف� )متفق عليه( �م� ت ف�ت� و�م�ن� ل م� ع�ل�ى م�ن� ع�ر� ال� � الس� أ �ق�ر� �ط�ع�م� الط�ع�ام� و�ت �ر� ق�ال� ت ي � خ� م ال� �س� اإل� 

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash radhiyallahu’anhuma bahwa seorang lelaki bertanya kepada

Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam, “ajaran Islam yang manakah yang paling baik”? Baginda

menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang memerlukannya), dan kamu mengucapkan

salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (Hadis Riwayat Bukhari 4684

dan Muslim 993).

 

Sahabat yang dimuliakan,

Page 3: Memberi Salam Tazkirah

Adab-adab memberi salam adalah seperti berikut :

 

1. Orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki

 

2. Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk

 

3. Orang yang sedikit kepada yang banyak

 

4. Orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

 

Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليسلم الصغير على الكبير،والمار على القاعد, والقليل على الكثير. وفي رواية: والراكب على الماشي. متفق عليه.

 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai

memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk  dan yang sedikit kepada

yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada

yang berjalan.” (Hadis Riwayat Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).

 

5. Apabila memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika

menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur.

 

Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab

salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.

 

Di dalam hadits Miqdad bin Al-Aswad disebutkan di antaranya:

 

فكان نحتلب فيشرب كل إنسان منا نصيبة، وبرفع للنبي صلى الله عليه وسلم نصيبه قال: فيجيء من الليلفيسلم تسليما ال يوقظ نائما، ويسمع اليقظان. رواه مسلم

 

“dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bahagian minum dari

kami, dan kami sediakan bahagian untuk Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam Miqdad berkata:

Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang

yang sedang tidur, namun dapat didengar oleh orang yang bangun”.(Hadis Riwayat Muslim).

 

6. Mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya

semua dapat mendengarinya.

 

Di dalam hadis Anas disebutkan :

 

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا تكلم بكلمة أعادها ثالثا، وإذا أتى على قوم فسلم عليهم سلم عليهمثالثا( رواه البخاري

 

Page 4: Memberi Salam Tazkirah

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam apabila ia mengucapkan suatu

kalimat, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, ia memberi salam

kepada mereka tiga kali” (Hadis Riwayat Bukhari).

 

Perkara-perkara yang disunatkan untuk memberi salam :

 

Pertama : Ketika hendak masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.

 

Kerana hadith menyebutkan:

 

إذا انتهى أحدكم إلى المجلس فليسلم، فإذا أراد أن يقوم فليسلم فليست األولى بأحق من الثانية )رواهأبوداود وصححه األلباني(

 

“Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila

hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada

yang kedua. (Hadis Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).

 

Kedua : Ketika hendak masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong.

 

Allah telah berfirman :

 

�م� ك �نف�س� �م�وا ع�ل�ى أ ل ' ف�س� �وتا �ي �م ب �ت ل �ذ�ا د�خ� ف�إ 

Maksudnya : “Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri

kalian” (Surah an-Nur(24) ayat 61)

 

Ucapan Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma :

 

إذا دخل الرجل البيت غير المسكون فليقل: السالم علينا وعلى عباد الله الصالحين )رواه البخاري فىاألداب المفرد وصححه األلباني(

 

“Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah ia

mengucapkan : Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin” (HR. Bukhari di dalam Al-Adab Al-

Mufrad, dan disahihkan oleh Al-Albani).

 

Ketiga : Memberi salam kepada kanak-kanak,

 

kerana hadis yang bersumber dari Anas radhiallaahu ‘anhu menyebutkan:

 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعله )متفق عليه( 

Bahawasanya ketika ia melalui sekumpulan kanak-anak dia memberi salam, dan dia

mengatakan: “Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam”.

(Muttafaq’alaih).

 

Keempat : Memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.

Page 5: Memberi Salam Tazkirah

 

Di dalam hadis Abdullah bin Umar radhiallaahu ‘anhu disebutkan bahwasanya ada seseorang

yang bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

 

من عرفت ومن لم تعرف )متفق عليه  خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السالم على أي اإلسالم 

“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan

memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”.  (Hadis

Riwayat Muttafaq’alaih).

 

Kelima : Menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.

 

السالم فقال: عليك وعلى أبيك السالم فقد جاء رخل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إن أبي يقرئك)رواه أبو داود وحسنه األلباني(

 

“Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam lalu

berkata: Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab : “`alaika

wa `ala abikas salam ( Hadis Riwayat Abu dawud dan dihasankan Al Albani )

 

Keenam : Berjabat tangan dengan saudaranya.

 

Rasulullah bersabda :

 

وصححه األلباني( ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إال غفر لهما قبل أن يتفرقا )رواه أبوداود 

Maksudnya : “Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan

diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Hadis Riwayat  Abu Daud dan dishahihkan

oleh Al-Albani)

 

Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari

kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda

menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda

menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam

dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.”  (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

 

Semasa berjabat salam dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat

berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.

 

Hadis yang bersumber dari Anas radhiallaahu ‘anhu menyebutkan:

 

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا استقبله الرجل فصافحه ال ينزع يده من يده حتى يكون الرجل الذي األلباني( ينزع )رواه الترمذي وصححه

 

 “Nabi Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam apabila ia diterima oleh seseorang lalu berjabat tangan,

maka Nabi tidak melepas tangannya sebelum orang itu yang melepasnya….” (Hadis Riwayat

Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Page 6: Memberi Salam Tazkirah

 

Perkara-perkara yang dilarang semasa memberi salam :

 

Pertama : Memberi salam kepada orang yang sedang buang air besar atau kecil.

 

kerana hadis Ibnu Umar radhiallaahu ‘anhuma yang menyebutkan

 

أن رجال مرq رسول الله صلى الله عليه وسلم يبول فسلqم : فلم يرد عليه )رواه مسلم( 

Maksudnya : “Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wa

sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

 

Kedua : Memberi salam dengan isyarat kecuali ada uzur, seperti sedang solat, bisu atau

orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Salam berbentuk isyarat adalah salam

cara Yahudi dan Nasrani.

 

Di dalam hadis Jabir bin Abdillah radhiallaahu ‘anhu diriwayatkan bahwasanya Rasulullah

Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

 

ال تسلموا تسليم اليهود والنصارى فإن تسليمهم إشارة بالكفوف )رواه البيهقي وحسنه األلباني( 

Maksudnya : “Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana

sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan”. (Hadis Riwayat

Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

 

Hukum Mencium Tangan :

 

Imam An-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang

kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang

yang zuhud, alim/ulama, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang

muslim.

 

Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab

keduniaan, seperti raja, perdana menteri, orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan

tinggi dan sebagainya.

 

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita amalkan cara memberi salam yang betul kepada saudara-saudara kita yang muslim

tidak kira apa bangsanya sekali pun. Apabila kita berjumpa saudara kita atau kita ingin

memasuki rumah mereka ucaplah salam iaitu ucapan "assalamualaikum" atau

"assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" . Begitu juga dalam ucapan permulaan dalam

tulisan cuba amalkan tulisan yang betul dan penuh iaitu : "assalamualaikum" atau

"assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" bukannya ditulis "salam" atau "aslm". Salam

adalah ibadah dan ucapan sejahtera untuk saudara kita yang lain.