Mengapa Perlu Adanya KPI

download Mengapa Perlu Adanya KPI

of 2

Transcript of Mengapa Perlu Adanya KPI

  • 7/24/2019 Mengapa Perlu Adanya KPI

    1/2

    Mengapa perlu adanya KPI?

    Secara keseluruhannya, tiga fokus utama penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi

    organisasi adalah seperti berikut:

    i. Menjelaskan hala tuju organisasi

    Kesedaran sesebuah organisasi pendidikan terhadap perkara-perkara penting yang patut

    diberi perhatian dalam menjayakan misi dan isi organisasi melalui pembinaan KPI.

    Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai

    pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik yang telah

    dirancangkan.

    ii. !rganisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama kepada

    pihak berkepentingan dengan adanya pengaplikasian sistem pengukuran prestasi yang

    menggunakan KPI

    Ini dapat membantu organisasi dalam menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap

    penghalang kepada keberkesanan sesuatu program. "engan ini perkara-perkara penting

    yang menjadi teras kepada kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dapat diberi

    tumpuan.

    iii. Sesebuah organisasi pendidikan dapat menilai semula prestasi yang telah

    disasarkan

    #indakan pembetulan serta penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan petunjuk-

    petunjuk prestasi. Pemantapan prestasi boleh dilaksanakan dengan membandingkan

    pencapaian lalu dengan prestasi semasa serta menyasarkan prestasi yang hendak dicapai

    pada masa akan datang.

    Secara keseluruhannya, sekolah dapat mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin

    kecemerlangan dan memantapkan prestasi sekolah dengan adanya penggunaan KPI. Ini

    adalah kerana penggunaan KPI dapat membantu sekolah dalam proses penambahbaikan

    melalui tumpuan kepada halatuju, penumpuan kepada bidang-bidang utama yang

    disampaikan kepada pelanggan dan penilaian semula prestasi yang telah disasarkan. !leh

  • 7/24/2019 Mengapa Perlu Adanya KPI

    2/2

    yang demikian, penggunaan KPI ini akan dapat membantu sekolah memantapkan prestasi

    serta berupaya memenuhi kehendak pelbagai pihak.