Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

download Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

of 10

Transcript of Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    1/10

    1

    KERTAS CADANGAN

    MENINGKATKAN KEBERKESANAN SEKOLAH

    MELALUI ASAS KEPIMPINAN

    1.0 TUJUAN

    Tujuan kertas cadangan ini dikemukakan adalah untuk membantu pihak

    pentadbir dan pengurusan sekolah meningkatkan keberkesanan sekolah melalui

    asas kepimpinan yang sesuai digunakan di sekolah ini. Dalam suatu organisasi,

    kepimpinan adalah sesuatu perkara yang diperlukan untuk tujuan mengurus atur

    sesuatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan dan perlanggaran

    tanggungjawab yang boleh menjejaskan kepentingan orang ramai. Pemimpin adalah

    bertanggungjawab menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa.

    Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam organisasi berkait rapat dengan

    agenda yang dibawa oleh pemimpin. Pemimpin mempunyai implikasi besar kepada

    corak atau pola perlakuan ahli di bawahnya. Kewibawaan seorang pemimpin akan

    mempengaruhi keberkesanan perancangan dan keberkesanan sesebuah sekolah.

    Guru Besar atau guru besar adalah individu yang paling penting di sekolah

    dan bertanggungjawab terhadap organisasi sekolah. Sebagai pemimpin, dia harus

    menggerakkan sekolah, terutamanya dari segi kurikulum dan kokurikulum,

    meningkatkan profesionalisme guru, mewujudkan persekitaran yang kondusif serta

    dapat memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan. Guru besar selaku

    pemimpin perlu membimbing, menggalak dan menyelia kakitangan untuk

    memperbaiki kualiti pendidikan. Sehubungan dengan itu, guru besar memerlukan

    stail kepemimpinan yang sama dengan situasi di sekolah. Stail kepemimpinan yang

    sesuai dengan ciri guru dijangka mampu mempengaruhi orang bawahannya untuk

    menggerakkan sekolah ke arah kecemerlangan. Contohnya, kepemimpinan

    autokratik dapat memastikan segala arahan serta keputusan adalah ditangan guru

    besar sahaja dan tiada kompromi dalam melaksanakan arahan yang diberikan. Ini

    memberikan tekanan dan tidak memotivasikan guru untuk melahirkan kreativiti atau

    idea. Manakala gaya demokratik pula memperlihatkan bahawa guru besar yang

    bertolak ansur dan memberi peluang kepada orang bawahannya untuk bersama-

    sama membuat keputusan.

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    2/10

    2

    Namun begitu, gaya kepemimpinan yang terlalu longgar akan mengakibatkan

    pelbagai konflik atau timbul budaya sebilangan guru sahaja yang terlibat dan

    sebahagian lagi hanya berpeluk tubuh sahaja. Pihak pengurusan hanya akan

    menyebarkan maklumat jika maklumat tersebut dapat memenuhi keperluan dan

    kepentingan mereka. Kepemimpinan akan berkesan apabila wujud interaksi antara

    kumpulan dan wujudnya hubungan dua hala serta kepercayaan juga sokongan ahli

    kumpulan. Ramai pemimpin beranggapan bahawa mereka hanya perlu memberi

    arahan sahaja untuk berjaya, tetapi sebenarnya mereka seharusnya membina

    hubungan yang baik dengan orang bawahan atau rakan sejawat dan terus memberi

    tunjuk ajar dan bersedia belajar sebagai seorang pemimpin yang baik.

    2.0 LATAR BELAKANG

    2.1 Konsep Asas Kepimpinan

    Kepimpinan adalah terbitan daripada perkataan pimpin yang membawa

    erti bimbing, pandu atau tunjuk. Kepimpinan bererti keupayaan memimpin dan

    kepemimpinan pula membawa erti keupayaan sebagai pemimpin, daya seorang

    pemimpin (Kamus Dewan 1994). Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan

    sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut.

    Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung

    kepada pemujukan (persuasion) daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya

    melihatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk

    mencapai matlamat bersama. Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan

    kepimpinan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka

    akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan relahati dan penuh semangat ke

    arah pencapaian matlamat kumpulan.

    Kepimpinan seorang ketua atau pengurus tidak terletak pada tindakan

    mereka pada orang lain mengenaitugas dan hubungan sosial. Dalam beberapa

    situasi, pengurus perlu fokus kepada tugasan tetapi dalam masa yang sama

    memelihara hubungan dengan pekerja. Ada pekerja yang lebih suka ketua yang

    memberi arahan dan ada juga yang lebih suka ketua yang boleh memberi tunjuk ajar

    dan bertimbang rasa. Oleh itu, dapat disimpulkan kepimpinan ketua dilihat dari segi

    dua dimensi yang berbeza.

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    3/10

    3

    Pemimpin yang baik sentiasa memajukan diri mereka sama ada dalam

    pekerjaannya ataupun pekerjaannya. Mereka sering memperbaiki diri sendiri dan

    orang lain. Sifat yakin dan mempercayai diri sendiri penting bagi setiap pemimpin.

    Mereka perlu yakin dengan gaya kepimpinan yang cuba diaplikasikan dalam tugas

    harian. Dengan itu, perkara yang hendak dibuat dapat dilakukan dengan jayanya.

    Guru besar sebagai pemimpin organisasi sekolah rendah seharusnya dapat

    melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan berdasarkan sumber-sumber

    kuasa yang ada padanya. Kuasa eksekutif yang ada padanya diperolehi dari dua

    cara iaitu kuasa yangdiperturunkan bersama dengan jawatan dan kuasa yang

    diperoleh sendiri dalam proses perhubungannya dengan manusia lain (Ibrahim

    Mamat, 1998). Apabila seseorang itu berjaya memimpin, bermakna dia berjaya

    mempengaruhi anggota-anggota yang lain dalam organisasi itu. Kebolehan

    mempengaruhi bergantung pada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada

    seseorang itu (Shuhadah Yaacob, 2000).

    2.2 Tiga Jenis Kepimpinan

    Setiap sekolah perlu dipimpin oleh pentadbir atau guru besar yang

    berwibawa. Kepemimpinan memainkan peranan yang penting dan sebagai kunci

    utama pentadbiran kepada sesebuah sekolah. Tuntutan ke arah mewujudkan

    pendidikan yang berkualiti dan organisasi yang cemerlang adalah sejajar dengan

    cara kepemimpinan yang dibawa. Sufean (2005) menyatakan bahawa realiti

    keberkesanan sebuah sekolah dikatakan amat rapat dengan prestasi kepemimpinan

    yang efektif. Sekolah dikatakan sering berhadapan dengan masalah dan kerumitan

    serta pencapaian yang rendah yang seringkali dikaitkan dengan penampilan

    kepemimpinan yang kurang menyerlah.

    Tiga jenis kepimpinan yang biasa diaplikasikan di sekolah ialah

    (i) Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)

    Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam

    membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia

    sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi

    kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan

    kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    4/10

    4

    juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang

    tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan

    ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab

    apabila sesuai dan juga memberi kuasa.

    (ii) Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)

    Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh

    pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang

    diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang

    diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana

    mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama

    mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail

    kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia

    membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.

    (iii) Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)

    Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang

    bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung.

    Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta

    membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab

    sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan

    jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui

    tercapai. Selain itu, pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja

    yang jelas dan juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi

    di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan

    yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau

    tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.

    Ketiga-tiga gaya kepimpinan di atas adalah penentu kepada bentuk kuasa

    dan juga penjalanan politik dalam pentadbiran di sekolah. Oleh itu terpulanglah

    kepada para pentadbir gaya kepimpinan yang mana jadi amalan mereka selama ini.

    Sebagai rumusannya, memang tidak ada satupun jenis kepimpinan yang terbaik

    kerana aplikasi gaya kepimpinan itu juga bergantuk kepada amalan kerja dan sikap

    individu dalam sesebuah organisasi.

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    5/10

    5

    Cuma apa yang dapat diperkatakan di sini, semua pentadbir seharusnya dapat

    menghindarkan diri daripada menjalankan kuasa dan politik yang berunsurkan

    kepentingan diri sendiri. Ini kerana amalan seumpama itu akan melunturkan sikap

    saling mempercayai di antara satu sama lain yang akhirnya meruntuhkan sistem

    politik organisasi yang cuba dibangunkan.

    3.0 JENIS KEPIMPINAN YANG SESUAI DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH

    Guru besar sebagai pemimpin dan pentadbir sekolah perlu memahami

    kehendak guru-guru di samping melaksanakan tugas dengan baik. Suasana kerja

    yang harmoni dapat meningkatkan produktiviti sebuah syarikat dan meningkatkan

    prestasi pekerjanya. Tindakan guru besar yang menggunakan sumber kuasa

    paksaan dalam menangani kemelut sekolah tidakakan mendapat sokongan dan

    seterusnya menjejaskan perhubungan guru besar dengan guru-guru. Hubungan

    antara guru besar dengan para guru haruslah kongruen untuk meningkat etika

    profesion guru (Tang, 2003). Bertolak dari premis ini, alangkah baiknya jika sumber

    kuasa yang bersesuaian agar dapat meningkatkan etika profesion guru.

    Berdasarkan sikap-sikap guru, cara bekerja guru dan keberkesanan guru besar

    dalam mentadbir aktiviti berkaitan pendidikan di sekolah, saya mencadangkan jenisKepimpinan Demokratik adalah yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah ini.

    3.1 Sebab-Sebab Kepimpinan Demokratik Sesuai Diaplikasikan

    Seseorang guru besar memerlukan kuasa untuk menggerakkan jentera

    pengurusannya seperti mengekalkan polisi, prosedur serta peraturan dan

    seterusnya menmgkatkan produktiviti sesuatu organisasi. Guru Besar tidak mungkin

    boleh menjadi pengurus yang efektif jika menggunakan kllasa sah semata-mata.Guru Besar perlu menggunakan kuasa kepakarannya dan kuasa keperibadiannya

    'personel power' (Omar & Robiah, 1993). Oleh itu Guru Besar perlu mewujudkan

    satu bentuk perhubungan manusia yang membolehkannya bersama-sama guru

    sekolahnya meneapai objektif sekolah. S.K. Koehar (Soo Yu Min, 1995) menyatakan

    secara menyeluruh, pentadhir pendidikan perlu mengarah, memandu, dan

    menyatupadukan usaha-usaha manusia yang berkaitan untuk ditumpukan ke arah

    pencapaian objektifpendidikan yang tertentu. Guru Besar harus pandai

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    6/10

    6

    menggunakan sumber kuasa sebaik mungkin untuk memajukan sekolah serta

    meneapai objektifsekolah bersama-sama dengan guru.

    Hubungan yang baik guru besar dengan guru-guru serta kakitangan lain

    boleh membantu guru besar melicinkan urusan di pejabat seperti surat menyurat

    dan kertas kerja. Apabila mereka mendapat kerjasama daripada kakitangan pejabat,

    tugas mereka di pejabat boleh diringankan. Selain guru, pihak pentadbir sekolah

    perlu mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan di pejabat. Kakitangan

    pejabat turut membantu dalam keberkesanan sekolah. Apabila hubungan kurang

    baik berlaku di pejabat, pihak pentadbir mengalami masalah dalam menjalankan

    urusan surat-menyurat, pengurusan fail dan urusan kewangan. Sistem pentadbiran

    di pejabat perlu berada dalam keadaan yang kemas dan teratur supaya segala

    urusan pejabat boleh disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Oleh yang demikian,

    sikap toleransi dan timbangrasa yang diamalkan guru besar sebenarnya berbentuk

    demokrasi dan akan memberi perasaan senang, selesa dan stabil kepada semua

    staf di sekolah semasa bekerja.

    Guru-guru di sekolah terdiri daripada guru-guru yang sudah lama mengajar

    dan guru novis. Guru besar perlu tegas dalam membuat suatu keputusan tanpa

    dipengaruhi oleh kuasa sahnya sebagai guru besar. Berdasarkan tindak balas yang

    diberikan oleh guru-guru apabila guru besar meminta pandangan dan cadangan bagi

    melaksanakan suatu aktiviti besar di sekolah, didapati guru-guru mempunyai banyak

    cadangan bernas yang dapat memberi panduan kepada guru besar untuk memilih

    yang terbaik. Oleh kerana sekolah memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru-

    guru untuk melaksanakannya, guru besar memberi ruang dan kebebasan untuk guru

    memilih peranan yang mereka rasa sesuai dengan kepakaran dan tugas mereka di

    sekolah. Walau bagaimanapun, guru besar masih menggunakan kuasanya untuk

    menentukan tugas dan mengagihkan jawatankuasa kerja yang perlu dilakukan oleh

    guru berdasarkan pemerhatiannya terhadap guru yang mempunyai kredibiliti.

    Guru Besar selaku pentadbir di sekolah ini sangat mementingkan komitmen

    dalam melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum dan aktiviti memantapkan akademik

    murid-murid terutama yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Ubben dan Hughes

    (1997) juga menyatakan Guru Besar menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap,

    tegas, berwibawa dan berkemampuan mengawal suasana yang teratur serta

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    7/10

    7

    penekanan pada pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990)

    menyatakan pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mengambilkira

    kebajikan pekerja dan berkebolehan merancang dan mengelola serta mengawasi

    perjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan

    kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Kepimpinan Demokratik sangat

    sesuai diaplikasikan di sekolah ini memandangkan Guru Besar yang dapat

    mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan.

    Lapan ciri itu ialah:

    Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.

    Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.

    Berfungsi sebagai ketua institusi.

    Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.

    Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.

    Berupaya menggerakkan sumber.

    Dapat menggunakan masa yang baik.

    Boleh menilai keputusan.

    3.2 Implikasi Kepimpinan Yang Dicadangkan Kepada Guru Dan Sekolah

    Apabila pemimpin dapat memimpin ahli yang berada di bawah pimpinannya

    maka banyak kesan atau implikasi yang positif akan berlaku sama ada terhadap

    murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Secara keseluruhannya, jenis

    kepimpinan yang dicadangkan ini akan memberi kesan yang positif kepada semua

    warga sekolah. Murid-murid, guru-guru, kakitangan pejabat serta guru besar akan

    mendapat ganjaran beradasarkan kepimpinan demokratik yang akan diaplikasikan di

    sekolah.

    Di antara implikasi Kepimpinan Demokratik kepada guru dan sekolah ialah

    (i) Ahli Dapat Membina Disiplin

    Jenis kepimpinan demokratik akan menjadikan ahlinya berdisiplin. Suasana

    kerja yang kondusif dapat diwujudkan apabila segala permasalahan diselesaikan

    melalui pendekatan rundingan dan perbincangan. Pandangan setiap individu juga

    dilihat penting dan diambil kira dalam pembentukan sebuah organisasi yang mantap

    dan berstruktur. Individu juga berpeluang meningkatkan kemahiran dan keupayaan

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    8/10

    8

    diri yang akhirnya membawa kepada perkembangan yang sihat di dalam organisasi

    serta mencapai kecemerlangan.

    (ii) Menggalakkan Semangat Kerjasama

    Guru Besar dapat menggalakkan guru-gurunya sentiasa bekerjasama dalam

    melaksanakan sesuatu program atau perancangan yang telah dipersetujui oleh

    semua pihak. Kepimpinan jenis ini mengalakkan pekerja untuk terlibat sama didalam

    proses membuat keputusan.Semua maklumat yang melibatkan pekerja akan

    disalurkan dan melibatkan mereka ketika membuat keputusan dan menangani

    sesuatu masalah secara bersama. Oleh yang demikian, tidak timbul soal berat

    sebelah atau terbeban dengan satu tanggungjawab semata-mata kerana semua

    pihak telah disemai dengan semangat kerjasama.

    (iii) Hormat Dan Hubungan Yang Mesra

    Walaupun Guru Besar selaku pemimpin masih mempunyai kuasa untuk

    membuat keputusan sesuatu perkara tetapi Guru Besar tetap menghormati

    cadangan dan pendapat guru-guru untuk membantunya melicinkan proses sesuatu

    pekerjaan. Sikap menghormati ahli di bawahnya akan mewujudkan hubungan yang

    mesra antara pemimpin dan ahli. Manakala sikap pemimpin yang menghormati jugaakan menjadi teladan kepada guru-guru agar sentiasa menghormati rakan sekerja

    walaupun tidak sama pendapat atau pangkat.

    (iv) Ahli Lebih Bermotivasi

    Setiap ahli di dalam organisasi yang dipimpin mengikut gaya demokratik akan

    menggalakkan ahlinya menjadi lebih bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Ahli

    bermotivasi kerana sikap pemimpin yang demokratik tetapi bebas untuk memberi

    pandangan dan menambah sesuatu yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing.

    Dengan cara itu, semua ahli atau guru akan dapat mengelakkan stres semasa

    bekerja dan mengelakkan ketidaksefahaman berlaku.

    (v) Semangat Kekitaan Yang Tinggi

    Gaya kepimpinan ini juga sesuai diaplikasikan kepada organisasi yang baru

    ditubuhkan di mana bilangan pekerjanya masih kecil dan memerlukan banyak daya

    kreativiti dalam mencapai kecemerlangan organisasi. Ia juga amat sesuai

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    9/10

    9

    dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi yang menawarkan mutu perkhidmatan

    kepada pelanggan yang mana perubahan kepada menjadi yang lebih baik amat

    diperlukan dari masa ke semasa. Pendek kata, pemimpin yang mengamalkan gaya

    kepimpinan berpasukan lebih memberi kepuasan kepada individu di dalam

    organisasi dan memberi semangat kepada mereka untuk melakukan anjakan

    paradigma terhadap diri agar maju kehadapan dan membawa kejayaan kepada diri

    dan organisasi.

    Namun demikian, corak kepimpinan demokrasi ini amat bahaya dalam situasi

    organisasi yang tidak pasti dan terdapat pertelingkahan yang timbul di antara pihak

    pengurusan organisasi. Gaya kepimpinan ini juga memberi kesan negatif kepada

    organisasi yang besar jika diamalkan kerana aktiviti kegiatannya amat kompleks dan

    melibatkan terlampau banyak keputusan yang perlu dibuat. Ini kerana jika setiap

    keputusan dibuat mengikut gaya kepimpinan demokrasi, ianya akan mengambil

    masa yang lama dan akhirnya akan mengakibatkan prestasi organisasi menurun.

  • 7/30/2019 Meningkatkan Keberkesanan Sekolah Melalui Kepimpinan Pentadbir

    10/10

    10

    4.0 RUMUSAN

    Guru besar sebagai pemimpin pengajaran perlu untuk kecemerlangan

    pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar memainkan

    peranan penting bagi melahirkan sekolah yang efektif. Guru besar juga

    bertanggungjawab terhadap pengurusan pengajaran, pembangunan staf, sokongan

    pengajaran pembelajaran, kawalan mutu dan hubungan kerjasama. Guru-guru

    ternyata memerlukan kepimpinan yang dinamik dari seorang pemimpin pengajaran.

    Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik sebenarkan

    mendasarkan fahaman demokratik. Guru-guru perlu didedahkan dengan

    tanggungjawab dan tugas sebagai guru besar melalui kursus-kursus kepimpinan di

    sekolah. Pemimpin haruslah berupaya memainkan peranannya dalam membentuk

    dan menyemai sikap berdisiplin dan berdedikasi kepada semua sumber modal insan

    di bawah kepimpinannya untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap

    profesion perguruan, dengan menyelesaikan masalah yang sering diutarakan seperti

    peningkatan kadar pelajar buta huruf dan buta Al- Quran serta kemerosotan tahap

    disiplin dan moral pelajar .Pemimpin,dalam konteks ini ialah Guru Besar adalah

    penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah. Ini sudah semestinya akan

    menjadikan semua warga sekolah mendapat kepuasan kerja yang sejati yang tidakdapat dinilai dengan wang ringgit serta bakal mendorong mereka untuk bekerja

    dengan lebih berdisiplin dan berdedikasi di masa depan, demi mencapai wawasan

    pendidikan dan sekolah bertaraf dunia yang kita semua impikan.