Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

download Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

of 11

Transcript of Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    1/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1307

    MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN KECERDASAN PELAJAR PINTAR CERDAS

    AKADEMIK MELALUI AKTIVITI PENGAYAAN

    Nurulwahida Hj Azid @ Aziz

    Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden

    Universiti Utara [email protected]

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan aktiviti pengayaan berasaskan penyelesaian masalah

    berdasarkan empat jenis kepelbagaian kecerdasan terhadap pelajar-pelajar pintar cerdas akademik di

    Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Empat jenis kecerdasan ialah kecerdasan verbal linguistik, logik

    matematik, ruang visual dan kinestatik (Gardner, 1983). Reka bentuk kajian kuasi eksperimen iaitu jenis

    reka bentuk ujian pra dan ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan dua buah MRSM

    yang berfungsi sebagai kumpulan kawalan dan rawatan. Data kuantitatif dikumpul menerusi ujian pradan ujian pasca. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian kepelbagaian kecerdasan

    (McKenzie, 2000). Analisis ANCOVA diaplikasikan dengan menjadikan ujian pra sebagai kovariat bagi

    melihat kesan perbezaan profil kepelbagaian kecerdasan kumpulan kawalan dan rawatan. Keputusan

    ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat kesan utama variabel bebas kumpulan sampel yang

    signifikan terhadap variabel bersandar ujian pasca bagi ketiga-tiga jenis kecerdasan. Keputusannya

    adalah seperti berikut: profil kecerdasan verbal linguistik [F(1,54)=4.99,p

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    2/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1308

    Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan minimum 6A, 2B di peringkat Penilaian Menengah Rendah. Di

    MRSM selain menjalani kurikulum akademik seperti sekolah harian biasa, aktiviti pengayaan disediakan

    bagi memastikan potensi dan keupayaan mental pelajar dapat digunakan pada tahap yang sesuai

    dengan kecerdasan mereka (Mohammad Amin, 2007). Pelajar pintar cerdas memerlukan aktiviti

    pengayaan sebagai tambahan kepada kurikulum yang ditawarkan di sekolah (Kerry, 2002; Walker, 2005).

    Aktiviti pengayaan adalah bertujuan untuk merealisasikan sumbangan pelajar pintar cerdas terhadap

    diri sendiri dan masyarakat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan.

    Menurut Kementerian Pendidikan (1990) konsep pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada

    aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur memperluaskan pengetahuan dan

    pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Oleh itu, menurut Palmer (2000)

    minat Negara di luar Amerika Syarikat semakin bertambah untuk memajukan kanak-kanak yang

    berbakat menerusi program pengayaan. Program pengayaan dilaksakan dengan matlamat untuk

    mewujudkan aktiviti-aktiviti khusus yang direka bentuk bagi melayani keperluan pelajar pintar cerdas.

    Antaranya adalah dengan menyediakan aktiviti berasaskan penyelesaian masalah yang boleh mencabar

    keupayaan kognitif pelajar (Borland, 2003; Callahan, 1981; Indebir, 2000; Renzulli & Reis, 1985; Walker,

    2005).

    2. Latar Belakang Kajian

    Jika terdapat program khas bagi golongan istimewa dan yang menghadapi kesukaran untuk belajar,

    maka tidak hairanlah satu program khas berbentuk aktiviti-aktiviti pengayaan yang mencabar minda dan

    memenuhi kepelbagaian potensi disediakan bagi pelajar pintar cerdas. Malah ia menjadi kewajipan

    sistem pendidikan kerana golongan pelajar ini juga mempunyai hak dan keperluan tertentu. Negara dan

    masyarakat akan kerugian jika potensi mereka tidak dicungkil sebaik mungkin. Menurut Renzulli (1978)

    terdapat banyak program pengayaan dibina tanpa dirancang dengan teliti dan bersistemik dalam

    melayani kepelbagaian dan perbezaan potensi individu pelajar. Lantaran itu Gardner (1983)

    menegaskan bahawa aplikasi lapan jenis kepelbagaian kecerdasan mampu mengubah budaya sistem

    pendidikan konvensional yang terlalu tertumpu kepada kecerdasan verbal dan logik matematik sahaja.Terdapat lapan jenis kepelbagaian kecerdasan terdiri daripada kecerdasan verbal linguistik, logik

    matematik, ruang visual, kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner (1983)

    mendefinisikan kepelbagaian kecerdasan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Melalui lapan

    jenis kepelbagaian kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner (1983), guru boleh menyediakan

    pelbagai aktiviti yang relevan dengan kecerdasan pelajar yang berbeza.

    Melalui kepelbagaian kecerdasan pelajar berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang sengaja

    diwujudkan melalui aktiviti pengayaan. Aktiviti berasaskan penyelesaian masalah dilihat penting dalam

    memberi kemahiran kepada pelajar dalam menggunakan ilmu pengetahuan, daya berfikir, dan sikap

    positif pelajar untuk memperoleh sesuatu yang dikehendaki dalam hidup. Selari dengan pendapat

    Jauharah (1995) yang mendakwa mengajar penyelesaian masalah bermakna mengajar pelajar untuk

    hidup. Kajian oleh Azly dan Mutiara, (1995) serta Mohammad Amin, (2007) melaporkan aktiviti

    pengayaan kurang memberi penekanan kepada aktiviti penyelesaian masalah, maka hal ini perlu diberi

    perhatian sewajarnya dalam merancang dan membina aktiviti pengayaan yang bermanfaat kepada

    pelajar. Keperluan kemahiran menyelesaikan masalah bukan hanya dilihat sebagai elemen penting

    untuk memperoleh kecemerlangan akademik, malah ia merupakan kemahiran untuk menjamin

    kehidupan yang lebih berjaya (Sternberg, 2006). Oleh itu aktiviti pengayaan perlu direka bentuk agar

    dapat melayani perbezaaan individu pelajar dari segi kepelbagaian kecerdasan di samping mengasah

    kemahiran menyelesaikan masalah.

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    3/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1309

    3. Objektif Kajian

    1. Menilai kesan perlaksanaan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan verballinguistik.

    2. Menilai kesan perlaksanaan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan logikmatematik.

    3. Menilai kesan perlaksanaan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan ruang visual.4. Menilai kesan perlaksanaan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan kinestatik.

    4. Persoalan Kajian

    1. Apakah kesan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan verbal linguistik2. Apakah kesan kesan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan logic matematik3. Apakah kesan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan ruang visual4. Apakah kesan modul aktiviti pengayaan ke atas profil kecerdasan kinestatik

    5. DEFINISI

    a. Kecerdasan verbal linguistik adalah kecerdasan yang berkaitan dengan bahasa termasuklahperkataan, penulisan atau pembacaan dan kemahiran mendengar. Pelajar yang mempunyai

    kecerdasan ini menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu maklumat atau ilmu.

    b. Kecerdasan logik matematik adalah berkaitan sains dan matematik. Pelajar berkebolehan untukmengira, menaakul dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor dan sistem nombor.

    c. Kecerdasan ruang visual adalah kebolehan untuk berfikir dalam bentuk visual dan gambar.Pelajar berkeupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej

    mental, mereka cipta, mengecam pola, bentuk, corak dan warna.

    d.

    Kecerdasan kinestatik adalah kebolehan untuk menggunakan anggota fizikal iaitu badan dantangan dengan baik.

    6. Metodologi Kajian

    Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen iaitu jenis reka bentuk ujian pra dan ujian

    pasca (Creswell, 2005; Campbell & Stanley, 1963). Kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pra dan ujian

    pasca. Kumpulan rawatan mengikuti aktiviti pengayaan bermodul iaitu berdasarkan aspek kepelbagaian

    kecerdasan manakala kumpulan kawalan menjalani aktiviti pengayaan secara konvensional. Kajian

    melibatkan dua buah MRSM terdiri daripada 57 orang pelajar tingkatan empat masing-masing 29 pelajar

    mewakili kumpulan kawalan dan 28 pelajar mewakili kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan

    bagi ujian pra dan ujian pasca adalah ujian kepelbagaian kecerdasan. Instrumen dipetik dari McKenzie

    (2000) telah diubahsuai dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Terjemahan ini telah diguna pakai

    dalam kajian-kajian terdahulu (Che Zaini, 1998; Tee, 2003; Nurulwahida, 2005; Zaidatun, 2002) yang

    mempunyai nilai kebolehpercayaan tinggi iaitu .80.

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    4/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1310

    7. Ujian Kesejenisan

    Ho = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel kumpulan rawatan dan kawalan

    terhadap ujian pra kepelbagaian kecerdasan.

    Ujian Leven iaitu ujian kesejenisan (homogeneity test) dijalankan terhadap ujian pra profil empat jenis

    kepelbagaian kecerdasan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

    kedua-dua kumpulan kajian. Ini bermakna profil kepelbagaian kecerdasan kedua-dua kumpulan adalah

    sama pada peringkat awal. Laporan keputusan ujian Leven adalah seperti berikut dimulai dengan

    kecerdasan verbal linguistik [F(1,55)=.62,p>.05], kecerdasan logik matematik [F(1,55)=.00,p>.05],

    kecerdasan ruang visual [F(1,55)=.02,p>.05] dan kecerdasan kinestatik [F(1,55)=3.6,p>.05]. Keputusan

    ujian Leven ke atas ujian pra bagi empat jenis kepelbagaian kecerdasan mendapati bahawa tidak

    signifikan, hipotesis nul gagal ditolak. Ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan varian dalam ujian

    pra merentasi setiap kategori kumpulan sampel.

    8. Dapatan Kajian

    Ho1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel kumpulan kawalan dan rawatanterhadap profil kecerdasan verbal linguistik.

    Kajian memperlihatkan kesan rawatan iaitu penggunaan modul aktiviti pengayaan berasaskan

    kepelbagaian kecerdasan ke atas profil empat jenis kecerdasan. Bagi menganalisis kesan rawatan maka

    analisis ANCOVA digunakan. Terdapat tiga variabel yang terlibat iaitu variabel bersandar, variabel bebas

    dan variabel kawalan. Ujian pra bertindak sebagai variabel kawalan, kumpulan sampel bertindak

    sebagai variabel bebas dan ujian pasca bertindak sebagai variabel bersandar bagi memperlihatkan kesan

    rawatan yang diberi.

    Jadual 1 menunjukkan analisis data kesan penggunaan modul ke atas profil kecerdasan verbal linguistik

    pelajar. Keputusan statistik deskriptif menunjukkan bahawa nilai min ujian pasca profil kecerdasan

    verbal linguistik bagi kumpulan rawatan mengatasi kumpulan kawalan (min ujian pasca profil

    kecerdasan verbal linguistik: kumpulan rawatan = 64.28, kumpulan kawalan = 60.34). Berdasarkan

    Jadual 1, keputusan ujian ANCOVA menunjukkan bahawa ada kesan utama variabel bebas kumpulan

    sampel yang signifikan terhadap variabel bersandar ujian pasca profil kecerdasan verbal linguistik

    [F(1,54)=4.99,p

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    5/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1311

    Variabel Bersandar: Ujian pasca profil kecerdasan verbal linguistik

    SumberJumlah Kuasa

    Dua Jenis IIIDf

    Min Kuasa

    DuaF Sig.

    Model diperbetulkan 2405.101a 2 1202.551 7.060 .002

    Pintasan 6737.695 1 6737.695 39.554 .000

    Ujian pra profil

    kecerdasan verbal

    linguistik

    2183.859 1 2183.859 12.821 .001

    Kumpulan Sampel 850.441 1 850.441 4.993 .030

    Ralat 9198.408 54 170.341

    Jumlah 232700.000 57

    Jumlah diperbetulkan 11603.509 56

    a.R Kuasa Dua = .207 (R Kuasa Dua Diubahsuai = .178)

    Ho2 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel kumpulan kawalan dan rawatan

    terhadap profil kecerdasan logik matematik.

    Analisis ANCOVA dalam Jadual 2 memperlihatkan kesan penggunaan modul ke atas profil kecerdasan

    logik matematik kumpulan kawalan dan rawatan. Keputusan statistik deskriptif menunjukkan bahawa

    nilai min ujian pasca profil kecerdasan logik matematik bagi kumpulan kawalan mengatasi kumpulan

    rawatan (min ujian pasca profil kecerdasan logik matematik: kumpulan kawalan = 69.65, kumpulan

    rawatan = 66.78). Berdasarkan Jadual 2, keputusan ujian ANCOVA menunjukkan bahawa tidak ada

    kesan utama variabel bebas kumpulan sampel yang signifikan terhadap variabel bersandar ujian pasca

    profil kecerdasan logik matematik [F(1,54)=1.123,p>.05]. Walau bagaimanapun, variabel kawalan ujian

    pra profil kecerdasan logik matematik memberi kesan utama terhadap variabel bersandar ujian pasca

    profil kecerdasan logik matematik [F(1,54)=31.82,p

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    6/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1312

    Ho3 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel kumpulan kawalan dan rawatan

    terhadap profil kecerdasan ruang visual.

    Analisis ANCOVA selanjutnya menunjukkan kesan penggunaan modul ke atas profil kecerdasan logik

    matematik kumpulan kawalan dan rawatan. Keputusan statistik deskriptif menunjukkan bahawa nilai

    min ujian pasca profil kecerdasan ruang visual bagi kumpulan rawatan mengatasi kumpulan kawalan

    (min ujian pasca profil kecerdasan ruang visual: kumpulan rawatan = 70.71, kumpulan kawalan = 65.86).

    Berdasarkan Jadual 3, keputusan ujian ANCOVA menunjukkan bahawa ada kesan utama variabel bebas

    kumpulan sampel yang signifikan terhadap variabel bersandar ujian pasca profil kecerdasan ruang visual

    [F(1,54)=9.06,p

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    7/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1313

    Berdasarkan Jadual 4, keputusan ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat kesan utama variabel

    bebas kumpulan sampel yang signifikan terhadap variabel bersandar ujian pasca profil kecerdasan

    kinestatik [F(1,54)=11.53,p

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    8/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1314

    menyebabkan guru lebih bertoleransi dengan keperluan kepelbagaian kecerdasan pelajar (Buschick,

    Shipton, Winner & Wise, 2007). Selain itu, hal ini juga menyakinkan para guru bahawa aplikasi lain-lain

    kecerdasan seperti kecerdasan muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis dalam aktiviti

    pengayaan juga turut memberi kesan peningkatan pada profil tinggi atau sangat tinggi jika dilaksanakan

    secara teratur dan bersistematik menerusi pembinaan modul. Sebagai contoh bagi kecerdasan

    naturalis, Wallach dan Callahan (1994) mengaplikasikan kecerdasan ini dengan menyediakan aktiviti

    berkaitan tanaman kepada pelajar mereka. Aktiviti yang dilaksanakan ialah program membaca buku-

    buku berkaitan bunga, pokok dan tanaman, menulis sajak dan bercerita berkaitan flora dan fauna serta

    mengadakan eksperimen terhadap tanaman.

    Sebaliknya dapatan bagi kecerdasan logik matematik yang menunjukkan kurang peningkatan pada profil

    tinggi dan sangat tinggi mungkin memerlukan lebih banyak masa dan aktiviti yang boleh mengasah

    potensi mereka dalam menghadapi kecerdasan logik matematik. Hal ini kerana sistem persekolahan

    sejak lama dahulu sering kali menekankan hanya dua kecerdasan iaitu verbal linguistik dan logik

    matematik. Oleh itu aplikasi kecerdasan ini melalui aktiviti pengayaan memberi pendedahan kepada

    pelajar bagi menjalani pembelajaran dalam perspektif yang berbeza dan bukan hanya tertumpu kepada

    aktiviti pembelajaran yang berunsurkan subjek akademik semata-mata. Kepelbagaian kecerdasan boleh

    dijadikan sebagai garis panduan dalam membangunkan sesuatu kurikulum kerana ia mengambil kirapengalaman pembelajaran melalui aktiviti (Chan, 2005; Johnson, 2007). Reka bentuk aktiviti pengayaan

    yang berasaskan penyelesaian masalah juga dilihat memainkan peranan dalam merangsang pelajar

    untuk menggunakan empat jenis kecerdasan tersebut untuk menyelesaikan masalah. Selari dengan

    dakwaan Gardner (1983) bahawa kepelbagaian kecerdasan adalah cara yang boleh digunakan untuk

    menyelesaikan masalah. Malah bertepatan dengan pendapat Campbell, Campbell dan Dickinson (2004),

    bahawa kepelbagaian kecerdasan bukan sahaja alat dalam pembelajaran tetapi ia merupakan cara untuk

    menyelesaikan masalah sesuai dengan semua peringkat umur individu. Justeru itu, bolehlah dikatakan

    bahawa dengan mewujudkan aktiviti pengayaan berasaskan penyelesaian masalah telah mewujudkan

    peluang kepada pelajar menggunakan kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki.

    10. Kesimpulan

    Sebagai permulaan pengujian modul, pengkaji hanya memfokuskan kepada kesan aplikasi aktiviti

    pengayaan bermodul ke atas empat jenis kepelbagaian sahaja. Dapatan kajian yang menunjukkan kesan

    perbezaan yang signifikan ke atas profil kecerdasan verbal linguistik, ruang visual dan kinestatik

    merupakan petanda baik bahawa profil kepelbagaian kecerdasan boleh ditingkatkan melalui aktiviti

    pengayaan yang dirancang dengan bersistematik dan terancang dalam bentuk modul. Kajian

    selanjutnya mencadangkan bahawa aplikasi lain-lain kecerdasan seperti kecerdasan muzik,

    interpersonal, intrapersonal dan naturalis boleh dilaksanakan oleh guru-guru MRSM bagi meningkatkan

    profil kecerdasan-kecerdasan tersebut dalam kalangan pelajar mereka melalui aktiviti pengayaan

    bermodul.

    Rujukan

    Armstrong, T. (2000). Multiple intelligences in the classroom. Alexandria, VA: Association for

    Supervision and Curriculum Development.

    Azly Abd Rahman & Mutiara Mohamad (1995). A schoolwide enrichment program: Case study of

    MRSM Taiping as a special school for the academically gifted. Research Project: Centre for Research &

    Consultancy. Tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    9/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1315

    Borland, J. H. (2003). Educating gifted program: A broader perspective. Handbook of gifted education.

    Edited by Colangelo, N dan Davis, G. A. Third Edition. Pearson Education Inc.

    Buschick, M.E., Shipton, T.A., Winner, L.M. & Wise, M.D. (2007). Increasing reading motivation in

    elementary and middle school students through the use of multiple intelligences. Unpublished master

    dissertation. Saint Xavier University.

    Callahan, C.M. (1981). Superior abilities: Handbook of special education. Englewood Cliffs, New Jersey.

    Prentice Hall.

    Campbell, L. (1997). Variations on theme: How teachers interpret MI theory. Educational Leadership.

    55(1), 30-45.

    Campbell, L., Campbell, B., & Dickinson, D. (2004). Teaching & learning through multiple intelligences

    (3rd

    ed.) United States of America: Allyn and Bacon.

    Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1963). Experimental and quasi-experimental design for research.

    Boston: Houghton Mifflin Company.

    Chan, W. D. (2005). Perceived multiple intelligences and learning preferences among Chinese gifted

    students in Hong Kong. Journal for the Education of the Gifted, 29, 187-212.

    Che Zaini Bt. Che Chik (2000). Pola gaya pembelajaran dan kepelbagaian kecerdasan di kalangan

    pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah di negeri Johor. Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan. Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Creswell, J.W. (2005). Research designs: Qualitative, quantitative, and mixed method approaches (2nd

    ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

    Crushner, K., McClelland, A. & Safford, P. (2003). Human diversity in education: An integrative

    approach (4th

    ed). Boston, MA: McGraw-Hill.

    Gardner, H. (1983). Framed of mind: The theory of multiple intelligence. New York. Basic Books.

    Gardner, H. & Hatch,T. (1990). Multiple intelligences go to school: Educational implications of theory of

    multiple intelligences. CTE Technical Report. Issue No.4, March.

    Inderbir Kaur (2000). Adaptation of gifted students to the system of education in Malaysia secondary

    schools. Unpublished doctoral dissertation, University of Cambridge.

    Jauharah Tak (1995). Penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dalam pendidikan. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Johnson, M. (2007). An extended literature review: The effect of multiple intelligences on elementary

    student performance. Unpublished master dissertation. University of Colifornia.

  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    10/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1316

    Kallenbach, S. & Viens, J. (2001). Adult multiple intelligences study. NCSALL Research Projects.

    Kaplan, S. N. (1979). Language arts and social studies curriculum in the elementary school. Chicago.

    University of Chicago Press.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal latihan kurikulum bersepadu Sekolah Menengah:

    Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kerry, T. (2002). The Plowden vision revisited: Managing curriculum for the 21st century. Gifted

    Education International, 16(3), 214-224. (ERIC Document Reproduction Service No. EJ653790)

    Kitano, M. & Kirby, D. (1986). Gifted education. Boston: Little, Brown and Company.

    Kornhaber, M.L., Fierros, E. G., & Veenema, S. (2004). Multiple intelligences: Best ideas from research

    and practice. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon Publishers.

    McKenzie, W. (2000). Multiple intelligences survey. http: surfaquarium.com/MI/inventory.htm.

    Mohammad Amin Zakaria (2007). Penilaian pelaksanaan model pengayaan seluruh sekolah (MPSS)

    untuk pelajar pintar cerdas di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM): Satu kajian kes. Tesis Doktor

    Falsafah. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.

    Nurulwahida Azid @ Aziz (2005). Hubungan pola kepelbagaian kecerdasan Gardner dengan aktiviti

    schoolwide enrichment model (SEM) di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

    Tesis Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

    Palmer, J. (2000). Translation to take enrichment model into Chinas schools. Tarikh 23hb. Oktober,

    2000. Available at:http://www.advance.uconn.edu/2000/001023/00102311.htm.

    Renzulli, J.S. (1978). What makes giftedness? Reexamining a definition. Phi Delta Kappan, 60, 180-184.

    Renzulli, J.S., & Reis, S. M. (1985). The schoolwide enrichment model: A comprehensive plan for

    educational excellent. Mansfield Centre, CT: Creative Learning Press.

    Siti Zaharah Sulaiman (1975). MARA Junior Science College: Students selection and its implication for

    educational system development in Malaysia. Unpublished doctoral dissertation, Cornell University.

    Sternberg, R.J. (2006). The rainbow project: Enhancing the SAT through assessment of analytical,

    practical, and creative skills. Intelligence, 3, 321-350.

    Taylor, C. (1971). Multi-talent potential. Salt Lake City: Project Implode Bella Vista-IBRIC.

    Tee Tze Kiong (2003). Hubungan antara pola Gaya Pembelajaran Kolb dan Kepelbagaian Kecerdasan

    Gardner di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan STP (A/E/J) Perdana

    dengan pelajar tahun dua Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) di Universiti Teknologi

    Malaysia. Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

    http://www.advance.uconn.edu/2000/001023/00102311.htmhttp://www.advance.uconn.edu/2000/001023/00102311.htmhttp://www.advance.uconn.edu/2000/001023/00102311.htmhttp://www.advance.uconn.edu/2000/001023/00102311.htm
  • 7/22/2019 Meningkatkan Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Pintar Cerdas Akademik Melalui Aktiviti Pengayaan

    11/11

    Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

    Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1317

    Treffinger, D. (1978). Guidelines for encouraging independence and self- direction among gifted

    students. Journal of Creative Behaviour, 12, 104-120.

    Walker, E. D. (2005). Increasing verbal participation of gifted females through the utilization of multiple

    intelligences theory. Unpublished degree of doctor of education dissertation. Nova Southeastern

    University. (ERIC Document Reproduction Service No. ED493195)

    Wallach, C., & Callahan, S. (1994). The first grade plant museum. Educational Leardership, 52 (3), 32-34.

    Zaidatun Tasir (2002). Reka bentuk perisian multimedia berasaskan kecerdasan pelbagai pelajar. Tesis

    Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.