Merancang Dan Menilai Hbsc3403_v2

22
FAIRUZ KAMAL B AB WAHID 810504145321001 SEMESTER SMP PPG SEPTEMBER 2014 HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NO. MATRIKULASI : 810504145321001 NO. KAD PENGENALAN : 810504-14-5321 NO. TELEFON : 019-2757015 E-MEL : [email protected] TUTOR PENYELIA : EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON 1

description

assigment penilaian

Transcript of Merancang Dan Menilai Hbsc3403_v2

810504145321001

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID

810504145321001

SEMESTER SMP PPG SEPTEMBER 2014 HBHE3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARANNO. MATRIKULASI

: 810504145321001NO. KAD PENGENALAN: 810504-14-5321NO. TELEFON

: 019-2757015E-MEL

: [email protected] PENYELIA

: EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM MELAKA LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN BilTajukMuka Surat

1. Penghargaan3

2. Teks Ceramah Amalan Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah4 15

3. Borang Maklum Balas Kebersihan Dan Keselamatani. Persekitaran Sekolahii. Kantiniii. Makmal Sainsiv. Bangunan Sekolahv. Bilik Darjah1617181920

4. Graf palang hasil pemantauan yang telah diperolehi 21 - 23

5. Laporan Pemantauan Dengan Menganalisis Hasil Pemantauan

i. Persekitaran Sekolah

ii. Kantin

iii. Makmal Sains

iv. Bangunan Sekolah

v. Bilik Darjah24 28

29 30

31 33

34 36

37 - 39

6. Rumusan40 - 41

7. Bibliografi42 - 43

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T dengan penuh ikhlas kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan saya ini dengan sebaiknya dalam masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor saya iaitu En Hishamuddin Bin Basiron yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini.Tanpa tunjuk ajar dari beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat Ayahanda dan Bonda saya, En Ab Wahid b Daud dan Pn Maimunah bt Bujang di atas sokongan dan semangat yang tidak pernah putus sepanjang saya menjalani kursus pengajian ini. Doa yang tidak pernah putus sentiasa mengiringi kejayaan saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan

Buat adik beradik saya yang sentiasa memberi semangat dan menjadi pencetus idea dalam menyelesaikan tugasan ini, jasa kalian tidak ternilai harganya. Hanya tuhan yang mampu membalasnya. Buat insan yang banyak memberi sumber inspirasi dalam menghasilkan tugasan ini, isteri tersayang Pn Yusmaniza Binti Mohamad Yusof terima kasih kerana sentiasa berada disisi disaat jatuh bangun menghadapi suasana bergelar mahasiswa.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana saling memahami dan banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dapat menganugerahkan kasih sayang dan kebahagiaan yang kita kecapi bersama-sama Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang bertakwa dan berjaya di dunia dan di akhirat...AminWassalam.

Fairuz Kamal b Ab Wahid

November 2014PENGENALANApakah Ia Pedagogi ?

Sumber :

http://ms.wikipedia.org/wiki/PedagogiBagi seseorang guru yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran akan berjumpa dengan pelbagai guru-guru yang berpengalaman. Guru yang baru ini sudah pastinya akan melihat pelbagai konsep pedagogi pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru yang berpengalaman ini semasa waktu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan ini sudah tentunya menjadikan guru baru tersebut sukar untuk membeza-bezakan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada sesi pengajaran tersebut. Terdapat pendapat juga yang mengatakan bahawa semua istilah-istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Hal yang demikian adalah perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan diantara konsep-konsep pengajaran adalah amat berguna bagi membantu guru-guru menentukan cara pengajaran dan pembelajaran yang hendak dilaksanakan di bilik darjah agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dijalankan memberi kelebihan kepada guru untuk memastikan objektif pembelajaran yang dikehendaki telah tercapai.Sebagai seorang guru juga kita sudah tentunya menghendaki pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan adalah mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki. Pengajaran yang berkesan sudah tentunya memberikan hasil dapatan yang baik kepada guru dan juga murid.

Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994).

Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.

Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.

Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995).

Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar.Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran, guru haruslah memainkan peranan yang penting agar objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988) pengajaran berkesan menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahui dan mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan adalah guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam subjek yang diajar, boleh mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi penerangan yang jelas tentang perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru juga perlulah memastikan bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan melibatkan interaksi dua atau pelbagai hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam pengajaran perlu ditiitkberatkan. Teori Pembelajaran

Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Jary dan Jary (1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan matematik yang menerangkan hakikat empirikal sesuatu fenomena.

Seterusnya apakah yang dimaksudkan dengan lihat pembelajaran. Pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan (Ormrod, 1995). Oleh itu dapat saya katakan bahawa pembelajaran adalah satu usaha memberi fokus kepada usaha mendapatkan maklumat semasa proses belajar. Jadi apa sahaja penjelasan tentang bagaimana manusia dan haiwan belajar akan dikenali sebagai teori pembelajaran. Apabila kita bercakap tentang pembelajaran maka secara tidak langsung, teori pembelajaran akan berusaha untuk menjelaskan cara bagaimana manusia belajar dan memberikan cadangan bagaimana menyelesaikan masalah. Dalam perkataan lain teroi pembelajaran tidak menjawab ia sebagai penyelesai masalah tetapi menjawab dan memberi pilihan bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah.Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah;

Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan)

Jadi, untuk menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh murid, guru harus memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan murid ini dengan menggunakan teori-teori yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Kaedah pengajaranKaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah yang digunakan untuk pengajaran. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.Pemilihan kaedah pengajaran atau kaedah-kaedah yang akan digunakan bergantung kepada maklumat atau kemahiran yang diajar dan juga boleh dipengaruhi oleh kebolehan dan kesungguhan murid

Teknik PengajaranTeknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Teknik pengajaran juga boleh diertikan sebagai taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran dengan segera secara maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran pada satu-satu bahagian.

PendekatanPendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya;

konkrit kepada abstrak

mudah kepada kompleks

keseluruhan kepada bahagian

umum kepada spesifik (deduktif)

spesifik kepada umum (induktif)

dekat kepada jauh

diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan PengajaranPendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.StrategiStrategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:I. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.II. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.III. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.IV. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun.V. Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.VI. Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.Strategi PengajaranUntuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

5E LEARNING CYCLE / KITARAN BELAJAR 5E

Model pembelajaran learning cycle pertama kali diperkenalkan oleh Robert Karplus dalam Science Curriculum Improvement Study atau SCIS (Trowbridge & bylee dalam Wena, 2009).Learning cycle merupakan salah satu model pembelajaran dengan pendekatan konstruktivis yang pada mulanya terdiri atas tiga tahap, iaitu:1. Eksplorasi (exploration), 2. Menjelaskan (explanation), dan 3. Memperluaskan (elaboration / extention), yang dikenali dengan learning cycle 3e.Pada proses selanjutnya, tiga tahap kitaran tersebut mengalami perkembangan menjadi lima tahap sehingga dikenal dengan learning cycle 5E , iaitu:1. Penjanaan minat / mengajak (engagement), 2. Penerokaan / menyiasat (exploration), 3. Menjelaskan (explanation), 4. Memperluas (elaboration / extention), dan 5. Penilaian (evaluation),

Sumber :

https://wytr33.wordpress.com/2012/12/25/model-pembelajaran-learning-cycle-5e/Dalam Fajaroh (2008) kelima tahap learning cycle 5E tersebut dijelaskan sebagai berikut:

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Learning cycle atau kitaran belajar adalah suatu model pembelajaran yang berpusat pada pelajar yang merupakan rangkaian tahap-tahap kegiatan (fasa) yang dianjurkan sedemikian rupa sehingga pelajar dapat menguasai kompetensi-kompetensi yang perlu dicapai dalam pembelajaran dengan berperanan aktif (Fajaroh, 2008).

Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar,

Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku,

Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Paideia&action=edit&redlink=1" \o "Paideia (tidak wujud)" Paideia.) Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Andragogi" \o "Andragogi" andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan" \o "Pendidikan" pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Lorsbach (2006), learning cycle adalah sebuah model pembelajaran dalam ilmu pendidikan yang konsisten dengan teori-teori kontemporari tentang bagaimana individu belajar.

INCLUDEPICTURE "https://wytr33.files.wordpress.com/2012/12/learning-cycle.jpg" \* MERGEFORMATINET

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya pengajian melayu III : komunikasi bahasa, teknik boleh didefinasikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk sesuatu objektif.

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) .

15