Mid Sem Pengarangan Okt 2011

9
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (SESI OKTOBER 2011) PENGARANGAN MULTIMEDIA KMM1093 NAMA PENSYARAH :…………………………………………………………………………… NO MATRIK : …………………………………………. PROGRAM : ..…………………………………… TEMPAT : …………………………………………. JANUARI 2012 TEMPOH : 2 JAM ARAHAN: 1. Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. 2. Kertas ini mengandungi : Bahagian Jenis Soalan Arahan Jenis Kertas Jawapan yang digunakan A 20 Soalan Aneka Pilihan Jawab SEMUA soalan Kertas OMR B 10 Soalan Subjektif Berstruktur Jawab SEMUA soalan Buku Jawapan C 3 Esei Jawab SEMUA soalan Buku Jawapan KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 9 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA HADAPAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

description

Mid Sem Pengarangan

Transcript of Mid Sem Pengarangan Okt 2011

Page 1: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

(SESI OKTOBER 2011)

PENGARANGAN MULTIMEDIA KMM1093

NAMA PENSYARAH :……………………………………………………………………………

NO MATRIK : …………………………………………. PROGRAM : ..…………………………………… TEMPAT : …………………………………………. JANUARI 2012 TEMPOH : 2 JAM

ARAHAN:

1. Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

2. Kertas ini mengandungi :

Bahagian Jenis Soalan Arahan Jenis Kertas Jawapan yang

digunakan

A 20 Soalan Aneka Pilihan

Jawab SEMUA soalan

Kertas OMR

B 10 Soalan Subjektif Berstruktur

Jawab SEMUA soalan

Buku Jawapan

C 3 Esei Jawab SEMUA soalan

Buku Jawapan

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 9 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA HADAPAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Page 2: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

2/9

BAHAGIAN A

(20 markah) Masa : 25 minit

ARAHAN

Bahagian ini mengandungi DUA PULUH (20) soalan. Jawab SEMUA soalan di atas kertas OMR yang disediakan.

1. Persembahan multimedia yang boleh dikawal oleh pengguna merujuk kepada

projek multimedia ______________. A. linear B. tidak linear C. konsisten D. tidak konsisten 2. Pakej multimedia terdahulu lebih bersifat seperti di bawah KECUALI

A. berturutan B. statik C. interaktif D. membosankan

3. Pilih padanan yang BETUL bagi pernyataan di bawah. Perkakasan Fungsi

A. Tetikus Menggerakkan kursor pada unit meja pengguna B. Tuner TV Membenarkan komputer mendapat siaran TV C. Pencetak Memaparkan maklumat pada skrin unit paparan D. Modem Mengimbas teks dan grafik

Soalan 4 adalah berdasarkan Rajah 1.

Rajah 1

Input data daripada sumber

X

Output maklumat kepada media sebaran

Page 3: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

3/9

4. Pilih pernyataan yang sesuai bagi X dalam Rajah 1 di atas. A. Memilih perkakasan yang betul. B. Melaksanakan pembangunan aplikasi. C. Menyampaikan aplikasi multimedia kepada pengguna. D. Melakukan soal selidik yang berkesan kepada masyarakat setempat.

Soalan 5 adalah berdasakan Pernyataan1. Pernyataan 1 5. Apakah peranti yang betul bagi X seperti dalam Pernyataan 1 di atas?

A. Pengimbas B. Pemproses C. Papan kekunci D. Peranti penunjuk

6. Manakah antara peranti storan berikut digunakan untuk menyimpan data

menggunakan pancaran laser? i. CD ii. BD iii. DVD iv. BDB A. i dan ii sahaja B. i dan iii sahaja C. i,ii dan iii sahaja D. i, ii dan iv sahaja

7. Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai unit paparan?

A. Kadar refresh merupakan bilangan piksel yang muncul pada skrin. B. Terdapat dua jenis unit paparan iaitu panel rata dan monitor CRT. C. Multiscan adalah teknologi yang membenarkan monitor untuk

mengubahsuai signal video daripada kad grafik. D. Panel rata LCD juga dikenali sebagai monitor TFT.

8. Adobe Premiere merupakan sebuah peralatan menghasil dan menyunting bagi _______________. A. imej B. video C. audio D. objek 3D

Evolusi skrin sesentuh pada monitor mampu menghilangkan X konvensional pada masa akan datang dan menggantikannya kepada X maya yang lebih baik serta menjimatkan ruang.

Page 4: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

4/9

9. Apakah perisian yang berupaya menambah kesan khas seperti echo dan delay? A. Adobe Illustrator. B. Sound Forge. C. Extreme 3D. D. Media Studio Pro. 10. Perisian _______________ mempunyai kemudahan pencahayaan supaya objek

yang dihasilkan akan kelihatan realistik. A. Cool edit B. Paint Shop Pro C. Extreme 3D D. Corel Draw 11. Berikut adalah ciri-ciri Hypercard KECUALI A. mudah digunakan. B. mempunyai halatuju seperti mukasurat. C. mengandungi objek seperti butang. D. paling banyak digunakan. 12. Alat pengarangan berasaskan kad mempunyai ciri-ciri seperti

_______________. A. bergantung pada masa B. menggunakan timeline dan frame C. memberi kemudahan pengaturcaraan visual D. mempunyai kemudahan pautan kepada helaian 13. Siapakah antara berikut bekerja di bawah pakar yang sama dengan webmaster? A. Pakar audio B. Pengaturcara C. Penulis skrip D. Arkitek multimedia 14. Manakah antara berikut merupakan tanggungjawab pengarah projek? A. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan proses pembangunan. B. Melaksanakan semua kaitan kandungan yang diperlukan. C. Mewakilkan maklumat yang disediakan oleh pakar kandungan. D. Mencipta aksi, watak dan interaktiviti. 15. Penentuan golongan sasaran dilaksanakan pada peringkat _______________.

A. tentukan matlamat serta tujuan aplikasi B. penulisan skrip aplikasi C. membentuk garis kasar D. membina carta alir logik

Page 5: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

5/9

16. Berikut merupakan ciri-ciri multimedia yang baik dari aspek grafik dan animasi

KECUALI A. mempunyai gaya dan pilihan warna yang sesuai. B. pilihan jangkamasa dan lokasi yang sesuai. C. mudah dibaca dan difahami. D. mempunyai kualiti yang baik. 17. Fasa pengujian dalam pembangunan projek multimedia memastikan hasilnya

_______________. i. berjalan dengan lancar ii. menepati objektif iii. mengandungi sedikit kesilapan iv. memenuhi kehendak pengguna A. i dan ii sahaja B. ii dan iv sahaja C. i,ii dan iii sahaja D. i, ii dan iv sahaja

18. Tugasan yang sesuai bagi pengguna memasukkan nama dalam sebuah kotak

input nama bagi sebuah aplikasi multimedia ialah dengan _______________. A. mengheret B. melukis C. menaip D. mengklik 19. Kesukaran penyusunan dan pengarangan elemen multimedia dalam sesebuah

antaramuka aplikasi adalah mungkin disebabkan oleh _______________. A. penentuan matlamat dan objektif yang tidak tepat B. penghasilan carta alir yang tidak jelas C. penyediaan papan cerita yang tidak lengkap D. penetapan unsur hiburan yang tidak sesuai 20. Apakah tujuan membentuk garis kasar dalam proses merekabentuk sebuah

aplikasi multimedia? A. Menetapkan matlamat dan objektif bagi sebuah aplikasi. B. Memaparkan perjalanan aplikasi dari mula hingga akhir. C. Membantu tugas-tugas melukis grafik. D. Menentukan pemecahan topik perbincangan tajuk aplikasi.

Page 6: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

6/9

BAHAGIAN B (50 markah)

Masa : 55 minit

ARAHAN Bahagian ini mengandungi SEPULUH (10) soalan. Jawab SEMUA soalan di dalam buku jawapan yang disediakan.

1. (a) Berikan definisi lengkap bagi multimedia.

(2 markah)

(b) Tuliskan SATU (1) terminologi multimedia beserta maksudnya. (2 markah)

2. Nyatakan EMPAT (4) kebaikan dan DUA (2) kelemahan penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan.

(6 markah)

3. Nyatakan DUA (2) contoh spesifikasi terkini bagi peranti berikut. (a) Pemproses (b) Ingatan Utama

(4 markah) Soalan 4 adalah berdasarkan Pernyataan 2.

Pernyataan 2

4. (a) Nyatakan kategori X yang dimaksudkan dalam Pernyataan 2 di atas. (2 markah)

(b) Jelaskan DUA (2) peranti tambahan selain yang disebut dalam

Pernyataan 2 di atas. (4 markah)

5. Terangkan EMPAT (4) ciri-ciri bagi alat pengarang berasaskan masa beserta

DUA (2) contoh perisian. (6 markah)

6. Nyatakan LIMA (5) jenis aplikasi multimedia yang boleh dihasilkan dengan menggunakan peralatan pengarangan.

(5 markah)

Peranti tambahan sangat diperlukan dalam menghasilkan produk multimedia yang baik dan berkesan. Peranti tambahan ini dikategorikan sebagai X yang mana contoh peranti bagi kategori ini adalah pembesar suara, kad grafik dan sebagainya.

Page 7: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

7/9

7. Berikan ENAM (6) ikon untuk arahan. (6 markah)

8. Senaraikan EMPAT (4) kategori golongan sasaran.

(4 markah) 9. Nyatakan EMPAT (4) ahli pasukan produksi multimedia yang utama.

(4 markah) 10. Tuliskan LIMA (5) tujuan penyediaan papan cerita.

(5 markah)

Page 8: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

8/9

BAHAGIAN C (30 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Bahagian ini mengandungi TIGA (3) soalan. Jawab SEMUA soalan di dalam buku jawapan yang disediakan.

1. Huraikan LIMA (5) kepentingan perkakasan komputer dalam membangunkan

aplikasi multimedia. (10 markah)

Soalan 2 adalah berdasarkan Pernyataan 3.

Pernyataan 3 2. Bincangkan DUA (2) jenis perisian penyunting yang boleh digunakan pasukan

produksi Arissa untuk menghasilkan elemen yang terlibat dalam Pernyataan 3. (10 markah)

Arissa merupakan seorang pengarah produksi multimedia. Beliau perlu menghasilkan sebuah aplikasi pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak. Arissa mengarahkan ahli pasukan produksinya untuk menghasilkan sendiri elemen grafik dan audio yang bersesuaian untuk aplikasi yang hendak dibangunkan.

Page 9: Mid Sem Pengarangan Okt 2011

SULIT KMM1093

KMM1093 PENGARANGAN MULTIMEDIA

9/9

Soalan 3 adalah berdasarkan Rajah 2. Rajah 2 3. Lakarkan sebuah papan cerita yang lengkap bagi skrin utama aplikasi ”CD

Pembelajaran: Magic English” dalam Rajah 2 di atas. (10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT