Minggu 1.docx

2
Minggu 1 JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA Jenis-jenis tali a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah : b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah : Tali Gentian Manila Tali Sabut Tali Kapas Tali Nylon Tali Hawser-laid Tali Karamental Tali Wayar

Transcript of Minggu 1.docx

Page 1: Minggu 1.docx

Minggu 1

JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA

Jenis-jenis tali

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah :

Tali Gentian Manila Tali Sabut Tali Kapas

Tali Nylon Tali Hawser-laid Tali Karamental

Tali Wayar

Page 2: Minggu 1.docx

Penjagaan tali

Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.

Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. Kita tidak boleh membasuh tali. Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.

Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.