Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) · PDF fileLawatan ke makmal & bengkel...
Transcript of Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) · PDF fileLawatan ke makmal & bengkel...
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) FRIM 2012
23 – 28 April 2012
1.0 Latarbelakang dan tujuan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FRIM adalah salah sebuah jawatankuasa
yang dibentuk untuk membantu pihak pengurusan FRIM dari keselamatan dan kesihatan penjawat
awam FRIM. JKKP ditubuhkan selaras dengan Akta Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja di setiap agensi sentiasa di beri perhatian oleh majikan.
Bersempena dengan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia yang disambut pada 28hb April
pada setiap tahun, maka JKKP FRIM akan mengadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di
peringkat FRIM. MKKP ini akan diadakan pada 23 hingga 28 April 2012 dengan kerjasama Cawangan
Latihan (CLT) dan Cawangan Pengurusan Korporat (CCU). Berbagai aktiviti telah dirancang seperti
ceramah keselamatan dan kesihatan, Kempen Derma Darah, Pertandingan Fotografi, Pameran dan
sebagainya.
Diharapkan dengan adanya program ini akan meningkatkan lagi kesedaran penjawat awam FRIM dalam
menjaga keselamatan di tempat kerja bagi menjamin kesihatan diri dan persekitaran mereka. Selain
daripada itu diharapkan dapat membantu pihak JKL khasnya dan FRIM amnya dalam menyediakan
program latihan. Sasaran peserta yang akan mengikuti program ini adalah seramai 200 orang yang
terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan professional dan kumpulan pelaksana FRIM.
2.0 Jawatankuasa Penganjur:
Penasihat : Dato’ Dr. Abdul Latiff b. Mohmod
Pengerusi : Dr. Abd Rahim b. Sudin
Setiausaha : Mohd Radzi b. Ahmad
Bendahari: Dr. Mohd Rosli b. Harun
JK Logistik : Shaharudin b Hashim
Azahari b. Mohd Yusof
JK Promosi: Rohana bt Shahdan
Nordahlia
Wakil CCU
JK Pameran: Puad b Elham
Azahari b Mohd Yusof
JK Tugas Khas: Zaitun bte Said
Wakil CLT
AJK JKKP FRIM
3.0 Aktiviti
3.1 Tentatif Program
Tarikh
Hari
Ceramah & Aktiviti Jabatan
24 April
Selasa
Akta Keselamatan Pekerjaan 1994
- Penemuan Audit Keselamatan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (OSH)
Kesihatan di tempat kerja
- Penyakit berkaitan pekerjaan
- Aspek kawalan dan pencegahan
Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)
25 April
Rabu
Kebakaran dan kecemasan di bangunan
Bomba dan Hazmat
Keselamatan Jalanraya
Jabatan Keselamatan Jalanraya
26 April
Khamis
Peraturan pelupusan Sisa Kimia
- Kaedah pelupusan sisa kimia
Jabatan Alam Sekitar/Kualiti Alam
Pengendalian First Aid
Persatuan Bulan Sabit Merah
Pengendalian penggunaan Alat Pelindung Diri (PPE)
3M(Syarikat Pembekal)
27 April
Jumaat
Keselamatan kerja di Lapangan
- Serangan serangga berbisa
- Langkah pencegahan dan rawatan
Dr. Pan/Norsham(FRIM)
Teknik pengendalian (selamat) peralatan kerja lapangan.
Syarikat pembekal
28 April
Sabtu
Program riadah selamat Unit CCU FRIM
3.2 Lain-lain Program:
1. Pameran Keselamatan dan Kesihatan
2. Pertandingan Fotografi “Safety & Hazard”
3. Kempen Derma Darah
4. Tayangan Video
5. Lawatan ke makmal & bengkel terbaik 2011
4.0 Perbelanjaan
Kesemua perbelanjaan adalah daripada peruntukan yang dipohon daripada pengurusan FRIM di bawah
JKKP dan JKL. Kos yang dianggarkan adalah meliputi makan dan minum peserta dan urusetia, hadiah
pertandingan fotografi, cenderahati penceramah dan juga lain-lain keperluan program. Anggaran kos
keseluruhan program adalah RM10000.00.
Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah Harga
1. Makan dan Minum (250 orang) 4 hari orang 5.00 5000.00
2. Hadiah pertandingan Fotografi 2 kategori 500.00 1000.00
3. Cenderahati/Saguhati Penceramah 10 penceramah 300.00 3000.00
4. Air Mineral 20 kotak - 500.00
5. Sijil Penyertaan & Penghargaan 250 orang 1.00 500.00
6. Lain-lain perbelanjaan 2000.00
JUMLAH 12000.00
Kesimpulan
Diharapkan dengan berjayanya program ini dilaksanakan akan dapat mencapai objektif dan sasaran yang
ditetapkan. Disamping dapat membantu pihak pengurusan dalam menyediakan tempat kerja yang
selamat dan persekitaran yang sihat.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
Mohd Radzi Ahmad Dr. Rahim b. Sudin