Minit Mesyuarat Kurikulum - 5th - 19 Nov 2014-1
description
Transcript of Minit Mesyuarat Kurikulum - 5th - 19 Nov 2014-1
Tarikh
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL
12300 BUTTERWORTH, SEB. PERAI UTARA, PULAU PINANG.MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KELIMA 2014Tarikh : 19 November 2014 (Rabu)Masa : 2.15 petangTempat : Bilik Persidangan SK Bagan JermalKehadiran: 1. Encik Kamaruzaman Bin Salim
(Pengerusi)
2. Tuan Haji Mohd Idris Bin Othman
3. Encik Marzukhi Bin Ramli
4. Encik Ghazali B Abd Hamid
5. Puan Suhaida Bt Zakaria6. Puan Zaty Munawirah Mokhtar
7. Puan Nursyakira Bt Harun 8. Puan Harisun Bt Mat Isa
9. Encik Hashidi B Harun
10. Puan Jamilah Bt Shoib11. Puan Rajakumari a/p Selvaraj12. Cik Khadijah Bt Abdul Rahman
13. Puan Salmiah Bt Sutan14. Puan Rosnani Bt Mat
15. Puan Norafidah Bt Mohd Samairy
16. Puan Nor Zamzira Bt Ahmad17. Puan Thahirah Bt Mohd Rodzi
18. Puan Julina Susila
19. Encik Nor Amin Bin Adnan
20. Puan Roslina Bt Salleh
21. Puan Nabihah Bt. Othman
22. Puan Ruzaihan Bt Hassan23. Puan Salwa NurulAin Bt. Waled24. Encik Azizi B Salleh
25. Puan Nashirah Bt Abdul Ghafar26. Cik Siti Hajar Bt Zainuddin
27. Encik Mohd Sohairi Bin Rejab
28. Encik Anuar Bin Hj. Kassim 29. Puan Nor Aini Bt Adam30. Encik Mohd Rohaizad Bin Mustafa 31. Puan Kalawathy a/p Muniandy 32. Encik Salleh B Zakaria
33. Encik Mohd Zaihal bin Yaacob
34. Puan Siti Zauyah
35. Encik Zuhair Bin Wahab 36. Encik Ruzaidin Bin Ghazali37. Puan Ruhainazura Bt Mohd Nor
38. Puan Hafidzah Ahmad
39. Cik Sarifah Norida Bt Syed Asmi
40. Encik Mohd Hafiz B Mohd
41. Puan Haziyati Bt Ismail
42. Puan Nurhidayah Bt Ahmad
43. Puan Sharimah Bt Ismail
44. Puan Jannatonshima Abdullah
45. Cik Roslaili Bt Mohamad Zain 46. Puan Zalina Bt Md Sahini
47. Encik Hailmi Bin Abdul Halim
48. Puan Suriati Bt Saikortali
49. Puan Siti Salmah Bt Ibrahim 50. Cik Rohani Bt Noor 51. Puan Fauziah Bt Mat Noor
52. Puan Siti Balqis Bt Shuhaimi53. Puan S. Kavitha
(Setiausaha)
Tidak hadir :
1. Cik Noor Zakiyatil Fakhirah Bt. Kamaruddin (Kursus)2. Encik Noorhamrulnizam Bin Abd Hadi (Kursus)
3. Encik Jais B Mohamed (Mesyuarat)
4. Puan Faridah Bt Megat Rasidin (Cuti Sakit)5. Puan Nadia Afifi Bt Daud (Cuti Bersalin)6. Puan Mawaddah Bt Mohd Nor (Cuti Bersalin)7. Encik Fahmi B Mansor
AGENDAi. Ucapan alu-aluan Pengerusi
ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
iii. Perkara-perkara Berbangkit
iv. Post Mortem PKSR 2 / 2014
v. Program Khas KPM KSSR, LINUS dan Pemulihan vi. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)vii. Prasekolah
viii. Pendidikan Khas
ix. Perancangan Akademik Tahun 2015
x. Budaya Tutup Sekolah xi. Persekolahan Sesi 2015 Mesyuarat Guruxii. Hal-hal Lain
xiii. Penutup
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab seterusnya diikuti dengan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir.1.2 Puan Suhaida selaku Naib Pengerusi UPS 2014 memaklumkan bahawa ahli-ahli Unit Perkembangan Staf (UPS) 2014 telah meletak jawatan pada 1hb November 2014. Pencalonan ahli jawatankuasa baru akan diadakan secara undian bertulis.
(Tindakan : Makluman)2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat 2014 untuk disahkan.2.2 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat :Cadangan: Puan Rosnani Bt MatSokongan : Puan Nor Aini Bt Adam 3. Perkara Berbangkit3.1 Pengerusi meminta guru Panitia Bahasa Malaysia untuk rezo contoh teks karangan Bahasa Malaysia dan menyediakan dalam 3 fail berasingan untuk memudahkan murid membaca teks tersebut.3.2Pengerusi juga meminta guru Panitia Sains untuk memperkenalkan modul Sains ke arah memacu peningkatan kemahiran menjawab kertas Sains. Penyediaan modul Sains perlu disenaraikan dalam perancangan panitia tahun 2015.
(Tindakan : Makluman)4. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 4.1 Bahasa Malaysia (Puan Ruhainazura)
4.1.1Analisis keputusan BM Penulisan dan BM Pemahaman Peperiksaan Akhir Tahun 2014.
(Sila rujuk lampiran A)
4.1.2Pengerusi meminta ketua panitia agar menyelitkan program peningkatan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam perancangan panitia tahun depan.
4.1.3Ketua panitia juga diminta agar mengadakan in house training agar guru-guru yang ada kelebihan
memberi pendedahan dan berkongsi ilmu dengan guru-guru lain.
4.2 Bahasa Inggeris (Puan Julina Susila)4.2.1Analisis keputusan Bahasa Inggeris Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Sila rujuk lampiran B)4.2.2Pengerusi mengingatkan ketua panitia agar membincang perancangan peningkatan akademik
untuk membantu murid-murid dalam subjek Bahasa Inggeris dalam Mesyuarat Panitia Kali
Pertama 2015.
4.2.3Pengerusi juga menyatakan bahawa ketua panitia akan dirombak dan guru-guru yang
berpengalaman dan hebat akan ditempatkan di kelas Cakna.
4.3 Matematik (Encik Anuar)4.3.1Analisis keputusan Matematik Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Sila rujuk lampiran C)
4.3.2Encik Anuar selaku guru panitia Matematik memaklumkan bahawa 14 soalan kertas Matematik
Tahun 5 merupakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kebanyakan soalan tidak
mengikut susunan.
4.3.3Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa peratus kegagalan murid-murid Tahun 4 dalam kertas
Matematik adalah sebanyak 62.35%. Ini adalah kerana kebanyakan murid Tahun 4 dari kelas
Cakna tidak menjawab soalan peperiksaan.
4.3.4Pengerusi meminta agar ISU MURID TIDAK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
dibincang dalam Mesyuarat Kurikulum yang seterusnya.
4.3.5Pengerusi mencadangkan agar kertas soalan Matematik kelas Cakna perlu dijawab secara
terpimpin. Guru yang mengawasi kelas pada waktu tersebut tidak dibenarkan duduk di meja
depan. Guru tersebut dikehendaki berjalan sambil memberi arahan untuk menjawab 10 soalan
yang pertama bersama-sama dan memastikan semua murid menjawab soalan sebelum menjawab
10 soalan yang seterusnya.
4.3.6Pengerusi juga meminta Puan Sharimah agar melanjutkan masa menjawab kertas soalan
Matematik kelas Cakna kepada 1 jam 20 minit.
4.3.7Pengerusi juga mengingatkan Puan Sarimah agar memotong 10% daripada markah keseluruhan
jika murid-murid tidak menulis nama penuh di atas kertas jawapan peperiksaan.
4.3.8Pengerusi juga memaklumkan bahawa Tahun 1 sehingga Tahun 5 akan mengikut sistem
penggredan kebangsaan manakala Tahun 6 akan mengikut sistem penggredan sekolah.
4.4 Sains (Puan Siti Zauyah)4.4.1Analisis keputusan Sains Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Sila rujuk lampiran D)4.4.2Ketua panitia memaklumkan bahawa keputusan kertas Sains tahap 1 agak memuaskan.
Walau bagaimanapun, keputusan kertas Sains tahap 2 tidak begitu memberangsangkan kerana
kemasukan guru-guru praktikum telah mengganggu momentum proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.4.3Pengerusi mencadangkan agar guru praktikum perlu mengajar bersama guru kelas. Guru
praktikum juga perlu diberi waktu minimum dan guru subjek digalakkan untuk masuk kelas ketika
guru praktikum sedang mengajar.
5. Program Khas KPM KSSR, LINUS dan Pemulihan
5.1KSSR
5.1.1Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya memberi penekanan kepada program-program khas ini. Program ini akan dipantau dan laporan yang berkaitan perlulah dihantar.
5.1.2 Pengerusi mengingatkan kepada ketua-ketua panitia agar memberi perhatian kepada kursus KSSR Tahun 5. Kursus dalaman mesti diadakan bagi setiap mata pelajaran yang belum melaksanakannya. 5.2LINUS
5.2.1Puan Norafidah selaku guru Program LINUS memaklumkan saringan 2 LINUS telah selesai dijalankan. Keputusan saringan adalah seperti data di bawah ini :
Tahun 1 (Jumlah murid 62)
MenguasaiBelum menguasai
Literasi B.Melayu4517
Numerasi4913
Literasi BI3329
Nama murid yang tidak hadir Megat Badlishah B. Magat Shahrol
Tahun 2 (Jumlah murid 78)
MenguasaiBelum menguasai
Literasi B.Melayu717
Numerasi717
Literasi BI5226
Tahun 3 (Jumlah murid 88)
MenguasaiBelum menguasai
Literasi B.Melayu871
Numerasi871
Literasi BI--
(Tindakan : Makluman)
5.3Pemulihan
5.3.1Puan Nor Aini Adam selaku guru pemulihan memaklumkan keputusan ujian pencapaian murid-murid pemulihan seperti berikut :
Bahasa Malaysia (Tahap 1 tahun 2 & 3)
GredJumlah MuridPeratus lulus
ABCD
3114955.6%
Bahasa Malaysia (Tahap 2 tahun 5)
GredJumlah MuridPeratus lulus
ABCD
--3-3100%
Matematik (Tahap 1 tahun 2 & 3)
GredJumlah MuridPeratus lulus
ABCD
-231683.3%
Matematik (Tahap 2 tahun 4 & 5)
GredJumlah MuridPeratus lulus
ABCD
--5-5100%
5.3.2Program atau aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 ialah :
Program Motivasi Bintangku
Bengkel Anakku Sayang dengan kerjasama unit Bimbingan & Kaunseling
Lawatan Sambil Belajar ke Taman Burung, Seberang Jaya
5.3.3Beliau memaklumkan bahawa program luar kokurikulum bersama Pendidikan Khas adalah sepanjang tahun. Antara lawatan luar bersama Unit Pendidikan Khas yang telah dilaksanakan ialah lawatan ke :-
Kilang Raiya, Bukit Tambun
Utusan Malaysia, Seberang Jaya
Jusco, Alma
Renang di kolam renang MPSP
Boling, Megamall Pacific
(Tindakan : Makluman)6. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
6.1Pengerusi memaklumkan bahawa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) akan berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan. (Tindakan : Makluman semua guru)
6.2Semua guru subjek KSSR diminta muat turun dan mencetak data menggunakan Internet Download Manager (IDM) secara offline.7. Prasekolah
7.1Cik Rohani Bt Noor selaku guru prasekolah memaklumkan bahawa bilangan terkini murid pra sekolah ialah 50 orang yang terdiri daripada 15 orang murid berumur 5 tahun dan 35 orang murid berumur 6 tahun. Berikut adalah pencapaian keseluruhan terkini murid pra sekolah mengikut peratus :-
5 tahunPeratus6 tahunPeratusJumlahPeratus
Telah menguasai1 orang 2%14 orang28%15 orang30%
Sedang maju4 orang8%20 orang40%24 orang48%
Belum menguasai10 orang20%1 orang2%11 orang22%
7.2Pengerusi meminta guru prasekolah agar menyediakan fail khas untuk merekod pertemuan dengan waris murid prasekolah mulai tahun depan.
(Tindakan : Guru prasekolah)
8. Pendidikan Khas 8.1Puan Suhaida melaporkan Kelas Pendidikan Khas telah mendapat bantuan sebanyak RM50 000 daripada kementerian untuk tujuan naiktaraf kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKBJ.
8.2 Selain itu, beliau juga memaklumkan aktiviti- aktiviti luar yang telah dirancang untuk tahun 2015 iaitu boling, futsal, renang dan rekreasi.
8.3Beliau juga menyatakan bahawa 3 orang murid akan diinklusifkan ke kelas 4 Inpirasi pada tahun 2015. Mereka ialah Assyifa Nur Ain Bt Abdullah, Mohd Ashraf B Ahzar dan Haziq Razin B Abdullah.
(Tindakan : Makluman)
9. Perancangan Akademik Tahun 2015
9.1Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan UPSR tahun 2014 akan diumumkan pada 26/11/14. Selain itu, pengerusi juga mengingatkan semua guru tentang tarikh-tarikh penting perjumpaan guru-guru bagi persediaan akademik tahun 2015 seperti berikut :-
TarikhPerkara
22 Disember 2014Mesyuarat Kurikulum Kali 1/2015 & Mesyuarat Guru
23 Disember 2014Mesyuarat HEM & Kokurikulum Induk
26 Disember 2014Mesyuarat JK Kokurikulum
29 Disember 2014Mesyuarat JK HEM
30 Disember 2014Orientasi Murid Tahun 1 & Mesyuarat Panitia
31 Disember 2014Mesyuarat Panitia (BM, BI, Matematik & Sains)
3 Januari 2015Persiapan Kelas
(Tindakan : Makluman)
10. Hal-hal Lain10.1 Puan Norafidah mencadangkan agar buku kerja tidak perlu dibeli untuk murid-murid kelas Cakna.
(Tindakan : PK1)Mesyuarat ditangguhkan tepat pada jam 5.05 petang. Disediakan oleh,
Disahkan oleh,............
..........................(PN. S.KAVITHA)
(TUAN HAJI KAMARUZAMAN BIN SALIM, PJK)Setiausaha Kurikulum 2014,
Guru Besar Cemerlang,
SK Bagan Jermal.
SK Bagan Jermal. PAGE 1