Minit Mesyuarat PJK Bil 1 Tahun 2015.docx

download Minit Mesyuarat PJK Bil 1 Tahun 2015.docx

of 4

Transcript of Minit Mesyuarat PJK Bil 1 Tahun 2015.docx

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL (1)JALAN AMINUDDIN BAKI, 60000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1 TAHUN 2015

Tarikh: 5 Januari 2015Masa: 9.00 pagi 11.30 pagiTempat: Bilik Mesyuarat Sri MawarPengerusi: Puan Juriah bt. JupriKehadiran: 1. Puan Juriah binti Jupri 2. Encik Rozman bin Mat Adan 3. Puan Raihan Syazwani binti Ghazi 4. Encik Hamzah bin Hj. Zakaria 5. Encik Mohd Haizam bin Mohd Nor 6. Encik Ridzuan bin Ishak 7. Encik Shamim bin Samsuddin 8. Puan Nur Fatihah binti Che Ani 9. Cik Adlia Syazanna binti Abas 10. Cik Zalina binti Zaki 11. Cik Norashidah binti Idris 12. Puan Wan Hidayah binti Wan Halim

Tidak Hadir: 1. Encik Fauzi bin Aziz 2. Encik Mohd Akmal bin Ahmad 3. Puan Nor Azleena binti Ismail (Kelas Tambahan Peperiksaan) 4. Puan Rosbariyah binti Ghazali

1 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) kali pertama bagi sesi persekolahan 2015.Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi berharap guru-guru yang mengajarkan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada tahun 2015 dapat memaksimumkan penggunaan bahan bantu mengajar supaya pembelajaran dan pengajaran masing-masing lebih menarik. Beliau juga meminta guru-guru supaya menyenaraikan alatan atau bahan bantu mengajar yang diperlukan.

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT2.1Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil.3/2014 disahkan oleh Encik Mohd Haizam bin Mohd Nor dan disokong sebulat suara.Tindakan : Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:3.1Tiada perkara berbangkit.Tindakan : Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN 4.1Pelantikan Ahli Jawatankuasa Panitia PJK 20154.1.1 Ketua Panitia berharap semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan saling bekerjasama bagi memantapkan lagi Panitia PJK pada tahun ini.Tindakan : Semua ahli jawatankuasa Panitia PJK

4.1.2 Pengerusi meminta setiausaha Panitia PJK supaya membuat surat lantikan bagi semua ahli jawatankuasa Panitia PJK 2015.

Tindakan: Setiausaha Panitia PJK

4.1.3Pengerusi juga meminta ahli jawatankuasa bagi Bilik Sukan dan Papan Kenyataan Panitia PJK supaya dapat membuat Carta Organisasi Panitia PJK bagi tahun 2015.

Tindakan : AJK Bilik Sukan dan Papan Kenyataan

4.1.4Pengerusi memaklumkan bahawa Bilik Sukan akan dipindahkan ke bilik baru yang terletak di bawah Dewan PIBG dan berharap semua ahli jawatankuasa panitia dapat bekerjasama mewujudkan Bilik Sukan yang baru.

Tindakan : Semua ahli jawatankuasa Panitia PJK4.1.5 Ketua Panitia memaklumkan kepada pengerusi bahawa rak alatan yang terdapat di Bilik Sukan adalah tidak sesuai kerana ia adalah rak buku teks.Tindakan : Makluman

4.2Post Mortem PKSR 24.2.1Semua murid lulus dalam PKSR 2 bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berdasarkan analisis PKSR 2 tahun 2014.Tindakan : Makluman

4.2.2 Pengerusi menyatakan bahawa kertas peperiksaan dan wajaran markah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu diselaraskan. Tindakan : Ketua Panitia

4.2.3Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya mengisi markah PKSR 2 di laman web Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah (SAPS) sebelum tarikh tutup.

Tindakan : Makluman

4.2.4Ketua Panitia mengingatkan semua penggubal soalan peperiksaan supaya mematuhi jadual penggubal soalan yang telah diberikan dan menghantar kertas soalan sebulan sebelum peperiksaan dijalankan.Tindakan : Semua penggubal soalan

4.3Pelan Operasi dan Pelan Taktikal4.3.1Pelan Operasi dan Pelan Taktikal telah diedarkan kepada semua Tindakan : Makluman

4.3.2 Ketua Panitia menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun 2015.Tindakan : Makluman

4.4Anggaran Perbelanjaan4.4.1Ketua Panitia memaklumkan bahawa anggaran kewangan Panitia PJK pada tahun 2015 ialah sebanyak RM 6600.

Tindakan : Makluman

4.4.2Ketua Panitia meminta guru-guru PJK mencadangkan alatan-alatan yang sesuai sekiranya diperlukan untuk aktiviti P&P.

Tindakan : Guru-guru PJK

4.5Pembelajaran & Pengajaran4.5.1Ketua Panitia memaklumkan kepada semua guru PJK supaya dapat menulis rancangan pengajaran harian (RPH) seperti format yang telah diberikan.Tindakan : Guru-guru PJK

4.5.2Ketua Panitia telah menetapkan buku tulis nombor 7 sebagai buku latihan bagi mata pelajaran PJK.Tindakan : Makluman

4.5.3Ketua Panitia berharap semua guru PJK dapat mempelbagai aktiviti dan menggunakan alatan-alatan yang sesuai semasa proses P&P untuk menarik minat murid-murid.

Tindakan : Guru-guru PJK

4.5.4 Ketua Panitia memaklumkan bahawa semua guru PJK perlu menyerahkan satu salinan borang maklumat diri, jadual waktu dan rekod pencapaian 100% kepada setiausaha Panitia PJK.

Tindakan : Guru-guru PJK

5 HAL-HAL LAIN5.1Ketua Panitia mengingatkan semua guru PJK supaya lebih menitikberatkan keselamatan murid semasa proses P&P bagi mengelakkan kecederaan berlaku.Tindakan : Guru-guru PJK

6 PENUTUP6.1Mesyuarat diakhiri dengan ucapan dari pengerusi majlis, Puan Juriah binti Jupri. Beliau berharap Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan lebih menyerlah pada tahun 2015. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................................... ...............................................................................(RAIHAN SYAZWANI BINTI GHAZI) (ENCIK ROZMAN BIN MAT ADAN)Setiausaha Panitia PJK, Ketua Panitia PJK,SK Taman Tun Dr Ismail (1) SK Taman Tun Dr Ismail (1)

Tarikh: 7 Januari 2015