MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah,...

21
MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN FARIDAH BINTI MUHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah,...

Page 1: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DI DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN

FARIDAH BINTI MUHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan
Page 3: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

i

MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DI DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN

FARIDAH BINTI MUHAMAD

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2004

Page 4: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan
Page 5: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan
Page 6: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

iv

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

TERISTIMEWA BUAT.............

Bondaku yang dikasihi Che Esah Bt. Che Awang

Kasih sayang dan pengorbananmu terlalu bernilai buatku.

Terima kasih kerana memahami anakmu

Arwah Ayahanda yang dirindui Muhamad B. Abas

Kata-katamu tetap jadi pendorong

walau kau telah tiada

Adik-Adik yang dicintai

Nawal, Faizah, Adi, Emi, Aiman Kaulah penawar hatiku

Terima kasih diatas kasih sayang kalian

Teman-Teman Teristimewa

Idah comel, Ati & Saba Semoga kejayaan mengiringi kita semua

Jasa kalian tidak mungkin dilupakan

Terima kasih atas segalanya ..................................

Page 7: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

v

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Segala puji bagi Allah S. W. T yang telah melimpahkan kurnia dan rahmatNya

bagi memudahkan saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya dalam

jangkamasa yang telah ditetapkan setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Abu

Hassan bin Kassim yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari

awal kajian hinggalah ianya disiapkan. Sesungguhnya saya amat menghargai segala

pandangan dan teguran yang membina daripada beliau.

Tidak lupa juga rakaman terima kasih saya tujukan kepada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah

memberikan saya kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih yang tak

terhingga juga kepada semua pengetua serta guru yang terlibat . Tidak dilupakan rakan-

rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan

penyelidikan ini. Jasamu tetap ku kenang.

Page 8: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi pelajar dalam

topik elektolisis. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar terdiri daripada 52 orang

lelaki dan 68 orang perempuan yang dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah

di daerah Tanah Merah, Kelantan. Penentuan miskonsepsi dalam topik elektrolisis

ditentukan melalui soalan-soalan berbentuk objektif yang terdapat dalam soal selidik.

Analisis statistik desktriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan lazim

digunakan dalam tatacara menganalisis. Hasil kajian menunjukkan miskonsepsi pelajar

dalam topik elektrolisis berada pada tahap sederhana (min 41.82; sisihan lazim 2.74).

Kekangan, implikasi dan cadangan kajian lanjutan turut dinyatakan dalam kajian ini.

Sebagai rumusannya, miskonsepsi perlu dikenalpasti dan diperbetulkan. Sekiranya ini

tidak dilakukan, pelajar akan terus menerus menghadapi masalah dalam pembelajaran

sehinggalah mereka ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Page 9: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

vii

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the misconception’s students in

electrolysis topic. The 120 subject compprised of 52 males and 68 females are choosen

randomly from four school at Tanah Merah, Kelantan. The determination of

misconception,s students was determined through of objective in the questionnaire that

had been distributed to the students. The data were analyzed using frequency,

percentage, mean and standard deviation statistics according to the five categories in

terms of students abilities. The result of the research showed that, students

misconception in the electrolysis topic was on the medium level (mean 41.82; standard

deviation 2.74). Some implications of the findings are suggested, limitations are the

cited and some suggestionces for the futrher research are put forward. As a conclusion,

misconception in learning should be identified and corrected. If measure are not taken,

then the problem of mis understanding of concept will continue even at upper level of

this study.

Page 10: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Kepentingan Kajian 6

1.5 Skop Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 8

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 9

Page 11: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

ix

2.1 Bagaimana miskonsepsi berlaku 9

2.2 Miskonsepsi dalam elektrolisis 11

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 14

3.1 Reka bentuk kajian 14

3.2 Populasi dan sampel kajian 15

3.3 Instrumen kajian 15

3.4 Prosedur kajian 17

3.5 Kajian rintis 18

3.6 Analisis kajian 18

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL

4.0 Pendahuluan 21

4.1 Analisis data 21

4.1.1 Latar belakang responden 22

4.1.2 Tahap penguasaan dan 22

masalah miskonsepsi

responden

4.2 Perbincangan hasil 24

4.2.1 Latar belakang responden 24

4.2.2 Tahap penguasaan responden 25

Page 12: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

x

4.2.3 Masalah miskonsepsi responden 37

dalam elektrolisis

BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.0 Pendahuluan 39

5.1 Kesimpulan 39

5.2 Implikasi kajian 40

5.3 Cadangan kajian lanjutan 42

RUJUKAN 43

Page 13: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

xi

SENARAI JADUAL

N0. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item mengikut aspek kajian 16

3.2 Skala yang digunakan untuk menentukan

tahap penguasaan responden 20

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan latar

belakang responden 23

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan tahap

penguasaan responden 24

4.3 Masalah miskonsepsi responden mengikut

aspek bagi setiap item 26

Page 14: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang soal selidik 47

B Surat pengesahan penyelidikan dari UTM 56

C Surat kebenaran Bahagian Perancangan 57

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

KPM

Page 15: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

1

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, konsep merupakan asas yang

perlu difahami, dibina dan dikuasai oleh pelajar. Konsep sains terbentuk dalam diri

pelajar secara beransur-ansur melalui pengalaman mereka sebagai pelajar dan melalui

interaksi terhadap alam persekitarannya. Tanpa pembinaan konsep yang sebenar,

perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada perolehan fakta dan penjelasan

kejadian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan miskonsepsi (sharifah Alwiah,

1987).

Page 16: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

2

Dalam pendidikan, sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang

menekankan kepada pembinaan konsep bagi membolehkan pelajar memahami sesuatu

konsep dengan lebih bermakna (Aziz dan Fauziah, 1999) dan dapat menjelaskan

fenomena-fenomena ini secara semulajadi dengan tepat selaras dengan konsep yang

diajar (Ng, 1995). Pembinaan konsep merupakan pendekatan yang semakin diterima

oleh penyelidik dan pendidik sains bagi menjelaskan bagaimana pelajar mempelajari

sains. Banyak kajian telah membuktikan bahawa minda pelajar tidak seperti tin kosong

sehinggakan ilmu pengetahuan sains dapat dipindahkan secara total oleh guru kepada

pelajar tetapi, pembinaan konsep tersendiri ini adalah hasil daripada pelbagai interaksi

pelajar dengan persekitaran, rakan sebaya, media begitu juga dengan budaya dan bahasa

setempat yang mana kesemua faktor ini boleh mewujudkan miskonsepsi (Mohd. Yusof,

1998).

Beberapa kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran sains, khususnya kimia

merupakan salah satu subjek yang paling sukar difahami oleh pelajar (Ben-Zvi et al.,

1987, 1988). Antara punca-punca yang dikenalpasti ialah mata pelajaran kimia

mengandungi banyak konsep-konsep abstrak, pengiraan yang sukar, bahasa sains yang

sukar difahami dan sebagainya (Ben-Zvi et al., 1987). Salah satu konsep yang sukar

untuk dipelajari dan banyak berlaku miskonsepsi dalam mata pelajaran kimia ialah

konsep elektrolisis (Ogude & Bradley, 1989; Sanger & Greebowe, 1995). Miskonsepsi

dalam elektrolisis yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

menengah sering menjadi penghalang kepada pembelajaran topik elektrolisis peringkat

tinggi (Mihkelson, 1982).

Page 17: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

3

1.1 Latar belakang masalah

Peringkat awal perkembangan sains di Malaysia lebih menitikberatkan

perkembangan aspek kongnitif tanpa mengambil kira perkembangan aspek afektif,

kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik pelajar (Abu Hassan,2001). Di sekolah-

sekolah, guru biasanya melakukan kerja amali hanya sekadar pengesahan teori tanpa

menitikberatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang terdapat dalam kerja

amali tersebut. Kerja amali yang dilakukan lebih berbentuk ‘buku resepi masakan’ bagi

mengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep dan akhirnya kerja amali yang

dilakukan lebih berbentuk rutin (Abu Hassan, 2001). Selain itu, guru sains masih terikat

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru (Schwab &

Brandwein, 1996). Fenemona ini bertambah buruk lagi dengan pengajaran guru yang

menggunakan kaedah tradisional (Azizah dan Shaharom, 1999) iaitu pelajar disogok

dengan sebanyak mungkin fakta dan konsep tanpa memahaminya dan seterusnya

mewujudkan miskonsepsi (Millar & Driver, 1987). Pada pandangan guru, semakin

banyak fakta dan konsep diberi semakin pandailah seseorang pelajar itu. Selain itu, guru

kurang memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan meneroka sendiri

pembelajaran mereka (Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar pendidikan

Malaysia, 1999). Kegagalan ini berpunca dari guru itu sendiri yang tidak menghayati

falsafah pendidikan sains yang mengutamakan kaedah inkuiri-penemuan (Abu Hassan,

2001). Sebelum pelajar menerima pembelajaran formal di sekolah, mereka telah

mempunyai konsep tersendiri mengenai sesuatu fenomena berdasarkan pengalaman

lepas dan ini merupakan salah satu faktor terjadinya miskonsepsi (Osberne dan Gilbert,

Page 18: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

4

1980) dan guru seharusnya peka tentang masalah ini sebelum memulakan

pengajarannya (Siow, 1993).

Bagi mengatasi masalah ini salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh

guru ialah pendekatan inkuiri-penemuan dan penyelesaian masalah. Kedua-dua

pendekatan ini mengutamakan pemerolehan pengetahuan sains melalui aktiviti

penyiasatan dan kefahaman konsep yang diperolehi daripada aktiviti penyiasatan ini

boleh membetulkan miskonsepsi yang dipegang oleh pelajar sebelum pembelajaran

seterusnya dilakukan (Fensham dan George, 1971). Dalam pembelajaran kimia, konsep

asas yang telah dikuasai oleh pelajar boleh digunakan oleh pendidik bagi menggalakkan

pelajar mempelajari sesuatu konsep yang baru (Aziz dan Fauziah, 1999) tetapi

malangnya banyak kritikan menyatakan ramai pelajar tidak menguasai konsep asas

yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi (Gunstone dan White, 1981). Walaupun

aktiviti dalam sains boleh membantu pelajar memahami konsep asas sains, namun

masih lagi wujud miskonsepsi di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana hampir semua konsep sains yang dipelajari di sekolah menengah

adalah berbentuk abstrak (Abu Hassan, 2001).

Penguasaan konsep asas kimia yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat

memahami konsep yang lebih sukar terutamanya pada peringkat tinggi (Driver and

Oldman, 1986) dan tidak dapat menghubungkan konsep kimia yang dipelajari dengan

penyelesaian masalah yang mana boleh menyebabkan miskonsepsi (Millar dan Driver,

1987). Miskonsepsi ini sebenarnya mempunyai hubung kait dengan strategi pengajaran

Page 19: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

5

dan pembelajaran (Cedric, 1993). Adalah penting bagi guru mengenalpasti punca

miskonsepsi dalam kimia terlebih dahulu sebelum menetapkan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dijalankan dalam bilik darjah (Cedric, 1993).

Dalam kajian ini, konsep elektrolisis dipilih memandangkan terdapat kajian

yang menyatakan wujud miskonsepsi di kalangan pelajar yang mempelajari topik

elektrolisis. Kajian yang dijalankan oleh Garnet dan Treagust (1992a) di salah sebuah

sekolah tinggi di Australia mendapati bahawa pelajar menghadapi miskonsepsi dalam

meramal hasil elektrolisis dan menentukan elektrod lengai atau tidak lengai. Selain itu,

hasil pemerhatian ke atas pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM di Malaysia

mendapati wujud miskonsepsi di kalangan pelajar apabila ingin menentukan nyahcas di

elektrod bagi ion H+ dan OH- (Eng et al., 1998).

1.2 Pernyataan masalah

Hampir keseluruhan konsep dalam kimia adalah berbentuk abstrak (Abu Hassan,

2001). Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar tentang

sesuatu konsep kimia sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk

memahaminya dan mewujudkan miskonsepsi (Ben-Zviet al., 1987).

Berasaskan kepada keadaan inilah satu kajian bertujuan untuk mengenal pasti

masalah miskonsepsi dalam topik elektrolisis telah dilakukan.

Page 20: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

6

1.3 Objektif kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah

miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat dalam topik elektrolisis

Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti

i Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar bagi topik elektrolisis

sebatian lebur.

ii Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar bagi topik elektrolisis

larutan akues.

iii Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar bagi topik elektrolisis

dalam industri.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan diharap dapat memberi gambaran secara umum tentang

masalah miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat khususnya dalam topik

elektrolisis. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi

yang sering dilakukan oleh pelajar dalam topik elektrolisis. Hasil kajian ini diharap

dapat membantu guru kimia mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian berlandaskan falsafah pendidikan sains untuk mengelakkan konsep yang

salah ini terus kekal dalam pemikiran pelajar sehingga menjejaskan prestasi sekolah.

Page 21: MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN … · randomly from four school at Tanah Merah, ... yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi ... Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan

7

1.5 Skop kajian

Kajian ini melibatkan topik elektrolisis bagi mata pelajaran kimia KBSM.

Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan ini ialah

i elektrolisis dalam sebatian leburan.

ii. elektrolisis dalam larutan akues.

iii. elektrolisis dalam industri.

1.6 Batasan kajian

Kajian ini hanya melibatkan 120 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di

empat buah sekolah menengah sekitar daerah Tanah Merah, Kelantan. Sekolah-sekolah

ini dipilih kerana kawasan ini berdekatan dan sesuai. Penilaian kajian berdasarkan soal

selidik berbentuk soalan objektif. Kejituan dapatan kajian bergantung kepada sejauh

mana pelajar menjawab soalan soal selidik dengan ikhlas dan jujur. Selain itu, kajian ini

hanya terbatas kepada objektif kajian sahaja iaitu miskonsepsi yang dihadapi oleh

pelajar dalam topik elektrolisis.