MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DI DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN
FARIDAH BINTI MUHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
MISKONSEPSI DALAM TOPIK ELEKTROLISIS DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DI DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN
FARIDAH BINTI MUHAMAD
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2004
iv
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
TERISTIMEWA BUAT.............
Bondaku yang dikasihi Che Esah Bt. Che Awang
Kasih sayang dan pengorbananmu terlalu bernilai buatku.
Terima kasih kerana memahami anakmu
Arwah Ayahanda yang dirindui Muhamad B. Abas
Kata-katamu tetap jadi pendorong
walau kau telah tiada
Adik-Adik yang dicintai
Nawal, Faizah, Adi, Emi, Aiman Kaulah penawar hatiku
Terima kasih diatas kasih sayang kalian
Teman-Teman Teristimewa
Idah comel, Ati & Saba Semoga kejayaan mengiringi kita semua
Jasa kalian tidak mungkin dilupakan
Terima kasih atas segalanya ..................................
v
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Segala puji bagi Allah S. W. T yang telah melimpahkan kurnia dan rahmatNya
bagi memudahkan saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Abu
Hassan bin Kassim yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari
awal kajian hinggalah ianya disiapkan. Sesungguhnya saya amat menghargai segala
pandangan dan teguran yang membina daripada beliau.
Tidak lupa juga rakaman terima kasih saya tujukan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
memberikan saya kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih yang tak
terhingga juga kepada semua pengetua serta guru yang terlibat . Tidak dilupakan rakan-
rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan
penyelidikan ini. Jasamu tetap ku kenang.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi pelajar dalam
topik elektolisis. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar terdiri daripada 52 orang
lelaki dan 68 orang perempuan yang dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah
di daerah Tanah Merah, Kelantan. Penentuan miskonsepsi dalam topik elektrolisis
ditentukan melalui soalan-soalan berbentuk objektif yang terdapat dalam soal selidik.
Analisis statistik desktriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan lazim
digunakan dalam tatacara menganalisis. Hasil kajian menunjukkan miskonsepsi pelajar
dalam topik elektrolisis berada pada tahap sederhana (min 41.82; sisihan lazim 2.74).
Kekangan, implikasi dan cadangan kajian lanjutan turut dinyatakan dalam kajian ini.
Sebagai rumusannya, miskonsepsi perlu dikenalpasti dan diperbetulkan. Sekiranya ini
tidak dilakukan, pelajar akan terus menerus menghadapi masalah dalam pembelajaran
sehinggalah mereka ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the misconception’s students in
electrolysis topic. The 120 subject compprised of 52 males and 68 females are choosen
randomly from four school at Tanah Merah, Kelantan. The determination of
misconception,s students was determined through of objective in the questionnaire that
had been distributed to the students. The data were analyzed using frequency,
percentage, mean and standard deviation statistics according to the five categories in
terms of students abilities. The result of the research showed that, students
misconception in the electrolysis topic was on the medium level (mean 41.82; standard
deviation 2.74). Some implications of the findings are suggested, limitations are the
cited and some suggestionces for the futrher research are put forward. As a conclusion,
misconception in learning should be identified and corrected. If measure are not taken,
then the problem of mis understanding of concept will continue even at upper level of
this study.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Kepentingan Kajian 6
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 8
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 9
ix
2.1 Bagaimana miskonsepsi berlaku 9
2.2 Miskonsepsi dalam elektrolisis 11
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 14
3.1 Reka bentuk kajian 14
3.2 Populasi dan sampel kajian 15
3.3 Instrumen kajian 15
3.4 Prosedur kajian 17
3.5 Kajian rintis 18
3.6 Analisis kajian 18
BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL
4.0 Pendahuluan 21
4.1 Analisis data 21
4.1.1 Latar belakang responden 22
4.1.2 Tahap penguasaan dan 22
masalah miskonsepsi
responden
4.2 Perbincangan hasil 24
4.2.1 Latar belakang responden 24
4.2.2 Tahap penguasaan responden 25
x
4.2.3 Masalah miskonsepsi responden 37
dalam elektrolisis
BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
5.0 Pendahuluan 39
5.1 Kesimpulan 39
5.2 Implikasi kajian 40
5.3 Cadangan kajian lanjutan 42
RUJUKAN 43
xi
SENARAI JADUAL
N0. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item mengikut aspek kajian 16
3.2 Skala yang digunakan untuk menentukan
tahap penguasaan responden 20
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan latar
belakang responden 23
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan tahap
penguasaan responden 24
4.3 Masalah miskonsepsi responden mengikut
aspek bagi setiap item 26
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Borang soal selidik 47
B Surat pengesahan penyelidikan dari UTM 56
C Surat kebenaran Bahagian Perancangan 57
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
KPM
1
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, konsep merupakan asas yang
perlu difahami, dibina dan dikuasai oleh pelajar. Konsep sains terbentuk dalam diri
pelajar secara beransur-ansur melalui pengalaman mereka sebagai pelajar dan melalui
interaksi terhadap alam persekitarannya. Tanpa pembinaan konsep yang sebenar,
perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada perolehan fakta dan penjelasan
kejadian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan miskonsepsi (sharifah Alwiah,
1987).
2
Dalam pendidikan, sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang
menekankan kepada pembinaan konsep bagi membolehkan pelajar memahami sesuatu
konsep dengan lebih bermakna (Aziz dan Fauziah, 1999) dan dapat menjelaskan
fenomena-fenomena ini secara semulajadi dengan tepat selaras dengan konsep yang
diajar (Ng, 1995). Pembinaan konsep merupakan pendekatan yang semakin diterima
oleh penyelidik dan pendidik sains bagi menjelaskan bagaimana pelajar mempelajari
sains. Banyak kajian telah membuktikan bahawa minda pelajar tidak seperti tin kosong
sehinggakan ilmu pengetahuan sains dapat dipindahkan secara total oleh guru kepada
pelajar tetapi, pembinaan konsep tersendiri ini adalah hasil daripada pelbagai interaksi
pelajar dengan persekitaran, rakan sebaya, media begitu juga dengan budaya dan bahasa
setempat yang mana kesemua faktor ini boleh mewujudkan miskonsepsi (Mohd. Yusof,
1998).
Beberapa kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran sains, khususnya kimia
merupakan salah satu subjek yang paling sukar difahami oleh pelajar (Ben-Zvi et al.,
1987, 1988). Antara punca-punca yang dikenalpasti ialah mata pelajaran kimia
mengandungi banyak konsep-konsep abstrak, pengiraan yang sukar, bahasa sains yang
sukar difahami dan sebagainya (Ben-Zvi et al., 1987). Salah satu konsep yang sukar
untuk dipelajari dan banyak berlaku miskonsepsi dalam mata pelajaran kimia ialah
konsep elektrolisis (Ogude & Bradley, 1989; Sanger & Greebowe, 1995). Miskonsepsi
dalam elektrolisis yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
menengah sering menjadi penghalang kepada pembelajaran topik elektrolisis peringkat
tinggi (Mihkelson, 1982).
3
1.1 Latar belakang masalah
Peringkat awal perkembangan sains di Malaysia lebih menitikberatkan
perkembangan aspek kongnitif tanpa mengambil kira perkembangan aspek afektif,
kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik pelajar (Abu Hassan,2001). Di sekolah-
sekolah, guru biasanya melakukan kerja amali hanya sekadar pengesahan teori tanpa
menitikberatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang terdapat dalam kerja
amali tersebut. Kerja amali yang dilakukan lebih berbentuk ‘buku resepi masakan’ bagi
mengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep dan akhirnya kerja amali yang
dilakukan lebih berbentuk rutin (Abu Hassan, 2001). Selain itu, guru sains masih terikat
dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru (Schwab &
Brandwein, 1996). Fenemona ini bertambah buruk lagi dengan pengajaran guru yang
menggunakan kaedah tradisional (Azizah dan Shaharom, 1999) iaitu pelajar disogok
dengan sebanyak mungkin fakta dan konsep tanpa memahaminya dan seterusnya
mewujudkan miskonsepsi (Millar & Driver, 1987). Pada pandangan guru, semakin
banyak fakta dan konsep diberi semakin pandailah seseorang pelajar itu. Selain itu, guru
kurang memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan meneroka sendiri
pembelajaran mereka (Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar pendidikan
Malaysia, 1999). Kegagalan ini berpunca dari guru itu sendiri yang tidak menghayati
falsafah pendidikan sains yang mengutamakan kaedah inkuiri-penemuan (Abu Hassan,
2001). Sebelum pelajar menerima pembelajaran formal di sekolah, mereka telah
mempunyai konsep tersendiri mengenai sesuatu fenomena berdasarkan pengalaman
lepas dan ini merupakan salah satu faktor terjadinya miskonsepsi (Osberne dan Gilbert,
4
1980) dan guru seharusnya peka tentang masalah ini sebelum memulakan
pengajarannya (Siow, 1993).
Bagi mengatasi masalah ini salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh
guru ialah pendekatan inkuiri-penemuan dan penyelesaian masalah. Kedua-dua
pendekatan ini mengutamakan pemerolehan pengetahuan sains melalui aktiviti
penyiasatan dan kefahaman konsep yang diperolehi daripada aktiviti penyiasatan ini
boleh membetulkan miskonsepsi yang dipegang oleh pelajar sebelum pembelajaran
seterusnya dilakukan (Fensham dan George, 1971). Dalam pembelajaran kimia, konsep
asas yang telah dikuasai oleh pelajar boleh digunakan oleh pendidik bagi menggalakkan
pelajar mempelajari sesuatu konsep yang baru (Aziz dan Fauziah, 1999) tetapi
malangnya banyak kritikan menyatakan ramai pelajar tidak menguasai konsep asas
yang diperlukan sehingga wujud miskonsepsi (Gunstone dan White, 1981). Walaupun
aktiviti dalam sains boleh membantu pelajar memahami konsep asas sains, namun
masih lagi wujud miskonsepsi di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana hampir semua konsep sains yang dipelajari di sekolah menengah
adalah berbentuk abstrak (Abu Hassan, 2001).
Penguasaan konsep asas kimia yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat
memahami konsep yang lebih sukar terutamanya pada peringkat tinggi (Driver and
Oldman, 1986) dan tidak dapat menghubungkan konsep kimia yang dipelajari dengan
penyelesaian masalah yang mana boleh menyebabkan miskonsepsi (Millar dan Driver,
1987). Miskonsepsi ini sebenarnya mempunyai hubung kait dengan strategi pengajaran
5
dan pembelajaran (Cedric, 1993). Adalah penting bagi guru mengenalpasti punca
miskonsepsi dalam kimia terlebih dahulu sebelum menetapkan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dijalankan dalam bilik darjah (Cedric, 1993).
Dalam kajian ini, konsep elektrolisis dipilih memandangkan terdapat kajian
yang menyatakan wujud miskonsepsi di kalangan pelajar yang mempelajari topik
elektrolisis. Kajian yang dijalankan oleh Garnet dan Treagust (1992a) di salah sebuah
sekolah tinggi di Australia mendapati bahawa pelajar menghadapi miskonsepsi dalam
meramal hasil elektrolisis dan menentukan elektrod lengai atau tidak lengai. Selain itu,
hasil pemerhatian ke atas pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM di Malaysia
mendapati wujud miskonsepsi di kalangan pelajar apabila ingin menentukan nyahcas di
elektrod bagi ion H+ dan OH- (Eng et al., 1998).
1.2 Pernyataan masalah
Hampir keseluruhan konsep dalam kimia adalah berbentuk abstrak (Abu Hassan,
2001). Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar tentang
sesuatu konsep kimia sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk
memahaminya dan mewujudkan miskonsepsi (Ben-Zviet al., 1987).
Berasaskan kepada keadaan inilah satu kajian bertujuan untuk mengenal pasti
masalah miskonsepsi dalam topik elektrolisis telah dilakukan.
6
1.3 Objektif kajian
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah
miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat dalam topik elektrolisis
Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti
i Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar bagi topik elektrolisis
sebatian lebur.
ii Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar bagi topik elektrolisis
larutan akues.
iii Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar bagi topik elektrolisis
dalam industri.
1.4 Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan diharap dapat memberi gambaran secara umum tentang
masalah miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat khususnya dalam topik
elektrolisis. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi
yang sering dilakukan oleh pelajar dalam topik elektrolisis. Hasil kajian ini diharap
dapat membantu guru kimia mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian berlandaskan falsafah pendidikan sains untuk mengelakkan konsep yang
salah ini terus kekal dalam pemikiran pelajar sehingga menjejaskan prestasi sekolah.
7
1.5 Skop kajian
Kajian ini melibatkan topik elektrolisis bagi mata pelajaran kimia KBSM.
Aspek yang akan dikaji dalam penyelidikan ini ialah
i elektrolisis dalam sebatian leburan.
ii. elektrolisis dalam larutan akues.
iii. elektrolisis dalam industri.
1.6 Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatkan 120 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di
empat buah sekolah menengah sekitar daerah Tanah Merah, Kelantan. Sekolah-sekolah
ini dipilih kerana kawasan ini berdekatan dan sesuai. Penilaian kajian berdasarkan soal
selidik berbentuk soalan objektif. Kejituan dapatan kajian bergantung kepada sejauh
mana pelajar menjawab soalan soal selidik dengan ikhlas dan jujur. Selain itu, kajian ini
hanya terbatas kepada objektif kajian sahaja iaitu miskonsepsi yang dihadapi oleh
pelajar dalam topik elektrolisis.
Top Related