Model Assure Edu Assg

15
MODEL ASSURE 1.Pengenalan Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak bagi guru untuk mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan. Antara elemen-elemen rasional kepentingan teknologi dalam pendidikan seperti berikut: a) Motivasi Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.Menurut Kozma dan Croginger (1992), menerangkan beberapa cara teknologi dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar. b) Keunikan pengajaran Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat pembelajaran. c) Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai bidang. Pelbagai pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan

description

ulangkaji model assure

Transcript of Model Assure Edu Assg

Page 1: Model Assure Edu Assg

MODEL ASSURE

1.Pengenalan

Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan

model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak

bagi guru untuk mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan

pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai

media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk

mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru

tetapi kepada media dan bahan. Antara elemen-elemen rasional kepentingan teknologi dalam

pendidikan seperti berikut:

a) Motivasi

Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.Menurut Kozma

dan Croginger (1992), menerangkan beberapa cara teknologi dapat membantu dalam proses

kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar.

b) Keunikan pengajaran

Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran menjadi lebih

hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat

pembelajaran.

c) Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran

Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai bidang. Pelbagai

pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan pelajar dalam bidang pendidikan.

Antaranya pembelajaran koperatif , berkongsi kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang

tinggi.

d) Meningkatkan produktiviti guru

Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru dan mejimatkan

masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya guru akan lebih produktif

Page 2: Model Assure Edu Assg

sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu

mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan mereka.

e) Sebagai keperluan kemahiran ICT

Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah penting dan ia

perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi pelajar bermaklumat.

Menurut Moursund (1995), tiga jenis laluan yang dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua

rakyat dalam Teknologi Maklumat (IT) ialah Literasi maklumat, literasi teknologi dan literasi

Visual.

2. Definisi Teknologi Pengajaran

Menurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan (penyelidikan, reka bentuk,

penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen sistem pengajaran ( mesej, manusia, bahan,

alatan, teknik , keadan) dan pengurusan pembangunan ( organisasi, personel) yang sistematik

bagi menyelesaikan masalah pendidikan.

” Teknologi pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk,

menjalankan, dan menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan objektif khusus, penyelidikan yang berdasarkan kepada

pembelajaran manusia dan komunikasi. ia juga melibatkan kombinasi sumber

manusia dan sumber bukan manusia. Tujuannya ialah untuk membolehkan

pengajaran menjadi efektif” ( Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)

Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk,

pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran.

Page 3: Model Assure Edu Assg

3. Model ASSURE

Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti yang

diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:

A : Analyze Learners ( menganalisis pelajar)

S : State Objective ( Menyatakan objektif)

S : Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan

bahan )

U : Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)

R : Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)

E : Evaluate and revise ( menilai dan menyemak semula bahan)

Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan prosuder atau

panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan mengambil

kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan

prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses

pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada

pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan

kepada perancangan media di bilik darjah

3.1 Menganalisis Pelajar

Sebelum menggunakan bahan atau media dalam pengajaran guru perlu mengenali ciri-

ciri pelajar, isi kandungan pelajaran, media dan bahan pelajaran. ini sebagai langkah pertama

guru untuk persediaan sebelum memulakan pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang di

ambil kira untuk membuat keputusan dalam pemilihan media ialah:

i. Ciri-ciri am merangkumi sosial pelajar seperti umur, tahap gred, kedudukan, pekerjaan, faktor

budaya dan sebagainya.

ii. Ketrampilan kemasukan khusus adalah pengetahuan kemahiran atau kekurangan yang ada

pada pelajar.

Page 4: Model Assure Edu Assg

iii. Gaya pembelajaran pula meliputi baka, psikologi yang mempengaruhi pelajar untuk

menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan.

Berdasarkan fakta yang dijelaskan, guru perlulah mengenal pasti pelajar sama ada dari

segi umur, latar belakang, sosio ekonomi dan tahap gred yang dicapai oleh pelajar sebelum

menggunakan media berdasarkan model ASSURE dalam pengajaran pembelajaran. Sekiranya

guru berdepan dengan pelajar yang pasif guru perlu membina model bahan atau media yang

sesuai supaya pembelajaran tidak membosankan pelajar.

Oleh itu, aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambil

kira supaya bahan media yang digunakan dapat mencapai sasaran objektif pengajaran guru.

Sebagai contoh guru ingin membina bahan dan media bagi tajuk pekerjaan rasulullah S.A.W

dan kehidupan baginda, guru perlu mengenal pasti latar belakang murid sama ada pernah

mendengar cerita Nabi Muhammad dan mengalami suasana kehidupan di Tanah Arab tersebut

atau tidak. Jika pelajar belum pernah melalui suasana kehidupan masyarakat di tanah Arab,

guru boleh memikirkan alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu

berada di Tanah Arab. Dan sudah semestinya tayangan video merupakan pilihan yang tepat

untuk tajuk tersebut. Dengan mengaplikasikan tayangan video kehidupan masyarakat arab dan

pekerjaan mereka itu murid dapat mengalami dan memahami cara kehidupan sebenar

Rasulullah S.A.W. Sehubungan dengan itu, proses menganalisis pelajar amat penting kerana

melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat membina bahan media yang baik

dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Bahan media yang baik akan mendorong pelajar

lebih memahami dan mengetahui maklumat pembelajaran dengan lebih mudah.

3.2 Menyatakan Objektif

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas oleh guru. Ini

adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan semestinya pernyataan objektif mestilah

tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan

media pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan

mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga guru

dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai atau tidak.

Pernyataan objektif yang baik mempunyai empat kriteria.

Page 5: Model Assure Edu Assg

i. Siapakah yang hendak dicapai?

ii. Apakah yang hendak dicapai?

iii. Bagaimana hendak mencapai sasaran ?

iv. Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

i. Siapakah yang hendak dicapai?

Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar bukan yang

dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat,

iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam

pengajaran pembelajaran.

ii. Apakah yang hendak dicapai?

Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang menggambarkan

keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan merupakan unsur penting dalam sesuatu

objektif. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah

dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif mestilah

menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur seperti menyatakan,

mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat menghuraikan objektif dengan jelas.

Antara istilah yang boleh digunakan seperti:

menganalisis

memilih

mengkelaskan

mengkategorikan

menyebut

menyusun

membina

melabelkan

mewarna

menilai

membanding

mereka cipta

menggambarkan

mengukur

mengeneralisasikan

Page 6: Model Assure Edu Assg

iii. Bagaimana hendak dicapai?

Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk syarat tingkah

laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif juga dapat

membantu guru menyediakan suasana dan langkah pengajaran pemberlajaran.

iv. Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2

atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku

tempuh masa yang ditetapkan dan sebaginya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara

kualitif dan kuantitatif.

Contoh penulisan objektif bagi tajuk Pahala dan Dosa Pendidikan Islam Tahun 4.

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Aras 1 : Menyebut pengertian pahala dan dosa secara lisan.

Aras 2 : Mengenal pasti amalan yang boleh diberi ganjaran pahala dan amalan yang dibalas

dosa.

Aras 3 : Mengklasfikasikan perbuatan yang boleh membawa kepada dosa dan pahala.

Berdasarkan penulisan objektif tadi, sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru perlu

menyatakan objektif pengajaran pembelajaran bagi menetapkan apa yang perlu dicapai oleh

pelajar dalam bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut

Nicholson (1996) menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat perlu bagi

memastikan keberkesanan bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

Contohnya dalam tajuk perkara –perkara yang membatalkan solat guru menetapkan murid

dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara yang membatalkan solat. Guru boleh

menggunakan bahan media seperti power point atau cdri berkaitan perkara-perkara yang

membatalkan solat menerusi tayangan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur

kebolehan murid dan objektif tercapai.

Page 7: Model Assure Edu Assg

Klasifikasi objektif

Objektif diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang dikehendaki. terdapat 3

kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis pembelajaran iaitu kemahiran kognitif,

kemahiran afektif dan kemahiran psikomotor.

3.3 Pemilihan kaedah, media dan bahan.

Seterusnya, perancangan yang sistematik dengan menggunakan media memerlukan

kaedah, media dan bahan yang akan dipilih oleh guru dengan sistematik melalui langkah

berikut:

I. Menetapkan kaedah yang tepat

Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam mata pelajaran yang akan di ajar kepada pelajar.

Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan sebagai kaedah untuk menarik perhatian dan

meningkatkan minat pada permulaan pelajaran. Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh

melaksanakan kaedah sumbang saran atau perbincangan. Lantaran itu pelajar dapat

mencambahkan maklumat baru.

II. Memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, format media ialah bentuk fizikal paparan mesej.

Format media termasuk carta flip, slaid, audio, video, filem, komputer multimedia, CDRI ,

CDROOM dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru perlu memilih media dalam

bentuk aliran atau senarai semaik. Guru perlu memilih media berdasarkan kumpulan

sasaran, situasi pengajaran, angkubah pengajaran dan objektif sama ada kognitif, efektif

dan psikomotor mesti di ambil kira bagi setiap format media yang digunakan.

III. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.

Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), bagi memperoleh bahan yang sesuai, guru perlu

melibatkan 3 alternatif iaitu

memilih bahan yang tersedia ada.

mengubah suai bahan yang sedia ada.

mereka bentuk bahan yang baru.

Page 8: Model Assure Edu Assg

Memilih kaedah dan media yang sesuai juga adalah berdasarkan kebolehan pelajar

dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh guru ingin menyampaikan

isi pelajaran berkaitan Beriman pada Hari Akhirat kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk

ini di ajar, guru haruslah memilih terlebih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk

memastikan objektif pembelajaran tajuk ini tercapai. Guru boleh menayangkan tanda-

tanda hari kiamat seperti bencana alam, tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin

dan seaginya melalui tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut

pelajar akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan dapat

menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkesan serta kondusif. bahan ini

sangat releven kerana ia akan dapat memberi pengalaman baru terhadap pelajar. Selain

itu guru juga boleh meminta pelajar menjalankan aktiviti atau latihan di papan interaktif

dengan menggunakan power point atau cdri mata pelajaran Pendidikan Islam .

3.4 Menggunakan Media dan Bahan

Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip tatacara penggunaan media. Langkah ini perlu

dibuat sebelum media digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Antara langkah-langkah

yang perlu dilakukan adalah seperti

menyemak,

pratonton,

kaji bahan sumber sebelum digunakan,

sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup,

rancang penggunaan bahan sumber,

sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah

dicapai serta

menggunakan bahan secara optimum dalam proses pengajaran pembelajaran.

Walaubagaimanapun, guru perlulah mengambil kira kos dan waktu pengajaran dalam

penggunaan media. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapat

disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya dalam 1 waktu dengan peruntukan masa

30 minit.

Page 9: Model Assure Edu Assg

3.5 Memerlukan penglibatan pelajar

Bagi langkah yang kelima, iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran.Pembelajaran

yang melibatkan pelajaran secara aktif akan menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini

telah disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris.

Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi pelajar

terhadap aktiviti pembelajaran. Contohnya pembelajaran secara “ hand-on” seperti melabelkan

Hukum Tajwid pada skrin komputer pada ayat-ayat Al Quran mengikut Surah yang di ajar oleh

guru. Situasi ini akan memberi pengalaman baru terhadap pelajar bagi memahami dengan lebih

jelas mengenai hukum-hukum tajwid berbandiing guru hanya menceritakan sahaja hukum

tajwid tersebut sehingga murid menjadi bosan. Namun begitu, jika bahan media yang di bina

oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan menyebabkan objektif dan

sasaran guru tidak akan tercapai. Oleh itu guru perlulah membina bahan atau media yang

kreatif sebagai menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran pembelajaran.

Secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Justeru itu, bahan

media yang berasaskan model ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai merancang tingkah

laku dan minda pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran.

3.6 Menilai dan menyemak semula bahan

Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula

bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek penting kepada pembangunan kualiti

pengajaran dan ia melibatkan langkah yang berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan oleh

guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagi memastikan pilihan objektif, media dan bahan

sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi

mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian

semasa pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka sebagai mengesan dan

memperbaiki masalah yang boleh mengganggu pencapaian objektif pengajaran pembelajaran.

Menurut Yusup (2006), terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:

Adakah objektif pembelajaran tercapai?

Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran?

Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan menggunakan media?

Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan betul?

Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?

Page 10: Model Assure Edu Assg

Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui keupayaan

pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian terhadap media dan bahan juga

perlu dilaksanakansebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh

pelajar dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang di ajar. Sekiranya

terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan dan media guru hendaklah memperbaiki

kelemahan media sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

4. Kesimpulan

Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam membangunkan

pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai

panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu guru merancang rancangan

pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model

ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain dan memberi

lebih kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran dan

pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.

Page 11: Model Assure Edu Assg

BIBLIOGRAFI

Rozinah Jamaluddin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. KL : Oxford Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum danInstruksi. Sumber dari http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/pengguna-teknologi- instruksional

Abdul Jasheer Abdullah. (2005). Prinsip Teknologi Pengajaran. Sumber dari www.freewebs.com/oum1/Bab%202%20PTP.ppt

Dicapai daripada http://pdfscout.org/pdf/penggunaan-assure-dalam-pendidikan.html pada 16 Februari 2015

Dicapai daripada http://pgsrpsv.webs.com/panduan_edu3105.pdf pada 18 Februari 2015