Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
Transcript of Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
1/11
1. Perbandingan dan perbezaan dua model pengajaran yang dipilih.
PERBEZAAN MODEL
PENGAJARAN
5-FASA NEEDHAM INKUIRI
FASA Mempunyain 5 Fasa iaitu
i.Orientasi
ii.pencetusan idea
iii.penstrukturan semula idea
iv.pengaplikasian idea
v.refleksi
Tidak mempunyai fasa tetapi
mempunyai lima langkah iaitu:
i.Pernyataan masalahii.pengumpulan data untuk untukhiptesis ujikajiiii.mengumpul dataiv.menyusun atau membuatrumusanv.analisis inkuiri
KEMAHIRAN Menfokuskan kepada
kemahiran saintifik dankemahiran manipulatif.
Menfokuskan kepada kemahiran
saintifik dan kemahiranmanipulatif.
TUGAS GURU Sebagai fasilitator Sebagai fasilitator
KAEDAH Berpusatkan murid Berpusatkan murid
JENIS PENGAJARAN Tidak mempunyai pilihan Mempunyai dua jenis
pengajaran :
i.Induktif
ii.Deduktif
PENGETAHUAN SEDIA
ADA MURID
Memerlukan pengetahuan
sedia ada murid
Memberikan penekanan kepda
pengetahuan sedia ada murid
PERMULAAN KELAS Dimulakan dengan set induksi
seperti siulasi,tayangan video,
soal-jawab atau teka-teki.
Guru mengemukan pernyataan
masalah dan murid dibimbing
untuk mengenalpasti masalah.
FASA PERKEMBANGAN Fasa perkembangan
dibahagikan tiga peringkat iaitu
pencetusan idea, penstrukturan
semula idea dan aplikasi idea.
FASAPENSTRUKTURAN
IDEA
Mengenalpasti idea-idea
alternatif dan mengubah idea
sedia ada kepada idea baru .
Tidak member penekanan
kepada fasapenstrukturan semula
idea tetapi lebih kepada membina
hiptesis untuk menyelesaikan
masalah.
1
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
2/11
FASA
PENGAPLIKASIAN IDEA
Memberi penekanan kepada
mengaplikasikan idea yang
dipelajari
Memberi penakanan
kepadamengaplikasikan idea
yang dipelajari.
FASA PENEROKAAN - Memberi peluang kepada murid
untuk meneroka atau menyiasat
untuk membina kefahaman
tentang konsep sains yang
dipelajari dengan kefahaman
sendiri.MINAT MURID Menarik minat dan perhatian
murid
Menarik minat dan perhatian
murid.
AKTIVITI DI DALAM
KELAS
Guru menggalakkan aktiviti
hands-on
Guru menggalakkan aktiviti
hands-on dan minds-on
PENDAPAT Menggalakan murid member
pendapat
Menggalakkan murid member
pendapat
FORMAT PENGAJARAN - Mempunyai dua format
pengajaran :
i.induktif
ii.deduktif
KEKERAPAN ULANGAN
ISI
Tidak memerlukan kekerapan
ulangan isi.
Memerlukan kekerapan ulangan
isi
BENTUK KOMUNIKASI Kmunikasi dua hala Kmunikasi dua hala
LANGKAH
KESELAMATAN
Menitikberatkan langkah
keselamatan
Tidak mempunyai langkah
keselamatan
REFLEKSI Menggalakkan murid membuat
refleksi
Tidak menggalakkan murid
membuat refleksi
PENILAIAN Dibuat pada fasa penilaian Dibuat pada fasa murid murid
menyusun dan merumus
keterangan.
2
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
3/11
Kelebihan dan kekurangan Model Lima Fasa Needham dan Model Pengajaran Inkuiri
Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in
Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran
melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea
asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang
sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk
mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru
yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea
ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea
baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan
dengan idea-idea itu. Fasa refleksi merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses
pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Pengajaran dan pembelajaran yang berpandukanTeori Lima Fasa Needham akan
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang tinggi kepada murid. Ini kerana
murid sendiri membina konsep-konsep yang terdapat dalam isi pelajaran dan melalui
pendekatan ini murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. Di samping itu juga
pendekatan ini memerlukan murid menghubungkait perkara yang akan dipelajari dengan
pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasinya dengan kehidupan atau persekitaran murid yang sebenar. Ia juga membantu
murid berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan menjana idea baru bagi membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Seterusnya
murid boleh membentuk kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep atau idea di mana
murid terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan ini juga memberi ruang kepada murid untuk
menimba ilmu dengan hasil usaha sendiri dan bukannya dipindahkan daripada guru kepada
murid.Ini menyebabkan murid tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran
yang lama dimana guru merupakan penyampai maklumat dan murid hanya menerima. Keadaan
ini memotivasikan murid untuk lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
3
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
4/11
Model Lima Fasa Needham ini akan menimbulkan suasana pembelajaran yang membosankan
dikalangan murid yang kurang cerdas. Ini kerana murid tersebut tidak dapat memahami arahan
yang diberikan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.Keadaan ini
disebabkan oleh latar belakang murid yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia
yang berbeza antara setiap murid dengan murid yang lain.Selain itu pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan model Lima Fasa Needham di bawah fasa pencetusan idea akan
menimbulkan miskonsepsi tentang konsep sains di kalangan murid. Ini berlaku kerana dalam
fasa ini murid perlu menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan konsep yang dipelajari.
Murid juga perlu mentafsirkan maklumat untuk membina sesuatu konsep atau prinsip. Semasa
mentafsir ini murid menggunakan cara yang berbeza. Keadaan ini memerlukan guru yang
bertindak sebagai fasilitator sentiasa memastikan semua murid memahami maklumat dengan
betul. Murid juga perlu membina pengetahuan berdasarkan pengetahuan yang dipelajari
sebelum ini. Faktor ini membuatkan pembelajaran ini tidak diminati dan menyukarkan murid
yang mempunyai ingatan jangka pendek.
Manakala kelebihan pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan model pengajaran inkuiri
ialah melahirkan murid yang banyak berfikir ini kerana aktiviti hands-ondanminds-on
memerlukan murid mengkaji prinsip,fenomena dan ciri-ciri unsur sains,situasi ini akan membina
keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan masalah. Kaedah ini yang lebih berpusatkan
murid yang memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan bahan pengajaran dan
pembelajaran akan membantu murid untuk menguasai seterusnya memantapkan penguasaan
melakukan amali atau eksperimen . Kaedah ini juga membolehkan murid berinteraksi dengan
fenomena dan menggunakan deria membuat permerhatian atau menggunakan alat-alat
instrument untuk meningkatkan keupayaan mereka. Pendidikan sains yang berasaskan inkuiri
member peluang kepada murid bersama-sama dengan guru meneroka alam sekitar, situasi ini
akan menyebabkan kanak-kanak melibatkan diri secara interaktif dalam pengalaman sains
yang membantu murid untuk membina kefahaman dalam pengetahuan seterusnya meransang
murid menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan seharian. Hal ini akan melahirkan murid
yang celik sains. Pendekatan ini membolehkan murid menggabungkan kemahiran proses,
penaakulan sains dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsep-konsep
saintifik.
Pembelajaran melalui model pengajaran inkuiri mempunyai kekurangan iaitu memerlukan
jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah tunjuk cara, ini kerana kaedah
ini memerlukan murid meneroka dan menyiasat serta menaakul bagi mendapatkan maklumat,
4
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
5/11
untuk membina kefahaman tentang konsep-konsep saintifik.Keadaan ini juga mungkin akan
menimbulkan kesulitan kepada murid-murid yang lemah atau kurang cerdas memperolehi hasil
kajian yang tepat.Situasi ini menyebabkan murid yang lemah tidak akan melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Melalui kaedah inkuiri ini juga guru hendaklah mempunyai
kecekapan yang tinggi untuk mengurus seterusnya mengendalikan aktiviti-akitiviti kajian.Ini
adalah untuk membantu murid yang menghadapi masalah untuk membina konsep-konsep
sains yang betul.Selain itu kaedah inkuiri lebih sesuai untuk pelajar tahap dua sahaja.
2 Rancangan Pelajaran Harian Berasaskan Model Lima Fasa Needham
Tahun : 4 Baiduri
Tarikh : 11 Mac 2013 (Isnin)
5
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
6/11
Masa : 8.45 pagi 9.45 pagi (60 minit)
Bilangan Pelajar : 25 orang
Tema : Sains Hayat
Tajuk : 4. Tumbuhan
Bidang Pembelajaran : 4.1 Memahami ciri tumbuhan
Standard Kandungan : 4.1.1 Memerhati dan mengenali ciri luaran tumbuhan.
4.1.2 Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri luaran.
4.1.3 Mengelaskan tumbuhan dalam pelbagai cara mengikut ciri
pengelasan.
Standard Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i. Mengenalpasti ciri luaran tumbuhan.
ii. Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih
iii. Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada satu tumbuhan yang
dipilih.Pengetahuan sedia ada : Bahagian-bahagian tumbuhan, Jenis tumbuhan
Kemahiran Proses Sains : Memerhati, Mengelaskan & Mentafsirkan data (membanding beza)
Kemahiran Manipulatif : Melukis bahagian luaran tumbuhan dengan betul dan tepat.
Nilai Murni : Bekerjasama, Berfikiran Kritikal dan Analitikal & Bertanggungjawab.
Sumber Pengajaran : Gambar tumbuhan, lembaran kerja, tumbuhan hidup (kawasan sekolah
Fasa Pengajaran Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan
6
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
7/11
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
8/11
untuk mengenalpasti tahap kefahaman
konsep murid-murid.
- Guru melakukan penerangan semula
kepada murid yang kurang jelas
tentang konsep sains yang ingin
disampaikan.
pergerakan kinestatik
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman
Penstrukturan idea
(15 minit)
Ciri luaran
tumbuhan yang
dipilih
- Guru membawa murid ke taman sains
sekolah.
- Guru mengedarkan lembaran kerja
berbentuk jadual berserta arahantugasan kepada murid. (Lampiran 2)
- Secara individu, murid perlu memilih
satu tumbuhan yang terdapat di taman
sains.
- Murid melakukan pemerhatian
seterusnya melengkapkan lembaran
kerja yang telah diedarkan
berdasarkan ciri tumbuhan yang telahdipilih.
BBM: Pokok/tumbuhan
di taman sains sekolah,
lembaran kerja
KPS: Memerhati
KB: Mengelaskan
Nilai Murni:
Bertanggungjawab,
Jujur, Menghargai alam
sekitar
Pelbagai Kecerdasan:
Visual, naturalis,
pergerakan kinestatik
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman
Aplikasi Idea
(20 minit)
Ciri pengelasan
tumbuhan
- Guru membawa murid kembali ke
kelas.
- Secara berkumpulan, murid
membanding beza hasil dapatan
antara satu sama lain dengan
bimbingan guru.
- Setiap kumpulan menghasilkan satu
BBM: Lembaran kerja
KPS: Menganalisis
KB: Membanding beza,
Menilai dan Membuat
kesimpulan
8
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
9/11
buku skrap ringkas sebagai laporan
bertulis tentang apa yang telah
dipelajari dengan melampirkan
lembaran kerja yang telah
dilengkapkan.
Nilai Murni:
Bekerjasama,
Berfikiran kritikal dan
analitikal
Pelbagai Kecerdasan:
Visual, interpersonal
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman
Refleksi
(5 minit)
Kesimpulan/
Rumusan
- Guru membuat rumusan dan minta
maklumbalas murid melalui penyoalan; Kenapa penting untuk kita
mempelajari tentang tumbuhan?
Kepentingan tumbuhan kepada
manusia dan haiwan?
- Guru mengedarkan lirik lagu lagu Aku
Pokok Mangga kepada murid.
(Lampiran 3)
- Murid-murid diminta menyanyikan lagu
Aku Pokok Mangga.
BBM: Laptop,
pembesar suara, liriklagu.
KPS: Membuat
inferens
KB:
Menghubungkaitkan
Nilai Murni:
Rasional, Bersyukur,
Berani mencuba
Pelbagai Kecerdasan:
Visual, interpersonal,
muzik
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,pemahaman
Huraian Rancangan Pelajaran Harian berasaskan Model Lima Fasa Needham dapat
dikaitkan dengan Model Empat Fasa Kreativiti Terarah
9
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
10/11
Berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian yang berasaskan Model 5-Fasa Needham
yang saya sediakan boleh dikaitkan dengan Model 4 Fasa Kreativiti Terarah yang disarankan
dalam KSSR kerana mempunyai instrument atau indicator yang sama.Dalam Model 5-Fasa
Needham fasa yang pertama ialah orientasi manakala dalam Model 4 Fasa Kreativiti Terarah
ialah persediaan.Objektif utama fasa orientasi dan persediaan ini ialah untuk mewujudkan
kesedaran atau minat dan perasaan ingin tahu murid terhadap isi pelajaran yang akan
dipelajari.Selain itu kedua-dua fasa ini adalah untuk menyediakan suasana pembelajaran yang
bermakna dan menarik perhatian murid. Dalam fasa ini murid perlu menggunakan deria bagi
membuat pemerhatian aktif seterusnya mengumpul maklumat.Maklumat yang dikumpul
dianalisis,dihubungkait dengan pengetahuan sedia ada bagi membolehkan murid mendapat
kefahaman tentang fakta atau konsep sains.Murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkannya menguasai kefahaman tentang isi
pelajaran.Dalam Rancangan Mengajar Harian (RPH )saya, set induksi yang dipilih memerlukan
murid mengenalpasti ciri tumbuhan iaitu melabelkan bahagian utama tumbuhan.Bagi menjawab
soalan ini murid hendaklah membuat pemerhatian secara aktif.Murid juga perlu
menghubungkait dengan fenomena atau situasi yang sebenar.
Dalam langkah pencetusan idea saya telah memilih perbincangan melalui penyoalan
dan penerangan untuk menyatakan ciri luaran tumbuhan.Langkah ini bertujuan untuk
menghubungkait pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru atau konsep yang
akan dipelajari.Perkara ini dapat dikaitkan Fasa imiginasi dalam 4 Model Terarah ialah
mempunyai halatuju yang sama iaitu murid berupaya menjana idea untuk menghasilkan idea
secara bermakna disamping dapat menghubungkait idea lama dengan idea yang baru
diperolehi.
Dalam Model 5-Fasa Needham fasa yang seterusnya merupakan pencetusan idea
yang memerlukan murid mensintesis idea lama kepada idea yang lebih saintifik. Disini murid
mesti bijak mentafsir data atau mengumpul maklumat yang diperolehi.Objektif ini adalah sama
dengan fasa imaginasi yang terdapat dalam model Kreativiti Terarah. Kemahiran utama yang
diterapkan dalam fasa imiginasi ialah murid dapat menjana idea untuk menghubungkait
pelbagai konsep yang dipelajari untuk menguasai kefahaman yang lebih jelas.Dalam fasa
penstrukturan semula idea, saya telah memilih aktiviti menyelesaikan masalah dengan
menjawab lembaran kerja yang disediakan. Untuk melengkapkannya murid perlu menggunakan
kemahiran proses sains memerhati dan mengelas.Ia juga mewujudkan kesedaran tentang idea
alternatif yang berbentuk saintifik disamping menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu
10
-
7/28/2019 Model Lima Fasa Needham Dan Model Pengajaran Inkuiri
11/11