Modul 7 kaunseling dan stress

18
MODUL 7 KAUNSELING

Transcript of Modul 7 kaunseling dan stress

Page 1: Modul 7   kaunseling dan stress

MODUL 7

KAUNSELING

Page 2: Modul 7   kaunseling dan stress

PENGENALAN KAUNSELING

Apa itu kaunseling….

Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Page 3: Modul 7   kaunseling dan stress

OBJEKTIF KAUNSELING1. Menolong menganalisa keadaan, sikap,

pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan. 

2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah. 

3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.

4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

Page 4: Modul 7   kaunseling dan stress

TUJUAN KAUNSELING

1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat. 

2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor. 

MENGGALAKKAN CELIK AKAL

1. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran).

2. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah.

Page 5: Modul 7   kaunseling dan stress

MEMBERI SOKONGAN

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

PENYELESAIAN KONFLIK

1. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan di antara dua individu (pihak).

2. Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang mengutungkan. 

Page 6: Modul 7   kaunseling dan stress

MEMBUAT KEPUTUSAN1. Membantu klien membuat

keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. 

2. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.

Page 7: Modul 7   kaunseling dan stress

AKTIVITI KAUNSELINGPERKEMBANGAN

Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif

PENCEGAHAN Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya

Page 8: Modul 7   kaunseling dan stress

INTERVENSI

Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. 

PEMULIHAN Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya

Page 9: Modul 7   kaunseling dan stress

RASIONAL PERKHIDMATAN KAUNSELING

1. Kewujudan ketegangan dan ketidakpuashatian

di tempat kerja

2. Ketidakseimbangan emosi

3. Kebimbangan tentang kemahiran

& kemampuan

4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan

imej korporat

Page 10: Modul 7   kaunseling dan stress

5. Konflik peranan dengan cara gaya pengurus

6. Prestasi kerja yang tidak memuaskan & tabiat kerja yang tidak baik

7. Masalah peribadi & keluarga

8. Kebosanan kerja &kekurangan pergerakan

kerjaya

9. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan

sesuatu tingkah laku10. Keperluan sokongan

dalam menghadapi krisis semasa

Page 11: Modul 7   kaunseling dan stress

MENGAPA PERLU KAUNSELING

1. Masalah pencapaian mutu kerja

4. Masalah sikap

3. Masalah penyesuaian diri

2. Stress di tempat kerja

5. Masalah peribadi

Page 12: Modul 7   kaunseling dan stress

5 PRINSIP KAUNSELING PEKERJA

1. Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat pernyataan

2. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru

3. Jangan bertelagah atau berhujah

Page 13: Modul 7   kaunseling dan stress

4. Menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerja

5. Dapatkan sesuatu yangTersirat yang cuba

di sampaikan

Page 14: Modul 7   kaunseling dan stress

FUNGSI KAUNSELING DALAM ORGANISASI

• Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi• Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan. • Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.• Memberi nasihat. • Menyokong dan menenangkan pekerja. • Menilai diri. • Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi. • Memajukan diri.

Page 15: Modul 7   kaunseling dan stress

PERINGKAT-PERINKAT KAUNSELINGPeringkat Permulaan

1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 

2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu.

Page 16: Modul 7   kaunseling dan stress

Peringkat Pertengahan1. Peringkat penentuan masalah dan

penyelesaian. • Kaunselor dan klien bersama

mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. 

• Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya

Page 17: Modul 7   kaunseling dan stress

Peringkat Akhir1. Peringkat apabila klien telah selesai

melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Diperingkat ini kaunselor berkenaan akan: 

• Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. 

• Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. 

• Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut 

Page 18: Modul 7   kaunseling dan stress

KAUNSELING YANG BERETIKAKerahsiaan: • Perkhidmatan kaunseling adalah

berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya.

• Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri.