Modul Galus BM UPSR Bhgn C

14
KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU KERTAS PENULISAN BAHAGIAN C (20 MARKAH) PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang (5 idea) 18-20 i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/ tugasan. ii. Setiap penggunaan kata dan kosa kata yang luas serta sesuai dengan bahan rangsangan /tugasan. iii. Ejaan dan tanda baca yang betul. iv. Pengolahan idea menepati tugasan. Baik (3-4 idea) 12-17 (15-17) (12-14) i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan /tugasan. ii. Penggunaan kata/kosa kata yang sederhana tetapi masih sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan. iii. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca. iv. Pengolahan idea masih menepati tugasan. Memuaskan (2 idea) 06-11 (09-11) (06-07) i. Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan . iv. Pengolahan idea yang kurang menepati tugasan. Pencapaian tahap minimum (1 idea) 01-05 i. Penggunaan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan dan tugasan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan. iii. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca iv. Pengolahan idea kurang/tidak menepati tugasan. http://gunabmsjkt.blogspot.com/

description

Bahasa Melayu UPSR

Transcript of Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Page 1: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYUKERTAS PENULISAN

BAHAGIAN C(20 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

(5 idea)

18-20

i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkanbahan rangsangan/ tugasan.

ii. Setiap penggunaan kata dan kosa kata yangluas serta sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.

iii. Ejaan dan tanda baca yang betul.iv. Pengolahan idea menepati tugasan.

Baik

(3-4 idea)

12-17

(15-17)

(12-14)

i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkanbahan rangsangan /tugasan.

ii. Penggunaan kata/kosa kata yang sederhanatetapi masih sesuai dengan bahanrangsangan/tugasan.

iii. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca.iv. Pengolahan idea masih menepati tugasan.

Memuaskan

(2 idea)

06-11

(09-11)

(06-07)

i. Menggunakan ayat mudah serta ringkasberdasarkan bahan rangsangan.

ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhaddan terdapat yang kurang sesuai dengan bahanrangsangan / tugasan.

iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda bacadan ejaan .

iv. Pengolahan idea yang kurang menepati tugasan.

Pencapaiantahap

minimum(1 idea)

01-05

i. Penggunaan ayat yang tidak gramatisberdasarkan bahan rangsangan dan tugasan.

ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhaddan tidak sesuai dengan bahanrangsangan/tugasan.

iii. Tidak menguasai ejaan dan tanda bacaiv. Pengolahan idea kurang/tidak menepati

tugasan.

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 2: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 1

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Amran merupakan murid Tahun 6 Mawar. Dia sangat mengambil berat tentangpelajaran. Pada masa lapang, Amran mempunyai hobi mengumpul setem. Dia mempunyai lapanbuah album setem. Dia menyimpan album setem di dalam sebuah almari yang berkunci dibilik bacaan. Amran suka bertukar-tukar setem dari negeri-negeri lain dengan kawan-kawannya. Terdapat setem yang diberi oleh saudara-mara yang mengetahui tentang hobinyaitu. Amran memperoleh pengetahuan yang berguna tentang kebudayaan, makanan dantempat-tempat yang menarik melalui gambar yang terdapat pada setem. Amran gembirakerana hobinya itu dapat mengelakkan dirinya daripada membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfeadah.

Tuliskan nilai berdasarkan huraian yang diberikan.Bil. Huraian Nilai1. Dia sangat mengambil berat tentang pelajarannya2. Dia menyimpan album setem di dalam sebuah almari

yang berkunci di dalam bilik bacaannya.3. Terdapat setem yang diberi oleh saudara mara yang

mengetahui tentang hobinya.4. Amran suka bertukar-tukar setem dari negeri-

negeri lain dengan kawan-kawannya5. Amran gembira kerana hobinya itu dapat

mengelakkan dirinya daripada membuang masa.

Kita mestilah _____________ seperti Amran sangat mengambil berat

tentang pelajarannya. Kita mestilah _____________ seperti Amran menyimpan

album setem di dalam sebuah almari yang berkunci di dalam bilik bacaannya. Kita

mestilah _____________ seperti saudara-mara memberi setem kepada Amran

yang mengetahui tentang hobinya. Kita mestilah _____________ seperti Amran

gembira kerana hobinya itu dapat mengelakkan dirinya daripada membuang masa.

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 3: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 2

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Setiap hari selepas sekolah, Siva akan berjalan kaki pulang ke rumah. Ibu bapa Sivatidak dapat mengambilnya kerana bekerja. Namun, mereka tahu Siva pandai menjaga dirisendiri. Ketika Siva hendak melintasi sebatang jalan raya, Siva ternampak seorangperempuan buta ingin melintas jalan. Siva berasa simpati dengan perempuan buta itu dansegera memberi bantuan. Perempuan buta itu mengucapkan terima kasih kepada Siva.Perempuan buta itu telah memberikan wang kepada Siva tetapi Siva menolak pemberiannyadengan baik.

Tuliskan nilai yang berdasarkan huraian yang diberikan.

Bil. Huraian Nilai1. Siva akan berjalan kaki pulang ke rumah.2. Ibu bapa Siva tidak dapat mengambilnya kerana

bekerja.3. Siva pandai menjaga diri sendiri.4. Siva berasa simpati dengan perempuan buta itu dan

segera memberi bantuan.5. Perempuan buta itu mengucapkan terima kasih

kepada Siva.6. Perempuan buta telah memberikan wang kepada Siva7. Siva menolak pemberiannya dengan baik.

Kita mestilah ___________ seperti ____________________________

____________________________________________________________.

Kita mestilah __________________________________________________

_____________________________________________________________.

Kita mestilah __________________________________________________

_____________________________________________________________.

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 4: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 3

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Semasa waktu rehat, Zarina makan bekalan yang dibawanya dari rumah.Pada hari itu, dia makan bekalan bersama-sama Swee Bee. Duit belanja Swee Beetelah hilang semasa dalam perjalanan ke sekolah. Mereka makan bekalan itu dengansopan. Selepas makan, Zarina ke perpustakaan untuk memulangkan buku cerita yangdipinjamnya pada tarikh yang ditetapkan. Ketika pulang dari sekolah, Zarina danSwee Bee tidak bersaing-saing semasa menunggang basikal kerana perbuatan itusangat berbahaya.

berjimat cermat baik hati menepati masa menjaga keselamatan

Kita mestilah ___________ seperti ____________________________

____________________________________________________________.

Kita mestilah __________________________________________________

____________________________________________________________.

Kita mestilah __________________________________________________

_____________________________________________________________.

Kita mestilah __________________________________________________

_____________________________________________________________.

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 5: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 4

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Pada suatu petang, Ah Chong sedang menyapu sampah di halaman rumahnya.Tiba-tiba dia terdengar jeritan meminta tolong. Rupa-rupanya, kebakaran telahberlaku di rumah jirannya yang baru berpindah ke situ. Dengan tidak membuangmasa, Ah Chong memberitahu ayahnya. Ayahnya segera keluar untuk melihatkejadian yang berlaku.

Pada waktu itu, beberapa orang jiran telah datang untuk memberi bantuanmemadamkan kebakaran. Ayah Ah Chong segera menelefon pihak bomba untukmemberitahu kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian, anggota bomba tibauntuk memadamkan kebakaran. Akhirnya kebakaran berjaya dipadamkan. Pendudukkampung itu menghulurkan derma kepada keluarga Ah Chong. Ah Chongmengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung atas bantuan yang diberi.

Kita mestilah __________ seperti ______________________________

_____________________________________________________________.

Kita mestilah __________ seperti ___________________________________

Page 6: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 5

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Kumari membawa buah tangan ketika pergi ke rumah rakan baiknya, Siti. Merekaberjanji untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Ibu Siti menjemput Kumari masukke rumah mereka. Kumari bersalaman dengan ibunya.

Ketika mereka berbincang tentang karangan Bahasa Malaysia, ibu Sitimenghidangkan minuman serta kuih. Siti segera menyambut kepulangan ayah apabilaternampak kereta ayahnya memasuki pagar rumah. Dia bersalaman sambil mencium tanganayahnya. Ayah Siti segera menyapa Kumari.

Apabila lewat petang, Kumari meminta diri untuk pulang. Ibu Siti memberi kuih yangdibuatnya kepada keluarga Kumari. Kumari mengucapkan terima kasih lalu pulang ke rumah.

Kita mestilah __________ seperti ______________________________

_____________________________________________________________.

Kita mestilah __________ seperti ___________________________________

_____________________________________________________________.

Kita mestilah __________ seperti ___________________________________

_____________________________________________________________.

Kita mestilah __________ seperti ___________________________________

_____________________________________________________________.

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 7: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 6

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

7.30 pagi

Kami bertolak ke Port Dickson dengan menaiki kereta. Ayah memandu dengan berhati-hati. Walaupun ada kereta yang memotong kereta yang kami naiki di selekoh berbahaya,namun ayah tetap bersabar. Setelah tiba di kawasan pantai, ayah membentangkan tikar dibawah sebatang pokok. Kami adik-beradik pula membantu ibu mengangkat barang-barang.Aku mengangkat barang-barang yang berat manakala barang yang ringan diangkat olehadik dan kakak.

10.00 pagi

Sedang aku seronok mandi,tiba-tiba aku ternampak sepasang tangan terkapai-kapai sepertiorang meminta tolong. Rupa-rupanya, seorang kanak-kanak hampir lemas. Dengan pantasaku berenang ke arah kanak-kanak itu lalu membawanya ke pantai. Ibu dan bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada aku.

3.30 petang

Hari sudah petang. Ibu menyuruh kami berkemas-kemas. Aku memasukkan sisa-sisamakanan ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan itu. Walaupun keletihan, akuberasa amat seronok dan pengalaman menyelamatkan kanak-kanak yang lemas tidak akanaku lupakan.

______________________________________________________________

___________________________________________________________________

Page 8: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 7

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Pada minggu ini, Siti memikul tanggungjawab melakukan kerja-kerja rumah keranaemaknya sedang mengikuti kursus di Kedah. Dia menjaga adik-adiknya dengan baik. Sebagaianak yang sulung, Siti sentiasa mendengar nasihat dan teguran daripada kedua-dua ibubapanya. Dia melayan adik-adiknya dengan baik dan penuh kasih sayang. Dia memikultanggunjawab tersebut dengan penuh kerelaan.

Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, dia akan memastikan bilik tidurnya kemas danbersih. Dia amat mementingkan kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggalnya. Uniformadik-adiknya kelihatan bersih dan kemas. Dialah yang membasuh dan menggosok pakaiantersebut. Pada waktu petang pula, Siti dan adik-adiknya menyiram pokok-pokok bunga danmembersihkan persekitaran rumah mereka. Dia amat gembira jika kawasan tempat tinggalmereka kelihatan bersih, cantik dan ceria.

______________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 9: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 8

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Pasukan Pengakap SJKC Chung Hwa telah mengadakan perkhemahan di Ulu Dengardari 25 hingga 27 Mei 2009. Sebanyak 80 orang ahli pengakap dan 10 orang guru telahmenyertai perkhemahan tersebut.

Seperti yang dijadualkan,kami sampai di tapak perkhemahan pada pukul 8.00 pagi.Setibanya di sana, kami diberi taklimat tentang peraturan sepanjang berada di tapakperkhemahan. Selepas diberi taklimat oleh guru pengiring,kami dibahagikan tugasan. Kamitelah diajar mendirikan khemah. Selepas itu, kami dibahagikan kumpulan untuk mencari kayuapi, memasak, dan mengambil air.

Selepas menyediakan makanan secara berkumpulan, kami mengemaskannya. Padawaktu petang, kami mandi di sungai yang berhampiran dengan khemah. Pada waktu malampula, kami menyalakan unggun api bersama-sama dan mengadakan persembahan secaraberkumpulan. Pada keesokkan harinya, kami berkemas dan mengutip sampah di tapakperkhemahan. Selepas itu kami pun pulang. Kami berharap perkhemahan tersebut akandiadakan pada tahun hadapan.

______________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 10: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 9

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Ketika pulang dari kelas tambahan, Zaini dan Zainal terjumpa sebuah dompet. Padamulanya, mereka berasa ragu-ragu untuk mengambil dompet itu. Mereka melihat sekelilingsekiranya ada orang yang kehilangan dompet itu. Namun, setelah beberapa seketika tidakada seorang pun yang datang untuk mengambil dompet itu. Kemudian, mereka bersetujuuntuk mengambil dompet itu. Apabila dibuka, mereka dapati dompet itu berisi wang yangbanyak. Zaini ingin mengambil wang di dalam dompet itu tetapi Zainal melarangnya. Setelahberfikir panjang, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan ke balai polis. Pegawaipolis itu mengucapkan terima kasih dan memuji mereka berdua.

______________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 11: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 10

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Raju : Ibu, bolehkah saya menonton televisyen?

Ibu : Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah ?

Raju : Belum lagi.Saya akan selesaikannya pada malam nanti.

Ibu : Jangan suka menangguhkan kerja. Lebih baik kamu siapkan kerja

sekolah kamu sekarang.

Raju : Kerja sekolah saya tidak banyak, ibu.

Ibu : Banyak atau tidak, kamu harus mengutamakan pelajaran terlebih

dahulu. Kemudian barulah kamu boleh melakukan aktiviti yang lain.

Raju : Baiklah, ibu. Jika saya sudah siapkan kerja sekolah, adakah ibu akan

membenarkan saya menonton televisyen?

Ibu : Kamu boleh menonton televisyen tetapi jangan berada terlalu dekat.

Kamu perlu menjaga mata kamu supaya tidak rosak.

Raju : Saya faham, ibu. Terima kasih.

Ibu : Sama-sama.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 12: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 11

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapankamu dalam satu perenggan.

Saudari,

Terima kasih kerana sudi mengirim surat kepada saya. Saya memohon maaf keranaagak lambat membalas surat saudari. Saya mengucapkan tahniah kepada saudari yangmemperoleh 7A dalam peperiksaan pertengahan baru-baru ini.

Untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi, saya sudah mula melakukan beberapapersediaan. Antara persediaan yang saya lakukan ialah dengan membuat lebih banyaklatihan . Saya juga meminta tunjuk ajar daripada guru. Pada masa lapang pula, sayamembaca buku-buku rujukan. Abang selalu membantu saya dalam pelajaran. Selain itu, sayajuga mengikuti kelas tambahan yang diadakan di sekolah saya.

Saya berharap agar kita bersama-sama berjaya dalam peperiksaan nanti. Sekiansahaja balasan surat daripada saya buat kali ini. Terima kasih.

______________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 13: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

Latihan : 12

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan

kamu dalam satu perenggan.

Pak Cik Salleh seorang penjual buah-buahan. Beliau menjual buah-buahan di hadapan

rumahnya. Ada pelbagai jenis buah yang dijualnya. Beliau juga hanya menjual buah-buahan

yang segar sahaja. Harga buah-buahan yang dijual adalah berpatutan. Pak Cik salleh akan

menimbang buah-buahan itu dengan tepat mengikut kehendak pelanggan. Beliau tidak mahu

pelanggan tertipu jika terkurang timbangan. Pak Cik Salleh sentiasa melayan pelanggannya

dengan baik supaya pelanggannyan sentiasa gembira dan berpuas hati ketika membeli. Buah-

buahan yang kurang segar tetapi masih boleh dimakan akan diberikan kepada jirannya. Hasil

pendapatannya sebagai penjual buah-buahan digunakan untuk menyara keluarga.

______________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

http://gunabmsjkt.blogspot.com/

Page 14: Modul Galus BM UPSR Bhgn C

http://gunabmsjkt.blogspot.com/