Modul Karangan Aras Sederhana Ting.5 2015

14
Soalan 1 Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja berwawasan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN Kecemerlangan dari segi akademik Pemikiran kreatif dan inovatif Cin ta akan negara PENDAHULUAN generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara - generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita- cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020 amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan - kerana mereka merupakan nadi negara. usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan.

description

modul karangan tingktan

Transcript of Modul Karangan Aras Sederhana Ting.5 2015

Soalan 1

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja berwawasan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

Kecemerlangan dari segi akademik Pemikiran kreatif dan inovatif

Cinta akan negara

PENDAHULUAN generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara - generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020 amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan - kerana mereka merupakan nadi negara. usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang berwawasan?

ISI 1 - Kecemerlangan dari segi akademik MENGAPA- Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan. BAGAIMANA - remaja perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, CONTOH - ilmu sains dan matematik, kemahiran teknologi maklumat - melalui pelbagai wahana : membaca buku , melayari intenet KESAN - remaja dapat mencapai kecemerlangan akademik - menjauhi gelarankatak di bawah tempurung - tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. PENEGAS - remaja yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya cemerlang dari segi akademik

ISI 2 Pemikiran kreatif dan inovatif MENGAPA - hanya mereka yang sentiasa berani kreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang BAGAIMANA - remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal - ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan untuk anak merekamencapai impian mereka. KESAN- melahirkan remaja yang kreatif dan mampu menjana idea bernas dalam dalam pelbagai bidang majukan negara pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara CONTOH - kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan PENEGAS - pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.

ISI 3 - Cinta akan negara. MENGAPA - Remaja akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara - mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar. BAGAIMANA - Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. CONTOH tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral gangsterisme, pergaulan bebas - menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. KESAN - Jiwa patriotik remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara - berupaya menjaga maruah negara sambil menyelam minum air PENEGAS- remaja yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik - untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.

PENUTUP terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi CADANGAN - golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata peribahasa,sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. CADANGAN - Golongan remaja kita perlulah menjadi remaja kelas pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. HARAPAN - kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara - meningkatkan imej negara kita di persada antarabangsa. Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita.

Soalan 2Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah leangkah memajukan industri pelancongan desa. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA

pihak kerajaan menyediakan infrastruktur yang lengkap dan baikpihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA

pihak pengurusan inap desa menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi

PENDAHULUAN pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di negara kita Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam - masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?

ISI 1 - pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. MENGAPA - keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. BAGAIMANA menggunakan kecanggihan teknologi yang ada pada masa ini laman sesawang CONTOH - kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar. KESAN masyarakat luar akan tertarik untuk berkunjung ke negara kita tak kenal maka tak cinta meningkatkan jumlah pelancong - menambah pendapatan penduduk desa PENEGAS - pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik dalam usaha memajukan pelancongan desa - tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.

ISI 2 - pihak kerajaan menyediakan infrastruktur yang lengkap dan baik MENGAPA menjamin keselesaan pelancong BAGAIMANA - menaik taraf infrastuktur memastikan sempurna dan berfungsi dengan baik CONTOH - rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. KESAN jika infrastruktur tidak baik akan menjejaskan nama baik negara kerana nila setitik rosak susu sebelanga jika infrastruktur baik - pelancong akan gembira dan mempunyai pengalaman percutian yang menyeronokkan tidak serik untuk berkunjung ke negara kita PENEGAS - pihak kerajaan menyediakan infrastruktur di negara yang baik bagi memastikan pengalaman yang tidak dilupakan oleh para pelancong.

ISI 3 pihak pengurusan inap desa menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi MENGAPA - aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan BAGAIMANA - Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. CONTOH - mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya - mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. KESAN - dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing - aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka - banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu - hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. PENEGAS - pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

PENUTUP Pelbagai langkah untuk memajukan industri desa Industri desa sangat penting untuk dimajukan CADANGAN - semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing - dalam memajukan industri pelancongan desa di negara kita KESAN - Seandainya semua pihak menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri desa akan terus berada pada takuk yang sama. HARAPAN - Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan desa dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Malaysia Boleh!

Soalan 3Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti riadah kepada masyarakat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

mengurangkan tekanan dalam diri seseorangmenyihatkan tubuh badan

KEPENTINGAN AKTIVITI RIADAH

mengisi masa lapangmengeratkan hubungan antara keluarga mahupun rakan

PENDAHULUAN aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasisebelum nasi menjadi bubur. amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan - masyarakat sekarang kurang mengamalkan aktiviti riadah usaha untuk melahirkan rakyat yang seimbang dari segi mental dan fizikal semakin diberikan keutamaan Persoalannya, apakah kepentingan aktiviti riadah kepada masyarakat?

ISI 1 menyihatkan tubuh badan MENGAPA - kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan - jantung dapat mengepam darah dengan lancar. BAGAIMANA beriadah semasa waktu lapang atau hujung minggu 2 kali seminggu CONTOH - kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. KESAN - pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total - mencegah lebih baik daripada merawat. PENEGAS - berekreasi dan beriadahadalah penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas - badan cergas otak cerdas.

ISI 2 - mengurangkan tekanan dalam diri seseorang MENGAPA - individu terbabit yang perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari, akan mula mengalami tertekan CONTOH - mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat BAGAIMANA - menghiburkan diri - dapat melupakan dan mengundang membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. KESAN ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan - prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah lebih baik PENEGAS - aktiviti riadah wajar dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan tekanan yang dialami

ISI 3 - mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun rakan MENGAPA dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan - boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama-sama BAGAIMANA - seisi keluarga boleh melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang - setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang antara mereka. CONTOH - beriadah pada hujung minggu berkelah, aktiviti perkhemahan PENEGAS hubungan kekeluargaan yang erat bagai isi dengan kuku dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.

ISI 4 mengisi masa lapang MENGAPA masa lapang dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan menyeronokkan - masa itu emas. BAGAIMANA - mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti riadah KESAN - mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial - seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti CONTOH - melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong - menghitung bulu kambing. PENEGAS - dapat menghindarkan daripada terlibat dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti riadah.

PENUTUP Banyak faedah riadah Amat penting kepada semua CADANGAN - kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. CADANGAN - Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing - menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi HARAPAN - melahirkan generasi masa hadapan yang sihat - menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Soalan 4Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam pembentukan peribadi anak-anak. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.PERANAN IBU BAPA

memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak

Menjadi suri teladan kepada anak-anak

memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak

PENDAHULUAN Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawarumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ?

ISI 1 - memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak. MENGAPA - pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi - melentur buluh biarlah dari rebungnya- anak-anak dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif. BAGAIMANA mendidik tentang nilai-nilai murni mengenal Tuhan mengajar tentang dosa dan pahala CONTOH menghantar anak ke kelas agama kem ibadah KESAN - membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan - anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan ajaran agama - Anak-anak menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya PENEGAS - pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.

ISI 2 - suri teladan kepada anak-anak MENGAPA - anak-anak yang berusia setahun jagungmemang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. BAGAIMANA - ahli keluarga yang lebih tua perlu memiliki sahsiah yang baikagar dapat dicontohi oleh anak-anak - ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . CONTOH - jika ahli keluarga menghormati orang tua, sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang menghormati orang tua. KESAN - Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang bolehmenconteng arangatau menjatuhkan maruah keluarga. PENEGAS - ibu bapa menjadi suri teladan dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

ISI 3 - memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak MENGAPA - Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak - anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya BAGAIMANA - ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak - anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga CONTOH - Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat - mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. KESAN - Sekiranya ibu bapa bertindak awal, sudah pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. PENEGAS - ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia

PENUTUP ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik, ibu bapa perlulah menyedari akantanggungjawab untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia. CADANGAN - Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri. CADANGAN - Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu - anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka. HARAPAN pembinaan insan yang bersahsiah tinggi memerlukan kerjasama semua pihak bersama-sama berganding bahu aur dengan tebing modal insan beraklhlak terpuji dapat dilahirkan.

Soalan 5Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah remaja menjaga kesihatan diri. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

LANGKAH MENJAGA KESIHATAN DIRI

Makan makanan yang seimbang Bersukan atau beriadah

Melakukan pemeriksaan kesihatan Menjauhi gaya hidup yang negatif

PENDAHULUAN ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. contoh kehidupan yang sihat : individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa masalah semakin ramai yang tidak mementingkan kesihatan diri. gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan diri.ISI 1 Makan makanan yang seimbang MENGAPA Tubuh akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. BAGAIMANA - perlu banyak mengambil makanan yang berserat, berprotein - mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. CONTOH banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kurangkan minuman bergas, makanan segera dan makanan ringan KESAN menjauhi penyakit berbahaya - penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis - mencegah lebih baik daripada mengubatinya. PENEGAS - makan makananyang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.ISI 2 - Bersukan atau beriadah MENGAPA - aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. BAGAIMANA - setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. CONTOH - bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. KESAN - badan seseorang itu akan sihat dan cergas - daya pemikirannya juga cerdas - badan cergas, otak cerdas. PENEGAS - beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.ISI 3- Melakukan pemeriksaan kesihatan MENGAPA - memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. CONTOH mengesan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi lebih awal. BAGAIMANA berjumpa doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun. KESAN - langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal - sudah terhantuk barutengadah. PENEGAS - seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual- sebelum kudis menjadi tokak.ISI 4 - Menjauhi gaya hidup yang negatif MENGAPA - amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. CONTOH - Pengambilan alkohol dan dadah, ketagihan rokok seks bebas, pergaulan bebas BAGAIMANA - mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan - setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat KESAN - mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids - tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah dan nama baik diri, keluarga dan negara kerana nila setitik rosak susu sebelanga PENEGAS - seseorang yang ingin hidup sihat akan menjauhi gaya hidup negatif

PENUTUP amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. CADANGAN - Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. KESAN - hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti - semua pihak saling bekerjasama ibaratyang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. HARAPAN - Semoga kempen kerajaan iaitu kempenRakyat Sihat Negara Majudapat direalisasikan rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjamin kemajuan negara.