Modul ketatanegaraan tahap 3

5
1 1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan TAHAP 3 Tingkatan 4 dan 5 1.1 PENGENALAN Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. 1.2 TUJUAN a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik, yang cintakan bangsa dan negara b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi cabaran yang mendatang. c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Transcript of Modul ketatanegaraan tahap 3

Page 1: Modul ketatanegaraan tahap 3

1

1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN – Ketatanegaraan

TAHAP 3 – Tingkatan 4 dan 5

1.1 PENGENALAN

Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang

kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada

masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.

1.2 TUJUAN

a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik, yang cintakan bangsa dan

negara

b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai

daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi

cabaran yang mendatang.

c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan

mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup

berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Page 2: Modul ketatanegaraan tahap 3

2

1.3 PELAKSANAAN DAN AKTIVITI

1.3.1.1 Perdana Menteri Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Hj. Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26

November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri

Malaysia ke-5, mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan

Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum

menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam

kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong

'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi

anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu

Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada

tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan

pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai

Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

1.3.2 Aktiviti

1. Menulis rencana

2. Syarahan

Page 3: Modul ketatanegaraan tahap 3

3

1.3.3 Wawasan Perdana Menteri

1.3.3.1 Islam Hadhari

1.3.3.2 Hub Makanan Halal

1.3.3.3 Bioteknologi

1.3.4 Ativiti

1. Esei

2. Syarahan

1.3.5 Institusi dan Perananya

1.3.5.1 Tabung Haji

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan

akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat

dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong

mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi

perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah

tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan

harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang

mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan

keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji.

Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi

luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan

sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram,

Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan

Page 4: Modul ketatanegaraan tahap 3

4

November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963.

Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di

Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal

Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada

bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan

dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan

dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung

Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung

Haji 1969 dengan tujuan untuk :

Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur

bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain

perbelanjaan bermanfaat;

Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka

mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman

modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan

Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah

haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai

kemudahan dan perkhidmatan.

Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya

iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada

jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi

keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan

mereka. Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji

ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah

Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam

Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut

lunas-lunas Islam. Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung

Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia

di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era

Page 5: Modul ketatanegaraan tahap 3

5

globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop

dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu

Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang

memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji

digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak

dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan

perkataan Tabung Haji.

1.3.6 Aktiviti

1. Menyenaraikan peranan Tabung Haji

2. Esei Tabung Haji sebagai institusi kewangan Islam

1.3.7 Lagu-Lagu Patriotik

1. Semalam Di Malaysia

2. Malaysia Tanah Airku

3. Jalur Gemilang

4. Keranamu Malaysia

5. Tanah Pusaka

6. Rukunegara

7. Wawasan 2020

1.3.8 Aktiviti

1. Nyanyian – Minus one

2. Tulis senikata

3. Pengajaran dan nilai-nilai murni