MODUL MATE SEK MEN.docx

71
KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH) 2011 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1.0 Jadual 2 2.0 Pengenalan 3 3.0 Matlamat 3 4.0 Objektif Modul 3 5.0 Objektif Kursus 3 6.0 Jawatankuasa Kerja 4 7.0 Jawatankuasa Perlaksana 4 8.0 Para Panel Penggubal Modul 5 - 7 9.0 Kandungan Kursus 1

Transcript of MODUL MATE SEK MEN.docx

KREATIVI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat1.0Jadual 2

2.0Pengenalan 3

3.0Matlamat 3

4.0Objektif Modul 3

5.0Objektif Kursus3

6.0Jawatankuasa Kerja 4

7.0Jawatankuasa Perlaksana 4

8.0Para Panel Penggubal Modul 5 - 7

9.0Kandungan Kursus

Kreativiti Merentas Pengajaran & Pembelajaran (P&P) 8 - 10 Konstruktivisme 11 - 19 Inkuiri Penemuan20 - 30 Pembelajaran berasaskan masalah31 - 38 Membuat keputusan39 - 46 Pembelajaran berasaskan projek47 - 54

10.0Lampiran (Nota tambahan)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)2011

27

1.0JADUAL KURSUS

JADUAL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI SAINS DAN MATEMATIK(KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN) TAHUN 2011

TARIKH / TEMPAT:

HARI/TARIKH8.00 PAGI-10.30 PAGI10.30 11.00 PG11.00 PAGI-1.00 PETANG1.00 2.30 PTG2.30-4.30 PETANG7.00 8.00 MLM8.00-10.30 MALAM

Hari Pertama PERJALANAN KE TEMPAT MESYUARATPENDAFTARAN

MAKAN

MALAM

Taklimat Urus setia

Slot 1: Kreativiti Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Hari Kedua Slot 2: Konstruktivisme

Slot 3: Inkuiri Penemuan

Slot 4: Berasaskan Projek

MINUM

PAGISlot 5: Penyelesaian Masalah

Slot 6: Membuat Keputusan

MAKAN

TENGAH

HARI Bengkel Pembinaan bahan P&P sains/matematik (Kreativiti dalam P&P)Bengkel Pembinaan bahan P&P sains/matematik (Kreativiti dalam P&P)

Pembentangan kumpulan

Hari Ketiga Pembentangan kumpulan Rumusan Majlis penutupanPERJALANAN PULANG

2.0PENGENALANMesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan di ajar dalam bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Pemantapan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik (Kreativiti Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran) dibangunkan adalah untuk panduan kepada guru-guru sains dan matematik terutamanya dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran berfokuskan kepada elemen kreativiti yang memberikan pradigma baru kepada kurikulum dan ia amat sesuai dengan perkembangan semasa dunia yang semakin kompetitif.

3.0MATLAMAT

Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0OBJEKTIF MODUL

Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam Bahasa Melayu. Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil pembelajaran.

5.0OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains dan Matematik khususnya kreativiti dalam P&P. Melahirkan guru-guru yang lebih kompeten dalam pedagogi. Meningkatkan pencapaian Sains dan Matematik ke tahap yang lebih cemerlang.

6.0JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi:Dato Hj Mohd Ghazali bin Ab.RahmanPengarahBahagian Pendidikan Guru (BPG)

Naib Pengerusi:Dr Hjh Sharifah Bee binti Hj. Aboo BakarTimbalan PengarahSektor Pembangunan Profesionalisme

Setiausaha:Tn Hj Mohd Nor bin UsopKetua Penolong PengarahUnit Jaminan Kualiti(menjalankan tugas KPP Unit PPG)

Pen.Setiausaha:Cik Roslina binti Abdul Rashid (Sains)En. Mohd Khailrudin bin Ramli (Matematik)Penolong PengarahUnit Pembangunan Profesionalisme Guru

Penyelaras:Pn. Siti Nafsiah binti Ismail.(Bahasa Melayu)Pn. Rafidah binti Mohd Radzi(Matematik)

7.0JAWATANKUASA PERLAKSANA

Semua guru Sains dan Matematik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

8.0PARA PANEL PENGUBAL MODUL

Pn. Tan Seok Kiang:Pensyarah Jabatan SainsIPG Kampus Pulau Pinang

Pn. Yew Lee Heang:PensyarahJabatan SainsIPG Kampus Pulau Pinang

Pn. Oon Boey Lay:PensyarahJabatan MatematikIPG Kampus Teknik

En. Chua Ley Thiam:PensyarahJabatan MatematikIPG Kampus Temenggong Ibrahim

Pn. Hjh Puan binti Hj Ibrahim:JPN Selangor

Pn. Fawziah binti Othman:JPN Selangor

Tn Hj. Daud bin Hj Yusoff:JPN Kelantan

En. Che Zulkepli bin Abdullah:JPN Kelantan

En. Mohd Razali bin Ismail: JPN Terengganu

En. Hafizan bin Salleh:PPD Gua Musang

Pn. Saodah binti Sharif:SMKA Sheikh Hj Mohd SaidiSeremban, Negeri Sembilan

Pn.Azizah binti Johan:SMK Simpang GelamiJelebu, Negeri Sembilan

Pn.Sabiah Ninggal: SMK Durian TunggalMelaka

Pn. Noor Laily binti Shoed:SK Port DicksonNegeri Sembilan

Pn. Norsiah binti Mohd Rashid:SK Teluk KetapangKuala Terengganu, Terengganu

Pn. Siti Najikhah binti Mohd Isa:SM Sains Kuala SelangorSelangor

Pn.Shamsina Idayu binti Mohd Yusof:SMK Warisan PuteriSeremban, Negeri Sembilan

Pn. Majidah binti Muhammad:SMK Menerong AjilHulu Terengganu, Terengganu

En. Mohd Gulam bin Jamaludin:SK MerbauKota Bharu, Kelantan

Pn. Radziah binti Mohd Yamin:SMK Bukit SaujanaPort Dickson, Negeri Sembilan

En. Ali bin Yaacob:SK Othman Talib (2)Pasir Mas, Kelantan

Pn. Siti Azzah binti Yaacob @ Yahya:SMAP KajangSelangor

Pn. Azlina binti Muhammad:SM Teknik Pengkalan Cepa Kelantan

En.Syed Nizam bin Syed Osman:SK Ampang CampuranSelangor

9.0KANDUNGAN KURSUSPROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS DAN MATEMATIKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2011 (Kreativiti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran)

TopikKreativiti Merentas Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P)

Masa1 jam

Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat :1. Membezakan 4 fasa dalam Pengajaran untuk Pembangunan Domain Kreativiti (PDK)2. Menghasilkan rancangan pengajaran untuk PDK merentasi P & P3. Menjelaskan penerapan PDK dalam P & P menggunakan strategi konstruktivisme, inkuiri penemuan, ppembelajaran berasaskan masalah, membuat keputusan dan pembelajaran berasaskan projek.

B. Kandungan Kursus1. Penerangan berkaitan Pembangunan Domain Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran2. Penerangan berkaitan strategi pengajaran konstruktivisme, inkuiri penemuan, ppembelajaran berasaskan masalah, membuat keputusan dan pembelajaran berasaskan projek.3. Membina Rancangan Pengajaran PDK merentas P & P dengan strategi pengajaran tertentu atau pelbagai strategi4. Pembentangan dalam kumpulan

C. Kaedah Ceramah Konstruktivisme Perbincangan Kumpulan

D Bahan Pengajaran1. Modul Kreativiti2. Contoh Rancangan Pengajaran PDK merentas P&P3. Modul kursus PDK merentas P&P

E Alatan LCD, komputer, printer , kertas A4

F Penilaian1. Interaksi secara lisan2. Hasil kerja (Rancangan Pengajaran)3. Borang Penilaian Kursus

G Rumusan/Refleksi1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran)2. Berasaskan borang penilaian kursus3. Nota Tambahan

Kandungan KursusModel Proses KreatifModel diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiri-penemuan dan konstruktivismeModel Proses Kreatif TerarahModel Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut: Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisiModel Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan oleh proses oleh minda.Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir.Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semuala pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tidakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan.Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS DAN MATEMATIKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Matematik (Kreativiti Dalam P&P)

TopikKreativiti dan Inovasi

Kod KursusMTSM1

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat :4. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran5. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model konstruktivisme, perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme, contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F Penilaian4. Pembentangan5. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Model KonstruktivismeKonstruktivisme ialah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan bukan dipindahkan dari orang atau sumber lain. Individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore, explain, elaborate, evaluate) iaitu Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri. Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka. Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan. Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep. Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep. Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivismeModel P &PProses Kreatif Terarah

PersediaanImaginasiPerkembanganTindakan

Konstruktivisme Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada Penstrukturan idea Meneroka Menjelas Konstruk idea baru Penjelasan lanjut Aplikasi idea Penilaian Kaji semua perubahanIdea Penyiasatan lanjutan

Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Konstruktivisme

Topik: Bulatan III

Subtopik: Sudut Di Dalam Tembereng Selang-seli

Objektif Pembelajaran: Murid dibimbing untuk i. Mengenal pasti sudut dalam tembereng selang-seliii. Menentukan sudut dalam tembereng selang-seli.

Hasil Pembelajaran: Murid berupaya untuk:i. Mengenal pasti sudut tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas melalui titik sentuhan tangen.ii. Menentusahkan hubungan di antara sudut yang dibentuk oleh tangen dan perentas dengan sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas.Masa: 2 waktu

FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

Persediaan

Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada.

1. Murid melukis bulatan dan memerihalkan sifat-sifat sudut dalam bulatan yang telah mereka pelajari.

2. Murid memerihalkan sifat garis tangen kepada satu bulatan.Mengunakan bulatan cuba anda nyatakan sifat-sifat sudut dalam satu bulatan?

Kalau bucu sisiempat tidak menyentuh bulatan boleh kita gunakan sifat yang sama?(Merujuk kepada sifat sudut dalam sisiempat kitaran)

Mengapa anda katakan garis itu adalah garis tangen?

Imaginasi

Penstrukturan ideaMenerokaMenjelasKonstruk Idea baru

1. Murid melengkapkan Lembaran kerja 1 mengandungi 6 bulatan.

2. Murid membina garis tangen dan satu perentas pada titik sentuhan garis tangen tersebut dengan menggunakan perisian GSP.

3. Murid melengkapkan satu segitiga kitaran.(Rujuk Panduan Guru)

4. Murid mengukur sudut-sudut seperti yang terdapat di dalam lembaran kerja menggunakan perisian tersebut.

5. Murid melakar di atas lembaran kerja rajah yang terpapar di atas skrin.

6. Murid mengulang langkah 3 dan 4 dengan mengerakkan satu titik.

7. Langkah 5 diulang untuk mendapatkan 4 set rajah lagi.

Gerakkan titik A, lukiskan pada lampiran diberi, ulang untuk titik B dan C sehingga anda mendapat 6 set bacaan. Perhatikan apa yang berlaku?.

Perkembangan

Penjelasan lanjutAplikasi idea1. Murid membuat pemerhatian keatas sudut-sudut yang di ukur.

2. Murid mengenal pasti nilai sudut di antara tangen dengan garis perentas yang melalui titik sentuhan dengan sudut tembereng selang seli yang di cangkum oleh perentas.

3. Murid membandingkan pemerhatian sendiri dengan pemerhatian rakan sebelah dan membuat perbincangan mengenai dapatan masing-masing.

4. Murid membuat kesimpulan.

Adakah anda melihat satu paten pada set-set sudut yang diukur?

Cuba anda perhatikan kedudukan garis perentas dengan garis tangent tehadap sudut-sudut yang sama.

Cuba anda bandingkan set bacaan yang anda dapat dengan rakan anda. Adakah terdapat persamaan paten? Berdasarkan pemerhatian anda dan perbandingan dengan rakan-rakan anda apa kesimpulan yang boleh anda buat.

Mengapa anda katakan begitu ?.

Apakah syarat utama yang perlu ada untuk membolehkan anda membuat kesimpulan itu?.

Tindakan

PenilaianKaji semua perubahan ideaPenyiasatan lanjutan1. Murid melengkapkan Lembaran 2 dan menerangkan langkah-langkah diambil untuk mencari jawapan.

Apakah perkara yang anda perhatikan untuk mencari jawapan?.

Mengapa anda perlu buat begitu?

Pentaksiran

PelaksanaanAmalanberterusan1. Murid membuktikan bahawa apabila perentas adalah diameter, sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas adalah 90.

OPQR

Bagaimana anda boleh buktikan bahawa PQR adalah 90?.

Bagaimana jika garis PR tidak melalui pusat bulatan, adakah sudut PQR juga 90? Jelaskan jawapan anda.

Nilai dan SikapMendengar arahan dengan teliti, jujur mencatat data dan menghargai pandangan orang lain.

LEMBARAN 1

LEMBARAN 2

1.

Dalam rajah di bawah ABC ialah tangen kepada bulatan itu di titik B. Diberi = 81 dan = 34, cari

(a)

(b)

2. Rajah di bawah menunjukkan tangen ABC yang menyentuh bulatan dititik B. Diberi DB = DE dan = 122, cari (a)

(b) (b)

PANDUAN GURU DALAM PENGGUNAAN PERISIAN GSP

Langkah demi langkah untuk aktiviti imaginasi.

Ingatan : Setiap kali ingin mengaktifkan objek baru, pastikan tiada objek lain yang aktif.

Untuk membina bulatan, garis tangent PAQ dan kitaran segitiga ABC.

1. Menggunakan Compass Tool bina bulatan.2. Menggunakan Point Tool, buat satu titik di atas bulatan sebagai titik sentuhan pada tangent. Gunakan Text Tool dan label sebagai A. (Pastikan bulatan bertukar warna biru untuk memastikan titik berada di atas bulatan).3. Aktifkan pusat bulatan dan titik dari langkah 2 menggunakan Selection Arrow Tool. (Titik akan bertukar warna pink untuk menunjukkan ia aktif dan pastikan anak panah cursor keadaan mengufuk untuk mengaktifkan sebarang objek)4. Pilih Consruct button dan pilih Segment.(Satu garis lurus akan terbentuk)5. Aktifkan garis dari langkah 4 dan titik atas bulatan dari langkah 2. Guna Construct dan pilih Perpendicular untuk membina garis tangen. 6. Di garis perpendicular yang tebina gunakan langkah 2 untuk membuat dua titik di atas garis itu sebelah kiri dan kanan titik A dan labelkan sebagai P dan Q.7. Menggunakan langkah 2 bina dua lagi titik di atas bulatan. Gunakan kaedah label titik dalam langkah 2 dan label kedua dua titik itu sebagai B dan C.8. Aktifkan garis dari langkah 5, guna Display dan pilih Hide Perpendicular Line.9. Aktifkan titik P dan Q , guna butang Construct dan pilih Segment.10. Aktifkan titik-titik ABC, guna butang Construct dan pilih Segment.(Ingatan:Pastikan Garis P dan Q tidak aktif).

Untuk mengukur sudut.1. Aktifkan titik B, A dan P, guna butang Measure dan pilih Angle. (Sudut BAP diukur)2. Ulang langkah 1 untuk mengukur sudut pada titik B dan C.(Mengukur sudut CAQ, ABC, BCA)Untuk menggerakkan titik A, B dan C.1. Aktifkan butang A, gerakan cursor ke titik A dengan keadaan anak panah () mengufuk Clik dan Drag (Titik A akan bergerak disepanjang bulatan)2. Ulang langkah 1 untuk menggerakkan titik A dan B sehingga mendapat 6 set ukuran sudut.PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS DAN MATEMATIKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Matematik (Kreativiti Dalam P&P)

TopikKreativiti dan Inovasi

Kod KursusMTSM2

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat :1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model inkuiri penemuan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F Penilaian1. Pembentangan2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

.Model Inkuiri PenemuanPrinsip asas model ini ialah murid bekerja sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam suasana pengajaran pembelajaran yang menekankan penyoalan. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid mengkaji hubungan, saling kaitan serta pola dan seterusnya membuat kesimpulan.Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuanModel P &PProses Kreatif Terarah

PersediaanImaginasiPerkembanganTindakan

Inkuiri Penemuan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis Menguji hipotesis Membuat kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir

Dalam persediaan mengajar, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Inkuiri Penumuan

Topik: Graf Fungsi II

Subtopik: Ciri-ciri Graf Fungsi II

Objektif Pembelajaran: Murid dibimbing untuk: memahami dan menentukan ciri-ciri graf fungsi

Hasil Pembelajaran: Murid berupaya untuk menentukan:i. bentuk graf jika diberi jenis fungsiii. fungsi graf jika diberi bentuk grafiii. graf jika diberi fungsi dan sebaliknya

Masa: 80 minit (2 waktu)FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

1. PersediaanMemerhati

MenciriMengkelasMenyoal

1. Pamerkan beberapa persamaan fungsi seperti dalam jadual 1. JADUAL 1

y = 2x + 3 , y = 2x2 + 3 , y = 2x3 + 3 , y = 6x3 , y = 6x2 , y = 6x y = x 4 , y = x2 4 y = 2 , y = 6 x x

2. Murid mencari ciri-ciri yang sama berdasarkan kuasa tertinggi x.

3. Bahagikan papan putih kepada empat ruang

4. Murid meletakkan fungsi persamaan yang sama dalam ruang ditentukan di papan putih.

5. Nyatakan kepada kelas nama empat fungsi persamaan mengikut kuasa tertinggi x.

Jenis Fungsi

Fungsi Lineary = ax + b

Fungsi Kuadratiky = ax2 + bx + c

Fungsi Kubiky = ax3 + bx2 + cx + d

Fungsi salingany = a x

6. Murid meneka bentuk graf setiap fungsi.

Perhatikan persamaan-persamaan fungsi dalam jadual 1

Bolehkah anda kelaskan persamaan-persamaan fungsi tadi mengikut kuasa tertinggi x?.

Letakkan fungsi persamaan yang sama dalam ruang ditentukan.

Apakah nama fungsi Jika kuasa tertinggi xi) ialah 1?ii) ialah 2?iii) Ialah 3?iv) ialah nombor negatif?

Bagaimanakah agaknya bentuk graf setiap fungsi di atas?.

2. Imaginasi Meneroka Merancang Meramal

Membuat hipotesis

1. Murid dibahagikan kepada sepuluh kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan mengambil satu persamaan fungsi dari Jadual 1 dan diminta melukis graf.

3. Murid mempamerkan graf yang dilukis mengikut fungsi yang sama dalam ruang ditentukan tadi.FungsiBentuk Graf

Lineary= ax + cGarislurus

Kuadratiky=ax2 + +c

Parabola

Kubiky=ax3 + c

Graf kubik

Salingany = a x

Hiperbola

4. Murid mengaitkan bentuk graf dengan kuasa tertinggi bagi suatu fungsi itu.

5. Guru menjelaskan graf fungsi yang dilukis murid tadi, nilai a fungsi tersebut adalah positif (a 0).

(a merujuk kepada pekali fungsi berkenaan)

6. Murid meramalkan bentuk graf jika nilai a fungsi itu adalah negatif (a 0) .

Duduk dalam kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan pilih satu persamaan fungsi dari Jadual 1.

Berdasarkan pengetahuan anda melukis graf dalam bab Statistik, lukiskan graf fungsi berkenaan bagi domain -3 x 3.

Letakkan graf anda dalam ruang mengikut fungsi yang sama.

Adakah bentuk graf anda sama seperti yang anda ramalkan tadi?.

Apakah bentuk graf yang boleh anda lihat bagi fungsia) linear ? b) Kuadratik? c) Kubik?d) Salingan?.

Apa agaknya akan berlaku ke atas bentuk graf jika nilai a fungsi itu adalah negatif (a 0) ?.

3. Perkembangan Menguji hipotesis

1. Dalam kumpulan yang sama, murid memplot dan melukis graf fungsi bila a 0 dari Jadual 2.

JADUAL 2 y = -2x + 3 , y = -2x2 + 3 , y = -2x3 + 3 , y = -6x3 , y = -6x2 , y = -6x y = -x 4 , y = -x2 4 y =- 2 , y = -6 x x

2. Murid mempamerkan graf yang dilukis

3. Murid membandingkan bentuk graf fungsi yang nilai a fungsinya positif dan negatif.

Fungsi Linear

Fungsi Kuadratik

Fungsi Kubik

Fungsi salingan

Sekarang tambahkan simbol negatif bagi pekali kuasa tertinggi x untuk fungsi yang anda ada tadi.

Lukiskan graf bagi domain -3 x 3.

Pamerkan graf anda dalam ruang fungsi graf berkenaan.

Apakah yang anda dapat lihat akan bentuk graf itu?.

4. Tindakan Membuat Kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir

1. Perkasakan kesimpulan yang dibuat oleh murid.

2. Edarkan lembaran kerja sebagai tugasan hari tersebut. Murid membuat kesimpulan manakala guru menyelia kesimpulan yang diberi. (Rujuk lampiran1) Dari aktiviti-aktiviti yang telah anda lakukan, apakah kesimpulan yang anda boleh buat antara a) Jenis fungsi dengan bentuk grafb) Bentuk graf fungsi tersebut jikaa 0 dan a 0 .

Tuliskan kesimpulan yang anda perolehi dalam buku nota.

Selesaikan tugas yang diberi.

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran 1 dan 2 dengan tepat.

Nilai dan SikapTerapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti dalam kumpulan.Tanamkan nilai menghormati pandangan rakan-rakan sewaktu diminta memberi pendapat.

LAMPIRAN IKESIMPULAN DARI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN PADA HARI TERSEBUT IALAH:Jenis FungsiJenis GrafBentuk Graf

a 0a 0

Fungsi Lineary = ax + b

Garis lurus

Fungsi Kuadratiky = ax2 + bx + c

Parabola

Fungsi Kubiky = ax3 + bx2 + cx + d

Graf Kubik

Fungsi salingany = a x

Hiperbola

Lembaran Kerja 1

Nama :__________________________

Kelas:___________

Tentukan sama ada graf yang berikut adalah graf fungsi linear, kuadratik, kubik atau salingan.

14.

.

Jawapan :.2.

Jawapan :.5.

Jawapan :.3.

Jawapan :.

Jawapan :6.

Jawapan :.

Lembaran Kerja 2

Nama :__________________________

Kelas:___________

Nama dan lakarkan fungsi graf yang berikut :

Fungsi GrafNamaLakaran

1. y + 4 = x

2. y = (x + 2)(x 3)

3. xy = 15

4. y + x = 8

i) y + 14x 7 = 0

ii) y =

iii) y = 2x3 +

iv) y = 2x-2

v) y = -x3 - 4

vi) y = x(5 x2)

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS DAN MATEMATIKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P)

TopikKreativiti dan Inovasi

Kod KursusMTSM3

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat :1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalah

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan masalah, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajara dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F Penilaian1. Pembentangan2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Kandungan KursusSelain itu, satu lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna boleh dipraktikkan dalam kalangan guru adalah model pembelajaran berasaskan masalah.Model Pembelajaran Berasaskan MasalahDalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar kepada murid. Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai jenis penyelesaian mungkin.Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalahModel P &PProses Kreatif Terarah

PersediaanImaginasiPerkembanganTindakan

Pembelajaran Berasaskan Masalah Mengenal pasti masalah Menjelaskan masalah Mencari alternatif penyelesaian Mencari penyelesaian Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat

Peserta guru diingatkan lagi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah

Topik: STATISTIK

Subtopik: OGIF

Objektif Pembelajaran: Murid dibimbing untuk: mengumpul dan menganalisis data

Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk:1. menukarkan data ke dalam bentuk jadual kekerapan longgokan2. melukiskan ogif3. mentafsirkan maklumat dari ogif

Masa: (2 waktu)FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan Mengenalpasti masalah

Menjelaskan masalah

1. Murid diberi penerangan tentang satu situasi. Sejumlah wang RM 10,000 yang didermakan oleh seorang dermawan perlu diagihkan pada murid dari tingkatan 5.

2. Murid perlu tentukan pendapatan minimum keluarga murid yang layak untuk diberi bantuan.

3. Murid perlu pastikan bantuan yang diterima itu adalah dalam amaun yang munasabah.

Apakah maklumat yang perlu anda dapatkan ?.(pendapatan keluarga murid tingkatan 5)

Bagaimana maklumat tersebut akan anda perolehi?.(Murid dibahagikan dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat dari tingkatan 5. )

2. Imaginasi

Mencari penyelesaian

1. Murid mengumpul data pendapatan ibubapa murid tingkatan 5.

2. Murid menukarkan data yang diperolehi ke dalam jadual kekerapan longgokan.

3. Murid menggunakan kertas graf untuk melukis ogif dari jadual kekerapan longgokan tadi.

4. Murid menganalisa dari ogif yang dilukis, berapakah berpendapatan minimum yang layak mendapat sumbangan itu dan berapakah amaun yang munasabah itu.

Bagaimana anda kumpulkan data tersebut?.(murid akan memberikan pelbagai jenis jadual data mereka)

Siapa boleh jelaskan apa yang perlu ada dalam jadual kekerapan longgokan?.( selang-kelas, sempadan atas kekerapan,kekerapan longgokan )

Apakah skala yang sesuai untuk melukis ogif?.( murid akan rujuk pada sempadan atas , kekerapan longgokan)

3. Perkembangan Melakukan operasi

Menilai penyelesaian masalah

1. Murid dibahagikan pada kumpulan untuk mendapat data dari semua kelas tingkatan 5.

2. Data yang dikumpulkan diterjemahkan ke dalam jadual kekerapan longgokan. Edarkan Lembaran 1.

3. Menggunakan kertas graf dan skala yang sesuai,lukis ogif .

4. Murid boleh membuat perbandingan beberapa berpendapatan minimum yang memberi amaun yang berbeza.

5. Murid berbincang apakah amaun yang munasabah itu . Pada paksi mana kita hendak merujuk pendapatan minimum itu?.

Pada paksi mana kita boleh menentukan bilangan murid yang layak.

4. Tindakan Membuat refeksi penyelesaian yang dibuat

1. Murid membentangkan dapatan dari ogif (dari kumpulan masing-masing) cth:i) Jika pendapatan minimum RM350,bil.murid layak menerima bantuan 50 murid(dari ogif), maka amaun diterima RM 200.

ii) Jika pendapatan minimum RM550, bil.murid layak menerima bantuan 180 murid(dari ogif), maka amaun diterima RM 56

2. Murid menentukan apakah pendapatan minimum yang sesuai untuk diterima

Pada pendapat anda, berapa pendapatan minimum yang sesuai untuk kita tetapkan sekarang.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja

Nilai dan Sikap

Jujur, Kerjasama dalam kumpulan

Lembaran Kerja 1Jadual Kekerapan LonggokanPendapatan Ibubapa(RM )Sempadan AtasKekerapanKekerapan Longgokan

100 - 19900

200 2991515

300 3992439

400 4993372

500 59963135

600- 69966201

700 79930231

800 8999240

900 99910250

Lembaran Kerja 21Data dalam Rajah 13 menunjukkan jumlah jam yang digunakan oleh 40 orang murid bagi melayari internet dalam satu bulan.

6258477863654637

5568785880675941

5895438680526454

7987738845517232

6061636972787375

Diagram 13Rajah 13

(a) Berdasarkan data dalam Rajah 13 dan dengan menggunakan selang kelas 10 jam, lengkapkan Jadual 2 dalam ruangan jawapan.

(b) Nyatakan kelas mod.

(c) Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf.Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 jam pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif untuk data tersebut.

(d) Daripada ogif anda di (c),(i) Cari kuartil ketiga (ii) Seterusnya, terangkan maksud kuartil ketiga.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS DAN MATEMATIKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P)

TopikKreativiti dan Inovasi

Kod KursusMTSM4

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat :1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model membuat keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model membuat keputusan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model membuat keputusan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F Penilaian1. Pembentangan2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Kandungan KursusSeterusnya, satu lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna boleh dipraktikkan dalam kalangan guru adalah model membuat keputusan.Model Membuat KeputusanModel ini melibatkan murid dalam sesuatu situasi berkaitan kehidupan seharian di mana dia perlu membuat pilihan yang paling baik.Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusanModel P &PProses Kreatif Terarah

PersediaanImaginasiPerkembanganTindakan

Membuat Keputusan Mengumpul maklumat Mengenal pasti matlamat Mengenal pasti alternatif Menganalisis alternatif Meramal Menyusun alternatif Pemilihan alternatif

Menilai alternatif yang dipilih Membuat keputusan Membuat rumusan

Dalam proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, langkah demi langkah perlu diikuti dengan terliti, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kreativiti.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Membuat Keputusan

Topik: GARIS LURUS

Subtopik: Kecerunan Garis Lurus

Objektif Pembelajaran: Murid dibimbing untuk: memahami konsep kecerunan garis lurus pada Satah Cartesian.

Hasil Pembelajaran: Murid berupaya untuk:1. membuat pengiraan kecerunan garis lurus yang melalui 2 titik menggunakan rumus kecerunan dan pintasan.

Masa: (2 waktu)FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1.Persediaan

( Mengumpul Maklumat,Mengenalpasti matlamat,Mengenalpasti alternatif,Menganalisis alternati f )

1. Murid diberikan beberapa contoh garis lurus pada Satah Cartesian.(boleh menggunakan carta grid dan jejalur magnet)

2. Minta murid nyatakan formula-formula untuk mengira kecerunan.

P(3,8)ORajah 1

Q(0,- 6)P(-8,0)Rajah 2

3. Murid bezakan penggunaan formula yang boleh disesuaikan dengan rajah yang diberi.

B(- 4,4)A(- 6,0)CRajah 3

Rajah 4

B(- 4,6)A(4,2)0

610AB0Rajah 5

Nyatakan formula-formula yang boleh anda gunakan untuk mencari kecerunan?.(mengunakan 2 titik yang diberi, rumus pintasan)

Mengapakah anda memberikan jawapan yang sedemikian?

Cuba kenalpasti rumus yang manakah yang boleh anda gunakan bagi setiap rajah 3,4, dan 5?

Adakah anda pasti dengan pilihan anda?Kenapa?

2. ImaginasiPenjanaan IdeaSintesis IdeaMeramal(Menyusun alternatif,Pemilihan alternatif)

1. Murid diberikan beberapa situasi garis lurus pada satah Cartesian

ABCDFG-2246-2246HRajah 6

-4

Daripada situasi yang diberikan apakah formula yang boleh anda gunakan?

Apakah perkara yang anda perhatikan untuk menggunakan rumus yang anda pilih? Berikan penjelasan anda.

3.Perkembangan

Penambahbaikan

(Menilai alternatif yang dipilih)i1. Murid diberikan lembaran 1.

2. Murid diminta menyelesaikan masalah.

Apakah langkah-langkah yang anda ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut? Jelaskan.

4.Tindakan

Pelaksanaan AmalanBerterusan

(Membuat keputusan,Membuat rumusan)

1. Murid diberikan Lembaran kerja 2.

2. Murid diminta menerangkan proses yang diambil untuk mendapatkan jawapan?Apakah kemahiran baru yang anda kuasai hari ini?

(Membuat keputusan memilih rumus yang sesuai berdasarkan maklumat yang ada)

Adakah cara lain untuk mencari kecerunan selain daripada dua rumus ini?.

Pentaksiran

1. Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 2.

Nilai dan Sikap

Yakin dengan keputusan sendiri.Berupaya memberi hujah berdasarkan fakta.Jujur,bertolak-ansur dan bekerjasama.

NAMA :________________________________________Lembaran Kerja 1KELAS : ________

ABCDFG-2246-2246H

1. RAJAH 1Berdasarkan maklumat dalam Rajah 1, nyatakan koordinat, pintasan - x dan pintasan y bagi garis :i. ABii. CDiii. EFiv. GH2. Seterusnya carikan kecerunan bagi garis lurus :i. ABii. CDiii. EFiv. GH

Lembaran Kerja 21. Hitung kecerunan garis lurus bagi setiap rajah berikut.a) p(- 4,0)Q (0.10) (

b) P(-9,0)Q(0,-6)R yx

c) Jarak OQ ialah 2 unit. Cari kecerunan bagi PQ

QP (8,6)

MON ialah garis lurus pada Satah Catesian, Cari kecerunan MN

QN (8,6)M (-4,-3)

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS DAN MATEMATIKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P)

TopikKreativiti dan Inovasi

Kod KursusMTSM5

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat :1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran beraaskan projek

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F Penilaian1. Pembentangan2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Kandungan KursusSelanjutkannya, model pembelajaran berasaskan projek merupakan satu lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan.Model Pembelajaran Berasaskan ProjekModel ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang pelbagai. Murid terlibat dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projekModel P &PProses Kreatif Terarah

PersediaanImaginasiPerkembanganTindakan

Pembelajaran Berasaskan Projek Tinjauan berfokus/Berstruktur Penyoalan Meneroka Merancang Meramal Meneroka Mencari maklumat Membuat prototaip Menganalisis maklumat Merumus Mentaksir Melapor Dokumentasi Menguji prototaip

Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Projek.

Topik:Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk

Subtopik:Sudut dongakan dan sudut tunduk

Objektif Pembelajaran:Murid dibimbing untuk :Menggunakan konsep sudut dongakan dan sudut tunduk

Hasil Pembelajaran:Murid berupaya untuk:imelukis gambarajah bagi situasi tertentu menggunakan konsep sudut dongakan dan sudut tundukiimenghasilkan satu rekabentuk bumbung bagi sebuah pondok wakafMasa:10 waktu FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan Tinjauan berfokus/berstruktur

Penyoalan

1. Murid membentuk 4 kumpulan.

2. Murid pergi ke sebuah pondok wakaf berbentuk segiempat sama yang masih di dalam proses pembinaan.

3. Murid menerima soalan projek daripada guru. Murid meninjau dan membuat perbincangan di dalam kumpulan masing-masing. (Rujuk Lampiran 1).

4. Murid melakukan proses perbincangan selanjutnya di bilik darjah.

5. Murid mengimbas kembali pengetahuan sedia ada berkaitan dengan sudut dongakan dan sudut tunduk melalui beberapa gambarajah telah yang dilukiskan oleh guru di atas kertas mahjong.

Rajah 1

ACBD

LRajah 2

MK

PRQON

Bentukkan 4 kumpulan dan lantik seorang ketua.

Pondok ini belum siap bumbungnya, bolehkah anda bantu saya untuk merekabentuk bumbung yang sesuai untuk pondok ini?

Ini adalah tugasan anda untuk projek kali ini.

Apakah yang perlu diambilkira untuk menghasilkan rekabentuk yang sesuai?

Bolehkah anda mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan tugasan ini?'

Bolehkah anda memberi perbezaan antara sudut dongakan dan sudut tunduk?

Mari kita mengimbas kembali apa yang anda telah pelajari di dalam pelajaran sebelum ini.

Berdasarkan Rajah 1,lukis satu segitiga bersudut tegak dengan sudut sebagai sudut dongakan dari puncak C ke puncak A . Berdasarkan Rajah 2,senaraikan pasangan sudut yang sama nilainya.

Bagaimana anda boleh mengaitkan tajuk ini dengan tugasan yang akan anda jalankan nanti?

2. ImaginasiMeneroka

Merancang

Meramal

1. Guru menunjukkan 3 rekabentuk bumbung pondok wakaf yang biasa ditemui sebagai satu rangsangan kepada murid sebelum membuat penerokaan sendiri.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

2. Murid membincangan tugasan yang telah diberikan dalam kumpulan.

3. Murid meminta pandangan dan pendapat guru berkaitan hasil perbincangan.

4. Murid membincangkan sudut dongakan yang sesuai bagi puncak bumbung dari tiang yang telah dibina.

Pernahkah anda lihat rekabentuk bumbung pondok wakaf selain daripada yang telah ditunjukkan tadi?

Apakah perbezaan antara 3 rekabentuk tersebut?

Dapatkah anda menentukan di antara ketiga-tiga rekabentuk bumbung, yang mana satukah dapat memberikan suasana paling kondusif untuk berehat?

Bolehkah anda merekabentuk bumbung bagi pondok wakaf yang masih belum disiapkan lagi?

Apakah sudut dongakan dan sudut tunduk yang sesuai bagi menjamin keselesaan penggunanya?

Bagaimana anda pasti bahawa sudut yang telah dipilih bersesuaian dengan rekabentuk yang anda bincangkan?

3. PerkembanganMeneroka dan mencari maklumat

Membuat prototaip

1. Murid mencari maklumat berkaitan pelbagai rekabentuk bumbung daripada laman web secara berkumpulan selama 30 minit.(Situasi ini boleh diubah mengikut kesesuaian. Guru boleh meminta murid untuk membuat rujukan sendiri di luar waktu P&P)

2. Murid membina rekabentuk yang telah dibincangkan dengan bahan-bahan yang sesuai seperti polisterin, mounting board, gam dan keperluan lain bagi yang telah disediakan guru..

Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk memastikan bahawa rekabentuk adalah bersesuaian dengan sudut yang telah anda pilih?

Menggunakan maklumat yang telah anda peroleh, bina sebuah prototaip pondok yang telah direka.

4. TindakanMenganalisis maklumat,merumus, mentaksir dan melapor

Dokumentasi

Menguji prototaip1. Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing.

2. Setiap kumpulan membuat pemerhatian dan memberi komen hasil kerja dari kumpulan yang lain.

3. Setiap ahli di dalam kumpulan terbabit akan mempertahankan hasilan masing-masing.

4. Murid menghasilkan dokumen hasil kerja di samping menghasilkan model yang telah direka.

5. Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing dan menjawab soalan yang berupa penilaian terhadap hasil kerja mereka.. Apakah kemahiran atau pengetahuan yang telah digunakan ketika anda menyelesaikan projek ini?

Adakah pengetahuan baru yang dapat anda peroleh?

Apakah cara lain untuk anda mempersembahkan hasil tugasan ini?

Adakah anda berpuashati dengan hasil kerja anda?

Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa protaip ini kondusif untuk digunakan sebagai tempat untuk berehat?

PentaksiranRespon murid terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh guru dan kesesuaian prototaip.

Nilai dan sikap1 Bekerjasama dan bertolak ansur ketika membuat perbincangan kerja berkumpulan.2 Ketelitian dan ketepatan dalam menghasilkan model pondok wakaf.

LAMPIRAN 1PROJEK MEREKABENTUK BUMBUNGKantin sekolah kita tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai ketika sesi rehat persekolahan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dengan kerjasama dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah bermurah hati menambah lagi bilangan pondok wakaf dengan membina sebuah pondok bersebelahan dengan kantin sekolah. Anda dikehendaki untuk membuat rekabentuk bumbung pondok berkenaan agar pondok tersebut menjadi satu tempat yang kondusif untuk berehat. Rekabentuk bumbung amat penting kerana bumbung yang terlampau rendah boleh menyebabkan sistem aliran udara yang kurang nyaman di pondok tersebut. Selain itu, ia juga menjadi boleh daya penarik kepada para pelawat yang berkunjung ke sekolah kita.Rajah di bawah menunjukkan lakaran asas pondok tersebut.

3 m3 m5 m1 m

Di akhir tugasan anda, anda harus berupaya untuk:iMenentukan sudut dongakan yang sesuai dari tiang pondok wakaf ke puncak bumbung berkenaan agar suasana yang kondusif dapat dihasilkan.iiMelakarkan rekabentuk bumbung yang telah anda pilih.iiiMembina satu model untuk pondok tersebut.ivMenghasilkan dokumentasi yang lengkap bagi projek anda.Tugasan ini mestilah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu sebelum pembentangan projek berkenaan dijalankan.