modulamali.doc

18
Modul Amali Sains Pertanian 2012 Tajuk : Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis Tujuan : Eksperimen untuk menunjukkan cahaya diperlukan dalam proses fotosintesis Bahan/Radas : Daun hijau, kepingan kad, klip kertas, larutan iodin, larutan etil alkohol, piring petri,rod kaca, bikar 250ml, gunting kertas,penunu bunsen,tungku kaki tiga , kasa dawai dan bikar. Daun terpilih ditutup Panaskan daun dalam Titiskan larutan iodin dengan kad larutan alkohol untuk menguji kanji Langkah-langkah : 1. Pilih sepohon pokok dan lindungkan daripada cahaya matahari cahaya matahari selama 48 jam. 2. Pilih sehelai daun hijau yang segar pada pokok . 3. Tutup sebahagian permukaan daun (atas dan bawah) dengan kad (telah digunting) menggunakan klip kertas. 4. Kemudian dedahkan kepada cahaya matahari yang terang lebih kurang 2 – 3 jam. 5. Petik daun itu dan tanggalkan kad penutupnya. 6. Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih ( dalam bikar 250ml) selama 10 minit. 7. Keluarkan daun dan rendamkan ke dalam larutan alkohol (etil alkohol) yang dipanaskan dalam sebuah bikar berair. 8. Keluarkan daun dan bilas dengan air biasa. 9. Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin ke atas daun sehingga menutupi daun. 10. Biarkan selama 5 minit kemudian keluarkan daun dan basuh dengan air biasa. Langkah-langkah keselamatan : Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

description

sains pertanian spm

Transcript of modulamali.doc

Page 1: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis

Tujuan : Eksperimen untuk menunjukkan cahaya diperlukan dalam proses fotosintesis

Bahan/Radas : Daun hijau, kepingan kad, klip kertas, larutan iodin, larutan etil alkohol, piring petri,rod kaca, bikar 250ml, gunting kertas,penunu bunsen,tungku kaki tiga , kasa dawai dan bikar.

Daun terpilih ditutup Panaskan daun dalam Titiskan larutan iodin

dengan kad larutan alkohol untuk menguji kanji

Langkah-langkah :

1. Pilih sepohon pokok dan lindungkan daripada cahaya matahari cahaya matahari selama 48 jam.

2. Pilih sehelai daun hijau yang segar pada pokok .3. Tutup sebahagian permukaan daun (atas dan bawah) dengan kad (telah

digunting) menggunakan klip kertas.4. Kemudian dedahkan kepada cahaya matahari yang terang lebih kurang 2 – 3

jam.5. Petik daun itu dan tanggalkan kad penutupnya.6. Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih ( dalam bikar 250ml)

selama 10 minit.7. Keluarkan daun dan rendamkan ke dalam larutan alkohol (etil alkohol) yang

dipanaskan dalam sebuah bikar berair.8. Keluarkan daun dan bilas dengan air biasa.9. Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin ke atas daun sehingga

menutupi daun.10. Biarkan selama 5 minit kemudian keluarkan daun dan basuh dengan air biasa.

Langkah-langkah keselamatan :

1. Semasa eksperimen dijalankan jauhkan alkohol dari api kerana ianya bahan yang mudah terbakar.

2. Permanasan alkohol hendaklah dilakukan dalam kukusan air dan tidak secara langsung bagi mengelakkan kebakaran.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 2: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Menguji pH Tanah menggunakan pH Meter

Tujuan : Menentukan pH tanah dengan kaedah pH meter. Bahan/Radas : Meter pH, air suling, sampel tanah, bikar 50 ml dan rod kaca. Langkah-langkah :

1. Tentukan tentuukuran pH meter menggunakan larutan penampan.2. Masukkan 10 g sampel tanah ke dalam bikar.3. Tambah 10 ml air suling ke dalam setiap bikar dan kacau dengan rod kaca.4. Biarkan selama 20 minit.5. Kacau semula campuran dan masukkan elektrod pH meter ke dalam

campuran tanah.6. Catatkan bacaan pH meter.7. Basuh hujung meter pH dengan air suling sebelum membuat bacaan bagi 2

sampel tanah yang lain

Langkah keselamatan :1. Cuci hujung elektrod dengan air suling sebelum membuat bacaan bagi sampel

tanah yang lain.

Tajuk : Menentukan Tekstur tanah dengan Kaedah Mendapan

Tujuan : Untuk menentukan tekstur tanah secara mendapan.Bahan dan Radas : Sampel tanah, balang gas, penutup balang gas, pembaris, carta segitiga antarabangsa dan air.

Langkah-langkah :

1. Masukkan 40-50g sampel tanah ke dalam balang gas .2. Isi air ke dalam balang gas sehingga tiga per empat penuh.3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan perlahan-lahan

sehingga kumin tanah terpisah.4. Biarkan balang gas di atas meja semalaman(24 jam) tanpa gangguan.5. ukur ketinggian ( gunakan pembaris) setiap pisahan tanah yang mendap.6. Catatkan dalam jadual7. Hitungkan peratusan pisahan tanah 8. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan Segitiga tekstur tanah

Sistem Atterberg.

Langkah-langkah keselamatan :

1. Meja yang digunakan untuk meletakkan balang gas mestilah rata.2. Berhati-hati ketika mengoncangkan balang supaya jangan tertumpah.

3. Jangan gunakan tangan untuk menutup mulut balang gas ketika menggoncangkan campuran tanah.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 3: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Menentukan pH tanah dengan kaedah Kuhn.

Tujuan : Untuk menentukan pH tanah dengan menggunakan larutan penunjuk uiversal.

Bahan / radas : Sampel tanah, air suling,barium sulfat,larutan penunjuk universal, tabung uji, penyumbat tabung uji, rak tabung uji, spatula, carta warna pH.

Langkah-langkah:

1. Masukkan 2-5 cm barium sulfat ke dalam sebuah tabung uji.

2. Masukkan 2-5 cm sampel tanah ke dalam tabung uji tersebut.

3. Tambahkan air suling hingga ¾ penuh tabung uji tersebut.

4. Tambahkan 1 ml(2-3 titis) larutan penunjuk universal.

5. Sumbat tabung uji itu dengan penyumbat getah dan goncangkan larutan ini.

6. Biarkan beberapa minit supaya tanah mendak

7. Perhatikan warna larutan dalam campuran itu.

8. Padankan warna ini dengan carta warna pH dan tentukan nilai pH tanah itu

9. Ulang eksperimen dengan menggunakan 2 sample tanah yang lain.

Langkah keselamatan

1. Jangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang tabung uji.

2. Letakkan kertas putih dibelakang tabung uji semasa memadankan warna tanah dengan carta warna pH.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 4: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

KSP06:1.4

Tajuk: Melakukan Pembiakan Pokok Kaedah Tut

BAHAN / ALATAN:1. Tumbuhan yang sesuai (seperti pokok puding dan jambu batu). Campuran tanah

2:1,Helaian plastik lut sinar 20 cm x 30cm, Tali raffia,Hormon pengakaran, Pisau cantuman, Sekateur

LANGKAH-LANGKAH:1. Buat medium tut yang mengandungi 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan

organik.2. Lembabkan medium dengan air sehingga melekit dan bentukkannya menjadi

satu bebola sebesar genggam tangan.3. Pilih dahan atau ranting yang sesuai (sederhana tua,lebih kurang saiz 1 – 2 cm

diameter) atau sebesar jari kelingking.4. Buang ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.5. Buat dua kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4cm.6. Buat satu kelaran memanjang antara dua kelaran di atas.7. Tanggalkan semua kulit kayu yang terletak antara dua kelaran itu.8. Kikis lapisan kambium sehingga habis iaitu sehingga nampak lapisan kayu putih.9. Sapu hormon pengakaran pada bahagian kelaran atas (gunakan spatula atau

ranting kecil. Jangan gunakan jari tangan).10. Bahagikan bebola medium kepada dua bahagian dan lekapkan pada sekeliling

kelaran itu. Lekapkan sehingga padat. 11. Balut dengan plastik lut sinar. Pastikan balutan kemas untuk mengelakkan

gumpalan tertanggal daripada tempatnya.12. Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium dengan kemas.13. Perhatikan pertumbuhan akar selepas 2 – 3 minggu.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN:1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih.2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.3. Gunakan spatula atau ranting kecil semasa menyapu hormon. Jangan gunakan

jari tangan).

p/s : untuk anak-anak yang susah nak hafal, ini yang lebih ringkas:

1. Pilih dahan atau ranting yang sesuai 2. Buat dua kelaran disekeliling ranting berjarak 3-4cm.3. Buat satu kelaran memanjang antara dua kelaran di atas.4. Kopek kulit kayu. 5. Kikis tisu kambium sehingga bersih.6. Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran 7. Lekapkan medium pada sekeliling kelaran .8. Padatkan medium. 9. Balut dengan plastik lut sinar. 10. Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium dengan kemas.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 5: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk :Cantuman Mata Tunas

Tujuan : Melakukan pembiakan tumbuhan secara cantuman mata tunas

i. Alatan dan bahan- pokok penanti, ranting mata tunas (sion), pisau cantuman dan parafilem (pita politena)

ii. Langkah2 menyediakan pokok penanti1. Pilih pokok penanti yang sihat berumur 6-12 bulan2. Tentukan tapak cantuman 8-10 cm dari pangkal pokok.3. Buat dua turisan lurus kebawah sepanjang 2-3 cm dan lebar 1/3 dari lilitan

pokok.4. Potong kulit dibahagian bawah/atas antara 2 turisan yg telah dibuat.5. Siat kulit kebawah/keatas di bahagian yang telah dibuat turisan menggunakan

hujung pisau cantuman. 6. Potong dan tinggalkan sedikit seperti lidah .7. Semasa menceraikan kulit mata tunas, pastikan mata tunas tidak tertinggal pada

kayu.8. Jangan dibalut mata tunas semasa membalut cantuman.9. Sekiranya cantuman berjaya, potong serong batang pokok penanti di atas tapak

cantuman.

Langkah keselamatan:1. Gunakan pisau cantuman yang bersih dan tajam

2. Buat cantuman di waktu pagi atau lewat petang supaya mata tunas tidak kering

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 6: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

KSP06 1.3TAJUK : Kaedah Mengawal Organisma Mengunakan Kaedah Kimia

TUJUAN: Untuk mengawal organisma melalui kaedah kimia

BAHAN / ALATAN :1.Satu jenis racun kimia. 2. Air3. Baldi/ bekas4. Penyembur sandang (knapsack) / penyembur tangan.5. Silinder penyukat.

6. Batang kayu.

LANGKAH-LANGKAH:

A. Sebelum Menyembur1) Pakai pakaian pelindung yang sesuai.2) Periksa penyembur supaya berkeadaan baik.3) Pakai pakain pelindung yang sesuai4) Sukat racun kimia mengikut sukatan yang disyorkan pada label.

5) Masukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan. 6) Masukkan racun ke dalam baldi.

7) Kacau campuran sehingga sebati menggunakan batang kayu.8) Tuang campuran racun ke dalam penyembur racun.

B. Semasa Menyembur 1) Lakukan penyemburan ikut arah tiupan angin

2) Ulang penyemburan pada semua bahagian sasaran hingga rata.

C. Selepas Penyemburan.1) Bersihkan dan keringkan semua alatan selepas digunakan.2) Simpan racun di tempat yang selamat dan berkunci selepas

menggunakannya3) Tanamkan semua bekas racun kosong .4) Bersihkan diri.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN:1. Sukat racun kimia yang paling sesuai untuk sesuatu jenis organisma perosak.2. Jangan sentuh, hidu atau rasa racun kimia.3. Bancuh racun di tempat terbuka.

4. Sembur mengikut arah angin 5. Jangan makan atau minum semasa m embancuh atau menyembur racun.6. Jangan tiup bahagian muncung penyembur yang tersumbat tetapi gunakan jarum

halus.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 7: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk: Mendorong kematangan buah dengan menggunakan kalsium karbida (CaC2)

Alatan : Spatula, Bikar, 4 bekas plastik bertudung.Bahan : CaC2, pisang masak, pisang muda.

Langkah Eksperimen :

Bahagian A

1. Sediakan dua buah bekas bertudung yang bersih dan kering2. Masukkan 2 – 3 biji pisang hijau dalam setiap bekas itu. Labelkan bahan dengan

Bekas A dan bekas B. sudut setiap bekas3. Dengan menggunakan spatula, ambil ¼ sudu pepejal CaC2 .dan bungkuskan

dengan kain serta masukkan ke dalam bekas A.4. Tutup tudung bekas plastik itu.5. Bekas plastik B tidak dicampur dengan CaC2 dan digunakan sebagai set radas

kawalan.6. Lakukan pemerhatian sepanjang 3 – 4 hari dengan mencatatkan perubahan ke atas

buah pisang.

Bahagian B ( Dilakukan sebagai pengkayaan )

1. Sebagai perbandingan, sediakan dua buah bekas plastik yang lain iaitu bekas C dan bekas D.

2. Masukkan 2 – 3 biji pisang hijau dalam setiap bekas itu.3. Dalam bekas plastik C, masukkan sebiji pisang masak dan tutup bekas.4. Lakukan pemerhatian terhadap dua buah bekas plastik itu sepanjang 2 – 3 hari.Langkah Keselamatan :

1. CaC2 yang dilarutkan menghasilkan gas yang mudah terbakar/meletup jika termampat.

2. Jauhi punca api daripada kawasan eksperimen3. Gas sampingan yang terhasil daripada CaC2 mengandungi gas arsenik dan

fosforus yang toksik

p/s: untuk anak-anak yang susah menghafal..

LANGKAH2

1. Sediakan 2 buah bekas tertutup yg bersih dan kering2. Masukkan 2-3 biji pisang hijau dalan setiap bekas3. Labelkan bekas itu sebagai A dan B4. Masukkan 1 sudu/ 2cm pepejal Kalsium karbida(CaC2) kedalam bikar5. Masukkan kedalam bekas A6. Masukkan air ke dalam bikar, tutup dengan segera7. Pisang dalam bekas B dijadikan sebagai set kawalan8. Lakukan pemerhatian selapas 3-4 hari. Catatkan perubahan ke atas buah pisang

dalam bekas A dan B.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 8: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Membuat kompos

Tujuan : Menentukan kesan kalsium karbida ke atas proses kemasakan buah

Bahan dan alat :

1. Sisa tumbuhan dan rumpai , batu kapur, tinja ternakan2. Pita pengukur, thermometer

Langkah-langkah

1. Sediakan tapak asas berukuran 1.0m X 0.5m. 2. Taburkan reja pelepah sawit setebal 10 – 15 cm.3. Renjiskan kapur di atas lapisan itu4. Taburkan reja pelepah sawit setebal 10 – 15 cm.5. Tabur tinja ternakan setebal 2.5cm6. Taburkan reja pelepah sawit setebal 10 – 15 cm.7. Ulang langkah 3- 5 sehingga timbunan setinggi 0.4m terbina8. Siram timbunan hingga cukup basah. Tutup timbunan9. Siram air secukupnya setiap pagi.10. Pada hari ke-4 ambil bacaan suhi ditengah timbunan (Bina semula timbunan jika

suhu sama dengan suhu sekitar)11. Balik-balikkan timbunan setiap 4-5 minggu. Proses ini mengambil masa selama

4-6 bulan.12. Kompos yang Berjaya bewarna perang tua.

Pemerhatian

Setelah diuji didapati kayu uji berkeadaan panas dan lembap

Kesimpulan

Kayu uji yang berkeadaan panas dan lembap menunjukkan penguraian sedang berlaku.

Langkah keselamatan:

1. Gunakan sarung tangan semasa membuat kompos2. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih selepas membuat kompos3. Gunakan alatan ladang semasa menggaul. Jangan gunakan tangan.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 9: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Membuat Tapai

Tujuan: Untuk mengaplikasikan prinsip bioteknologi dalam menghasilkan makanan melalui proses penapaian.

Bahan/radas

1. Beras pulut (2 kilogram)2. Ragi (½ biji - dihancurkan)3. Bekas plastik lut sinar4. Periuk kukus5. Dulang / talam6. Senduk7. Sudu

Langkah-langkah

1. Beras pulut dibasuh dan direndamkan kira-kira tiga jam.2. Tos dan kukuskan beras pulut hingga masak.3. Pulut yang telah masak diangkat dan dijirus rata dengan 2 cawan air biasa.4. Kukus sekali lagi kira-kira 10-15 minit.5. Tuangkan pulut yang telah masak ke dalam dulang dan dibiarkan sehingga suam.6. Ragi yang telah dihancurkan ditabur di atas pulut yang telah suam, sedikit demi

sedikit.7. Gaul hingga rata menggunakan senduk.8. Masukkan pulut ke dalam bekas plastik (kira-kira ¾ penuh) dengan menggunakan

sudu dan tutup rapat.9. Biarkan selama 48 jam dan buat pemerhatian.

Langkah keselamatan

1. Peralatan yang digunakan mestilah bersih.

2. Ragi yang digunakan hendaklah kering dan baru.

3. Pulut tidak dipadatkan semasa mengisi ke dalam bekas.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 10: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Membuat Tapai

Tujuan: Untuk mengaplikasikan prinsip bioteknologi dalam menghasilkan makanan melalui proses penapaian.

Bahan/radas

1. Ubi kayu2. Ragi (½ biji - dihancurkan)3. Daun pisang4. Periuk kukus5. Dulang / talam6. Senduk7. Sudu8. Lidi/Stapler

Langkah-langkah

1. Kupas kulit ubi kayu, kikis bahagian yang berlendir dengan belakang pisau.

2. Potong mengikut saiz yang sesuai kemuadian basuh hingga bersih.

3. Rebus ubi kayu hingga empuk,

4. Buang air rebusan danletakkan ubi kayu dalam dulang. Biarkan sejuk

5. Hancurkan ragi , taburkan di atas ubi kayu dan gaul hingga rata.

6. Bungkus dengan daun pisang

7. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang.

8. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain

dan besen ditutup rapat

9. Selepas hari kedua atau ketiga, tapai sedia untuk dimakan.

Langkah keselamatan

1. Peralatan yang digunakan mestilah bersih.2. Ragi yang digunakan hendaklah kering dan baru.3. Jangan simpan tapai dalam peti sejuk.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 11: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Sistem Pengairan Titisan

Bahan dan alatan:

Penitis, tangki air,pam elektrik,polipipe, pita ukur, Perengkuh paip,pisau pemotong(mana2 tiga)

Langkah:

1. Letakkan tangki mengikut kedudukan dalam pelan reka bentuk

2. Isikan tangki dengan air

3. Pasangkan pam elektirk

4. Sambung hos dari tangki air ke pam

5. Sambung polipipe dari pam ke barisan tanaman seperti dalam pelan rekabentuk.

6. Pasangkan penitis pada setiap pokok tanaman

7. Hidupkan suiz pam air

8. Perhatikan jika ada kebocoran.

Langkah keselamatan

1. Berhati2 semasa menggunakan alat tajam utk memotong polipipe

2. Patuhi langkah keselamatan ketika memasang pamelektrik.

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 12: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Sistem pengairan

Tujuan : Memasang system pengairan titisan dikawasan kebun/ladang

Bahan : Tangki air, pam elektrik, paip utama, paip sisi(polipipe), paip tetingkat, Kepala sprinkler, injap kawalan.

Langkah:

1.Letakkan tangki mengikut kedudukan dalam pelan reka bentuk

2. Isikan tangki dengan air

3. Pasangkan pam elektrik

4. Sambungkan paip utama dan paip sisi

5. Pasangkan paip tetingkat dan kepala sprinkler pada jarak yang bersesuaian

6. Hidupkan suis pam air

7. Perhatikan jika ada kebocoran.

Langkah keselamatan:1. Pastikan anda mematuhi langkah keselamatan penggunaan alat elektrik semasa memasang pam elektrik.2. Berhati-hati semasa menggunakan alat tajam untuk memotong polipipe

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

D

AB

A………Tangki airB……….PamC …….Paip utamaD …….Paip sisi…… ….Injap kawalan …….Paip tetingkat dan kepala sprinkler

Page 13: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Tajuk : Sistem Pengairan Titisan

Tujuan: Memasang dan menyelenggara sistem pengairan titisan dengan cara yang betul.

Bahan/Radas

1. Pita pengukur

2. 20 unit kepala penyebar (jenis penitis)

3. 2 unit paip sisi (jenis LDPE) 18 mm diameter @ 18 m

4. 3 unit paip utama (jenis BG) 50 mm @ 1 m

5. 1 unit paip sekunder (jenis BG) 32 mm @ 4m

6. 1 unit Penapis air

7. 1 unit Pam air elektrik (jenis centrifugal)

8. Bahan dan Peralatan penyambungan :

a. 6 unit soket penjodoh 50 mm

b. 1 unit Tee pengecil 50 mm ke 32 mm

c. 1 unit Soket pengecil 50 mm ke 32 mm

d. 2 unit Tee pengecil 32 mm ke 18 mm

e. 4 unit soket 50 mm

f. Plag (palam) : 32 mm (1 unit) dan 18 mm (2 unit)

g. 1 unit injap kawalan 50 mm

h. 1 unit injap kawalan 32 mm

9. 1 unit Tangki air (sebaiknya jenis fiber).

10. 1 unit Penebuk lubang

11. Set alat tangan kerja paip asas seperti perengkuh paip, sepana boleh laras,

playar gabung, pemutar skru dan sebagainya.

12. 1 unit paip (jenis LPDE) 32 mm @ 5 m dengan penyuai (jika perlu)

13. Pipe stake(jika perlu)

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 14: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

Langkah-Langkah

1. Aturkan tangki pam air, penapis, paip utama dan paip sisi di kawasan yang rata.

2. Sambungkan :

a. Tangki air kepada injap kawalan 1 dan pam air

b. Pam air kepada penapis

c. Penapis kepada paip sekunder

d. Paip sekunder ke paip sisi 1 dan paip sisi 2

e. Pasang injap kawalan 2 pada hujung satu bahagian paip sekunder.

f. Palam satu bahagian lain hujung paip sekunderdengan menggunakan peralatan penyambungan.

3. Tebuk lubang pada 2 paip sisi setiap 60 cm dengan cermat (10 lubang bagi setiap

paip sisi)

4. Pasangkan kepala penyebar (jenis penitis) pada lubang berkenaan.

5. Isikan air kedalam tangki sehingga penuh

6. Hidupkan pam untuk penyaliran air selama satu hingga dua minit dan tutup semula.

7. Laraskan injap kawalan 2 untuk menyesuaikan tekanan air yang berlebihan (untuk

mengelakkan pembaziran, sambungkan paip daripada injap ini kepada tangki air).

8. Palam bahagian hujung paip sisi.

9.Hidupkan pam untuk menguji sistem beroperasi dengan memeriksa ;

i. Pam

ii. Penapis

iii. Penitis

iv. Bahagian penyambungan

v. Bahagian yang dipalam

2. Selenggara sistem dari semasa kesemasa dengan memeriksa ;

i. Pam

ii. Penapis

iii. Penitis

iv. Bahagian penyambungan

v. Bahagian yang dipalam

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.

Page 15: modulamali.doc

Modul Amali Sains Pertanian 2012

(Nota : Ubah suai peralatan / bahan penyambungan / langkah hendaklah dilakukan mengikut kesesuaian tempat atau ketersediaan alat/bahan/kawasan atau jenis pam yang digunakan (contohnya `submercible pump’) atau aplikasi semasa.

Langkah keselamatan

1. Semasa kerja pemasangan dijalankan, pastikan sambungan ke sumber elektrik

diputuskan.

2. Pastikan pam beroperasi dengan air (jangan mengoperasikan pam tanpa air).

3. Kedudukan dasar tangki sekurang-kurangnya separas dengan pam dan sebaik-

baiknya lebih tinggi daripada kedudukan pam.

4. Sambungan hendaklah dibuat dengan kemas menggunakan bahan dan alatan yang

betul untuk mengelakkan kebocoran.

5. Lubang pada paip sisi perlu dibuat dengan teliti dan tepat pada poin penanaman.

6. Pastikan air di dalam tangki tidak kering semasa pam di hidupkan

Zuraida Othman SMK Datuk Menteri.