Morfologi Dan Sintaksis

45
Ahad, 9 September 2012 Dicatat oleh noor zarimah Hashim di 5:36 PG MOFORLOGI DAN SINTAKSIS Pengenalan Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialah pengabungan morfem dengan kata dasar. Hasil daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas dan mudah. Morfologi dalam

description

morfologi

Transcript of Morfologi Dan Sintaksis

Ahad, 9 September 2012 Dicatat olehnoor zarimah Hashimdi5:36 PGMOFORLOGI DAN SINTAKSIS

PengenalanBahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif.Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialahpengabungan morfem dengan kata dasar.Hasil daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat komunikasi.

Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yangringkas dan mudah. Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. Oleh itu, terhasillah jenis jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jeniskelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat perhubungan

Tidak dapat dinafikan bahasa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan sesuatumaklumatsama ada secara lisan atau pun tulisan. Oleh itu , kerjasama pihak kerajaan dengan wartawandi lihat sebagai satu hubungan yang perlu dieratkan demi menjayakan usaha-usaha penyebaran maklumat. Menerusi hubungan inilah, khazanah ilmu dan persuratan Melayu dapat di sebarkan dengan lebih meluas dan dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain di duani. Hasil penulisan yang berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah dianggap sama pentingdalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.

Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu dapat difahami dan pelajari dengan lebih mendalam. Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa dan pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Usaha-usaha ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat antarabangsa.

1.0Definisi Morfologi Dan Sintaksis Menurut Penahu-Penahu BahasaTatabahasa dalam bahasa Melayu adalah satu peraturan atau sistem yang digunakan sama ada ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Bagi mendalami bidang liguistik bahasa Melayu, kita haruslah memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa iaitu bidang morfologi dan sintaksis.

2.1.Definisi Morfologi.

2.1.1.MenurutNik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya.

2.1.2MenurutKamus Dewan Edisi 4, Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna.

2.1.3Secara ringkas,Raminah Haji SabrandanRahim Syamtelah menyetujui bahawa Morfologi adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa kajian tentang bahasa adalah meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk juga proses pembentukandan strukturayat.

2.1.4MenurutSamsu YaacobdalamSenarai Semak Sistem Ejaan danTatabahasa BahasaMelayu ( Edisi Kemas Kini ),morfologi dapat dijelaskan sebagai bidang linguistik yang mengkaji bentuk-bentuk kata dan proses pembinaannya. Unit-unit morfologidapat dibahagikan kepada morfem terikat dan morfem bebas. Pembentukan kata yang turut dikaji dalam bidang moforlogi ialah pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk.

2.1.5Pengertian atau definisi morfologi menurutMarzukhi Nyak Abdullahialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata ataupun bentuk-bentuk kata yang diujar. Seterusnya, morfologi juga ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok struktur kata serta kesan-kesan perubahan struktur kata terhadap golongan kata dan maksud perkataan.

2.1.6Morfologi mengikut pandanganPitsamai Intrachatdalam bukunyaSintaksis Predikat Dalam Bahasa Melayu, ialah kajian tentang sruktur kata yang melibatkan morfem dan kata. Gabunganunit-unit tatabahasa yang terkecil yang terdiri daripadamorfem bebas dan morfem terikat akan menghasilkan bunyi ujaran yang berfungsi dan lebih bermakna.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu bahasa, jelaslah bahawa morfologiialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada pembentukan kata dan jenis-jenispenggolongan kata . Selain itu, morfologi juga adalah kajian ilmu bahasa yang memperjelaskan lagi fungsi dan maksud penggunaan kata yangdiujarkan. Dalam kajian ilmu linguistik, setiap morfem berfungsi gramatis dan penggunaan kata yang betul dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat yang gramatis juga. Morfologi juga dapat dinyatakan sebagai proses penyusunan morfem secara berperaturan. Proses pembentukan perkataan dari unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui proses pengimbuhan sama ada melibatkan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau pun imbuhan sisipan.Hasil daripada susunan beberapa morfem akan menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganti nama.

2.2.Definisi Sintaksis.

2.2.1.Menurut kamusDewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistikyang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat

2.2.2 :MenurutNik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatuayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikataatauayat yang membentuk klausa dan frasa.

2.2.3 :Syarifah Nor Syedmerujuk kepadaBahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksisdijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukumtatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna.

2.2.4 :Dr Ali MahmooddanMunsyi Zainal Abidin Kasimdalam bukuMorfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayumenerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.

2.2.5 :MenurutSamsu YaacobdalamSenarai Semak Sistem Ejaan danTatabahasa BahasaMelayu ( Edisi Kemas Kini ),sintaksis adalah suatu bidang linguistikyang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna.

Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapifrasa nama, frasa kerja, frasa adjektif ataufrasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.

2.0ANALISIS ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BERDASARKAN PETIKAN MINDA PENGARANG .

Berdasarkan penulisan pada ruanganMinda Pengarangyang dipetik daripada akhbarBerita Harianbertarikh11 Oktober 2010, berikut adalah kajian dan analisis yang menyentuh aspek morfologi dan sintaksis .

3.1Aspek Morfologi.3.1.1 :Struktur perkataanialah susunan bentuk-bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit-unit terkecil dalam tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dinamakan morfem. Fungsi morfem adalah menjalankan tugas nahu. Setiap perkataan yang dihasilkanterdiri daripada satu morfem atau pun lebih . Morfem terbahagi pula kepada 2 jenis iaitu morfem bebasyang boleh berfungsi secara sendirian dan morfem terikat yang digabungkan dengan morfem-morfem lain untuk menjadi lebih bermakna.Contoh-contoh morfem yang boleh dilihat daripada bahan kajian ialah :

PerkataanJenis morfemBilangan morfem

KitaMorfem bebas1 morfem =kita

Pihakmorfem bebas1 morfem =pihak

CalonMorfem bebas1 morfem =calon

DesakanMorfem terikat2 morfem =desak + an

MerangkapMorfem terikat2 morfem =me + rangkap

DakwaanMorfem terikat2 morfem =dakwa + an

KedudukanMorfem terikat3 morfem =ke + duduk + an

DisediakanMorfem terikat3 morfem =di + sedia + kan

BerasaskanMorfem terikat3 morfem =ber + asas + kan

PenambahbaikanMorfem terikat4 morfem =pen + tambah + baik + an

MemperbaikiMorfem terikat4 morfem =mem + per + baik + i

berketrampilanMorfem terikat4 morfem =ber + ke + trampil + an

3.1.2 :Bentuk kataialah bunyi ujaran atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa. Perkataanterhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan lambang-lambang huruf. Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud . Setiap kata yang gramatis memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis bentuk kata iaitu kata tunggal,kata terbitan/ pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda.

a)Bentuk Kata Tunggal:

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terhasil daripada satu morfem atau satu kata dasar. Kata tunggal tidak menerima sebarang bentuk imbuhan serta tidak mengalami proses pengandaan dan pemajmukan. Selain itu, bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih. Contohnya :

Satu suku kataDua suku kataTiga suku kataEmpat suku kataLima suku kata

Pun

Dan

Yang

Gus

Ia

Rendah

Sudah

Akan

Dengan

Sistem

Baru

Mahu

Pakai

Format

Segi

Bentuk

Subjek

Kira

Bidang

Sivik

Hanya

Aspek

Calon

Jika

Markah

Kita

Yakin

Dapat

Pihak

Sikap

Pilih

Kasih

Tidak

Mampu

Hati

Wakil

Sektor

Swasta

Ahli

Tokoh

Langsung

Satu

Saja

Ini

Anak

Pada

Insan

juga

atau

apa

namun

sahsiah

Ujian

Kelmarin

Timbalan

Perdana

Menteri

Bahawa

Sedikit

Kerana

Mulai

Prestasi

Pelajar

Selama

Soalan

Agensi

Sendiri

Sejajar

Supaya

Iaitu

Tiada

Malaysia

Pelbagai

Desakan

Dakwaan

Mengambil

Apatah

Teliti

Lagi

Adalah

Bersaing

Sementara

Akademik

Integriti

Aktiviti

Komposisi

Pemarkahan

Kerajaan

Memadai

Pelajaran

Perubahan

Pentaksiran

Memastikan

Memuaskan

Berteraskan

Menggunakan

Keputusan

Pencapaian

Pelajaran

Pemberian

Berteraskan

Beberapa

Utama

Ditangani

mekanisme

Peperiksaan

Penambahbaikan

Persekolahan

Kementerian

b)Bentuk Kata Terbitan :Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan . Bentuk kata dasar atau kata tunggal akan digandingkan dengan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan atau imbuhan apitan. Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri malah perlu dicantumkan dengan dengan kata tunggal atau kata dasar untuk menghasilkan maksid yang lebih bermakna. Proses pengimbuhan akan menhasilkan 4 bentuk kata terbitan iaitu :

a)Kata terbitan berawalan

b)Kata terbitan berakhiran

c)Kata terbitan bersisipan

d)Kata terbitan berapitan

Contoh-contoh bentuk kata terbitan yang boleh didapati daripada bahan kajian ialah seperti :

Jenisbentuk kata terbitanContoh perkataan

Kata terbitan awalan kata namapelajar/perintis /

Kata terbitan awalan kata kerjaterjawab / terpilih /termasuk/mengelak /terancam/ mengukur/mengambil/melihat/

Kata terbitan awalan kata adjektif

mendalam/berjaya/

Kata terbitan akhiran kata namasoalan /

Kata terbitan akhiran kata kerjadakwaan /desakan/pandangan/bantahan/tindakan /

Kata terbitan apitan kata namakementerian / pelajaran / persekolahan / penggredan / pemarkahan/pendidikan/pemarkahan /

Kata terbitan apitan kata kerjapemberian / peperiksaan /membangunkan / perancangan/ mengurangkan /memperbaiki/mengumumkan/pengajaran / pembelajaran /

Kata terbitan apitan kata adjektifkegagalan / kecemerlangan / kemajuan /separuh /

Kata terbitan sisipan kata nama( contoh tiada dalam teks )

Kata terbitan sisipan kata adjektif( contoh tiada dalam teks )

c)Bentuk Kata Ganda :Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar. Proses pengulangan dan pengandaan ini menghasilkan bentuk pengandaan penuh, pengandaan separa dan pengandaan berentak . Bentuk kata ganda penuh ialahmengandakan keseluruhan kata dasar sama disertai imbuhan atau pun tanpa imbuhan. Penggandaan sebahagian daripada kata dasar akan menghasilkan kata ganda separa. Manakala kata ganda berentak pula ialah pengulangan vokal atau konsonan pada kata dasar.

Contoh bentuk kata ganda yang diperolehi dari bahan teks yang dikaji ialah seperti berikut :

Jenis kata gandaContoh kata ganda

Kata ganda seluruhTeka-teki/mana-mana/kedua-dua

Kata ganda separa(Tiada dalam teks)

Kata ganda berentak(Tiada dalam teks)

Setelah dibuat analisiske atas bahan teks kajian, penggunaan bentuk kata ganda yang digunakan oleh penulis hanya bentuk kata ganda seluruh sahaja. Oleh itu, beberapa contoh bentuk kata gandayang boleh ditunjukkan ialah seperti berikut :

a)kata gandaseluruh= berlari-larian/murid-murid /rama-rama /tersenyum-senyum /

b)kata ganda separa= lelaki/ jejentik/pepohon/bebola / kekuda/ sesawang /

c)kata ganda berentak= terang-benderang/licin-licau / batu-batan /kering-kontang /

d)Bentuk Kata majmuk :Bentuk kata majmukboleh ditakrifkan sebagai bentuk kata yang mengalami proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih . Pembentukan kata majmuk akan membawa makna yang baru jika dibandingkan dengan makna asal kata dasarnya. Ciri-ciri yang ada pada kata majmuk ialah perkataan ini dieja terpisah tetapi berfungsi senagai satu unit. Kata majmuk juga tidak boleh menerima sebarang imbuhan sisipan atau unsur-unsur lain. Pembentukan kata majmuk terbahagi kepada3 kelompok iaitu rangkaian kata bebas , istilah khusus dan kiasan yang meliputi simpulan bahasa.

Hasil daripada analisis ke atas teks kajian ini, didapati tidak ada sebarang penggunaan bentuk kata majmuk yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan isi kandungan teks. Walau bagaimana pun, berikut adalah beberapa contoh yang boleh di terima sebagai bentuk kata majmuk .

a)Rangkaian Kata Bebas=gambar rajah / jalan raya / alat tulis / terima kasih /

b)Istilah Khusus=lut sinar / garis pusat / tabung uji /cakera padat /

c)Kiasaan ( simpulan bahasa)=buah hati / anak emas / berat tulang / duit kopi /

3.1.3 :Pengolongan KatamenurutNik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Pengolongan kata ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari aspek fonologi atau bunyinya,struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik. Terdapat beberapa pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang berbeza berkaitan dengan kelompok penggolongan kata.Tatabahasa Dewan ( 1996 )telah mengkategorikan bentuk golongan kata kepada 4bahagian iaitu :

a) Golongan Kata Nama

b) Golongan Kata Kerja

c) Golongan Kata Adjektif

d) Golongan Kata Tugas.

a)GolonganKata Nama:Kata nama adalah merujuk kepada sejumlah perkataan yang menjadi unsur utamadalam binaan frasa. Lazimnya,kata nama menerangkan nama orang, benda atau konsep. Kata nama boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitukata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama .Katanama khasialah kata nama yang merujuk kepada nama orang dan nama sesuatu benda yang ditulis dengan ejaan huruf besar dipangkal perkataan.Kata nama ampula merujuk kepada benda, orang atau perkara yang umum sifatnya. Manakalakata ganti namapula terbahagi kepada kata ganti nama diri yang merujuk orang dan kata ganti nama tunjuk yang menerangkan benda atau perkara yang dirujuk. Ciri-ciri yang boleh dikesan pada kata nama ialah kata nama boleh didahului dengan pendojoh bilangan dan boleh dibilang. Selain itu, kata nama dapat dirangkaikan bersama frasa adjektif agar lebih jelas maksudnya. Proses pengimbuhan kata nama bersama imbuhan awalan peN dan akhiran wan dapat digabungkan untuk menghasilkan suatu kata yang lebih jelas maknanya.

Contoh kata ganti nama yang diperolehi ialah seperti berikut :

Kata Nama AmKata Nama KhasKata Ganti Nama

Kata Nama Am Hidup-Menteri

-Pelajar

-Calon

-TokohKata Nama Khas Hidup-Tan Sri Muhyiddin Yassin

-Timbalan Perdana Menteri

-Menteri PelajaranKata Ganti Diri-Kita

-Nya

-Mana-mana

Kata Nama Am Tak Hidup-Ujian

-Subjek

-Aktiviti

-Sekolah

-Wakil

-Peperiksaan

-Kementerian

-Agensi

-Kerajaan

-AkademikKata Nama Khas Tak Hidup-Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

-Sijil Pelajaran Malaysia

-Lembaga Peperiksaan Malaysia

-Penilaian Menengah RendahKata Ganti Tunjuk-Ini

-itu

b)GolonganKata Kerja:

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa kerja dan boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek , pelengkap dan keterangan.Zaaba( 1965 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang perbuatan atau mengerjakan sesuatu. Kata kerja diabagikan kepada 2 kategori iaitu ; kata kerja tidak transitif dan kata kerja transitif

Kata Kerja TransitifKata Kerja Tidak Transitif

Kata kerja transitif aktif-mengumumkan

-memuaskan

-memansuhkan

-mengunakan

-memperbaiki

-melakukan

-menyarankan

Kata kerja tidak transitif berpelengkap-memadai

-dipantau

-dibuat

-dikekalkan

Kata kerja transitif pasif-diguna

-ditangani

-disediakan

Kata kerja tidak transitif tanpa pelengkap-peperiksaan

-berkemahiran

-dimansuhkan

c)Golongan Kata AdjektifKata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa adjektif. Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan mudah dikenali kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai katahadapannya. Kata penguat yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialahamat, sangat, sungguh, palingataunian. Selain itu, imbuhan awalan ter dan sesesuai digunakan diawal kata adjektif bagi menerangkan maksud yang lebih jelas.Contoh : terbaik, terkaya, seharum, secantik. Frasa adjektifboleh digandakan dengan kata awalan se dan akhiran nya unutk menjelaskan maksud yang lebih bermakna. Contoh : sedalam-dalamnya , setinggi-tingginya.

Selain itu, kata adjektif juga boleh disertai kata nafi seperi bukan atau tidak. Berdasarkan kenyataan yang dibuat olehNik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan, kata adjektif dapat dikelaskan kepada 9 jenis. Namun begitu, hasil daripada kajian yang dibuat pada bahan teks ini, kata adjektif yang digunakan oleh penulis hanya menyentuh sebahagian kecil jenis kata adjektif sahaja.

Contoh-contoh kata adjektif yang diperolehi dari teks ialah :

Jenis kata adjektifContoh kata adjektif

Kata adjektif keadaanBerjaya/moden/

Kata adjektif warna(tiada dalam teks )

Kata adjektif ukuranMendalam/depan/

Kata adjektif bentuk( tiada dalam teks )

Kata adjektif waktuBaru/

Kata adjektif jarak( tiada dalam teks )

Kata adjektif caraTeliti/

Kata adjektif perasaanKasih/yakin/

Kata adjektifpancaindera( tiada dalam teks )

d)Golongan Kata TugasLazimnya kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas agar struktur dan maksud ayat menjadi lebih bermakna dan jelas. Secara ringkasnya kata tugas dapat dikelompokkan kepada 4 fungsi utama iaitu :

a)Kata Penyambung Ayat

b)Kata Praklausa

c)Kata Prafrasa

d)Kata Pascakata

Berikut adalah contoh-contoh kata tugas yang diperolehi daripada bahan kajian:

Kata tugasContoh kata tugas

Kata penyambung ayat-Kata hubung gabungan

-Kata hubung pancangan

-dan/atau/sebaliknya/ kemudian/

-yang/kerana/supaya/untuk/sebelum/selepas/walaupun / namun /

selain itu/

Kata praklausa-kata seru

-kata tanya

-kata perintah

-kata pembenar

-kata pengkal ayat

( tidak ada dalam teks )

Ayat prafrasa-kata bantu

-kata penguat

-kata penegas

-kata nafi

-kata pemeri

-kata sendi nama

-kata arah

-kata bilangan

-kata adverba

-telah/ hendak/ akan/

-agak/

-apatah/

-tidak/bukan

-ialah/adalah/

-di/ke/dari/ untuk/pada / bagi/

-sudut/

-Semua/beberapa/

-( tiada dalam teks )

Kata pascakata-Kata penekan

-Kata pembenda

-tentunya/sebaliknya

-calonnya/

3.2Aspek SintaksisDalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkatpembentukan konstruksi ayat yang melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripadasatu gabungan dan susunan unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjekialah Frasa Nama manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek.

Contoh :EncikAhmadiamatrajindancekapdalamtugasnya.

(Subjek=Frasa nama)( Pradiket = keterangan )

3.2.1Ragam AyatBinaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satuayat dasaryang menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain . Jenis ayat-ayat lain ialahayat terbitaniaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur frasa pada subjek dan pradiketnya. Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.Ayat aktifialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek.Ayat pasifpula mengutamakan subjek terbitan sebagai unsur diterang .

Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau bagaimanapun, contoh-contohayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini.

Ayat aktif:

a)Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.Subjek ( Frasa nama )Kata KerjaPradiket (Keterangan)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkapMenteri Pelajaran-mengumumkan

-bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan

sedikit penambahbaikan

b)Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah.SubjekKata kerjaKeterangan 1Keterangan 2

Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysiaakan memastikanaspek integriti pentaksiransupaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah.

c)Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.SubjekKata kerjaKeterangan 1Keterangan 2

Kementerian Pelajaranturut melakukanujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalubagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

3.2.2Jenis-jenis AyatDalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah meliputi struktur dan jenis-jenis ayat. Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis. Ayat-ayat yang berbeza ini memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis ayat yang dimaksdkan ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah.

a)Ayat penyataAyat penyata diucapkan untuk membuat sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.Contoh:

i)Jiran saya seorang lelaki berbangsa Cina.

ii)Mereka datang bertiga.

iii)Saya tidak akan hadir.

b)Ayat TanyaAyat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat oenyata kerana ayatbtanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal ataumengemukan pertanyaan dan jugamendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya boleh digunakan tanay atau tanpa kata tanya. Contoh ayat tanya ialah :

a)Siapakah yang datang bersama awak ?

b)Apa khabar ? Sihat ?

c)Lukisan ini berharga seribu ringgit ?

d)Ayat SeruAyat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru dikahir ayat dankata seru dipangkal ayat untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan.Ayat seru dilafazkan dengan nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Contoh:

a)Oh, Tuhanku !

b)Amboi, berseri-seri dari tadi !

c)Eh, awak lagi !

d)Ayat PerintahAyat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada seseorang. Fungsi ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan . Contohnya :

a)Jangan pijak rumput.

b)Sila datang lagi.

c)Tolong matikan suiz.

Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak mengguna ayat jenis ayat penyata dan tidak terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya..Contoh ayat penyatayang dikesan dalam bahan kajian ialah :

a)Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru denganbeberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.b)Pelajar, guru dansekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perunahan baru yang dicadangkan itu.c)Pendidikan adalah proses membangunkun insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam.d)Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilain Menengah Rendah sudah pun terjawab.e)Antara perubahan yang dicadang termasuklah mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.3.0Refleksi DaripadaAnalisis.Satu analisis dan kajian tentang morfologi dan sintaksis telah dihasilkan berdasarkankepada petikanMinda Pengarangyang bertajukSistem Baru Ganti PMR Mampu Kurangkan Tekanan Peperiksaandiambil dariBerita Harianbertarikh 11 Oktober 2010. Setelah dibuat penelitian dan kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan yang sesuai untuk bacaan umum khasnya golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah kerana keterangan isi kandungannya yang jelas dan disokong pula oleh penggunaan kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat juga.

Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang mudah dan jelas maknanya. Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun penerangan maksud kata ini jelas diberikan. Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang tepat dan sesuai dengan maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan bahan teks ini mudah difahami pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula isu yang diutarakan oleh penulis adalah isu penting yang menjadi bualan dan sering didebatkandikalanganibu bapa, orang ramai dan para guru khasnya.

Walaupun penulis menggunakan ayat-ayat kompleks iaitu ayat-ayat yang panjang , namun ia tidak menimbulkan kesukaran kepada para pembaca untuk memahami maklumat atau isu yang dibincangkan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat aktif. Ayat aktif mengutamakan subjek dan objek dandisokong dengan pradiket yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat pembaca untuk terus membaca.

Jenis ayat yang diguna hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Tidak ada sebarang unsur-unsur ayat tanya, ayat serumahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan isu yang dibincang oleh penulis dan dianggap sesuai dengan artikel jenis perbincangan ini. Sekiranya jenis ayat seru atau ayat perintah yang digunakan, sudah tentu artikel ini akan kedengaranagak janggal.

5.0PenutupTatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.