Murid Cerdas Dan Masalahnya

32
BAB 3: SIAPAKAH INDIVIDU PINTAR CERDAS MEMAHAMI UJIAN KECERDASAN Kita telah memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita, rakan kita, keluarga kita ataupun mana- mana individu. Untuk memahami siapakah individu pintar cerdas, kita perlu memahami beberapa konsep yang lain lagi. Siapakah individu pintar cerdas? Individu dengan kecerdasan yang luar biasa dikatakan pintar cerdas dan kita telah memahami konsep-konsep kecerdasan. Untuk memahami siapakah pelajar pintar cerdas kita perlu memahami beberapa konsep yang asas ini: pintar cerdas, keluarbiasaan dan kecerdasan. Sternberg, seorang pengkaji kecerdasan menggariskan 5 ciri-ciri konsep pintar cerdas: - Kecemerlangan (Excellence): bermaksud sangat menonjol dalam bidang / kebolehan tertentu. - Keluarbiasaan (Rarity): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakan. - Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat. - Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. - Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai / dianggap penting oleh masyarakat. Dari 5 kriteria ini, kita boleh melanjutkannya: - Kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan. - Keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza, hanya dimiliki oleh sebilangan kecil populasi. - Ia diukur melalui hasil kerja bukannya potensi. Dari kerja, kita dinilai. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti. - Definisi ini mesti produktif dari segi akademik, ia boleh dikaji, boleh didefinisikan secara operasional. Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal / falsafah semata-mata.

Transcript of Murid Cerdas Dan Masalahnya

Page 1: Murid Cerdas Dan Masalahnya

BAB 3: SIAPAKAH INDIVIDU PINTAR CERDAS

MEMAHAMI UJIAN KECERDASAN

Kita telah memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita, rakan kita, keluarga kita ataupun mana-mana individu. Untuk memahami siapakah individu pintar cerdas, kita perlu memahami beberapa konsep yang lain lagi.

Siapakah individu pintar cerdas? Individu dengan kecerdasan yang luar biasa dikatakan pintar cerdas dan kita telah memahami konsep-konsep kecerdasan. Untuk memahami siapakah pelajar pintar cerdas kita perlu memahami beberapa konsep yang asas ini: pintar cerdas, keluarbiasaan dan kecerdasan. Sternberg, seorang pengkaji kecerdasan menggariskan 5 ciri-ciri konsep pintar cerdas:

- Kecemerlangan (Excellence): bermaksud sangat menonjol dalam bidang / kebolehan tertentu. - Keluarbiasaan (Rarity): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakan. - Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat. - Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. - Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai / dianggap penting oleh masyarakat.

Dari 5 kriteria ini, kita boleh melanjutkannya:

- Kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan. - Keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza, hanya dimiliki oleh sebilangan kecil populasi. - Ia diukur melalui hasil kerja bukannya potensi. Dari kerja, kita dinilai. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti. - Definisi ini mesti produktif dari segi akademik, ia boleh dikaji, boleh didefinisikan secara operasional. Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal / falsafah semata-mata. - Ia dicirikan faktor budaya, ia bukan bebas dari nilai setempat / semasa.

Cuba fikirkan: merujuk kepada 5 piawaian tersebut, adakah seorang pelajar yang mendapat 16 A dalam SPM adalah pintar cerdas? Adakah remaja yang menjadi usahawan pada umur 16 tahun seorang yang pintar cerdas? Adakah mereka memenuhi 5 kriteria tersebut?

Mengikut model Renzulli, seorang yang dikenalpasti sebagai pintar cerdas mesti memenuhi 3 syarat ini: 1) Kebolehan intelek yang tinggi, 2) kreativiti yang tinggi dan, 3) komitmen kerja yang tinggi. Perhatikan Renzulli menegaskan kepentingan faktor / syarat bukan intelek sebagai sebahagian yang teras dalam konsep

Page 2: Murid Cerdas Dan Masalahnya

kepintarcerdasannya. Berbeza dengan idea Sternberg, 3 syarat yang diketengahkan oleh Renzulli merupakan aspek yang boleh dipupuk dan dilatih melalui pendidikan. Mungkin sekolah perlu memupuk kepintarcerdasan, bukan memberi maklumat semata-mata.

Apakah maksud keluarbiasaan? Dari segi psikologi, mereka yang paling cerdas, dengan kecerdasan yang lebih tinggi daripada 98th persentil populasi dikatakan pintar cerdas. Sebenarnya tiada skor yang tertentu sebagai kayu pengukur disebabkan cara mengukur yang berbeza-beza pada ujian IQ yang berbeza. Yang pentingnya adalah di mana letaknya skor anda dalam populasi. Contohnya had atasan (markah tertinggi) bagi ujian IQ bagi Raven Progressive Matrices adalah 180, bagi ujian yang lain seperti ujian IQ Stanford Binet, adalah mungkin anda mendapat markat lebih dua ratus. Prinsipnya adalah anda lebih cerdik daripada 98th persentil (atau kriteria lain) daripada populasi yang diukur menurut ujian IQ tertentu. 98th persentil ini bukan tetap, bergantung kepada kriteria yang lebih ketat (contohnya 99.9th persentil) atau lebih longgar yang digunakan (contohnya 97th persentil).

Dengan kata lain, kepintarcerdasan adalah bersifat relatif. Cerdas atau tidak hanyalah satu perbandingan dengan orang lain: setakat mana anda lebih baik berbanding dengan orang lain dalam populasi? Populasi yang dimaksudkan di sini merujuk kepada mereka yang sebaya dengan anda. Pada satu ekstrim kecerdasan manusia lagi, terdapat golongan terencat akal. Mereka yang kerencatan akal memiliki dua ciri ini: kecerdasan yang lebih rendah daripada normal, dengan itu bermasalah penyesuaian diri dengan cabaran hidup yang asas.

Piawaian 98th persentil hanyalah satu kriteria yang digunakan, mengikut keperluan dan tujuan pendidik atau pengkaji, piawai yang lebih longgar atau lebih ketat seperti 95th persentil atau 99.9th persentil populasi mungkin digunakan. Tiada garis pemisah yang jelas bagi membezakan dua golongan ini: pintar cerdas dan bukan pintar cerdas. Di antara ini terdapat pula golongan yang hampir pintar cerdas (near giftedness). Kecerdasan manusia bukan bertahap-tahap tetapi memperlihatkan satu kesinambungan daripada yang paling rendah ke yang paling tinggi. Dalam satu ujian kecerdasan, soalannya akan menjadi semakin mencabar sehingga individu yang biasa tidak mampu menyelesaikan 50% soalan tersebut. Biasanya dalam ujian IQ yang konvensional ada sub-ujian, markah keseluruhan adalah jumlah markah sub-ujian.

Setakat ini, konsep kecerdasan yang dibincangkan dirujuk kepada markat ujian

IQ. Ini adalah berdasarkan dua andaian. Pertama, kecerdasan adalah sejenis kuantiti / amoun. Ia boleh diukur seperti suhu dan boleh digambarkan oleh satu nilai (nombor). Kedua, setiap sela dalam skala ukuran (unit) ini mempunyai sela yang sama supaya dibuat perbandingan antara markat ini. Apakah maksud ini?

Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan makna

Page 3: Murid Cerdas Dan Masalahnya

yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi. Adakah kita pasti tentang hal ini? Sebenarnya, kita belum pasti lagi tentang hal ini (Fraenkel & Wallen, 1990). Begitu juga kita tidak boleh mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik daripada mereka yang mempunyai IQ 60. Ini kerana tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ (tidak terdapat 0 IQ). (Bhasah Abu Bakar, ms 10)

Dua andaian ini adalah susah dibuktikan, menyebabkan ujian IQ selalu dikritik kesahannya: adakah apa yang diukur oleh ujian IQ ini adalah kecerdasan? Atau ianya sesuatu yang lain? Ataupun apa yang dapat diukur hanyalah sebahagian kebolehan mental kita? Walaupun terdapat banyak kritikan ini, disebabkan keperluan mengkuantitikan apa yang kita kaji dalam kajian saintifik, mereka yang menentang skor IQ juga menggunakan skor IQ ini. Bayangkanlah tanpa skor IQ, bolehkah kita mengenalpasti siapakah golongan pintar cerdas dengan objektif, pasti dan yakin?

Item yang biasa dalam ujian kecerdasan adalah seperti soalan analogi (contohnya, petani: menanam = nelayan: ?), perbendaharaan kata, mengingati nombor / ayat, memberi definisi kepada konsep atau objek, soalan logikal / matematik, memberi alasan / sebab, mengenalpasti persamaan dan perbezaan, mengisi gambar dalam petak kosong bagi satu siri gambar / corak. Markah sub-ujian ini dijumlahkan untuk mendapat jumlah markah. Ujian kemasukan universiti seperti SAT tidak dianggap sebagai ujian kecerdasan, tetapi ujian pencapaian sebab markah dapat dipertingkatkan dengan banyak melalui latihan. Biasanya kita membezakan ujian pencapaian (markah sekolah, SAT, GRE) daripada ujian kebolehan (ujian IQ). Tetapi sebenarnya, kalau kita banyak melatih untuk mana-mana ujian kebolehan, markah itu juga boleh dipertingkatkan. Oleh itu, kandungan ujian kebolehan adalah dianggap sulit, dan dilarang mengambil banyak kali ujian IQ dalam masa singkat.

Pada pendapat anda, kenapa ujian kemasukan kolej di Amerika adalah ujian pencapaian, bukannya ujian kebolehan? Ini adalah sebab faktor bukan kecerdasan adalah penting kepada kemasukan kolej. Apa yang dipelajari dan usaha pelajar untuk mencapai skor tinggi juga penting dalam kejayaan akademik di IPT. Sebenarnya ujian kecerdasan yang berbeza mengukur aspek yang berlainan dan susah untuk kita menyatakan mereka mengukur sesuatu yang sama (kecerdasan).

Secara tradisi, markah IQ dikatakan perbandingan antara umur mental dan umur kronologikal, atau umur mental dibahagi dengan umur kronologikal. Katakanlah seorang remaja 12 tahun yang umur mentalnya 18 tahun, maka markat IQnya adalah 18 /12, iaitu 1.5. Dalam pengiraan markat IQ, kita cuba mendarabkan nilai itu dengan 100 untuk menghapuskan tempat perpuluhan, dengan itu kita mendapat markah 1.5x100= 150. Remaja itu adalah seorang yang agak pintar cerdas. Kita menganggap 100 adalah markah purata dan juga markah mod (majoriti) dalam tahap kecerdasan (umur mental sama dengan umur kronologikal).

Pada masa sekarang konsep ini tidak lagi digunakan lagi. Realitinya kecerdasan purata manusia selalu meningkat. Kalau kita terus menggunakan konsep ini, kita akan mendapat satu masalah iaitu A yang mendapat skor 100 pada 2005 adalah jauh lebih

Page 4: Murid Cerdas Dan Masalahnya

pintar daripada B yang mendapat skor 100 pada 1970. Konsep ini juga tidak sesuai menggambarkan kecerdasan orang dewasa (umur mental pada umur 50, 55 dan 70 tahun?, adakah seorang yang berumur 70 lebih cerdik daripada seorang yang berumur 50?). Sekarang ini kita mengira kecerdasan berdasarkan skor kita berbanding dengan berjuta-juta orang lain yang juga mengambil ujian tersebut. Kedudukan kita dalam populasi ditentukan melalui persentil. Ujian IQ perlu diubahsuai dari semasa ke semasa untuk menggambarkan perubahan masa, sebab manusia selalu menjadi lebih cerdik dari satu generasi ke generasi yang lain.

Dengan adanya pelbagai jenis ujian kecerdasan dengan skema permarkahan yang berbeza, kita tidak boleh membandingkan skor antara ujian kecerdasan. Biasanya kita membandingkan persentil, contohnya 98th persentil dalam ujian kecerdasan A dan sebagainya. Had atasan ujian yang berbeza juga berbeza. Persentil atau kedudukan dalam populasi lebih penting daripada markah. Situasi ini boleh digambarkan dengan senario begini: katakanlah kertas Sejarah anda mendapat markah 60, kertas Sains pula mendapat 50. Bolehkah kita mengatakan anda lebih pandai dalam Sejarah berbanding Sains? Sebenarnya tidak boleh, sebab kita perlu membandingkan markah kita dengan markah murid yang lain dalam kelas. Kalau kebanyakan rakan anda mendapat markah yang rendah dalam Sains (dengan kata lain, ujian Sains ini adalah sangat mencabar), mungkin kamu antara pelajar yang canggih dalam Sains! Untuk membandingkan skor pada ujian yang berbeza, kita menggunakan konsep sisihan piawai. Katakanlah dalam kelas anda hanya terdapat 5 pelajar, markah untuk dua subjek ini adalah seperti yang berikut: 

Murid Sejarah Sains

Anda 60 50 B 62 30C 48 45D 64 30E 56 45F 58 40

Kita mendapati markah anda adalah lebih tinggi daripada markah purata bagi kedua-dua kertas ini. Sisihan piawai adalah purata perbezaan setiap skor dengan markat purata (58 dan 40). 

Perbezaan skor dengan purata

Sejarah (purata = 58) Sains (purata = 40)

Anda /60-58 / = 2 /50-40 / = 10 B /62-58 / = 4 /30-40 / = 10

C /48-58 / = 10 /45-40 / = 5 D /64-58 / = 6 /30-40 / = 10 E /56-58 / = 2 /45-40 / = 5 Purata perbezaan (sisihan piawai)

= (2+4+10+6+2) / 5 = 24 / 5 = 4.8

= (10+10+5+10+5) / 5 = 40 / 5 = 8

Page 5: Murid Cerdas Dan Masalahnya

Sisihan piawai yang lebih besar bagi subjek Sains menunjukkan markah yang agak berbeza sesama murid kelas anda dalam subjek ini. Dengan kata lain, perbezaan yang agak ketara dalam pencapaian subjek ini. Sebaliknya SP yang lebih kecil bagi Sejarah menunjukkan markah semua pelajar agak dekat.

Untuk menjawab samada Sains anda lebih baik daripada Sejarah atau sebaliknya kita perlu mengira lebihan markah subjek berbanding markat purata dalam unit sisihan piawai (SP). Skor ini juga disebut sebagai skor-Z.

Sejarah : (markah Sejarah / markah purata Sejarah) / sisihan piawai (60-58) / 4.8 = 0.42 SP, Markah anda adalah 0.42 SP lebih tinggi daripada markah purata

Sains : (markah Sains / markah purata Sains) / sisihan piawai (50-40) / 8 = 1.25 SP Markah anda adalah 1.25 SP lebih tinggi daripada markah purata

Jelaslah Sains anda adalah lebih baik daripada Sejarah (sebagai perbandingan dengan pencapaian rakan kelas anda).

Dalam ujian kecerdasan, SP biasanya adalah 15 atau 16 poins (tetapi tidak semestinya). Katakanlah IQ anda adalah 175, maka kecerdasan ini adalah (175-100) / 15 SP = 5 SP lebih tinggi daripada populasi, satu skor kecerdasan yang sangat tinggi. Kebaikan konsep ini adalah ia memungkinkan perbandingan antara subjek bagi seorang murid; dan juga perbandingan subjek yang berlainan bagi dua orang pelajar yang berbeza, contohnya Sains pelajar B dibandingkan dengan Sejarah pelajar E. Inilah konsep yang digunakan dalam ujian IQ, bagi ujian Stanford Binet, SP adalah 16, bagi ujian Weschler, SP ialah 15 dan dalam skala Cattel, SP ialah 24 (Salny, ms 5).

A. INDIVIDU DARI LATAR BELAKANG SOSIO EKONOMI RENDAH

Dia gugur dari sekolah menengah dan menghadapi masalah kemurungan. Tillie Olsen menghabiskan kebanyakan masa hidupnya di San Francisco, di mana dia membesarkan empat orang anak dengan upah kerja yang sedikit. Kolej saya adalah dunia kerja, tanggungjawab keibuan, cabaran hidup dan kesusasteraan. Buat masa yang lama Olsen tidak dapat menulis sehingga pada pertengahan empat-puluhan apabila anak bongsunya hadir ke sekolah rendah.

Bukunya mendapat banyak anugerah, beliau pernah mengajar di Amherst College, Stanford Universtiti, MIT, University of Massachuettes dan lain-lain. Beliau seorang aktivis dan feminis.

Page 6: Murid Cerdas Dan Masalahnya

[Dipetik dan diubahsuai dari: Working It Out: 23 women writers, artists, scientists, and scholars talk about their lives and work, ms 344]

Rohaya Abu Bakar memahami apakah maksud keperitan hidup. Dibesarkan di setinggan, Rohaya bekerja 17 jam satu hari dan hidup dengan RM1.50 satu hari dengan nasi lemak dan secawan MILO demi melangsaikan hutang suaminya. Hidupnya berubah apabila mendapat biasiswa Commonwealth dan mendapat PhD dalam pengurusan pembinaan. Rohaya sekarang pakar runding ukur bahan yang memberi perkhidmatan kepada pelbagai projek yang melebihi RM 1 billion.

Dia tidak pernah menolak permintaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim piatu dan usahawan baru. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Wanita Tahunan oleh Institut Pengurusan Tun Dr Siti Hasmah.

[Dipetik dan diubahsuai dari: Poverty not a setback for gutsy woman, New Straits Times, 19 Nov ?05 (Sabtu), ms 14]

Dalam cerita Tillie Olsen, beliau tidak dapat menulis sebab masalah persekolahannya menjejaskan peluang dan keyakinannya. Selepas itu dia terpaksa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak serasi dengan keperluan kecerdasannya (lantaran kelayakan akademik yang rendah) demi menyara hidup keluarganya. Walau bagaimanapun, dia dapat mengatasi cabaran hidup dan menjadi penulis, aktivis dan ahli akademik yang menonjol.

Banyak yang menganggap kecerdasan yang tidak mendapat sokongan pada zaman kanak-kanak akan lenyap begitu. Zaman kanak-kanak dianggap zaman optimal. Dalam sejarah mencatatkan banyak individu yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan, kemiskinan dan menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada masanya. Ini tidak bermakna pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi semata-mata. Keadaan ini terutamanya benar bagi domain seperti kesenian, bahasa, muzik tetapi bukan dalam bidang seperti matematik dan fizik di mana banyak ahli matematik mencapai zaman kemuncak mereka pada umur dua-puluhan dan tiga-puluhan. Bagi golongan yang tertindas secara sosial ini, masalah inferioriti yang menghantui mereka memberi kesan yang berpanjangan terhadap (perkembangan) diri mereka kelak. Ia bukan setakat menjejaskan motivasi untuk mencapai lebih tinggi, yang lebih teruk lagi ia menjejaskan motivasi untuk belajar dan berubah langsung.

Bagi kes Tillie, pengalaman pahit ini menjadikannya sensitif kepada penindasan sosial yang dihadapi oleh minoriti dan menjadikannya sensitif kepada diskriminasi / penderitaan orang lain. Antaranya penindasan gender. Ini menjadikan karyanya dicorakkan oleh pengalaman hidup.

Bagi kes Rohaya, pengalaman kemiskinan tidak memberi kesan positif langsung kecuali usaha gigih dan semangat kental. Pengalaman ini menjadikannya menghargai kejayaannya dan mencari makna hidupnya. Kewangan hanya bersifat sementara dan

Page 7: Murid Cerdas Dan Masalahnya

tidak menjadi objektif hidupnya. Dalam kedua-dua kes ini, kemiskinan memberi kesan yang penting kepada perkembangan dua orang wanita ini. Bahagian ini menarik perhatian kepada beberapa konsep seperti penindasan sosial dan minoriti (kedua-dua orang miskin dan wanita adalah minoriti).

Satu kategori kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian para pendidik dan pekerja sosial adalah kanak-kanak pintar cerdas yang tertindas secara sosial. Mereka tidak mendapat galakan secukupnya dari keluarga untuk mengembangkan potensinya. Sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang miskin, bermakna mereka menghadapi masalah tambahan selain masalah sebagai kanak-kanak yang miskin. Antara masalah ini termasuklah keperluan kepada cabaran intelek yang tidak dapat dipenuhi. Kalau dia terlalu berbeza dengan ibubapa dan keluarga, ia akan membawa kepada konflik keluarga sebab tingkah lakunya tidak boleh difahami oleh orang lain.

Sebagai seorang pendidik, tugas guru bukan setakat mengajar. Antara kesedaran yang ada pada pendidik adalah membantu pelajar mencapai kejayaan dan kesejahteraan. Pencapaian akademik bukan ditentukan oleh kecerdasan, tetapi ia lebih kepada faktor persekitaran. Mereka yang berasal dari latar belakang status sosio-ekonomi yang tinggi, ibubapa yang berpelajaran tinggi dan prihatin senang mendapat apa yang terbaik untuk perkembangan mereka.

Sebaliknya pada satu ekstrim lagi, terdapat apa yang dikatakan pelajar yang berisiko tinggi. Disebabkan potensi yang tidak dicungkil, pelajar pintar cerdas dari status sosio-ekonomi rendah ini sering mencapai di bawah potensinya (rujuk kepada bahagian seterusnya yang membincangkan pencapai rendah pelajar pintar cerdas). Mereka seolah-olah pelajar pintar cerdas yang tidak dinampak (the invisible gifted). Dengan memberi sokongan yang berpatutan, mereka akan lebih maju ke depan.

Antara faktor risiko ini termasuklah jangkaan ibubapa (terhadap pencapaian anak) yang rendah, kemiskinan dan budaya keluarga yang buruk. Keadaan ini menjadikan jurang perbezaan antara generasi semakin membesar: mereka yang kaya semakin dan terus menjadi kaya, mereka yang miskin semakin miskin dan susah bersaing dengan golongan yang satu lagi.

Di negara ini, masalah perkauman merumitkan masalah ini: seolah-olah semua orang Melayu adalah golongan miskin. Kaum India diabaikan. Kalau kita mengenal status sosio ekonomi berdasarkan kaum, bukannya mengikut individu, ia merupakan sejenis generalisasi yang tidak dijustifikasikan. Dengan kata lain, ia merupakan sejenis diskriminasi sosial. Malangnya, diskriminasi ini yang menjadi teras dalam banyak dasar kerajaan. Padahal golongan miskin ini wujud pada mana-mana kaum. Diskriminasi ini seterusnya akan mewujudkan diskriminasi yang lain. Inilah masalah yang dihadapi negara ini.

Kriteria pemilihan kanak-kanak pintar cerdas dari SES rendah ini perlu dibezakan dengan mereka dari SES yang lebih tinggi. Seperti apa yang diterangkan dalam bahagian sebelum ini, kecerdasan adalah (diandaikan) bersifat mutlak, tetapi

Page 8: Murid Cerdas Dan Masalahnya

kepintarcerdasan adalah bersifat relatif (perbandingan dengan mereka yang dari latar belakang yang sama). Kalau kita membandingkan pencapaian pelajar 1% persentil dari latar belakang berbeza, sudah tentu pencapaian mereka berbeza, tetapi mereka adalah sama pintar dan cerdas.

 Bukan semua kanak-kanak yang berisiko ini akan membesar menjadi golongan yang bermasalah, segelintir daripada mereka akan mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup, menjadi golongan yang berpelajaran tinggi dan status ekonomi yang kukuh.

Mereka yang mengkaji mobiliti sosial ini menganggap rintangan kepada faktor risiko ini sebagai resiliensi. Faktor risiko ini termasuklah pengaruh rakan sebaya yang negatif, tahap pendidikan ibubapa yang rendah, gaya keibubapaan yang autokratik atau pasif (berlepas tangan), konflik keluarga, penyalahgunaan dadah dan budaya keluarga yang tidak sihat seperti inferioriti dan suka mengasingkan diri.

Terdapat beberapa faktor pelindung / resiliensi yang menjadikan individu kental menentang pengaruh yang buruk dan mencapai kesejahteraan. Antara faktor yang terpenting adalah kecerdasan yang tinggi dan sikap / kesedaran ingin membela nasib diri. Antara faktor pelindung yang lain termasuklah personaliti yang senang didampingi (kebolehan sosial), kecerdasan praktikal yang tinggi, kemahiran berkomunikasi atau kecerdasan bahasa, pemikiran yang positif, konsep kendiri yang positif, lokus kawalan intrinsik dan keupayaan menimbangkan masalah mereka dari pelbagai perspektif.

Di konteks negara kita yang berorientasikan peperiksaan / akademik, kita senang menganggap pelajar yang pintar cerdas telah mendapat apa yang cukup mencabar bagi mereka. Padahal sistem persekolahan kita mungkin hanya mengajar dan menguji sebahagian kecil kebolehan akademik dan juga kebolehan bukan akademik. Maka tidak mustahil, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang mungkin memperlihatkan kelemahan lain yang nyata pada masa yang sama: tidak membaca buku dengan luas, pemikiran yang cetek, tidak pandai menjaga diri, tidak berkemahiran hidup.

Pembelajaran bukan penerapan ilmu semata-mata, tetapi yang lebih penting lagi satu proses pembudayaan. Pembelajaran budaya ini berlaku secara tidak formal dan melalui pengalaman seharian tanpa disedari. Kita mengandaikan pelajar akan mendapat pembelajaran (bukan sekolah) ini dari pergaulan dengan kawan dan asuhan dari ibubapa / keluarga mereka. Malangnya keadaan ini tidak selalunya berlaku, maka kita akan bertanya: setakat mana peranan sistem persekolahan kita? Bagi pelajar dari keluarga yang status sosial ekonomi tinggi, mereka mendapat banyak sokongan dan bantuan dari keluarga mereka, bagi pelajar yang canggih dari segi sosial mereka banyak belajar dari kawan.

Bagi pelajar yang berasal dari SES rendah, mereka memerlukan sokongan yang lebih untuk memastikan mereka mendapat perkembangan yang optimum. Masalah mereka bukan setakat masalah ekonomi atau kewangan tetapi yang lebih penting sikap, personaliti ibubapa mereka dan kebudayaan di keluarga yang menjadi penghalang.

Page 9: Murid Cerdas Dan Masalahnya

Tegasnya perkhidmatan pendidikan yang mencabar secara menyeluruh menjadi jawapan kepada persoalan ini, kuncinya: kepelbagaian. Kepelbagaian dari segi kaedah penyampaian, suasana, cara pembelajaran, kandungan dan sebagainya. Bakat yang khas seperti muzik dan sukan terutamanya berkait rapat dengan sikap menyokong ibubapa, dan kos yang tinggi untuk memupuk bakat ini.

Di konteks Malaysia, bahasa ibunda yang pelbagai menjadi satu lagi masalah. Seorang pelajar yang bertutur dalam bahasa yang bukan pengantar di sekolah akan menghadapi cabaran bahasa pada peringkat persekolahan yang berbeza. Maksud bahasa pengantar di sini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Kalau pelajar pintar cerdas tersebut bukan cerdik dari segi bahasa, pencapaiannya sudah tentu kurang daripada yang dijangka. Kanak-kanak dari latar belakang sosio-ekonomi yang rendah menerima (kuantiti dan kualiti) input bahasa yang berbeza berbanding mereka dari keluarga kaya.

Budaya Barat dan Timur adalah berbeza dari segi persepsi kepintarcerdasan ini. Bagi budaya Barat, mereka lebih cenderung menganggap kepintarcerdasan dan kecerdasan adalah sesuatu yang dilahirkan (dengan itu agak stabil). Dalam budaya Cina (dan Asia Timur yang berkongsi unsur budaya yang tertentu), kecerdasan adalah tidak penting, yang penting adalah pencapaian. Dengan kata lain, mereka lebih mementingkan usaha daripada kecerdasan. Ini bermakna, istilah kepintarcerdasan ini membawa maksud yang berbeza merentasi budaya. Ini menjadi penghalang kepada penerapan beberapa konsep kepintarcerdasan, disebabkan pemahaman dan persepsi yang berbeza antara individu. Dari pengalaman saya sendiri, banyak salah faham dan miskomunikasi berlaku sebab masing-masing mentafsir istilah kepintarcerdasan ini dengan maksud tersendiri. Terdapat golongan yang menganggap semua kanak-kanak adalah pintar cerdas.

Di konteks sekolah Cina yang mementingkan kerja sekolah dan latih tubi, pelajar dipaksa melakukan banyak kerja rumah. Keadaan ini tidak semestinya membantu kepada perkembangan pelajar pintar cerdas, sebaliknya mungkin menjadikan mereka yang pintar cerdas menjadi biasa. Kerja rumah yang banyak menjadikan mereka tidak mampu melakukan kerja yang betul-betul mencabar kepada mereka, seperti melakukan eksperimen atau menulis novel sendiri di rumah. Latihan tubi hanya mengulangi sesuatu yang mereka telah ketahui dan memenuhi masa mereka. Keadaan ini menjadikan pelajar pintar cerdas di negara ini menjadi lenyap atau invisible. Sikap dan budaya Cina yang mengagung-agungkan akademik menggalakkan perkembangan yang tidak seimbang pada pelajar dan mengabaikan bidang pembelajaran yang tertentu. Saya menamakan keadaan ini sebagai pro-akademik tetapi anti-intelektualisme. Bagi ibubapa kebanyakan, akademik=markah peperiksaan. Takrif akademik yang sempit ini membawa kepada masalah tersebut.

Satu masalah yang berlaku di semua negara termasuk juga negara kita adalah: membantu perkembangan pelajar pintar cerdas adalah satu usaha yang mahal dan melibatkan kos yang tinggi. Ibubapa yang kaya boleh menghantar anak mereka ke pusat pembelajaran, sekolah muzik dan kem cuti sekolah. Biasanya program begini

Page 10: Murid Cerdas Dan Masalahnya

tidak melihat kepada umur pelajar seperti di sekolah awam sebaliknya mengikut perkembangan individu. Sekolah swasta yang lebih fleksibel dalam pengelasan mengikut kebolehan pelajar bukan murah yurannya dan hanya terdapat di sekitar lembah Klang.

Semua ini melibatkan kos yang tinggi. Di negara lain yang lebih maju dalam pendidikan pintar cerdas, mereka boleh menghadiri kelas atau program pengayaan (enrichment) yang dianjurkan oleh universiti-universiti kepada pelajar sekolah menengah. Ini juga melibatkan kos yang tinggi. Cabarannya terletak pada pendidikan perguruan dan mencapai perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dengan kos yang paling rendah.

Berbeza dengan budaya Barat. Budaya di Malaysia dan juga negara Timur yang lain mementingkan kepentingan keseluruhan dan keseragaman, bukannya yang individualistik. Ini menjadikan individu terpaksa tunduk kepada tekanan majoriti. Sikap mengekalkan kesamaan menjadikan kita mengabaikan pelajar yang luar biasa, seolah-olah mereka tidak wujud.

Tenaga pengajar adalah penting, contohnya kurikulum kita tidak menegaskan kecerdasan keusahawanan. Kebanyakan yang menjadi guru tidak mendapat pendedahan atau minat tentang aspek ini. Maka pelajar yang berbakat dalam aspek ini tidak mendapat sokongan yang secukupnya bagi mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Menghafal teori apakah maksud dan definisi keusahawanan tidak membantu ke arah tersebut.

B. PELAJAR PINTAR CERDAS PENCAPAI RENDAH

Pelajar pintar cerdas pencapai rendah (gifted underachiever) tidak bermaksud pelajar pintar cerdas yang lemah dalam sekolah. Sebaliknya ia bermaksud pelajar yang pencapaiannya jauh di bawah potensinya. Dengan kata lain, pencapaiannya tidak setimpal dengan kebolehan mentalnya. Pencapaiannya berbanding dengan pelajar biasa mungkin setanding, lebih rendah ataupun lebih tinggi. Yang penting pencapaian itu tidak menggambarkan kebolehannya yang sebenar.

Keadaan ini mungkin menjadikannya tidak dikenalpasti sebagai pelajar pintar cerdas bagi guru yang tidak sensitif. Sebenarnya semakin tinggi kecerdasan seseorang semakin besar kemungkinan dianya seorang pencapai rendah. Ini dapat dilihat pada pelajar cemerlang yang tidak begitu berusaha gigih untuk mendapat keputusan yang agak baik.

Berdasarkan penjelasan di atas, cubalah fikirkan yang disenaraikan di bawah ini siapakah pelajar pintar cerdas pencapai rendah?

- Pelajar pintar yang menghabiskan tugasan sekolah dengan cepat.

Page 11: Murid Cerdas Dan Masalahnya

- Pelajar yang mendapat 13 A1 dalam SPM, mendapat skor 99 persentil dalam ujian terpiawai seperti SAT. - Pelajar yang bermasalah membaca (disleksia). - Pelajar pintar yang benci kepada sekolah.

Jawapan yang pasti adalah A dan D. Keadaan ini menunjukkan mereka tidak dicabar yang secukupnya, atau tidak dicabar di mana yang perlu. Bagi pelajar B, kalau dia mencapai keputusan ini tanpa usaha gigih, maka dia adalah pintar cerdas pencapai rendah. Sebagaimana yang diterangkan, pencapai rendah (underachievement) tidak bermaksud pencapaiannya rendah tapi dia tidak dicabar yang secukupnya untuk menunjukkan potensi sebenarnya. Ia diukur dengan jurang di antara pencapaian sedia ada dan potensi sebenarnya. Bagi pelajar C, dia memang seorang pencapai rendah, memandangkan kepentingan kemahiran membaca kepada pencapaian akademik, keputusan akademiknya mestilah tidak menggambarkan kecerdasannya. Walau bagaimanapun, kita tidak ada bukti menunjukkan dia ini adalah seorang yang pintar cerdas.

Disebabkan kita susah mengukur potensi, kita merujuk kepada skor ujian IQ. Jurang antara ujian IQ dan pencapaiannya menjadi ukuran. Ini jugalah prinsip untuk mengukur masalah pembelajaran. Dengan kata lain, terdapat faktor lain bukan faktor kecerdasan yang menjejaskan pencapaiannya. Walaupun kita perlu berwas-was dengan penggunaan skor ujian kecerdasan, pada masa yang sama, ujian IQ memungkinkan kita menemui pelajar pintar cerdas pencapai rendah. Pemerhatian oleh guru yang prihatin adalah cara yang paling baik untuk mengenalpasti pelajar ini.

Masalah pintar cerdas pencapai rendah menjadi satu masalah besar kepada pendidikan kita sebab ia mendatangkan kerugian besar kepada negara dan ia menjejaskan kesejahteraan individu pintar cerdas tersebut. Individu pintar cerdas yang sihat dan sejahtera akan mengembangkan potensi dengan lebih baik. Ia menjadi satu cabaran yang besar sebab golongan ini selalunya diabaikan: mereka tidak menonjol sangat dan menarik perhatian guru; pada masa yang sama dia juga tidak lemah sangat sehingga dianggap perlu diberi bantuan tambahan oleh guru.

Antara salah faham terhadap siapakah pelajar pintar cerdas adalah mereka yang pintar cerdas mestilah menonjol, yakin, disukai guru dan pelajar cemerlang. Ini adalah satu kesilapan yang besar, banyak pelajar yang pintar cerdas tidak suka kepada sekolah, terutamanya kalau budaya sekolah itu tidak serasi dengan mereka. Contohnya, budaya sekolah mungkin tidak cukup akademik baginya. Menurut kajian-kajian sebelum ini, 10 hingga 20 percent pelajar yang berhenti sekolah sebelum graduan (dropouts) adalah pelajar dalam lingkungan kebolehan pintar cerdas (Lajoie & Shore, 1981; Nyquist, 1973; Whitmore, 1980; dlm Davis & Rimm, ms 278). Kajian-kajian ini mengejutkan kita dari segi apa yang berlaku kepada golongan ini dan kenapa keadaan ini berlaku.

Angka ini dijangka lebih tinggi kalau kita mengambil-kira kebolehan dan bakat yang lebih pelbagai seperti bakat dalam keusahawanan dan kreatif / seni reka. Angka ini menunjukkan nisbah yang terlalu tinggi untuk pelajar pintar cerdas memandangkan

Page 12: Murid Cerdas Dan Masalahnya

pelajar pintar cerdas hanya 1 atau 2 percent daripada jumlah populasi pelajar. Ini sekali lagi menunjukkan sejenis bentuk diskriminasi menentang golongan yang minoriti. Kalau kelebihan pelajar itu adalah dalam bidang bahasa dan matematik, kecerdasannya lebih diperhatikan / diiktiraf oleh orang lain, ini menjadi faktor pelindung kepada pelajar pintar cerdas tersebut; sebaliknya kalau bidang dan minatnya bukan dalam subjek yang konvensional seperti bidang psikologi, konputer dan penulisan kreatif maka besar kemungkinan bakatnya tidak diiktiraf.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, kejayaan dalam akademik mungkin melibatkan sebahagian sahaja kebolehan akademik pelajar. Pelajar yang berminat dan berbakat dalam bidang yang tidak dipentingkan dalam budaya / sistem persekolahan kita sudah tentu tidak dapat menonjolkan diri dalam sekolah. Keputusan yang baik memerlukan latih tubi dan strategi seperti mengkaji soalan tahun lepas. Budaya belajar untuk peperiksaan, bukannya peperiksaan untuk membantu pembelajaran telah menjadikan segelintir pelajar pintar cerdas yang bersifat kritis merasakan pengalaman persekolahan mereka tidak bermakna dan mengecewakan. Mereka tidak menerima baik alasan yang mudah seperti membaca buku ini adalah untuk kebaikan masa depan. Mereka tidak suka mengulangi sesuatu konsep yang telah mereka fahami (dengan itu mereka melakukan kesilapan akibat cuai semasa peperiksaan). Banyak pelajar yang pintar cerdas benci membuat latihan (walaupun mereka belum menguasai kemahiran tersebut). Sudah tentu ini bukan ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang disukai oleh guru. Keputusan peperiksaan semata-mata tidak boleh menjadi kriteria kebolehan akademik seorang pelajar.

Motivasi intrinsik / kendiri adalah faktor penting dalam menentukan tingkah-laku pelajar pintar cerdas. Kalau pelajar pintar cerdas yang senang bosan tidak mendapat kepuasan dalam pembelajaran di sekolah, mereka tidak akan menaruh usaha dan komitmen dalam pembelajaran mereka. Ini seterusnya akan menjadi satu masalah sosioemosi kepada mereka, sebab hidup mereka seolah-olah tidak berhala tuju dalam kehidupan. Kita perlu memahami keadaan ini dalam konteks kepentingan pengalaman persekolahan semasa peringkat remaja. Bagi seorang remaja, pengalaman persekolahan merupakan pengalaman yang paling penting, dari segi jumlah masa yang diperuntukkan di sekolah.

Pelajar pintar cerdas yang kritikal mungkin mempersoalkan apakah maknanya pendidikan yang diterima olehnya, mereka cenderung menilai sesuatu pada aspek yang lebih asas / dasar dan menolak jawapan mudah yang diberikan. Mereka tidak bermotivasi sebab mereka tidak dicabar yang berkenaan. Sifat persaingan dalam sistem persekolahan kita menjadikan sebahagian pelajar pintar cerdas yang takut atau benci kepada persaingan menolak pendidikan yang diterimanya.

Bagi pelajar pintar cerdas yang bermasalah inferioriti, mereka tidak berkeyakinan, tidak suka bergaul dengan orang ramai dan menganggap dirinya tidak bernilai. Tidak mencuba menjadi alasan atau penawar kepada mengelakkan persaingan dan kemungkinan kegagalan. Mereka juga cenderung berhenti berusaha apabila kekurangan sokongan daripada orang lain. Mereka berasa tidak selamat dan takut

Page 13: Murid Cerdas Dan Masalahnya

sebab tidak difahami oleh orang lain. Mereka sering mengadu tidak difahami dan menyalahkan nasib yang malang seperti kemiskinan. Budaya keluarga seperti pekerjaan ibubapa yang tidak bersifat intelek, atau sikap ibubapa yang negatif terhadap kerjaya juga menjadi rol model yang negatif kepada mereka untuk mengelakkan pencapaian.

Keadaan ini sebaliknya akan menjadi halangan kepada perkembangan potensi mereka (rujuk kepada bahagian sikap menghadapi kegagalan dan kejayaan pada bab 5). Contohnya mereka menolak menyertai sebarang pertandingan yang berunsur persaingan, ini secara langsung menghadkan pendedahan dan pengalaman mereka. Ciri-ciri individu pintar cerdas seperti sensitif, intensiti dan menjangka tinggi pada diri mereka menjadikan mereka lebih cepat menyedari kelemahan sendiri dan menghadapi masalah inferioriti.

Ciri-ciri ini adalah keunikan dan kelebihan mereka, tetapi kalau sifat-sifat ini berlebihan ia akan menjadi satu beban kepada mereka. Sifat intensiti contohnya menjadikan mereka mengkaji sesuatu topik secara terperinci dan menjadi pakar dalam bidang tertentu. Masalah yang berkenaan dengan sifat ini adalah mereka berasa kecewa dan tertekan dengan kurikulum sekolah yang menyentuh semua topik secara sedikit.

Sifat ini juga menjadikan mereka menolak melakukan latihan dalam bidang lain yang bukan minatnya, mereka memerlukan tumpuan yang tinggi dalam segala kerja mereka. Ini menjadi tanggungjawab guru menggalakkan mereka belajar sesuatu dengan mendalam dan menyeimbangkan kebolehan / pengetahuan dalam bidang lain pada masa yang sama. Sifat intensiti ini juga menjadikan mereka berasa bosan dengan perbincangan dalam kelas yang biasa. Tumpuan dan komitmen yang tinggi adalah satu lagi bukti kepada sifat intensiti.

Sifat kreatif dan kritikal contohnya membawa intonasi yang positif, tetapi pada masa yang sama ia juga mungkin bermaksud implikasi negatif yang lain. Seorang yang kreatif tidak suka mengikut apa yang sedia ada, dia ingin melakukan sesuatu yang luar biasa secara bebas, dia juga tidak suka mengikut telunjuk orang lain dan bertindak mengikut gerak hati sendiri yang spontan. Kalau ciri-ciri begini bercanggah dengan budaya sekolah, maka mereka susah menjadi pelajar yang disukai guru di sekolah.

Pelajar yang kritikal menolak aturan yang tidak logikal baginya, dia membuat keputusan mengikut pertimbangan dan nilai sendiri. Tingkah laku yang individualistik dan egosentrik begini juga kurang disenangi oleh orang lain. Contohnya dia mungkin selalu ponteng sekolah sebab dia berasa bosan dengan pengajaran guru dan boleh belajar sendiri di rumah, sudah tentu guru tidak suka kepada pelajar yang bermasalah disiplin begini. Tingkah laku begini mungkin dianggap angkuh dan tidak hormat kepada guru.

Kecerdasan semata-mata tidak menjamin kejayaan di mana-mana pun. Pelajar yang pintar cerdas perlu diajar dengan cara atau tabiat yang produktif supaya mereka boleh menyumbang lebih kepada masyarakat. Ada idea yang baik semata-mata adalah tidak cukup, melaksanakan idea tersebut adalah lebih penting. Tanpa usaha, kegigihan,

Page 14: Murid Cerdas Dan Masalahnya

azam yang tekad dan memahami hala tuju sendiri, sesiapapun susah mendapat kejayaan. Contoh yang jelas adalah mereka berpengetahuan yang luas tetapi strategi menghadapi peperiksaan yang lemah, ini tidak menjamin keputusan cemerlang. Segelintir pelajar yang kritikal sendiri mungkin tidak minat / menentang kepada strategi mendapat markah baik, mereka lebih cenderung membaca demi minat sendiri terhadap pengetahuan semata-mata. Guru boleh memotivasikan mereka dengan menarik minat mereka terhadap kerja sekolah.

C. MINORITI PELAJAR PINTAR CERDAS

Bayangkan situasi ini: Anda seorang remaja perempuan pintar cerdas yang juga menghadapi masalah disleksia, kekeliruan gender dan masalah kemiskinan keluarga pada masa yang sama. Minat anda dalam bidang mekanik. anda juga berasal dari agama yang menentang keras homoseksual. Budaya anda yang konservatif tidak mementingkan status wanita. Apakah perasaan anda? Yang jelas anda menghadapi kekeliruan identiti dan sukar mendapat rol model yang dapat menjadi inspirasi kepada anda. Anda seolah-olah hidup keseorangan, dan susah menggambarkan siapakah dirimu pada masa 20 tahun yang akan datang. Yang jelas anda menghadapi lebih kesukaran berbanding kanak-kanak pintar cerdas lain yang lebih tipikal.

Anda memang seorang yang istimewa dan berbeza dari kebanyakan individu populasi. Anda tidak akan berjumpa dengan seseorang yang dekat dengan anda semasa zaman remaja dari minat, cita-cita, masalah dan perasaan. Apakah kesannya kepada perkembangan anda? Anda tidak boleh meluahkan perasaan kepada sesiapapun kecuali Tuhan, sebab anda faham tidak ada sesiapa yang akan memahami anda. Justeru itu anda kerap bercakap kepada dirimu sendiri, dan berdialog dengan sendiri untuk mengubati masalah sendiri, tetapi ianya hanya berjalan dalam minda anda dan tidak diperhatikan oleh orang lain. Anda memang seorang yang sensitif dan seorang yang perasan.

Anda seorang yang berpegang kuat kepada agama dan berpengetahuan yang luas tentang agama anda. Pada masa yang sama anda juga seorang yang kekeliruan gender. Anda berasa serba salah dan berasa bersalah kepada Tuhan. Kekeliruan berlaku sebab anda seorang yang berfikiran terbuka dan kritikal. Anda tidak boleh menerima sesuatu tanpa mengkritiknya. Perasaan bersalah ini bertambah buruk, sebab sebagai seorang remaja perempuan anda sukar mengubah nasib keluarga (yang miskin).

Anda menghadapi masalah konsep kendiri yang kronik, sentiasa memikirkan apakah makna dan nilai hidup kamu. Kamu sukar menerima sesuatu tanpa sebabnya, termasuklah hidup ini dan apakah maknanya kewujudan ini. Apakah kurangnya dunia ini tanpa saya? Pada masa yang sama, anda jatuh cinta pada seorang rakan sekelas. Kesunyian menjadikan anda menumpukan perhatian kepada pembelajaran semata-mata. Tetapi ia tidak dapat mengubati hati yang terluka. Anda berasa benci sebab

Page 15: Murid Cerdas Dan Masalahnya

keadaan ekonomi di keluarga tidak memungkinkan anda mendapat pendidikan yang tinggi. Anda tidak mampu membeli buku yang berkualiti.

Anda berasa sunyi dan keliru, hidup ini sunyi dan wujud dengan sendirinya tanpa makna dan tanpa tujuan. Ia wujud begitu……bagaikan bumi ini. Anda meragui hidup ini hanyalah satu penipuan. Anda berasa susah menjadi dirimu yang sebenar dan menjadi ceria semula. Idea membunuh diri menghantui diri anda.

Masih ingat kajian oleh Terman? Antara peserta kajian Terman adalah seorang gadis perempuan yang IQnya antara 4 kanak-kanak yang paling tinggi dalam kajian Terman. Dia ditemui Terman semasa umur dua, IQnya setinggi 192 mengikut Ujian Binet-Stanford. Dia boleh membaca buku semasa umur dua, telah membaca 1600 buku semasa umur sepuluh, tamat pengajian di Universiti Stanford pada umur 16. Selepas itu dia dihantar ke Perancis untuk melanjutkan pelajaran. Dia selalu bertukar-tukar bidang tapi tidak pernah menghabiskan pelajarannya. Pada tahun 1985 apabila dia meninggal, tidak ada sesiapa yang mengetahui apakah pekerjaannya. Hidupnya banyak masalah, dia menghidapi masalah kemurungan. Disebabkan dia tidak meninggalkan autobiografi, tidak ada sesiapa yang faham apa yang berlaku kepadanya dan apakah perasaan dalamannya.

Seorang lagi prodigi adalah William Sidis (1898-1944). Dia mengajar dirinya Bahasa Latin pada umur 4, semasa enam tahun dia boleh membaca dan bercakap 8 bahasa. Antara umur 6 dan 8, dia menulis 4 buku dan mencipta sejenis bahasa. Dia dapat masuk ke Harvard dan MIT pada umur 11 tahun dan dijangka menjadi ahli matematik yang teragung pada masa depan. Selepas tamat pengajian, dia menghadapi masalah mental dan tidak menggunakan kecerdasannya dengan produktif. Apabila meninggal pada usia yang muda (46 tahun), dia menghadapi masalah kemiskinan, pengangguran dan kemurungan. Masalah dalam dua kes ini kemungkinan besar adalah akibat perkembangan yang tidak menyeluruh pada mereka (rujuk Bab 5: Cabaran kepada individu pintar cerdas / Kekosongan jiwa).

Sekarang kita lihat kepada perbincangan senario sebelum ini. Bahagian ini membincangkan golongan minoriti di kalangan pintar cerdas. Dunia ini dibentuk oleh individu kebanyakan dan untuk majoriti populasi, mereka yang berbeza daripada orang lain akan menghadapi tekanan sosial dari kumpulan yang sama. Kita berasa janggal dan malu kalau kita berlainan dan terpaksa tunduk kepada tren atau budaya semasa. Dunia ini bukan untuk golongan minoriti, justeru itu mereka seolah-olah salahsuai di dunia ini. Dalam contoh-contoh lanjutan senario tersebut, bayangkanlah kemungkinan-kemungkinan yang lain seperti berikut:

1. Anda seorang yang terencat intelek secara ringan, anda boleh mendapat kepuasan dengan menjalani hidup yang mudah dan menumpukan perhatian anda kepada mencari rezeki untuk menyara diri. Anda menolong keluarga anda dalam aktiviti pertanian dan kerja rumah. Ahli keluarga agak menjaga anda.

Page 16: Murid Cerdas Dan Masalahnya

2. Anda seorang remaja lelaki, budaya anda memang menggalakkan anda menuntut ilmu yang sebanyak mungkin. Di budaya anda, pelajar yang baik bermakna pelajar yang maju dalam matematik dan sains,

kamu memang diberi pengiktirafan ke atas bakat anda tersebut. Ini berbeza dengan keadaan anda sebagai seorang perempuan, matematik dianggap subjek yang maskulin atau bersifat kelelakian. Anda berasa serba salah dan terasa tekanan untuk menjadi menonjol dalam matematik (di mana seolah-olah kurang sifat keperempuanan).

3. Sebagai seorang anak sulung, anda perlu membantu menyara keluarga ini. Anda berasa kecewa dengan pekerjaan yang menggunakan daya fizikal sahaja, sebab keperluan untuk pemikiran abstrak tidak dipenuhi. Kamu menghadapi masalah kemurungan tanpa mengenal sebabnya.

4. Kamu diberi sebuah buku matematik oleh seorang guru dan belajar dengan tekun buku tersebut. Buku itu menjadikan hidup anda bermakna dan mengisi masa lapang yang ada. Walaupun anda masih tidak faham sepenuhnya kandungan dalam buku ini.

5. Anda dilahirkan di budaya yang mementingkan pencapaian individu dan daya saing, kecerdasan yang tinggi dipandang tinggi. Kebolehan anda menjadi tumpuan perhatian dan pengiktirafan semua pihak. Guru memberi tugasan yang lebih mencabar, kamu juga diberi lebih kebebasan dan autonomi. Ibu bapa selalu menyokong pilihan dan keputusan anda sebab mereka percaya kepada anda.

6. Anda dilahirkan di negara di mana budayanya terbuka, anda bebas menjalani kehidupan yang diimpikan. Anda mendapat sokongan persatuan NGO yang dianggotai individu homoseksual.

7. Anda menyertai persatuan amal dan menjadi pekerja sosial yang aktif. Anda mengalihkan perhatian anda daripada masalah peribadi kepada memberi kasih sayang bagi mereka yang memerlukan. Anda menjadi bersungguh-sungguh dan yakin semula.

8. Anda seorang yang heteroseksual dan menjalani hidup yang bahagia dengan seorang suami yang penyayang. Walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran, anda menggunakan pemahaman dan kreativiti anda untuk mendidik anak anda. Anak anda menjadi golongan cerdik pandai dalam masyarakat.

9. Anda terdapat seorang jiran yang juga pintar cerdas, dia menjadi kawan sejati. Walaupun terdapat perbezaan yang nyata antara anda berdua tetapi hubungan yang rapat terjalin.

Apakah implikasi daripada pelbagai kemungkinan yang disebut ini? Terdapat pelbagai faktor yang saling menjalin dan memberi kesan kepada hidup kita, masalah yang pelbagai akan menjadikan kemusykilan itu semakin mencabar. Di sini letaknya kepentingan penilaian holistik, guru perlu percaya kepada penilaian yang tidak formal seperti pemerhatian di samping penilaian formal untuk mengelakkan keadaan terlepas

Page 17: Murid Cerdas Dan Masalahnya

pandang kanak-kanak yang berpotensi. Kanak-kanak pintar cerdas minoriti menghadapi masalah lain selain yang telah disebut sebelum ini. Mereka juga menjadi satu cabaran dari segi pengenalpastian. Bayangkan seorang kanak-kanak yang berasal dari budaya lain, dia mungkin susah menjadi cemerlang dalam akademik sebab perbezaan budaya (termasuk bahasa utama), dia memerlukan sokongan untuk menjadi menonjol. Akibat kekurangan sokongan (permintaan yang lebih tinggi, pembetulan pada kelemahannya dll) mereka akan kehilangan kelebihan mereka. Dan ini membawa kepada masalah sosioemosi yang lain.

Kalau kanak-kanak ini bermasalah pembelajaran yang lain, dia dikatakan pelajar dengan dual exceptionalities, contohnya kalau dia juga menghadapi disleksia, ADHD (hiperaktif), kecerdasannya mungkin tidak dikenalpasti sebab hasil kerja yang lemah dan tidak konsisten, tumpuan yang pendek dan sikapnya yang buruk dan tidak disukai orang lain. Kualiti kerja mereka tidak konsisten. Kalau pelajar pernah diperhatikan melakukan sesuatu yang luar biasa, dia perlu dipertimbangkan sebagai kemungkinan besar pintar cerdas walaupun hanya sekali. Bayangkan pelajar pintar cerdas ADHD mamahami semua konsep matematik yang diuji tapi menjawab dengan cuai dan enggan menyemak semula jawapannya sebelum menghantar kertas ujian. Maka dia akan kehilangan markah, walaupun padahal pemahaman matematiknya telah menjangkau pelajar lain yang mendapat markah yang lebih tinggi. Pelajar dengan keistimewaan berganda ini adalah contoh terbaik pintar cerdas pencapai rendah (pencapai di bawah potensi).

Kalau masalah tumpuannya dapat diatasi, dia akan menjadi bintang dalam akademik. Apa yang boleh dibuat untuk meningkatkan tumpuannya? Ibubapa boleh memindahkan komputer dan televisyen dari rumah kalau perlu dan mengurangkan gula dalam pemakanannya. Dia akan menjadi bertumpu kalau berminat terhadap sesuatu subjek. Guru memang sukar menyangka kanak-kanak yang tidak minat belajar dan menjadi cabaran dalam pengurusan tingkah laku kemungkinan memiliki potensi yang tidak dibayangkan.

Pelajar begini menjadi cabaran dalam pendidikan. Keistimewaan yang berganda ini membawa kepada 4 implikasi,

1. Kecerdasannya tidak diiktiraf (persepsi orang lain bahawa pelajar yang bermasalah pembelajaran tidak mungkin pintar cerdas).

2. Masalah pembelajarannya tidak dikenalpasti (kecerdasan tinggi menjadikan masalahnya berselindung, contohnya pemahaman yang tinggi menutup masalah disleksia atau masalah ejaannya), guru tidak memberi perhatian kepadanya sebab dia mampu mengekalkan keputusan yang munasabah (tetapi di bawah potensinya).

3. Ini seterusnya menjadikan kepintarcerdasannya tidak dikenalpasti. Dia dianngap pelajar biasa.

Page 18: Murid Cerdas Dan Masalahnya

4. Masalah yang tidak ditangani menjejaskan perkembangan seterusnyanya.

Guru perlu memerhatikan petanda-petanda masalah pembelajaran seperti tidak berorganisasi (lupa bawa buku latihan), susah mengingati tarikh, tulisan yang tidak kemas (comot), nampak cerdik tetapi tidak digambarkan dalam markahnya, menjawab salah sebab kecuaian dalam perperiksaan, tidak memahami permintaan guru dan lain-lain (seolah-olah masalah pendengaran), masalah mengeja / membaca / menyebut, faham prinsip aritmetik tetapi selalu silap dalam operasi. Keistimewaan berganda bukan luar biasa bagi pelajar pintar cerdas akibat sifat asynchronous development yang diterangkan dalam bab 1.

Banyak pendidik mendapati pelajar ADHD dan pelajar pintar cerdas berkongsi ciri-ciri tertentu yang mungkin membawa kepada salah diagnosis. Untuk memahami masalah ini kita perlu terlebih dahulu memahami apakah maksud ADHD. Dua ciri-ciri utama ADHD adalah:

1. Tumpuan yang lemah (tidak boleh menyiapkan kerja, tidak mendengar kepada pengajaran). 2. Aktif secara fizikal (contohnya selalu bergerak dan mengacau pelajar lain). 3. Sikap buruk dan masalah disiplin (menyampuk semasa perbincangan, menjawab balik guru).

Ciri yang kedua dan ketiga membezakan mereka dengan pelajar bermasalah tumpuan yang lain. Contohnya pelajar terencat akal juga menghadapi masalah tumpuan, tetapi mereka tidak menunjukkan ciri-ciri 2 dan 3. Katakanlah seorang pelajar yang terencat akal hilang tumpuan, dia akan termenung jauh seorangan dan tidak mendengar / menjawab kepada guru. Kanak-kanak ADHD mungkin buat bising atau jalan ke depan dan bermain dengan guru.

Sepintas lalu, walaupun mereka berkongsi ciri-ciri tertentu seperti cepat bosan, pelajar pintar cerdas jelasnya tidak sama dengan pelajar ADHD. Walaupun mereka aktif dan dikatakan “tidak perlu banyak tidur?, pelajar pintar cerdas adalah aktif secara positif (belajar atau bermain, aktif dengan tumpuan yang baik pada satu aktiviti). Mereka juga jenis yang lebih matang, stabil emosi dan bersopan. Walaupun mereka yang kreatif suka bertindak berdasarkan impuls, mereka menunjukkan tumpuan tinggi dan berpanjangan dalam melaksanakan idea.

Tetapi masalah berlaku kalau pelajar pintar cerdas tidak dicabar dengan secukupnya secara intelek dan mengalami konsep kendiri yang negatif? Kalau mereka menjadi benci kepada rakan, guru dan sekolah? Kalau mereka kritikal dan suka mencabar autoriti? Kalau emosi mereka menjadi tidak sihat, kecewa sebab tidak difahami? Seperti apa yang berlaku kepada Thomas Edison? Berapakah Thomas Edison yang terdapat di sekolah kita? Berikut adalah cerita seorang pintar cerdas yang juga autistik,

Page 19: Murid Cerdas Dan Masalahnya

I think in pictures, like an animal, she had said at breakfast that morning. My nervous system is more like an animal's. The sounds that bother me are the same sounds that bother an animal. My emotions are simple, and the main one is fear (Chang, ms 52).

 Bagi individu autistik yang pintar cerdas, mereka boleh menjalankan pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Dr. Temple Grandin seorang ahli akademik dalam sains binatang, adalah autistik. Dia menghadapi masalah komunikasi, Much of the time I feel like an anthropologist on Mar. I sometimes wonder if they were all telepathic? All my life I have been an observer, and I have always felt like someone who watches from the outside (Davison & Neale, ms 450). Dia masih mampu mencapai kejayaan dalam kerjayanya. Berdasarkan apa yang dia faham tentang emosi lembu, dia mencipta sistem untuk menyembelih lembu dengan cara yang berperikemanusiaan.

Dia juga mencipta sejenis mesin yang boleh menenangkan kanak-kanak autistik (hug machine). Kalau orang dewasa memfokuskan masalah autisme dan mengabaikan kebolehan inteleknya, Grandin tidak akan mencapai tinggi dalam akademik / kerjaya, sebenarnya hug machine yang direka Grandin pada umur 18 adalah atas galakan guru sainsnya. Dengan daya intelek yang tajam, Grandin telah menulis dua buah autobiografi. Ia menjadikan orang biasa mampu memahami rahsia dan apakah yang berlaku dalam minda individu autistik, terutamanya autistik yang pintar cerdas. Keadaan yang sama juga berlaku kepada kategori kanak-kanak yang disleksia. Sebagaimana yang kita tahu, kemahiran bahasa, terutamanya kemahiran membaca adalah asas kepada semua pembelajaran bilik darjah. Rentetan dari masalah pembacaan akan memberi kesan yang mendalam kepada pencapaian akademik.

Ini seterusnya akan mengukuhkan tanggapan guru yang negatif terhadap pelajar itu, dan juga konsep kendiri yang negatif oleh pelajar itu sendiri. Tanggapan ini sebaliknya memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik. Contohnya guru mungkin terlalu memfokuskan usaha kepada aspek kelemahan mengeja pelajar sahaja dan mengabaikan perkembangan bahasa keseluruhannya. Pelajar yang lemah mengeja mungkin canggih dalam pemahaman. Memperbaiki masalah ejaan ini bukan satu tugas yang senang.

Sejarah mencatatkan banyak tokoh yang dianggap terencat akal dan tidak sesuai untuk belajar di sekolah biasa tetapi sebenarnya adalah pintar cerdas yang bermasalah bahasa. Thomas Edison dapat mencapai kejayaan kerana terdapatnya seorang ibu yang memahami. Tetapi berapa lagi Thomas Edison yang menjadi orang biasa sebab ketiadaan sokongan yang sepatutnya.

Guru yang tidak boleh membezakan kerencatan intelek dan masalah pembelajaran akan melakukan kesalahan begitu. Kedua-dua konsep ini perlu dibezakan. Kerencatan intelek bermaksud kekurangan kecerdasan am yang memberi kesan kepada setiap aspek kebolehan mental secara keseluruhan. Masalah pembelajaran (learning disability) pula bermaksud masalah dalam aspek intelek yang tertentu di mana tidak setimpal dengan kecerdasan amnya. Keadaan masalah pembelajaran bukan luar biasa

Page 20: Murid Cerdas Dan Masalahnya

di kalangan pelajar pintar cerdas memandangkan perkembangan mereka yang tidak begitu seimbang.

D. KEPINTARCERDASAN DARI PERSPEKTIF FEMINISME

Bayangkan senario yang bukan luar biasa dalam bilik kuliah ini: seorang profesor tengah cuba memasangkan kabel untuk menayangkan persembahan powerpoint dengan LCD projektor. Selepas mencuba beberapa kali dan berasa kecewa, dia memanggil Mutu untuk membantunya. Mutu yang juga tidak pernah memasang kabel ini mencuba, dan akhirnya berjaya. Sebaliknya Thilaga, rakan sekelas Mutu tidak dipanggil bukan sebab dia tidak memiliki kecerdasan mekanikal yang setara tetapi sebab dia adalah perempuan. Dengan itu dia tidak diberi pendedahan atau peluang untuk memasang kabel tersebut. Lama-kelamaan, Mutu menjadi lebih terdedah dan berpengalaman dalam isu pemasangan kabel, bukan sebab dia lebih cerdik daripada Thilaga tetapi sebab sebagai lelaki dia mendapat lebih banyak pendedahan dan peluang untuk mencuba.

Sekarang bayangkan eksperimen ini: seorang guru diberitahu oleh pengkaji terdapat seorang pelajar yang pintar cerdas dalam kelasnya. Guru itu dengan cepat mengenalpasti pelajar yang pintar cerdas tersebut. Guru itu memberikan tugasan yang lebih mencabar dan memerlukan pemikiran kritikal kepada pelajar tersebut. Selepas satu tempoh, didapati pelajar tersebut telah menjadi pelajar yang jauh lebih cemerlang daripada pelajar lain. Ketika ini, pengkaji memberitahu guru tersebut sebenarnya mereka tidak mengenal murid kelasnya dan tidak pernah menguji adakah terdapat pelajar yang pintar cerdas dalam kelas ini.

Implikasi eksperimen ini adalah: guru perlu selalu menjangka tinggi kepada SEMUA pelajar; bukannya mengabaikan pelajar yang nampak cemerlang dalam kelas anda! Ini bukan ertinya kesaksamaan dalam pendidikan. Banyak pendidik yang menganggap pelajar yang lemah hanya sesuai dengan tugasan yang hafal-menghafal, dan pelajar yang pintar cerdas perlu melakukan sesuatu yang lebih kritikal dan mencabar minda. Tanggapan ini tidak tepat, semua pelajar samada pintar cerdas atau biasa adalah perlu dilatih dari segi pemikiran kritikal dan menghafal apa yang perlu dihafal.

Banyak pendidik sekarang menyedari perbezaan perkembangan individu adalah sebahagian besar akibat layanan yang berbeza terhadap anak murid. Perbezaan layanan ini adalah akibat perbezaan rupa fizikal, jantina, personaliti dan stereotaip pendidik. Akibat layanan yang berbeza ini, perkembangan yang berbeza seterusnya akan mengukuhkan stereotaip yang sedia ada. Fenomena ini berlaku di sekolah mahupun di tempat kerja. Contohnya pelajar yang lebih matang dari segi fizikal (lebih tinggi, contohnya), akan dipertanggungjawabkan lebih oleh guru, seperti dilantik menjadi ketua kelas. Lama-kelamaan, kebolehannya meningkat.

When she was 13, Horney decided to become a physician, but at that time no university in Germany admitted women. By the time she was 16, this situation had changed. So

Page 21: Murid Cerdas Dan Masalahnya

Horney, over the objections of her father, who wanted her to stay home and take care of the household, entered the Gymnasium, a school that would lead to a university and then to medical school. (Feist & Feist, ms 156)

Tanpa mempertahankan pendiriannya, Horney tidak akan menjadi seorang psikologis. Ahli Falsafah wanita Yunani, Hypatia dibakar mati oleh ulama-ulama kristian sebab pengetahuannya yang luas dalam bidang falsafah dan matematik. Inteleknya yang luar biasa dianggap sebagai ancaman atau pencerobohan terhadap dua bidang yang dianggap domain lelaki, ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mereka menuduhnya sebagai ahli sihir (Hypatia ini mungkin hanya satu dongeng). Bukan setakat wanita, kanak-kanak yang teramat pintar cerdas (prodigi) juga dibakar mati semasa Zaman Kegelapan di Eropah, sebab kanak-kanak yang tidak normal dianggap sebagai petanda bencana.

Cerita ahli fizik Lise Meitner adalah antara yang paling sedih bagi seorang saintis. Dia hanya dibenarkan melakukan kajian di bilik kecilnya, rakannya yang lelaki akan melaporkan apa yang mereka jalankan di makmal kepada Lise sebab pada masa itu hanya wanita yang membersihkan makmal dibenarkan masuk ke makmal kimia. Lise terpaksa mentafisr data tanpa melihat dengan matanya sendiri eksperimen yang dijalankan oleh rakan eksperimen lelaki. Pendidikan untuk wanita German pada masa itu hanya terhad setakat umur 14. Selepas dia dibenarkan melakukan kajian di makmal, dia terpaksa meminta bapanya menyaranya dengan elaun yang sedikit sebab sebagai pembantu makmal dia tidak dibayar gaji. Walaupun dia yang merekabentuk eksperimen-eksperimen, dia hanya diupah sebagai pembantu makmal. Selepas dia membuktikan kebolehannya dan menjadi pengarah di Jabatan radiofizik di Institut Kaiser Wilhelm, Lise akhirnya mampu menyewa biliknya sendiri. Semasa Perang Dunia Ke-2, dia menghadapi pelbagai halangan termasuk dihalang menerbitkan kajiannya dan diancam. Dia terpaksa melarikan diri dari German. Lise adalah Yahudi. Banyak saintis wanita awal mengajar banyak tahun di universiti tanpa gaji dan gelaran. Rita Levi-Montalcini (Nobel Prize Fisiologi 1986) menyorokkan dirinya dalam pondok buruk dan melakukan eksperimen dengan alatan yang primitif semasa German membunuh orang Yahudi secara besar-besaran, Rita jugalah seorang Yahudi. Mereka terpaksa mengikat perut tetapi ini bukan halangan untuk mereka menjadi produktif. Pada zaman ini, keadaan ini telah banyak berubah, tapi mungkin bukan sepenuhnya.

Perempuan dikatakan minoriti dalam sosiologi, ini tidak bermakna bilangan perempuan adalah kurang daripada lelaki, minoriti dalam akademik adalah merujuk kepada kuasa (yang rendah) dan diskriminasi, bukan bilangan. Dunia ini dibina oleh majoriti dan untuk majoriti, keperluan minoriti tidak semestinya difahami dan dijaga. Antara minoriti ini adalah pelajar yang pintar cerdas yang tidak banyak difahami. Adakah sistem pengetahuan yang ada sekarang dipengaruhi oleh perbezaan gender? Pemikir epistemologi feminis menganggap dunia pengetahuan yang ada pada kita hari ini, termasuklah pendidikan adalah berpusatkan lelaki dan tidak menggambarkan sumbangan oleh wanita.

Page 22: Murid Cerdas Dan Masalahnya

Ia mengandaikan akademik dan pengetahuan bukan bebas dari nilai dan budaya, tetapi hasil daripada interaksi dinamik sosial. Antara idea ahli akademik adalah pengetahuan yang sedia ada tidak menggambarkan nilai golongan minoriti. Antara contoh yang selalu dirujuk adalah psikologis Carol Giligan menolak model Kohlberg berkenaan perkembangan moral, beliau mengatakan perempuan berorientasikan hubungan sementara lelaki berorientasikan keadilan apabila berhadapan dengan dilemma moral. Ini tidak bermaksud perempuan lebih rendah dalam perkembangan moral.

Secara tradisi, lelaki dianggap insan yang rasional dan objektif, sesuai dengan prinsip saintifik yang mementingkan bukti dan rasional. Bidang yang dimonopoli lelaki adalah seperti sains dan falsafah. Perempuan dianggap lebih sesuai dengan bidang yang mementingkan intuisi dan dengan itu bersifat subjektif, contohnya dalam bidang pendidikan, psikoanalisa dan penulisan kreatif.

Di dunia ini peranan dan kuasa tanggungjawab seseorang selalunya ditentukan oleh faktor selain kesesuaian kebolehannya, faktor-faktor ini termasuklah umur, jantina, fizikal, perkauman. Antaranya dalam keluarga yang pasangan suami isteri juga bekerja, isteri juga yang dijangka untuk melakukan kerja rumah. Ini secara tidak langsung bermakna sumbangan wanita dalam pekerjaannya kurang penting. Wanita juga dijangka melakukan kerja-kerja rumah yang dianggap remeh-temeh, meletihkan dan tidak bersifat mencabar dari segi intelek.

Inilah antara bentuk-bentuk diskriminasi yang menyekat peluang dan perkembangan minoriti. Dalam bidang intelektual, ini bermakna sumbangan (dalam bentuk penulisan) oleh golongan minoriti tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. Dalam kerjaya, ia digambarkan oleh nisbah yang kecil jawatan tinggi disandang oleh golongan minoriti. Dalam kajian Terman, peserta kajian perempuan adalah kurang daripada 40%. Apakah implikasi angka ini? Bolehkah kita mengandaikan sebahagian besar pintar cerdas pencapai rendah adalah perempuan? Satu bentuk penindasan sosial yang halus adalah kekurangan rol model yang sering menimbulkan kekeliruan identiti dan motivasi.

Sejak Kematian Alfred Nobel pada 1896 sehingga sekarang lebih 100 tahun, hanya 3% penerima anugerah Nobel Prize dalam sains adalah wanita. Saintis wanita ini semua berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama. Hidup mereka adalah susah, pada peringkat awal mereka dinafikan ke sekolah atau universiti, selepas mereka tamat pengajian, banyak yang mengajar banyak tahun tanpa gaji dan gelaran, ataupun dengan gelaran seperti pembantu makmal, profesor sukarelawan yang bekerja sepenuh masa dan lain-lain. Diskriminasi seks berlaku dalam pelbagai bentuk. Maria Goeppert Mayer hanya menerima gaji sepuluh tahun selepas dia mendapat Nobel Prize pada 1963. Ini tidak temasuk lagi masalah lain yang menghantui semua saintis pada masa itu samada lelaki atau perempuan seperti kemiskinan, pengangguran (depresi ekonomi selepas perang).

Penyakit akibat kajian juga biasa. Keluarga Curie semua tidak melebihi umur 60, kecuali Marie Curie sendiri. Irene Joliot Curie (Nobel Prize Kimia 1935) banyak penyakit sepanjang hidupnya sebab terdedah kepada sinaran radiosktif sejak kecil. Gerty Cori

Page 23: Murid Cerdas Dan Masalahnya

(Nobel Prize Biokimia 1947) mendapat penyakit xerophthalmia akibat kekurangan zat dalam pemakanan (akibat kemerosotan ekonomi). Akhirnya dia mati akibat penyakit sum-sum tulang yang dipercayai akibat pendedehan kepada sinaran-X berlebihan semasa kajian di peringkat muda. Rosalind Franklin mati sebab terjangkit penyakit semasa mengkaji virus polio. Mereka terpaksa membina alatan dan menulenkan bahan kimia yang diperlukan untuk kajian sendiri, sebab pada masa itu tidak ada lagi pembekal yang membekalkan bahan yang diperlukan untuk kajian.

Peluang dan tiba pada masanya adalah penting, peperangan membuka peluang kepada saintis wanita sebab kekurangan tenaga kerja, kalau mereka dilahirkan lebih awal lagi di mana perempuan langsung dilarang ke sekolah, hidup mereka akan berubah. Ciptaan komputer dan internet juga mengubah bidang akademik dan dunia ini dalam setiap aspek. Mereka yang mampu melarikan diri ke Amerika juga mendapat lebih peluang sedikit. Faktor pelindung yang lain adalah seperti latar belakang dari keluarga yang cendekiawan, budaya yang menggalakkan akademik (seperti budaya Yahudi dan Asia Timur), sokongan ahli keluarga iaitu suami dan bapa yang feminis, kecerdasan tinggi dan pengalaman awal yang menjadikan mereka berminat dalam sains, termasuk bacaan atau biografi saintis yang menjadi idol / inspirasi mereka.