Muzik Abad Ke

download Muzik Abad Ke

of 6

Transcript of Muzik Abad Ke

  • 7/29/2019 Muzik Abad Ke

    1/6

    Muzik Abad ke-20

    Pengenalan

    Pada tahun 1900 sehingga 1913 telah membawa perkembangan baru dalam

    bidang sains dan kesenian. Sewaktu era Perang Dunia Pertama, penemuan-penemuan

    baru telah menukar kepercayaan yang sekian lama dipegang. Sigmund Freud

    meneroka alam separa sedar manusia dan mengembangkan ilmu yang dinamakan

    psikoanalisis. Albert Einstein pula mengubah pandangan manusia terhadap alam

    semesta dengan teori relatifnya. Dalam bidang seni lukis, Pablo Picasso menghasilkan

    lukisan dan ukiran manusia, objek-objek yang hidup yang menunjukkan beberapa

    sudut pandangan dalam suatu masa. Wassily Kadinsky pula melukis lukisan abstrak

    yang tidak lagi menampakkan imej sebaliknya cakaran-cakaran yang sukar untuk

    difahami.

    Muzik juga mengalami revolusi. Era selepas tahun 1900 menyaksikan perubahan

    ketara bahasa muzik yang tidak pernah berlaku semenjak awal Zaman Baroque. Satupendekatan baru berlaku terhadap penggunaan nada iaitu pitch, ritma dan penggunaan

    bunyi-bunyi yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini. Sesetengahnya pula

    melencong terlalu jauh daripada tradisi sehingga tidak dapat diterima oleh pendengar

    pada waktu itu. Peristiwa besar yang berlaku disebabkan penolakan masyaraakt

    terhadap pembaharuan tersebut adalah rusuhan sewaktu pementasan balet La Sacre

    Du Printemps oleh Igor Stravinsky di Paris pada 29 Mei 1913. Penonton-penonton

    yang tidak menyayangi persembahan tersebut telah mengejek dan membuat bising.

    Anggota polis telah dipanggil untuk menguraikan pergaduhan yang berlaku antara

    kumpulan tersebut dengan kumpulan yang ingin persembahan tersebut teruskan.

    Seorang pengkritik muzik menggangap muzik Stravinsky terlalu sumbang dari

    permulaan hingga akhir. Seorang pengkritik lain pula menyatakan bahawa gubahan

  • 7/29/2019 Muzik Abad Ke

    2/6

    oleh komposer tersebut tidak bersangkutan langsung dengan muzik seperti yang

    mereka fahami selama ini.

    Pada hari ini, kita berasa hairan dengan kegagalan para pengkritik pada masa itu

    untuk memahami ciptaan muzik tersebut yang kini dianggap sebagai masterpiece (hasil

    karya terbaik). Kod-kod, ritma dan bunyi-bunyian perkusi yang kedengaran asing pada

    masa itu, kini menjadi kelaziman untuk didengar dalam muzik jaz, rock, muzik latar filem

    dan televisyen. Bagaimanapun, kelantangan pengkritik-pengkritik pada awal tahun 1900

    itu menunjukkan perubahan bahasa muzik sedang berlaku. Dari akhir tahun 1600

    sehingga 1900, struktur muzik mempunyai cirri-ciri yang dianggap prinsip ataupun

    hukum am yang tidak boleh dilanggar. Walaupun hasil-hasil kerja Bach, Beethoven dan

    Brahms mungkin berlainan tetapi mereka masih menghasilkan gubahan-gubahan

    mereka dalam lingkungan prinsip asas tersebut. Selepas tahun 1900, komposer-

    komposer tidak lagi mengikut prinsip-prinsip itu dan lebih berminat untuk keluar

    daripada kebiasaan mereka.

  • 7/29/2019 Muzik Abad Ke

    3/6

    Peranan Muzik dan Pemuzik dalam Masyarakat

    Pada abad ke-20 menyaksikan satu perubahan mendadak terhadap muzik dan

    minat terhadapnya. Ruang tamu sesebuah rumah kini menjadi dewan konsert baru

    melalui rakaman radio dan televisyen. Kemajuan teknologi ini menjadikan muzik dapat

    dinikmati oleh ramai orang berbandng zaman sebelumnya. Selain itu, pilihan bahan

    muzik juga lebih luas. Teknologi rakaman bukan sahaja memberikan peluang kepada

    penggemar mendengar muzik-muzik klasikal yang diketahui umum, bahkan juga muzik-

    muzik Renaissance, baroque, muzik-muzik tradisional di luar Negara-negara Barat dan

    muzik pada abad ke-20 yang jarang-jarang dimainkan di konsert-konsert.

    Siaran radio yang menyiarkan rakaman dan siaran langsung permainan muzik

    tersebar luas kepada pendengar sekita tahun 1920-an. Sekitar tahun 1930-an, banyak

    rangkaianpenyiaran menubuhkan orchestra masing-masing. Antara yang terkenal

    adalah NBC Symphony orchestra di Amerika Syarikat. Selain orchestra, opera juga

    disiarkan melalui corong-corong radio dan berjuta-juta manusia dapat menikmatinya.

    Apabila televisyen dicipta, persembahan muzik bukan sahaja dapat didengar tetapi juga

    ditonton. Pada tahun 1951, sebuah opera pertama untuk siaran televisyen telah

    ditayangkan yang bertajuk Amahl And The Night Visitors oleh komposer Amerka

    berbangsa Itali, Giancarlo Menotti. Selain itu, banyak lagi persembahan orkestra simfoni

    yang disiarkan. Siaran televisyen telah membawa pelbagai persembahan muzik ke

    rumah-rumah. Video muzik opera, simfoni dan persembahan solo menjadi semakin

    popular.

    Pada separuh pertama abad ke-20, kebanyakan konsert dan opera

    mempersembahkan muzik dari zaman-zaman sebelumnya dan bukan muzik semasa.

    Ini merupakan sesuatu yang baru dalam sejarah muzik. Semasa zaman Mozart

    misalnya, penonton-penonton dipersembahkan dengan muzik-muzik baru dan

  • 7/29/2019 Muzik Abad Ke

    4/6

    bukannya opera oleh Handel ataupun cantata oleh Bach yang dianggap ketinggalan

    zaman. Begitu juga pada zaman romantik, konsert-konsert dipenuhi dengan muzik-

    muzik terkini.

    Selepas tahun 1900, pendengar dan pemuzik tidak menggemari gubahan muzik

    baru yang sumbang serta pembaharuan yang dilakukan oleh composer-komposer

    seperti Ives, Webern dan Varese. Untuk mengelakkan ketidakselesaan penonton, ramai

    konduktor memilih untuk tidak memainkan muzik-muzik tersebut, sebaliknya memilih

    muzik lama. Hasilnya, sesetengah komposer pada abad ke-20 yang inovatif telah

    diabaikan. Selepas Perang Dunia ke-2, banyak organisasi ditubuhkan untuk

    mempopularkan gubahan muzik terkini. The International Society Of Contemporary

    Music adalah yang paling berpengaruh dan mempunyai cawangan di merata Negara.

    Bermula dari tahun 1950-an, orchestra-orkestra dan opera-opera utama mula

    mempersembah lebih banyak muzik pada abad ke-20. Kemunculan piring hitam LP

    (long play) membolehkan penggemar mendengar muzik tersebut berulang-ulang kali

    sehingga difahami dan terus menikmatinya. Pemuzik-pemuzik pula semakin biasa

    dengan ritma-ritma moden yang susah dimainkan sebelumnya dan mampu memainkan

    muzik-muzik tersebut dengan baik.

    Kebanyakan daripada gubahan muzik moden ditempah untuk persembahan

    tarian balet dan opera, badan-badan amal, orchestra, studio filem dan peminat-peminat

    muzik yang kaya. Perkembangan seni tari moden juga membawa kesan positif

    terhadap muzik abad ke-20. Begitu juga dengan perkembangan dalam bidang

    perfileman. Walaupun berfungsi sebagai latar belakang tetapi muzik tetap penting

    dalam menghiburkan penonton. Walaupun tempahan-tempahan muzik semakin banyak

    tetapi tidak ramai composer yang mampu hidup mewah dengan menggubah muzik

    sahaja. Kebanyakan composer moden juga ialah guru muzik, konduktor ataupun

    pemain muzik. Sekarang terdapat juga dikalangan mereka yang menjadi komposer

  • 7/29/2019 Muzik Abad Ke

    5/6

    residen bagi suatu orkestra. Tugas mereka adalah sebagai penasihat kepada pengarah

    muzik dan juga mencipta atau mengubah muzik untuk orkestra tersebut.

    Pada abad ke-20, ramai wanita turut menjadi komposer, pemain muzik virtuoso

    dan pengajar muzik. Seperti kebanyakan orang, pemuzik juga menerima kesan

    daripada angin perubahan dalam politik, ekonomi dak pergolakan sosial pada abad ke-

    20. Kemunculan Hitler di Jerman pada tahun 1933 telah membawa impak besar

    terhadap kehidupan dan kerjaya ramai pemuzik. Seniman-seniman yang progresif,

    sosialis dan pemuzik-pemuzik Yahudi dibuang kerja malah karya-karya mereka tidak

    dibenarkan untuk persembahan. Kuasa diktator, pembunuhan beramai-ramai dan

    berlakunya Perang Dunia ke-2 menyebabkan berlakunya penghijrahan golongan-

    golongan karyawan dan intelektual. Ramai komposer termasuk Stravinsky, Bartok,

    Schoenberg dan Hildemith telah meninggalkan Eropah untuk berhijrah ke Amerika.

    Pelarian-pelarian tersebut telah memberikan sumbangan besar terhadap

    perkembangan muzik di Amerika. Schoenberg dan Hildemith menjadi pensyarah di

    university-universiti dan membantu kemunculan komposer-komposer terbaik di

    Amerika.

  • 7/29/2019 Muzik Abad Ke

    6/6

    Muzik Selepas Era 1950-an

    Selepas Perang Dunia ke-2, teknologi berkembang dengan pesat. Dunia mejadi

    semakin sempit dengan terciptanya televisyen, komputer dan satelit yang

    membolehkan maklumat tersebar dengan cepat dan tidak terhad. Aliran baru dalam

    dunia fesyen dan seni tampak muncul dan menjadi ikutan di merata-rata tempat tetapi

    kemudiannya terus lenyap. Dalam bidang muzik pula, penekanan lebih diberikan dalam

    memperkenalkan gaya baru. Inovasi muzik semenjak tahun 1950 tersebar lebih jauh

    dari sebelumnya. Terdapat pelbagai aliran baru dan gaya muzik yang tidak terhad.

    Piring hitam, pita rakaman dan cakera padat menjadikan penyebaran idea-idea dan

    gaya muzik baru ini lebih luas, jauh dan cepat.

    Semenjak perkembangan studio rakaman yang menggunakan pita, synthesizer

    dan komputer pada tahun 1950-an dan 1960-an, para composer mempunyai sumber

    yang tidak terhad apabila menerbit dan mengawal bunyi muzik yang dikehendaki. Alat-

    alat muzik elektronik membolehkan composer-komposer meluahkan apa-apa sahaja

    yang diingin tanpa perlu memikirkan kemampuan pemuzik yang terhad. Sesetengah

    alat muzik berubah reka bentuk dan fungsi. Organ elektronik dan piano elektrik mula

    mengambil tempat sebagai alat muzik utama, begitu juga dengan synthesizer. Alat-alat

    tersebut menggunakan kuasa elektrik untuk mengeluarkan bunyi melalui kotak

    pembesar suara (sound reinforcemet). Sebagai tambahan, alat-alat muzik tradisionaal

    juga menggunakan mikrofon dan sistem pembesar suara supaya lebih jelas didengar.

    Gitar elektrik yang diperkenalkan oleh Les Paul dan Leo Fender pula pada tahun

    1940-an dan 1950-an telah mengubah scenario muzik secara mendadak. Kemunculan

    muzik rock n roll, pop yeh yeh, dan kemudiannya heavy metal menjadi kegilaan

    generasi muda.