KRITERIA NAIK TARAF IPTS BERTARAF KOLEJ KEPADA KOLEJ UNIVERSITI ATAU UNIVERSITI SWASTA
Naik Taraf Pss
-
Upload
zura-zahrin -
Category
Documents
-
view
21 -
download
5
description
Transcript of Naik Taraf Pss
SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAMJALAN SETIA IMPIAN U13/3T,SETIA ALAM,
40170, SHAH ALAM, SELANGOR.
KERTAS KERJAMENAIK TARAF PUSAT SUMBER
SK SETIA ALAM SIRI-1 TAHUN 2015
ANJURANPUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAM
DISEDIAKAN OLEH:NOOR AZURA BINTI MOHD. HANAPI
GURU MEDIASK SETIA ALAM
“PSS SK SETIA ALAM MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
______________________________________________________________________________________________________________
KERTAS KERJA MENAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH SIRI-1, SK SETIA ALAM
ANJURAN JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu Pusat Sumber yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi murid-murid dan menjadi pusat rujukan guru.
Prasarana dan pengurusan pusat sumber sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para murid. Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, pusat sumber sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang menarik akan membuatkan pengguna akan terasa lebih mesra.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah
2.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang ingin beristirehat dan melakukan aktiviti bacaan santai.
2.3 Melatih murid untuk membuat rujukan di Pusat Sumber. Justeru melatih murid kemahiran literasi maklumat.
2.4 Menggalakkan dan meningkatkan jumlah bacaan murid dan % kerterlibatan murid dalam Program Nilam.
7.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : Jan hingga Mac 2015
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
5.0 SASARAN
Pengawas Pusat Sumber Tahun 4 hingga Tahun 6.
6.0 KANDUNGAN PROGRAM
Butiran Bahan yang diperlukan Tindakan
Pembinaan kertas kerja Kertas, Ink, Komputer Pengurus projek
(Guru Media)
Perbincangan dengan pihak pentadbir Kertas cadangan Pengurus projek, Guru Besar
Bincang tentang dana dengan CC Nota Minta Pengurus projek, Guru Besar, CC
Isi nota minta dan pengesahan oleh Guru Besar
Bahan dan alatan habis guna.
Pengurus projek, CC
Mulakan proses menaiktaraf Pusat
Sumber
Skirting meja Pengurus projek, kakitangan sekolah
Refleksi dan pendokumentasian Kertas pendokumentasian
Pengurus projek
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Butiran Harga/Kos Tindakan
Pembinaan kertas kerja dan refleksi pendokentasian.
Ink, kertas dan komputer
RM 0.00 Pengurus projek
Bahan dan alatan habis guna
(kertas berwarna, Kertas A4, sticker kod buku, ink printer, alat tulis dan lain-lain bahan berkaitan)
RM 1000.00 Pengurus projek, CC
Kain skirting meja RM 500.00 Pengurus projek, CC
Upah jahit skirting meja
Pondok Warisan
(Kos bahan dan upah)
RM 800.00
RM 300.00
Pengurus projek, CC
Pengurus projek, CC
JUMLAH KESELURUHAN RM 2600.00
8.0 PENUTUP
Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015. Di harap projek menaik taraf Pusat Sumber Siri-1 ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.Diharap hasil daripada usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi Pusat Sumber SK Setia Alam.
Di sediakan oleh :
….................................................................(NOR AZURA BINTI MOHD. HANAPI)GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIASK SETIA ALAM
Di sahkan oleh:
……………………………………………………(PN. SITI SARBANON BINTI MOHD. AMIN)GURU BESAR,SK SETIA ALAM
LAMPIRAN
Gambar Pusat Sumber Sekolah Sebelum Dinaiktaraf