new 2

11
patriotik yang tinggi dalam jiwa pelajar. Semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara ini sekaligus melahirkan jenerasi muda yang menekankan nilai-nilai perpaduan dalam diri, masyarakat dan negara. Dengan inilah objektif kurikulum akan dicapai kerana melalui ini semangat perpaduan pasti dapat dipupuk. Sekiranya dihalusi Kandungan kurikulum sejarah Sekolah Menengah Rendah (SMR) didapati peristiwa sejarah tanahair disusun secara kronologis iaitu sejak pengenalan sejarah sehingggalah penubuhan Malaysia yang berdaulat ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) .Penyusunan ini dibuat sedemikian supaya para pelajar dapat memahami cara atau kaedah perkembangan masyarakat dan negara Malaysia. .Terdapat beberapa tema dalam Kurikulum sejarah Sekolah Menengah Rendah (SMR) yang menyentuh tentang perpaduan 1 .Antaranya : Tema 1 : Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka Tema 2 : Kesultanan Melayu Melaka Menjadi Asas Kerajaan Masa Kini Tema 3 : Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British untuk Menjajah Tema 4 : Tindak Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah British Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air Merujuk kepada Tingkatan 1, ada bab yang mengisahkan tentang perpaduan iaitu bab 6, Kemerosotan Melaka. Para pelajar Tingkatan satu didedahkan bahawa perpaduan adalah sangat penting. Bab ini merupakan cerita mengenai perpecahan yang berlaku di Melaka. 1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Sukatan Pelajaran Sejarah 2000 muka surat 4.

description

nm xn

Transcript of new 2

patriotik yang tinggi dalam jiwa pelajar. Semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara ini sekaligus melahirkan jenerasi muda yang menekankan nilai-nilai perpaduan dalam diri, masyarakat dan negara. Dengan inilah objektif kurikulum akan dicapai kerana melalui ini semangat perpaduan pasti dapat dipupuk.Sekiranya dihalusi Kandungan kurikulum sejarah Sekolah Menengah Rendah (SMR) didapati peristiwa sejarah tanahair disusun secara kronologis iaitu sejak pengenalan sejarah sehingggalah penubuhan Malaysia yang berdaulat ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) .Penyusunan ini dibuat sedemikian supaya para pelajar dapat memahami cara atau kaedah perkembangan masyarakat dan negara Malaysia. .Terdapat beberapa tema dalam Kurikulum sejarah Sekolah Menengah Rendah (SMR) yang menyentuh tentang perpaduan[footnoteRef:1].Antaranya : [1: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Sukatan Pelajaran Sejarah 2000 muka surat 4.]

Tema 1: Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu MelakaTema 2 : Kesultanan Melayu Melaka Menjadi Asas Kerajaan Masa KiniTema 3 : Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British untuk MenjajahTema 4 : Tindak Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah BritishTema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air

Merujuk kepada Tingkatan 1, ada bab yang mengisahkan tentang perpaduan iaitu bab 6, Kemerosotan Melaka. Para pelajar Tingkatan satu didedahkan bahawa perpaduan adalah sangat penting. Bab ini merupakan cerita mengenai perpecahan yang berlaku di Melaka.Tun Mutahir menggantikan Tun Perak sebagai Bendara Melaka.Bendahara Tun Mutahir berketurunan India Muslim dan mengamalkan sikap pilih kasih.Beliau memilih sanak saudara dan sahabat handai untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendara Melaka menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Melayu.Keadaan ini menimbulkan persaingan di antara orang Melayu dengan orang India Muslim untuk mendapatkan pengaruh.Keadaan ini disebabkan sikap pilih kasih dalam pentadbiran dan tiada sikap bersatu padu yang diamalkan oleh Bendahara Tun Mutahir.Tindakan Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka telah menyebabkan Sultan Mahmud Shah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tun Mutahir dan keluarganya.Akibat daripada konflik di antara pembesar Melayu dengan India Muslim, rakyat Melaka berpecah belah dan tidak bersatu.Perpecahan dalam kalangan rakyat Melaka telah menjejaskan keutuhan kerajaan Melaka.Melalui bab ini masyarakat di negara kita dapat simpulkan bahawa perpaduan merupakan alat yang penting untuk keutuhan sesebuah kerajaan.Seterusnya, jika tiada hubungan yang erat dalam kalangan pemimpin, perpaduan dalam kalangan rakyat biasa juga turut terjejas.Masyarakat Malaysia dapat memahami bahawa kita sanggup menerima pemimpin pemimpin yang berketurunan lain supaya tidak berlaku pergaduhan atau perpecahan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita ini dan perpaduan dalam kalangan masyarakat juga berada dalam keadaan yang stabil.Apabila semangat perpaduan disemai dalam diri murid murid dari Tingkatan satu maka memang mudah bagi kita untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia kini dan masa hadapan.Hal ini demikian kerana murid murid sekaranglah golongan masyarakat Malaysia kini dan golongan rakyat negara kita pada masa akan datang. Yang seterusnya adalah bab 9 Warisan Kesultanan Melayu di Tingkatan satu.Dalam bab ini ada dinyatakan tentang gaya hidup golongan rakyat.Antarannya gaya hidup masyarakat Melayu.Dalam bab ini pelajar dapat tahu bahawa masyarakat Melayu mengamalkan amalan gotong royong sempena majlis perkahwinan, membina jalan dan bersawah.Selain itu, mereka juga menghormati jiran mereka.Mereka menganggap jiran sebagai keluarga terdekat.Masyarakat Melayu juga menghormati pemimpin dan orang tua.Mereka memanggil pemimpin dan orang tua berdasarkan pangkat dan berjalan dengan tertib di hadapan mereka.Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu juga mengamalkan budaya ziarah menziarahi.Dengan ini warga Malaysia dapat mengenali sesuatu kaum dengan lebih dekat dan dapat memahami agama dan amalan mereka.Ini membolehkan mereka bertolak ansur antara satu sama lain dan keadaan begini juga membolehkan pergaduhan antara kaum tidak berlaku di negara kita seperti rusuhan kaum yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.[footnoteRef:2] [2: Buku teks Tingkatan 1]

Selain Tingkatan 1, di Tingkatan 2 juga ada bab bab yang menceritakan tentang perpaduan.Dalam Tingkatan 2, murid murid akan belajar tentang perpaduan lebih sedikit daripada yang telah dipelajari di Tingkatan 1. Ini kerana apabila mereka meningkat dewasa mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu walaupun perkara itu susah buat mereka.Sukatan pelajaran yang sebegini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan seluruh warga Malaysia supaya mereka meningkatkan lagi semagat perpaduan mereka. Yang berikut adalah sukatan mata pelajaran sejarah Tingkatan 2 yang mengenai perpaduan.Bab yang menyentuh perpaduan di Tingkatan dua adalah bab 2 iaitu Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British.Bab ini menceritakan Raja Abdullah telah memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang dengan membawa masuk buruh buruh cina.Lombong lombong bijih timah telah dibuka di Kuala Lumpur dan di Ampang.Kekayaan di daerah Klang menjadi rebutan dan perbalahan di Selangor. Raja Mahadi ingin memiliki daerah Klang yang pernah diletakkan di bawah kekuasaan ayahandanya.Perbalahan ini mencetuskan perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.Perlombong cina turut terlibat dalam perang ini.Peperangan yang berlaku menjejaskan kegiatan perdagangan di Selangor. Semangat perpaduan dapat disemai dalam kalangan masyarakat melalui bab ini dengan menerangan kekayaan tidak penting daripada perpaduan.Mereka juga dapat memahami kita tidak sepatutnya mengutamakan kekayaan dalam kehidupan semata matanya.Semua orang mahukan kekayaan dan ini akan menjadi rebutan dan boleh mencetuskan pergaduhan dalam kalangan masyarakat.Oleh itu, perpaduan hendaklah diberi keutamaan kerana perpaduan itu sukar untuk diperoleh malah sikap mementingkan kekayaan hendaklah diabaikan kerana sikap ini boleh menjejaskan ekonomi, politik dan sosial. Dalam bab yang sama juga ada peristiwa mengenai perbalahan di Sungai Ujong,Negeri Sembilan.Sungai Linggi terletak dalam daerah Sungai Ujong.Pembesar yang menguasai Sungai Linggi akan memperolah pendapatan yang lumayan kerana dapat memungut cukai ke atas pedagang.Perebutan untuk menguasai Sungai Linggi ini, telah mencetuskan pertelingkahan antara Dato Bandar dengan Dato Kelana.Dato Kelana telah meminta bantuan British dan menandatangani perjanjian menerima perlindungan British pada 1874.Melalui perjanjian itu, British telah menempatkan P.J.Murray sebagai Residen British di Sungai Ujong. Di sini juga sukatan mata pelajaran sejarah di Tingkatan dua memainkan peranan untuk memupuk semangat perpaduan.Peristiwa yang diatas tadi menerangkan kepada murid murid Tingkatan dua tentang hubungan yang longgar akan membolehkan atau memberikan peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan.Contohnya seperti peristiwa tadi. Perpaduan sangat penting untuk keselamatan negara.Melalui peristiwa ini, kalangan masyarakat Malaysia dapat tahu bahawa kita tidak sepatutnya memberi peluang kepada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan.Sebaliknya kita hendaklah mengeratkan hubungan yang baik antara satu sama lain dan juga kita perlulah pandai dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengadakan meja rundingan.Bantuan daripada pihak yang ingin mengambil kesempatan harus dielakkan supaya perpaduan kekal dalam kalangan masyarakat dan membantu negara kita untuk sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan damai. Melihat kepada bab 6 iaitu British Mengeksploit Ekonomi, jelas bahawa British telah menempatkan kaum mengikut penempatan atau ekonomi.British telah membiarkan setiap kaum tinggal di kawasan yang berasingan.Orang cina di kawasan perlombongan, kawasan bandar dan terlibat dalam bidang perniagaan.Orang india tinggal dan bekerja di ladang getah.Penduduk tempatan pula menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan tinggal di luar bandar.Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan.Seterusnya, masyarakat peribumi terus terpisah daripada perkembangan ekonomi moden dan ini telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum tersebut.British tidak mahu orang cina,india dan melayu berada dan bekerja dalam satu tempat yang sama.Salah satu sebab British membiarkan setiap kaum tinggal di kawasan yang berasingan ialah untuk mengelakkan mereka bertemu antara satu sama lain. Apabila guru guru mengajar bab ini, para pelajar dapat memahami sikap pihak penjajah British yang menjadi batu penghalang atau tidak mahu orang india,cina dan melayu bersatu padu.British telah buat sedemikian supaya mereka tidak dapat peluang untuk berjumpa dan mengeratkan hubungan yang baik dan harmonis antara satu sama lain kerana British takut jika mereka bersatu padu,mereka akan menentang British dan keadaan ini memburukkan atau membawa ancaman kepada pihak British.Melalui ini, kita sebagai rakyat Malaysia dapat memahami bahawa perpaduan adalah alat yang sangat tajam sehingga pihak penjajah boleh takut dengannya.Peristiwa ini akan dijadikan sebagai iktibar oleh masyarakat kita untuk mengekalkan perpaduan kerana mereka telahpun didedahkan dengan kepentingan mengekalkan perpaduan dalam bab ini. Kemudiannya bab 8 Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa.Bab ini banyak mengisahkan tentang beberapa gerakan yang berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British.Contohnya, Kesatuan Melayu Muda (KKM). KMM ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur dan dipimpin oleh Ibrahim Yaakob.Tujuannya adalah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan berjuang untuk kemerdekaan.Selain itu, dalam bab ini juga murid murid didedahkan tentang peranan akhbar dan majalah.Antara peranan akhbar dan majalah yang dijelaskan dalam bab ini adalah melahirkan kesedaran kebangsaan, menyemai semangat kebangsaan dan menghapuskan semangat kenegerian supaya perpaduan dapat diwujudkan.[footnoteRef:3] [3: Buku teks Tingkatan 2]

Golongan masyarakat Malaysia pastinya dapat menanam semangat perpaduan dalam diri mereka apabila mereka belajar mengenai peristiwa tersebut dan dapat tahu bahawa pelbagai usaha telah diambil pada ketika itu untuk memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada bangsa yang sama kerana pada ketika itu masyarakat tidak bersatu padu walaupun terdiri daripada bangsa yang sama.Seterusnya,seperti yang dikatakan mengenai peranan akhbar dan majalah, sukatan mata pelajaran sejarah menceritakan tentang peranan akhbar dan majalah dalam bab ini supaya masyarakat Malaysia dapat memahami dengan lebih mendalam tentang semangat perpaduan. Pada masa dahulu, golongan golongan intelektual sahaja tidak cukup untuk menyatu padukan masyarakat malah akhbar dan majalah juga turut memainkan peranan dengan menjadi saluran untuk memupuk perpaduan kerana semangat bersatu padu adalah pada tahap yang paling rendah pada masa tersebut.Melalui peristiwa peristiwa sebegini murid murid dan masyarakat Malaysia akan menyedarkan diri dengan kepentingan perpaduan.Mereka juga dapat memahami perpaduan dalam kalangan masyarakat sangat penting bagi membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Yang seterusnya adalah bab bab Tingkatan 3 yang menyentuh tentang perpaduan. Bab 4 Tingkatan 3 iaitu Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Dalam bab ini para pelajar didedahkan dengan parti parti yang berusaha mewujudkan perpaduan.Antaranya ialah UMNO, MIC, MCA, IMP, PAS dan Parti Perikatan.Selain itu, Laporan Razak 1956 juga dikeluarkan untuk mengamalkan sistem sekolah umum di mana pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum belajar di sekolah yang sama.Keadaan ini mampu mewujudkan kerjasama dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar sejak dari kecil lagi.Wujud juga Parti Perikatan untuk mewujudkan kerjasama pelbagai kaum.Apabila pelajar pelajar belajar dan memahami bab ini dengan baik, mereka juga turut memahami kepentingan perpaduan dan mereka juga mencuba untuk menanamkan semangat perpaduan dalam diri mereka.Maka perpaduan dapat dikekalkan dalam negara kita.Selain menyentuh bab 4 Tingkatan 3, bab 5 Tingkatan 3 iaitu Kemerdekaan Negara.Bab ini mengenai usaha usaha yang dilakukan untuk memperoleh kemerdekaan Tanah Air.Antara usaha yang diambil adalah Rombongan Merdeka 1956.Di sini murid murid didedahkan dengan bagaimana pemimpin pemimpin negara bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan.Ini akan menaikkan semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat Malaysia.Semangat inilah yang menjurus kepada semangat bersatu padu untuk mengekalkan keselamatan negara.Dalam bab yang sama juga pelajar pelajar belajar tentang peristiwa permasyhuran kemerdekaan, di mana pada pukul 12.00 tengah malam 30 ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan dan bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.Tunku Abdul Rahman telah baca perisytiharan dan melaungkan Merdeka! selama tujuh kali.Semasa guru guru mengajar bab ini sudah pasti semangat patriotisme dalam kalangan pelajar akan menaik dan mereka juga turut dapat menghargai segala pengorbanan rakyat negara pada masa dahulu untuk mencapai kemerdekaan negara.Bukan sahaja pelajar, anggota masyarakat juga turut dapat memahami bahawa perpaduan sangat penting untuk mengekalkan kesejahteraan dalam negara.Dalam bab 6,Tingkatan tiga terdapat isu atau peristiwa berkaitan perpaduan.Untuk pengetahuan, beberapa parti politik telah ditubuhkan di Sarawak untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Sarawak.Parti Negara (PANAS) ditubuhkan untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan semua kaum di Sarawak.Seterusnya, Parti Bersatu Rakyat Sarawak juga diwujudkan dengan tujuan menggalakkan perpaduan dan kesetiaan di kalangan rakyat Sarawak serta menyatupadukan kaum di Sarawak.Ada juga parti yang lain seperti Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjamin hak mereka dalam perlembagaan.Di sini,warga Malaysia dapat memahami bukan sahaja perpaduan diperlukan di Semenanjung Malaysia tetapi juga di negeri Sarawak.Murid murid lebih mengenali parti parti dan usaha parti parti tersebut memupuk dalam kalangan masyarakat Sarawak.Ini juga akan menjadi salah satu panduan supaya masyarakat kita tahu akan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Tidak tertinggal juga bab terakhir Tingkatan tiga iaitu bab 7,Malaysia yang Berdaulat.Bab ini mengisahkan tentang negara Singapura terutamanya perpisahan Singapura dari negara kita, Malaysia.Singapura sering membangkitkan isu isu yang sensitif.Akibatnya hubungan baik Singapura dengan kerajaan pusat telah retak.Bukan itu sahaja, banyak kenyataan daripada pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PETIR) membangkitkan sentiment perkauman.Akibatnya rusuhan kaum yang berlaku di Singapura menggugat keselamatan.Akhirnya, Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan untuk singkirkan Singapura dari Malaysia.Pada 9 Ogos 1965, Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia telah dibuat.Dalam bab ini juga ada cerita tentang sidang kemuncak di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.MAPHILINDO iaitu gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia telah ditubuhkan untuk meningkatkan hubungan persahabatan antara negara anggota.Sukatan mata pelajaran menengah rendah yang berkaitan dengan topik topik sebegini bagi memupuk semangat perpaduan.Cerita mengenai negara Singapura yang dinyatakan tadi menunjukkan ketiadaan semangat perpaduan mengakibatkan sebuah negara disingkirkan.Ini adalah satu bukti yang kukuh untuk menyatakan perpaduan adalah sangat penting.Melalui ini murid murid juga dapat memahami dan menjadikannya sebagai iktibar dalam kehidupan mereka.Berbincang tentang penubuhan MAPHILINDO,masyarakat Malaysia dapat mengetahui perpaduan bukan sahaja penting untuk masyarakat tetapi juga antara satu negara dengan negara lain.Sama juga seperti MAPHILINDO.Hubungan yang erat diperlukan antara ketiga tiga negara ini supaya perpaduan antara negara negara tersebut terus dapat dikekalkan.Masyarakat Malaysia dapat membuat kesimpulan bahawa hubungan tersebut akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan setiap negara yang terlibat.Peristiwa ini akan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelajar menengah rendah.[footnoteRef:4] [4: Buku teks Tingkatan 3]

Secara keseluruhannya,jelaslah di sini bahawa merujuk kepada kurikulum sekolah menengah rendah, perpaduan dalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat di negara kita.Sukatan pelajaran sejarah menengah rendah adalah sangat efektif dan membawa banyak manfaat kepada para pelajar dan kepada seluruh rakyat Malaysia.Sukatan pelajaran ini juga banyak menerapkan unsur unsur atau nilai nilai mengenai perpaduan. Kaedah yang digunakan dalam sukatan mata pelajaran sejarah dalam kurikulum sekolah menengah rendah ialah dengan menyatakan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat mengikut tema dan juga mengikut bab bab tertentu.Pandangkan tiada ketinggalan unsur perpaduan dalam setiap tingkatan.Semangat perpaduan dapat dipupuk melalui sukatan mata pelajaran sejarah untuk mengekalkan keharmonian dan kesejarahteraan dalam negara kita.Keharmonian dan kesejahteraan wujud jika sesebuah negara itu mempunyai rakyat yang berpegang teguh kepada perpaduan.Oleh itu, semua warga Malaysia hendaklah bersatu padu demi negara kita tercinta ini.