Nota Pss3112

79
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/346/bab-02- penilaian-rangka-rancangan-jangka-panjang-pertama-rrjp-1-1971-90 BAB 02 : PENILAIAN RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (RRJP 1) 1971-90 I : PENDAHULUAN 2.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut. 2.02 Dalam tempoh RRJP1, empat rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan. Sungguhpun dalam tempoh tersebut negara telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang membanggakan, ekonomi negara pernah melalui tahun-tahun yang penuh dengan cabaran kesan daripada batasan dan kelemahan ekonomi dalam negeri di samping ketidakpastian dan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa. Namun demikian, ekonomi negara telah muncul dengan lebih kukuh dan kini bersedia untuk melangkah ke dekad sembilan puluhan dengan kekuatan dan ketahanan yang lebih.

description

.

Transcript of Nota Pss3112

Page 1: Nota Pss3112

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/346/bab-02-penilaian-rangka-

rancangan-jangka-panjang-pertama-rrjp-1-1971-90

BAB 02 : PENILAIAN RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA

(RRJP 1) 1971-90

I : PENDAHULUAN

2.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-90, menggariskan

rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru

(DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbuhan ekonomi

dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai

matlamat tersebut.

2.02 Dalam tempoh RRJP1, empat rancangan pembangunan lima tahun telah

dilaksanakan. Sungguhpun dalam tempoh tersebut negara telah mencapai kemajuan

ekonomi dan sosial yang membanggakan, ekonomi negara pernah melalui tahun-tahun

yang penuh dengan cabaran kesan daripada batasan dan kelemahan ekonomi dalam

negeri di samping ketidakpastian dan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa. Namun

demikian, ekonomi negara telah muncul dengan lebih kukuh dan kini bersedia untuk

melangkah ke dekad sembilan puluhan dengan kekuatan dan ketahanan yang lebih.

II : TUJUAN DAN MATLAMAT RRJP1

Dasar Ekonomi Baru

2.03 Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan

membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi

kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dari segi pembasmian kemiskinan

tanpa mengira kaum, Kerajaan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang terlibat

Page 2: Nota Pss3112

memandangkan bahawa pada masa RRJP1 dilancarkan hampir separuh daripada

jumlah isirumah di negara ini adalah miskin. Kadar kemiskinan di Semenanjung

Malaysia pada tahun 1970 adalah sebanyak 49.3 peratus daripada jumlah isi rumah

dan matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkannya kepada 16.7 peratus

menjelang tahun 1990. Bilangan isirumah miskin yang terbesar adalah diluar bandar

dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus berbanding dengan 21.3 peratus di

kawasan bandar. Matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkan kadar

kemiskinan diluar bandar dan bandar masing- masing kepada 23 peratus dan 9.1

peratus menjelang tahun 1990. Dari segi kumpulan etnik, Bumiputera merupakan

golongan miskin yang terbesar, merangkumi 74 peratus daripada isirumah miskin di

Semenanjung Malaysia pada tahun 1970. Kadar kemiskinan dikalangan Bumiputera

juga adalah yang tertinggi iaitu 65 peratus berbanding dengan 26 peratus dikalangan

kaum Cina dan 39 peratus dikalangan kaum India.

2.04 Dari segi paras pendapatan, pendapatan purata isirumah pada tahun 1970 ialah

hanya sebanyak $264 sebulan. Sebanyak 27 peratus isirumah memperolehi

pendapatan?kurang dari $100 sebulan, manakala 31 peratus lagi diantara $100 hingga

$200 sebulan.

2.05 Strategi serampang dua mata DEB yang kedua pula bertujuan untuk menyusun

semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Matlamat ini diharap akan dapat dicapai melalui penyusunan semula corak gunatenaga,

hakmilik modal saham dalam sektor syarikat dan pewujudan sebuah Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

2.06 Teras utama strategi kedua DEB ini adalah untuk menyusun semula corak

gunatenaga supaya menggambarkan komposisi penduduk berbagai kaum di negara ini

untuk semua sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam ekonomi. Matlamat ini

penting memandangkan semasa DEB dilancarkan, struktur pekerjaan memperlihatkan

ciri-ciri perbezaan yang amat ketara. Bumiputera tertumpu dalam sektor pertanian

tradisional dan dalam ketegori pekerjaan yang berpendapatan rendah manakala kaum

Page 3: Nota Pss3112

bukan Bumiputera pula lebih tertumpu di sektor ekonomi moden dan di bidang

profesional dan teknikal yang boleh menghasilkan produktiviti serta pendapatan yang

lebih tinggi, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2-1. Pencapaian matlamat ini

memerlukan usaha-usaha yang gigih ke arah meningkatkan mobiliti tenaga kerja secara

meluas diantara sektor-sektor ekonomi. PenyerapanBumiputera dalam pekerjaan baru,

terutamanya di sektor perindustrian dan perkhidmatan, perlu dikekalkan pada kadar

yang tinggi.

2.07 Satu lagi unsur penting dalam strategi penyusunan semula masyarakat ialah

pembentukan MPPB untuk memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu

Bumiputera dalam sektor-sektor moden. Matlamatnya ialah supaya dalam tempoh satu

generasi, Bumiputera dapat memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus

daripada semua kegiatan perdagangan dan perindustrian dalam ekonomi negara.

2.08 Dari segi penyusunan semula hakmilik modal pula, matlamat yang ditetapkan ialah

untuk meningkatkan bahagian modal saham Bumiputera dalam sektor syarikat daripada

2.4 peratus dalam tahun 1970 kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun

1990. Untuk mencapai matlamat ini, pemilikan Bumiputera dijangka berkembang pada

kadar yang pesat sebanyak 30 peratus setahun berbanding dengan jangkaan 14.5

peratus setahun bagi keseluruhan modal saham sektor syarikat dalam tempoh yang

sama. Hakmilik saham -bagi bukan Bumiputera dan rakyat asing pula dijangka

berkembang pada kadar yang sederhana, masing-masing sebanyak 15.4 peratus dan

10.3 peratus setahun. Adalah menjadi matlamat RRJP1 bahawa menjelang tahun 1990,

pemilikan modal saham Bumiputera dipertingkatkan kepada sekurang-kurangnya 30

peratus, sementara bahagian rakyat Malaysia yang lain dijangka meningkat daripada

34.3 peratus kepada 40 peratus, manakala rakyat asing pula berkurangan daripada

63.3 peratus kepada 30 peratus.

2.09 Di samping matlamat di atas, strategi penyusunan semula masyarakat adalah juga

bertujuan untuk menghasilkan integrasi yang lebih kukuh antara negeri-negeri dan

wilayah dalam negara. Matlamat ini dijangka dapat dicapai dengan melaksanakan

Page 4: Nota Pss3112

berbagai strategi dan program untuk mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah

serta mewujudkan pengagihan yang lebih saksama. Untuk mencapai hasrat ini, usaha-

usaha perlu dibuat bagi memperbaiki lagi peluang-peluang untuk meningkatkan

kemajuan sosial dan ekonomi di kawasan-kawasan kurang maju di samping

memudahkan mobiliti tenaga kerja antara wilayah dan pekerjaan. Rangka Ekonomi

Makro RRJP1

2.10 Pencapaian matlamat DEB telah dirancang untuk dilaksanakan dalam konteks

pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, strategi pertumbuhan Keluaran Dalam

Negeri Kasar (KDNK) dibawah RRJP1 telah ditetapkan pada kadar 8 peratus setahun.

Kadar pertumbuhan ini adalah perlu bagi memastikan wujudnya peluang pekerjaan

yang mencukupi untuk membolehkan penyusunan semula masyarakat dilaksanakan

tanpa menjejaskan golongan lain di samping menyediakan khidmat sosial dan

kemudahan infrastruktur yang diperlukan bag-i mencapai matlamat sosio-ekonomi DEB.

Dengan pertumbuhan ekonomi pada paras 8 peratus setahun, kadar pengangguran

dijangka dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 3.6 peratus

menjelang tahun 1990, dan dengan itu mencapai paras gunatenaga penuh.

2.11 Prospek pertumbuhan ekonomi yang pesat dijangka berpunca daripada

penggunaan kekayaan

sumber-sumber asli negara bagi mempercepatkan pertumbuhan pengeluaran pertanian

serta kemajuan industri berasaskan bahan mentah. Penggerak utama kepada

pertumbuhan yang pesat ialah perkembangan pelaburan swasta dan awam. Dalam

tempoh tersebut, pelaburan dijangka berkembang pada kadar 9.1 peratus setahun,

manakala nisbah pelaburan kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) akan meningkat

daripada 17.7 peratus dalam tahun 1970 kepada 22.3 peratus menjelang tahun 1990.

Pelaburan awam dijangka meningkat pada kadar 10.1 peratus setahun. Sebahagian

besar pelaburan tersebut adalah bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan

pembangunan luar bandar, di samping perusahaan awam yang bertujuan bagi

mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti perdagangan dan

perindustrian moden. Per-kembangan pelaburan awam yang pesat dijangka diikuti oleh

Page 5: Nota Pss3112

pelaburan swasta yang lebih menggalakkan iaitu pada kadar 8.5 peratus setahun dalam

tempoh tersebut.

2.12 Penggerak yang kedua bagi meningkatkan ekonomi ialah perkembangan pesat

eksport negara, yang diramal akan meningkat pada kadar 7.1 peratus setahun.

Perkembangan eksport ini adalah penting untuk mendapatkan pertukaran asing yang

mencukupi bagi membiayai import yang semakin meningkat, khususnya bagi tujuan

pelaburan. Keluaran industri pembuatan, khususnya yang berasaskan sumber serta

lain-lain industri yang mempunyai potensi untuk berkembang dijangka menjadi

penggerak utama kepada pertumbuhan pendapatan eksport. Eksport barangan

pembuatan dijangka menyumbang sebanyak 38.1 peratus kepada jumlah eksport

barangan dan perkhidmatan menjelang tahun 1990, berbanding dengan 12 peratus

dalam tahun 1970. Import pula dijangka berkembang pada kadar 5.2 peratus setahun,

selaras dengan

usaha-usaha kearah penggantian import.

2.13 Tabungan negara sebagai nisbah kepada KNK dijangka meningkat daripada 14

peratus dalam tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990, sejajar dengan

jangkaan pertambahan pendapatan. Ini akan membolehkan sebahagian besar

pelaburan yang diperlukan dibiayai melalui sumber dalam negeri. Dengan jangkaan

adanya pertambahan tabungan dan pendapatan eksport bersih, masalah sumber atau

tukaran asing bagi pembentukan modal dijangka tidak timbul. Seterusnya, keperluan

pembiayaan daripada sumber asing untuk menampung kekurangan sumber dalam

negeri dijangka kecil dan kedudukan akaun imbangan pembayaran dalam tempoh

RRJP1 dijangka memuaskan.

2.14 Dalam tempoh RRJP1, perubahan besar dijangka berlaku dalam struktur ekonomi.

Pertumbuhan pesat KDNK seperti yang diunjurkan akan juga diikuti oleh pemodenaan

dan kepelbagaian ekonomi negara.

2.15 Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar 5.4 peratus setahun hasil

Page 6: Nota Pss3112

daripada usaha-usaha meneroka tanah baru dan pembangunan in-situ, peningkatan

produktiviti serta tanaman baru yang bernilai tinggi di samping meningkatkan

pembangunan sektor perikanan dan ternakan. Sungguhpun demikian, sumbangan

sektor pertanian kepada ekonomi keseluruhannya adalah lebih kecil disebabkan oleh

perkembangan pesat dalam sektor-sektor lain. Walau pun peluang pekerjaan dalam

sektor pertanian dijangka meningkat kadar peningkatan diramal rendah.

2.16 Sektor pembuatan akan menjadi sektor yang dijangka berkembang paling pesat

dengan kadar pertumbuhan sebanyak 12.2 peratus setahun. Ini mencerminkan daya

dinamis, kekuatan dan potensi sektor tersebut. Denganperkembangan pesat ini, sektor

pembuatan dijangka menyumbang lebih daripada satu pertiga peningkatan KDNK.

Faktor-faktor yang menjadi asas kepada perkembangan ini termasuklah sumber asli

yang banyak, tenaga kerja yang ramai, peningkatan pendapatan swasta serta potensi

untuk mengeluarkan barangan perantaraan dan barangan modal ekoran daripada

perkembangan asas industri. Di samping pertumbuhan industri berintensif buruh seperti

tekstil dan elektronik yang akan menjadi penggerak kepada perkembangan sektor

pembuatan, industri-industri baru termasuk industri-industri barangan keluaran getah

dan kayu, petro-kimia serta industri kerja logam akan muncul. Di akhir tempoh RRJP1,

sektor ini dijangka menjadi sektor terbesar dalam ekonomi dengan sumbangan

sebanyak 26.2 peratus kepada KDNK berbanding dengan 13.9 peratus pada tahun

1970, manakala peluang pekerjaan dalam sektor ini akan meningkat dua kali ganda

daripada 8.7 peratus jumlah keseluruhan pekerjaan dalam tahun 1970 kepada 16.8

peratus menjelang tahun 1990.

2.17 Sektor perkhidmatan pula dijangka berkembang selaras dengan perkembangan

keseluruhansektor-sektor lain dalam ekonomi. Pertumbuhan pesat dijangka akan dapat

dilihat terutama dalam sektor elektrik dan air serta dalam sektor kewangan, bank,

insuran dan hartanah, sejajar dengan usaha memperbaiki infrastruktur sosial dan fizikal

serta pembangunan institusi.

III : PENGALAMAN MASA LALU DAN PERSPEKTIF DI MASA HADAPAN

Page 7: Nota Pss3112

2.64 Pencapaian matlamat pertumbuhan dan sosio-ekonomi dalam tempoh RRJP1

pada keseluruhannya adalah membanggakan. Pengajaran dan pengalaman yang

diperolehi daripada usaha¬usaha pembangunan yang lalu akan menjadi asas yang

amat berguna untuk merumus dasar dan strategi masa hadapan. Perspektif Sosio-

Ekonomi

2.65 DEB telah banyak menyumbang ke arah penyertaan yang seimbang dikalangan

rakyat Malaysia dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian, teras dasar ini akan

terus dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan negara dan dalam usaha untuk

terus mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira kaum dan ketidakseimbangan

ekonomi untuk memastikan faedah pembangunan diagih dengan saksama. Walau

bagaimanapun, perhatian yang lebih akan diberi kepada usaha mengatasi kekurangan

dan kelemahan yang telah dikenalpasti dalam dua dekad pembangunan yang lalu.

2.66 Berhubung dengan usaha membasmi kemiskinan, walaupun pencapaiannya telah

melebihi matlamat, masalah golongan termiskin yang akan terus wujud dalam dekad

seterusnya perlu diberi perhatian. Arahaliran dan pengurusan sumber akan diperbaiki

bagi memastikan kumpulan sasaran mendapat faedah yang sepenuhnya daripada

usaha-usaha Kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada peningkatan mutu kehidupan

dari segi tempat tinggal dan kemudahan awam yang sewajarnya. Seterusnya masalah

kemiskinan relatif juga akan di-beri perhatian yang lebih. Pembasmian kemiskinan

relatif dan masalah golongan termiskin akan terus dilaksanakan tanpa mengira kaum.

2.67 Memandangkan kepada kurangnya pencapaian dari segi matlamat penyusunan

semula masyarakat, usaha-usaha menyusun semula perlu ditumpukan secara lebih

meluas bagi membolehkan Bumiputera memperkukuhkan dan memperluaskan asas

ekonomi mereka, di samping meningkatkan daya saing dan kecekapan mereka dalam

aktiviti-aktiviti ekonomi. Usaha-usaha untuk mewujudkan lebih ramai usahawan

Bumiputera dan meningkatkan hakmilik mereka dalam sektor syarikat akan terus

dilaksanakan. Dalam meneruskan usaha-usaha ini, perhatian yang sewajarnya akan

diberi kepada kedudukan sosio-ekonomi golongan minoriti dikalangan masyarakat

Page 8: Nota Pss3112

Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Kekuatan dan Ketahanan Ekonomi

2.68 Tumpuan pembangunan ekonomi dalam dekad sembilan puluhan adalah untuk

meneruskan pertumbuhan pesat yang telah dicapai beberapa tahun kebelakangan ini

serta mengukuh dan menguatkan daya berkembang. Memandangkan pertumbuhan

ekonomi di masa hadapan akan dipengaruhi oleh perkembangan luar, langkah-langkah

akan ditumpukan bagi meningkatkan ketahanan dan keteguhan ekonomi bagi

mengurangkan kesan buruk ekonomi dunia. Daya penggerak kepada pertumbuhan

ekonomi negara dijangka berpunca daripada perkembangan pesat aktiviti-aktiviti dalam

negeri melalui peningkatan kegiatan nilai ditambah daripada sumber-sumber asli dan

sumber-sumber baru yang boleh menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi.

2.69 Usaha-usaha yang lebih giat perlu dilaksanakan bagi meningkatkan

pengembelingan sumber-sumber dalam negeri. Di masa lalu pertumbuhan ekonomi

adalah dibiayai dari tabungan dalam negeri dan pinjaman asing. Jika negara ingin terus

mengurangkan pergantungan kepada pinjaman luar negeri, sumber-sumber bagi

pelaburan perlu dibiayai dari dalam negeri. Usaha-usaha meningkatkan kecenderungan

menabung, dengan itu, perlu diteruskan. Pada masa yang sama, usaha untuk menarik

kemasukan pelabur asing perlu dipergiatkan bagi memenuhi keperluan perkembangan

pelaburan. Kecekapan Pelaburan

2.70 Sungguhpun negara telah berjaya meningkatkan pelaburan pada kadar purata

26.6 peratus dalam dekad tujuh puluhan kepada 32.1 peratus dalam dekad lapan

puluhan, peningkatan tersebut tidak menghasilkan pertumbuhan yang tinggi. Ini

menunjukkan bahawa tahap kecekapan penggunaan modal adalah rendah. Ini antara

lain disebabkan oleh sebilangan daripada pelaburan tersebut melibatkan infrastruktur

fizikal dan penggunaan modal yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk

mendapatkan pulangan. Dari perspektif faktor ketiga pula, kecekapan pengeluaran

penggunaan teknologi baru dan keusahawanan adalah ditahap rendah.

Page 9: Nota Pss3112

2.71 Penekanan perlu ditumpukan kepada meningkatkan lagi kecekapan didalam

ekonomi. Oleh itu, dasar-dasar akan ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan

kecekapan modal, terutama melalui peningkatan penggunaan teknologi baru dan

menambah kemahiran buruh serta pembangunan institusi dan infrastruktur. Selaras

dengan langkah-langkah tersebut, usaha-usaha akan juga diambil bagi mengurangkan

kesan gangguan dalam ekonomi dengan memudah dan melonggarkan lagi peraturan

dan proses pentadbiran. Ia juga boleh dicapai melalui perubahan organisasi, kaedah

pemasaran yang lebih baik dan pengurusan buruh yang lebih cekap.

Keteguhan Sektor Swasta

2.72 Sektor swasta dijangka memainkan peranan utama sebagai penggerak bagi

mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walau bagaimanapun, diawal dekad

lapan puluhan pertumbuhan sektor swasta adalah lembab dan hanya kembali teguh

mulai tahun 1987.

2.73 Apabila negara melangkah ke dekad sembilan puluhan, sektor swasta akan

menerajui perkembangan ekonomi. Sungguhpun dasar yang lebih fleksibal dan

pragmatik merupakan teras kepada usaha-usaha Kerajaan bagi menggalakkan

penglibatan sektor swasta di dalam ekonomi, sektor swasta harus mengambil risiko dan

mempunyai inisiatif serta berkesanggupan dalam memainkan peranan ini. Sektor

swasta perlu berupaya merebut segala peluang bagi mempertingkatkan peranannya

terutama dalam menceburi bidang-bidang baru dan menggunakan teknologi yang lebih

baik.

2.74 Usaha-usaha yang lebih gigih dan bersepadu perlulah diteruskan bagi

memperkenal dan memasarkan keluaran negara di pasaran antarabangsa. Penekanan

akan diberi kearah mempertingkatkaan kecekapan dan daya pengeluaran bagi

membolehkan usahawan Malaysia menjadi terkemuka di pasaran tersebut. Selain dari

itu, sektor swasta harus lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada faedah

Page 10: Nota Pss3112

perlindungan tarif yang tinggi supaya kemampuan mereka untuk bersaing dapat

dikekalkan dalam jangka panjang.Pembangunan dan Rantaian di Antara Sektor

2.75 Struktur ekonomi Malaysia telah mengalami perubahan yang ketara dalam tempoh

RRJP1. Di samping pertukaran kearah struktur yang lebih kukuh, terdapat juga

kelemahan-kelemahan dan batasan-batasannya, terutama di dalam dua sektor utama

iaitu sektor pembuatan dan pertanian. Sektor perkhidmatan pula tidak berkembang

sepesat yang dijangkakan.

2.76 Sektor pembuatan telah memberi sumbangan yang penting kepada pertumbuhan

ekonomi dan pewujudan pekerjaan. Di sebalik pertumbuhan yang pesat ini, ianya telah

memperlihatkan beberapa kelemahan struktur. Pertumbuhan sektor industri masih

tertumpu kepada beberapa industri seperti elektronik, tekstil dan pakaian yang

bertujuan untuk eskport. Selain daripada tertumpu di kawasan perdagangan bebas,

industri-industri tersebut mempunyai rantaian antara industri dan sektor yang terbatas di

samping terlalu bergantung kepada kos upah yang rendah untuk terus mengekalkan

daya saingan. Bagi industri-industri untuk pasaran dalam negeri pula, pertumbuhan

terlalu bergantung kepada perlindungan yang tinggi, yang telah menyekat keupayaan

mereka untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

2.77 Bagi sektor pertanian pula, masalah yang dihadapi oleh sektor ini adalah berpunca

dari faktor-faktor luaran dan dalaman. Pada umumnya di pasaran antarabangsa, harga-

harga bagi barangan pertanian telah mengalami kejatuhan harga sebenar. Bagi faktor

dalaman pula, masalah yang dihadapi oleh sektor ini lebih merupakan masalah struktur.

Tanah yang boleh diusahakan untuk tujuan pertanian di Semenanjung Malaysia adalah

terhad. Manakala di Sabah dan Sarawak pula sungguhpun masih terdapat tanah yang

luas, ianya sukar untuk diusahakan memandangkan kekurangan kemudahan

infrastruktur dan ini menyebabkan usaha untuk membangunkannya agak terbatas.

Kegiatan pertanian juga menghadapi masalah pulangan yang rendah dan kos buruh

yang sentiasa meningkat. Ini menyebabkan sumber modal dan buruh berpindah ke

sektor perindustrian yang memberi pulangan dan upah yang lebih tinggi. Ini telah

Page 11: Nota Pss3112

menimbulkan masalah seperti tanah terbiar dan kekurangan tenaga buruh di sektor

perladangan.

2.78 Sektor perkhidmatan telah menunjukkan beberapa kemajuan hasil daripada

perkembangan di

sektor-sektor utama ekonomi. Sektor ini di masa-masa lepas memainkan peranan

sebagai sektor penyokong yang hanya berkembang selaras dengan perkembangan

sektor-sektor lain dalam ekonomi. Sektor-sektor perkhidmatan tradisi seperti

pengangkutan, perjalanan dan insuran, kewangan dan bank hanya dapat memenuhi

keperluan dalam negeri dan tahap kecanggihannya masih ketinggalan berbanding

dengan kemajuan di peringkat antarabangsa.

2.79 Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan bidang-bidang

perkhidmatan yang tidak bergantung kepada perkembangan sektor utama, seperti

industri riadah, pelancongan, pendidikan dan kesihatan yang disediakan oleh sektor

swasta dan lain-lain perkhidmatan yang seumpamanya. Tambahan pula, bidang-bidang

yang baru muncul yang dapat memberi pulangan yang tinggi seperti perkhidmatan

juruperunding, teknologi maklumat dan lain-lain perkhidmatan ikhtisas telah

berkembang agak perlahan. Perkhidmatan ini bukan sahaja diperlukan untuk memenuhi

permintaan dalam negeri, tetapi juga harus dapat dieksport bagi tujuan mengurangkan

defisit akaun sektor perkhidmatan dalam akaun imbangan pembayaran.

2.80 Pembangunan ekonomi yang berkekalan juga memerlukan asas S&T serta P&P

yang kukuh. Perbelanjaan tahunan bagi P&P yang kurang daripada satu peratus

daripada KNK adalah tidak setanding dengan lain-lain negara perindustrian. Tambahan

pula, sumbangan sektor swasta kepada usaha ini masih lagi kecil iaitu hanya kira-kira

15 peratus dari jumlah keseluruhan perbelanjaan P&P. Di samping itu, kebanyakan

kerja-kerja penyelidikan yang mempunyai nilai komersil yang dijalankan oleh institusi

penyelidikan Kerajaan tidak dapat dimunafaatkan oleh sektor swasta untuk dijadikan

projek komersial yang berdaya maju.

Page 12: Nota Pss3112

IV : PENUTUP

2.81 Arah pertumbuhan yang telah dirintis oleh negara dalam tempoh dua dekad yang

lalu adalah amat membanggakan walaupun banyak rintangan yang terpaksa dilalui

terutama semasa kemelesetan pada pertengahan dekad lapan puluhan. Kejayaan yang

dicapai selama ini adalah hasil dari sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah

sanggup berkorban dan berusaha gigih dalam menghadapi cabaran. Dekad akan

datang adalah lebih mencabar lagi terutama sekali apabila negara kita maju kehadapan

demi untuk mengekalkan kejayaan yang dicapai. Ini memerlukan setiap rakyat Malaysia

bersikap lebih dedikasi dan berdisiplin demi untuk melicinkan proses membina negara

dan mempercepatkan pencapaian objektif perpaduan negara.

Page 13: Nota Pss3112

STRATEGI BASMI KEMISKINAN

 

PETALING JAYA: Strategi untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar

perlu turut mengambil kira usaha dan langkah untuk membasmi kemiskinan di

kawasan luar bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi kelmarin.

Abdullah berkata dalam banyak aspek, kemiskinan di bandar secara tidak

langsung mencerminkan kemiski-nan di kawasan luar bandar yang berkait

rapat dengan penghijrahan luar bandar-bandar.

Beliau berkata ramai penduduk luar bandar cenderung berhijrah ke bandar

untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan peluang kerja, dengan itu

apabila mereka gagal mencapai semua itu, mereka menjadi golongan miskin

di bandar.

Oleh itu, katanya usaha untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan di

kawasan bandar patut dilakukan serentak dengan usaha membasmi

kemiskinan di kawasan luar bandar.

“Jadi (jika) kelemahan ini dibiarkan…kita tidak akan selesai dengan

(masalah kemiskinan) (ia) tidak akan jadi tamat,†� katanya kepada pemberita

selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Mengenai Golongan Miskin

dan Berpendapatan Rendah di Kawasan Bandar di sini kelmarin.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan persidangan itu, Abdullah ber-kata

wujud keperluan untuk menyediakan dan memastikan pengagihan secara adil

terhadap peluang-peluang berkualiti untuk menangani kemiskinan di kawasan

luar bandar dan juga di kawasan bandar di negara ini.

Abdullah berkata jika penduduk di luar bandar disediakan peluang ber-kualiti,

ini akan membantu mereka meningkatkan pendapatan bagi kehidupan yang

lebih baik dan sekaligus dapat mengurangkan penghijrahan penduduk miskin

Page 14: Nota Pss3112

ke kawasan bandar.

Beliau berkata sebab itu kenapa kerajaan membangunkan kawasan koridor

ekonomi di beberapa kawasan di negara ini.

Katanya populasi di kawasan bandar di Malaysia terus bertambah dan

kemiskinan di kawasan bandar kini menjadi isu yang semakin penting.

“Ketika semakin ramai penduduk Malaysia memilih untuk tinggal di

bandaraya-bandaraya, kita akan dapati isu kemiskinan di Malaysia akan

menjadi lebih bertumpu di bandar.†�

Katanya kemiskinan di kawasan bandar adalah sukar untuk ditangani kerana

ia melibatkan pelbagai faktor dan ini termasuk trend demografi jangka panjang

seperti penghijrahan luar bandar-bandar, isu pengurusan ekonomi seperti

pembangunan perin-dustrian, isu sumber manusia seperti kemasukan besar-

besaran pekerja asing dan pelbagai elemen lain.

Abdullah berkata semasa beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana

Menteri, beliau memastikan yang Misi Nasional yang merupakan kerangka dan

garis panduan bagi pencapaian Wawasan 2020 akan mendukung prinsip

“Pertumbuhan Sak-sama†� dan teras ketiga misi itu mensasarkan

ketidaksamaan dalam semua bentuk — sama ada kemiskinan, pengagihan

pendapatan, pemilikan ekuiti atau penyertaan dalam perdagangan dan

industri.

Abdullah berkata dalam menangani kemiskinan, kita perlu memastikan supaya

tidak menggunakan kaedah lama.

“Daripada memberikan ikan untuk mereka makan…kita perlu berikan

mereka pancing kerana mereka boleh dapat lebih lagi daripada yang kita

berikan (kepada mereka). Jadi dengan itu kita perlu pastikan pengagihan

Page 15: Nota Pss3112

saksama terhadap peluang berkualiti kepada mereka tanpa mengira kaum.

“Untuk menangani kemiskinan kita perlu membina kapasiti mereka bagi

membolehkan mereka menjana pendapatan lebih baik…dan juga memastikan

pendidikan berkualiti,†� katanya.

Abdullah berkata untuk membantu golongan miskin, kerajaan

memperuntukkan sejumlah besar dana bagi tujuan subsidi pendidikan,

penjagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Abdullah berkata sungguhpun kerajaan telah berjaya dalam beberapa aspek

untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar, bagaimanapun untuk benar-

benar berjaya ia memerlukan penyelesaian lebih kreatif seperti men-

yegerakan usaha memperbaiki penyelarasan antara pelbagai agensi kerajaan

dan mempunyai pangkalan data berse-padu merupakan permulaan yang baik.

“Pangkalan data hanya berfaedah kepada agensi yang menggunakannya.

Kita perlu pastikan semua agensi relevan menggunakannya secara aktif dan

mengemas kini pangkalan data “E-Kasih†� dan ia perlu dikongsi

dengan NGO,†� kata Perdana Menteri.

Katanya agensi-agensi kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan pemegang

amanah lain dalam menangani kemiskinan, terutamanya kemis-kinan di

bandar berikutan keadaan kepelbagaian kemiskinan di bandar.

“Pendekatan kita terhadap masalah ini juga perlu secara holistik dan

komprehensif. Agensi-agensi perlu bersedia untuk turun padang membantu

dan juga menggaji lebih ramai kakitangan daripada latar belakang berbeza

yang memahami dan boleh berkomunikasi untuk membantu golongan miskin.

“Syarikat swasta juga boleh memainkan peranan untuk menangani

kemiskinan di bandar, khususnya dalam mewujudkan peluang kerja dan

kemudahan. Selain itu, perbadanan juga perlu memikirkan bagaimana cara

Page 16: Nota Pss3112

terbaik mengubah program tanggungjawab sosial mereka yang sedia ada bagi

memberikan lebih banyak faedah kepada golongan miskin dan kurang

kemampuan di bandar,†� katanya.

Abdullah berkata beliau percaya NGO boleh dan dapat memainkan peranan

lebih besar dalam menangani kemiskinan di kawasan bandar, lebih-lebih lagi

mereka berpotensi membantu usaha kerajaan untuk mengenal pasti isirumah

miskin di bandar yang perlukan bantuan.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga berkata Malaysia mempunyai rekod

cemerlang dalam membasmi kemiskinan menerusi Dasar Ekonomi Baru,

tanpa mengira kaum.

“Sejak itu, kerajaan telah mencapai banyak kejayaan dalam usaha untuk

membasmi kemiskinan. Dalam tempoh hanya lebih 30 tahun dari 1970 hingga

2007, peratus mereka yang tergolong miskin daripada isirumah Malaysia telah

menurun daripada 49.3 peratus kepada 3.6 peratus.

 

Page 17: Nota Pss3112

KEMISKINAN BANDAR: PENSWASTAAN KAWASAN SETINGGAN DAN

PEMINGGIRAN SOSIAL

Oleh : Khairol Azli Mohamad

 

A.      PENDAHULUAN

 

    Kertas kerja ini akan mengupas isu kemiskinan dengan menumpukan kepada

kemiskinan bandar dengan isu penswastaan kawasan setinggan dan peminggiran

sosial yang yang dipetik daripada tajuk kertas kerja 4 dan 8 iaitu ‘Peminggiran Sosial

Dan Kemiskinan Melayu Bandar’ dan ‘Penswastaan Kawasan Setinggan: Halangan

Dan Kejayaan’.

 

    Sebenarnya isu kemiskinan merupakan satu topik yang sering kali menjadi topik

perbualan dan perbincangan di mana-mana jua, di warong-warong kopi mahupun di

seminar-seminar yang dianjurkan oleh badan kerajaan juga swasta. Ianya bukan sahaja

melanda negara-negara miskin seperti Bangladesh, India dan Nepal malah kemiskinan

juga menyerang negara-negara maju di Amerika Syarikat, England dan Jepun.

Walaupun berbagai usaha yang dilakukan oleh banyak pihak untuk membasminya

namun ianya tetap berlaku.

Dalam isu kemiskinan ini, banyak juga kajian berhubung dengan kemiskinan yang

dilakukan dan pelbagai teori pemikiran yang dikemukakan menggunakan pendekatan

yang berbeza dan ada antara mereka yang lebih menekankan dari segi emosional dan

perasaan yang dilandasi oleh unsur moral dan kemanusiaan.[1] Ada juga yang

melihanya dalam aspek yang lain kerana kemiskinan sebenarnya merupakan satu isu

yang subjektif untuk diperbincangkan dan boleh dilihat dari pelbagai aspek. Kemiskinan

sering dikaitkan dengan faktor ekonomi, pertumbuhan dan sistem agihan yang

dijalankan oleh kerajaan berdasarkan sistem-sistem ekonomi kapitalis, sosialis atau

campuran. Ini kerana sistem agihan dan pertumbuhan akan memberi kesan kepada

Page 18: Nota Pss3112

kemiskinan sesebuah negara. Selain itu, kemiskinan juga dikaitkan dengan masalah

atau gejala sosial yang berlaku di sesebuah tempat dan sebagainya kerana kemiskinan

dikatakan sebagai salah satu faktor kepada gejala sosial yang berlaku.

 

    Dari segi ukuran kemiskinan, ianya adalah berbeza mengikut tempat, keadaan dan

masa. Di Amerika contohya pendapatan di bawah RM1000 adalah sudah dianggap

miskin berbeza dengan negara kita. Di Malaysia beberapa pengkaji seperti Chamsuri

Siwar telah menggunakan tiga Pendekatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk mengenal

pasti kemiskinan yang berlaku di Malaysia iaitu PGK Nasional RM425, PGK DBKL

RM500 yang berasaskan kos sara hidup di bandar dan PGK RM700 sebagai patokan

kelayakan bagi permohonan rumah kos rendah[2]. Golongan yang pendapatan seperti

inilah akan diklasifikasikan sebagai golongan miskin jika pendekatan ini digunakan.

Ramai pakar sains sosial yang berpendapat bahawa punca utama kemiskinan adalah

akibat sistem ekonomi yang berlaku dan diamalkan namun sebenarnya ianya bukannya

bersifat mutlak kerana banyak faktor lain lagi yang menyumbang ke arah terjadinya

masalah ini. Pendapat berasaskan bahawa tujuan utama di sebalik pertumbuhan

ekonomi yang berkembang di negara barat pada dekad selepas kemelesetan ekonomi

yang teruk pada tahun 1930-an akibat kemusnahan yang dasyat disebabkan Perang

Dunia ke-II adalah untuk mengembangkan strategi bagi memaksimumkan kadar

pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK). Teori yang dibuat ialah semakin tinggi

kadar pertumbuhan yang dicapai melalui penggunaan sepenuhnya sumber sedia ada

dengan sendirinya akan menangani isu pengagihan seperti kemiskinan dan

ketaksamaan. Bahkan isu pengagihan sebenarnya tidak dapat lari dari isu pertumbuhan

dan pemaksimuman pengeluaran dianggap satu-satunya petunjuk pertumbuhan yang

dapat memenuhi keperluan manusia sama ada fizikal atau material.[3]

Teori ini sebenarnya dipraktikkan dinegara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis

dan sosialis yang akhirnya membawa pergolakan sosial, politik, dan ekonomi yang

timbul akibat kemiskinan yang teruk, keadaan seba kekurangan yang melampau dan

perasaan tidak puas hati. Ini disebabkan sistem ekonomi tersebut hanya menekankan

terhadap kemajuan fizikal dan material sahaja sehingga mengabaikan faktor

Page 19: Nota Pss3112

kemanusiaan, keagamaan dan moral. Ini melahirkan gejala kemiskinan yang serius

dikebanyakan negara di dunia termasuklah di negara-negara maju yang rata-rata

kedapatan rakyat mereka yang tidak mempunyai rumah kediaman serta penjagaan

sosial yang baik.

   

    Namun begitu, bukan sahaja faktor ekonomi sahaja yang menjadi penyebab kepada

kemiskinan, malah banyak lagi faktor lain seperti faktor peperangan seperti di Kosovo,

faktor bencana alam seperti di Bangladesh, faktor politik seperti di Brazil, dan

sebagainya yang menjadi punca kemiskinan. Ini kerana pada asasnya kemiskinan

wujud hasil daripada interaksi atau hubungan yang membabitkan semua aspek yang

berkaitan dengan manusia dan kehidupannya. Dalam analisis sosio-ekonomi, masalah

kemiskinan sering dikaitkan dengan aspek sosio-budaya kerana manusia hidup dalam

suatu lingkungan kebudayaan yang membangun tingkah laku masyarakatnya.[4]

Sebagai contoh peratusan penduduk di bawah garisan kemiskinan di negara miskin dan

membangun termasuklah di Indonesia (1972 – 88) sebanyak 58 %, Singapura (1972-

82) sebanyak 31 %, Thai (1962 – 86) sebanyak 65 %, dan India (1972 – 83) sebanyak

71%.[5]

Di Malaysia pula peratus penduduk di bawah paras kemiskinan ialah 37 peratus dari

tahun 1973 sehingga 1987 dan sehingga bulan April tahun 1994 sejumlah 105 844

keluarga termiskin telah didaftarkan di seluruh negara sebagai penerima bantuan

daripada agensi kerajaan. Seramai 72 843 keluarga di Semenanjung Malaysia dan

selebihnya di Sabah dan Sarawak. Lima negeri kemiskinan tertinggi ialah Kelantan (23

567), Sarawak (16 795), Sabah (16 404), Kedah (13480), dan Terengganu (10, 088).

Pada tahun 1995, kemiskinan di Malaysia terus berkurangan kepada 8.9 peratus dan

6.1 peratus pada tahun 1997 selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.[6] Walau bagaimanapun pada tahun 1998, kadar kemiskinan meningkat sedikit

berbanding dengan tahun 1997[7] berikutan keadaan ekonomi yang jatuh pada bulan

Julai tahun yang sama.[8]Negara juga dijangka mencatatkan kadar kemiskinan

sebanyak 5.5 peratus pada tahun 2000 nanti.[9] Di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

mencatatkan kadar kemiskinan 0.5 peratus pada 1995 dan 0.1 peratus pada 1997.

Page 20: Nota Pss3112

 

B.     KONSEP-KONSEP UTAMA

    Di dalam kajian berhubung dengan kemiskinan bandar beberapa konsep utama

dapat di utarakan di sini yang boleh membantu memperjelaskan tentang konsep

kemiskinan bandar itu sendiri. Antaranya ialah:

 

Konsep Kemiskinan

    Pentakrifan kemiskinan tidak dapat dinyatakan secara tepat dan mutlak kerana ia

merupakan satu istilah yang subjektif. Namun begitu kemiskinan biasanya dikaitkan

dengan kekurangan pendapatan, kesusahan dan ketidakmampuan individu dan isi

rumah untuk memenuhi keperluan harian.

 

    Secara umumnya kemiskinan yang ditakrifkan oleh Charles Booth (disebut dalam

Holman, 1978:3) sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk

memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi. Definisi ini menjelaskan

hubungan antara kemiskinan dan ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan yang

minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas.

 

    Ahli-ahli ekonomi pula menggunakan pendapatan sebagai asas ukuran bagi garis

kemiskinan. Mereka menumpukan kepada garis pendapatan minimun yang diperlukan

oleh isi rumah itu bukan sahaja untuk memenuhi zat tubuh badan tetapi juga untuk

memenuhi keperluan-keperluan hidup yang lain. Jika seseorang berada di bawah garis

tertentu yang ditetapkan, maka ia dianggap miskin kerana garis pendapatan itu telah

mengambil kira jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan keperluan asas di peringkat

secukup hidup. Garis ini adalah membezakan mereka dengan golongan lain.  Namun

jumlah ini adalah agak sukar untuk dijadikan ukuran kerana taraf hidup sesuatu

kawasan adalah berbeza. Contohnya di Malaysia, anggaran kemiskinan pada tahun

1997 adalah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan berikut: iaitu RM460

sebulan bagi saiz isi rumah 4.6 di Semenanjung, RM 633 sebulan bagi isi rumah 4.9 di

Sabah dan RM 543 sebulan bagi saiz isi rumah 4.8 di Sarawak[10]

Page 21: Nota Pss3112

   

    Ahli-ahli sosiologi pula tidak meletakkan pendapatan semata-mata sebagai asas

ukuran mereka, tetapi juga pada faktor-faktor lain seperti agihan pendapatan dan

peluang sosial. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada dalam penghuraian sebab

dan akibat kemiskinan yang dialami oleh sesuatu golongan. Contohnya aspek

ketidakseimbangan sosial sebagai puncak kepada kepincangan ekonomi.

Ketidaksamaan ini akan menjadi satu faktor kepada kepincangan sosial dalam

masyarakat (Gunnan Myrdal, 1970). Sumbangan paling penting ahli sosiologi  ialah bila

mereka menentukan kemiskinan berdasarkan kepada kedudukan seseorang dalam

masyarakat. Hal ini bermakna golongan miskin ialah yang berada di peringkat paling

bawah dalam struktur stratifikasi masyarakat (lower less person). Lewis

(Moyniham, 1969:182) menjelaskan bahawa golongan kelas bawahan ini mempunyai

sifat dan ciri-ciri budaya tersendiri yang dikenali sebagai “culture of poverty”. Penjelasan

ini memberikan gambaran tentang golongan miskin dan menunjukkan bahawa struktur

stratifikasi masyarakat yang berbeza memainkan peranan penting kepada petunjuk

kemiskinan dan ketaksamaan sosial.

Dr. Syed Hussin Ali (1964) pula berkata, golongan miskin adalah mereka yang

mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat.

Golongan tersebut dikatakan miskin kerana pendapatan daripada kerja mereka tidak

mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial yang dimiliki

sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimun. Kesimpulannya, menurut beliau,

terdapat tiga faktor yang dapat dijadikan ukuran dan perbezaan ekonomi antara

golongan miskin dan masyarakat lain iaitu pendapatan, pemilikan dan kerjaya dan

seterusnya struktur stratifikasi masyarakat[11].

 

Konsep Kemiskinan Mutlak

 

    Konsep kemiskinan mutlak merupakan satu konsep yang menggunakan satu ukuran

yang menggunakan jumlah pendapatan isi rumah sebagai kayu ukur garis kemiskinan

Page 22: Nota Pss3112

sesebuah masyarakat. Sebagai contoh di Malaysia adalah seperti yang telah

dinyatakan dalam petunjuk garis kemiskinan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi

tahun 1997 yang terdapat dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketujuh.

Kemiskinan mutlak adalah bersifat mutlak dengan diwakili oleh jumlah pendapat isi

rumah yang secara jelas dapat menggambarkan kuasa beli yang ada pada keluarga

terlibat sekaligus memberi kesan kepada kepenggunaannya. Pendapatan yang kurang

akan mengakibatkan kuasa beli dan kepenggunaan menurun seterusnya akan

menjejaskan keselesaan dalam kehidupan seharian. 

   

    Namun begitu, petunjuk ini adalah tidak tetap dan sering berubah kerana ia adalah

berdasarkan kepada nilai mata wang dan taraf hidup semasa bagi penduduk dalam

kawasan tersebut yang nyata berbeza mengikut masa dan tempat.

 

Konsep Kemiskinan Relatif

 

        Konsep kemiskinan relatif pula ialah konsep kemiskinan yang dilakukan dengan

membandingkan purata pendapatan dan bahagian pendapatan daripada Keluaran

Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara berbagai-bagai kumpulan penduduk sama ada

mengikut purata pendapatan, etnik, kawasan kediaman dan sebagainya. Melalui cara

ini mereka yang dianggap miskin ialah golongan yang menerima pendapatan paling

rendah dari segi agihan pendapatan negara. Mengikut Bank Dunia, mereka berkisar

pada 40 peratus penduduk yang termiskin dalam sesebuah masyarakat. Kebajikan

yang diterima oleh kumpulan ini pada teorinya juga adalah rendah jika dibandingkan

dengan kumpulan-kumpulan lain[12].

 

Konsep Kemiskinan Psikologi-sosial

        Konsep kemiskinan psikologi-sosial juga dapat digunakan untuk mengetahui

ukuran kemiskinan. Pendekatan ini dikenali juga sebagai ‘teori psikologikal’ digelar oleh

Page 23: Nota Pss3112

Frank atau ‘psikodinamik’ oleh Havens. Teori ini memberikan tumpuan utama kepada

aspek kehidupan dan keperibadian individu itu sendiri. Ianya adalah meliputi ciri-ciri

sosial, budaya dan psikologi individu yang dianggap penting serta boleh menggalakkan

modenisasi dan pembangunan ekonomi masyarakat tersebut. Dengan kata lain,

peranan ‘character dan personality’ individu sebagai faktor yang akan membawa

kepada perubahan sosial dan pembangunan dalam masyarakat. Tokoh-tokoh dalam

pendekatan ini menekankan kepada dua faktor utama iaitu pertama, faktor psikologi,

iaitu yang berkisar mengenai mentaliti dan budaya masyarakat setempat. Sama ada

mudah mengalah, kurang motivasi, latihan dan sebagainya. Dan yang kedua ialah

faktor kebudayaan tradisional yang menjadi tradisi dan budaya masyarakat setempat.

Contohnya sikap konservatif yang tak mahu menerima perubahan dalam sistem sosial,

ekonomi dan politik mereka.

 

C.     ISU-ISU SOSIAL

 

Isu Kemiskinan Bandar

       

        Tahun 1950-an dan 1960-an, Malaysia merupakan sebuah negara yang cepat

membangun sehinggakan penekanan terhadap aspek kemiskinan terabai. Ini

mengakibatkan berlakunya peristiwa berdarah pada Mei 1969 yang berlaku antara

sebabnya ialah akibat jurang perbezaan kemiskinan yang begitu ketara antara kaum

bumiputera dan bukan bumiputera. Selepas itu kerajaan telah menggubal dasar baru

agar jurang kemiskinan dirapatkan iaitu Dasar Ekonomi Baru pada 1970. Hasilnya,

ramai usahawan bumiputera dilahirkan untuk mengimbangi usahawan dari kaum lain.

       

        Namun begitu masih ramai lagi yang berada pada tahap kemiskinan. Lahirnya 

istilah kemiskinan bandar yang kebanyakan mereka adalah penghijrah daripada luar

bandar terutamanya di Kuala Lumpur. Sejak dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada

tahun 1970, ramai penduduk luar bandar telah berhijrah ke bandar-bandar besar yang

Page 24: Nota Pss3112

mempunyai peluang ekonomi yang lebih cerah. Mereka berhijrah ke bandar semata-

mata ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus berbanding di luar bandar. Ramai

daripada mereka berjaya merebut peluang yang ada di bandar dan tidak kurang juga

yang kurang berjaya. Maka lahirlah istilah kemiskinan bandar yang mana peratusan

besar mereka adalah golongan penghijrah tadi.

       

        Antara faktor kemiskinan bandar menurut pendapat ahli sosiologi, golongan ini

ialah pertamanya mereka tidak sanggup atau tidak berupaya merebut segala peluang

ekonomi oleh kerajaan, kedua, tidak berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada

Program Rakyat Termiskin, ketiga, semata-mata berserah kepada nasib dan takdir dan

yang keempat ialah institusi keluarga yang tidak stabil.[13]

Isu kemiskinan bandar juga sering dihubungkan dengan persoalan-persoalan

produktiviti ekonomi yang rendah, pendapatan isirumah yang kurang, kesukaran untuk

mendapatkan kesampaian kepada kemudahan-kemudahan dan peluang-peluang

ekonomi.[14] Walau apa pendapat pakar sosiologi sekalipun, yang nyata isu kemiskinan

bersifat kompleks dan mempunyai pelbagai dimensi yang berbeza dan banyak faktor

yang berinteraksi secara dinamik yang menyumbang ke arahnya.

 

        Walaupun kerajaan telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk membasmi

kemiskinan khususnya kemiskinan bandar seperti Program Pembangunan Rakyat

Termiskin (PPRT), namun isu kemiskinan bandar masih belum dapat diselesaikan

sepenuhnya dan dijangka akan menjadi lebih parah dengan pesatnya proses

perbandaran dan pertambahan penduduk bandar. Penduduk bandar mencapai 53 % 

daripada jumlah penduduk pada tahun 1993 dan pada tahun 2000 dijangka akan

meningkat melebihi 60 % akibat proses migrasi desa dan antarabangsa. [15] Ini akan

menambahkan lagi masalah kemiskinan bandar.

Pertambahan penduduk di bandar sebenarnya memerlukan kepada kepada

kemudahan dan perkhidmatan bandar seperti kemudahan perumahan yang meliputi

Page 25: Nota Pss3112

kemudahan pembentungan, pembuangan sampah, rekreasi, persekolahan, kesihatan,

bekalan air, letrik dan sebagainya untuk hidup selesa. Kekurangan rumah kos rendah

serta harga rumah yang melambung menyebabkan ramai golongan penghijrah

mendirikan kawasan setinggan di tanah kerajaan. Ini akan merosakan persekitaran

bandar dan boleh menjejaskan imej negara kita.

 

Isu Penswastaan Kawasan Setinggan

 

        Golongan setinggan telah pun dikenalpasti sebagai salah satu golongan miskin

bandar. Dalam fasa perlaksanaan Dasar Ekomomi Baru (DEB) yang menggalakkan 

penghijrah golongan bumiputera ke bandar dan kawasan industri melalui strategi

penyusunan semula masyarakat. Walau pelbagai usaha yang di buat untuk menyusun

kembali petempatan setinggan yang kebanyakan didiami oleh bumiputera, status

mereka sebagai golongan miskin bandar akan kekal untuk beberapa lama yang akan

datang.

Menyedari masalah ini, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk memenuhi

keperluan perumahan golongan miskin bandar. Kerajaan telah menubuhkan Tabung

Dana Rumah Kos Rendah yang bernilai RM 1.1 billion pada tahun 1994. Dan pada

bulan Ogos dalam tahun yang sama juga diadakan Tabung Pusingan Rumah Kos

Rendah yang bernilai RM 500 juta.[16]

 

        Namun begitu pelbagai masalah timbul kerana kerajaan tidak mempunyai

peruntukan yang cukup untuk membiayai sepenuhnya kos perumahan tersebut demi

untuk mendahului projek-projek yang bersifat mega seperti pembinaan Pusat

Pentadbiran Persekutuan Putrajaya yang bernilai RM 20.1 billion[17], Lebuh Raya dan

Jalan Raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang bernilai RM 10.0

billion[18] dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang,

Selangor yang bernilai  RM 9.0 billion.[19]

Justeru, sebagai langkah alternatif, penswastaan setinggan diambil sebagai langkah

alternatif  iaitu dengan menyediakan perumahan kos rendah melalui pihak swasta yang

Page 26: Nota Pss3112

dijangka akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih efisen sekaligus dapat

membantu golongan miskin bandar untuk menikmati kawasan perumahan yang selesa.

       

        Matlamat utama kerajaan mewujudkan dasar penswastaan dan demokrasi

Pemilikan rumah ialah untuk selain untuk meluaskan peranan sektor swasta dalam

sistem pengagihan rumah kos rendah ialah untuk memperluaskan pemilihan dan

pemilikan rumah. Untuk lebih menarik minat pihak swasta memasuki projek perumahan

kos rendah, tanah disediakan oleh pihak kerajaan dan ini akan menjimatkan lagi kos

pembinaan untuk memenuhi objektif sosial iaitu untuk membantu golongan miskin

bandar. Dan sejak Rangcangan Malaysia Keempat pihak swasta yang ingin

mengadakan projek perumahan diwajibkan oleh pihak kerajaan untuk membina

sekurang-kurangnya 30 peratus perumahan kos rendah daripada keseluruhan projek

mereka.

Namun begitu perumahan kos rendah sering kali dikaitkan dengan bahan binaan yang

bermutu rendah dan tidak berkualiti, ruang yang sempit dan kurang selesa membuatkan

ramai penghuni setinggan tidak mahu berpindah.

 

Peminggiran Sosial

       

        Isu kemiskinan dengan isu peminggiran sosial pada hakikatnya amat berkait rapat

antara satu sama lain namun tak banyak kajian mengenainya diketengahkan. Ini

penting untuk menyelesaikan sekurang-kurang isu peminggiran sosial yang berlaku

terhadap golongan miskin amnya dan golongan miskin bandar khususnya.

       

        Pada tahun awal kemerdekaan Malaysia, ekonomi negara begitu pesat

membangun sehingga  wujud jurang perbezaan yang ketara antara kaum di Malaysia.

Keadaan sosio-ekonomi kaum masing-masing ditetapkan terhad di kawasan tertentu

sahaja dengan aktiviti ekonomi tertentu iaitu kaum Cina di bandar, Melayu di kampung-

kampung, dan India di estet-estet. Ini mengakibatkan jurang perbezaan yang ketara

antara kaum sehinggalah tercetusnya peristiwa berdarah pada Mei 1969.

Page 27: Nota Pss3112

 

        Ini merupakan salah satu kesan peminggiran sosial yang berlaku terhadap

golongan miskin yang kebanyakannya dari golongan Bumiputera. Tidak dinafikan

bahawa Tragedi Berdarah Mei 1969 ini merupakan rentetan daripada sentimen yang

wujud sebelum merdeka lagi, tetapi masyarakat bumiputera dirasakan dipinggirkan

dalam sektor sosio-ekonomi. Mereka tidak diberi peluang untuk merebut peluang-

peluang ekonomi yang ada dan peminggiran sosial terus wujud.

       

        Peminggiran sosial dikalangan keluarga Melayu termiskin ini berlaku apabila

sebllangan daripada para penghijrah luar bandar yang miskin mula menetap di

kawasan perbandaran. Mereka ini terus terpinggir tanpa menerima sebarang bentuk

maklumat dan bentuk bantuan yang bakal diterima. Mereka bukan sahaja terpinggir dari

sebarang bentuk bantuan dari mana-mana pihak bahkan turut terpinggir dalam sistem

sosial dan ekonomi bandar terutamanya dalam dunia perkerjaan.[20]

 

        Peminggiran sosial bukan sahaja meliputi tentang aspek perumahan, pekerjaan

atau kesihatan bahkan ianya lebih luas dalam konteks masyarakat mencakupi aspek

mobiliti, dalam masyarakat komunikasi, pekhidmatan kewangan, penyertaan dalam

organisai politik dan sebagainya.[21] Dalam hal ini peminggiran merujuk kepada situasi

atau ketidakmampuan seseorang untuk turut serta menikmati beberapa aspek

kehidupan moden yang diakui oleh masyarakat sebagai kehidupan yang mencukupi.

Ketidakmampuan tersebut menyebabkan mereka terpinggir atau terketepi daripada

memperolehi keperluan asas dan kemudahan sosial yang lain pada kadar yang paling

minimum. Oleh itu kekurangan dan peminggiran mempunyai kaitan yang rapat dengan

kemiskinan.[22]

Seorang pakar sosiologi yang bernama William dalam artikelnya yang

bertajuk, Exclusion: The Hidden Face Of Poverty, menyatakan golongan yang dinafikan

hak sosial oleh kerajaan akan mewujudkan satu pembagian kelompok yang berasingan

dari keseluruhan penduduk.[23] Seterusnya golongan ini akan terus terpinggir daripada

masyarakat daripada terus mendapat peluang-peluang ekonomi yang wujud di kawasan

tersebut.  Ini berlaku dikawasan setinggan.

Page 28: Nota Pss3112

 

 

        Peminggiran sosial bukan sahaja wujud dalam aspek ekonomi bahkan juga wujud

dalam aspek leisure dan komunikasi. Menurut Tomlinson (1986) beberapa bentuk

sukan masa kini amat mahal dan tidak sesuai terhadap golongan miskin. Contoh sukan

yang agak mahal dan tidak mampu dinikmati oleh golongan miskin ialah golf, tenis dan

sebagainya.[24] Golf contohnya memerlukan perbelanjaan yang mahal, umpamanya kos

untuk membeli set untuk untuk bermain golf sahaja sudah menelan belanja beribu

ringgit yang sama sekali menafikan hak golongan miskin untuk menikmatinya.

 

 

        Dari sudut politik pula, menurut Ward (1686) yang menulis artikel Excluding the

Poor, mengambil bahagian dalam secara aktif dalam organisasi politik tidak dianggap

satu gaya hidup yang penting pada abad ke-20, sebaliknya ia merupakan satu unsur

bagi menjayakan sistem demokrasi. Oleh itu, sesiapa yang terpinggir daripada

menyertai organisasi politik secara aktif sama ada disebabkan oleh kekurangan wang,

masa pengetahuan atau pengalaman akan mendapati kekurangan peluang penyertaan

dalam proses yang demokratik seterusnya akan mengalami juga kekurangan yang lain

seperti sukar mendapatkan pekerjaan, gaji yang rendah dan sebagainya. Ini

menunjukkan peminggiran daripada menyertai kegiatan dalam dalam organisasi politik

menyebabkan pula kekurangan dalam berbagai aspek kehidupan dan peluang sosio-

ekonomi yang lebih baik.[25] 

 

 

        Jelaslah kepada kita bahawa konsep kekurangan, kemiskinan dan peminggiran

sosial amat berkait rapat. Ini kerana dalam kemiskinan bukan sahaja kekurangan wujud

dari aspek kekurang pendapatan, peluang-peluang dalam ekonomi, dan sebagainya

bahkan turut mengalami peminggiran dari aspek sosial. Pemahaman yang mendalam

tentang peminggiran sosial amatlah penting kerana dengannya kita dapat mengetahui

dengan lebih jelas tentang kemiskinan yang diperbincangkan terutamanya berhubung

dengan kemiskinan bandar.

Page 29: Nota Pss3112

 

D. KOMENTAR DAN CADANGAN

Page 30: Nota Pss3112

 

        Saya berpendapat tajuk Kemiskinan Bandar: Penswastaan Kawasan Setinggan

Dan Peminggiran Sosial perlulah diperbincangkan dengan lebih mendalam agar

beberapa isu sosial dapat diselesaikan. Seminar akademik dan kajian kajian-kajian

ilmiah patut diperbanyakkan demi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan

masalah sosial lain yang berkait dengan isu ini. Walaupun isu kemiskinan tidak dapat

diselesaikan secara total, sekurang-kurangnya isu lain yang bersangkut paut

dengannya dapat diselesaikan.

Sebagai contoh, isu kemiskinan bandar adalah berkait rapat dengan isu penswastaan

setinggan dan juga isu peminggiran bandar.

 

        Dalam teori ekonomi Islam, kemiskinan sering kali dikaitkan dengan masalah

sosial yang lain seperti keruntuhan moral di kalangan remaja, masalah penagihan

dadah, pelacuran dan sebagainya. Walaupun kemiskinan bukanlah semata-mata faktor

yang menyebabkan kewujudan masalah-masalah tadi tetapi masalah kemiskinan turut

dikatakan sebagai penyumbang besar ke arah timbulnya masalah-masalah tadi. Ini

lebih-lebih lagi dalam isu kemiskinan bandar, jurang perbezaan dari segi sosio-ekonomi

membuatkan wujudnya tekanan yang hebat dalam jiwa mereka. Tekanan-tekanan

seperti ingin mendapatkan wang dengan cepat mengakibatkan mereka mencuri,

merompak, berjudi dan sebagainya. Ini membuatkan sesebuah negara akan menjadi

kacau bilau, penuh dengan gejala yang kurang sihat dan keharmonian sesebuah

negara turut lenyap.

 

        Kemiskinan bandar juga membuatkan tekanan kejiwaan dalam diri mereka.

Tekanan terhadap masalah harian seperti kehidupan yang terus menerus yang tidak

selesa, masalah kekurangan kemudahan asas di kawasan mereka menyebabkan

mereka mencari saluran untuk lari daripada masalah mereka dan wujudlah gejala sosial

yang lain seperti lepak, bohsia, lumba haram dan sebagainya. Ianya wujud akibat

tekanan yang hebat dalam hidup mereka.

 

Page 31: Nota Pss3112

        Kemiskinan juga boleh mengakibatkan konflik keluarga tercetus sehingga

runtuhnya institusi keluarga. Apabila institusi keluarga telah lebur maka semakin

banyaklah isu-isu sosial yang timbul selepas itu. Tambahan pula dengan isu

peminggiran sosial, maka makin bertambahlan masalah dan tekanan dikalangan

penduduk miskin bandar sekaligus makin menjadi-jadilah masalah sosial yang lain.

 

        Selain itu, kemiskinan bandar yang kebanyakannya daripada mereka dari

golongan setinggan turut memberi masalah kepada negara. Masalah setinggan ini juga

merupakan satu masalah yang serius. Banyak kes-kes gejala sosial yang dicatatkan

dilakukan oleh penduduk setinggan akibat tekanan dan peminggiran yang mereka

hadapi. Kawasan setinggan yang ada juga boleh mencacatkan permandangan

persekitaran sesebuah bandar seperti Kuala Lumpur. Ini boleh menjejaskan negara kita

yang sedang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.

 

        Sesungguhnya kemiskinan merupakan satu masalah sosial yang patut ditangani

oleh semua pihak. Ini kerana ia merupakan tanggungjawab sosial yang membebani

semua pihak untuk diselesaikan. Kemiskinan merupakan satu masalah yang serius dan

ia berkait rapat dengan masalah-masalah yang lain seperti yang disebutkan

sebahagiannya di atas.

Page 32: Nota Pss3112

 

        Namun saya lebih berpendapat bahawa isu kemiskinan bandar lebih merupakan

tanggungjawab sosial kerajaan. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk

menangani masalah kemiskinan bandar haruslah dipuji kerana peratusan kemiskinan

berjaya dikurangkan dari awal pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga

sekarang. Langkah tersebut temasuklah Program Pembangunan Rakyat Termiskin

(PPRT), penswastaan perumahan setinggan, dan juga mewujudkan beberapa intitusi

seperti Amanah Saham Bumiputera, Tabung Amanah IKHTIAR dan sebagainya.

 

Page 33: Nota Pss3112

        Dalam isu penswastaan perumahan setinggan contohnya, langkah yang tegas

perlu diambil oleh kerajaan kerana isu ini merupakan isu terpenting dalam kes

kemiskinan bandar. Rata-rata masyarakat setinggan masih belum menikmati

perumahan yang selesa akibat kos membeli rumah yang terlampau tinggi, kekurangan

rumah murah, dan beberapa masalah yang lain. Langkah penswastaan kawasan

setinggan merupakan langkah yang bijak dengan menetapkan bahawa pemaju

perumahan dimestikan membina 30% perumahan kos rendah memandangkan kerajaan

tidak mempunyai peruntukan yang mencikupi untuk membina rumah kos rendah.

Namun ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju kerana risiko kerugian dan tidak

mendapat untung yang lebih.  Ini menimbulkan masalah kepada pemaju yang mahukan

keuntungan yang maksimum. Maka usaha ini tidak berjaya sepenuhnya kerana masih

wujud perumahan setinggan. Oleh itu, kerajaan sepatutnya mengambil alih sepenuhnya

tanggungjawab ini kerana ia adalah tanggungjawab sosial kerajaan. Kalau dilihat

sekarang kerajaan lebih mendahulukan projek-projek mega yang menelan belanja

berbillion ringgit seperti Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya (RM20.1 billion),

Pusat Hidroelektrik Bakun, Sarawak (RM15.0 billion), Logi Kuasa Bebas (RM12.0

billion), Rangkaian Transmisi Tenaga Nasional (RM11.0 billion) dan Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (RM20.1 billion). Kalau dilihat projek mewah ini

adalah bersifat jangka masa panjang dan ianya bukan untuk dinikmati oleh semua

orang seperti pembinaan Pusat Hidroelektrik Bakun di  Sarawak contohnya, hanya 30%

bekalan kuasa dibekalkan kepada tempatan dan 70% lagi untuk tujuan eksport. Ianya

penting untuk jangka masa panjang bukan sekarang. Masalah setinggan ialah masalah

rakyat dan ia berkait rapat dengan masalah pembangunan fizikal dan pembangunan

insan yang mana ianya patut diseimbangkan keduanya terutamanya dalam era

keruntuhan sosial dan moral sekarang.

 

        Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak berjaya dalam konteks penswastaan

perumahan setinggan dan kerajaan harus lebih bertanggungjawab dalam

menyelesaikan masalah perumahan swasta.

 

Page 34: Nota Pss3112

        Selain itu dasar-dasar lain perlu digubal dan dilaksanakan bagi membela golongan

ini agar tidak terpinggir. Dalam masalah kesihatan contohnya kerajaan harus

membiayai sepenuhnya kos kesihatan golongan ini kerana ia merupakan masalah yang

asas dan hasrat kerajaan untuk menswastakan institusi kesihatan tidak patut

dilaksanakan kerana ia akan meningkatkan lagi kos perubatan dan ini boleh

menyebabkan golongan miskin bandar akan terus terpinggir.

 

        Namun begitu, pihak lain tidak semestinya berlepas tangan dalam isu ini kerana ia

adalah masalah yang global dan harus ditangani bersama. Banyak perkara yang boleh

dilakukan oleh pihak-pihak lain sama ada agensi swasta. Pihak swasta seharusnya

bersama-sama dengan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kes penswastaan

perumahan setinggan umpamanya, pihak swasta nampaknya lebih mengutamakan

keuntungan semata-mata daripada kebajikan.

Negara pernah dikejutkan dengan isu perobohan perumahan setinggan awal tahun ini.

Perobohan yang dilakukan secara kejam ini dilakukan tanpa mengeluarkan notis

amaran terlebih dahulu dan dilakukan dengan menggunakan kekerasan samseng-

samseng upahan.[26] Ini nyata sekali bertentangan dengan hak asasi manusia. Pihak

swasta mahupun kerajaan tidak seharusnya mengulangi peristiwa ini walaupun demi

untuk menjalankan pembangunan. Pembangunan dalam ertikata sebenarnya haruslah

berteraskan pembangunan fizikal dan pembangunan rohani.

       

        Kerajaan dalam menangani isu ini haruslah membuat penyelesaian yang lebih

bersepadu bukan hanya agensi-agensi atau kementerian yang berkaitan sahaja dalam

isu ini. Semua kementerian yang ada dalam kerajaan harus bersama-sama

bertanggungjawab. Sebagai contoh Kementerian Pembangunan Usahawan juga turut

membantu menangani isu ini secara langsung. Kementerian lain seperti Kementerian

Penerangan boleh turut serta secara tiddak langsung seperti memberi pemahaman

kepada masyarakat tentang masalah ini bukan semata-mata menjadi alat kepada parti

pemerintah.

 

Page 35: Nota Pss3112

D.     PENUTUP

 

        Sebagai penutup kalam, semua pihak hendaklah memandang isu kemiskinan

sebagai suatu isu yang boleh dilihat dari perbagai aspek dan perspektif sama ada dari

sudut perumahan setinggan dan penswastaannya, kemiskinan bandar dan sebagainya.

Ini penting bagi mempelbagaikan bentuk-bentuk kajian berhubung dengan masalah

kemiskinan seterusnya memudahkan kita menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan 

kajian hanya bersifat sempit dan tidak meluas dengan mengkaji dari sudut pendapatan

isi rumah dan perumahan sahaja dengan mengenepikan isu-isu sosial lain yang

berkaitan seperti peminggiran sosial. Kajian yang bersifat sempit ini akan menyulitkan

lagi peluang untuk menyelesaikan masalah ini.

       

        Justeru, kajian yang meluas dan pelbagai semestinya diperbanyakkan demi untuk

melihat negara berada dalam keadaan stabil dan harmoni dengan agihan pendapatan

yang adil. Perlu dingat bahawa keharmonian negara tidak akan wujud jika hanya

pembangunan fizikal, kebendaan dan material sahaja yang dijalankan dengan

mengabaikan aspek keagamaan, sosial dan moral. Pembangunan yang berta sebelah

ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial yang kronik seperti yang berlaku di

Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Setiap sering kali kedengaran di media-

media massa yang menghebahkan berita sumbang mahram, pesta seks, dan banyak

lagi yang wujud antara puncanya ialah kemiskinan yang wujud akibat pembangunan

yang tidak seimbang. 

 

 

 

 

Page 36: Nota Pss3112

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) akan menggunakan pendekatan keusahawanan sosial bagi

membantu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia merupakan

satu daripada langkah untuk memastikan potensi individu

berdasarkan bidang kemahiran masing-masing agar tidak terus

bergantung kepada bantuan kerajaan.

Beliau berkata, salah satu daripada elemen keusahawanan sosial

ialah transformasi sosial yang inovatif dan komprehensif yang

dilaksanakan oleh kementeriannya menerusi program

pembangunan kejiranan lestari.

"Transformasi sosial memerlukan usaha berterusan dalam dua

aspek utama iaitu pembangunan fizikal dan modal insan.

"Program pembangunan kejiranan lestari bertujuan membangunkan

kawasan dan penduduk setempat dengan misi Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) yang dijalankan dengan usaha sama pelbagai

jabatan dan agensi di negeri ini,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi

taklimat NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah kepada

kerajaan negeri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi

Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk

Page 37: Nota Pss3112

Ahmad Zahri Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan

Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri,

Dr. Robia Kosai.

Katanya, program lestari memberi tumpuan kepada lima teras

utama iaitu membasmi kemiskinan, pembangunan infrastruktur

fizikal, pembangunan insan, kesejahteraan sosial dan pembasmian

dadah dan jenayah.

Menurut Sharizat, antara kawasan yang bakal menerima program

tersebut adalah Kampung Skudai Kiri, Kampung Dato' Sulaiman

Menteri, Kampung Melayu Pandan, Taman Puteri Wangsa dan

Taman Tampoi Indah.

"Sebanyak 102 program telah dilaksanakan di bawah program

berkenaan iaitu program motivasi dan kesedaran, kelas kemahiran,

latihan keusahawanan, persatuan usahawan penduduk dan program

kemahiran ibu tunggal," katanya.

Beliau berkata, seramai 1,544 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar

dan miskin bakal mendapat manfaat daripada program 1AZAM

(Akhiri Zaman Miskin) di bawah NKRA bagi meningkatkan taraf

hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Katanya, antara projek 1AZAM adalah AZAM tani, AZAM niaga,

AZAM kerja dan AZAM khidmat yang akan dilaksanakan dengan

berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan

produktif.

Page 38: Nota Pss3112

"Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merupakan

antara agensi awal di Johor yang melaksanakan program 1AZAM.

"Di bawah projek rintis ini seramai 70 KIR miskin tegar telah

menyertai AZAM tani, 63 KIR sertai AZAM niaga, 48 KIR menyertai

AZAM kerja dan 30 KIR untuk AZAM khidmat," katanya.

Shahrizat turut menggesa pelbagai pihak agar tampil memainkan

peranan bagi memenuhi keperluan pembangunan sosial masyarakat

setempat.

Katanya, kerjasama semua pihak mampu merealisasikan

keusahawanan sosial untuk mencapai hasrat kerajaan

membasmikan kemiskinan tegar menjelang akhir tahun ini.

 

Page 39: Nota Pss3112

Guna pendekatan berfokus basmi kemiskinan Shahrizat�LABIS 10 Jan. Kerajaan akan menggunakan �pendekatan secara fokus untuk membasmi kemiskinan menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Niaga membabitkan 7,000 keluarga miskin di seluruh negara pada masa ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan dan program itu memberi peluang kepada golongan berkenaan berdikari dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan tidak bergantung pada bantuan bulanan semata-mata.

Beliau berkata, menerusi program 1Azam Niaga, keluarga miskin yang tersenarai dalam perangkaan e-Kasih kementeriannya telah diberikan bantuan modal untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah masing-masing.

Kita mengawasi semua kes keluarga miskin di �bawah NKRA kementerian saya. Kita telah mengambil bilangan mereka dan kita ada carta dan periksa apa yang berlaku.

Page 40: Nota Pss3112

Kita mengikuti perkembangan mereka supaya dapat� keluar daripada kepompong kemiskinan. Program ini begitu teliti dan kita bukan hanya memberi, �katanya ditemui selepas mengadakan lawatan sempena program NKRA 1Azam Niaga di Kampung Sawah Baru di sini hari ini.

Dalam lawatannya di sekitar Labis, Shahrizat turut beramah mesra dengan golongan wanita komuniti berketurunan Cina di Taman Labis Indah selain mengadakan perjumpaan dengan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Labis di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

Shahrizat berkata, daripada 44,643 keluarga dalam kelompok miskin tegar pada tahun lalu, 99.75 peratus berjaya dikeluarkan daripada kelompok itu dan hanya tinggal 108 keluarga yang masih memerlukan tumpuan kerana memperoleh pendapatan di bawah RM440 sebulan.

Bagaimanapun, senarai bilangan keluarga miskin �ini mudah berubah-ubah. Katakan di Kedah dan Perlis, kita sudah bantu tetapi kerana banjir mereka kembali miskin, maka kita perlu mula balik, itu tidak mengapa kerana kita memberi mereka jaring keselamatan agar tidak kebuluran, katanya.�Menurutnya, menerusi program NKRA yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, usaha membasmi kemiskinan kini dilaksanakan lebih terperinci dengan setiap masalah dikenal pasti.

Page 41: Nota Pss3112

Kerajaan kini leb� ih fokus dalam program yang dilaksanakan untuk mengeluarkan keluarga ini daripada kelompok miskin tegar.

Kita bukan setakat meninjau rumah mereka, tetapi �kita juga menilai tahap kemiskinan mereka sama ada termasuk dalam miskin tegar, miskin atau mudah miskin, katanya.�Shahrizat berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membuka bilik gerakan untuk memantau kemajuan program-program membasmi kemiskinan dan memastikan keberkesanannya di peringkat akar umbi.

Page 42: Nota Pss3112

Dua dasar ekonomi jangka panjang yang diperkenalkan oleh

pemerintah ini bermatlamat untuk membasmi kemiskinan.

Pemerintah merasakan antara punca utama berlaku masalah

dalam perpaduan kaum disebabkan oleh kemiskinan rakyatnya.

Oleh itu apabila berlaku rusuhan kaum pada 13 mei 1969,

pemerintah terus sahaja memperkenalkan DEB sebagai salah

satu ubat mengatasi masalah perpaduan. Namun setelah tamat

tempoh DEB dilaksanakan dan diteruskan dengan DPN,

pemerintah masih lagi meletakkan matlamat basmi kemiskinan

sebagai perkara yang penting. Dan dasar-dasar ekonomi yang

lain juga diperkenalkan sebagai sambungan kepada dua dasar ini

masih juga menjadikan kemiskinan sebagai masalah sehingga ke

hari ini. Kenapa? Siapakah kumpulan miskin yang ingin dibela

oleh DEB dan DPN? Adakah kumpulan sasar tersebut telah

keluar daripada zon kemiskinan setelah tamat tempoh

pelaksanaannya?

Inilah persoalannya. Bagaimanakah cara DEB dan DPN membela

kumpulan termiskin.

Pemerintah mentafsirkan kumpulan utama yang miskin adalah

masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar. Oleh itu DEB

diperkenalkan dengan fokus membantu masyarakat luar bandar.

Pelbagai agensi ditubuh dan dinaik taraf bagi memberi tumpuan

yang lebih terhadap masyarakat luar bandar. Agensi seperti

Felda, Felcra, Risda dan sebagainya digiatkan fungsinya agar

mampu memberi bantuan kepada kumpulan misksin di luar

bandar. Contoh agensi-agensi ini berfungsi agar masyarakat yang

Page 43: Nota Pss3112

tidak mempunyai tanah dan rumah mampu memilikinya apabila

mengikuti sekim yang diperkenalkan.

Manakala DPN pula memberi tumpuan yang lebih meluas

termasuk masyarakat miskin di bandar. Peranan sektor swasta

juga digalakkan terlibat sama dalam proses pembangunan

negara. Pendidikan dan latihan menjadi teras utama pelaksanaan

DPN khususnya dalam aspek membasmi kemiskinan.

Dua dasar ini secara terperincinya memberi fokus kepada aspek

kemiskinan. Walaupun matlamat tersebut tidak sepenuhnya

berjaya dilaksanakan namun peranannya sedikit sebanyak

berjaya mengubah ekonomi masyarakat.

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, masyarakat

Malaysia sebenarnya bukan sepenuhnya bermasalah dari segi

perpaduan kaum. Tetapi masalah tafsiran pemerintah terhadap

kumpulan masyarakat, yang dilihat hanya pada bangsa sahaja

tetapi tidak kepada kelas ekonomi masyarakatnya.

Page 44: Nota Pss3112

kerana masalah kemiskinan yang utama ialah di kawasan luar

bandar yang melibatkan masyarakat Melayu. Dengan melihat

struktur kerja dan tahap pendapatan kelompok ini yang rata-

ratanya berkaitan dengan pertanian, mereka menerima

pendapatan yang sedikit disebabkan polisi pihak British yang

mengamalkan pendekatan “pecah dan perintah.” Kerajaan pernah

memperkenalkan Revolusi Hijau bagi menambahkan pengeluaran

beras berasaskan pengenalan penanaman padi dua kali setahun

dengan menggunakan benih yang berhasil tinggi, bahan kimia,

sistem pengairan dan alat jentera.

Istilah Revolusi Hijau merujuk kepada perubahan yang berkaitan

pengetahuan teknologi pertanian makanan bijian baru yang mula

diperkenalkan di negara-negara Dunia Ketiga pada tahun 1960-

an. Para petani di kawasan Revolusi Hijau telah mendapat faedah

daripada projek ini seperti di kawasan pengairan Muda di Kedah

dan Perlis. Antara tahun 1965 dan 1975, pendapatan petani di

kawasan ini telah meningkat sebanyak 2.4 kali ganda (Jomo,

1991).

Usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan secara besar-

besaran dimulakan dengan Dasar Ekonomi Baru dalam

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) yang menyatakan salah

Page 45: Nota Pss3112

satu objektifnya ialah pembasmian kemiskinan. Matlamatnya

ialah mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus

pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus pada tahun 1990

(Malaysia,1973:73).

Malaysia adalah antara beberapa buah negara membangun yang

dikatakan telah berjaya mengurangkan kemiskinan. Sepanjang

tempoh DEB, sejumlah RM329,000 juta telah diperuntukkan

untuk pembasmian kemiskinan yang meliputi Rancangan

Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. Perbelanjaan ini

meliputi 73.1 peratus daripada perbelanjaan pembangunan

kerajaan bagi tempoh berkenaan (Malaysia, 1989).

Proses pelaksanaan dasar dan strategi pembasmian kemiskinan

lebih banyak melalui proses “atas-bawah” yang melibatkan

perancangan dan pelaksanaan agensi pusat seperti Unit

Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, Unit

Perancang Ekonomi Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Negeri

dan Daerah (Chamhuri Siwar, 1995). Kerajaan menubuhkan

beberapa agensi bagi menggerakkan usaha pembasmian

kemiskinan seperti FELDA (Federal Land Development

Authority), FELCRA (Federal Land Consolidation and

Page 46: Nota Pss3112

Rehabilitation Authority) dan RISDA (Rubber Industry

Smallholders Development Authority).

Di samping itu beberapa program khusus yang lebih terancang

telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan tumpuan kepada

masyarakat luar bandar. Salah satu daripadanya Program

Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperkenalkan

pada tahun 1989. PPRT telah diwujudkan khusus untuk

membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh

negara (Mohd Taib Haji Dora, 2000). Sebanyak RM600 juta telah

diperuntukkan bagi program ini dengan matlamat membantu

keluarga termiskin di seluruh negara berdikari dan menjayakan

diri dalam arus pembangunan negara. PPRT melibatkan enam

buah kementerian yang dikoordinasi oleh Jabatan Perdana

Menteri.

Kerajaan negeri turut membantu menjayakan projek-projek

sosioekonomi PPRT melalui agensi negeri masing-masing seperti

DARA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, PERDA, KEDA dan

JENGKA. Mohd Taib (2000) menjelaskan bahawa tiga agensi

kerajaan yang aktif memberi bantuan ialah KEMAS (Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia (Kementerian Pembangunan Wanita,

Page 47: Nota Pss3112

Keluarga dan Masyarakat) dan Baitulmal (Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan). Setiap agensi ini mempunyai kumpulan

sasar masing-masing seperti Baitulmal yang memberi fokus

kepada golongan fakir manakala KEMAS dan Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia memberi bantuan kepada mereka yang

berpendapatan kurang daripada RM300 sebulan sebagai

sasaran.

Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) 2006-2010,

kerajaan bertekad mengurangkan kemiskinan daripada 5.7

peratus kepada 2.8 peratus pada tahun 2010. Sebanyak

RM11.52 bilion diperuntukkan iaitu RM4.46 bilion untuk

membasmi kemiskinan dan RM7.06 bilion lagi bagi menyusun

semula masyarakat.

Kemiskinan tegar akan dikurangkan melalui peluasan program

berpakej di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat

(SPKR) seperti Program Peningkatan Ekonomi, Pogram

Pembangunan Infrastruktur Asas dan Program Pembangunan

Insan kepada kumpulan sasar bagi membangunkan modal insan

dan bina upaya (Malaysia, 2006: 373).

Walaupun sukar menghapuskan kadar kemiskinan umum,

Page 48: Nota Pss3112

pengurangan daripada 8.5 peratus (1999) kepada 5.7 peratus

(2004) adalah sesuatu yang membanggakan. Matlamat

mengurangkan kemiskinan tegar daripada 1.9 peratus pada 1999

kepada 1.2 peratus pada 2004 seterusnya kemiskinan tegar sifar

akan menjadi kenyataan jika dilihat kepada peruntukan kewangan

dan program yang dirancang oleh kerajaan. Tekad dan azam

kerajaan untuk mencapai kadar kemiskinan 2.8 peratus selepas

berakhirnya tempoh RMK-9 dilihat akan menjadi kenyataan.

Penambahan peruntukan bagi membasmi kemiskinan dalam

jangka masa panjang mengikut jangka masa rancangan

menterjemahkan usaha membasmi kemiskinan sentiasa menjadi

perhatian istimewa pihak kerajaan.

Semasa membentangkan RMK-9 di Dewan Rakyat, YAB Perdana

Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menegaskan

bahawa program pembasmian kemiskinan akan ditumpukan

kepada usaha bina upaya dalam kalangan golongan miskin

dengan menambah baik akses kepada pendidikan dan

kemahiran, memupuk nilai positif serta membina keyakinan dan

motivasi diri.

Page 49: Nota Pss3112

KEMELUT ekonomi yang melanda dunia awaltahun ini sedikit

sebanyak memberi kesan kepada mereka yang

berpendapatanrendah. Sementara mereka yang paling teruk terjejas

adalah golongan miskin tegar dikawasan luar bandar, golongan miskin

di bandar juga tidak terlepas.

Golongan miskin bandar ini mengharungi kehidupan yang mencabar

walaupun dalam senario ekonomi yang memberangsangkan kerana

kos kehidupan yang lebih tinggi di bandar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil berat

akan nasib golongan ini mengumumkan beberapa langkah untuk

membantu mereka semasa membentangkan Belanjawan 2010.

Beliau berkata, kadar perbandaran meningkat begitu pesat dengan 63

peratusdaripada penduduk kini mendiami kawasan bandar.

"Kadar kemiskinan di kawasanbandar terus meningkat kerana kos

kehidupan yang terus meningkat, pendapatanyang rendah dan

masalah perumahan," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu peruntukan

sebanyak RM48juta untuk melaksanakan program pembasmian

kemiskinan di bandar-bandar, yangtermasuk bantuan kebajikan dan

bayaran sewa rumah.

MENINGKATKAN PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN

PENDUDUK MISKIN BANDAR

Page 50: Nota Pss3112

Dalam usaha memudahkan lagi pemilikan rumah bagi kumpulan

berpendapatan sederhana dan rendah, beliau mengumumkan pada

awal Oktober bahawa lebih 44,000 rumah kos rendah akan dijual

pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 setiap unit oleh Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Perumahan Negara (JPN)

menjelang akhir 2010.

"Sebagai langkah tambahan, JPN akan menyediakan 74,000

kediaman kos rendahuntuk disewakan pada 2010," katanya.

Kerajaan juga bimbang dengan bilangan projek rumah yang

terbengkalai. Sehingga hari ini, sejumlah 148 projek persendirian yang

terbengkalai membabitkan 49,913 unit dan 31,824 pembeli. Daripada

jumlah ini, 87 projek masih belum dipulihkan dengan 41 daripadanya

membabitkan rumah kos rendah dan sederhana. Najib berkata,

kerajaan akan menimbangkan bantuan kewangan yang wajar

untukmemulihkan projek perumahan kos rendah dan sederhana

dalam senarai projek terbengkalai sedia ada. Satu peruntukan

sebanyak RM200 juta bagi tujuan ini akan disediakan di bawah

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KEMENTERIAN KHUSUS UNTUK JAGA GOLONGAN MISKIN

BANDAR

Dalam usaha menangani kemiskinan bandar melalui satu cara

holistik, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditukar namanya

kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan

Bandar, dengan peranan barunya untuk memperkukuh dan

Page 51: Nota Pss3112

memperluas program pembasmian kemiskinan bandar di seluruh

negara.

Kemiskinan bandar kini turut meliputi mereka yang berpendapatan

bulanankurang daripada RM3,000.

Untuk mengelakkan pertindihan tanggungjawab, Menteri Wilayah

Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja

Zainal Abidin berkata pihaknyaakan berusaha bersama Jabatan

Kebajikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat dalam pengagihan bantuan bagi golongan miskin.

Kementerian juga berusaha bersama pihak lain seperti Kementerian

Perumahandan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perdana Menteri serta

jabatan lain.

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN

Untuk membantu menambahbaik taraf kehidupan di kalangan

golongan miskin danpeluang untuk mata pencarian, kerajaan

memperuntukan RM180 juta bagi ProgramPembangunan

Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

Program ini, yang menawarkan latihan kemahiran serta kemudahan

kredit mikromeliputi Program Peningkatan Pendapatan, Program

Latihan Kemahiran dan Kerjaya,Program Kecemerlangan Pendidikan,

Program Bantuan Rumah dan Program PembangunanMasyarakat

Setempat.

Page 52: Nota Pss3112

Kerajaan juga menawarkan program latihan kemahiran serta

keusahawanan kepadalebih daripada 3,000 wanita menerusi Jabatan

Pembangunan Wanita dan AmanahIkhtiar Malaysia. Adalah

diharapkan melalui usaha ini, kadar kemiskinan dapatdikurangkan

daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 2.8 peratus pada 2010.

Skim Program Lonjakan Mega Luar Bandar, yang diumumkan semasa

pembentanganbelanjawan itu juga akan dilanjutkan ke tahun yang

berikut bersama satuperuntukan sebanyak RM141 juta untuk

membantu 5,600 keluarga keluar daripadakemiskinan tegar.

Skim ini akan tertumpu di kawasan seperti Batang Sadung danBatang

Lupar di Sarawak; Pulau Banggi di Sabah; dan Tanjung Gahai dan

Chemomoidi Pahang.

Najib juga berkata 50,000 isirumah tegar yang didaftar di portal

pembasmiankemiskinan Jabatan Perdana Menteri, e-Kasih, serta

4,000 isirumah Orang Asliakan menerima bantuan.

Langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan termasuk pengagihan

bantuankebajikan persekutuan pada hari pertama setiap bulan,

dengan bantuan kebajikanbagi Semenanjung bermula pada 1

September lepas dan bagi Sabah dan Sarawak bermula 1Januari

tahun depan.

PERLINDUNGAN SOSIAL BAGI YANG KURANG BERNASIB BAIK

Dalam satu langkah untuk mempertingkat jaringan perlindungan

sosial,kerajaan akan terus membantu orang kurang upaya, warga

Page 53: Nota Pss3112

emas, ibu tunggal dankanak-kanak yang memerlukan bantuan

kebajikan.

Untuk memastikan keberkesanan penyaluran bantuan dan mencegah

pertindihan,Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di Jabatan

Perdana Menteri sedangmenyiapkan pangkalan data berpusat e-

Kasih.

Usaha lanjut oleh kerajaan untuk memperkukuh jaringan perlindungan

sosialjuga membabitkan peruntukan RM224 juta bagi golongan

kurang upaya dan bagipelaksanaan Program Pemulihan Dalam

Masyarakat dan untuk membina dan menaiktaraf empat Taman Sinar

Harapan.

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukan RM174 juta untuk

membantuwarga emas dan menaikkan taraf dua Rumah Seri

Kenangan.

Selain daripada itu, sebanyak RM15 juta telah diperuntukan bagi

TabungKebajikan Perubatan Malaysia, Majlis Hospice Malaysia dan

Persatuan Orang ButaMalaysia untuk membantu pesakit miskin

membeli peralatan perubatan.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh menarik nafas lega kerana

peningkatan dalamkadar elaun daripada RM50 kepada RM150

sebulan bagi setiap anak istimewa yangdidaftarkan di sekolah khas

yang diusahakan oleh NGO berkuatkuasa 1 Januari tahunhadapan.

Kira-kira 4,000 kanak-kanak istimewa juga akan menerima

manfaatdaripada peruntukan RM3.3 juta tersebut.

Page 54: Nota Pss3112

SUBSIDI BERAS BAGI GOLONGAN MISKIN

Satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu lebih 200,000 keluarga

miskindan miskin tegar ialah melalui subsidi beras (Subur), yang

dilancarkan olehNajib pada November.

Di bawah skim itu, kira-kira 43,500 keluarga miskin di bandar

yangberpendapatan RM450 sebulan dan miskin tegar yang

berpendapatan RM420 setiapbulan masing-masing akan menerima

satu kupon bagi beras percuma sebanyak 30kgsetiap bulan.

Selain daripada itu, lebih 150,000 keluarga berpendapatan RM1,500

setiapbulan di kawasan bandar dan RM1,000 di luar bandar yang

dikategori sebagaimiskin akan menerima tiga kupon subsidi bernilai

RM10 setiap enam bulan.

Lebih kurang 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara juga akan

menerimamanfaat daripada inisiatif ini dengan mereka boleh

menggunakan kupon RM10 untukmembeli beras 10 kg gred ST15

yang bernilai RM24 pada harga RM14.

Pengagihan kupon ini dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan

IndustriAsas Tani yang akan mengagihkannya kepada penerima yang

berdaftar di e-Kasihmelalui anggota Parlimen. Mereka yang tidak

disenaraikan dalam e-Kasih perluberdaftar dengan agensi-agensi

Kementerian dan jawatankuasa keselamatan danpembangunan

kampung.

Page 55: Nota Pss3112

Selain daripada golongan miskin bandar dan miskin tegar, skim ini

juga akandiperluaskan kepada rumah-rumah kebajikan dan mereka

akan diberi baucar bernilaiRM10 setiap bulan. - BERNAMA

Page 56: Nota Pss3112

1.Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Peranan:1.PPRT membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadi lebih berdikari.2.PPRT membantu golongan miskin menjayakan diri dalam arus pembangunan negara.

PPRT telah diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh negara. Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan menjayakan diri dalam arus pembangunan negara.

2.Program Bantuan Rumah

Peranan:

Page 57: Nota Pss3112

1.Program Bantuan Rumah membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa.

 

Pada tahun 2009,peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua,uzur,cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.

3.Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KWPKM)

Page 58: Nota Pss3112

Peranan:1.KWPKM meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

2.KWPKM melatih dan membangunkan wanita

untuk menjadi usahawan menerusi program

Amanah Ikhtiar Malaysia.

KWPKM telah dipertanggungjawabkan untuk

melahirkan seramai 4,000 orang usahawan

wanita.Di antara bidang keusahawanan yang

ditawarkan adalah peruncitan, penternakan,

kesihatan dan penghasilan makanan.

4.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

Peranan:

1.JKM membangunkan masyarakat melalui

perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk

Page 59: Nota Pss3112

berdikari.

2.JKM mewujudkan masyarakat yang berbudaya

penyayang.

3.JKM meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Subahan Kamal menyerahkan bantuan wang tunai

kepada golongan kurang berkemampuan pada

majlis di Kampung Selayang Indah, Selayang.

- UTUSAN/ZAINI HUSIN

JKM telah menyalurkan bantuan tunai kira-kira

RM1.4 juta setiap bulan kepada golongan

memerlukan di Selangor.

Sumber:Berita Utusan

Melalui program-program sedemikian,peratusan

kemiskinan dapat dikurangkan.Oleh itu,pihak

kerajaan harus meneruskan usaha untuk membasmi

kemiskinan bagi melahirkan masyarakat yang

proaktif.