Nota Ringkas Sejarah - Ppt May 2012

download Nota Ringkas Sejarah - Ppt May 2012

of 2

Transcript of Nota Ringkas Sejarah - Ppt May 2012

NOTA RINGKAS SEJARAH Bab 1 Tamadun Hwang Ho Mandat daripada tuhan yang menjadi kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho bermaksud pemerintah direstui tuhan kerana adil. Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Kuasa raja adalah mandat dari tuhan. Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme dan menyembah roh nenek moyang. Dinasti Shang mahir dengan teknologi gangsa. Teknologi ini digunakan untuk menghasilkan gangsa dan membuat perisai. Selain itu, digunakan untuk upacara keagamaan. Bab 2 Tamadun India Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata dan gading gajah. Sresthin ialah persatuan perdagangan bagi pedagang India. Contoh persatuan yang wujud ialah persatuan tukang kayu, persatuan tukang logam dan persatuan tukang kulit. Matlamat penubuhan sresthin ialah untuk mengawal harga barang, mengawal kualiti barang dan mengawal gaji pekerja. Cukai di India bertujuan untuk menyara anggota tentera. Selain itu, cukai juga digunakan untuk menyara para pentadbir dan raja. Bab 3 Hindu-Buddha di Asia Tenggara Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu. Bertujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting. Ia berupa candi/ kuil/ wat / stupa / arca dan patung Candi ialah rumah ibadat bagi penganut hindu-buddha. Kepentingan candi ialahsebagai tempat penyimpanan abu mayatraja dan keluarga

serta sebagai lambang keagungan pemerintah.Candi juga digunakan sebagai tempat penyimpanan patung dewa utama. Antara candi yang terkenal ialah Angkor Wat. Angkor Wat terkenal dengan ciri-cirinya seperti: dibina untuk agama Hindu di Kemboja setiap sudut mempunyai menara melambangkan orde kosmos/konsep alam semesta berbentuk empat segi

Selain itu, Candi yang terkenal ialah Candi Borobodur di Indonesia. Antara ciri-ciri binaannya ialah: dibina untuk agama Buddha dibina dalam masa 75 tahun terdiri daripada tiga tingkat setiap tingkat mempunyai patung Buddha/Stupa melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu Sila, Samadhi dan Panna BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH Antara perang yang disertai oleh umat Islam dan Nabi Muhammad ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk. Umat Islam dibolehkan berperang jika: Apabila diserang musuh Untuk mempertahankan maruah diri, agama dan Negara Menentang kezaliman Antara larangan umat Islam ketika berperang ialah: Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan Tidak dibenarkan memusnahkan tanaman Dilarang merobohkan tempat ibadat Semasa Perang Khandak, tentera Islam beroleh kemenangan kerana strategi peperangan dengan membina parit yang berkesan semangat juang yang tinggi, bersatu-padu. Semasa perang, tawanan lelaki akan dibebaskan sekiranya telah berjaya mengajar 10 orang anak orang Islam sehingga boleh membaca dan menulis manakala tawanan wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan.