Nota Seni PSV
-
Upload
rayner-robert-kenneth -
Category
Documents
-
view
370 -
download
8
description
Transcript of Nota Seni PSV
Nota Seni
ASAS SENI REKAA. UNSUR SENI
1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
garisan pada anyaman tikar
garisan pada bangunan
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan hujan
garisan pada urat daun
garisan pada kulit harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus2. Garisan tebal3. Garisan beralun4. Garisan berpancar5. Garisan berlingkar6. Garisan berserabut7. Garisan bersudut-sudut8. Garisan bergerigi9. Garisan berbiji10. Garisan berbulu11. Garisan putus-putus12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.2. Garisan menimbulkan bentuk.3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.4. Garisan mewujudkan ruang.5. Garisan menghasilkan jalinan.6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.7. Garisan mewujudkan ton.8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
garisan menghasilkan rupa
garisan menghasilkan bentuk
garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang
garisan menghasilkan jalinan
garisan yang mencipta corak
garisan yang mencipta corak
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah
menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan2. Catan3. Anyaman4. Tenunan5. Kolaj6. Pualaman7. Arca8. Gurisan9. Cetakan10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan dalam karya lukisan
Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng
karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
karya tenunan juga mencipta garisan
aplikasi garisan dalam seni arca
garisan tampak jelas pada karya anyaman
2. Rupa - Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula - Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
Contoh-contoh Rupa
RUPA (unsur seni)Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
rupa geometri
rupa geometri
2. Rupa Organik Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik
rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif
rupa negatif
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun
logo simbol daripada rupa mata
logo daripada huruf
jenis logo huruf
logo jenis representasi
F. Rupa dan Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif
muka taip serif
muka taip san serif
muka taip hiasan
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
karya yang berasaskan rupa muka taip
3. Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit - meja
bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik
bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh 'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
seni origami
bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat
bentuk dicipta daripada plaster of paris
penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin
ukiran bentuk arca menggunakan sabun