Noya

download Noya

of 6

description

hmmm

Transcript of Noya

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran psvMengenal atau menghurai konsep teknologi maklumat dan komunikasi Pendekatan konstekstual Pendekatan konstrutivisme Kemahiran berfikir Kemahiran masteriPembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual

Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda. Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Pengalaman harian individu

Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah

Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual

iv Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara langsung dalam pembelajaran anak-anak merekav Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan generasi masa depan.

Proses Pembelajaran Kontekstual

Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Kemahiran melakukan latih amal (praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan pembelajaran.

ii) Guru- Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek- Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.- Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara kritis dan kreatif digunakan. Cycle Diagram Rajah 2.10: Proses Berfikir

Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK iaitu;

a) Mengajar cara berfikirb) Mengajar untuk berfikirc) Mengajar tentang berfikir

Rajah 2.11: Kemahiran Berfikir

2.1.7 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha pemulihan.

Model Pembelajaran MasteriDalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut;