Olahraga

download Olahraga

of 38

description

LARIAN BERGANTI-GANTI

Transcript of Olahraga

  • LARIAN 4X100 & 4X400

    NORAYATI BINTI SAHATLB110234NORAZALINA BINTI SAHUDI LB110091NUR ELYANI BINTI AZMILB110115NUR FADHILLAH BINTI SALEHLB110116SEBARIAH BINTI MUHAMMADLB110153SULIATHUM BINTI MAHMUDLB110181SURIYANA BINTI AHMAD SAMALUDINLB110183ZAHARAH BINTI IBRAHIMLB110194ZALIFAH BINTI RAMLYLB110199

  • SEJARAH LARI BERGANTI-GANTIBerasal dari Amerika Syarikat. Idea - daripada perjalanan kereta kuda jarak jauh yang lebih dikenal sebagai pony express dimana surat-surat atau berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain.

  • Acara lariberganti-ganti iniialah daripada satuperlumbaan yangbermula di UniversitiPensylvania,AmerikaSyarikatPadamulanya,perlumbaanini dimulakan seorang pelarimembawabendera danmenyampaikannya kepada pelari lain yang menanti di hadapan.

  • PENGENALANAcara lari berganti-ganti (relay) seperti 4X100meter, 4X200 meter dan 4 X 400 metermerupakan satu acara yang memerlukan paraatlet sentiasa berada pada tahap kecergasanfizikal yang tinggi. Acara lari 4X100 meter inimelibatkan kesemua komponen kecergasanfizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan dayatahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasatindakbalas dan ketangkasan. Oleh itu, satuprogram khas harus dirancang untuk membinakomponen-komponen kecergasan bagimenyediakan atlet menghadapi situasipertandingan.

  • DEFINISI LARIAN BERGANTI-GANTI Sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4 x 100 Meter dan 4 x 400 Meter.Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.Menggunakan baton yang tidak kurang berat daripada 50 gram, panjang 28-30 cm, garis lilit 12-13 cm dan berwarna.

  • ALATAN YANG DIPERLUKANBlok PermulaanBatonPakaian & kasut yang sesuai

  • LARIAN 4X100M

  • CIRI PEMILIHAN PELARIPelari PertamaPendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.3 aspek penting :Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton.Berkeupayaan berlari di selekoh.Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan.

  • Pelari KeduaMesti bijak dari segi menerima dan menghantar baton. (selalunya jika pelari pertama membawa baton padatangan kanan, pelari kedua hendaklahcubamenerima baton pada tangan kiri).Berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus.

    CIRI PEMILIHAN PELARI

  • Pelari KetigaAspek penting pelari ketiga perlu terpantas dalam pasukan.Berkebolehan serta berkemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

    CIRI PEMILIHAN PELARI

  • Pelari AkhirPelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya.Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan dan kelajuan ia amat penting.

    CIRI PEMILIHAN PELARI

  • PELAN KEDUDUKAN PELARI 4X100m

  • GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATONGaya Selang-seli Tanpa PandangBiasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 mPelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.Pelari tidak toleh kebelakang semasa menerima baton.Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan kebelakang untuk menerima baton.Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.

  • Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

    GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON

  • Kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian batonPemberi harus beri isyarat kepada penerimaHulurkan baton dengan tangan yang lurusPerhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

    GAYA MEMBERI BATON

  • Penerima dalam keadaan yang sediaMenoleh untuk memandang pelari yang membawa batonBerlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan.Bagigayatanpa pandang, jangan menoleh kebelakang semasa berlari.Hulurkan tangan lurus kebelakanga apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton.Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

    GAYA MENERIMA BATON

  • CARA MEMEGANG, MENGHULUR DAN MENERIMA

  • CARA MEMEGANG, MENGHULUR DAN MENERIMA

  • CARA MEMEGANG, MENGHULUR DAN MENERIMA

  • blok mulaangaris mulaarah larianBersedia gaya berdiri Gaya Peluru Gaya Sederhana Gaya PanjangTEKNIK LARIAN

  • 2 tapak kaki1 tapak kaki2 tapak kaki3 tapak kakiBerlepas dariblokTeknik berlepas menggunakan blok berlepasTEKNIK LARIAN

  • Kedudukan kepala, tangan dan kaki semasa bersediaGerakan mula berlepasTeknik di garisan penamatTEKNIK LARIAN

  • KEDUDUKAN ZON PERTUKARAN BATON Penukaran baton dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnya 20 meter.Satu zon pecutan sepanjang 10 meter sebelum zon penukaran dibenarkan dalam acara 4x100 meter.Zon ini digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.Titik tanda pada amnya adalah 5-7 meter dari garis mula zon pecut.Penukaran baton pada amnya berlaku pada jarak 12-16 meter dalam zon penukaran.

  • PELAN KEDUDUKANc

  • LARIAN 4X400M

  • PELAN KEDUDUKAN PELARI 4X400m

  • GayaSelang-seli Cara PandangSemasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya.Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawahKurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400mPelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON

  • PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

    Zon sambut bermula dan tamat dari sisi garisannya yang menghala garisan permulaan, dari arah peserta datang.Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400 meter (atau zon sambut kedua 4 x 200 meter) sama dengan garisan permulaan 800 meter.Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400 meter ialah garisan 10 meter di kedua-dua belah garisan permulaan atau penamat.

  • Lengkuk yang merintasi balapan pada permulaan memotong masuk pelari kedua (4 x 400 meter) di awal bahagian lurus seberang padang hendaklah sama dengan garisan memotong masuk bagi acara 800 meter4 x 400 meter, pusingan pertama serta sebahagian daripada pusingan kedua sehingga ke garisan memotong masuk, hendaklah dijalankan sepenuhnya di dalam lorong.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Dalam 4 x 400 meter, pelari kedua akan memulakan lariannya di dalam lorong dan tidak dibenarkan keluar dari zonnya malah dikehendaki menyambut baton dari dalam zon tersebut. Sama juga bagi pelari ketiga dan keempat mesti menyambut baton dari dalam zon.Pelari kedua setiap pasukan akan berlari di dalam lorong sehingga menghampiri garisan memotong selepas selekoh pertama di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing-masing. Garisan memotong hendaklah melengkung selebar 5 cm, merentasi balapan ditanda, pada setiap hujung dengan sehelai bendera. Sekurang-kurangnya setinggi 1.50m, terletak di luar balapan, 30 cm daripada garisan yang paling hampir.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Pelari-pelari ketiga dan keempat 4 x 400 m hendaklah mendengar arahan pegawai-pegawai yang ditetapkan, menunggu untuk menyambut baton mengikut susunan pelari pasukan masing-masing setelah melepasi tanda 200 m balapan (dari dalam ke luar). Setelah pelari-pelari diletakkan dalam susunan ini, mereka tidak lagi boleh berubah tempat di awal zon sambut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut peraturan ini, beliau akan menyebabkan pembatalan pasukannya.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Dalam sebarang acara lari berganti-ganti, apabila lorong tidak digunakan termasuk bila sesuai, dalam acara 4 x 400m, atlet yang menunggu boleh masuk kawasan dalam balapan apabila ahli pasukan menghampiri, dengan syarat mereka tidak menghalang atau menggangu atlet lain. Dalam acara 4 x 400 m atlet yang menunggu hendaklah mengekalkan urutan.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28 sm. Ukur lilitnya hendaklah diantara 12 sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50 gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari.Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia akan mengakibatkan larian terbatal.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Dalam semua lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada di dalam genggaman pelari yang menerima tadi. Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau meletak bahan di tangan mereka supaya memperolehi genggaman yang lebih baik. Dalam kawasan zon sambut, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki dan tangan peserta yang dipersoalkan. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Sebelum dan atau setelah menyerahkan baton, peserta hendaklah berada di dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain. Sekiranya seseorang peserta itu secara sengaja menggangu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya, tindakan beliau ini boleh mengakibatkan pasukan beliau dibatalkan.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Bantuan dengan mendorong atau cara lain akan menyebabkan pembatalan.Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan pertandingan, hanya dua orang atlet sahaja yang boleh menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusingan berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atlet-atlet yang telah didaftarkan sejak dari mula, sama ada untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini ia akan dibatalkan.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diistiharkan secara rasmi tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama setiap pusingan pertandingan. Pertukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan ( dan ianya hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola). Apabila seseorang atlet itu telah digantikan oleh peserta simpanan, beliau tidak boleh berlari semula. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini akan dibatalkan.

    PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERLUMBAAN

  • TAMAT