ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97)...
Transcript of ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97)...
ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS
NORSUHADA BINTI MAHMOOD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)."
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : DR. MOHD KHATA BIN JABOR
Tarikh : MEI 2013
ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS
NORSUHADA BINTI MAHMOOD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2013
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya NORSUHADA BINTI MAHMOOD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ________________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 299 / LOT 4342,
JALAN PINTU AIR, DR. MOHD KHATA BIN JABOR KG. TOK MUDA, Nama Penyelia 42200 KAPAR, SELANGOR.
Tarikh: _____20 MEI 2013______________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………….
Nama Penulis : NORSUHADA BINTI MAHMOOD
Tarikh : 20 MEI 2013
DEDIKASI
Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) ini ditujukan khas buat
insan-insan yang paling istimewa dalam hidupku;
Suamiku, Mohd Najihan Bin Mohamad Suhadah,
Anakanda Puteraku, Mohammad Hazim Najmuddin,
Kekandaku,
Noriah Binti Che Leh
Mohd Zaki Bin Mahmood
Zainuddin Bin Mahmood
Norhayati Binti Mahmood
Noraini Binti Mahmood
Mohd Zalmi Bin Mahmood
Adindaku
Norhidayah Binti Mahmood
Mohd Zikri Bin Mahmood
NurAtiqah Binti Mahmood
Muhammad Aiman Bin Mohamad Suhadah
Mustakim Bin Mohamad Suhadah
Mahzan Bin Mohamad Suhadah
Ayahanda dan Bonda Mertuaku, Mohamad Suhadah Bin Mohd Towhid &
Zahrah Binti Ismail
serta seisi keluarga yang dikasihi…
Semoga menjadi pencetus ilhamdan inspirasi buat kalian semua…
PENGHARGAAN
ALHAMDULILIAH, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah
S.W.T. atas hidayah dan rahmat-Nya sehingga kajian ilmiah ini dapat diselesaikan
seperti yang dirancangkan, bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk
memperolehi ljazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional).
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Khata Bin Jabor selaku
penyelia utama kerana telah memberi nasihat, dorongan dan tunjuk ajar yang berharga
dalam proses menyiapkan tesis ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Kementerian Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Pengetua-
Pengetua sekolah menengah teknik dan Vokasional yang memberikan kebenaran untuk
menjalankan kajian ini. Begitu juga diucapakan ribuan terima kasih kepada para guru di
sekolah menengah teknik dan vokasional yang terlibat dalam kajian ini yang telah
memberikan kerjasama yang baik semasa mengisi borang soal selidik.
Akhir sekali penghargaan yang khusus dan istimewa ditujukan kepada suami,
anak, adik beradik dan ayahanda dan bonda mertuaku serta keluarga yang telah banyak
bersabar dan setia menunggu serta telah mendoakan kejayaan disepanjang pengajian
saya di Universiti Teknologi Malaysia dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan guru
yang memberikan sokongan dan dorongan dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas;
Norsuhada Binti Mahmood
Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)
ABSTRAK
Cabaran era globalisasi menjadikan PTV sebagai prioriti di kebanyakan
negara membangun sebagai alternatif untuk mengadaptasi perubahan
globalisasi industri. Kepesatan teknologi turut memberikan impak yang besar
kepada sistem PTV di Malaysia. Justeru itu, para guru PTV berdepan dengan
cabaran yang besar untuk merealisasikan hasrat Negara dan menyediakan aset
yang berkualiti untuk menempatkan diri ke pasaran kerjaya dan membangunkan
Negara. Oleh itu, para guru perlu mengatur langkah dan perancangan serta
menguruskannya dengan gaya kepimpinan yang tepat. Kajian ini adalah
bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah
menengah teknik dan vokasional di Johor bahru. Kajian ini juga dilaksanakan
untuk mengenalpasti samada guru-guru di sekolah menengah teknik dan
vokasional mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan. Gaya
kepimpinan yang dominasi diamalkan turut dikaji oleh penyelidik. Selain itu
hubungan gaya kepimpinan ini dengan prestasi guru, jantina, tempoh
perkhidmatan dan etnik turut dikaji. Responden kajian terdiri daripada 196 guru
dari empat buah SMTV negeri johor. Reka bentuk kajian yang digunakan
adalah tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 11 yang melibatkan
peratus, skor min, sisihan piawai dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa gaya kepimpinan demokratik, autentik, transformasi, karismatik dan
instruksional diamalkan pada tahap tinggi sementara gaya kepimpinan autokrati
diamalkan pada tahap sederhana. Guru-guru di sekolah menengah teknik dan
vokasional mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan dan gaya kepimpinan yang
dominan ialah gaya kepimpinan instruksional dan autentik.
Kata Kunci: Kepimpinan guru, gaya kepimpinan, autokratik, demokratik, autentik,
Transformasi, karismatik, instruksional.
ABSTRACT
The challenges of globalization makes the PTV as a priority in the most
developing countries as an alternative to adapt the rapid changing of industrial
globalization. Technology also give the big impact to the TVE system in
Malaysia. Therefore, the TVE teachers face a big challenge for the realization
of the nation and prepare the asset quality of our developing nation. So, teachers
need to organize, plan and manage with the right leadership style. The aims of
this study are to investigate the leadership style practiced in vocational and
technical schools in Johor Bahru. This study was also conducted to determine
whether the teachers in vocational and technical schools to adopt one or a
variety of leadership styles. Leadership style practiced, which are dominant is
studied by researchers. Besides this leadership style relationship with teacher
performance, gender, tenure and ethnicity were also studied. Respondents
consisted of 196 teachers from four SMTV Johor. The research design was a
quantitative survey using a questionnaire as a research instrument. Data were
analyzed using SPSS version 11 involving percent, mean, standard deviation
and ANOVA. The results showed that the democratic, authentic,
transformational, charismatic and instructional leadership style were practice at
a high level while autocratic leadership style practiced at a moderate level.
Teachers in secondary technical and vocational schools adopt various
leadership styles and dominant leadership style is instructional leadership and
authentic style.
Keywords: Teacher leadership, leadership styles, autocratic, democratic, authentic,
transformation, charismatic, instructional.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI GRAF
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Skop dan Batasan Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Definisi Operasi 12
1.9 Kerangka Konsep Kajian 15
1.10 Kesimpulan 16
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kepimpinan Guru 19
2.3 Ciri kepimpinan guru yang berkesan 22
2.4 Gaya kepimpinan Guru 24
2.4.1. Kepimpinan Autokratik 26
2.4.2. Kepimpinan Demokratik
2.4.3. Kepimpinan Autentik
29
33
2.4.4. Kepimpinan Karismatik 37
2.4.5. Kepimpinan Transformasi 41
2.4.6 Kepimpinan Instruksional 44
2.5 Jantina dan Gaya Kepimpinan 47
2.6 Tempoh Perkhidmatan dan Gaya Kepimpinan 49
2.7 Etnik dan Gaya Kepimpinan 49
2.8 Prestasi Guru dan Gaya Kepimpinan 50
2.9 Kesimpulan 51
III
METODOLOGI
3.0 Pengenalan 52
3.1 Rekabentuk Kajian 52
3.2 Populasi Dan Sampel kajian 53
3.3 Lokasi Kajian 55
3.4 Instrumentasi 55
3.5 Prosedur Mengendalikan Kajian 57
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian
58
3.7 Kajian Rintis 58
3.8 Penganalisisan Data Kajian 59
3.9 Jangkamasa Kajian 61
3.10 Kesimpulan 62
IV
ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 63
4.1 Analisis Latar Belakang Responden 64
4.2 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 68
4.3 Ringkasan Keseluruhan Dapatan Kajian
89
V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 93
5.1 Perbincangan Hasil Kajian : Latar Belakang
Responden
93
5.2 Perbincangan Hasil Kajian Bahagian B
5.2.1. Gaya kepimpinan yang diamalkan di
sekolah menengah teknik dan vokasional
5.2.2. Amalan gaya kepimpinan oleh para guru
di sekolah menengah teknik dan
vokasional samaada satu atau pelbagai
gaya kepimpinan.
5.2.3. Gaya kepimpinan yang di dominasi oleh
para guru di sekolah menengah teknik
dan vokasional.
5.2.4. Hubungan antara gaya kepimpinan yang
diamalkan dengan prestasi guru.
5.2.5. Hubungan antara faktor jantina dengan
gaya kepimpinan yang diamalkan.
5.2.6. Hubungan antara faktor tempoh
perkhidmatan dengan gaya kepimpinan
yang diamalkan.
5.2.7. Hubungan antara faktor etnik dengan
gaya kepimpinan yang diamalkan.
94
95
97
98
101
103
105
107
5.3 Rumusan 109
5.4 Cadangan 110
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 111
5.6 Kesimpulan 113
BIBLIOGRAFI
114
LAMPIRAN A-D
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan
Populasi Krejcie dan Morgan
53
3.2 Bilangan Item dalam Soal Selidik 56
3.3 Perincian Item Soal Selidik Mengikut
Pembolehubah
57
3.4 Kaedah Analisis Setiap Item Persoalan
Kajian
59
3.5 Julat dan Tahap Min bagi Gaya Kepimpinan 61
4.0 Taburan Gaya Kepimpinan Autokratik yang
diamalkan oleh Responden
68
4.1 Taburan Gaya Kepimpinan Demokratik
yang diamalkan oleh Responden
70
4.2 Taburan Gaya Kepimpinan Autentik yang
diamalkan oleh Responden
71
4.3 Taburan Gaya Kepimpinan Transformasi yang
diamalkan oleh Responden
72
4.4 Taburan Gaya Kepimpinan Karismatik yang
diamalkan oleh Responden
74
4.5 Taburan Gaya Kepimpinan Instruksional yang
diamalkan oleh Responden 75
4.6 Taburan Min Gaya Kepimpinan yang
diamalkan oleh Responden
77
4.7 Korelasi Markah SKT dengan Gaya
Kepimpinan
79
4.8
Min dan Nilai Signifikan bagi Gaya
Kepimpinan yang diamalkan mengikut
jantina
81
4.9 Taburan Min Responden Yang
Mengamalkan setiap Gaya Kepimpinan
Mengikut Tempoh Perkhidmatan
83
4.10 Nilai Signifikan Responden Yang Mengamalkan setiap Gaya Kepimpinan Mengikut Tempoh Perkhidmatan
85
4.11 Taburan Min Responden yang mengamalkan setiap gaya Kepimpinan Mengikut Etnik
87
4.12 Gaya Kepimpinan yang di Dominasi
Mengikut Etnik
88
4.13 Nilai Signifikan dan Korelasi Pearson Gaya
Kepimpinan Mengikut Etnik
88
4.14 Ringkasan Dapatan Kajian 89
5.1 Min gaya kepimpinan yang signifikan
dengan tempoh perkhidmatan
106
5.2 Gaya kepimpinan yang didominasi oleh
setiap etnik
108
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 15
2.1 Ciri-ciri kepimpinan demokrasi 31
2.2 Model Kepimpinan Karismatik 40
2.3 Model Kepimpinan Transformasi 42
5.1 Gaya kepimpinan yang dominan diamalkan oleh
responden
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
4.0 Taburan Responden Mengikut Jantina 64
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur 65
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Etnik 66
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Tempoh
Perkhidmatan
66
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pencapaian
Akademik
67
4.5 Taburan Min Gaya Kepimpinan Yang Diamalkan
Oleh Responden
78
SENARAI SIMBOL
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SMTV - Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
SKT - Sasaran Kerja Tahunan
SPSS - Statistical Packages for Social Science
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Set Soal Selidik
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan
C Senarai Dapatan Kajian
BAB I
PENDAHULUAN
1.1.Pengenalan
Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) kini berhadapan dengan
cabaran yang cukup besar. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu
medan utama untuk melahirkan generasi-generasi berilmu yang mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu untuk menerajui industri
pada masa kini dan akan datang. Halatuju pendidikan teknik dan vokasional
bagi melahirkan individu yang dapat memperolehi wang daripada pekerjaan
dilihat mampu menurunkan kadar pengangguran dalam negara. Harapan yang
tinggi dan tanggungjawab yang berat terpaksa ditanggung oleh pendidikan
teknik dan vokasional agar mampu melahirkan individu yang berilmu,
berkemahiran, menguasai teknologi maklumat dan kepakaran-kepakaran yang
lain bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat. Justeru itu, guru
sebagai pemimpin di sekolah berhadapan dengan cabaran yang besar untuk
merealisasikan kehendak dan keperluan industri ini. Gaya kepimpinan yang
tepat harus menjadi amalan guru-guru di institusi pendidikan teknik dan
vokasional agar tanggungjawab yang berat ini dapat diuruskan dengan baik.
Seorang pemimpin yang berkesan dan mampu membawa impak besar
dalam kepimpinannya tidak semestinya mengamalkan satu bentuk gaya
kepimpinan sahaja. Pemimpin yang berkesan mungkin menggunakan tiga,
empat ataupun lebih gaya kepimpinan dalam masa yang berbeza bergantung
kepada situasi yang wujud dan juga sikap atau prilaku subordinat. Ini disokong
oleh Hersey dan Blanchard (1977) yang menyatakan bahawa situasi sesebuah
tempat dan cabarannya mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti yang
ditetapkan oleh pemimpin. Subordinat yang berbeza mungkin memerlukan gaya
kepimpinan yang berbeza oleh pemimpin bagi memastikan isu atau masalah
yang timbul dapat di selesaikan dengan cara yang terbaik.
Berjaya atau gagalnya sesuatu organisasi bergantung kepada pemimpin
dan kepimpinan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut. Menurut Ismail Noor
(2000) menyatakan bahawa kepimpinan merupakan faktor kritikal yang
membezakan antara kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan,
keceriaan dan kesedihan di kalangan orang-orang dalam kumpulan, organisasi
atau negara. Tanpa kepimpinan yang tepat, matlamat, visi dan misi organisasi
tidak akan tercapai. Justeru itu, pemimpin perlu kreatif, kritis dan inovatif
dalam pelbagai bidang seperti merancang, menyusun atur, membuat keputusan,
berkomunikasi, mengawal, menguruskan perselisihan, menyelesaikan masalah,
mewujudkan ruang dan peluang kepada organisasi meneroka dan mencapai
kejayaan.
Kepimpinan yang berkesan akan memberi kejayaan kepada organisasi.
Pengukuran keberkesanan kepimpinan dapat dilakukan dengan mengukur
keberkesanan pemimpin dalam menetapkan halatuju, visi dan misi organisasi
dan keupayaannya mempengaruhi dan mengawal pengikutnya untuk sama-sama
bertindak untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam konteks
pendidikan teknik dan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional,
guru-guru pendidikan teknik dan vokasional berfungsi sebagai seorang
pemimpin dalam merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan oleh pengetua
sekolah dalam melahirkan individu yang berkemahiran dan berpotensi serta
dapat bersaing di sektor pekerjaan dalam membangun dan mempertingkatkan
ekonomi Negara. Keberkesanannya dinilai menerusi produk yang dihasilkan
iaitu pelajarnya dan tentunya markah prestasi turut menjelaskan keberkesanan
guru tersebut sebagi seorang pemimpin.
1.2.Latar Belakang Kajian
Kajian tentang kepimpinan adalah satu kajian yang sangat menarik dan
berfaedah kepada manusia kerana fitrah manusia memang tercipta dengan
tujuan untuk menjadi pemimpin. Sebagaimana yang terdapat dalam surah al-
israk ayat 36 yang bermaksud “janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada
pengetahuan engkau tentang keadaannya. Sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati masing-masing akan diperiksa”. Keterangan ayat ini
menyatakan, Allah s.w.t melarang manusia melakukan sesuatu urusan tanpa
ilmu pengetahuan dan menjadi pak turut semata-mata. Justeru itu, jelas disini
bahawa manusia diciptakan sebagai pemimpin dan bukannya menjadi pengikut
semata-mata Oleh itu, untuk membangunkan potensi kepimpinan dalam diri
manusia maka manusia memerlukan hubungan sosial dengan masyarakat.
Dalam masyarakat pula tidak boleh tidak akan wujudnya beberapa organisasi
untuk kepentingan bersama.
Persoalan kepimpinan diperkatakan secara meluas dan merangkumi
keseluruhan aspek kehidupan manusia di muka bumi tidak kira dalam politik,
ekonomi, sosial dan aktiviti kerohanian. Semua individu mampu menjadi
pemimpin dan pemimpin di dunia ini terlalu ramai, Namun menurut Ismail
Noor (2000), pemimpin yang membawa perubahan baik kepada kehidupan
manusia di dunia ini amat wajar untuk dikaji dan dicontohi.
Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan. Tentunya institusi
pendidikan merupakan satu organisasi yang sangat besar dan memerlukan
kepimpinan yang berkesan agar produk dihasilkan nanti benar-benar menepati
sepertimana digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan disamping
mampu bersaing dialam kerjaya untuk memajukan Negara. Sekolah menengah
teknik dan vokasional merupakan platform kedua yang lebih memfokuskan
kepada kemahiran selepas mempelajari matapelajaran kemahiran hidup di
sekolah rendah. Terdapat pelbagai aliran dan bidang di sekolah menengah
teknik dan vokasional seperti aliran teknikal, aliran vokasional, aliran
kemahiran dan kolej vokasional. Sasaran setiap aliran ini adalah berbeza
bergantung kepada kualiti dan potensi pelajar yang memohon ke aliran tersebut.
Antara bidang kursus di aliran teknikal adalah kejuruteraan awam, kejuruteraan
elektrik, perdagangan, sains pertanian dan agro teknologi. Bidang aliran
vokasional pula adalah seperti automotif, penyejukan dan penyamanan udara,
kimpalan, elektrik dan elektronik, fesyen, katering, seni kecantikan, landskap
dan macam-macam lagi.
Bidang aliran kemahiran pula adalah seperti pemesinan, jurukimpal,
pelukis pelan kejuruteraan mekanikal, juruteknik automotif, jurupemprosesan
makanan dan lain-lain sementara kolej vokasional menawarkan bidang
pemesinan industri, teknologi kimpalan, teknologi automotif, agroindustri
tanaman, agroindustri ternakan ruminan dan lain-lain.
Era globalisasi menuntut perubahan dan anjakan drastik dari pendidikan
teknik dan vokasional bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang
mempunyai kepakaran, kemahiran serta jati diri yang tinggi bagi memberi
sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan Negara. Apatah lagi penurunan
kadar pengangguran di Malaysia belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Masih ada dua tahun sahaja lagi untuk kadar pengangguran menjadi sifar jika
menurut sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Apatah lagi bumi
Malaysia kini semakin dibanjiri oleh tenaga pekerja asing. Kebergantungan
terhadap tenaga pekerja asing harus dikurangkan kerana ini merupakan
pekembangan yang tidak sihat untuk ekonomi Malaysia.
Kepimpinan dilihat sebagai satu alternatif untuk mempercepatkan
penghasilan tenaga pakar ini sebagaimana yang di kehendaki. Kepimpinan yang
dimaksudkan tentunya adalah kepimpinan yang berkesan.
Kepimpinan yang berkesan dan tepat perlu diaplikasikan dalam
pendidikan teknik dan vokasional bagi memastikan misi dan visi yang telah di
sasarkan dapat dicapai dengan jayanya. Disini, pemimpin perlu berani
menanggung risiko dan membuat keputusan dalam melakukan perubahan.
Menurut Abd Aziz (2000), pemimpin yang melakukan perubahan akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran, terdedah kepada persaingan dan konflik
serta mewujudkan ketidakselesaan. Perubahan yang dimaksudkan ini tentunya
perubahan yang positif iaitu bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu
bersaing di alam kerjaya sekaligus mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru itu, dalam melakukan perubahan ini, pemimpin perlu mempunyai
kekuatan intelek dan ketajaman daya analisis bagi membina wawasan dan
mampu menggariskan matlamat dan visi dengan jelas. Pemimpin melihat
kepimpinan sebagai satu tanggungjawab bukan sebagai satu keistimewaan yang
melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalam hierarki organisasi.
Kepimpinan yang tepat juga sangat penting dalam memastikan semua
individu dalam organisasi dapat memberi sumbangan yang optimum. Menurut
Ismail Noor (2000) mendefinisikan kepimpinan sebagai "setiap tindakan yang
menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.".
Pemimpin perlu bertindak dalam menguruskan konflik yang dapat menjejaskan
pencapaian organisasi, membuat keputusan yang tepat dalam menangani situasi
yang tiba-tiba, merancang, menyusun atur tugasan dan pelbagai lagi demi
mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Pemimpin perlu bergerak secara proaktif bagi menggerakkan dan
merangsang orang lain untuk bertindak. Pemimpin mungkin memiliki segala
idea besar atau wawasan agung, tetapi jika tindakan tidak diambil atau
dilaksanakan, tiada hasil yang akan diperoleh. Seseorang ketua tidak akan
menjadi pemimpin yang berkesan jika membiarkan perkara tersebut berlarutan.
Dengan erti kata lain, pemimpin perlu berfikir panjang dan bertindak secara
wajar dan cepat untuk merebut peluang yang ada di hadapannya. Antara
kepimpinan moden dan kepimpinan dahulu sebagaimana yang termaktub dalam
sejarah silam, kedua-duanya mempunyai petunjuk yang tidak jauh berbeza.
Pemimpin perlu mengaplikasikan gaya kepimpinan yang tepat untuk
berhadapan dengan segala cabaran yang wujud. Gaya kepimpinan ini perlu
berkesan dalam melahirkan generasi yang diingini. Kepelbagaian bidang dalam
pendidikan teknik dan vokasional tentunya memerlukan gaya kepimpinan yang
pelbagai kerana setiap situasi dalam setiap bidang tentunya berbeza. Guru-guru
di sekolah menengah teknik dan vokasional ini merupakan guru-guru yang
professional. Guru-guru ini menghadapi kerenah pelajarnya tahun demi tahun.
Sudah tentu guru-guru ini memiliki amalan gaya kepimpinan yang tertentu
dalam mendidik pelajarnya agar mendapat tempat di alam kerjaya.
Gaya kepimpinan yang dipilih oleh guru untuk memimpin pelajarnya
akan menentukan identitinya di mata pelajarnya. Hubungan emosi, kepercayaan
dan kepatuhan akan wujud diantara guru dan pelajar. Hubungan ini akan
menentukan keberkesanan kepimpinan dan ia dipengaruhi oleh gaya
kepimpinan yang diamalkan.
1.3. Pernyataan Masalah
Hari ini, pendidikan teknik dan vokasional mula mendapat tempat
dihati masyarakat. Pendidikan teknik dan vokasional ini mula dianggap penting
dan bukan lagi menjadi pilihan terakhir masyarakat untuk menempatkan anak-
anaknya dalam menimba ilmu. Kesedaran kepentingan kemahiran dalam
mendapat tempat di pasaran kerjaya menjadikan sekolah menengah teknik dan
vokasional sebagai sekolah pilihan di mata masyarakat. Walaupun masih ada
yang beranggapan sekolah menengah teknik dan vokasional adalah tempat
pelajar kurang pintar namun persepsi ini semakin pudar dari hari ke hari.
Sekolah menengah teknik dan vokasional ini bersasarkan kepada
melahirkan individu yang berkemahiran untuk memasuki alam pekerjaan untuk
mendapatkan pendapatan. Namun mengikut portal rasmi Jabatan Perangkaan
Malaysia kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2011 adalah 3.1 peratus
yang melibatkan 391 4000 orang penduduk Malaysia. Angka ini agak besar
memandangkan mengikut sasaran yang dibuat oleh jabatan perangkaan, kadar
pengangguran adalah sifar menjelang 2015. Beban ini sedikit sebanyak digalas
oleh pendidikan teknik dan vokasional. Lantas satu persoalan timbul apakah
kepimpinan yang diguna atau diamalkan oleh guru-guru di sekolah menengah
teknik dan vokasional bagi memastikan angka kadar pengangguran ini dapat
dikurangkan menjadi sifar pada tahun 2015. Ini kerana gaya kepimpinan
berfungsi sebagai pemacu dan menentukan samaada lambat atau cepat visi dan
misi pendidikan teknik dan vokasional tercupai. Jesteru itu, penyelidik ingin
mengkaji apakah gaya kepimpinan yang diamalkan dan sejauh manakah
keberkesanan amalan gaya kepimpinan tersebut. Ukuran keberkesanan akan
dianalisis berdasarkan markah sasaran kerja tahunan yang diperolehi dari proses
penyeliaan yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah.
Semasa memimpin para guru dituntut untuk mengamalkan gaya
kepemimpinan yang pelbagai kerana setiap gaya kepimpinan didapati
mempunyai kelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata ialah tidak
semua gaya kepimpinan mampu digunakan dalam semua konteks dan situasi
(Ross, 2006). Jesteru itu, para guru perlu cekap menyesuaikan gaya
kepemimpinan mengikut situasi, jenis sekolah dan keperluan ketika
melaksanakan kepemimpinan. Guru yang bijak memimpin mampu
mengamalkan kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang
kepada satu stail kepemimpinan sahaja (Dunford et al., 2000). Dalam konteks
ini, Bolman et al. (1999), Abdul Shukor (2004), Abdul Rafie (2002)
berpendapat bahawa amalan kepemimpinan yang pelbagai dan luas lebih
berupaya menjurus kepada keberkesanan kepemimpinan berbanding amalan
satu gaya kepemimpinan sahaja. Persoalannya adalah guru-guru di sekolah
menengah teknik dan vokasional mengamalkan satu ataupun pelbagai gaya
kepimpinan untuk memastikan visi dan misi yang telah digariskan dapat
dicapai.
Oleh itu kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan yang
diamalkan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Kajian ini juga turut
mengenalpasti samaada guru di sekolah menengah teknik dan vokasional
mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan. Kajian ini juga mengkaji
gaya kepimpinan yang di dominasi oleh para guru di sekolah menengah teknik
dan vokasional dan kesan amalan gaya kepimpinan ini terhadap pencapaian
prestasi guru serta pengaruh jantina, etnik dan tempoh perkhidmatan guru
kterhadap amalan gaya kepimpinan.
1.4. Objektif Kajian
Objektif penyelidikan yang penyelidik gariskan untuk kajian ini adalah
seperti berikut:
1. Mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah
menengah teknik dan vokasional.
2. Mengenalpasti samaada para guru di sekolah menengah teknik dan
vokasional mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan?
3. Mengenalpasti gaya kepimpinan yang di dominasi oleh para guru di sekolah
menengah teknik dan vokasional?
4. Mengkaji hubungan gaya kepimpinan yang diamalkan dengan prestasi
pencapaian guru.
5. Mengkaji faktor jantina, etnik dan tempoh perkhidmatan dengan gaya
kepimpinan yang diamalkan.
1.5. Persoalan Kajian
Penyelidikan ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:
i. Apakah gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah menengah teknik
dan vokasional?
ii. Adakah para guru di sekolah menengah teknik dan vokasional
mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan?
iii. Apakah gaya kepimpinan yang di dominasi oleh para guru di sekolah
menengah teknik dan vokasional?
iv. Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan yang diamalkan
dengan prestasi guru?
Hipotesis untuk persoalan kajian ini adalah:
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
1. kepimpinan dengan prestasi guru.
v. Adakah terdapat perbezaan antara faktor jantina, etnik dan tempoh
perkhidmatan dengan gaya kepimpinan yang diamalkan?
Hipotesis untuk persoalan kajian ini adalah:
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
jantina dengan gaya kepimpinan yang diamalkan
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
tempoh perkhidmatan dengan gaya kepimpinan yang
diamalkan.
Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara etnik
dengan gaya kepimpinan yang diamalkan
1.6. Skop Kajian dan Batasan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik hanya mengkaji enam jenis gaya
kepimpinan sahaja iaitu kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik,
kepimpinan autentik, kepimpinan transformasi, kepimpinan karismatik dan
kepimpinan instruksional. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat
buah sekolah menengah teknik dan vokasional yang berada dalam negeri johor
sahaja sebagai mewakili guru-guru pendidikan teknik dan vokasional seluruh
Malaysia.
Responden dalam kajian terdiri daripada guru-guru pendidikan teknik
dan vokasional dalam pelbagai bidang bergantung kepada bidang yang di
tawarkan di sekolah berkenaan tidak kira mereka sebagai guru matapelajaran
semata-mata atau ketua bidang atau pentadbir kerana konsep kajian ini guru
sendiri sebenarnya sebagai pemimpin. Kajian ini tidak melibatkan guru-guru di
Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah
Swasta, Sekolah Kluster dan Sekolah Harian Biasa.
Kajian ini hanya memfokuskan organisasi sekolah yang melibatkan
guru-guru dan tidak melibatkan pekerja dalam organisasi lain. Prestasi guru
yang dikaji menerusi kajian ini hanya terhad kepada markah sasaran kerja
tahunan dan tidak termasuk penglibatan guru yang lain. Kajian yang dijalankan
ini adalah terhad kepada Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sahaja. Ia
tidak merangkumi institusi pendidikan tenik dan vokasional yang lain seperti
pendidikan di politeknik, kolej MARA, kolej komuniti, MRSM dan juga
pendidikan tinggi.
1.7.Kepentingan Kajian
1.7.1. Guru-guru Teknik dan Vokasional
Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai panduan dan maklumat kepada
guru-guru pendidikan teknik dan vokasional kerana adakalanya guru
tersebut sendiri tidak mengetahui gaya kepimpinan yang sedang
diamalkannya dan adakah gaya kepimpinan yang diamalkan itu
berkesan. Dapatan kajian ini akan membantu para guru tersebut untuk
mengamalkan gaya kepimpinan yang tepat dan sesuai untuk menghadapi
cabaran tugasan harian dan meningkatkan prestasi mereka di sekolah.
1.7.2. Pihak pentadbiran sekolah
Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk
menilai kualiti kepimpinan guru kini beserta gaya kepimpinan guru yang
dimiliki oleh para guru untuk membantu pihak pentadbir melancarkan
perjalanan pengurusan sekolah
1.7.3. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM)
Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak kementerian untuk
memantau gaya kepimpinan guru yang diamalkan. Pihak KPM juga
dapat menilai adakah transformasi dalam pendidikan yang dilaksanakan
mempengaruhi gaya kepimpinan guru yang sedia wujud. Pihak KPM
juga dapat menentukan samaada gaya autokratik yang digunakan sejak
dahulu masih sesuai digunakan pada masa kini atau tidak. Hasil
penyelidikan ini dapat membantu pihak KPM dalam merancang sistem
pendidikan seterusnya supaya selari dengan kualiti kepimpinan guru.
1.8. Definisi Operasi
1.8.1. Kepimpinan
Menurut Kamus Dewan (2002), kepimpinan ialah keupayaan dan daya
pemimpin. Cubaan (1984) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai usaha atau
tindakan mempengaruhi pihak lain dengan secara informal atau tidak formal
bagi bertujuan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Sementara menurut
Ralph M. Stoghill (1996), beliau menyatakan bahawa kepimpinan dalam
pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti
para anggota yang berkaitan dengan tugas. Jesteru itu dalam kajian ini
kepimpinan merujuk kepada keupayaan dan daya pemimpin sama ada secara
formal atau tidak formal untuk mengarah dan mempengaruhi subordinat untuk
bertindak bagi mencapai matlamat organisasi.
1.8.2. Gaya Kepimpinan
Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan
kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi subordinatnya supaya
bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Menurut Nasution (2004)
Gaya kepimpinan adalah suatu cara yang digunakan pemimpin dalam
berinteraksi dengan bawahannya.
1.8.3. Kepimpinan guru
Kepimpinan guru merujuk kepada keupayaan guru untuk memimpin,
mendorong dan memotivasikan pelajar bagi melahirkan pelajar sebagaimana
yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Lashway (2002)
menyatakan bahawa kepimpinan guru merujuk kepada kebolehan guru untuk
menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan mendorong
murid-murid supaya mengutamakan usaha belajar, menentukan harapan pada
pencapaian yang tinggi, menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran
ke arah piawaian yang standard, menggunakan pelbagai sumber data untuk
menilai pembelajaran dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang
berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah
1.8.4. Autokratik
Perkataan Autokratik membawa maksud corak pemerintahan yang
mempunyai kuasa mutlak. Kepimpinan autokratik adalah kepimpinan searah
dimana pemimpin menentukan segalanya dalam pentadbirannya. Subordinat
hanya melaksanakan tindakan sebagaimana yang diarahkan oleh pemimpinnya.
1.8.5. Demokratik
Demokratik sejenis kepimpinan berasaskan suara majoriti dalam
membuat keputusan atas perundingan bersama. Dalam kepimpinan ini
pemimpin cenderung untuk mendengar suara subordinat untuk membuat
keputusan atas kepentingan bersama. Menurut Ahmad Redzuwan (2001),
demokrasi merupakan satu bentuk kerajaan yang mana kedaulatan
pemerintahan itu terletak di tangan rakyat dan ditadbir oleh rakyat
1.8.6. Autentik
Autentik bermaksud semulajadi dan asli. Dalam kajian ini kepimpinan
autentik yang dikaji. Kepimpinan autentik ialah satu kepimpinan yang
mengutamakan etika dan moral dimana kepimpinan boleh menentukan apa
yang baik dan berfaedah untuk semua. Menurut Shamir & Eilam (2005),
autentik bermaksud semulajadi, asli dan bukan sesuatu yang ditiru.
1.8.7. Karismatik
Karismatik adalah berasaskan perkataan karisma. Menurut Max weber
karisma ialah kualiti-kualiti personaliti yang ada pada seseorang individu yang
menyebabkan dia berbeza daripada orang lain. Kepimpinan karismatik adalah
kepimpinan berasakan kepada sifat peribadi manusia yang menarik, yang ada
pada seseorang pemimpin.
1.8.8. Tranformasi
Transformasi bermaksud perubahan. Menurut Bryman (1992), kepimpinan
trasformasi merupakan proses berlakunya perubahan dan transformasi dalam
setiap individu yang melibatkan nilai, etika, piawaian dan matlamat jangka
panjang bagi setiap individu.
1.8.9. Instruksional
Instruksional membawa erti’pengajaran’ atau’ proses mengajar sesuatu’.
Ia merujuk kepada proses, bentuk atau cara penyampaian maklumat oleh
seseorang kepada orang lain. Pengajaran boleh dalam bentuk arahan, tunjuk
cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain dengan tujuan
membolehkan orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu
aktiviti, tindakan atau tugas.
1.9.Kerangka Konsep Kajian
Dalam kajian ini, Pembolehubah tidak bersandar ialah jenis gaya kepimpinan
yang dipilih iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik,
gaya kepimpinan autentik, gaya kepimpinan karismatik, gaya kepimpinan
tranformasi dan gaya kepimpinan instruksional. Pembolehubah demografi yang
dipilih dalam kajian ini adalah jantina, etnik dan tempoh perkhidmatan. Kesan
faktor demografi ini keatas amalan gaya kepimpinan dikaji. Ia dapat
diterangkan melalui kerangka konsep kajian dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian
V S
Gaya Kepimpinan
Guru
1. Kepimpinan Autokratik
2. Kepimpinan Demokratik
3. Kepimpinan Autentik
4. Kepimpinan Karismatik
5. Kepimpinan Transformasi
6. Kepimpinan Instruksional
Prestasi Guru
1. Jantina 2. Tempoh
Perkhidmatan 3. Etnik
Pembolehubah Tidak Bersandar
Pembolehubah Demografi
1.10. Kesimpulan
Penyelidik menyedari gaya kepimpinan satu komponen yang penting
dalam memimpin organisasi. Peranan guru sebagai pemimpin adalah besar bagi
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pelajar atau individu yang dihasilkan ini akan bekerja dan
menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Keupayaan diri pelajar yang dihasilkan ini menempatkan diri dalam
pasaran kerja akan mengurangkan kadar pengangguran dimalaysia dan
diharapkan agar individu ini juga membekalkan pekerjaan kepada individu lain
bagi memastikan kadar pengangguran Malaysia adalah sifar menjelang 2015.