P MASTERI
Click here to load reader
-
Upload
christopher-owens -
Category
Documents
-
view
219 -
download
1
description
Transcript of P MASTERI
PENGENALAN PEMBELAJARAN MASTERI
Setiap orang pelajar mempunyai pelbagai aras kepandaian, kebolehan dan keupayaan
sendiri untuk memahami dan menguasai sesuatu perkara yang dipelajari. Keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru akan menentukan tahap penguasaan
pencapaian pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, memperbanyakkan
bahan bantuan mengajar jika perlu, menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan aras
keupayaan pelajar. Salah satu daripada pendekatan pengakaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan oleh guru supaya murid menguasai hasil pembelajaran adalah melalui pendekatan
Pembelajaran Masteri.
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Pendekatan ini akan memberi
murid peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta
dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Pendekatan Pembelajaran Masteri menyandarkan tugas guru sebagai pemimpin, pengajar
dan fasilitator pembelajaran. Guru mungkin akan menghadapi beberapa masalah dalam
penggunaan pembelajaran masteri dan disarankan agar mengatasi masalah melalui pembelajaran
koperatif dengan rakan-rakan sejawat. Sekolah-sekolah dinegara yang maju mendapati
pencapaian para pelajar telah meningkat apabila pendekatan pembelajaran masteri digunapakai.
Pencapaian pelajar kekal kerana pelajar telah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu
kemahiran yang diajar oleh guru dan seterusnya bergerak kepada kemahiran baru.
1
1.1 KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI
... merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar (Bloom, 1968).
… berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik atau oenuh keyakinan sekiranya
keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajrannya (Bloom, 1968).
… ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu
murid untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang
sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa
yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas
(Anderson & Block, 1975).
Bolehlah dirumuskan bahawa Pembelajaran Masteri ialah ‘suatu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti. Ia mempunyai :-
i) Pendekatan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
ii) Ada masa yang mencukupi bagi para pelajar menguasainya.
iii) Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
iv) Memastikan semua pelajar menguasai satu-satu perkara yang diajar dalam satu
unit kemahiran sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain.
2
1.2 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI
Pendekatan Pembelajaran Masteri mempuntai beberapa ciri seperti berikut :-
i) Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
ii) Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
iii) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik
dan menyeronokkan.
iv) Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.
v) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
vi) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran baru.
vii) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
viii) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang mencapai aras masteri.
3
Unit Pembelajaran 1
Penentuan Hasil Pembelajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Tindakan susulanAktiviti pengayaan
Tindakan susulanAktiviti pemulihan
Unit Pembelajaran 2
TidakYa Sudahkah murid menguasai ?
Rajah 1
a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid
pada akhir sesuatu unit. Hasil Pembelajaran ditentukan untuk : -
a) Mengenalpasti apa perkara yang perlu dikuasai oleh murid.
b) Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
c) Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar agar dapat membantu
peningkatan penguasaan murid.
d) Membantu membina ujian formatif dan sumatif.
Hasil pembelajaran juga dinyatakan berdasarkan sukatan pelajaran, dalam bentuk tingkah
laku yang boleh diperhatikan dan diukur, secara eksplisit, jelas dan terperinci. Ia juga boleh
dinyatakan dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor mengikut aras pembelajaran dari
mudah ke sukar. Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
agar pelajar lebih memahami dan menghayati kandungan pembelajaran.
Contoh perkataan atau frasa untuk menulis Hasil Pembelajaran :-
Aras Pemikiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk
mobjektif perlakuan yang boleh diukur
Mengetahui
- Mengingat kembali
Mentakrif, Memerihal, Mengenal pasti, Melabel,
Menyenarai, Melakar, Memadan, Menama,
Menyatakan, Melukis.
Memahami
- Menterjemahkan bahan atau idea
daripada satu bentuk kepada bentuk
lain; mentafsir bahan atau idea;
merangka trend masa depan.
Mengubah, Menganggar, Menerangkan,
Mengukur, Menyukat, Menentukan, Menukar,
Meramalkan, Menghubungkait, Mencirikan,
Mengelas, Membandingbeza
Mengaplikasi
- Menggunakan bahan atau idea dalam
situasi yang barudan konkrit.
Mengira, Menunjukcara, Mengubahsuai,
Menghitung, Menjanakan idea, Menjelaskan
dengan contoh,
Menilai
- Menilai idea/ bahan/ maklumat/ kaedah
Mengkritik, Mentafsir, Mewajarkan, Mengesan,
4
berdasarkan kriteria yang spesifik untuk
ujian yang tertentu.
Membuat keputusan, Menyokong
Aras Perlakuan Cadangan frasa atau perkataan objektif
perlakuan yang boleh diukur
Faham
responsMenyedari
Memerihal
Melaporkan
Menyoal
Mengenali
MenjawabMemberitahuMenerangkanMenyatakan
HayatMenghargaiMenghayatiMengagumi
Memilih
Mempertahankan
Mencadangkan
Menghubungkaitkan
Menerima
Menunjukkan minatMenyepadukanMeramalkanMewajarkan
Amal BudayaMenyayangiMensyukuriMengamalkan
Menolong
Menderma
Mempraktikan
Membina
Memulihara
Mengambil bahagianMemberiMelakukanMengendalikanMenyertaiMelaksanaMengucapkanMenjaga
Ada banyak conton frasa perkataan yang digunakan untuk tujuan Hsail Pembelajaran
5
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan.
Selain pelbagai aktiviti dalam Pembelajaran Masteri, bahan pengajaran dan pembelajaran
juga perlu lebih pelbagai dan sesuai dengan aras kemahiran yang diajar. Akitviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah menarik dan menyeronokkan. Murid akan menumpukan perhatian
dengan pelbagai bahan dan aktiviti menjurus kepada kemahiran yang ingin diajar. Bahan –bahan
bantu mengajar seperti manila kad, kad petikan, suratkhabar, audio, tayangan slide, carta dan
pelbagai lagi boleh guru gunakan supaya membantu kefahaman murid agar lebih jelas. Seperti
contoh berikut :-
Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan / Alatan
Mengenalpasti huruf Kad imbasan huruf
Carta Huruf
Bongkah Huruf
Menyebut perkataan dua sukukata Perkataan pada manila kad
Kepingan kata
Slide sukukata
Gambar bahan / benda
Membaca petikan Teks bacaan
Audio bacaan berita / rencana
c) Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.
Penilaian Dalam Pembelajaran Masteri adalah bertujuan untuk mengesan pencapaian murid. Ia
juga berfungi untuk mengenal pasti murid yang cerdas,sederhana,dan lemah. Dengan adanya
penilaian juga kita boleh kenal pasti samada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
6
Antara lain tujuan penilaian adalah kita boleh mengenal pasti sebab kelemahan murid
dalam sesuatu unit pembelajaran dan atas hasil itu kita boleh menentukan jenis aktiviti
pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan dan seterusnya kita boleh menentukan
keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian Dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, ia juga perlu dibina dan dikendali
serta ditadbir oleh guru. Penilaian Pembelajaran Masteri berbentuk formatif dan sumatif yang
berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua dua Penilaian ini bersifat Diagnostik dan ia mestilah
berdasarkan kepada hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai
seperti berikut :-
Semasa pengajaran dan Pembelajaran.
Selepas selesai setiap unit pembelajaran.
Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan pertengahan tahun dan akhir tahun.
Hasil Pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan. Ia juga boleh
dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai. Langkah
menilai seperti berikut :-
7
1. Pembinaan alat ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemprosesan hasil ujian
4. Pelaporan
1.Menentukan hasil pembelajaran yang hendak diuji.2.Membina jadual penentu ujian.3.Membina item.4.Menyediakan skema jawapan.
1.Memeriksa maklumbalas dan menentukan penguasaan murid.2.Membuat analisis terhadap respond.3.Mendiagnos.4.Merekod pencapaian murid.
1.Mentadbir ujian.
1.Menyediakan laporan.2.Menyampaikan laporan
Pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan seronok dan ini membantu penguasaan
pelajar terhadap pembelajaran tersebut. Terdapat 2 pendekatan yang boleh digunakan iaitu
pendekatan Berpusatkan Guru dan pendekatan Berpusatkan Murid. Kedua-dua kaedah
pendekatan ini akan memberi impak besar dalam pendidikan kerana memberi kesan terhadap
penguasaan kemahiran pelajar.
Aktiviti Pengukuhan juga adalah salah satu contoh Penilaian Pembelajaran Masteri. Aktiviti
Pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh
murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan
adalah seperti berikut:-
memberi latihan yang lebih mencabar dari yang biasa.
Memberi banyak latihan dari pelbagai bentuk dan pelbagai cara seperti kuiz, ujian
lisan dan ujian mingguan
Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta
minda, carta organisasi dan rajah.
Melatih murid membuat nota kerana nota merupakan tali ikatan yang mengikat ilmu
yang disampaikan oleh guru.
Menjalankan latih tubi bg setiap topik yg telah selesai pembelajarannya.
Melatih murid mengenal pasti idea utama
Mengakses maklumat dari laman web
Aktiviti pengembangan juga merupakan antara Penilaian Pembelajaran Masteri. Aktiviti
Pengembangan bertujuan untuk memperrtingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam
unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan
oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah seperti berikut membuat
projek, membuat tugasan dan membuat kajian.
8
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 2 Meranti
Hari : Jumaat
Tarikh : 10 April 2015
Masa : Jam 4.30 hingga jam 5.30 (30 minit)
Bilangan murid : 28 orang
Tema : Semangat Perpaduan
Tajuk : Jiran Sepakat
Objektif pembelajaran : 1. Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersira
tentang sesuatu kejadian dalam gambar.
2. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami isinya.
Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat;
1. Mengisi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Tatabahasa : Kata tanya
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
LCD, slaid gambar banjir
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mengetahui dan mendengar tentang banjir melalui ibubapa , tv dan suratkhabar.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid
SET INDUKSI
Permulaan/Mencungkil idea( 5 minit)
Bercerita tentang isu-isu banjir.Hujan yang turun lebat
Guru menayangkan slaid-slaid gambar tentang banjir di Malaysia dan Negara lain.
Guru mengaitkan aktiviti tadi dengan isi pelajaran hari ini
Murid menginterprestasikan slaid-slaid gambar menggunakan Kata Tanya yang betul.
Strategi/Teknik:Pembelajaran kontekstual.
9
LANGKAH 1( 5 minit )
Menyatakan objektif pembelajaran dan pengenalan kepada gambar.
Menggunakan teknik penyoalan untuk meransang minat murid memberi tumpuan pada pengajaran.
Menstruktur/ Menstruktur
semula
( 15minit)
Slide
Bacaan mekanis
Bersoal jawab
Guru menayangkan slaid banjir.
Guru meminta murid melihat gambar.
Guru meminta semua murid memikirkan soalan apa yang hendak di tanya.
Guru membuat penilaian.
Guru memberi contoh Kata Tanya.
Guru mengemukakan beberapa contoh ayat tanya.
Soalan berdasarkan slide yang di tayangkangkan.
Murid memerhati slaid yang ditayangkan.
Murid melihat slide secara senyap.
Semua murid bertanya soalan.
Beberapa murid membaca soalan yang ditayangkan.
Murid menjawab soalan yang dikemukakan secara lisan.
Sumber pengajaran: slaid PP
Strategi/Teknik:Aktiviti pembelajaran masteri
Strategi:Penyoalan keseluruhan kelas
Refleksi/Penutup(5 minit)
Rumusan Guru menayangkan slaid keharmonian alam.
Murid menyanyikan lagu “Hijau”.Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal dengan bimbingan guru.
Strategi:Perbincangan kumpulan
Sumber pengajaran: slaid
10
11