Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV 2013 - Versi April 2013.docx

78
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN TINGKATAN SATU HINGGA TIGA 1 PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM

Transcript of Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV 2013 - Versi April 2013.docx

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

TINGKATAN SATU HINGGA TIGA

1

PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM

APRIL 2013

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

2

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Copyright © 2012 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran MalaysiaAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2012Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isikandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

3

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

4

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara

hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

5

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

6

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

KANDUNGAN

7

1. PENGENALAN

9

2. MATLAMAT PAV

13

3. OBJEKTIF PAV 13

4. STRUKTUR KURIKULUM4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 - 34.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 - 34.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)4.5 Format Dokumen Standard Kurikulum (DSK)4.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

131720212425

5. PENTAKSIRAN PAV5.1 Kerangka Pentaksiran PAV5.2 Format Pentaksiran Komponen Jati Diri & Teknologi

Vokasional 5.3 Format Pentaksiran Komponen Kemahiran Vokasional5.4 Kaedah Pentaksiran5.5 Dokumen Pentaksiran Sekolah5.6 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden5.7 Pelaporan dan Persijilan

2627

2829303031

6. KAEDAH PEMILIHAN SEKOLAH, GURU DAN MURID 6.1 Kriteria Pemilihan Sekolah PAV6.2 Kriteria Guru PAV6.3 Kriteria Pemilihan Murid PAV6.4 Pengurusan dan Bilangan Murid

32323233

7. PERANAN AGENSI BERKAITAN7.1 Agensi Pusat KPM 7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD)7.3 Sekolah

3436

36

8. KEWANGAN 38

9. DOKUMEN PELAKSANAAN PAV 38

10. PROGRAM UJI RINTIS TAHUN 2012 38

LAMPIRAN ALAMPIRAN BLAMPIRAN CLAMPIRAN DLAMPIRAN ELAMPIRAN FLAMPIRAN GPENGHARGAAN

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

PRAKATA

Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ini

disediakan bagi membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dengan pelaksanaan kurikulum PAV di pelbagai peringkat dalam organisasi

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan mana-mana pihak berkepentingan dengan

pendidikan teknikal dan vokasional.

Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan

kurikulum PAV. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran PAV serta

peranan pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat. Buku ini juga diharap dapat membantu KPM

membuat penambahbaikan sepanjang pelaksanaan PAV disemua peringkat terutama

pelaksana.

Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa

sepanjang pelaksanaan PAV berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat

KPM. Pengguna dokumen ini adalah dinasihatkan sentiasa mengemaskini maklumat

dari sumber yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

1. PENGENALAN

8

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan

vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu

seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di

sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 & 5),

elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja.

Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada murid

yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat

Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan

supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1.

Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008

telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat

menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa

Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi

Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan di

Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang

dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian.

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011

telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV

dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah yang

dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu. Pada tahun 2013, sebanyak 135 sekolah telah

dipilih oleh KPM untuk melaksanakan PAV secara pelaksanaan penuh. Manakala Format

pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 2/12 pada 24 April 2012.

Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2020

9

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

 Sekolah/Tahun 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020

Sekolah Baru 15 50 195 110 110 110 110 110 110

Sedia Ada 0 15 65 260 370 480 590 700 810

Bil. Sekolah 15 65 260 370 480 590 700 810 920

NegeriBilangan Sekolah MPV Di

Setiap Negeri

Bilangan Penawaran Sekolah Baru PAV 2014 – 2020 Setiap

Tahun (13% setiap negeri)

Perlis 15 2

Kedah 68 9

Penang 47 6

Perak 70 9

Selangor 78 10

W.P. Kuala Lumpur 42 6

W.P. Putrajaya 2 1

Negeri Sembilan 68 9

Melaka 38 5

Johor 61 8

Pahang 71 9

Terengganu 57 8

Kelantan 66 9

Sarawak 59 8

Sabah 61 8

W.P. Labuan 5 1Bilangan Sekolah Menawarkan PAV 2014 - 2020 808* 110

* Sumber: Pembangunan BPTV

Jadual 1: Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional

Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik

darjah dan 450 orang murid (30 orang murid setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 50 buah

sekolah melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV sebanyak 920 buah akan

dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2020. Menjelang tahun 2020, disasarkan

seramai 82,800 orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,760 buah kelas dan 920

buah sekolah. KPM bercadang menawarkan PAV ke semua 808 sekolah MPV secara

berperingkat mengikut kemampuan kewangan, perolehan peralatan dan pembangunan.

10

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transfromasi Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Laluan pembelajaran murid PAV

Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan

kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di

peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid PAV akan mendapat

pelaporan deskriptif Pendidikan Asas Vokasional yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan

KPM, berserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2 yang dikeluarkan oleh

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam tempoh

3 tahun tersebut. Murid yang tamat PAV ini diharapkan mendapat sekurang-kurangnya SKM

Tahap 1. Murid yang tidak berjaya memperolehi SKM, mereka akan diberikan persijilan modular

Penyata Pencapaian (PC) oleh JPK. SKM merupakan persijilan kemahiran tunggal dikeluarkam

KSM diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia. Kurikulum SKM

dibangunkan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational

Skill Standard – NOSS) yang ditabdir agensi KSM.

11

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Berikut adalah pelaporan dan persijilan murid PAV yang akan dianugerahkan kepada

murid yang berjaya:

TINGKATAN KOMPONENPELAPORAN

DESKRITIF LPSIJIL SKM OLEH JPK

TINGKATAN 1 Jati Diri & Teknologi Vokasional √

Kemahiran Vokasional √

TINGKATAN 2 Jati Diri & Teknologi Vokasional √

Kemahiran Vokasional √

TINGKATAN 3 Jati Diri & Teknologi Vokasional √

Kemahiran Vokasional √

Bagi kursus-kursus yang tidak menawarkan SKM Tahap 1 di Tingkatan 2, murid PAV

berkenaan akan mengambil SKM Tahap 2 sepanjang tahun berada di Tingkatan 2 hingga 3.

Bidang kemahiran yang tidak menawarkan SKM Tahap 1 ialah:

BIL. KOD NOSS BIDANG KEMAHIRAN

1. HT-013-2:2011 Pembuatan Roti

2. MP-010-2 Penjaga Kanak-kanak

3. IT-050-2 Artis Multimedia-Visual

4. IT-040-2 Artis Multimedia-Animator

5. H-312-2 Juruteknik Rekabentuk Produk Industri

6. ME-020-2:2012Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servicing, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

7. EE-320-2:2012 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Satu Fasa

8. EE-021-2:2012 Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik

Selepas menamatkan PAV di Tingkatan 3, murid berpeluang meningkatkan tahap

kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta

(ILKS) ke peringkat SKM 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut

Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Advanced Technology

Training Centre (ADTEC), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry

Development Board (CIDB) dan lain-lain institut secara attachment di bawah tanggungjawab

KPM. Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan 3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional.

Berbekalkan pelaporan deskriptif Pendidikan Asas Vokasional dan SKM, murid boleh

meneruskan kerjaya di sektor awam dan swasta. Murid PAV yang bertukar ke sekolah lain yang

tidak menawarkan PAV boleh meneruskan pengajian di aliran arus perdana.

12

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

2. MATLAMAT PAV

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR

menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi.

3. OBJEKTIF PAV

Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat

rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti murid bermasalah

disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala objektif khusus PAV

adalah seperti berikut:

3.1 Menjadi aliran pendidikan pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid

berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar ‘hands-on’ yang

berterusan.

3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan

kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan

dan industri.

3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan

pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan

pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.

3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis,

kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.

3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya

niaga.

Hasrat PAV ialah mengekalkan murid di dalam sistem persekolahan di negara ini

melalui pendidikan bercorak vokasional. KPM percaya bahawa semua murid mempunyai

potensi yang perlu digilap dan setiap dari mereka mesti diberi peluang menunjukkan

kebolehan masing-masing. Perkara yang perlu diberi penekanan kepada murid PAV ialah

meningkatkan tahap keyakinan diri dan guru PAV seharusnya memberi mereka banyak

peluang bertutur dan mengembangkan bakat yang mereka miliki.

13

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

4. STRUKTUR KURIKULUM

4.1. Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3

Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.

BIL. KOMPONEN DIMENSI MODULWaktu /Minggu danPeratus Penumpuan

Ting 1 % Ting 2 % Ting 3 %

1. Jati DiriKomunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi10 22% 6 14% 6 14%

English For Communication

Patriotisme Sejarah 4 9% 2 4% 2 4%

Sahsiah

Pendidikan Islam / Moral 4 9% 3 7% 3 7%

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

3 6% 2 4% 2 4%

Kokurikulum dan Sukan Mengikut Masa Kokurikulum dan Sukan

2. Teknologi Vokasional

Teknologi Sains, Matematik dan TMK 4 9% 2 4% 2 4%

3. Kemahiran Vokasional

Vokasional Asas & Spesifik

Kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni & Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK

Pra Vokasional

*SKM Tahap 1

*SKM Tahap 2

20 45% 30 67% 30 67%

4. Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas Kurikulum

Jumlah Waktu Seminggu 45 100 45 100 45 100

*SKM T1 – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1

*SKM T2 – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Jadual 2: Struktur kurikulum PAV

Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis,

kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam

pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional,

Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan.

14

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran

berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam

kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patrotisme serta

membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid.

Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains,

matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen Kemahiran Vokasional terdiri

daripada Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik bertujuan untuk

menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang vokasional. Elemen

sikap, nilai dan kemahiran keusahawanan pula diajar dan diterapkan ke dalam diri murid

melalui aktiviti yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.

4.1.1. Komponen Jati Diri

Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi, Patriotisme dan

Sahsiah. Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah Bahasa Malaysia Komunikasi dan

English for Communication, dimensi patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah

manakala dimensi sahsiah dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan

Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja kokurikulum yang

meliputi aktiviti sukan, pasukan beruniform, kelab dan persatuan.

4.1.2. Komponen Teknologi Vokasional

Teknologi Vokasional menggabungkan tiga bidang pengajian iaitu bidang sains,

matematik dan teknologi maklumat, standard kandungannya digubal untuk kegunaan murid

vokasional. Matlamat Teknologi Vokasional adalah untuk mengembangkan potensi murid agar

boleh berfikir secara logik, kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran

kemahiran vokasional.

4.1.3. Komponen Kemahiran Vokasional

Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi Kemahiran Vokasional Asas

dan Kemahiran Vokasional Spesifik. Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan

pra-vokasional yang ditawarkan di Tingkatan 1. Pra Vokasional meliputi enam

kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni dan

Kebudayaan, Kraftangan, Perdagangan dan TMK. Modul-modul Pra-Vokasional adalah

untuk memberi pendedahan dan menyediakan murid dari segi mental dan fizikal

sebelum mereka menjurus kepada beberapa pengkhususan spesifik pekerjaan mengikut

15

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

standard dan keperluan industri yang ditawarkan di Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran

Vokasional Spesifik pula memberi penekanan kepada tiga aspek penting untuk

melahirkan individu yang bersedia memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek kemahiran

kebolehkerjaan (employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial skills)

dan kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on. Kedua-

dua kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan kemahiran generik

(soft skills), yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran kemahiran spesifik. Tiga

peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid ialah:

Tingkatan 1 - Pra Vokasional

Tingkatan 2 - Kemahiran Tahap 1 (SKM Tahap 1)

Tingkatan 3 – Kemahiran Tahap 2 (SKM Tahap 2)

4.1.4. Komponen Kemahiran Keusahawanan

4.1.4.1. Matlamat Keusahawanan

Penerapan kemahiran keusahawanan merentas kurikulum bertujuan

untuk murid mengamalkan sikap keusahawanan melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya di dalam

kehidupan seharian murid PAV.

4.1.4.2. Objektif Keusahawanan

4.1.4.2.1. Mengamalkan sikap keusahawanan iaitu cekal, berinisiatif, kreatif,

fleksibel, berhemah, merancang, menyelesaikan masalah,

bermotivasi dan futuristik

4.1.4.2.2. Mengamalkan cara pemikiran keusahawanan seperti

mengenalpasti peluang, penghasilan idea, penambahbaikan

4.1.4.2.3. Mengamalkan ilmu dan kemahiran pengurusan perniagaan seperti

mengurus wang dan jual beli

4.1.4.2.4. Mengaplikasi keusahawanan dalam modul vokasional seperti

merekabentuk, menghasil dan mengkomersialkan produk

4.1.4.2.5. Mengamalkan nilai dan etika seperti adil, integriti, tidak menindas

dan pilih kasih dan lain-lain yang berkaitan dengan nilai baik.

16

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

4.2. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 1

Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus domain vokasional dan 55

peratus domain akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, domain vokasional adalah

sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi domain akademik. Jadual 3 menunjukkan senarai

modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional beserta peruntukan waktu seminggu

yang akan disampaikan kepada murid Tingkatan 1.

BIL KOMPONEN DIMENSI MODUL WAKTU / MINGGU

1 Jati Diri

Komunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi

5

English For Communication 5

Patriotisme Sejarah 4

Sahsiah

Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

4

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

21

Kokurikulum dan SukanMengikut Masa

Kokurikulum dan Sukan

2Teknologi Vokasional

TeknologiTeknologi Vokasional (Sains, Matematik dan TMK)

4

3Kemahiran Vokasional

Rujuk Jadual 4 dan Jadual 5

4Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas kurikulum

Jadual 3: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional

Komponen Kemahiran Pra Vokasional dilaksanakan melalui modul umum dan modul

elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi Rumah

Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan sebagai

modul ‘Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua kursus

kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran dan

pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum dilaksanakan

dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama persekolahan,

murid akan mengikuti satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul Pengurusan Diri

dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan modul ini adalah

untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan motivasi bagi

mengikuti pembelajaran seterusnya.

17

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari

oleh murid PAV sepanjang enam bulan pertama berada di Tingkatan 1.

BIL. MODUL UMUMBILANGAN

WAKTU P&P / 35 MINGGU

WAKTU / MINGGU

1. Pengurusan Diri 80 20

2. Asas Multimedia 80 20

3. Kerja Asas Pembinaan 80 20

4. Asas Mekanikal 80 20

5. Aplikasi Litar Elektrik 80 20

6. Asas Pertanian 80 20

JUMLAH 480

Jadual 4: Modul Umum Pra Vokasional Tingkatan 1

Seterusnya, murid akan mengikuti modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-

masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220

waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti oleh

murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu.

18

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Jadual 5 menunjukkan Modul Elektif Pra Vokasional bagi Tingkatan 1

19

BIL.MODUL ELEKTIF

(PILIHAN 1 MODUL SAHAJA)BILANGAN

WAKTU P&PWAKTU / MINGGU

1. Penyediaan dan Penyajian Makanan 220 20

2. Bakeri 220 20

3. Pakaian dan Jahitan 220 20

4. Seni Kecantikan 220 20

5. Asuhan Kanak-kanak 220 20

6. Visual dan Animasi 220 20

7. Pembuatan Perabot 220 20

8. Pelan Dekoratif 220 20

9. Perpaipan 220 20

10. Pembinaan Bangunan 220 20

11. Seni Reka Bentuk 220 20

12. Automotif 220 20

13. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

220 20

14. Kimpalan Arka 220 20

15. Pendawaian Elektrik 220 20

16. Elektronik Audio Visual 220 20

17. Akuakultur 220 20

18. Tanaman 220 20

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Jadual 5: Modul Elektif Pra Vokasional Tingkatan 1

4.3. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang sama, tetapi

berbeza dari aspek peruntukkan waktu pembelajaran. Waktu P&P seminggu bagi Komponen

Jati Diri dan Teknologi Vokasional dikurangkan untuk memberi lebih waktu kepada modul

kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul kemahiran Tahap 2 di Tingkatan 3. Waktu P&P

bagi modul-modul berkenaan sebanyak 700 jam diperlukan untuk melayakkan murid diberi Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) selepas menamatkan kursus dengan jayanya.

20

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

BIL. KOMPONEN DIMENSI MODUL WAKTU / MINGGUTing. 2 Ting. 3

1 Jati Diri Komunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi

6 6English For Communication

Patriotisme Sejarah 2 2

Sahsiah

Pendidikan Islam / Moral

3 3

Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

2 2

KokurikulumMengikut Masa

Kokurikulum dan Sukan

2Teknologi Vokasional

Teknologi Teknologi Vokasional(Sains, Matematik dan TMK)

2 2

3Kemahiran Vokasional

Vokasional Spesifik

Kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni & Kebudayaan, Kraftangan, Perdagangan dan TMK (Modul merujuk kepada NOSS)

*SKM Tahap 1

*SKM Tahap 2

30 30

4Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas Kurikulum

Jumlah Waktu Seminggu 45 45

Jadual 6: Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

21

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

4.4. Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Murid PAV boleh menamatkan modul SKM Tahap 1 atau SKM Tahap 2 semasa di Tingkatan 2 atau sepanjang Tingkatan 2 hingga

Tingkatan 3. Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan kepada Bengkel

MPV sedia ada di tunjukkan seperti Jadual 7 di bawah:

Bil.Kursus/

Nama DSK Ting. 2 & 3

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Bengkel MPV

Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Modul Umum Modul Elektif

1. Penyediaan Makanan (PMAK)

1. Pengurusan Diri2. Asas Multimedia3. Kerja Asas Pembinaan4. Asas Mekanikal5. Aplikasi Litar Elektrik6. Asas Pertanian

Penyediaan dan Penyajian Makanan

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan

L-041-2 Penyedia Makanan

Katering dan Penyajian

2. Bakeri (BAK) Bakeri HT-013-2:2011 Pembuatan Roti

HT-013-2:2011 Pembuatan Roti

Pemprosesan Makanan

3. Membuat Pakaian (MPAK)

Pakaian dan Jahitan K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita

K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan

Rekaan dan Jahitan Pakaian

4. Seni Kecantikan (SK)

Seni Kecantikan MP-060-1 Jurukecantikan

MP-060-2 Juruestetik Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut

5. Asuhan Kanak-kanak (AKAK)

Asuhan Kanak-kanak MP-010-2 Penjaga Kanak-kanak

CC-010-2 Penjaga Pusat Jagaan Kanak-kanak

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-KanakGerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik

6. Visual dan Animasi (VDA)

Visual dan Animasi IT-050-2 Artis Multimedia – Visual

IT-040-2 Artis Multimedia – Animator

Produksi MultimediaGrafik Berkomputer

7. Pembuatan Perabot (PPER)

Pembuatan Perabot RB-050-1 Pembuat Perabot

RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan

Membuat Perabot

22

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Bil.Kursus/

Nama DSK Ting. 2 & 3

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Bengkel MPV

Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Modul Umum Modul Elektif

8. Dekorasi Dalaman (DEKO)

Pelan Dekoratif ID-040-1 Pelukis Rekaan Dalaman Rendah

ID-040-2 Pelukis Rekaan Dalaman

Hiasan Dalaman Asas

9. Perpaipan (PAIP)

Perpaipan PNS1 Pemasang Perpaipan & Kumbahan

PNS2 Tukang Paip Perpaipan & Kumbahan

Kerja Paip Domestik

10. Pembinaan Bangunan (PEMB)

Pembinaan Bangunan B-010-1 Jurubina Bangunan

B-010-2 Jurubina Bangunan

Pembinaan Domestik

11. Rekabentuk Produk Industri (REKA)

Seni Reka Tanda H-312-2 Juruteknik Rekabentuk Produk Industri

H-312-2 Juruteknik Rekabentuk Produk Industri

Seni Reka Tanda

12. Automotif (AUTO)

Automotif P-119-1 Juruteknik Automotif

TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor

Menservis Automobil

13. Motosikal (MOTO)

TP-118-1:2012 Servis & Penyelenggaraan Motosikal

TP-118-2:2012 Servis & Penyelenggaraan Motosikal

Menservis Motosikal

14. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PDPU)

Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

ME-020-2:2012 Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servicing, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

ME-020-2:2012 Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servicing, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara

15. Kimpalan Arka (KAR)

Kimpalan Arka MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai

MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai

Kimpalan Arka dan Gas

16. Pendawaian Elektrik (PE)

Pendawaian Elektrik EE-320-2:2012 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa

EE-320-2:2012 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa

Pendawaian Domestik

23

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Bil.Kursus/

Nama DSK Ting. 2 & 3

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Bengkel MPV

Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Modul Umum Modul Elektif

17. Elektronik Audio Visual (EAV)

Elektronik Audio Visual EE-021-2:2012 Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik

EE-021-2:2012 Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik

Menservis Peralatan Elektrik Domestik

18. Akuakultur (AKUA)

Akuakultur AF-031-1 Operator Akuakultur

AF-033-2 Juruteknik Akuakultur (Hatceri)

Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

19. Tanaman (TAN)

Tanaman AF-010-1 Pekerja Am Tanaman

AF-010-2 Juruteknik Tanaman

Tanaman MakananLandskap dan Nurseri

Jadual 7: Pilihan SKM Murid PAV Tingkatan 2 hingga 3

Maklumat lanjut berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK – NOSS)

boleh dirujuk kepada buku Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dari semasa ke semasa dengan memuat turun dari laman web jabatan berkenaan. Kajian

kesesuaian telah dilaksanakan oleh BPK bagi mengenalpasti peratus persamaan kandungan HSP MPV berbanding duty dan task noss

PAV pada tahun 2011 dan dapatan kajian adalah seperti pada Lampiran A. Tujuan kajian adalah bagi menentukan kesesuaian

bengkel dan peralatan MPV sedia ada seterusnya menganalisis keperluan bengkel dan peralatan PAV. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa terdapat peratus persamaan yang tinggi antara kandungan mata pelajaran MPV berbanding NOSS dan majoriti adalah

sebaliknya. Ini bermaksud, semua bengkel MPV sedia ada perlu dibekalkan lebih 50% peralatan baru dan bangunan tambahan bagi

memenuhi keperluan kurikulum PAV. Untuk makluman, kurikulum PAV dibangunkan berasaskan kompetensi NOSS.

24

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

4.5. Format Dokumen Standard Kurikulum (DSK)

Kurikulum PAV menggunakan format DSK (sebelum ini dikenali Huraian Sukatan

Pelajaran – HSP) yang mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran

(SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Definisi SK, SP dan KP adalah seperti berikut:

STANDARD KANDUNGANSTANDARD

PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan perlu mengandungi kompetensi standard industri.

Pencapaian pula bermaksud penyataan ringkas mengenai pencapaian (performance) yang diperlukan dalam unit. Setiap unit kompetensi adalah unik, selari dan sejajar dengan mata pelajaran atau pakej latihan dan tidak melebihi 100 aksara

Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard Pembelajaran perlu mengandungi Pencapaian dan Syarat.

Secara khusus, pencapaian dan syarat (performance and condition) bermaksud sub-kompetensi yang lengkap dipelajari dan unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu modul.

Elemen mesti berbentuk perlakuan yang boleh diukur dan dicerap. Standard Pembelajaran juga merupakan set sub-kompetensi yang perlu dipelajari oleh murid bagi mencapai Standard Kandungan.

Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan. Kriteria Pencapaian perlu ditulis dengan mengandungi Pencapaian, Syarat dan Piawai.

Manakala pencapaian, syarat dan piawai (performance, condition and standard) merupakan pelengkap kepada sub-kompetensi yang mesti merujuk kepada standard yang bersesuaian dengan keperluan Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.

Kriteria Pencapaian juga merupakan set sub-kompetensi minima yang perlu dicapai oleh murid bagi mencapai Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.

Perincian dan maklumat lanjut berkaitan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran

dan Kriteria Pencapaian bolehlah merujuk kepada format DSK sebenar. Secara amnya,

Kriteria Pencapaian penting dilaksanakan oleh murid bagi membuktikan bahawa mereka

telah kompeten Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

25

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

4.6. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep guru sebagai

fasilitator iaitu “kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn

more) melalui pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian (hands on).

Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Competency-Based-Training and

Assessment (CBTA) yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi

yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di

perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Maklumat berkaitan CBTA adalah seperti di

Lampiran F.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk

menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid

supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti

Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Pembelajaran Masteri

Integrasi TMK merentas kurikulum

Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

Lawatan industri

Pengurusan kewangan berhemah

4.7. Penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian

Format penulisan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian

bagi guru PAV perlu disesuaikan dengan kaedah CBTA. Sebagai permulaan kepada CBTA,

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) digantikan dengan Rancangan Sesi Latihan (RSL)

dan Rancangan Pengajaran Harian digantikan Rancangan Pembelajaran (RP). Guru PAV

boleh memperolehi Format RSL dan RP semasa menghadiri kursus berkaitan kurikulum dari

semasa ke semasa. Panduan penulisan RSL dan RP adalah seperti di Lampiran G.

26

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5. PENTAKSIRAN PAV

5.1. Kerangka Pentaksiran PAV

Jadual 8 menunjukkan kerangka pentaksiran PAV yang merangkumi peringkat

persekolahan, komponen pentaksiran, kaedah pentaksiran, wajaran, pelaporan dan

pensijilan.

PERINGKATKOMPONEN

PENTAKSIRANKAEDAH

PENTAKSIRANWAJARAN

PELAPORAN& PENSIJILAN

Tingkatan 1

Akademik Pentaksiran Pusat (PP)

100 %

Pelaporan Deskriptif

Kemahiran Vokasional

Pentaksiran Sekolah (PS)

100 %

Kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

-

Minat, Bakat & Kecenderungan

Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)

-

Tingkatan 2

Akademik Pentaksiran Pusat (PP)

100 %

Pelaporan Deskriptif dan SKM 1

VokasionalPentaksiran Berterusan (NOSS)

NOSS

KokurikulumPentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

-

Tingkatan 3

Akademik Pentaksiran Pusat (PP)

100 %

Pelaporan Deskriptif dan SKM 2

Vokasional Pentaksiran Berterusan (NOSS) dan Penilaian Akhir

NOSS

Kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pelaporan Deskriptif

Jadual 8: Kerangka pentaksiran PAV

27

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5.2. Format Pentaksiran Komponen Jati Diri & Teknologi Vokasional

Jadual 9 menunjukkan Format Pentaksiran Komponen Jati Diri & Teknologi Vokasional

BIL. PERKARA AKHIR TAHUN SECARA BERKALA

1. Kaedah Pentaksiran Pentaksiran Pusat Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah

2. Jenis Instrumen Ujian ObjektifUjian Subjektif

Ujian Lisan Ujian Amali Ujian Bertulis Senarai Semak Lembaran Kerja Port Folio Projek

3. Konstruk Yang Ditaksir

Pengetahuan dan Kefahaman

Kemahiran

Pengetahuan dan Kefahaman

Kemahiran Nilai

4. Tempoh Ujian 1 jam – 1 jam 30 minit (Berdasarkan tugasan)

5. Cakupan Konteks Mencakupi bidang pembelajaran bagi Ting. 1, Ting. 2 dan Ting. 3

Mencakupi bidang pembelajaran bagi Ting. 1, Ting. 2 dan Ting. 3

6. Penskoran Analitikal Holistik (Dalam bentuk markah)

Holistik Berdasarkan kriteria

penskoran (Dalam bentuk markah)

7. Pelaporan Pemberian gred dan secara deskriptif untuk memberikan maklumat tentang prestasi murid

Pemberian gred dan secara deskriptif untuk memberikan maklumat tentang prestasi murid

8. Sistem Sokongan Yang Diperlukan

Sistem aplikasi untuk pelaporan deskriptif

Jadual 9: Format Pentaksiran Komponen Jati Diri & Teknologi Vokasional

28

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5.3. Format Pentaksiran Komponen Kemahiran Vokasional

Jadual 10 menunjukkan Format Pentaksiran Komponen Kemahiran Vokasional

BIL. PERKARATINGKATAN 1

MODUL UMUM MODUL ELEKTF

1. Kaedah Pentaksiran Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Sekolah

2. Tempoh Pentaksiran Februari hingga Jun Julai hingga November

3. Konstruk Yang Ditaksir

Pengetahuan 30%Kemahiran 60%Nilai 10%

Pengetahuan 20%Kemahiran 70%Nilai 10%

4. Operasi Pentaksiran Murid ditaksir semasa P&P Murid ditaksir semasa P&P

5. Instrumen Pentaksiran Senarai Semak Lembaran Kerja Kuiz Ujian Secara Lisan Ujian Bertulis Amali

Senarai Semak Lembaran Kerja Kuiz Ujian Secara Lisan Ujian Bertulis Amali

6. Penskoran Skor dalam bentuk markah Skor dalam bentuk markah

7. Bilangan Soalan Mengikut modul dan konteks yang ditaksir dalam mata pelajaran

Mengikut modul dan konteks yang ditaksir dalam mata pelajaran

8. Cakupan Konteks Mencakupi kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Modul Umum PAV

Mencakupi kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Modul Elektif PAV

9. Pelaporan Pelaporan deskriptif untuk memberikan maklumat tentang prestasi murid

Pelaporan deskriptif untuk memberikan maklumat tentang prestasi murid

10. Sistem Sokongan Yang Diperlukan

Sistem aplikasi untuk pelaporan deskriptif

Jadual 10: Format Pentaksiran Komponen Kemahiran Vokasional

29

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5.4. Kaedah Pentaksiran

Pelaksanaan PAV bermatlamatkan pembentukan modal insan yang boleh bekerja dan

berkelayakan serta diiktiraf memiliki kemahiran kebolehkerjaan, kemahiran teknik, kemahiran

keusahawanan, jati diri dan sahsiah. Oleh yang demikian, Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) yang merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan akan diaplikasikan dalam pentaksiran PAV. Kaedah Pentaksiran bagi

PAV akan menggunakan empat kaedah pentaksiran yang terdiri daripada:

5.4.1. Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru

merujuk garis panduan, kurikulum dan standard prestasi akademik / standard

komponen vokasional. Berikut adalah keterangan lanjut berkaitan Pentaksiran

Sekolah

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Masa Sepanjang tahun

KonstrukPengetahuanKemahiranNilai

Jenis Pentaksiran(mengikut bidang)

Contoh :Secara lisanKuizFolio/SkrapAmaliPemerhatianUjian Bertulis

Wajaran 70 %

5.4.2. Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah

oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan

dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. PP bagi Komponen Jati

Diri dan Teknologi Vokasional dalam bentuk berikut:

Ujian Bertulis Ujian Lisan Ujian AmaliBMK, EFC, Pendidikan Islam/ P.Moral, Sejarah

BMK, EFC Pendidikan Islam, Sains dan TMK

30

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5.4.3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan

dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti

jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti

ekstrakurikulum.

5.4.4. Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur kebolehan

(innate ability) dan pengalaman ( acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran

menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan

pembelajaran

5.5. Dokumen Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah PS dilaksanakan untuk mentaksir Komponen Kemahiran

Vokasional dengan menggunakan 2 dokumen:

5.5.1. Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi (DPSK)

DPSK dibangunkan berdasarkan DSK dengan kepelbagaian instrumen

pentaksiran. DPSK mengandungi Standard Kompetensi, Penyataan Standard

Kompetensi, Eviden Kompetensi dan Skor.

5.5.2. Dokumen Item Contoh Pentaksiran Standard Kompetensi (DICPSK)

DICPSK dibangunkan bersama DPSK sebagai panduan untuk membantu guru

menjalankan pentaksiran dalam bentuk instrumen seperti lisan, bertulis,

lembaran kerja dan senarai semak.

5.6. Pengurusan Pentaksiran dan Eviden

5.6.1. Fail Pengurusan Pentaksiran

Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak

oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah disimpan dengan

selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

5.6.2. Eviden

Eviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden hendaklah

ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan di tempat yang

selamat selama diperlukan untuk tujuan pembuktian.

31

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5.7. Pelaporan dan Persijilan

5.7.1. Pelaporan Deskriptif Pentaksiran Pusat - Modul Jati Diri dan Teknologi

Vokasional

Pelaporan deskriptif bagi Pentaksiran Pusat untuk Modul Jati Diri dan Teknologi

Vokasional melaporkan pencapaian murid di akhir penggal berdasarkan kepada

Gred berikut:

GRED PENERANGAN

AMurid telah mencapai tahap penguasaan cemerlang dalam Modul Jati Diri dan Teknologi Vokasional dan berupaya menggunakan pengetahuannya dengan kreatif dan inovatif.

BMurid telah mencapai tahap penguasaan kepujian dalam Modul Jati Diri dan Teknologi Vokasional dan berupaya menggunakan pengetahuannya dengan sistematik dan inovatif.

C

Murid telah mencapai tahap penguasaan lulus dalam Modul Jati Diri dan Teknologi Vokasional dan dapat menggunakan pengetahuan mengikut prosedur dan berupaya menggunakan pengetahuan mengikut prosedur.

DMurid perlu dibimbing untuk mendapatkan penguasaan minimum Modul Jati Diri dan Teknologi Vokasional .

5.7.2. Pelaporan deskriptif bagi Pentaksiran Sekolah untuk modul pra-vokasional

(Modul Umum dan Modul Elektif)

Pelaporan deskriptif bagi Pentaksiran Sekolah untuk modul pra-vokasional (modul

umum dan modul elektif) akan dikelaskan untuk dilapor sama ada murid itu

kompeten cemerlang, kompeten dan belum kompeten seperti jadual berikut:

Markah Kompetensi

90-100 Kompeten Cemerlang

70-89 Kompeten Baik

60-69 Kompeten

59 ke bawah Belum Kompeten

32

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

6. KAEDAH PEMILIHAN SEKOLAH, GURU DAN MURID

6.1. Kriteria Pemilihan Sekolah PAV

6.1.1. Mempunyai kemudahan prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

6.1.2. Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan

pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia.

6.1.3. Agihan penawaran PAV di negeri-negeri melibatkan semua PPD.

6.1.4. Sekolah yang dipilih mestilah mempunyai feeder-school.

6.1.5. Penawaran kursus PAV perlu pelbagai di setiap negeri.

6.1.6. Terdapat industri sokongan di kawasan sekitar dan kursus PAV bersesuaian

dengan Wilayah Pembangunan Ekonomi.

6.1.7. Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Sukan, Sekolah Seni tidak boleh

menawarkan PAV.

6.1.8. Keutamaan pemilihan diberikan kepada sekolah satu sesi.

6.1.9. Mempunyai guru opsyen MPV yang bersesuaian dengan PAV.

6.2. Kriteria Guru PAV

6.2.1. Guru PAV perlu mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan

memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu diberi latihan intensif

khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran vokasional.

6.2.2. Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

6.2.3. Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut:

6.2.3.1. Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, sains dan matematik,

kemanusiaan adalah berdasarkan norma guru semasa yang sedang

berkuatkuasa.

6.2.3.2. Norma guru mata pelajaran vokasional adalah berdasarkan norma guru

vokasional semasa yang sedang berkuatkuasa.

6.3. Kriteria Pemilihan Murid PAV

Pemilihan murid PAV berdasarkan empat kriteria yang ditetapkan iaitu:

6.3.1. Pencapaian UPSR; Murid yang dipilih memperoleh pencapaian rendah UPSR.

Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai

pilihan pendidikan. Murid Masalah Pembelajaran (Learning Disability) tidak

digalakkan memilih PAV.

33

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

6.3.2. Proses kaunseling; Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor pada awal

Tingkatan 1 mengenai halatuju pembelajaran PAV khususnya pemilihan mata

pelajaran pra-vokasional dan persijilan kemahiran.

6.3.3. Persetujuan ibu bapa/penjaga; Pentadbir sekolah mengadakan sesi taklimat

bagi mendapat persetujuan ibubapa/penjaga manakala beberapa aspek perlu

diambilkira dalam memberi panduan tentang potensi anak mereka dan kesesuaian

dalam bidang yang dipilih.

6.3.4. Pentaksiran psikometrik. Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi tujuan

saringan serta mengenalpasti kecenderungan, minat, bakat, cara pembelajaran,

aptitud dan kebolehan literasi numerasi.

Murid berpencapaian rendah UPSR boleh dipertimbangkan dan diberi lebih

peluang untuk menjadikan PAV sebagai pilihan utama pendidikan mereka. Matlamat

utama PAV adalah untuk mengekalkan murid di dalam sistem persekolahan dan

membantu murid yang tidak berjaya UPSR.

6.4. Pengurusan dan Bilangan Murid

Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut:

6.4.1. Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid.

6.4.2. Bagi mata pelajaran bidang bahasa, kemanusiaan, sains dan matematik, kelas

PAV tidak boleh digabungkan dengan kelas lain dalam aliran arus perdana.

6.4.3. Pentadbir sekolah boleh melantik mana-mana guru PAV sebagai guru kelas

untuk menguruskan pentadbiran kelas.

6.4.4. Kaunselor bertanggungjawab memantau dan menganalisis perkembangan murid

dan memberi maklumbalas kepada guru mata pelajaran PAV.

6.4.5. Guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu dan Guru MPV sedia ada

boleh diberi pertimbangan untuk mengajar modul Pra Vokasional Tingkatan 1.

Namun begitu, mana-mana guru yang mempunyai SKM juga boleh

dipertimbangkan untuk mengajar modul Pra Vokasional.

34

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

7. PERANAN AGENSI BERKAITAN

Berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan

program berkenaan:

7.1. Agensi Pusat KPM

7.1.1 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

a. Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk

menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.

b. Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan PAV.

c. Membekalkan guru, melaksanakan kursus orientasi kurikulum dan latihan

kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional bagi

kelas PAV

d. Membekal, melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am N17 bagi

modul vokasional PAV (rujuk surat siaran KP(PPK)018/9Jld.39(47) bertarikh

8 November 2002)

e. Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan (stake

holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan.

f. Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat umum

g. Menyediakan prasarana dan peralatan bengkel/makmal di sekolah mengikut

keperluan kurikulum.

h. Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan PAV.

i. Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang ditandatangani oleh

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Pengarah JPN berkaitan

pelaksanaan PAV.

j. Menyediakan peruntukan PCG (Peruntukan Geran Perkapita) merangkumi

mata pelajaran vokasional dan akademik bagi kelas PAV

k. Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pelajaran Negeri

berkaitan perluasan kelas PAV, guru, murid, pembantu am N17, bengkel,

peralatan dan PCG sekurang-kurangnya 4 kali setahun

7.1.2 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada

semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum vokasional dan

akademik PAV.

b. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P).

35

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

c. Melatih Jurulatih Utama Kurikulum vokasional dan akademik PAV (JUK),

melaksanakan kursus orientasi kurikulum serta modul P&P kepada pentadbir

dan guru PAV.

d. Memantau, menilai dan menyediakan laporan kurikulum merangkumi

tujuan/objektif, latar belakang, dapatan, kesimpulan, cadangan dan tindakan.

e. Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau

arahan pihak pengurusan KPM.

f. Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.

g. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kurikulum bersama

Jabatan Pelajaran Negeri sekurang-kurangnya 4 kali setahun

7.1.3 Lembaga Peperiksaan (LP)

a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk

kegunaan guru dan murid PAV.

b. Menjalankan sesi kursus/bengkel/mesyuarat untuk memaklumkan

pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.

c. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pentaksiran bersama Jabatan

Pelajaran Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

a. Mengkaji dasar pelaksanaan PAV dari semasa ke semasa

b. Melapor dan mencadangkan penambaikkan dasar pelakasanaan PAV

kepada bahagian lain dalam KPM.

7.1.5 Bahagian Sumber Manusia (BSM)

a. Meluluskan norma perjawatan guru PAV

b. Meluluskan norma perjawatan Pembantu Am (PAV)

7.1.6 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

a. Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV mengikut norma

perjawatan guru vokasional.

b. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) perjawatan guru PAV

7.1.7 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

a. Mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pelajaran Negeri berkaitan

perancangan, keperluan dan pengurusan latihan guru-guru PAV sekurang-

kurangnya 3 kali setahun

b. Melatih guru PAV untuk mendapatkan persijilan SKM yang bersesuaian.

c. Melatih guru PAV untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaian

d. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV

36

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

7.1.8 Bahagian Lain KPM

a. Memberi maklumbalas pelaksanaan PAV kepada semua bahagian KPM

yang terlibat dengan PAV

b. Menilai dan memantau pelaksanaan PAV

7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

7.2.1 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan

enrolmen guru dan pelajar PAV

7.2.2 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Akademik yang merancang,

menyelaras dan menyelia pelaksanaan dan pengurusan PAV.

7.2.3 Menyebarluaskan surat siaran berkaitan pelaksanaan PAV kepada sekolah dan

pihak yang berkaitan

7.2.4 Menilai dan memantau pelaksanaan PAV menggunakan instrumen yang

disediakan.

7.2.5 Pegawai Meja PAV di PPD melaksanakan pemantauan, menyediakan laporan

dapatan penilaian serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

7.2.6 Memberi maklumbalas pelaksanaan PAV kepada semua bahagian KPM yang

terlibat dengan PAV.

7.3 Sekolah

7.3.1 Pengetua

a. Memastikan PAV dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling dan surat

siaran yang sedang berkuatkuasa.

b. Memastikan peruntukan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.

c. Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa/penjaga, murid dan

masyarakat.

d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berfungsi

e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan

modul dan pentaksiran PAV.

f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan PAV

g. Menentukan tugas Pembantu Am (PAV) membantu di bengkel/

makmal/ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan

pengajaran.

h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil

tindakan susulan dengan kadar sesuai.

i. Memberi maklumbalas pelaksanaan PAV kepada PPD/JPN/KPM.

j. Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM

37

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

k. Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah

l. Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM

7.3.2 Gurua. Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan

PAV.

b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen standard

kurikulum.

c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen pentaksiran.

d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta

pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat.

e. Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana

bahagian KPM/JPN/PPD dari semasa ke semasa.

f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan

PAV.

g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul PAV

h. Memastikan peralatan berfungsi serta boleh digunakan untuk pengajaran

dan pembelajaran.

i. Menghadiri kursus kelayakan sebagai pengajar SKM bertauliah.

7.3.3 Pembantu guru PAV di bengkel

a. Mengurus peralatan, bahan, kebersihan, keceriaan dan mengawasi

keselamatan di bengkel/makmal (amalan 5S)

b. Menyusunatur peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c. Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.

d. Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di

bengkel/makmal/ladang.

e. Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan selamat digunakan.

f. Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.

g. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

h. Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai kemahiran untuk

berkhidmat di sekolah yang menawarkan PAV.

i. Melaksanakan tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa berkaitan

pengurusan bengkel/makmal/ladang PAV.

38

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

8. KEWANGAN

Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut:

8.1. Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baikpulih

peralatan/bengkel/makmal/ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus

(ABM) tahun semasa . Keperluan bengkel/bangunan/peralatan baru/tambahan boleh

dirujuk kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).

8.2. Bantuan Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, sains dan

matematik, kemanusiaan serta vokasional adalah berdasarkan pekeliling PCG yang

sedang berkuatkuasa.

9. DOKUMEN PELAKSANAAN PAV

9.1. Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan, Standard

Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan

Kurikulum (BPK), KPM.

9.2. Modul pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard Kandungan

boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

9.3. Modul berkaitan pentaksiran iaitu DPSK dan DICPSK boleh diperolehi dari Lembaga

Peperiksaan (LP), KPM.

9.4. Panduan Pelaksanaan PAV boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan Kurikulum

(BPK), KPM.

9.5. Instrumen pemantauan PAV untuk mengenalpasti keperluan penambahbaikan

pelaksanaan PAV boleh diperolehi dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK),

KPM.

10. PELAKSANAAN UJI RINTIS PAV TAHUN 2012 DI 15 SMK

Uji rintis Dokumen Standard Kurikulum (DSK) telah dilaksanakan di 15 buah sekolah

rintis PAV bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas kebolehlaksanaan kurikulum PAV

dan diikuti dengan tindakan penambahbaikan sebelum penyebaran untuk dilaksanakan

sepenuhnya kepada pihak sekolah. Surat Siaran telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011 memaklumkan kepada semua Pengarah

Pelajaran Negeri mengenai pelaksanaan Projek Rintis PAV di sekolah menengah yang

terpilih. Objektif rintis adalah untuk melihat kesesuaian kurikulum, keberkesanan jadual

waktu, mengenalpasti kompetensi guru, kesesuaian peralatan dan guru, mendapatkan

maklum balas murid, ibubapa, guru dan pentadbir serta menilai keberkesanan modul

39

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

pembelajaran PAV. Laporan Pemantauan Pelaksanaan Rintis 2012 mendapati PAV boleh

dilaksanakan dengan penambahbaikkan dari aspek kandungan dan pengoperasian

kurikulum. Senarai Sekolah Rintis PAV Tahun 2012 adalah seperti pada Lampiran B.

40

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Lampiran ADAPATAN KAJIAN

PERATUS PERSAMAAN KANDUNGAN HSP MPV BERBANDING DUTY DAN TASK NOSS

BIL. MATA PELAJARAN MPV PERATUS PERSAMAAN MPV - NOSS TAHAP 1/2

NOSS

1.Rekaan dan Jahitan Pakaian

100%K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita

2. Menservis Motosikal 96% P-118-1 Juruteknik Motosikal

3. Membuat Perabot 87% RB-050-1 Pembuat Perabot

4. Tanaman Makanan 81%Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian

5.Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

81%AF-030-2 Juruteknik Rendah Akuakultur

6.Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara

76%C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara-Domestik

7. Produksi Multimedia 68%

D-090-2 Artis Multimedia – Video, D-100-2 Artis Multimedia – Audio, IT-040-2 Artis Multimedia – Animator, IT-050-2 Artis Multimedia – Visual

8. Katering dan Penyajian 67%HT-010-1 Pramusaji, L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan

9. Pendawaian Domestik 58%C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah

10. Hiasan Dalaman Asas 58%ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah

11. Menservis Automobil 58% P-119-1 Juruteknik Automotif

12. Pemprosesan Makanan 53%Y-040-1 Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

13.Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut

49% N-011-1 Jurukecantikan

14. Kimpalan Arka dan Gas 43%H-024-1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)

15. Kerja Paip Domestik 37% B-020-1,Jurukerja Paip

16. Pembinaan Domestik 32% B-010-1 Jurubina Bangunan

17. Landskap dan Nurseri 29%LE-010-1 Landscape Attendant

18.Menservis Peralatan Elektrik Domestik

10%EE-010-1 Electronic Audio Visual Junior Technician

19.Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tiada kajian pemetaan Tidak Berkenaan

20.Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik

Tiada kajian pemetaan Tidak Berkenaan

21. Grafik Berkomputer Tiada kajian pemetaan Tidak Berkenaan

22. Seni Reka Tanda Tiada kajian pemetaan Tidak Berkenaan

41

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Lampiran BSENARAI SEKOLAH RINTIS PAV TAHUN 2012

BIL KODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV MPV

PERLIS

1. REA 0078

SMK Arau, Arau Pakaian dan Jahitan Rekaan dan Jahitan Pakaian

KEDAH

2. KEA 2182

SMK Simpang Kuala, 05400 Alor Setar

Pembuatan Perabot Membuat Perabot

PULAU PINANG

3. PEE 1101

SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, 11700 Gelugor

Motosikal Menservis Motosikal

PERAK

4. AEA 0035

SMK Trolak Selatan, Trolak Automotif Menservis Automobil

SELANGOR

5. BEA 9601

SMK Sungai Rawang, Sepang Tanaman Tanaman Makanan

NEGERI SEMBILAN

6. NEA 3035

SMK Dato’ Sedia Raja 71350 Rembau

Penyejubekuan dan Penyamanan Udara

Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara

MELAKA

7. MEB 0077

SMK Seri PengkalanAlor Gajah

Pakaian dan Jahitan Rekaan dan Jahitan Pakaian

JOHOR

8. JEE 0034

SMK Datok Menteri, Batu Pahat Pembuatan Perabot Membuat Perabot

PAHANG

9. CEA 4071

SMK Bukit Goh, 26050 Kuantan Penyediaan Makanan Katering dan Penyajian

TERENGGANU

10. TEA 6082

SMK Saujana, 22110 Setiu Akuakultur Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

KELANTAN

11. DEA 1141

SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu Penyediaan Makanan Katering dan Penyajian

SARAWAK

12. YEE 7201

SMK Belaga, 96900 Belaga Pendawaian Elektrik Pendawaian Domestik

42

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

BIL KODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV MPV

SABAH

13. XEA 6065

SMK Beaufort, Peti Surat 291, 89808 Beaufort

Penyediaan Makanan Katering dan Penyajian

WP KUALA LUMPUR

14. WEA 0232

SMK Setiawangsa, WP Kuala Lumpur

Dekorasi Dalaman Hiasan Dalaman Asas

WP LABUAN

15. WEA 1003

SMK Taman Perumahan Bedaun, 87028 WP Labuan

Visual dan Animasi Produksi Multimedia

43

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Lampiran CCONTOH JADUAL WAKTU PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TINGKATAN 1

HARI/ MASA

7.30-8.10

8.10-8.50 8.50-9.30

9.30-10.10

10.10-10.30

10.30-11.10

11.10-11.50

11.10-12.30

12.30-1.10

1.10-1.50

1.50-2.30

Isnin PerhimpunanBahasa Malaysia

KomunikasiSejarah R Pra Vokasional

Pend. Islam/Moral

SelasaPendidikan

Jasmani

Pend. Islam/Moral

English For Communication E Pra VokasionalTeknologi

Vokasional

Rabu Pendidikan Jasmani

Pend. Islam/Moral

Bahasa Malaysia Komunikasi

HPra Vokasional Sejarah

Khamis Teknologi VokasionalBahasa

Malaysia Komunikasi

Pendidikan Kesihatan A

English For Com. Pra Vokasional

Jumaat Pra Vokasional T Sejarah English For Communication

1 Waktu P&P = 40 minWaktu Rehat = 20 minJumlah waktu/minggu = 45 waktuJumlah minggu P&P setahun = 35 minggu

Pra Vokasional - 20 waktu/minggu PJ - 2 waktu/mingguBahasa Malaysia Komunikasi - 5 waktu/minggu PK - 1 waktu/mingguEnglish For Communication - 5 waktu/minggu Teknologi Vokasional - 4 waktu/mingguSejarah - 4 waktu/minggu Pend. Islam/Moral - 4 waktu/mingguKokurikulum dan Sukan - P&P dan pentaksiran dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah

masing-masing dan guru mesti mengajar menggunakan DSK Kokurikulum PAV.

44

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Lampiran D

SENARAI 50 SEKOLAH PAV PELAKSANAAN PENUH 2013

BILKODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV

PERLIS

16. REA0076 SMK Kuala Perlis 02000 Kuala Perlis, Perlis Penyediaan Makanan

KEDAH

17. KEA0069 SMK Syed Abu Bakar, 09200 Kupang , Kedah Pendawaian Elektrik

18. KEA3106SMK Sungai Pasir, Jalan Batu Lintang ,Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani

Pakaian dan Jahitan

19. KEA5025 SMK Datuk Lela Pahlawan, 09400 P. Serai Automotif

20. KEE4038 SMK Seri Mahawangsa, 06000 Jitra Pembuatan Perabot

PULAU PINANG

21. PEA3034SMK Seri Balik Pulau, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

Penyediaan Makanan

22. PEA4005SMK Jawi 14200 Sungai Jawi Seberang Perai Selatan, Seberang Prai, Pulau Pinang

Pakaian dan Jahitan

23. PEA2058SMK Paya Keladi 13200 Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang

Penyediaan Makanan

PERAK   

24. AEE0037SMK Dato Panglima Perang Kiri, Jalan Tapah Road, 35400 Tapah Road, Perak

Pendawaian Elektrik

25. AEA2048 SMK Kg. Datuk Ahmad Said, 30030 Ipoh, Perak Automotif

26. AEA7003 SMK Sultan Azlan Shah, 33400 Lenggong Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

27. AEE3045SMK Muzaffar Shah, 34400 Simpang Empat, Semanggol, Perak

Akuakultur

SELANGOR

28. BEA8613SMK Taman Medan, Km 12 Jln. Klang Lama, 46000 P. Jaya

Tanaman

29. BEB3079SMK Sultan Sulaiman Shah, 45600 Batang Berjuntai, Selangor

Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

30. BEA4627SMK Dusun Nanding, KM 17 Jalan Hulu Langat, 43100 Hulu langat, Selangor

Automotif

45

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

BILKODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV

31. BEA0095 SMK Tengku Idris Shah, 42200 Kapar, Selangor Pendawaian Elektrik

32. BEA7612 SMK Seri Selayang, 61800 Batu Caves Pakaian dan Jahitan

NEGERI SEMBILAN

33. NEA4112 SMK Bukit Kepayang, 70300 Seremban Pembuatan Perabot

34. NEE1087SMK Dato Abdul Samad, 71500 Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Pakaian dan Jahitan

35. NEE5038SMK Tuanku Abd. Rahman, 73400 Gemas, Negeri Sembilan

Pendawaian Elektrik

36. NEB3036 SMK Undang Rembau, 71309 Rembau Tanaman

MELAKA

37. MEB1063SMK Dato Bendahara, Jln Pegawai, 77000 Jasin, Melaka

Pendawaian Elektrik

38. MEB0079 SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah, 78300 Melaka Automotif

JOHOR

39. JEB2038SMK Tengku Aris Bendahara, Batu 3, Jalan Mersing, 86000 Kluang.

Pakaian dan Jahitan

40. JEA3036SMK Bandar Easter, Felda Bukit Easter, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Pendawaian Elektrik

41. JEA4038 SMK Anjung Batu, JKR MG/3/96 KM 2,Jln Jemaluang, 86800 Mersing

Penyediaan Makanan

42. JEE1008 SMK Dato Abd Rahman Yassin, JKR 4418 Jln Pengangkutan, 81200 Johor Bahru

Penyediaan Makanan

PAHANG

43. CEA5078SMK Lepar, Km. 43.5, Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26300 Gambang, Pahang

Pendawaian Elektrik

44. CEAA061 SMK Bera , 28300 Triang, Bera, PahangPenyejukbekuan dan Penyamanan Udara

45. CEA8030 SMK Pontian Jaya , 26800 Kuala Rompin, Pahang Pakaian dan Jahitan

46. CEA4089 SMK Sg. Soi, Jalan Pantai Sepat, 25150 Kuantan Pembuatan Perabot

TERENGGANU

46

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

BILKODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV

47. TEA0071 SMK Pelagat, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. Penyediaan Makanan

48. TEA3112 SMK Sultan Ahmad, 21000 Kuala Terengganu Pembuatan Perabot

49. TEA4011 SMK Merchang, 21610 Marang, Terengganu Automotif

50. TEA6080 SMK Sungai Tong, 21500 Setiu, Terengganu Automotif

51. TEA1035 SMK Jerangau, 23200 Dungun Tanaman

KELANTAN

52. DEA2187 SMK Pangkal Meleret , 18500 Machang Pakaian dan Jahitan

53. DEA1138 SMK Dewan Beta, 15100 Kota Bahru, Kelantan Tanaman

54. DEA4287 SMK Tok Janggut, 16800 Pasir Puteh, KelantanPenyejukbekuan dan Penyamanan Udara

55. DEE7409SMK Sultan Yahya Petra 1, 18000 Kuala Krai. Kelantan

Penyediaan Makanan

SARAWAK

56. YEA1309SMK Semerah Padi, Petra Jaya,93050 Kuching.

Penyediaan Makanan

57.YEE 2102

SMK Melugu P.S. 228, 95000 Sri Aman Tanaman

58.YEE 4101

SMK Lutong, 98100 Lutong, Miri Pakaian dan Jahitan

59.YEE 6301

SMK Meradong, Jalan Kanowit, Julau Durin, 96509 Bintagor, Sarawak

Pembuatan Perabot

SABAH

60. XEA3106SMK Segama (Agaseh II), Km13, Jln. Sandakan-Lahad Datu, P.S. 61400, 91122 Lahad Datu, Sabah

Pakaian dan Jahitan

61. XEA3053 SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau, Sabah Tanaman

62. XEA6315SMK Kuala Penyu, P.S. 29, 89747 Kuala Penyu, Sabah

Pendawaian Elektrik

63. XEA3201 SMK Kunak Jaya, P.S. 124, 91207 Kunak, Sabah Akuakultur

WP KUALA LUMPUR

47

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

BILKODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV

64. WEA0224SMK Taman Melati, Taman Melati, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Pendawaian Elektrik

WP LABUAN

65. WEA1004 SMK Pantai, Peti Surat 81755, 87007 WP Labuan Penyediaan Makanan

Lampiran E

48

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

SENARAI 3 SEKOLAH MODEL KOMPREHENSIF 9 (K9) PAV PELAKSANAAN PENUH 2013

BILKODSEK

NEGERI DAN ALAMAT SEKOLAH KURSUS PAV

PERAK   

1. ABA7037SK RPS Banun, Peti Surat No. 19, Pejabat Pos Gerik, 33300 Gerik, Perak

Penyediaan Makanan

2. ABA7036SK Pos Kemar, Peti Surat No. 27, Pejabat Pos Gerik, 33300 Gerik, Perak

Penyediaan Makanan

PAHANG

1. CBA3059 SK RPS Betau , 27200 Kuala Lipis, Pahang Penyediaan Makanan

ANALISIS PENAWARAN KURSUS PAV PELAKSANAAN 2012-2013

BIL. KURSUS PAV

BILANGAN SEKOLAH

2012 2013

SMK SMK SK K9

1. Penyediaan Makanan 3 9 3

2. Pakaian dan Jahitan 2 9 0

3. Visual dan Animasi 1 0 0

4. Pembuatan Perabot 2 5 0

5. Dekorasi Dalaman 1 0 0

6. Automotif 1 6 0

7. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara 1 4 0

8. Pendawaian Elektrik 1 9 0

9. Motosikal 1 0 0

10. Akuakultur 1 2 0

11. Tanaman 1 6 0

49

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Lampiran F

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

- LATIHAN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN KOMPETENSI (CBTA)

1. Pendekatan Pedagogi

Sistem pendidikan konvensional yang dilaksanakan selama ini adalah: Berasaskan masa (time-based) • Mata pelajaran dirangka mengikut jangkamasa tertentu yang telah ditentukan• Guru mengajar mengikut sukatan pelajaran dengan masa yang telah ditetapkan

Sistem ini memerlukan semua pelajar bergerak pada tahap yang sama dengan guru menyebabkan sebahagian pelajar tercicir sementara guru memberi tumpuan kepada pelajar cerdas sahaja. Kejayaan pendidikan konvensional juga pada umumnya untuk menguji aspek kognitif atau pengetahuan sahaja dan kurang efektif untuk melatih aspek kemahiran (skills) terutama berkaitan pekerjaan (job-related skills) dan juga aspek sikap (values).

Sejajar dengan perkembangan semasa yang memerlukan pendekatan pedagogi berkonsep guru sebagai fasilitator, kurikulum PAV dibangunkan menggunakan konsep Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran seperti diperlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Berikut adalah perbandingan antara P&P secara konvensional berbanding kompetensi:

KONVENSIONAL KOMPETENSI

Kemajuan pembelajaran bergantung kepada• masa (time related)• bertumpukan guru (teacher-centred).

Kemajuan pembelajaran ialah masteri :• Pengetahuan & Kemahiran yang

spesifik• Bertumpukan pelajar (learner–centred)

2. Pengenalan Kepada CBTA

Pengertian kompetensi adalah keupayaan untuk melakukan tugas tertentu (BOLEH BUAT) dengan STANDARD (minimum) yang telah ditetapkan dengan jelas. Ia melibatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif serta bertanggungjawab.

Terdapat dua istilah utama CBTA iaitu kemahiran dan kompetensi. Kemahiran ialah:

• Tugas (task) atau sekumpulan tugas yang dilaksanakan mengikut tahap kemahiran yang telah ditetapkan

• Aspek psikomotor yang memerlukan penggunaan tangan dan peralatan• Sesetengah kemahiran mungkin bersifat pengetahuan dan nilai

Manakala kompetensi di dalam konteks CBTA adalah:50

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

• Kemahiran yang dipamerkan mengikut standard yang dikenalpasti dan spesifik

3. Kebaikan CBTA• Menguasai kompetensi untuk meningkatkan prestasi kerjaya• Membina keyakinan diri• Menerima transkrip kompetensi yang telah dikuasai.• Masa digunakan secara berkesan dan efektif • Jurulatih sebagai fasilitator

Pengetahuan lebih lanjut berkaitan CBTA boleh diperolehi melalui kursus peningkatan oleh agensi KPM dari semasa ke semasa.

4. Pentaksiran Kompetensi

Berikut adalah perbandingan pentaksiran konvensional dengan pentaksiran kompetensi:

PENTAKSIRAN KONVENSIONAL• (Rujukan Norma)

• PENTAKSIRAN KOMPETENSI• (Rujukan Kriteria)

• Berasaskan keseluruhan sukatan pelajaran

Guru membuat pentaksiran selepas selesai mengajar keseluruhan kandungan sukatan pelajaran

• Pentaksiran dijalankan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran semata-mata.

Guru dan murid tidak berpeluang menilai pembelajaran bagi aktiviti di luar waktu persekolahan

• Berpusatkan sistem Murid menduduki peperiksaan

mengikut jadual yang telah ditetapkan

• Pelaporan Berpusat Penilaian Menengah Rendah

• Berasaskan modul dalam satu-satu sukatan pelajaran

Pentaksiran disusun dari satu modul ke modul seterusnya setelah pelatih kompeten

• Pentaksiran dijalankan berdasarkan kandungan setiap modul

Pelatih ditaksir berdasarkan kriteria dalam setiap modul yang telah disusun mengikut keperluan

• Berpusatkan pelajar Pentaksiran dijalankan setelah

pelajar bersedia untuk ditaksir

• Pelaporan Berpusat & Modular. Sijil Modular/Pelaporan Deskriptif

iaitu satu dokumen komprehensif yang melaporkan modul yang pelajar telah kompeten

Lampiran G

51

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

PANDUAN PENULISAN RANCANGAN SESI LATIHAN (RSL) DAN RANCANGAN PEMBELAJARAN (RP) BAGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

1. Pengenalan

Perkembangan pendidikan di Malaysia telah melalui satu perubahan dikenali dengan Transformasi Pendidikan Vokasional bermula dari tahun 2012 dengan memperkenalkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dari Tingkatan 1 hingga TIngkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dimansuhkan secara berperingkat. Sehubungan dengan pembaharuan tersebut, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) juga diperkenalkan di sekolah PAV terpilih.

Secara amnya, kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan individu. Kompetensi mengandungi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan. Berbanding pembelajaran secara konvensional, kaedah P&P CBTA membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan.

Oleh kerana CBTA telah mengubah kaedah penyampaian kandungan kurikulum, maka kaedah penulisan dan pendokumentasian rancangan pengajaran perlu pengubahsuaian. Proses P&P CBTA yang lengkap mengandungi 3 (tiga) komponen utama iaitu Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran (Curriculum, Instructional and Assessment). Dalam konteks PAV, kurikulum yang dimaksudkan adalah standard kandungan yang murid perlu tahu dan lakukan, pengajaran adalah kaedah penyampaian standard kandungan dan pentaksiran adalah proses menilai tahap penguasaan murid. Ketiga-tiga komponen P&P CBTA tersebut disepadukan di dalam perubahan kaedah penulisan rancangan pengajaran.

Oleh itu Rancangan Sesi Latihan (RSL) diperkenalkan bagi menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) manakala Rancangan Pengajaran Harian digantikan dengan Rancangan Pembelajaran (RP). Format RSL dan RP juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dan guru PAV adalah dipohon menyediakan rancangan pengajaran mengikut format CBTA.

RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih spesifik dan jelas dalam rangka konsep pengajaran dan pembelajaran bercorak hands-on bagi modul Jati Diri, Teknologi Vokasional dan Kemahiran Vokasional. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan menjelaskan kemahiran dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru merancang bentuk eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya dirancang dengan jelas dan terbukti.

Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal. RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk kepada kriteria yang perlu dicapai, susunan proses pembelajaran, bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan terkawal. Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP kerana telah dinyatakan di dalam RSL. RSL

52

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

dan RP saling berkaitan dan perlu disusun mengikut susunan standard kandungan. RSL akan disediakan dahulu kemudian diikuti oleh RP.

Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.

2. Panduan Umum Penulisan

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Objektif utama menulis RSL dan RP ialah menolong guru merancang pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.

Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu modul/mata pelajaran atau beberapa modul/mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

RSL adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal. Guru boleh memilih untuk menyediakan RSL seperti berikut:

Sama ada:

(a) satu RSL bagi setiap satu Standard Kandungan(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik mengandungi 5 Standard Kandungan, maka sediakan 5 RSL),

atau,

(b) satu RSL bagi setiap satu Standard Pembelajaran(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik mengandungi 13 Standard Pembelajaran, maka sediakan 13 RSL – seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa banyak RSL diperlukan bagi setiap satu modul. RSL yang terlalu banyak adalah tidak digalakkan.

RP pula adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal bercorak hands-on bagi modul Jati Diri, Teknologi Vokasional dan Kemahiran Vokasional. RP disediakan setiap hari. Guru boleh memilih untuk menyediakan RP seperti berikut:

Sebagai contoh, jika pada hari tersebut ada satu kumpulan pelajar yang membuat tugasan latihan (kesemua 20 orang pelajar membuat amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA), maka guru perlu menyediakan satu RP untuk modul tersebut sahaja.

Tetapi jika;

Pada hari tersebut ada dua kumpulan pelajar (10 orang membuat amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA), dan 10 orang pelajar lagi membuat amali Standard Kandungan 3:

53

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

MENDAWAI LITAR SATU SUIS SATU HALA MENGAWAL SATU LAMPU), maka guru perlu menyediakan dua RP iaitu untuk kedua-dua Standard Kandungan yang di ajar. Begitulah seterusnya jika terdapat banyak kumpulan pelajar, maka banyaklah RP yang perlu disediakan.

Guru akan mengajar lebih dari satu kumpulan pelajar kerana CBTA membenarkan pelajar mengulang standard sehingga kompeten setiap Kriteria Pencapaian. Sebagai contoh, pelajar yang tidak kompeten semalam akan mengulang semula kompetensi yang mereka belum kompeten pada hari ini sehingga kompeten. Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk merancang bilangan kumpulan yang perlu dibentuk dalam satu-satu masa PdP.

RSL dan RP disediakan dalam bentuk softcopy sekali sahaja pada awal penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan akan dikemaskini apabila terdapat DSK baru. Semua guru boleh berkongsi RSL dan RP. RP perlu dicetak setiap kali sebelum P&P bermula dan ruangan refleksi ditulis tangan selepas proses P&P selesai.

3. Kepentingan menulis diruangan Refleksi

Refleksi merupakan satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.

Refleksi amat penting untuk melihat perkembangan pengajaran dan hasil pengajaran termasuk pencapaian pelajar di dalam menyiapkan tugasan amali dan pentaksiran. Oleh sebab itu, guru diwajibkan menulis refleksi di dalam RP untuk tujuan penambaikan proses pengajaran disamping menilai penerimaan pelajar terhadap proses pengajaran. Guru dibenarkan menulis pengalaman pengajaran mereka pada setiap hari pada ruangan refleksi dan sebaik-baiknya ditulis tangan.

4. Penggunaan ring-file.

Penggunaan ring-file juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional. Guru adalah digalakkan menggunakan ring-file bagi menyimpan RSL dan RP supaya lebih kemas dan mudah dikemaskini bagi menggantikan buku rekod pengajaran. Ahli Jawatankuasa Kurikulum peringkat sekolah boleh bertindak sebagai penguatkuasa dan penyelaras kepada perubahan ini. Semua RSL dan RP disusun mengikut nombor Standard Kandungan. Standard Kandungan yang diajar dahulu diletak di sebelah bawah dan Standard Kandungan diajar kemudian diletak sebelah atas.

Adalah diingatkan bahawa isi kandungan ring-file perlu lengkap sebagaimana buku rekod pengajaran seperti biodata guru, pekeliling berkaitan, jadual waktu, RSL, RP, senarai pelajar, aktiviti guru, prestasi pelajar (markah dan TOV) dan lain-lain lagi yang disesuaikan dari semasa kesemasa oleh pentadbir sekolah. Pemastian standard perlulah dipatuhi berdasarkan panduan dan pekeliling dari pihak pengauditan PdP.

54

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

5. Komponen RSL dan RP

Persediaan RSL dan RP merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam kelas, bengkel dan makmal.

5.1 Penulisan RSL

RSL disediakan pada awal tahun pengajaran. Sebagai permulaan, sila perhatikan format RSL berikut.

KOMPONEN KETERANGAN

PanitiaTarikhLokasi latihanNama PengajarBilangan pelajarTajuk Modul/Mata Pelajaran:

Standard Kandungan:Standard Pembelajaran:

Objektif latihan Kriteria Pencapaian: Pengenalan:

Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar

Langkah pengajaran seterusnya

Contoh produk yang akan dihasilkan

Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

Gambaran latihan:

Kemahiran yang ditunjukkan kepada pelajar

Pengajar membuat demontrasi kepada pelajar iaitu:

Pentaksiran:Kaedah Latihan Kaedah latihan:

Tugas Pengajar : Tugas Pelajar :

KesimpulanBahan Sumber

55

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Kemudian, bagi memberi gambaran susunan penulisan RSL, berikut disertakan contoh RSL sebagai panduan guru.

Langkah Pertama: Sila rujuk Dokumen Standard Kurikulum (DSK) modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik dari Standard Kandungan 2 bertajuk MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA seperti berikut yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2. MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA

2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.

2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki ( PLAB ) dan pemutus litar miniatur ( PLM ) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.

2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki ( PLAB ) dan Pemutus Litar Miniatur ( PLM ) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki ( PLAB ) dan Pemutus Litar Miniatur ( PLM ) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.

2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.

2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.

2.3 Mengganggar kos pemasangan.

2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.

2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan perkhidmatan.

2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan jumlah kos.

56

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Langkah Kedua: Sila baca dengan teliti jadual dibawah yang menerangkan maksud komponen format RSL beserta contoh penulisan RSL. Petak di sebelah kiri adalah komponen RSL dan di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen RSL. DSK hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah. Lihat bagaimana RSL ditulis.

KOMPONEN KETERANGAN

Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.

Tarikh Nyatakan tarikh mula proses pengajaran dilaksanakan.

Lokasi latihan Nyatakan lokasi spesifik proses pengajaran dilaksanakan.

Nama Pengajar Nyatakan nama pengajar

Bilangan pelajar Nyatakan bilangan pelajar yang melaksanakan modul tersebut pada tarikh mula di atas.

Tingkatan Nyatakan tingkatan pelajar terlibat proses pengajaran ini

Tajuk Nyatakan nama modul/mata pelajaran Nyatakan Standard Kandungan Nyatakan Standard Pembelajaran

Objektif latihan Nyatakan Kriteria Pencapaian dari DSK.

Pengenalan:

Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar

Langkah pengajaran seterusnya

Contoh produk yang akan dihasilkan

Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

Nyatakan susunan penyampaian pengajaran setiap kompetensi yang hendak ditunjukkan kepada pelajar dari mula hingga ke akhir sesi pengajaran berdasarkan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian di dalam DSK.

Nyatakan langkah pengajaran selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcara kepada pelajar. Lazimnya guru akan terus mengarahkan pelajar melaksanakan tugasan berdasarkan buku Modul Pembelajaran dan Modul Pentaksiran.

Nyatakan contoh produk yang akan dihasilkan oleh pelajar.

Nyatakan pengetahuan sedia ada murid yang berkaitan dengan Kriteria Pencapaian modul ini.

Isi: Senaraikan bentuk kemahiran yang ingin ditunjukcara kepada pelajar 57

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

KOMPONEN KETERANGAN

Kemahiran yang ditunjukkan kepada pelajar

mengikut susunan yang betul.

Pentaksiran: Nyatakan bentuk pentaksiran yang ingin digunakan oleh pengajar berdasarkan Kriteria Pencapaian modul ini.

Kaedah Latihan Nyatakan isi penting pengajaran dengan menyatakan tugas utama pada sesi pengajaran berkenaan.

Kesimpulan Nyatakan kesimpulan untuk sesi latihan modul ini dengan menyatakan harapan dan komitmen terhadap sesi pengajaran ini seterusnya hasrat terhadap kompetensi yang ingin dikuasai.

Bahan Sumber Nyatakan bahan sumber pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran sesi latihan ini.

Berikut adalah contoh RSL bagi satu Standard Kandungan .

58

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

KOMPONEN KETERANGAN

Panitia Pendidikan Asas Vokasional – Pendawaian Elektrik Tarikh 5 Januari 2013Lokasi latihan Ruang Pendawaian, Bengkel Pendawaian Elektrik, SMK BelagaNama Pengajar Anuar bin Mohamad SomBilangan pelajar 30 orang pelajarTingkatan Tingkatan 2 PAV PETajuk Modul/Mata Pelajaran:

Pendawaian Elektrik

Standard Kandungan: 2. Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa

Standard Pembelajaran: 2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.2.3 Mengganggar kos pemasangan.

Objektif latihan Pelajar dapat: 2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The

Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya TenagaMalaysia (STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur ( PLM ) berdasarkan piawaian lukisanelektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.

2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utamaberdasarkan litar pendawaian.

2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.

2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan

perkhidmatan.2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan jumlah kos.

Pengenalan:

Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar

2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.

2.1.1 Pengajar menyenaraikan alat kawalan pengguna 2.1.2 Pengajar menunjukkan simbol suis utama, pemutus litar arus baki

(PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM ) 2.1.3 Pengajar menunjukkan kaedah melukis gambarajah skematik alat

kawalan pengguna 59

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

KOMPONEN KETERANGAN

Langkah pengajaran seterusnya

Contoh produk yang akan dihasilkan

Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini

2.1.4 Pengajar menunjukkan kaedah melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna

2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.

2.2.1 Pengajar memuat simulasi pemasangan Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna.

2.2.2 Pengajar mendemontrasi tatacara mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama.

2.2.3 Pengajar menunjukkan kaedah menyimpan lebihan kabel di tempat khas.

2.2.4 Pengajar memberi penekanan tentang amalan keselamatan yang betul.

2.3 Mengganggar kos pemasangan.

2.3.1 Pengajar menunjukcara kaedah merekod kos bahan.2.3.2 Pengajar menunjukcara kaedah merekod kos upah dan kos

sampingan 2.3.3 Pengajar menunjukkan kiraan kaedah mencatat anggaran kadar

keuntungan

Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcara ini, pelajar akan menyenaraikan bahan, melukis gambarajah skematik & pendawaian, memasang pendawaian dan serta sentiasa mengamalkan langkah keselamatan seterusnya membuat kiraan.

Produk yang dihasilkan ialah lukisan gambarajah skematik, gambarajah pendawaian dan alat kawalan pengguna satu fasa yang telah siap dipasang.

Pelajar telah mengenal nama alat tangan dan nama peralatan pengujian asas yang pernah digunakan sebelum mempelajari modul ini.

Isi:Kemahiran yang ditunjukkan kepada pelajar

Pengajar membuat demontrasi kepada pelajar dengan:

1. Melukis gambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna2. Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Pentaksiran: Pengajar meminta pelajar menyenaraikan alat kawalan pengguna, melukis gambarajah skematik dan pendawaian serta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan seterusnya akur dan mematuhi kehendak pentaksiran LP. Selain menunjukkan eviden proses dan eviden produk, pelajar akan diuji secara ujian kecekapan, lisan dan bertulis.

Kaedah Latihan Kaedah latihan:

60

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

KOMPONEN KETERANGAN

Tugas Pengajar : Membuat penerangan dan demontrasi kepada pelajar

Tugas Pelajar :Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa dan mengamalkan langkah keselamatan

Kesimpulan Pelajar diharapkan berjaya menunjukkan dengan jelas langkah-langkah untuk melukis melukis gambarajah skematik dan pendawaian serta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Bahan SumberBahan sebenar: 1. Peralatan melukis ( pensil, pemadam, pembaris dan sesiku)2. Bahan dan aksesori major pendawaian (Suis Utama, Pemutus Litar

Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM), kotak unit pengguna dan lain-lain mengikut keperluan)

3. Bahan dan aksesori minor pendawaian (skru, paku, klip dan lain-lain mengikut keperluan)

4. Bahan dan aksesori meter pengujian (meter megger ohm, meter pelbagai dan lain-lain mengikut keperluan)

5. Kalkulator untuk bantuan pengiraan

5.2 Penulisan RP

61

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Berikut adalah format RP. RP perlu disediakan sebelum pengajaran dilaksanakan menggunakan komputer dan semua guru boleh berkongsi RP yang sama jika mengajar Kriteria Pencapaian yang sama. Namun begitu ruangan Nama Pengajar dan Refleksi perlu ditulis berasingan/tidak boleh berkongsi/setiap guru satu RP.

Panitia

Nama Pengajar

TarikhHari MasaTajuk Modul/Mata Pelajaran:

Standard Kandungan:

Standard Pembelajaran:

Anggaran Masa Pengajaran

Kriteria Pencapaian Tugas utama/ProsesBahan sumber pembelajaran

Refleksi(ditulis tangan)

Jadual dibawah menerangkan maksud komponen format RP. Petak di sebelah kiri merupakan komponen RP iaitu Panitia, Nama Pengajar, Tarikh, Hari, Masa, Tajuk,

62

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Anggaran Masa Pengajaran, Kriteria Pencapaian, Tugas Utama/Proses, Bahan Sumber Pembelajaran dan Refleksi manakala di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen format RP tersebut. DSK dan RSL hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah.

KOMPONEN KETERANGAN

Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.

Nama Pengajar Nyatakan nama pengajar

TarikhHari Masa

Nyatakan tarikh, hari dan masa proses pengajaran dilaksanakan.

Tajuk Nyatakan nama Modul/mata pelajaran Nyatakan Standard Kandungan Nyatakan Standard Pembelajaran yang berkaitan pada sesi pengajaran

berkenaan sahajaAnggaran Masa Pengajaran Nyatakan masa yang dicadangkan oleh HSP sebagai panduan kepada guru

bagi mengawal sesi pengajaran.

Kriteria Pencapaian Nyatakan Kriteria Pencapaian yang menjadi matlamat pengajaran

sebagaimana di dalam DSK. Kriteria Pencapaian adalah sama seperti RSL.

Tugas utama/Proses Nyatakan tugas utama atau proses pengajaran sebagaimana RSL

Bahan sumber pembelajaran Nyatakan bahan sumber pembelajaran yang digunakan sepanjang proses

pengajaran.

Refleksi(ditulis tangan)

Nyatakan respons pengajar sepanjang proses pengajaran dengan menyatakan tahap pencapaian pengajaran pada akhir setiap sesi berkenaan. Ianya hendaklah ditulis tangan oleh pengajar.

Berikut adalah contoh RP bagi satu Standard Pembelajaran..

63

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Panitia Pendidikan Asas Vokasional – Pendawaian Elektrik

Nama Pengajar Anuar bin Mohamad Som

TarikhHari Masa

8 Januari 2013Khamis7.30 pagi – 11.10 pagi

Tajuk Modul/Mata Pelajaran: Pendawaian Elektrik

Standard Kandungan: Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa

Standard Pembelajaran: 2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.

Anggaran Masa Pengajaran

Kriteria Pencapaian Tugas utama/ProsesBahan sumber pembelajaran

40 minitx

4 waktu

= 160 minit

2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).

2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.

2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.

Pengajar membuat penerangan dan menunjukcara kepada pelajar dan pelajar akan kompeten melukis simbol serta gambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna satu fasa

Modul Pembelajaran, peralatan melukis, bahan sebenar alat kawalan pengguna satu fasa dan kalkulator

Refleksi(ditulis tangan)

Pada keseluruhannya, sesi pengajaran saya berjaya di laksanakan mengikut perancangan. Saya telah berjaya melakukan sesi tunjukcara kaedah melukis dengan betul mengikut piawaian. Pemerhatian saya di dalam kelas mendapati bahawa pelajar saya telah kompeten melukis simbol, gambarajah skematik dan gambarajah pendawaian dengan betul mengikut standard LP.

Selain daripada itu, bahan sumber pembelajaran yang saya gunakan iaitu bahan sebenar juga di dapati sangat menarik minat pelajar. Pelajar saya juga sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

PENGHARGAAN

64

Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV Di Sekolah Menengah HarianApril 2013 - DRAF

Bil Nama Ibu Pejabat

1. En. Anuar bin Mohd. Som(Penyelaras)

Ketua UnitUnit Kejuruteraan Elektrik (UKE)Bahagian Pembangunan KurikulumAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

2. Tn. Hj. Khidzir bin Ahmad En. Mohd. Rosdi bin IsmailEn. Khairuddin bin Khalid

Bahagian Pendidikan Teknik dan VokasionalAras 5–6, Blok E14, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

3. Tn. Hj Ramli bin Dollah En. Zamri bin Zakaria

Jabatan Pelajaran Negeri KelantanJalan Doktor 15000 Kota Bahru, Kelantan

4. En. Azmi bin MohamadEn. Shahnun Azli bin Shamsudin

Jabatan Pelajaran Negeri SelangorJalan Jambu Bol 4/3e, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor

5. En. Ya’akob bin ZaidinEn. Mustafa Kamal bin Abd. Halim

Jabatan Pelajaran Negeri PahangBandar Indera Mahkota 25604 Kuantan, Pahang

6. Pn. Norlaila binti Harun Jabatan Pelajaran Negeri PerlisJalan Tun Abd Razak01990 Kangar, Perlis

7. En. Sujak bin MaskanTn. Hj. Esa bin Ahmad

Jabatan Pelajaran Negeri JohorJalan Tun Abdul Razak80604 Johor Bahru, Johor

8. En Karim bin Tumin Jabatan Pelajaran Negeri MelakaJalan Istana Bukit Beruang75450 Melaka

Sebarang maklumbalas berkaitan dokumen ini, sila kemukakan terus kepada:

Sektor Pendidikan Teknikal dan VokasionalBahagian Pembangunan KurikulumAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Wilayah Persekutuan PutrajayaTel. : +603 8884 2000Faks : +603 8884 9917Emel: [email protected]

© Hakcipta Terpelihara 2013

65