PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN...

6
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

Transcript of PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN...

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 3

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid:

OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;

OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke

arah mengekalkannya;

OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam

negara Malaysia yang demokratik;

OM4 Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah;

dan

OM5 Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan

nilai murni masyarakat Malaysia.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 3

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

3

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak

mulia.

4

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk

berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang.

5

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.

6

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 4

ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR

KOGNITIF

1

Menyatakan ganjaran / hukuman yang bakal diterima dari setiap tindakan dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar dan patriotisme dengan betul.

2 Menerangkan kesan kepada setiap tindakan dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, patriotisme dan demokrasi dengan betul dan tepat.

3 Mengaplikasi setiap tindakan yang dianggap baik oleh masyarakat dalam bidang perkembangan diri, alam sekitar, patriotisme dan demokrasi dengan betul.

4 Meneroka pilihan dan membuat keputusan berdasarkan pemikiran moral dalam bidang perkembangan diri, hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dengan betul dan tepat.

5 Menilai sesuatu tindakan moral yang berteraskan kepada kepentingan sosial dan masyarakat dalam bidang hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dengan betul dan berkesan.

6 Menilai sesuatu tindakan moral yang berteraskan kepada kepentingan sosial dan masyarakat dalam bidang hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dengan betul dan berkesan secara tekal dan berterusan.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 5

ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR

PENGHAYATAN / PENGAMALAN NILAI

1

Menerima dan menunjukkan persetujuan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik:

Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Cinta akan negara

Hidup bersama secara aman

Saling membantu dan bekerjasama

Bertanggungjawab

Rasional

Mematuhi peraturan dan undang-undang

2

Memberi respons dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik:

Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Kemapanan alam sekitar

Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Cinta akan negara

Hidup bersama secara aman

Saling membantu dan bekerjasama

3

Boleh menunjukkan perlakuan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik apabila disuruh:

Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Kemapanan alam sekitar

Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Cinta akan negara

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 6

4

Boleh menunjukkan perlakuan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik dengan rela hati dan tertib:

Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Cinta akan negara

Hidup bersama secara aman

Saling membantu dan bekerjasama

Bertanggungjawab

Rasional

Mematuhi peraturan dan undang-undang

5

Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme dalam pelbagai situasi:

Kemapanan alam sekitar

Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Cinta akan negara

Saling membantu dan bekerjasama

6

Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme dalam pelbagai situasi:

Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Kemapanan alam sekitar

Cinta akan negara

Saling membantu dan bekerjasama

Bertanggungjawab

Rasional