Panduan Projek Mini - · PDF fileKertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang...

3
1 AG20503/30503- PROJEK MINI MUSIM CUTI 1. KETERANGAN KURSUS Kertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar secara bersendirian atau independent. Ouput atau hasil daripada penyelidikan ini hendaklah dikemukakan dalam bentuk penulisan ilmiah sepanjang kira-kira minimum 5 muka surat di taip langkau 1.5 baris tidak termasuk lampiran. Penyelidikan hendaklah diasaskan kepada satu masalah/isu/penerokaan/penciptaan yang asli atau baru yang belum lagi dikaji . Tahap pencapaian akademik yang diperlukan dalam adalah paling asas, kajian hendaklah mengupas, meneroka atau mencipta bahan kajian pada peringkat paling dasar tetapi tidak terlalu umum; menggunakan teknik penyelidikan sesuai dengan tahap ijazah pertama tetapi mencapai mutu kesarjanaan sesuai dengan peringkat tersebut. 2. KAEDAH PENILAIAN DAN PENGGREDAN 15% daripada keseluruhan penilaian kursus Tugasan secara individu 3. FORMAT PROJEK MINI Yang diperturunkan di bawah ini adalah satu cadangan sahaja, anda boleh membeganya dengan persetujuan penyelia anda. 1. Pengenalan – bahagian ini sepatutnya membicarakan:- a. pengenalan topik anda serta pernyataan ringkas mengenai perkara utama dalam kajian anda. b. Pernyataan permasaalahan. Iaitu membincangkan isu atau perkara yang menjadi kajian anda seperti apakah yang menjadi isu/bahan kajian, mengapa ia menjadi isu/bahan kajian c. Objektif Kajian. Nyatakan apa yang kamu ingin cari, selidiki dalam kajian ini d. Metologi Kajian. Atau kaedah kajian. Nyatakan bagaimana anda hendak melakukan kajian bagi mencapai objektif. Nyatakan jenis analisis atau teknik kajian yang akan anda gunakan 2. Kawasan Kajian/Tempat kajian a. Nyatakan tempat kajian anda secara terperinci b. Sertakan peta/gambarajah bagi menunjukkan kawasan kajian anda. 3. Hasil Kajian – bahagian ini sepatutnya memaparterangkan:- a. Hasil atau dapatan daripada kajian anda. Sekiranya anda menghasilkan data primer mungkin anda mahu mempamirkannya dalam bentuk jadual atau graf atau sebarang bentuk presentasi yang anda rasa sesuai 4. Analisis Hasil Kajian – bahagian ini sepatutnya membincangkan a. Hasilan daripada analisis. Nyatakan apakah yang anda dapati setelah analisis dilakukan. Hasilan boleh dibuat berdasarkan dua sudut: Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Transcript of Panduan Projek Mini - · PDF fileKertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang...

Page 1: Panduan Projek Mini - · PDF fileKertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar secara bersendirian atau independent. Ouput ... kajian hendaklah mengupas,

1

AG20503/30503- PROJEK MINI MUSIM CUTI 1. KETERANGAN KURSUS

Kertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar secara bersendirian atau independent. Ouput atau hasil daripada penyelidikan ini hendaklah dikemukakan dalam bentuk penulisan ilmiah sepanjang kira-kira minimum 5 muka surat di taip langkau 1.5 baris tidak termasuk lampiran. Penyelidikan hendaklah diasaskan kepada satu masalah/isu/penerokaan/penciptaan yang asli atau baru yang belum lagi dikaji . Tahap pencapaian akademik yang diperlukan dalam adalah paling asas, kajian hendaklah mengupas, meneroka atau mencipta bahan kajian pada peringkat paling dasar tetapi tidak terlalu umum; menggunakan teknik penyelidikan sesuai dengan tahap ijazah pertama tetapi mencapai mutu kesarjanaan sesuai dengan peringkat tersebut.

2. KAEDAH PENILAIAN DAN PENGGREDAN

• 15% daripada keseluruhan penilaian kursus

• Tugasan secara individu 3. FORMAT PROJEK MINI

Yang diperturunkan di bawah ini adalah satu cadangan sahaja, anda boleh membeganya dengan persetujuan penyelia anda.

1. Pengenalan – bahagian ini sepatutnya membicarakan:-

a. pengenalan topik anda serta pernyataan ringkas mengenai perkara utama dalam kajian anda.

b. Pernyataan permasaalahan. Iaitu membincangkan isu atau perkara yang menjadi kajian anda seperti apakah yang menjadi isu/bahan kajian, mengapa ia menjadi isu/bahan kajian

c. Objektif Kajian. Nyatakan apa yang kamu ingin cari, selidiki dalam kajian ini

d. Metologi Kajian. Atau kaedah kajian. Nyatakan bagaimana anda hendak melakukan kajian bagi mencapai objektif. Nyatakan jenis analisis atau teknik kajian yang akan anda gunakan

2. Kawasan Kajian/Tempat kajian

a. Nyatakan tempat kajian anda secara terperinci b. Sertakan peta/gambarajah bagi menunjukkan kawasan kajian anda.

3. Hasil Kajian – bahagian ini sepatutnya memaparterangkan:- a. Hasil atau dapatan daripada kajian anda. Sekiranya anda menghasilkan

data primer mungkin anda mahu mempamirkannya dalam bentuk jadual atau graf atau sebarang bentuk presentasi yang anda rasa sesuai

4. Analisis Hasil Kajian – bahagian ini sepatutnya membincangkan

a. Hasilan daripada analisis. Nyatakan apakah yang anda dapati setelah analisis dilakukan. Hasilan boleh dibuat berdasarkan dua sudut:

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: Panduan Projek Mini - · PDF fileKertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar secara bersendirian atau independent. Ouput ... kajian hendaklah mengupas,

2

i. Hasilan utama. Nyatakan di sini hasilan utama yang diperolehi ii. Hasilan-hasilan lain. Nyatakan di sini hasilan-hasilan lain yang

didapati daripada kajian anda, sekiranya ada. b. Kuatkan analisis dengan paparan graf ataugambarajah

5. Perbincangan dan Kesimpulan

a. Perbincangan mengenai hasilan utama b. Perbincangan mengenai perbandingan hasilan anda dengan kajian-

kajian lain c. Pernyataan anda mengenai kajian ini. Samada anda merasakan anda

telah menemui sesuatu yang baru atau anda telah mencipta sesuatu yang baru atau sebagainya.

d. Nyatakan dengan ringkas dan padat apakah keimpulan/rumusan utama kajian anda

e. Nyatkan natijah atau outcome yang mungkin dicetuskan oleh kajian anda ini.

4. KAEDAH MEMBUAT RUJUKAN

KAEDAH Sistem Pengarang-Tarikh-mukasurat yang diterima

Air merupakan merupakan satu sumber (resources) yang menjadi perhatian ahli

geografi (Chorley & Kates, 1969 : 3). Dalam konteks umum, kajian air merujuk

kepada istilah hidrologi yang member fokus kepada kajian ke atas

kewujudan/taburan, ciri-ciri dan pergerakan air di dalam atau di antara komponen-

komponen fizikal dan biologi dalam alam sekitar (Thompson, 1999 : 1). Taburan air

yang unik mengikut ruang dan masa disebabkan oleh satu proses enjin terhebat

alam sekitar dikenali kitaran

CATATAN RUJUKAN BUKU

Arnel, N. 2002. Hydrology and Global Environmental Change. Malaysia : Prentice Hall. 346p

CATATAN RUJUKAN BUKU DI EDIT

Muligan, M. 2004. Modelling Catchment Hydrology. Wainwright, J & Mulligan, M. (ed). Environmental Modelling : Finding Simplicity in Complexity. London : John Wiley & Son. 106-121

CATATAN RUJUKAN INTERNET

Savini, J. and J. C. Kammerer, 1961, Urban growth and the water regime. United States Geological Survey publication, 1591A. (atas talian) http://www.citeulike.org/user/tim-fewtrell/article/1033735 Dicetak 18 Jun 2008 6:56 AM

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: Panduan Projek Mini - · PDF fileKertas Projek Mini adalah satu kerja penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar secara bersendirian atau independent. Ouput ... kajian hendaklah mengupas,

3

5. KAEDAH PENGUTIPAN DATA

Oleh kerana KP ini memerlukan anda membuat sumbangan kepada ilmu, maka anda mestilah melakukan penyelidikan untuk mendapatkan maklumat dan data.

a. Maklumat/data primer (primary data) - maklumat/data seperti ini hanya

diperolehi apabila anda melakukan kerja-kerja pengumpulan data sendiri. Data yang didapati dengan cara ini adalah merupakan sumbangan kepada ilmu kerana ia menambah maklumat di dalam sesuatu bidang. Untuk mendapat data primary ini anda boleh melakukan dengan beberapa cara:

b. Pengukuran di tempat kajian (field measurement). Data-data boleh didapati dengan melakukan sendiri pengukuran-pengukuran mengenainya, seperti data dalam air perigi, beban sedimen air dan lain-lain. Data-data yang didapati dengan cara ini adalah amat menolong dalam beberapa jenis kajian.

c. Menggunakan soalah soal selidik (questionaires). Ini adalah satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat, iaitu dengan menyediakan soalan-soalan dan kemudian pergi ke kawasan kajian untuk membuat interview dengan responden. Cara ini sesuai sekiranya maklumat data yang diperlukan adalah mengenai ‘orang’ atau manusia.

d. Pengamatan sambil mengambil bahagian (participant observation) - juga maklumat yang boleh didapati secara ‘first hand’ mengenai manusia.

e. Persampelan - kadang-kadang bahan yang ditanya diperlukan adalah terlalu banyak, maka ia menjadi perlu untuk sampel digunakan. Ini jua merupakan satu cara untuk mendapatkan maklumat/data utama.

6. TARIKH AKHIR PENGHANTARAN 1 NOVEMBER 2008

Disediakan oleh NORDIN SAKKE

4 Ramadhan 1429 H/ 4 September 2008 M

Penghargaan : Kaedah projek ini diubahsuai dari Kertas Projek yang dihasilkan oleh Prof. Dr. Hamirdin Ithnin (Pensyarah Geografi Universiti Malaya). Terima kasih kerana sudi membenarkan panduan ini digunakan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.