paper3_fzk

6
BAHAGIAN A (Jawab semua soalan) 1. Satu eksperimen mengkaji hubungan di antara jisim berslot, m yang dijatuhkan dan halajunya,v apabila pecutan graviti dan geseran adalah tetap telah dijalankan. Susunan radas seperti di bawah. Jangkamasa detik membuat 50 detik sesaat. Apabila jisim berslot 200 g dilepaskan jatuh ke bawah, ia akan menarik troli menuruni landasan sambil menarik pita detik yang dihubungi kepada jangkamasa detik yang telah pun dihidupkan. Daripada pita detik itu maka halaju gerakan jisim berslot itu dapat ditentukan. Eksperimen ini akan diulang dengan menggunakan jisim berslot yang berlainan; 300 g, 400 g, 500 g dan 600 g. Panjang pita detik sebenar ditunjukkan pada Rajah 1, 2, 3, 4 dan 5 di mana 10 detik terakhir mewakili halaju akhir gerakan ini.

description

spm

Transcript of paper3_fzk

Page 1: paper3_fzk

BAHAGIAN A(Jawab semua soalan)

1. Satu eksperimen mengkaji hubungan di antara jisim berslot, m yang dijatuhkan danhalajunya,v apabila pecutan graviti dan geseran adalah tetap telah dijalankan.Susunan radas seperti di bawah. Jangkamasa detik membuat 50 detik sesaat.Apabila jisim berslot 200 g dilepaskan jatuh ke bawah, ia akan menarik troli menurunilandasan sambil menarik pita detik yang dihubungi kepada jangkamasa detik yangtelah pun dihidupkan. Daripada pita detik itu maka halaju gerakan jisim berslot itudapat ditentukan.

Eksperimen ini akan diulang dengan menggunakan jisim berslot yang berlainan; 300g, 400 g, 500 g dan 600 g. Panjang pita detik sebenar ditunjukkan pada Rajah 1, 2,3, 4 dan 5 di mana 10 detik terakhir mewakili halaju akhir gerakan ini.

a) Berdasarkan tujuan dan prosedur eksperimen ini, nyatakan;(i) pembolehubah dimanipulasikan(ii) pembolehubah bergerak balas(iii) pembolehubah dimalarkan

[3 markah]b) (i) Apakah masa yang diwakili oleh keratan pita 10 detik?

[1 markah]

Page 2: paper3_fzk

(ii) Ukur panjang sesaran pita detik itu bagi setiap 10 detik dalam Rajah 1, 2, 3, 4dan 5 apabila jisim berslot yang berlainan digunakan. Seterusnya kirakan halaju gerakan

ini dengan rumus,

Jadualkan semua keputusan anda bagi m, s dan v pada ruang yangdisediakan di bawah.

[6 markah]c) Pada kertas graf di bawah, lukiskan graf v melawan m.

[5 markah]d) Berdasarkan graf anda, nyatakan hubungan antara v dan m.

[1 markah]

Rajah 22. Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji hubungan antara rintangan, Rdengan panjang dawai, l menggunakan radas seperti Rajah 1 di atas. Untuksetiap panjang dawai yang digunakan reostat dilaraskan sehingga arus 0.5 A.Bacaan voltmeter, V sepadan dicatatkan seperti rajah 3 di bawah.

Page 3: paper3_fzk

Rajah 3(a) Berdasarkan penerangan eksperimen ini nyatakan:(i) pemboleh ubah manipulasi

[ 1 m ](ii) pemboleh ubah bergerak balas

[ 1 m ](iii) pemboleh ubah dimalarkan

[ 1 m ](iv) bagaimana anda mengukur rintangan dawai.

[ 1 m ]

(b) Berpandukan Rajah 3 ukur panjang l, dawai dari l = 1 hingga 4.Catatkan nilai v, voltmeter yang sepadan.Jadualkan keputusan anda pada ruang di bawah untuk menunjukkanhubungan rintangan, R dengan panjang dawai, l .

[ 3 m ]

(c) Berdasarkan jadual anda, lukiskan graf R melawan l.Daripada graf anda, tentukan nilai kecerunan.(Sila gunakan kertas graf )

[ 6 m ](d) Apakah kuantiti fizik yang mewakili nilai kecerunan?

[ 1 m ](e) Nyatakan faktor- faktor yang mempengaruhi nilai bagi rintangan dawai.Seterusnya apakah anggapan kamu tentang dawai yang digunakan?

[ 2 m ]

Bahagian BJawab mana-mana satu soalan.

1 Pada hari sukan sekolah, air minuman disediakan dalam satu bekas lutsinar. Padaawalnya air didapati mengalir keluar dengan laju yang tinggi seperti dalam Rajah a.Semakin lama, kadar aliran air semakin perlahan seperti dalam Rajah bBerdasarkan pemerhatian itu,(a) Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat [1 markah](b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai untuk suatu penyiasatan [1 markah]

Page 4: paper3_fzk

(c) Dengan menggunakan radas seperti troli, jangkamasa detik, tali kenyal danlain-lain, terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda.Dalam penerangan anda jelaskan perkara-perkara berikut :(i) Tujuan eksperimen(ii) Pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu(iii) Senarai radas dan bahan(iv) Susunan radas(v) Prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pembolehubah yang dimanipulasikan dan kaedah mengukur pembolehubah bergerakbalas(vi) Cara anda akan menjadualkan data(vii) Cara anda akan menganalis data

[10 markah]

2. Rajah 4(a) menunjukkan Amran sedang bermain papan lunsur beroda dan bergerak dengan pecutan tertentu. Apabila adiknya bermain papan lunsur tersebut seperti dalam Rajah 4(b) pecutannya bertambah. Berdasarkan pemerhatian di atas,(a) Nyatakan inferens yang boleh dibuat.(b) Binakan hipotesis yang sesuai untuk suatu penyiasatan.(c) Huraikan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda itu. Dalam huraian anda nyatakan dengan jelas tentang perkara yang berikut:(i) Tujuan eksperimen(ii) Pembolehubah eksperimen(iii) Definisi pemboleh ubah secara operasi(iv) Senarai radas dan bahan(v) Susunan radas(vi) Kaedah mengawal pembolehubah manipulasi(vii) Kaedah mengukur pemboleh ubah bergerak balas(viii) Ulangan eksperimen(ix) Penjadualan data(x) Menganalisis data [ 12 markah ]

Page 5: paper3_fzk