Pasukan Perlindungan Kanak

2
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat. Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak. Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara. Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK. Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak. PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan. PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan. Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK

description

jkm

Transcript of Pasukan Perlindungan Kanak

Page 1: Pasukan Perlindungan Kanak

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)

PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada

perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh

PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan

mengikut keperluan masyarakat setempat.

Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan,

kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan

perkembangan kanak-kanak.

Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan

pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah

sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara.

Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di

dalam komuniti sekitar PAKK.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan

berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.

PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan

Kanak-kanak.

PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan

peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu

dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.

PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja.

Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan

kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan /

sokongan dari perseorangan.

Page 2: Pasukan Perlindungan Kanak

Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan

sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang

dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil

yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih

daripada lima belas orang.

PERANAN PAKK DAN AKTIVITI -AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PASUKAN

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan

peringkat umur kanak-kanak.

2. Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu

bapa dan kanak-kanak.

3. Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.

4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas

lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.

5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.

6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan /

kesenian dan sebagainya.