Pbk Isl Minggu 7

2
ISL Minggu 7 - Meneroka dan mencari maklumat berkaitan kemahiran personhood yang dikemukan oleh tokoh-tokoh dalam bidang bimbingan dan kaunseling Personaliti pemimpin memainkan peranan penting di dalam memastikan perkembangan kelompoknya. Dia memberi kesan signifikan kepada pencapaian matlamat kelompok. Oleh itu seorang pemimpin perlu melengkapkan dirinya dengan beberapa ciri yang sesuai untuk memudahkan tanggungjawabnya dan supaya ahli merasakan pengalaman berkelompok membawa kesan positif dalam hidupnya. Antara ciri personaliti yang sesuai untuk seorang pemimpin adalah seperti yang disarankan oleh Aminah dan Asmah (2000) dan Corey dan Corey (2000). 1. Berani Yakin bahawa dia boleh mengendalikan kelompok dengan berkesan dan berjaya; sanggup menghadapi apa sahaja dugaan dan kerenah ahli kelompok 2. Menjadi model Harus bersedia dijadikan contoh; sikap, tingkah laku dan tutur katanya pemimpin akan menjadi perhatian dan ikutan ahli 3. Hadir Hadir secara fizikal, emosi dan kognitif 4. Mengambil berat Menunjukkan sikap muhibah dan mesra terhadap ahli 5. Percaya kepada proses kelompok Mempercayai bahawa kelompok boleh membawa perubahan dan kebaikan kepada ahlinya 6. Terbuka Mengamalkan sikap terbuka kepada perbezaan yang wujud antara ahli samada keunikan personaliti, perbezaan pengalaman atau nilai; dia juga menunjukkan sikap suka mencari pengalaman baru 7. Tahan dikritik Sanggup menerima cabaran dan teguran daripada ahli; mengakui bahawa dia bukan pakar di dalam semua bidang

description

kemahiran personhood

Transcript of Pbk Isl Minggu 7

Page 1: Pbk  Isl Minggu 7

ISL Minggu 7 - Meneroka dan mencari maklumat berkaitan kemahiran personhood yang

dikemukan oleh tokoh-tokoh dalam bidang bimbingan dan kaunseling

Personaliti pemimpin memainkan peranan penting di dalam memastikan perkembangan

kelompoknya. Dia memberi kesan signifikan kepada pencapaian matlamat kelompok.

Oleh itu seorang pemimpin perlu melengkapkan dirinya dengan beberapa ciri yang

sesuai untuk memudahkan tanggungjawabnya dan supaya ahli merasakan pengalaman

berkelompok membawa kesan positif dalam hidupnya. Antara ciri personaliti yang

sesuai untuk seorang pemimpin adalah seperti yang disarankan oleh Aminah dan

Asmah (2000) dan Corey dan Corey (2000).

1. Berani

Yakin bahawa dia boleh mengendalikan kelompok dengan berkesan dan berjaya;

sanggup menghadapi apa sahaja dugaan dan kerenah ahli kelompok

2. Menjadi model

Harus bersedia dijadikan contoh; sikap, tingkah laku dan tutur katanya pemimpin akan

menjadi perhatian dan ikutan ahli

3. Hadir

Hadir secara fizikal, emosi dan kognitif

4. Mengambil berat

Menunjukkan sikap muhibah dan mesra terhadap ahli

5. Percaya kepada proses kelompok

Mempercayai bahawa kelompok boleh membawa perubahan dan kebaikan kepada

ahlinya

6. Terbuka

Mengamalkan sikap terbuka kepada perbezaan yang wujud antara ahli samada

keunikan personaliti, perbezaan pengalaman atau nilai; dia juga menunjukkan sikap

suka mencari pengalaman baru

7. Tahan dikritik

Page 2: Pbk  Isl Minggu 7

Sanggup menerima cabaran dan teguran daripada ahli; mengakui bahawa dia bukan

pakar di dalam semua bidang

8. Kuasa peribadi

Sebagai ketua kelompok, dia mempunyai kuasa menentukan atau mengubah sesuatu

keputusan yang telah dibuat oleh kelompok

9. Stamina/ tenaga

Kelompok suka kepada pemimpin yang bertenaga dan enegetik. Tenaga yang

ditunjukkan oleh pemimpin boleh mempengaruhi tahap stamina ahli. Dia boleh

menyebabkan ahli letih bersemangat semula.

10. Lucu (Sense of humour)

Boleh berjenaka dan boleh ketawa apabila ahli menceritakan sesuatu yang lucu sesuai

dengan keadaannya; pemimpin yang terlalu serius boleh membuatkan sesi kelompok

menjadi boring dan hambar

11. Kreatif

Sentiasa mencari dan mencuba idea baru di dalam kelompok

12. Kesedaran diri

Sentiasa menjadikan pengalaman berkelompok untuk melakukan refleksi diri dan

meningkatkan proses mengenali diri

https://www.google.com/url?

sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB4QFjAA&url=http

%3A%2F%2Fwww.vodppl.upm.edu.my%2Fuploads%2Fdocs%2FUnit

%25204%2520Bimbingan%2520Kelompok.doc&ei=ODVEVaPRHY-

OuASCh4Bo&usg=AFQjCNFft2B8ClYU0qyI8orcQzh5Bksx5Q&sig2=-

PC7BICLWthNIP5NVyigqw&bvm=bv.92291466,d.c2E