PBK perkembangan bahasa kk

8
ISL - PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 16 JUN 2008 1. Apakah perkembangan bahasa? Bahasa merupakan satu-satunya alat komunikasi manusia. Alat komunikasi dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh setiap manusia sejak peringkat awal kehidupan lagi. Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan. Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007). 2. Apakah perkembangan bahasa kanak-kanak? Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. PBK: Syaza Yasmin binti Ismail PISMP 2C 1

Transcript of PBK perkembangan bahasa kk

Page 1: PBK perkembangan bahasa kk

ISL - PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

16 JUN 2008

1. Apakah perkembangan bahasa?

Bahasa merupakan satu-satunya alat komunikasi manusia. Alat komunikasi

dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh setiap manusia sejak peringkat awal

kehidupan lagi.

Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang

bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui

ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar.

Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi

yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan

komunikasi dan luahan perasaan.

Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan

proses pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran

membaca dan menulis. Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan

memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).

2. Apakah perkembangan bahasa kanak-kanak?

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan

menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang

beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan

perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan

dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan.

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

1

Page 2: PBK perkembangan bahasa kk

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu

daripada tangisan pertama. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak

berlaku mengikut urutan yang sama tanpa mengira bangsa dan jantina.

Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun

meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan. Aktiviti bercerita

membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis

dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti

bercerita.

3. Apakah perkaitan perkembangan bahasa dengan perkembangan kanak-

kanak?

Menurut Piaget, perkembangan bahasa dan kanak-kanak sentiasa berkait rapat

dengan perkembangan mentalnya. Kanak-kanak mula belajar bercakap dalam

lingkungan umur dua tahun iaitu penghujung tahap deria motor. Dari umur dua

tahun hingga tujuh tahun, kanak-kanak memasuki tahap pemikiran praoperasi.

Dalam lingkungan umur empat tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap

dengan petahnya dan boleh membentuk ayat, menggunakan tatabahasa yang

betul dan boleh memahami percakapan orang lain. Mulai umur empat tahun ke

atas perkembangan bahasa kanak-kanak menjadi lebih pesat.

Piaget juga menjelaskan kanak-kanak membina struktur pemikiran mereka

dengan sendiri; bukan hanya daripada persekitaran sahaja.

Tahap Deria Motor (0 – 2 tahun)

Kanak-kanak boleh memahami melalui deria.

Tidak ada konsep kewujudan, contohnya mereka tidak berusaha mencari

benda yang tidak dapat dilihat.

Intelek yang sangat cepat tetapi keupayaan mental terhad kepada objek

yang dapat dilihat.

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

2

Page 3: PBK perkembangan bahasa kk

Tahap Praoperasi (2 -7 tahun)

Kanak-kanak mula memahami konsep konkrit.

Mereka bersifat egosentrik, iaitu suka bermain dan sambil bermain

bercakap seorang diri.

Kanak-kanak pada tahap ini kurang berminat berinteraksi dengan orang

lain.

Tidak boleh berfikir secara abstrak.

Kanak-kanak tidak boleh melakukan proses pengekalan.

Belum ada proses pemikiran transformasi dan logik.

4. Apakah ‘mile stone’ berkaitan perkembangan bahasa kanak-kanak?

Merujuk pakar bahasa, terdapat empak aspek dalam penguasaan bahasa kanak-

kanak, iaitu;

Fonologi: menghasilkan bunyi, perkataan, ayat dan cerita.

Semantik: memahami maksud perkataan, ayat dan cerita.

Tatabahasa: menggunakan peraturan sintaksis dan morfologi secara tepat

dalam membentuk ayat.

Pragmatik: menggunakan perkataan yang sesuai (mengikut peraturan

budaya) ketika bertutur.

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

3

Page 4: PBK perkembangan bahasa kk

Fonologi

Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Corak

perkembangan fonologi pada umumnya sama bagi semua kanak-kanak, tidak kira

bahasa apa yang dituturkan. Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah seperti

berikut:

Umur Perkembangan bahasa

Baru lahir – 2 bulan Menangis dan senyum

Lebih suka kepada suara manusia

2 – 4 bulan Mendekut (bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-

aa-aa-aa-aa” ataupun “oo-oo-oo-oo-oo”

6 – 9 bulan Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk

menghasilkan suku kata seperti “ma-ma-ma-ma-ma”

ataupun “ba-ba-ba-ba-ba”

Mula menunjukkan gerak tangan

9 – 12 bulan Mencantum suku kata dan menghasilkan perkataan

pertama

1 – 1 ½ tahun Menyebut perkataan (mengenal nama benda ataupun

orang)

1 ½ - 2 tahun Menyebut gabungan 2 perkataan (ayat mudah) melalui

bahasa telegrafi (perkataan yang penting sahaja dan

fonem, seperti “ti kar” untuk “mak, saya nak roti bakar”)

2 – 4 tahun Menyebut gabungan 3 perkataan

Menggunakan strategi sebutan untuk perkaitan rumit

(seperti “didi” untuk “tv”; ataupun “alan” untuk “jalan”)

4 – 6 tahun Menghasilkan gabungan 4 – 5 perkataan

Sebutan bertambah baik

Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu

ataupun pantun yang mudah

Sumber: Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Semantik

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

4

Page 5: PBK perkembangan bahasa kk

Semantik adalah kebolehan memahami percakapan yang didengari. Perkembangan

semantik kanak-kanak adalah seperti berikut:

Umur Kebolehan semantik

6 – 12 bulan Dapat memahami perkataan serta menunjuk objek yang

dinamakan.

1 – 1 ½ tahun Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan

sebulan pada usia 1 tahun

Perbendaharaan kata terdiri daripada orang (mama,

abah) dan benda maujud (bola, kasut, buku)

Memahami arahan mudah seperti “tepuk tangan”

1 ½ - 2 tahun Perbendaharaan kata bertambah 10 hingga 20 perkataan

seminggu

Perbendaharaan kata terdiri merangkumi perbuatan (bye-

bye), tempat (mana, sana) dan keadaan (habis)

2 – 3 tahun Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan

menyifatkan objek

Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti

perasaan seperti marah ataupun sifat nama seperti comel

Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan)

Dapat menamakan objek ataupun kejadian dan

mengkategorikan

4 – 6 tahun Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000

perkataan pada hujung peringkat prasekolah)

Memahami lawak jenaka dan metafora

Memahami cerita lisan ataupun yang dibaca dalam buku

Memahami dan menghafal seni kata lagu ataupun puisi

Sumber: Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Perkembangan tatabahasa

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

5

Page 6: PBK perkembangan bahasa kk

Perkembangan tatabahasa adalah penggunaan lebih daripada satu perkataan dalam

satu ungkapan. Perkembangan tatabahasa kanak-kanak adalah seperti berikut:

Umur Perkembangan tatabahasa

1 – 2 tahun Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataan

seperti “sedap roti” untuk “sedapnya roti ini”

2 – 3 tahun Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti “adik nak

ikut” untuk “adik nak ikut mak jalan-jalan”

Berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan

kata tempat dalam membentuk ayat

4 – 6 tahun Menghasilkan ayat gabungan 3 – 6 perkataan seperti

“kucing putih itu kucing kesayangan adik”

Menggunakan:

- Kata sambung (kerana, sambil)

- Ayat berlapis (baju saya cantik dan berwarna hijau)

- Soalan bertag (aiskrim ini sedap, betul tak?) dan

- Ayat pasif (bola ditendang oleh Ahmad)

Menghasilkan cerita pendek

Sumber: Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Perkembangan pragmatik

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

6

Page 7: PBK perkembangan bahasa kk

Perkembangan pragamatik adalah perkembangan di mana kanak-kanak perlu

mempelajari mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi. Contohnya, mereka

hendaklah belajar mengambil giliran untuk bercakap, memahami bahasa badan

ataupun isyarat, memberi respons kepada teman perbualan dan tahu topik yang

diperbualkan. Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik

berkembang seperti berikut:

Umur Kebolehan

1 – 2 tahun Mula mengambil giliran dalam perbualan

Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti

“bye-bye” ataupun “terima kasih”

3 – 4 tahun Dapat mengambil bahagian dalam perbualan dalam

kumpulan kecil ketika bermain ataupun aktiviti kelas

Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian

Dapat menggunakan daftar bahasa, seperti “selamat

pagi”

5 – 6 tahun Dapat mengambil bahagian dalam perbualan dalam

kumpulan besar

Dapat menggunakan daftar bahasa, seperti “apa khabar”

ataupun “tolong...” secara berkesan, mengikut keperluan

budaya

Mula memberi komen dan meminta tindak balas

Dapat menanya balik apabila disoal

Sumber: Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

RUJUKAN

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

7

Page 8: PBK perkembangan bahasa kk

Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak

untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohamad bin Aman, Kasim bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal

Kanak-kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum

Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Zulkifli bin Yaakob (2007). Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanak-kanak.

Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

PBK:

Sya

za Y

asm

in b

inti

Ism

ail P

ISM

P 2C

8