pbs stpm

download pbs stpm

of 32

Transcript of pbs stpm

  • 7/29/2019 pbs stpm

    1/32

    STPM

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    2013

    PERATURAN DAN SKEMA

    PEPERIKSAAN

    Majlis Peperiksaan MalaysiaPersiaran 1, Bandar Baru Selayang

    68100 BATU CAVESSelangor Darul Ehsan

  • 7/29/2019 pbs stpm

    2/32

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    2013

    i

    PERATURAN DANSKEMA PEPERIKSAAN

  • 7/29/2019 pbs stpm

    3/32

    KETUA EKSEKUTIF

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG68100 BATU CAVES

    SELANGOR DARUL EHSAN

    Telefon: 03 - 6136 9663Faksimile: 03 - 6136 1488

    Laman web: www.mpm.edu.myE-mel: [email protected]

    [email protected]

    Majlis Peperiksaan Malaysia 2012

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan dengan

    apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman,

    atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripadaKetua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

    Muka taip teks: ArialSaiz taip teks: 12/16 poin

    ii

  • 7/29/2019 pbs stpm

    4/32

    KANDUNGAN

    Pengenalan . 1

    Struktur Organisasi Majlis Peperiksaan Malaysia . 2

    Peraturan Peperiksaan

    Pendaftaran Masuk Peperiksaan ............................................................ 3

    Pendaftaran Calon Lewat ........................................................................ 6

    Pusat Peperiksaan .................................................................................. 7

    Jadual Waktu Peperiksaan ...................................................................... 7

    Perpindahan Pusat Peperiksaan ............................................................. 7

    Penarikan Diri daripada Peperiksaan ...................................................... 8

    Penangguhan Peperiksaan ..................................................................... 8Penyakit Berjangkit ................................................................................ .. 8

    Calon Kes Istimewa ................................................................................. 9

    Bahan yang Dibawa oleh Calon .............................................................. 9

    Perhatian untuk Calon ............................................................................. 10

    Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon .................................... 10

    Pemberitahuan tentang Keputusan Peperiksaan .................................... 11

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ................................................. 12

    Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan ....................................... 13

    Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan .......................... 14

    Sijil ........................................................................................................... 14

    Laporan Peperiksaan .............................................................................. 15

    Hasil Kerja Calon ..................................................................................... 16

    Skema Peperiksaan

    Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan ................................... 17

    Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran............... 18

    Pemilihan Mata Pelajaran ........................................................................ 19

    Senarai Mata Pelajaran dan Kertas . 20

    Senarai Buku Sukatan Pelajaran ..... 28

    iii

  • 7/29/2019 pbs stpm

    5/32

    PENGENALAN

    Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980[Akta 225] merupakan badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian PelajaranMalaysia. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ditadbir urus oleh lembaga pengelola yang disebu

    Majlis yang keanggotaannya terdiri daripada sembilan belas orang naib canselor universiti awamtempatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaPengarah Peperiksaan, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan lima orang ahli yangdilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi Majlis dilantik oleh SerPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan naib canselor universiti awam tempatan.

    MPM dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) mulai peperiksaan tahun 1982. Peperiksaan ini menggantikan peperiksaan Sijil TinggPersekolahan/Higher School Certificate yang dikelolakan oleh University of Cambridge LocaExaminations Syndicate. Mulai peperiksaan STPM tahun 2012 bagi pelajar tingkatan enam bawahMPM akan menukar sistem peperiksaan STPM sedia ada yang ditadbirkan pada penghujungtempoh pengajian STPM selama 1 tahun kepada sistem pentaksiran baharu. Ini merupakan

    kohort pertama dan pentaksiran baharu STPM ini akan dilaksanakan pada setiap penggal dsepanjang tempoh pengajian yang terdiri daripada tiga penggal. Gabungan keputusan terbaik bagketiga-tiga penggal ini akan menentukan pencapaian keseluruhan dalam pengajian baharu STPMini. Sistem pentaksiran baharu STPM ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pelajar lepasanSTPM sejajar dengan matlamat bidang keberhasilan utama peringkat Kementerian PelajaranMalaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Walau bagaimanapun, bagi pelajar tingkatan enamatas sedia ada pada tahun 2012 ini merupakan kohort terakhir yang akan meneruskan peperiksaanSTPM sedia ada.

    Di samping mengurus peperiksaan STPM, MPM mengelolakan Malaysian University English Tes(MUET) mulai tahun 1999. Ujian penguasaan bahasa Inggeris ini wajib diambil oleh pelajar

    tempatan yang ingin mengikuti program ijazah pertama di universiti awam tempatan. MUETditadbirkan dua kali setahun hingga tahun 2011 dan tiga kali setahun mulai tahun 2012.

    Dalam mengelolakan peperiksaan STPM dan MUET, MPM melaksanakan fungsi yang berikut:(a) menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan;(b) menyediakan kertas soalan peperiksaan;(c) mendaftarkan calon;(d) mentadbirkan peperiksaan;(e) menganugerahkan sijil.

    Untuk mentadbir urus MPM, Majlis dibantu oleh sepuluh jawatankuasa yang ditubuhkan sepertyang ditunjukkan dalam carta struktur organisasi pada halaman 2. Pentadbiran MPM dan

    pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada MajlisUrus Setia Majlis diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi ketua pegawai eksekutif, ketuapegawai pentadbir, dan ketua pegawai akademik.

    Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian PelajaranMalaysia, institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, University of Cambridge LocaExaminations Syndicate, badan profesional yang berkaitan, serta individu yang mempunyakepakaran khusus.

    1

  • 7/29/2019 pbs stpm

    6/32

    Urus SetiaMajlis

    STRUKTUR ORGANISASIMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    2

    MAJLIS

    JawatankuasaTetap Pengurusan

    dan Kewangan

    Jawatankuasa

    Tender

    Jawatankuasa

    Naik Pangkat

    JawatankuasaTatatertib

    JawatankuasaAudit

    JawatankuasaPengambilan

    Kakitangan

    JawatankuasaPensijilan

    Jawatankuasa

    Sukatan Pelajaran

    Jawatankuasa

    Siasatan

    Jawatankuasa

    Pelaburan

  • 7/29/2019 pbs stpm

    7/32

    PERATURAN PEPERIKSAAN

    1 Pendaftaran Masuk Peperiksaan

    1.1 Pengumuman tentang tarikh pendaftaran dibuka dan tarikh pendaftaran ditutup

    akan dibuat melalui akhbar tempatan, Kalendar Akademik Pengajian Baharu SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013, dan pada portal Majlis PeperiksaanMalaysia (MPM) http://mpm.edu.my pada bulan April 2012.

    1.2 Calon yang mengambil peperiksaan ini terbahagi kepada lima jenis seperti yangberikut:

    (a) Calon Jenis 1, iaitu calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

    (b) Calon Jenis 2, iaitu calon sekolah swasta

    (c) Calon Jenis 3, iaitu calon persendirian individu

    (d) Calon Jenis 7, iaitu calon sekolah kerajaan negeri

    (e) Calon Jenis 8, iaitu calon sekolah integriti

    1.3 Semua calon jenis 1, 7, dan 8 dikehendaki mendaftar sekali sahaja, iaitu dalamPenggal 1, untuk menduduki peperiksaan baharu STPM bagi ketiga-tigapenggal. Calon dibenarkan mengambil hingga lima mata pelajaran termasukPengajian Am.

    1.4 Calon jenis 2 dan 3 boleh mendaftar pada penggal 1 atau penggal 2. Jika calonmembuat pendaftaran pada penggal 2, calon boleh memilih untuk menduduki

    peperiksaan pada penggal tersebut atau menduduki semua peperiksaan bagikertas bertulis pada penggal 3. Bagi kertas peperiksaan bertulis pada penggal 1,calon mesti mendudukinya pada penggal 3.

    1.5 Bayaran yuran* untuk mengambil peperiksaan ini adalah seperti yang berikut:

    (a) Yuran Asas RM120.00

    (b) Yuran setiap mata pelajaran RM90.00

    (c) Caj menduduki semula peperiksaanakhir per kertas

    RM50.00

    Nota: * Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuranbaharu STPM. Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhirsesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.

    3

  • 7/29/2019 pbs stpm

    8/32

    1.6 Bagi calon jenis 2 dan calon jenis 3, bayaran yuran baharu STPM, bolehdilakukan melalui tiga cara seperti yang berikut:

    (a) Calon membayar secara sekali gus, iaitu semasa calon mendaftar padapenggal 1 persekolahan tingkatan enam.

    (b) Calon membayar secara sekali gus, iaitu semasa calon mendaftar padapenggal 2 persekolahan tingkatan enam tetapi memilih untuk mendudukisemua kertas peperiksaan bertulis sahaja pada akhir penggal 3.

    (c) Calon membayar secara dua kali bayaran semasa mendaftar padapenggal 1 persekolahan tingkatan enam. Melalui cara ini, calon perlumembayar bayaran asas sebanyak RM120.00 dan bayaran per matapelajaran sebanyak RM30.00 pada penggal 1 persekolahan tingkatanenam. Manakala bakinya pula perlu dibayar oleh calon pada penggal 2persekolahan tingkatan enam, iaitu sebanyak RM60.00 bagi setiap matapelajaran (untuk peperiksaan penggal 2 dan penggal 3).

    1.7 Pendaftaran masuk peperiksaan bagi semua jenis calon hendaklah dibuatsecara dalam talian. Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calondikehendaki melayari portal MPM http://www.mpm.edu.my atauhttp//:www.mesp.gov.my/online bagi tujuan pendaftaran.

    1.8 Bagi calon sekolah swasta, Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolahdikehendaki membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yanghendak diambil oleh calon sekolahnya dengan membeli nombor PIN MEC(nombor pengenalan diri Malaysian Examinations Council) bagi setiap calondaripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Caj perkhidmatan BSN sebanyakRM1.00 akan dikenakan bagi setiap pembelian PIN MEC. Calon boleh membeliPIN MEC tersebut melalui empat cara seperti berikut:

    (a) Pembelian di kaunter BSN secara tunai

    (b) Pembelian di kiosk BSN secara tunai

    (c) Pembelian secara terus melalui internet banking BSN

    (d) Pembelian PIN MEC secara pukal di kaunter BSN dengan menggunakancek (bagi calon sekolah swasta sahaja)

    1.9 Bagi calon persendirian individu, pembayaran boleh dibuat melalui satu daripada

    duacara yang berikut:

    (a) Calon membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yanghendak diambil melalui akaun perbankan Internet atau kad kredit (financialpayment exchangeatau credit card exchange).

    4

  • 7/29/2019 pbs stpm

    9/32

  • 7/29/2019 pbs stpm

    10/32

    1.17 Calon boleh menyemak status pendaftaran STPM mereka dengan melayariportal MPM http://www.mpm.edu.my atau melalui sistem mesej singkat (SMS)dengan menaip INFOSTPM, danmenghantarnya kepada 15888.

    1.18 Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) akan digunakan oleh calonsebagai tiket untuk menduduki peperiksaan bagi setiap penggal. Calon perlumencetak LPKC masing-masing dari portal MPM. Calon hendaklahmenghubungi MPM atau JPN jika maklumat calon tiada dalam senarai LPKCdengan kadar SEGERA.

    2 Pendaftaran Lewat

    2.1 Pendaftaran lewat hanya dibenarkan kepada calon yang gagal memasukiInstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    2.2 Calon hendaklah membuat pendaftaran lewat dalam tempoh satu minggu

    selepas keputusan kemasukan ke IPTA dikeluarkan. Permohonan hendaklahdibuat secara bertulis berserta dengan bayaran pendaftaran dalam bentukKiriman Wang/Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis PeperiksaanMalaysia terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha BahagianPengendalian STPM dan MUET) dengan kadar SEGERA.

    2.3 Calon yang mendaftar lewat bagi kes ini hendaklah menduduki peperiksaan bagiketiga-tiga penggal sekali gus pada penggal 3.

    2.4 Calon yang mendaftar lewat juga dikehendaki menyiapkan tugasan/kerja kursusPentaksiaran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut keperluan mata pelajaran

    yang diambil (rujuk halaman 20 27).

    2.5 Bagi mata pelajaran yang mempunyai PBS pada penggal 1 dan penggal 2, calondikehendaki memilih dan menduduki kertas alternatif bertulis yang menggantikanPBS tersebut (rujuk mata pelajaran yang berkenaan pada halaman 20 27).Sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis alternatif yang sedemikianbagi sesuatu mata pelajaran, maka markah PBS yang diperoleh dalampeperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahunmengulang. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulangpeperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaanpertama.

    2.6 Bagi calon STPM 2012 (terminal) yang gagal memasuki IPTA dan inginmemperbaiki keputusan pada STPM 2013, penghantaran kerja kursus yangterkandung dalam PBS pada penggal 1 dan penggal 2 akan dilanjutkan hinggake penggal 3.

    2.7 Calon hendaklah merujuk kepada sukatan pelajaran STPM untuk mendapatkanmaklumat tentang kerja kursus.

    6

  • 7/29/2019 pbs stpm

    11/32

    3 Pusat Peperiksaan

    Senarai pusat peperiksaan bagi sesebuah negeri akan ditentukan oleh PengarahPelajaran Negeri (u.p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) yang berkenaan.Semasa mendaftar, calon hendaklah memilih pusat peperiksaan di mana calonbercadang hendak mengambil peperiksaan ini. Walau bagaimanapun, PengarahPelajaran Negeri (u.p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) berhak menetapkan

    pusat peperiksaan di bandar pilihan calon atau di bandar yang berhampiran.

    4 Jadual Waktu Peperiksaan

    4.1 Peperiksaan bertulis akan diadakan pada setiap akhir penggal, manakala UjianLisan Bahasa Arab akan diadakan pada penggal 3.

    4.2 Jadual waktu peperiksaan bertulis STPM untuk penggal 1 akan dimuat naik keportal MPM pada awal penggal 1, manakala jadual waktu peperiksaan bertulisSTPM untuk penggal 2 dan penggal 3 akan dimuat naik pada awal penggal 2.

    4.3 Masa yang diperuntukkan kepada tiap-tiap kertas soalan akan dinyatakandalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang berkenaan dan dalam jadualwaktu peperiksaan. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masayang dinyatakan bagi setiap kertas dalam jadual waktu peperiksaan. Calontidak dibenarkan membawa masuk jadual waktu peperiksaan ke dalamdewan/bilik peperiksaan.

    4.4 Calon dibenarkan memilih kombinasi mata pelajaran yang bertembung masapeperiksaannya. Kertas yang terlibat dengan pertembungan perlu diduduki olehcalon pada hari yang sama. Calon yang terlibat dengan pertembungan masapeperiksaan hendaklah mendapatkan keterangan lanjut daripada KetuaPengawas. Ketua Pengawas akan memaklumkan calon tentang waktupeperiksaan bagi kertas-kertas yang bertembung itu.

    5 Perpindahan Pusat Peperiksaan

    5.1 Permohonan untuk berpindah ke pusat peperiksaan yang lain hendaklah dibuatsecara dalam talian tidak lewat daripada 4 minggu sebelum hari pertamapeperiksaan bagi sesuatu penggal bermula. Permohonan yang diterima

    selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

    5.2 Perpindahan calon dari satu pusat ke satu pusat yang lain hanya dibenarkanatas sebab yang munasabah, dan bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakanbagi setiap calon jika permohonan dibuat selepas pendaftaran ditutup bagisesuatu penggal.

    7

  • 7/29/2019 pbs stpm

    12/32

  • 7/29/2019 pbs stpm

    13/32

    9 Calon Kes Istimewa

    9.1 Bagi calon yang kurang upaya dari segi fizikal (buta, rabun, sengau, bisu,pekak, spastik, autisme) permohonan awal diperlukan supaya penyiasatandapat dibuat dan persediaan khas dapat diadakan bagi calon berkenaan.Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian semasa pendaftaran,

    sebelum pendaftaran secara dalam talian ditutup. Pengetua sekolahdikehendaki mengemukakan dokumen sokongan kepada MPM melalui JPNselewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh tutup pendaftaran. Calonpersendirian individu boleh mengemukakan permohonan melalui JPN bersertadengan dokumen sokongan selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikhtutup pendaftaran.

    9.2 Pengetua sekolah boleh memohon pertimbangan khas untuk diberikan kepadaseseorang calon sekolah yang prestasi peperiksaannya mungkin terjejas olehsesuatu penyakit yang baru dihidapnya atau kejadian malang yang menimpadirinya. Permohonan boleh dibuat secara bertulis berserta dengan bukti

    dokumen sokongan kepada MPM selewat-lewatnya sehari selepas tarikh akhirpeperiksaan bertulis.

    10 Bahan yang Dibawa oleh Calon

    10.1 Calon dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Mykad atau dokumenpengenalan diri yang bergambar yang lain semasa menghadiri setiap sesipeperiksaan.

    10.2 Calon hendaklah membawa alat tulis, alat matematik, dan alat lukisan merekasendiri. Mereka dikehendaki menulis jawapan dengan pena mata bulatberdakwat hitam atau biru sahaja. Penggunaan dakwat merah tidakdibenarkan, tetapi pensel dan dakwat warna lain boleh digunakan untuk melukisgambar rajah dan peta. Penggunaan sebarang jenis pemadam tidakdigalakkan. Bagi ujian kertas aneka pilihan, calon hendaklah membawa pensel2B atau BB dan getah pemadam.

    10.3 Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang bolehdigunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu tidakmembenarkan penggunaannya. Pusat peperiksaan tidak bertanggungjawabuntuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitan

    dengan kalkulator tersebut seperti manual pengguna tidak boleh dibawa masukke dalam dewan/bilik peperiksaan.

    10.4 Flexicurve boleh digunakan bagi mana-mana kertas yang memerlukan lukisanbergraf.

    9

  • 7/29/2019 pbs stpm

    14/32

    11 Perhatian untuk Calon

    Calon diminta mengambil perhatian tentang perkara yangberikut:

    (a) Calon tidak boleh membawa masuk alat seperti telefon bimbit, kamera, radio,perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi

    ke dalam dewan/bilik peperiksaan.(b) Calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta sekiranya

    (i) calon telah diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak diambilolehnya, atau

    (ii) calon telah diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagisesi peperiksaan berkenaan.

    (c) Calon tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk mengelakkancalon daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika calon menerimakertas tulis yang mempunyai kesan lipatan, calon diminta menyerahkan semulakertas tulis itu kepada Pengawas.

    (d) Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas tulis sama ada yang telah atauyang belum digunakan dari dewan/bilik peperiksaan.

    (e) Calon tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan/kawasansekolah.

    (f) Calon dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai (calon sekolah memakaipakaian seragam sekolah), dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.

    12 Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon

    12.1 Calon diberi amaran oleh MPM supaya:

    (a) Jangan membawa atau menerima daripada sesiapa sahaja, apa-apabuku, nota, kertas, dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain, kecualiapa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan;

    (b) Janganberhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orangsemasa peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun,kecualidengan kebenaran Ketua Pengawas;

    (c) Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan MajlisPeperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas, atau Pengawas;

    (d) Janganmengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalamatau di sekitar dewan/bilik peperiksaan;

    (e) Janganbersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu;

    (f) Janganmewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri calon;

    (g) Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yangboleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuanpeperiksaan ini.

    10

  • 7/29/2019 pbs stpm

    15/32

    12.2 Jika calon melanggar mana-mana amaran pada para 12.1 di atas sama adadengan cara disedari atau tidak disedari, calon akan didakwa di bawah kaedah3 dan 4, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], Kaedah MajlisPeperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku, 1986).

    12.3 Jika MPM berpuas hati bahawa seseorang calon telah melanggar arahan danamaran bagi peperiksaan ini atau terlibat dalam sebarang perbuatan luar biasa,biadab atau melakukan sebarang perbuatan tidak jujur yang bersabit denganpeperiksaan ini, MPM berhak menyingkirkan calon berkenaan daripadapeperiksaan ini dan tidak membenarkannya meneruskan peperiksaan ini,membatalkan keputusannya bagi mana-mana kertas atau mata pelajaran ataumembatalkan keputusannya bagi seluruh peperiksaan ini, dan tidakmembenarkan ia mendaftarkan diri sebagai calon untuk peperiksaan STPMbagi suatu tempoh yang difikirkan patut oleh MPM.

    12.4 Jika MPM berpuas hati bahawa sesuatu perbuatan salah laku atau perbuatanmelanggar arahan atau amaran bagi peperiksaan ini telah berlaku denganmeluas di sesuatu pusat peperiksaan, atau keadaan pada masa peperiksaan itudijalankan tidak memuaskan, maka MPM berhak membatalkan seluruh

    peperiksaan di pusat berkenaan atau membatalkan peperiksaan bagi satu matapelajaran atau lebih di pusat peperiksaan berkenaan.

    13 Pemberitahuan tentang Keputusan Peperiksaan

    13.1 Keputusan bagi ketiga-tiga penggal yang menunjukkan gred kertas akan dimuatnaik ke portal MPM http://www.mpm.edu.my. Calon boleh mencetak slipkeputusan masing-masing dari portal tersebut. Keputusan ini boleh jugadisemak melalui SMS. Untuk menghantar SMS, taip STPM, dan hantar kepada 15888.

    13.2 Keputusan peperiksaan bagi semua penggal yang digabungkan yangmenunjukkan gred kertas, gred mata pelajaran, dan nilai gred mata pelajaranakan dikeluarkan semasa pengumuman keputusan peperiksaan STPM melaluiPengarah Pelajaran Negeri (Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) dalambentuk slip keputusan STPM. Slip keputusan ini bukan sijil (rujuk para 17.1pada halaman 14). Calon boleh juga menyemak keputusan STPM masing-masing melalui portal dan SMS.

    13.3 Gred kertas dan gred mata pelajaran ditunjukkan dengan gred A hingga F,dengan gred A sebagai gred yang tertinggi, dan gred F sebagai gred gagal.Setiap gred mata pelajaran diberi Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP).

    Gred kertas, gred mata pelajaran, dan NGMP yang akan dinyatakan dalam slipkeputusan adalah seperti dalam jadual yang berikut:

    11

  • 7/29/2019 pbs stpm

    16/32

    GREDKERTAS

    GRED MATAPELAJARAN

    NGMP TAHAPPENCAPAIAN

    A A 4.00 Lulus Penuh

    A A 3.67 Lulus Penuh

    B+ B+ 3.33 Lulus Penuh

    B B 3.00 Lulus Penuh

    B B 2.67 Lulus Penuh

    C+ C+ 2.33 Lulus Penuh

    C C 2.00 Lulus Penuh

    C C 1.67 Lulus Sebahagian

    D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian

    D D 1.00 Lulus Sebahagian

    F F 0.00 Gagal

    Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00ialah gred lulus penuh, manakala gred D hingga C yang diberi nilai 1.00hingga 1.67 ialah gred lulus sebahagian, dan gred F yang diberi nilai 0.00 ialahgred gagal. NGMP ditentukan berasaskan wajaran setiap kertas dan jumlahmarkah bagi mata pelajaran berkenaan.

    13.4 Majlis Peperiksaan Malaysia berhak meminda maklumat pada slipkeputusan yang dikirimkan kepada calon sebelum pengeluaran sijil.

    14 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    14.1 PBS merupakan komponen yang wajib diambil oleh setiap calon dalam sistempentaksiran baharu STPM. Kegagalan calon menjalankan PBS akanmenyebabkan keputusan bagi mata pelajaran tersebut mendapat gred gagal.

    14.2 PBS STPM baharu terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu kerja projek,kajian luar, dan kerja amali. Dalam aspek wajaran pula, peratusan wajaran yangditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran, iaitu antara

    20% hingga 40%.

    14.3 Manual PBS bagi setiap mata pelajaran untuk guru dan calon boleh dimuatturun daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my pada penggal yangmenawarkan PBS.

    14.4 Soalan PBS boleh dimuat turun pada penggal yang menawarkan PBS melaluiportal MPM http://www.mpm.edu.my.

    12

  • 7/29/2019 pbs stpm

    17/32

    14.5 Bagi calon STPM 2012 (terminal) yang gagal memasuki IPTA dan inginmemperbaiki keputusan pada STPM 2013, penghantaran kerja kursus yangterkandung dalam PBS pada penggal 1 dan penggal 2 akan dilanjutkan hinggake penggal 3.

    15 Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan

    15.1 TIADA prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untukmelayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.

    15.2 Calon dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis penggal 1 dan/ataupeperiksaan bertulis penggal 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaanberkenaan pada hujung penggal 3sahaja.

    15.3 Calon yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi peperiksaan bertulispenggal 3 boleh juga mengulang peperiksaan bertulis tersebut. Tarikh untukmendaftar dan menduduki peperiksaan bertulis ulangan boleh dirujuk padaKalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Baharu Sesi2013 yang terdapat di portal MPM http://www.mpm.edu.my.

    15.4 Keputusan peperiksaan yang terbaik (skor tertinggi) akan diambil kira antarapeperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan kali kedua.

    15.5 Calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu penggal akandikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.

    15.6 Tiada peperiksaan ulangan bagi tujuan memperbaiki keputusan PBS dan juga

    peperiksaan kertas bertulis altenatif yang menggantikan PBS.

    15.7 Calon yang mengulang peperiksaan STPM pada tahun berikutnya tidak perlumenjalani semula PBS. Calon dikehendaki menduduki kertas peperiksaanbertulis bagi menggantikan PBS. Sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaanbertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka markah PBS yangdiperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skorPBS tahun mengulang. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calonmengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas mendudukipeperiksaan pertama.

    15.8 Bagi calon STPM 2012 (terminal) yang gagal memasuki IPTA dan inginmemperbaiki keputusan pada STPM 2013, penghantaran kerja kursus yangterkandung dalam PBS pada penggal 1 dan penggal 2 akan dilanjutkan hinggake penggal 3.

    13

  • 7/29/2019 pbs stpm

    18/32

    16 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan

    16.1 Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan sama ada oleh calonsekolah atau calon persendirian individu hendaklah dibuat secara dalam talianmelalui http://www.mpm.edu.my dalam tempoh seminggu selepas

    pengumuman keputusan peperiksaan. Calon dikehendaki melayari portal MPMuntuk mengetahui tarikh rayuan semak semula dibuka dan ditutup, iaitu selepaspengumuman keputusan peperiksaan bagi setiap penggal.

    16.2 Bayaran sebanyak RM50.00 bagi satu kertas hendaklah dibuat denganmembeli nombor PIN MEC dari Bank Simpanan Nasional (caj RM1.00 akandikenakan) atau secara perbankan Internet. Penyemakan semula keputusanpeperiksaan hanya akan dibuat setelah bayaran dijelaskan.

    16.3 Cara penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah seperti yang berikut:

    (a) Menyemak penghitungan markah dan ketepatan gred yang diberikan bagisesuatu kertas dan mata pelajaran

    (b) Memeriksa semula skrip jawapan calon

    16.4 Keputusan penyemakan semula akan dimaklumkan kepada calon melalui portalMPM.

    16.5 Keputusan penyemakan semula yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysiaadalah muktamad.

    17 Sijil

    17.1 Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnyalulus sebahagian dalam satu mata pelajaran (rujuk para 13.2 pada halaman 11).Semua sijil akan dikeluarkan melalui Pengarah Pelajaran Negeri selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2014.

    17.2 Calon sekolah kerajaan hendaklah mengambil sijil mereka di sekolah masing-masing.

    17.3 Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hendaklah mengambilsijil mereka di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

    14

  • 7/29/2019 pbs stpm

    19/32

    17.4 Calon diberi tempoh 12 bulan selepas sijil dihantar kepada Pengarah PelajaranNegeri (u.p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) untuk mengambil sijilmereka. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri(u,p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) akan mengembalikan sijil-sijilyang tidak dituntut ke MPM. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempohtersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM dan akan dikenakan cajsebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kirimanwang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

    17.5 Sijil STPM hanya dikeluarkan sekali sahaja bagi tahun peperiksaan berkenaan,iaitu selepas calon selesai menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga penggal.Calon yang kehilangan sijil hanya boleh memohon untuk mendapatkan penyatakeputusan atau salinan sijil. Permohonan ini hendaklah disertai maklumattentang calon, seperti nama penuh, nama sekolah (jika ada), tahun peperiksaandiambil, nama pusat peperiksaan, nombor kad pengenalan, dan angka giliran.Caj sebanyak RM20.00 bagi satu penyata keputusan akan dikenakan bagipermohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya. Bagi salinan sijil, caj sebanyak

    RM50.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan. Bayaran hendaklah dibuatdengan menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama Ketua EksekutifMajlis Peperiksaan Malaysia.

    17.6 Calon yang ingin mendapatkan transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggerishendaklah mengemukakan bahan yang berikut:

    (a) Surat permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luarnegara yang dipohon

    (b) Salinan slip keputusan atau salinan sijil

    (c) Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap transkrip yangdibuat secara kiriman wang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif MajlisPeperiksaan Malaysia

    Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh MPM ke universiti berkenaan tanpamelalui calon. Walau bagaimanapun, salinan transkrip dan salinan surat tentangpenghantaran transkrip ke universiti berkenaan akan dihantar kepada calon.

    17.7 Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhakmenarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.

    18 Laporan Peperiksaan

    Laporan peperiksaan yang memberikan ulasan tentang jawapan calon dalampeperiksaan STPM akan dikeluarkan pada tahun berikutnya. Laporan ini akan dimuatnaik ke portal MPM.

    15

  • 7/29/2019 pbs stpm

    20/32

    19 Hasil Kerja Calon

    19.1 Skrip jawapan calon dan hasil kerja calon dalam sebarang bentuk untukpeperiksaan ini akan menjadi hak milik Majlis Peperiksaan Malaysia.

    19.2 Markah yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM diperingkatkan

    sebagai SULIT.

    16

  • 7/29/2019 pbs stpm

    21/32

    SKEMA PEPERIKSAAN

    20 Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan

    20.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut,termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil TinggiPersekolahan Malaysia (STPM).

    (a) SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya

    (b) SPM (Vokasional)

    (c) Malaysia Certificate of Education(MCE)

    (d) Federation of Malaya Certificate of Education

    (e) Cambridge School Certificate

    (f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusanperingkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)

    (g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2011 yang diperoleh dalam satupeperiksaan dengan mendapat

    (i) sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran,atau

    (ii) sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran danlulus empat mata pelajaran

    20.2 Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalampara 20.1 di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

    20.3 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negara yangsetaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohonkebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada MajlisPeperiksaan Malaysia.

    * Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh

    menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalampeperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negaradikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaanSPM.

    ** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkatSPM/MCE.

    17

  • 7/29/2019 pbs stpm

    22/32

    21 Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran

    21.1 Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan baharu STPM2013 seperti yang disenaraikan di bawah ini:

    Kod Mata Pelajaran900 Pengajian Am

    910 Bahasa Melayu

    911 Bahasa Cina

    912 Bahasa Tamil

    913 Bahasa Arab

    920 Literature in English

    922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif

    930 Syariah

    931 Usuluddin

    940 Sejarah

    942 Geografi

    944 Ekonomi

    946 Pengajian Perniagaan

    948 Perakaunan

    950 Mathematics (M)

    954 Mathematics (T)

    956 Further Mathematics

    958 Information and Communications Technology

    960 Physics

    962 Chemistry

    964 Biology

    966 Sains Sukan

    970 Seni Visual

    21.2 Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran peperiksaan baharu Sijil TinggiPersekolahan Malaysia (STPM) boleh diperoleh dari portal MPMhttp://www.mpm.edu.my.

    18

  • 7/29/2019 pbs stpm

    23/32

    Perhatian:

    (i) Calon yang mengambil kurang daripada lima mata pelajaran dalampeperiksaan STPM dinasihati supaya mengambil mata pelajaran PengajianAm kerana pemilihan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)mengambil kira gred keputusan Pengajian Am yang diambil dalam satupeperiksaan.

    (ii) Calon yang mengambil STPM perlu mengambil Malaysian UniversityEnglish Test (MUET) dan memperoleh slip keputusan MUET untukmemohon masuk ke IPTA.

    (iii) MUET dijalankan tiga kali setahun.

    (iv) Maklumat tentang MUET dapat diperoleh dalam buku MALAYSIANUNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) Regulations, TestSpecifications, Test Format and Sample Questions, danmelalui portalMPM http://www.mpm.edu.my

    22 Pemilihan Mata Pelajaran

    22.1 Calon hendaklah mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

    22.2 Calon dibenarkan mengambil hingga lima mata pelajaran termasukPengajian Am.

    22.3 Calon tidak boleh mengambil kombinasi mata pelajaran atau kertas yangtidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran.

    22.4 Calon Jenis 1, 7, dan 8 dibenarkan untuk mengambil mata pelajaranyang tidak ditawarkan di sekolah/institusi (luar pakej sekolah) dengansyarat mata pelajaran yang hendak diambil itu mempunyai kertaspeperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS. Pendaftarancalon yang ingin mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan disekolah/institusi hendaklah dihantar terus secara manual ke MajlisPeperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPMdan MUET).

    19

  • 7/29/2019 pbs stpm

    24/32

    SENARAI MATA PELAJARAN DAN KERTAS

    Yang berikut ialah senarai mata pelajaran dan kertas yang ditawarkan dalam peperiksaan baharu SijilTinggi Persekolahan Malaysia 2013.

    Kod dan Nama

    Mata Pelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)

    Masa Nota

    900 Pengajian Am 900/1 Pengajian Am 1 29 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.900/2 Pengajian Am 2 22 1 jam

    900/3 Pengajian Am 3 29 2 jam

    900/4 Pengajian Am 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2

    910 Bahasa Melayu 910/1 Bahasa Melayu 1 35 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.910/2 Bahasa Melayu 2 20 1 jam

    910/3 Bahasa Melayu 3 20 1 jam

    910/4 Bahasa Melayu 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    8 Penggal 2

    910/5 Bahasa Melayu 5(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    17 Penggal 3

    911 Bahasa Cina 911/1 Bahasa Cina 1 33.33 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.911/2 Bahasa Cina 2 33.33 2 jam

    911/3 Bahasa Cina 3 33.33 2 jam912 Bahasa Tamil 912/1 Bahasa Tamil 1 33.33 2 jam Semua kertas mesti

    diambil oleh semuajenis calon.

    912/2 Bahasa Tamil 2 33.33 2 jam

    912/3 Bahasa Tamil 3 33.33 2 jam

    913 Bahasa Arab 913/1 Bahasa Arab 1 28 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.913/2 Bahasa Arab 2 28 2 jam

    913/3 Bahasa Arab 3 20 1 jam

    913/4 Bahasa Arab 4(Ujian Lisan)

    12 15 minit

    913/5 Bahasa Arab 5(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    12 Penggal 3

    20

  • 7/29/2019 pbs stpm

    25/32

    Kod dan NamaMata Pelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    920 Literature inEnglish

    920/1 Literature in English 1 33.33 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.920/2 Literature in English 2 33.33 2 jam920/3 Literature in English 3 33.33 2 jam

    922 KesusasteraanMelayuKomunikatif

    922/1 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 1

    26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.922/2 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 2

    26.67 2 jam

    922/3 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 3

    26.67 2 jam

    922/4 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2dan 3

    930 Syariah 930/1 Syariah 1 26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.930/2 Syariah 2 26.67 2 jam

    930/3 Syariah 3 26.67 2 jam

    930/4 Syariah 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2

    931 Usuluddin 931/1 Usuluddin 1 26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.931/2 Usuluddin 2 26.67 2 jam

    931/3 Usuluddin 3 26.67 2 jam931/4 Usuluddin 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 3

    940 Sejarah 940/1 Sejarah 1 26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.940/2 Sejarah 2 26.67 1 jam

    940/3 Sejarah 3 26.67 2 jam

    940/4 Sejarah 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2

    21

  • 7/29/2019 pbs stpm

    26/32

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    942 Geografi 942/1 Geografi 1 32 2 jam Kertas 1, Kertas 2,dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon.Calon jenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.Calon jenis 2, 3, 8,dan calonmengulangpeperiksaan STPMdikehendakimengambil Kertas 5.

    942/2 Geografi 2 32 2 jam

    942/3 Geografi 3 16 1 jam

    942/4 Geografi 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 3

    942/5 Geografi 5 20 1 jam

    944 Ekonomi 944/1 Ekonomi 1 32 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.944/2 Ekonomi 2 32 2 jam

    944/3 Ekonomi 3 16 1 jam

    944/4 Ekonomi 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 3

    946 PengajianPerniagaan

    946/1 Pengajian Perniagaan 1 25 1 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.946/2 Pengajian Perniagaan 2 25 1 jam

    946/3 Pengajian Perniagaan 3 25 1 jam

    946/4 Pengajian Perniagaan 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    25 Penggal 3

    948 Perakaunan 948/1 Perakaunan 1 33.33 2 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon.

    Calon jenis 1, 2, 7,dan 8 dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 3 dancalon mengulang

    peperiksaan STPMdan calon yangmengambilPerakaunan di luarpakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    948/2 Perakaunan 2 33.33 2 jam948/3 Perakaunan 3 16.67 1 jam948/4 Perakaunan 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    16.67 Penggal 3

    948/5 Perakaunan 5 16.67 1 jam

    22

  • 7/29/2019 pbs stpm

    27/32

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    950 Mathematics (M) 950/1 Mathematics (M) 1 26.67 1 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.

    Mathematics (M)tidak boleh diambilbersama denganMathematics (T)atau FurtherMathematics.

    950/2 Mathematics (M) 2 26.67 1 jam950/3 Mathematics (M) 3 26.67 1 jam950/4 Mathematics (M) 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    954 Mathematics (T) 954/1 Mathematics (T) 1 26.67 1 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.Mathematics (T)tidak boleh diambilbersama dengan

    Mathematics (M).

    954/2 Mathematics (T) 2 26.67 1 jam

    954/3 Mathematics (T) 3 26.67 1 jam

    954/4 Mathematics (T) 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,

    2, dan 3

    956 FurtherMathematics

    956/1 Further Mathematics 1 33.33 1 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon. FurtherMathematics hanyaboleh diambilbersama denganMathematics (T).

    956/2 Further Mathematics 2 33.33 1 jam

    956/3 Further Mathematics 3 33.33 1 jam

    958 Information andCommunicationsTechnology

    958/1 Information andCommunicationsTechnology 1

    20 1 jam Semua kertas mestidiambil oleh calon.Mata pelajaran ini

    hanya boleh diambiloleh calon darisekolah kerajaanatau sekolah swastayang dibenarkanoleh MPM untukmenawarkan matapelajaran ini.

    958/2 Information andCommunicationsTechnology 2

    20 1 jam

    958/3 Information andCommunicationsTechnology 3

    20 1 jam

    958/4 Information andCommunicationsTechnology 4

    40 Penggal 1,2, dan 3

    23

  • 7/29/2019 pbs stpm

    28/32

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    960 Physics 960/1 Physics 1 26.67 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calonjenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, 8,calon mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambil Physicsdi luar pakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    960/2 Physics 2 26.67 1 jam

    960/3 Physics 3 26.67 1 jam

    960/4 Physics 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    960/5 Physics 5 20 1 jam

    24

  • 7/29/2019 pbs stpm

    29/32

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    962 Chemistry 962/1 Chemistry 1 26.67 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calonjenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, 8,calon mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambilChemistry di luarpakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    962/2 Chemistry 2 26.67 1 jam

    962/3 Chemistry 3 26.67 1 jam

    962/4 Chemistry 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    962/5 Chemistry 5 20 1 jam

    25

  • 7/29/2019 pbs stpm

    30/32

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    964 Biology 964/1 Biology 1 26.67 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calon

    jenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.Calon jenis 3, 8,

    calon mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambil Biology diluar pakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    964/2 Biology 2 26.67 1 jam

    964/3 Biology 3 26.67 1 jam

    964/4 Biology 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    964/5 Biology 5 20 1 jam

    966 Sains Sukan 966/1 Sains Sukan 1 25 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calon

    jenis 1, 7, dan 8dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, calon

    mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambil SainsSukan di luar pakejyang ditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    966/2 Sains Sukan 2 25 1 jam

    966/3 Sains Sukan 3 25 1 jam

    966/4 Sains Sukan 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    25 Penggal 1,2, dan 3

    966/5 Sains Sukan 5 25 2 jam

    26

  • 7/29/2019 pbs stpm

    31/32

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    970 Seni Visual 970/1 Seni Visual 1 40 2 jam Kertas 1 danKertas 2 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calon

    jenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas3. Calon jenis 2, 3,8, dan calonmengulangpeperiksaan STPMdikehendakimengambil Kertas4.

    970/2 Seni Visual 2 35 3 jam

    970/3 Seni Visual 3

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    25 Penggal 3

    970/4 Seni Visual 4 25 3 jam

    27

  • 7/29/2019 pbs stpm

    32/32

    SENARAI BUKU SUKATAN PELAJARAN

    Sukatan pelajaran yang lengkap bagi peperiksaan baharu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia2013 dicetak dalam buku-buku yang berasingan mengikut mata pelajaran seperti yang berikut:

    Bil. Mata Pelajaran Tahun MulaDigunakan*

    1. Pengajian Am 2012

    2. Bahasa Melayu 20123. Bahasa Cina 20124. Bahasa Tamil 20125. Bahasa Arab 20126. Literature in English 20127. Kesusasteraan Melayu Komunikatif

    20128. Syariah 20129. Usuluddin 2012

    10. Sejarah 201211. Geografi 201212. Ekonomi 201213. Pengajian Perniagaan 201214. Perakaunan 201215. Mathematics (M) 201216. Mathematics (T) 201217. Further Mathematics 201218. Information and Communications Technology 201219. Physics 201220. Chemistry 201221. Biology 201222. Sains Sukan 201223. Seni Visual 2012

    * Sukatan pelajaran digunakan bagi peperiksaan tahun berkenaan dan tahun-tahun seterusnyasehingga perubahan dimaklumkan. Sukatan pelajaran ini boleh dimuat turun dalam portal MPMhttp://www.mpm.edu.my.

    28