pedagogi

11
MUDAH KEPADA SUSAH - Guru akan mengajar konsep yang mudah dahulu sebelum kepada konsep yang lebih susah. - Menarik minat pelajar untuk memahami isi pelajaran. Contoh Dalam Pengajaran Ibadah LANGKAH 1 Murid diminta menyatakan solat fardu, bilangan rakaat dan waktunya satu-persatu. LANGKAH 2 Murid diminta menerangkan cara menunaikan solat fardu LANGKAH 3 Guru meminta murid mengikut perbuatan guru dalam latihan amali

description

prinsip pembelajaran

Transcript of pedagogi

MUDAH KEPADA SUSAH- Guru akan mengajar konsep yang mudah dahulu sebelum kepada konsep yang lebih susah.-Menarik minat pelajar untuk memahami isi pelajaran.

Contoh Dalam Pengajaran Ibadah

2

PERKARA YANG DIKETAHUI KEPADA PERKARA YANG BELUM DIKETAHUI Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan yang ilmu baru. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang membolehkan pengetahuan yang baru bergantung kepadanya. Ianya juga bermaksud memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu yang baru. Dalam hal ini,guru perlu memberikan sesuatu ilmu yang belum pernah dipelajari oleh murid-murid. Perkara ini akan menarik minat dan perhatian mereka untuk lebih bersungguh-sungguh di dalam pelajaran. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baru diterima oleh murid, guru perlu memastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baru.

Contoh : Bidang Ulum Syariyyah: Ibadah.

3PRINSIP MAUJUD KEPADA YANG MUJARADDefinisi

Ia bermaksud menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokos kepada benda yang maujud,dengan kata lain,guru memberikan contoh yang dapat dilihat dan dirasai oleh pelajar melalui pancaindera mereka untuk menerangkan sesuatu yang sukar dilihat dan difikirkan,seperti dalam pelajaran akidah sifat 20 (kewujudan Allah).Prinsip pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan daya fikir dan imiginasi yang tinggi,guru perlu memberikan contoh bijak bersesuaian dengan tajuk yang diajar : Pengajaran dimulakan dengan memberikan contoh yang berada berdekatan murid.

Keadaan persekitaran dihubungkaitkan dengan diri murid itu sendiri

Tujuannya adalah untuk memberi penghayatan yang lebih kepada murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

KELEBIHAN

Membimbing murid dengan menggunakan contoh yang terdapat berdekatan dengan diri murid dan dapat dirasai samaada melalui sentuhan hati atau alami.

Murid akan mendapat pengetahuan melalui penyaluran daya fikir yang dibimbing atas contoh terdekat yang diberikan. Nilai sentimental diberikan kepada murid untuk menghayati isi pengajaran yang disampaikan.

4CADANGAN PENGGUNAAN DALAM P&P

A) Persediaan guru

- Menetapkan objektif bagi memudahkan penyampaian isi, teknik dan langkah penyampaian.

- Menyediakan maklumat langkah secara induktif daripada bahan rujukan dan

sebagainya.

- Contoh yang sesuai dan lengkap dipilih untuk mengukuhkan isi dan teknik.

- Isi pelajaran disusun secara sistematik seperti pendahuluan, langkah,

penilaian dan penutup.

- Menyediakan alat bantu yang sesuai untuk memudahkan pelajaran.

B) Pelaksanaan

- Menerangkan dan menjelaskan konsep dan contoh yang mudah dan terdapat berdekatan murid.

- Secara perlahan guru mengaitkan pembelajaran yang akan di ajar dengan

keadaan persekitaran.

- Melibatkan murid dengan perhatian juzuk yang disampaikan.

- Membuat penyediaan alat bantu dan ilustrasi yang menarik.

- Setiap bahagian isi diberi tunjuk cara.

- Kesimpulan kelas ( deduktif ) dibuat secara keseluruhan.

5Contoh :ASAS AKHLAK ISLAMIAH

Tajuk

: Adab Menghormati Ibu bapa

Kemahiran: Perbezaan amalan baik dan tidak baik terhadap ibu bapa.

Guru membaca doa dan murid mengamin.

Guru menayangkan video mengenai satu keluarga. Guru bertanya beberapa soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan.

Guru memaparkan fakta mengenai perbezaan amalan baik dan tidak baik terhadap ibu bapa menggunakan komputer.

Guru memberikan penerangan berdasarkan fakta tersebut dan penjelasan satu persatu tentang amalan baik dan tidak baik terhadap ibu bapa.

Guru menjelaskan adab seorang anak terhadap ibu bapa.

Murid memberi tumpuan sepenuhnya.

Guru menjelaskan tentang ciri-ciri anak soleh dan anak derhaka.

Guru bersoal jawab dengan pelajar berdasarkan fakta isi yang dikemukakan di atas. Guru memberikan syarahan kepada murid balasan menderhaka kepada ibu bapa.

Murid mendengar penjelasan guru dengan beradab.

Guru memaparkan gambar-gambar amalan baik dan tidak baik terhadap ibu bapa.

Guru meminta murid menyenaraikan perbezaan amalan baik dan tidak baik terhadap ibu bapa.

Guru meminta pelajar menyenaraikan faedah menjadi anak yang soleh dan balasan anak yang derhaka dalam kehidupan.KHUSUS KEPADA UMUM

Prinsip ini bermaksud guru memberikan contoh-contoh yang khusus tentang pengajaran dan meminta murid membuat generalisasi. Prinsip ini juga memberi gambaran kepada murid-murid bahawa adanya perkara-perkara yang lebih penting di dalam kehidupan kita untuk difkirkan. Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum.Pendekatan induktif dan prinsip khusus kepada umum adalah berbeza kerana prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan isi pelajaran untuk mencapai objektif. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.Contoh

Pengajaran Ibadah ( Hadas Kecil dan Hadas Besar )

7DARI DEKAT KEPADA JAUH. Ianya bermaksud guru perlu memberi contoh-contoh yang hampir dengan kehidupan murid terlebih dahulu untuk menjelaskan perkara yang agak jauh dan asing. Prinsip ini bertujuan untuk membuka minda pelajar supaya lebih banyak berfikir tentang pelajaran.Contoh

Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Adab terhadap ibu bapa

Dihubungkaitkan

denganAdab terhadap pemimpin

8

RUMUSAN PRINSIP- PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

9

Untuk dalam slaid ( pembentangan)

PERKARA YANG DIKETAHUI KEPADA PERKARA TAK DIKETAHUI Guru mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama murid.

Contoh dalam matapelajaran fekah murid telah pun tahu mengenai apakah erti puasa .Sebahagian murid telah pun mengalami cara-cara berpuasa dengan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Prinsip ini memberi penekanan kepada amalan yang terperinci di mana bermula dari pengalaman yang ada sedikit pada murid dan ianya dikembangkan kepada yang belum diketahui seperti guru menerangkankan syarat wajib puasa dan syarat sah puasa serta perkara yang membatalkan puasa dan amalan amalan sunat ketika berpuasa .LANGKAH 1

Murid diminta menyatakan solat fardu, bilangan rakaat dan waktunya satu-persatu.

LANGKAH 2

Murid diminta menerangkan cara menunaikan solat fardu

LANGKAH 3

Guru meminta murid mengikut perbuatan guru dalam latihan amali

- Murid telah pun tahu apakah erti puasa atau cara berpuasa (meniru perbuatan ibu bapa mereka)

-Seterusnya guru menerangkan pula tentang syarat wajib puasa dan syarat sah puasa.

-Guru juga menerangkan tentang perkara yang membatalkan puasa serta amalan sunat ketika berpuasa.

Guru memberi penjelasan mengenai ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar

Guru membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan.

Cara ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi pelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

DEKAT KEPADA JAUH

DARI MUDAH KEPADA SUSAH

PERKARA DIKETAHUI KEPADA YANG BELUM DIKETAHUI

MAUJUD KEPADA MUJARRAD

KHUSUS KEPADA UMUM

6