Pel. 6 dakwah tanggungjawab bersama
-
Upload
fahimahfahmie -
Category
Documents
-
view
453 -
download
1
Transcript of Pel. 6 dakwah tanggungjawab bersama
PELAJARAN 6:DAKWAH
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
(surah Al-Imran,110)
FIRMAN ALLAH
MAKSUDNYA
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu pula beriman kepada Allah SWT.Sekiranya ahli kitab itu beriman tentulah ia lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakannya mereka ialah orang yang fasik.
KONSEP DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KHOIRU UMMAH
• BAHASA:Berasal daripada kata dasar ‘doa’ bererti seru atau ajak.
• ISTILAH:Menyeru ataupun mengajak manusia beriman dan beribadah kepada Allah SWT dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan laranganNya
• Dakwah adalah satu usaha ataupun perjuangan murni bagi menegakkan agama Islam.
Nasyid adalah salah satu cabang dakwah
CARA-CARA BERDAKWAH:
1) HIKMAH DAN BIJAKSANA• Bijaksana dalam percakapan atau
tindakan sesuai dengan orang yang didakwah dan selaras dengan syariah.
2)PENGAJARAN YANG BAIK
• Pendakwah perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadi contoh kepada orang lain
3)PENDEBATAN DAN PERBAHASAN YANG BERKESAN
• Perdebatan yang berkesan adalah memberi hujah dan keterangan yang jelas bagi menegakkan kebenaran.
CIRI-CIRI
ORANG MUKMIN
DAN
ORANG FASIK
ORANG MUKMIN
• Kuat beribadah dan sentiasa memelihara hubungan dengan ALLAH SWT.
• Mempunyai hubungan baik dengan masyarakat sekeliling.
• Mempunyai akidah yang mantap dan keyakinan tinggi terhadap Allah SWT.
• Berilmu pengetahuan dalam dua bidang ilmu(fardhu an dan fardhu kifayah).
• Berakhlak mulia seperti lemah lembut, terbuka, toleransi, sabar dan tabah.
• Sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa pada jalan Allah SWT.
ORANG FASIK• Tidak melakukan ibadat fardhu
dengan sempurna.• Tidak mentaati perintah Allah
SWT.• Sering melakukan maksiat
kepada Allah SWT• Tidak memiliki ilmu pengetahuan
Islam yang sempurna(jahil).• Suka bertindak mengikut
dorongan hawa nafsu semata-mata.
• Mementingkan kehdupan di dunia dan lupa kepada akhirat.
PERANAN PENDAKWAH DALAM MASYARAKAT
• Menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
• Menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat
• Memelihara masyarakat daripada melakukan perbuatan syirik dan bida’ah.
• Mengajak nasyarakat mempertingkatkan kualiti beragama supaya benar-benar menjadi hamba Allah SWT yang beriman dan beramal soleh.
• Membimbing masyarakat menjadi umat yang maju,cemerlang dan dihormati oleh orang bukan Islam.
UMAT ISLAM UMAT PILIHAN
CIRI-CIRI :1)BERDAYA SAING• Memiliki kekuatan atau
kemampuan untuk berlumba-lumba mengejar kemajuan dan meningkatkan kualiti hidup.
• Berlumba-lumba menguasai ilmu teknologi maklumat kerana ianya ilmu fardhu kifayah.
2)JATI DIRI• Mempunyai keperibadian
berdasarkan ajaran Agama Islam.
CARA MENJADI PENERAJU UMAT
1 Memantapkan akidah
2 Menuntut ilmu
3 Berusaha menyumbang yang terbaik kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
PENGAJARAN AYAT
1. Melaksanakan tanggungjawab Amar Makruf dan Nahi Mungkar di kalangan rakan-rakan sekolah.
2. Mempertingkatkan jati diri murid daripada aspek sosial, fizikal dan mental.
3. Mengamalkan budaya nasihat-menasihati dengan bijaksana dalam kehidupan harian.