Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

11
PEMASARAN Proses Keputusan Pembelian Produk Industri

Transcript of Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Page 1: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

PEMASARAN

Proses Keputusan Pembelian Produk Industri

Page 2: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)
Page 3: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Mengenal pasti masalah

• Pengurusan organisasi akan mengenal pasti

produk industri yang hendak dibeli untuk

menyelesaikan masalah dan memenuhi

keperluan organisasi.

• Contohnya :– Syarikat Bakery Peladang mendapati bahawa pelanggan

masa ini semakin prihatin tentang kandungan lemak

dalam roti. Oleh itu, pengurus mengenal pasti bahawa

mereka harus mengeluarkan produk yang mempunyai

lemak yang rendah tetapi masih mengekalkan kelazatan

produk rotinya

Page 4: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Mengenal pasti keperluan organisasi

• Pengurus harus memastikan jenis

bahan mentah dan barang modal

yang diperlukan untuk mengeluarkan

barang dan perkhidmatan

Page 5: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Menentukan spesifikasi produk

• Pengurus akan menyenaraikan spesifikasi

produk yang telah dikenal pasti seperti harga,

kuantiti, kualiti, ciri, jenama dan sebagainya.

• Spesifikasi produk yang dibuat harus mengambil

kira kelebihan dan kemampuan organisasi dari segi

kewangan, tenaga kerja, kapasiti pengeluaran,

kepakaran dan teknologi.

Page 6: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Mencari pembekal

• Pihak syarikat perniagaan akan mencari

pembekal-pembekal yang menawarkan

item atau bahan yang dikehendaki.

• Contohnya,

– Syarikat Bakery Peladang akan mencari

pembekal yang terbaik untuk mendapatkan

bahan yang paling berkualiti.

Page 7: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Membuka tender

• Selepas mengenal pasti senarai pembekal yang berkelayakan, pengurusan organisasi akan mengadakan rundingan pembelian dengan pembekal yang dapat memenuhi spesifikasi produk yang diperlukan.

• Rundingan pembelian melibatkan perbincangan tentang syarat perniagaan seperti harga, kualiti, syarat pembayaran, masa penghantaran, perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya.

Page 8: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Memilih pembekal

• Pengurusan akan memilih pembekal yang dapat

menawarkan syarat perniagaan yang paling menarik

dan membeli atau memesan produk industri daripada

pembekal tersebut.

• Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan

pembekal ialah kualiti produk, harga produk,

perkhidmatan, jaminan pulangan, penghantaran yang

tepat pada masanya, reputasi, dan kejujuran

pembekal

Page 9: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Memesan produk

• Pemesanan dibuat berdasarkan senarai

spesifikasi bahan, dasar pemulangan bahan

dan waranti yang diberi

Page 10: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

Menilai prestasi pembekal

• Penilaian terhadap prestasi produk itu

selepas digunakan dalam proses

pengeluaran perlu dibuat agar dapat

menentukan sama ada ingin

meneruskan pembelian daripada

pembekal tersebut atau tidak pada

masa hadapan.

Page 11: Pemasaran (Pengajian Perniagaan)

SEKIAN, TERIMA KASIH