PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1...

25
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) LEE CHOU BUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1...

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ)

LEE CHOU BUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ)

SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya LEE CHOU BUN______________________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Alamat Tetap: 9, Jalan Putra 1/40, Bandar Putra, 85000, Segamat, Johor. Tarikh: ____________________

DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia Tarikh : ________________

Page 3: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : _____________________

Nama Penyelia : DR. ZALEHA ISMAIL

Tarikh : _____________________

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI

SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ)

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

LEE CHOU BUN

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : LEE CHOU BUN

Tarikh :

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

iii

DEDIKASI

Kepada ayah yang tersayang,

(Lee Kong Hwee)

Ibu yang dikasihi,

(Koh Bee Teck)

Abang dan adik yang disayangi,

(Lee Sian Yee, Lee Kian Hong, Lee Kian Chong, Lee Chou Hui dan Lee Chou Du)

Kawan yang dikasihi,

(Lim Chun Siong)

Setinggi- tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin, dan bantuan anda

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

iv

PENGHARGAAN

Dalam ruangan yang dikhaskan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk

merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, iaitu Dr. Zaleha

Ismail atas bimbingan dan dorongan tanpa jemu yang diberikan oleh beliau sehingga

projek ini berjaya disiapkan. Jasa baik dan sumbangan itu amatlah dihargai.

Berbanyak-banyak terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang

pernah mengajar dan membimbing sama ada secara langsung atau tidak langsung

sepanjang saya berada di Universiti Teknologi Malaysia. Semoga ilmu yang telah

dicurahkan selama ini diredhai buat saya amalkan sepanjang hidup.

Terima kasih kepada rakan-rakan kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains) yang sedia menghulurkan bantuan kepada saya apabila saya menghadapi

masalah.

Penghargaan juga ditujukan kepada saudari Yong Lai Vang, rakan sekursus

dengan saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya tentang perisian

Macromedia Authorware.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, adik-

beradik saya serta Lim Chun Siong atas sokongan moral mereka kepada saya.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian multimedia

pendidikan yang bertajuk Pembentukan Imej bagi mata pelajarn Sains KBSM Tingkatan

Empat. Isi pelajaran dalam perisian PBK ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran

tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perisian ini

dibangunkan dalam versi Bahasa Inggeris kerana Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah

membuat keputusan untuk melaksanakan mata pelajaran sains dan matematik dalam

Bahasa Inggeris. Di samping itu, tajuk Pembentukan Imej merupakan satu bab yang

penting dalam peperiksaan SPM kerana bab ini selalunya diuji. Skop dalam perisian ini

meliputi Pembentukan Imej oleh Cermin Satah, Kanta Cembung, dan Kanta Cekung.

Tajuk Pembentukan Imej ini sesuai dipersembahkan dalam perisian multimedia kerana

gabungan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan sebagainya

memudahkan penerangan konsep-konsep yang abstrak di samping mencungkil minat

pelajar untuk belajar mata pelajaran Sains. Perisian PBK ini dibangunkan dengan

menggunakan kombinasi program-program seperti Macromedia Authorware 6.5, Adobe

Photoshop 6.0, Adobe Premiere 6.5, Ulead Cool 3D 3.5, Sound Forge 4.5, Ulead Gif

Animator 5.0, dan Windows sound recorder. Diharapkan perisian yang dibina ini dapat

meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta

menghasilkan generasi yang mahir menggunakan komputer dalam bidang pendidikan.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a multimedia educational software on

‘Image Formation’ for KBSM Form Four Science. The content in this CAI software is

based on form four secondary school syllabus designed by the Ministry of Education.

This software was written in English because the government has decided to carry out

the teaching of science and mathematics in English. The topic of ‘Image Formation’ is

selected because this material is always been tested in SPM. The software covers the

content on ‘Image Formation by Plane Mirrors, Convex Lenses, and Concave Lenses’.

‘Image Formation’ is suitable to be presented in multimedia software because

combination of multimedia elements such as texts, graphics, audio, and video, help in

presenting the abstract concepts more effectively as well as to cultivate students’ interest

in science. This CAI software is developed using the combination of Macromedia

Authorware 6.5, Adobe Photoshop 6.0, Adobe Premiere 6.5, Ulead Cool 3D 3.5, Sound

Forge 4.5, Ulead Gif Animator 5.0, and Windows sound recorder. Finally, it is hoped

that this software can help in improving science learning and teaching as well as giving

the opportunity for the young generation to be more computer literate.

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah Projek 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Skop Projek 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 7

1.6 Penutup 8

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 9

2.1 Teori Pembelajaran dalam PBK –Teori 9

Pembelajaran Konstruktivisme

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

viii

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer - PBK 10

2.2.1 Definisi PBK 11

2.2.2 Jenis-jenis PBK 11

2.2.2.1 Latih Tubi 12

2.2.2.2 Tutorial 12

2.2.2.3 Simulasi 13

2.2.2.4 Permainan 13

2.2.2.5 Penyelesaian Masalah 13

2.2.3 Masalah Pelaksanaan PBK Di Sekolah 14

2.2.3.1 Kurangnya Perisan Yang Sesuai 14

Untuk Tujuan Pembelajaran dan

Pengajaran

2.2.3.2 Kurangnya Tenaga Mahir Di Dalam 15

Penggunaan Perisian-Perisian

Pembelajaran Dan Pengajaran

2.2.3.3 Kekurangan Komputer Di 15

Sekolah-sekolah Untuk

Menampung Keperluan Pelajar

Yang Ramai.

2.3 Multimedia 15

2.3.1 Definisi Multimedia 16

2.3.2 Elemen-elemen Dalam Multimedia 16

2.3.2.1 Teks 16

2.3.2.2 Grafik 17

2.3.2.3 Audio 18

2.3.2.4 Animasi 18

2.3.2.5 Video 19

2.3.2.6 Interaktiviti 20

2.3.3 Kebaikan Multimedia Dalam Pendidikan 20

2.3.3.1 Format yang Interaktif dan 21

Merangsang

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

ix

2.3.3.2 Komunikasi Maklumat Yang 21

Efektif

2.3.3.3 Pengekalan Informasi Yang 21

Berkesan

2.3.3.4 Memudahkan dan 22

Mempercepatkan lagi Proses

Pengajaran dan Pembelajaran

2.3.3.5 Membolehkan Pelajar Belajar 22

Mengikut Kehendak Mereka

Sendiri

2.3.3.6 Pembelajaran Kendiri 22

2.3.4 Kelemahan Penggunaan Multimedia 23

Dalam Pendidikan

2.3.4.1 Kos Perbelanjaan dan 23

Pembinaan Perisian

2.3.4.2 Tempoh Penghasilan Perisian 23

Multimedia

2.3.4.3 Kualiti Perisian 23

2.4 Penutup 24

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 25

3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem 25

- Model ADDIE

3.1.1 Analisis 26

3.1.1.1 Analisis Terhadap 27

Pengguna – Temubual

dengan guru Sains

3.1.1.2 Analisis Terhadap 27

Persekitaran Pembelajaran

- Perisian Yang Ada Di

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

x

Pasaran

3.1.1.3 Analisis Terhadap 28

Persekitaran Pembelajaran

–Kurikulum Pelajaran yang

Lepas

3.1.2 Reka bentuk 31

3.1.2.1 Carta Alir 31

3.1.2.2 Pemilihan Perkakasan 38

Pembangunan Multimedia

3.1.2.3 Pemilihan Perisian 38

Pembangunan Multimedia

3.1.2.4 Objektif Pengajaran 39

3.1.3 Pembangunan 39

3.1.4 Pelaksanaan 40

3.1.5 Penilaian 41

3.2 Penutup 41

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 42

4.1 Pempakejan Perisian 42

4.2 Cara Mengguna Perisian 43

4.3 Struktur Asas Perisian 43

4.3.1 Paparan Persembahan Permulaan 44

4.3.2 Paparan Memasukkan Nama 44

Pengguna

4.3.3 Paparan Objektif Perisian 45

4.3.4 Paparan Panduan Menggunakan 46

Perisian

4.3.5 Paparan Menu Utama 46

4.3.6 Paparan Bahan Pengajaran 47

4.3.6.1 Cermin 47

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

xi

4.3.6.2 Cermin Satah 48

4.3.6.2.1 Pengenalan tentang 49

Cermin Satah

4.3.6.2.2 Hukum Pantulan 49

4.3.6.2.3 Ciri-ciri Imej yang 50

Dibentukkan dalam

Cermin Satah

4.3.6.2.4 Kepentingan Cermin 51

Satah dalam Kehidupan

Seharian

4.3.6.3 Kanta (Lenses) 51

4.3.6.4 Kanta Cembung (Convex Lenses) 52

4.3.6.5 Kanta Cekung (Concave Lenses) 53

4.3.7 Paparan Tambahan (Extra) 53

4.3.7.1 Istilah yang Penting dalam 54

Gambar Rajah Sinar Kanta

Cembung

4.3.7.2 Istilah yang Penting dalam 55

Gambar Rajah Sinar Kanta

Cekung

4.3.8 Paparan ujian 55

4.3.9 Paparan keluar 56

4.4 Keistimewaan Perisian 57

4.4.1 Kemudahan Glosari (Glossary) 57

4.4.2 Kemudahan Laman Web (Internet) 58

4.4.3 Butang-butang Navigasi 59

4.5 Penutup 59

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 60

5.1 Perbincangan dan Kesimpulan 60

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

xii

5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi 61

5.3 Kekuatan Perisian 62

5.4 Kelemahan Perisian 63

5.5 Cadangan 63

5.6 Penutup 64

RUJUKAN 65

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

xiii

SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29

dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan

Penglihatan”

3.2 Analisis Soalan Kertas SPM dalam tajuk 31

“Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

xiv

SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.0 Model ADDIE 26

3.1 Perisian di Pasaran Yang 28

Bertajuk “Science Smart”

3.2 Perisian di Pasaran Yang Bertajuk 28

“Arcade Education Science 1216”

3.3 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 30

dalam tajuk “Cahaya, Warna, dan

Penglihatan”

3.4 Carta Alir Utama Perisian Dalam 32

Topik “Image Formation”

3.5 Carta alir terperinci topik “Mirrors” 33

3.6 Carta alir terperinci topik “Plane Mirrors” 34

3.7 Carta alir terperinci topik “Lenses” 35

3.8 Carta alir terperinci topik “Convex Lenses” 35

3.9 Carta alir terperinci topik “Concave Lenses” 36

3.10 Carta alir “Extra” 36

3.11 Carta alir “Test” 37

3.12 Paparan cerita bagi Menu Utama 40

4.1 Paparan Persembahan Permulaan 44

4.2 Paparan Memasukkan Nama Pengguna 45

4.3 Paparan Objektif Perisian 45

4.4 Paparan Panduan Menggunakan Perisian 46

4.5 Paparan Menu Utama 47

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

xv

4.6 Paparan Mirrors 48

4.7 Paparan Plane Mirrors Menu 48

4.8 Paparan Introduction 49

4.9 Paparan The Law of Reflection 50

4.10 Paparan Image Characteristics 50

4.11 Paparan Importance of Plane Mirrors in 51

Our Daily Life

4.12 Paparan Lenses 52

4.13 Paparan Convex Lenses 52

4.14 Paparan Concave Lenses 53

4.15 Paparan Extra Menu 54

4.16 Paparan Important Terms for 54

Convex Lenses Ray Diagram

4.17 Paparan Important Terms for 55

Concave Lenses Ray Diagram

4.18 Paparan Test 56

4.19 Paparan Untuk Keluar Dari Perisian 57

4.20 Paparan Glossary 58

4.21 Paparan Laman Web 58

4.22 Paparan Butang di Sebelah Kiri 59

Paparan Isi

4.23 Paparan Butang di Sebelah Bawah 59

Paparan Isi

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

BAB I

PENGENALAN 1.0 Pendahuluan

Pendidikan sains merupakan satu ejen yang bertujuan untuk mencungkil lebih

banyak bakal sains bagi menyumbangkan ilmu sains mereka terhadap kemajuan sains

dan teknologi dalam pembangunan negara. Ini adalah bagi menyahut cabaran ke enam

dalam Wawasan 2020 yang telah dinyatakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin

Mohamed, iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan.

Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian pendidikan Malaysia dan pihak

sekolah telah berusaha memperkenalkan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) bagi

membantu proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Dunia pendidikan sekarang telah mengalami perubahan yang pesat akibat

ledakan teknologi maklumat. Era perkembangan teknologi ini telah menyedarkan

Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa pengabungan aspek teknologi dengan

kurikulum sekolah adalah berkesan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran

yang lebih dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Atas galakkan

dan seruan Kementerian Pendidikan, para pendidik sains telah berusaha secara

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

2

bersungguh-sungguh bagi memanfaatkan PBK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains.

Sesebuah persembahan sains itu akan menjadi lebih efektif kepada para

pengguna kerana perkembangan teknologi yang pesat telah menyebabkan sistem

komputer bukan sahaja dapat memaparkan teks tetapi juga dapat menyelitkan unsur-

unsur grafik, fotografi, animasi, audio, video dan interaktiviti. Maka pengaplikasian

sistem komputer ini ke dalam pembelajaran sains akan membantu meningkatkan

keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah pembelajaran yang

mengabungkan pelbagai media dalam komputer ini dinamakan Multimedia.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, program multimedia yang

menerapkan unsur-unsur hiburan, iaitu “edutainment” merupakan satu dimensi baru.

Bagi merealisasikan dimensi baru ini, kerajaan terus berusaha mengalakkan penghasilan

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif yang dihasilkan sendiri

oleh guru-guru (Berita Harian, 11 Januari 2001). Ini telah dinyatakan oleh Menteri

Pendidikan,YB Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad semasa berucap dalam majlis

perutusan tahun baru 2001, di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara,

Kuala Lumpur.

Pada hari ini, seseorang guru sains itu tidak perlu menggunakan buku teks, papan

hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna-warni, peta, gambar dan suaranya

sendiri untuk mengajar lagi, tetapi hanya dengan membawa sebuah perisian multimedia

yang merangkumi semua aspek ini. Computer Technology Research (CTR) melaporkan

bahawa orang ramai telah menggunakan 80% keupayaan untuk mengingat berdasarkan

kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan; 50% dari apa yang mereka lihat serta

dengar; 30% daripada apa yang mereka dengar dan 20% daripada apa yang mereka lihat

(Hofstetter,1995). Oleh hal yang demikian, penggunaan multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sains ini akan membantu pelajar membentuk corak ingatan

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

3

yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat tersebut di

masa hadapan.

Pada tahun 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

penggunaan multimedia di sekolah bestari. Subjek Sains merupakan salah satu subjek

yang akan diajar menggunakan multimedia. Pelaksanaan multimedia dan pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) ini telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan

pelaksanaan “Sekolah Bestari” atau “Smart School”. Menurut YB Menteri Pendidikan

Malaysia, seramai 225 orang pengurus sekolah perintis telah dilatih untuk menggunakan

perisian sistem pengurusan sekolah Bestari, dan 480 orang guru pula dilatih untuk

menggunakan perisian empat mata pelajaran (Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris) (Berita Harian,11 Januari 2001).

Di dalam bab ini akan menjelaskan lagi mengenai latar belakang masalah projek,

pernyataan masalah, skop projek, objektif projek, kepentingan projek.

1.1 Latar Belakang Masalah Projek

Pada Jun 2003, sistem pendidikan di Malaysia sekali lagi mengalami reformasi

akibat Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah membuat keputusan untuk melaksanakan

mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan

Malaysia telah menyatakan bahawa, pendedahan awal kepada sains dan matematik

dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas

bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang sains dan matematik,

selain menambah masa kontak terhadap Bahasa Inggeris (Mingguan Malaysia, 20 Julai

2002). Oleh hal yang demikian, ianya menjadi penghasilan perisian-perisian sains

dalam bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang mendesak. Pernyataan ini telah disokong

oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir

dengan berkata;

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

4

“ pelajaran sains dan matematik lebih sesuai diajar menggunakan bahasa Inggeris

bagi memudahkan pelajar mengumpul maklumat menerusi digital (Utusan Melayu, 27

Jun 2002).”

Hasil Kajian yang dilakukan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia, terhadap keberkesanan program KBSM

menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar (ABM) oleh guru kurang

berkesan disebabkan tulisan atau rajah terlalu kecil, penyampaian pelajaran satu hala

kerana terlalu memusat kepada guru, dan perkembangan kemahiran berfikir pelajar

sangat terbatas kerana pelajar hampir tidak diberi peluang menjawab soalan (Meor

Ibrahim Kamaruddin, 2001). Maka, penghasilan multimedia interaktif dapat menjadi

ABM guru dan sebagai bahan pembelajaran dan bahan ulangkaji pelajar.

Pada masa kini, didapati kebanyakan perisian-perisian pendidikan sains di

pasaran adalah kurang bersesuaian dengan kurikulum kebangsaan. Kebanyakan

perisian-perisian ini bercirikan komersial dan tidak bercorak tempatan. Baharuddin

Aris, et al. (2000) menyatakan bahawa, pembangunan sesebuah perisian di pasaran kini

sering kali hanya bertumpu kepada nilai komersial yang mana kualiti hanya dinilai

berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran

dan pembelajaran serta perubah tingkah laku pelajar yang ingin dicapai. Malah,

perisian-perisian sains yang memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk KBSR

mahupun KBSM masih juga terhad di pasaran. Oleh hal yang demikian, penghasilan

sesebuah perisian multimedia yang mengikut kurikulum kebangsaan amat diperlukan.

Menurut YAB Menteri Pendidikan, perisian yang dibina mestilah berdasarkan

kurikulum kebangsaan kita. (Mingguan Malaysia, 7 Julai 1996).

Kerangka alternatif pelajar juga merupakan suatu masalah yang telah

menghambatkan proses pengajaran dan pembelajaran sains. Terdapat hasil penyelidikan

yang menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai kerangka alternatif

terhadap apa yang telah dipelajari dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,

Page 23: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

5

walaupun mereka memperolehi pencapaian yang baik dalam peperiksaan,misalnya di

peringkat SPM (Meor Ibrahim Kamaruddin , 2001). Jadi, dengan adanya pembinaan

perisian-perisian pendidikan sains, kerangka alternatif pelajar dapat dikenal pasti dahulu

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan.

Dalam pembelajaran sains, kebanyakan ilmu yang hendak disampaikan kepada

pelajar adalah dalam bentuk abstrak. Sebagai contoh, dalam proses pembentukan imej

oleh cermin satah, pantulan cahaya akan berlaku ke atas permukaan cermin. Jadi, bagi

mempelajari pembelajaran yang abstrak ini, kematangan pemikiran pelajar adalah sangat

penting bagi memahami sesuatu konsep. Pembangunan perisian multimedia dapat

menguji sama ada pelajar sasaran itu sudah bersiap sedia menerima konsep abstrak atau

masih dalam tahap pemikiran konkrit.

Mata pelajaran Sains Tingkatan 4 dipilih adalah kerana mata pelajaran ini

merupakan satu mata pelajaran teras yang penting bagi pelajar-pelajar aliran sastera.

Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan” dalam sub topik “Pembentukan imej”

dikhususkan dalam mereka bentuk perisian multimedia interaktif ini. Sub topik

“Pembentukan Imej” ini dikatakan agak sukar bagi pelajar-pelajar kerana sebahagian

besar konsepnya adalah berbentuk abstrak. Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin

satah, kanta cembung dan kanta cekung adalah berbeza-beza. Proses pembentukan imej

ini juga dikatakan agak kompleks. Jadi, pelajar mungkin akan mengeliru dalam

mempelajari proses pembentukan imej dan juga ciri-ciri yang terbentuk. Majoriti guru

yang mengajar sains berpendapat bahawa topik ini mengambil masa yang panjang untuk

diajar dan sukar diajar secara tradisional. Maka, dengan adanya penggunaan grafik

beranimasi dan video, pelajar akan dapat melihat bagaimana proses pembentukan imej

oleh cermin satah dan kanta dengan lebih jelas. Ini dapat mengukuhkan kefahaman

pelajar tentang topik ini. Latihan yang interaktif dapat membantu pelajar mengingati

ciri-ciri imej yang dibentuk serta proses pembentukan imej dengan lebih berkesan.

Page 24: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

6

1.2 Pernyataan Masalah

Perkembangan teknologi pada masa kini telah menyebabkan perisian multimedia

interaktif menjadi salah satu alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, pendidik yang menggubal perisian

harus mengkaji kesesuaian topik itu untuk digubal dalam perisian multimedia bagi

memastikan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping

itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dalam Bahasa Inggeris juga

menggalakkan perisian multimedia dihasilkan. Tambahan pula, perisian-perisian yang

terdapat di pasaran sekarang jarang serasi dengan kurikulum kebangsaan dan biasanya

bersifat komersil. Sehubungan dengan itu, projek ini adalah suatu usaha untuk

menghasilkan sebuah perisian PBK yang bercorak tempatan, mengikut kurikulum

kebangsaan sekolah dan juga dalam versi Bahasa Inggeris. Dalam projek ini, topik

Pembentukan Imej dalam sukatan pelajaran KBSM Sains Tingkatan 4 dipilih untuk

dibangunkan secara multimedia.

1.3 Skop Projek

Penyediaan perisian yang dibina ialah mengenai mata pelajaran sains bagi semua

pelajar-pelajar aliran sastera tingkatan 4 yang mana isi mata pelajaran ini tertakluk

kepada sukatan pelajaran Sains tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pendidikan. Ianya juga berdasarkan buku teks keluaran Pustaka Alhas (M) Sdn. Bhd. ,

dan buku-buku ulangkaji.

Tajuk yang lebih spesifik untuk penyediaan perisian ini ialah “Cahaya, Warna,

dan Penglihatan” dalam sub topik “Pembentukan imej”. Di dalam tajuk ini akan

menerangkan tentang pembentukan imej oleh cermin satah, pembentukan imej oleh

kanta cembung, dan pembentukan imej oleh kanta cekung. Skop projek ini juga terhad

setakat memenuhi kehendak-kehendak sukatan pelajaran bagi Tingkatan 4 bagi tajuk

Page 25: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN … · BAGI SAINS KBSM TINGKATAN 4 (PEMBENTUKAN IMEJ) ... 3.1 Analisis Kertas 1 SPM 1997 – 2001 29 dalam Tajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan”

7

yang telah dinyatakan. Namun begitu, perisian ini juga akan mempunyai bahan-bahan

tambahan bagi memperkayakan lagi pengetahuan pelajar.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembinaan PBK ini adalah untuk menghasilkan sebuah perisian PBK

multimedia bertajuk “Cahaya, Warna, dan Penglihatan” dalam sub topik “Pembentukan

imej” mengikut Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 4 yang mempunyai unsur-

unsur berikut:-

1.4.1 bercorak tempatan dengan berpandukan KBSM.

1.4.2 Menggunakan Bahasa Inggeris

1.4.3 Berasaskan model reka bentuk instruksi bersistem - Model ADDIE

1.4.4 Berasaskan teori konstruktivisme

1.4.5 menggunakan ketujuh-tujuh elemen multimedia mengikut kesesuaian bagi

membantu pelajar memahami konsep yang berbentuk abstrak dalam sub topik

“Pembentukan Imej”.