Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

10
PROSES PEMUTUSAN PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH (SATU TINJAUAN MENURUT FIQH ISLAM) OLEH : ZIKHIRWAN BIN ABD LATIF MAHASISWA MAGISTER FAKULTAS SYARIAH UNIVERSITI ISLAM NEGERI AR-RANIRY DARUSSALAM BANDA ACHEH PROSES PEMUTUSAN PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH 1

description

kjk

Transcript of Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

Page 1: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

PROSES PEMUTUSAN PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH (SATU TINJAUAN MENURUT FIQH ISLAM)

OLEH :

ZIKHIRWAN BIN ABD LATIF

MAHASISWA MAGISTER

FAKULTAS SYARIAH

UNIVERSITI ISLAM NEGERI AR-RANIRY

DARUSSALAM BANDA ACHEH

1

Page 2: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

PROSES PEMUTUSAN PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH

(SATU TINJAUAN MENURUT FIQH ISLAM)

PENDAHULUAN

A: Latar Belakang Masalah

Manusia dalam proses perkembangannya untuk meneruskan jenisnya

membolehkan pasangan hidup yang dapat memberikan keturunan sesuai dengan apa

yang diinginkannya. Perkawinan sebagai jalan untuk boleh mewujudkan suatu

keluarga/rumah tangga yang bahagia, kekal berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa.

Hal ini dimaksudkan, bahwa perkawinan hendaknya berlangsung seumur hidup dan

tidak boleh berakhir begitu saja. Pembentukan keluarga yang bahagia dan kekal itu,

haruslah berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa.

Perkawinan merupakan salah satu keperluan manusia yang meliputi keperluan

lahiriah maupun batiniah. Keperluan lahiriah tersebut terdorong oleh naluri manusia

untuk mengembangkan keturunan yang sah, ini bersifat biologis. Unsur rohaniah dalam

perkawinan merupakan penjelmaan dari hasrat manusia untuk hidup berpasang-

pasangan dengan rasa kasih sayang.1

pembatasan yang ketat. Sehingga suatu pemutusan yang berbentuk perceraian

hidup akan merupakan jalan terakhir, setelah jalan lain tidak dapat ditempuh lagi.

Perkawinan bagi manusia merupakan hal yang penting. Karena dengan sebuah

perkawinan seseorang akan memperoleh keseimbangan hidup baik secara sosial biologi,

psikologis maupun secara sosial. Seseorang dengan melangsungkan perkawinan maka

dengan sendirinya semua kehidupan biologisnya boleh dipenuhi.

Kematangan emosi merupakan aspek yang sangat penting untuk menjaga

kelangsungan perkawinan. Keberhasilan rumah tangga sangat banyak ditentukan oleh

1 Elis Adhayana. Pembatalan Nikah Menurut Hukum Islam dan Akibat Hukumnya.2

Page 3: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

kematangan emosi, baik suami maupun istri. Dengan dilangsungkannya perkawinan

maka status sosialnya dalam kehidupan bermasyarakat diakui sebagai pasangan suami-

isteri dan sah secara hukum.

Untuk memberikan reaksi tersebut manusia menyerasikan dengan sikap dan

tindakan dengan orang lain, hal ini disebabkan karena pada dasarnya manusia

mempunyai keinginan dan hasrat yang kuat untuk menjadi satu dengan manusia lainnya.

Dan keinginan untuk menjadi satu dengan lingkungan alam sekelilingnya.

Bagi bangsa malaysia suatu perkawinan dinilai bukan hanya untuk memuaskan

nafsu biologis semata, akan tetapi merupakan suatu yang murni dan suci. Karena

dengan perkawinan akan didapat keturunan yang sehat jasmani, rohani dan mampu

menjadi generasi penerus yang tangguh, berdasarkan hal di atas maka pemerintah

mengatur masalah perkawinan dalam perundang-undangan yang berlaku secara

nasional.

Matlamat perkahwinan ialah untuk hidup dalam kasih sayang dan rahmat (mawaddah

wa rahmah) yang berterusan antara pasangan suami isteri. Tetapi, kadang-kala rumah

tangga tidak dihiasi dengan kasih sayang dan tidak mendapat rahmat Allah SWT kerana

satu pihak atau kedua-duanya tidak mengikut adab serta hukum hakam dalam perkahwinan

atau tidak melaksanakan tanggungjawab yang dituntut syarak.

Kerenggangan dan kegagalan pasangan itu sedikit demi sedikit akan melebar hingga

tidak dapat diperbaiki sekali gus, menghancurkan keharmonian rumah tangga. Sebagai

jalan penyelesaian, Islam memberikan jalan keluar iaitu talak atau perceraian.

Talak asalnya adalah milik suami seperti firman Allah SWT bermaksud: “Atau pihak

yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin sepenuhnya).”

(Surah al-Baqarah, ayat 237)

3

Page 4: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

Perceraian menurut bahasa berasal dari kata dasar cerai yang berarti pisah, kemudian

mendapat awalan per yang berfungsi penbentuk kata benda abstrak kemudian menjadi

perceraian yang berarti hasil dari perbuatan cerai. 

Perceraian dalam istilah fiqih disebut talaq atau furqah. Talak berarti pembuka ikatan

atau membatalkan perjanjian. Furqah berarti bercerai lawan dari berkumpul kemudian

perkataan ini di jadikan istilah oleh ahli fiqih yang berarti perceraian antara suami istri. 

Sedangkan menurut syara’ ialah melepaskan ikatan perkawinan dengan mengucapkan

lafadz talaq atau yang semakna dengannya. 

Diantara para ulama’ ada yang memberi pengertian talaq ialah melepaskan ikatan

nikah pada waktu sekarang dan yang akan datang dengan lafadz talaq atau denan lafadz

yang semakna dengan itu. 

Dalam istilah fiqih, perkataan talaq mempunyai dua arti yaitu arti yang sudah umum

dan arti yang khusus. Talaq menurut arti yang umum ialah segala bentuk perceraian baik

yang dijatuhkan oleh suami yang ditetapkan oleh hakim maupun perceraian yang jatuh

dengan sendirinya atau perceraian karena meninggalkan salah satu pihak. Talaq dalam arti

khusus ialah perceraian yang dijatuhkan oleh suami.

Al Jaziri memberiakn definisi talaq sebagai berikut ;

بلفظمخصوص حاله أونقصان النكاح ألة إن  الطالق

As Sayid Sabiq memberikan definisi talaq sebagai berikut ;

الزوجية قة إلعال وإنها الزواج رابطة  حل

Sedangkan Abu Zakaria memberikan definisi talak sebagai berikut

ونحوه الطالق بلفظ النكاح عقد  حل

Sebagaimana tersebut diatas talak mempunyai arti umum dan khusus, dan arti uraian diatas

dapat diambil pengertian bahwa yang dimaksud mentalak atau menceraikan isteri adalah

melepaskan isteri dari ikatan perkawinan yang mempunyai masa tunggu tertentu apabila

4

Page 5: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

dalam masa tunggu itu si suami tidak merujuknya sehingga habis masa iddahnya maka tidak

halal lagi hubungan suami isteri kecuali dengan akad nikah baru.

Jadi perceraian itu putusnya ikatan perkawinan akibat kesengajaan yang disengaja oleh suami

atau istri dengan sadar atau tidak terpaksa. Dengan demikian kesimpulannya penyusun

memakai kata perceraian disini dalam pengertian itu cerai talak dan cerai gugat dimana hal ini

menjadi pembahasan selanjutnya.

Hukum talak menurut islam dan undang-undang

Undang-Undang Keluarga Islam adalah kesinambungan daripada kondisi masyarakat

yang berbilang bangsa, budaya dan adat resam. Walaupun ia adalah jelmaan daripada

Undang-Undang Inggeris pada asalnya, tetapi Undang-Undang Keluarga Islam telah

diperluaskan dan diperbaiki serta dikembalikan kedudukan asalnya sebagaimana yang

dikehendaki oleh Fiqh Islam.

Undang-undang keluarga Islam hari ini adalah rombakan daripada fiqh yang

memperbaiki kedudukan wanita dan kanak-kanak terutamanya dalam masyarakat moden hari

ini. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa peruntukan undang-undang yang menyentuh

khusus tentang hak-hak mereka. Ini diseliputi hak-hak berhubung dengan kewangan seperti

mahar, nafkah, mut’ah, harta sepencarian dan lain-lain peruntukan semasa dalam tempoh

perkahwinan dan juga selepas perceraian berlaku.

Ulama’ telah bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan adanya lafaz

talaq sama ada dengan bahasa Arab atau lain-lain, dan sama ada dengan lafaz atau dengan

tulisan atau dengan syarat, secara soreh atau secara kinayah.Talaq pada umumnya boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu talaq raji’e dan talaq ba’in.

 1        Talaq Secara Soreh dan Kinayah

5

Page 6: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

Talaq secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talaq dengan menggunakan

perkataan tertentu seperti ‘talaq’, ‘firaq’, atau ‘sarah’ tanpa memerlukan niat suami.

 Manakala talaq secara kinayah atau kiasan pula iaitu talaq yang lafazkan oleh suami yang

boleh membawa makna talaq atau sebaliknya, seperti perkataan ‘kamu dilepaskan’

‘kembalilah kepada keluargamu’ dan sebagainya. Lafaz yang dibuat secara kinayah ini

memerlukan niat suami iaitu sama ada ingin menceraikan ataupun sebaliknya.

2        Talaq Raji’e dan Talaq Ba’in

Talaq raji’e adalah talaq yang suami berhak merujuk kembali isterinya kepada

hubungan perkahwinan tanpa perlu kepada aqad perkahwinan yang baru selagi isteri yang

diceraikan itu masih berada dalam iddah walaupun isteri tidak meredainya. Sekiranya

habis iddah, maka talaq raji’e bertukar menjadi ba’in. Oleh itu, suami tidak berhak merujuk

isterinya melainkan dengan aqad yang baru.Talaq ba’in dibahagikan kepada dua iaitu

talaq ba’in sughra dan talaq ba’in kubra.

Talaq ba’in sughra berlaku apabila suami melafazkan cerai sebelum melakukan

persetubuhan yang hakiki. Selain itu talaq ba’in sugra juga berlaku apabila berlakunya tebus

talaq (khuluq), talaq yang dijatuhkan oleh Qadi (fasakh) dan juga ilaa’. Manakala talaq ba’in

kubra pula berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan 3 talaq sama ada dijatuhkan

secara berasingan ataupun sekali lafaz dengan tiga talaq.Kepelbagaian jenis talaq yang

disyariatkan ini jelas menunjukkan keunikan dan kesempurnaan serta keadilan Islam

berbanding agama-agama lain demi menjamin kemaslahatan setiap pasangan dalam sesebuah

perkahwinan tersebut.

6

Page 7: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

3        Perceraian dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Peruntukan mengenai perceraian di kalangan pasangan beragama Islam turut di

peruntukkan dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri.

Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh

berlaku melalui pelbagai cara iaitu talaq, taliq, khuluq, fasakh dan lian. 

 i)          Perceraian Secara Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju

untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan

lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan

didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta

/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.

ii)         Perceraian Secara Ta’liq

Taliq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian

yang dibuat oleh suami selepas aqad nikah.Pengamalan perundangan Keluarga Islam di

Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara taliq berlaku apabila suami melanggar ta’liq

yang dibuat olehnya semasa upacara aqad nikah. Amalan taliq ini walaupun tidak wajib

mengikut hukum Syarak, tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan

kedua-dua pihak. Lafaz taliq yang dibuat oleh suami semasa upacara aqad nikah ini berbeza

mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara taliq ini turut dinyatakan di dalam Akta

/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.

7

Page 8: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

 B. Rumusan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang di berikan,maka yang menjadi permasalahan dalam

penelitian ini adalah:-

1.Bagaimanakah prosedur pemutusan penceraian Ta’liq dan Talak oleh mahkamah syariah

2.Apakah sebab yang diperakui oleh mahkamah syariah untuk menentukan penceraian talak

dan Ta’liq

3.Apakah relevensinya antara perlaksanaan pemutusan perkahwinan Talak dan Taliq oleh

mahkamah syariah dan fiqih islam

C. Tujuan dan kegunaan penelitian

1.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut prosuder pemutusan penceraian

2.Untuk mengetahui sebab-sebab yang diperakui pemutusan penceraian Talak dan Taliq

3.Untuk mengetahui relevensi antara pemutusan mahkamah syariah dan fiqih Islam

D. Metode Penelitian

1.Jenis Penelitian

2.Lokasi Penelitian

3.Subjek dan Objek Penelitian

4.Populasi dan Sampel

5.Sumber data

6.Teknik Pengumpulan Data

7.Teknik Analisis Data

8

Page 9: Pemutusan Hubungan Perkahwinan Dalam Fiqh Munakahat Analisa Terhadap Penjatuhan Talak Di Mahkamah

8.Teknik Penulisan

E Sistematikan Penulisan

Untuk lebih jelas dan mudah di fahami pembahasan dalam penelitian ini ,penulis memaparkan

dalam sistematika sebagai berikut

BAB 1:PENDAHULUAN,yang berkisar latar belakang masalah,rumusan masalah,tujuan dan

kegunaan penelitian,motode penelitian dan sistematika penulisan

BAB 2:KONSEP TALAK DAN TA;LIQ MENURUT FIQIH ISLAM

1)Talak 2)Ta’liq

BAB 3:ANALISA TALAK DAN TALIQ DI MAHKAMAH SYARIAH

BAB 4:

BAB 5:PENUTUP,kesimpulan dan saranan

DAFTAR PUSTAKA

LAMPIRAN

9