Penaklukan Portugis Ke Atas Melaka
-
Upload
masturah-hj-md-ali -
Category
Documents
-
view
741 -
download
8
Transcript of Penaklukan Portugis Ke Atas Melaka
PENGENALAN
Penjajahan merupakan peristiwa yang penting yang bukan sahaja telah mewarnai sejarah
Tanah Melayu malahan juga telah mempengaruhi kepada pembentukkan Negara sehingga kini.
Penjajahan Barat selama lebih 400 tahun telah memberikan impak yang bukan sedikit kepada
pembentukan Malaysia sekarang. Antara Negara Barat yang yang telah menjajah Negara
Malaysia ialah Portugis, Belanda dan Inggeris. Walau bagaimanapun, penjajah Portugis tidak
diberikan fokus utama diberikan kepada penaklukan oleh Belanda dan Inggeris dalam
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.
Penaklukan Portugis ke Atas Melaka
Portugis merupakan penjajah Barat pertama yang menjajah Negara kita. Melaka
menjadi sasaran yang pertama dan peristiwa ini berlaku pada tahun 1511. Kedatangan
Portugis ke Timur selain daripada menguasai perdagangan bahan mentah khususnya rempah
adalah untuk mengembangkan ajaran Kristian. Cita-cita Portugis untuk mengembangkan
agama Kristian mendapat sokongan dan galakan daripada Raja Portugis dan pihak gereja.
Pada masa itu, agaam Kristian telah tersebar ke seluruh Benua Eropah. Kedatangan Portugia
ke Timur selain daripada parav pedagang, mereka turut membawa para mubaligh bagi tujuan
menyebarkan agama Kristian.
Kesan-kesan Kedatangan Portugis ke Melaka
a) Dari segi ekonomi
Portugis telah menyerang Melaka pada 1511 M sehingga 1640 M. Portugis merupakan
Negara Eropah pertama yang sampai ke Pulauan Melayu. Tujuan Portugis bertapak di
Kepulauan Melayu khususnya di Melaka adlah untuk menguasai perdagangan rempah yang
sebelum ini dikuasai oleh pedagang-pedagang dari Itali.
b) Dari segi politik
Orang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pusat perdagangan. Albuquerque
membina sebuah kota di Melaka yang diberi nama Kota A’Famosa. Portugis dengan segera
menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu,Cina, Siam dan juga
penduduk dari Sumetera. Tujuannya untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibat
daripada perang Portugis-Melaka. Selain itu Portugis cuba membolot perniagaan rempah.
c) Dari segi sosial
Selain perdagangan, satu lagi sebab penting yang mendorong orang Portugis meluaskan
pengaruhnya ialah kerana agama. Orang Portugis ingin mengembangkan agama meluk
Kristian Katolik. Mereka juga memaksa orang-orang Melayu memeluk agama Kristian di
samping menikahi perempuan –perempuan Melayu secara paksaan.
Penaklukan Belanda ke Atas Melaka
Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara Belanda dan Kerajaan Johor
yang diketuai oleh Laksamana Matelieff de Jonge. Pada abad ke 17, Belanda menumpukan
perhatian kepadapelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda
pada 20 Mac 1602. Pada 1619, Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi
(Batavia) Pulau Jawa. Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis.
Penjajahan Belanda dengan tujuan :
a) menguasai perdagangan rempah-ratus di Kepulauan Melayu
b) memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Belanda juga menguasai
perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor. Belanda bersaing dengan British untuk
menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka mereka
menandatangi Perjanjian Inggeris – Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824.
Proses penguasaan Belanda terhadap Melaka ialah :
a) pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang Melaka, dan hanya
dapat mengalahkan Portugis selepas enam bulan berperang.
b) Januari 1641, Portugis menyerahkalah dan Belanda menguasai Melaka.
c) Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di Kepulauan Melayu.:
- Betawi – pusat perdagangan
- Melaka – pengkalan untuk mengawal negeri-negeri Tanah Melayu yang kaya
dengan t imah.
Cara yang digunakan Belanda untuk meluaskan perdagangannya ialah :
a) membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat sebelah iaitu menguntungkan
Belanda sahaja.
b) 1642-mendesak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang
mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka ,
hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda.
c) Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu
British mula campurtangan di Tanah Melaka bermula 11 ogos 1786 apabila Francis
Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki
Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 British menguasai Tanah Melayu Inggeris berjaya menguasai Pulau
pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas
perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di negeri-negeri Melayu secara
langsung.
Faktor-faktor campur tangan Inggeris
a) Faktor ekonomi
- Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke 19 di Eropah (industri
mengetin makanan)
- Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak
negeri pengeluar utama.
b) Faktor keadaan anarki
- Masalah perang saudara antara pembesar
- Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahdi di Selangor.
-Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin
-Kegiatan perlanunan
c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing
-Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.
Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
-Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dgn negeri-negeri Melayu.
Reaksi Terhadap Campur Tangan Inggeris 1831-1898
Termenterai perjanjian antara British dengan Belanda pada17 Mac 1824. Belanda mengakui
kehadiran British di Singapura dan menarik balik tuntutannya ke atas Belanda. Dalam usaha
untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi, kedua-dua pihak bersetuju membahagikan wilayah
iaitu selat Melaka telah dibahagi dua. Selatan dan Barat berada di bawah Belanda. Utara dan
Timur berada di bawah British. Singapura diakui wilayah British Melaka telah ditukar suka
sama suka dengan Bangkahulu (di pulau Sumatera)
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di
rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran
Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk
ekonomi negara Jepun.Berbekalkan slogan “Asia untuk Asia” dan “ Menghapuskan
Imperialisme Kuasa- kuasa Barat” perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh
masyarakat setempat kerana melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang
Melayu dan India mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai
penyelamat dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan
pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di Tanah
Melayu dan Singapura telah menyerah diri.1 Maka, secara rasminya bermulalah zaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan
negara di ubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran
Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat Tanah
Melayu . Kesan- kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada
dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Malahan zaman pendudukan Jepun selama tiga
tahun setengah di anggap sebagai ‘Zaman Gelap Tanah Melayu’ oleh masyarakat kerana
penderitaan yang mereka alami. Jepun di Tanah Melayu meninggalkan kesan negatif tetapi
pada sudut-sudut yang terpinggir kedatangan Jepun tetap menyumbangkan kesan positif
terutama dalam membentuk pemikiran dan jati diri masyarakat. Ini bukan kesan yang kecil
tetapi pengaruh impak dan pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam
masyarakat Malaysia. Melalui esei ini saya akan membahaskan kesan pendudukan Jepun
dalam bidang sosio-ekonomi terhadap masyarakat di Tanah Melayu.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun
a) Kesan Sosial
- Penindasan terhadap orang Cina
- Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Jalan
Kereta Api Maut di sempadan Negara Thai dan Burma.
- Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan makanan tidak berzat.
- Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Orang Cina diberi layanan
buruk dan berbaik-baik dengan orang Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara
kaum.
- Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun- Nippon-godan lagu
Kamigayo.
b) Kesan Ekonomi
- Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran British telah musnahkan
kawasan lombong, ladang dan kilang.
- Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras. Makanan beras
diganti dengan ubi kayu.
- Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi tidak bernilai
- Masalah insflasi berlaku
c) Kesan Politik
- Memberi kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna propaganda ‘Asia untuk
orang Asia’
- Org Melayu mendapat peluang pentadbiran
- Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar oleh tentera Jepun
- Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis Malaya (PKM), Pembela
Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS)
- Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah Melayu
KESIMPULAN
Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara Bangsa.
Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa
pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi
asas pembinaan Negara Bangsa. Identiti Negara Bangsa adalah sinonim yang saling
mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara
Bangsa.